Friday, January 27, 2023

Bahaya Disney Promosi LGBT Melalui Kartun Animasi!

Bahaya Disney Promosi LGBT Melalui Kartun Animasi!

Beberapa tahun yang lalu, dalam interview dengan Telegraph.co.uk dan majalah Attitude, Bill Condon, pengarah filem Beauty and The Beast, filem keluaran Disney, menceritakan tentang karakter lelaki Gay bernama Le Fou, yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah sidekick kepada watak Gaston, satu watak utama dalam filem tersebut.

Stop LGBT Banned DISNEY

Bill Condon menyatakan bahawa "Le Fou adalah seorang yang pada satu hari dia merasakan hendak menjadi macam Gaston dan pada hari yang lain dia hendak mencium Gaston."

"Dia keliru dengan apa yang dia mahukan. Dia adalah seseorang yang mempunyai perasaan seperti ini."

"Dan Josh berjaya (melakonkannya) dengan cara yang halus serta menunjukkannya tarikan kelazatannya."

Majalah Attitude memuji filem Beauty and The Beast sebagai filem paling Gay yang pernah dihasilkan oleh Disney.

Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Editor majalah itu, Matt Cain, yang menyatakan: "Dengan mengadakan adegan jantina yang sama di dalam filem ini, walaupun ia pendek tetapi adegan yang jelas menunjukkan ia adalah gay, studio (Disney) menyampaikan mesej kepada masyarakat gay adalah normal dan natural."

"Dan mesej ini akan didengar oleh setiap negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu menerima amalan gay atau tidak."

Melihat sejarah Disney, studio terkenal dunia itu tidak pernah lari dari kontroversi dalam pembuatan filem atau animasinya.

Kekecohan mula berlaku ketika penyelidik dari komuniti Kristian dari Amerika Syarikat dan lain-lain negara berhampiran menemui beberapa adegan dan lakaran dari filem Disney yang menunjukkan kepada menggalakkan perlakuan seksual.

Dilihat ia adalah mesej untuk merangsang keinginan kanak-kanak sejak di usia muda dan apabila mereka membesar ia mudah diterima dan menganggap perkara itu sebagai kebiasaan.

Sehingga tahun 2022 pun, beberapa filem dan animasi dilihat cuba berusaha keras untuk mempromosikan amalan jijik lgbt seperti Star vs. The Forces of Evil, Frozen, Zootopia, Cruella, Toy Story 4, Onward, Turning Red, Lightyear.

Terdapat juga pengkaji-pengkaji konspirasi mengaitkan Disney dengan pertubuhan seperti illuminati dan Freemason yang membawa kempen New World Order.

Pertubuhan-pertubuhan seperti ini didakwa mengamalkan ritual tertentu seperti korban, ritual seks, pembunuhan dan lain-lain upacara yang melambangkan kultus.

Mereka juga didakwa mempromosikan sembahan-sembahan tertentu.

Perkataan "beast" didakwa melambangkan sesuatu kerana di dalam filem beauty and the beast, sudah tentu di akhir filem kanak-kanak akan menyanjung watak "the beast" tersebut kerana dianggap sebagai watak yang baik.

Kerosakan Moral Masyarakat Barat

Perkembangan ini adalah nyata satu usaha besar-besaran pendokong LGBT memaksakan agenda normalisasi gaya hidup ini kepada anak-anak yang masih muda dan mentah dengan satu gaya hidup yang jauh dari nilai agama Islam.

Kita harus sedar bahawa agenda besar-besaran membawa gaya hidup LGBT ini telah mula dibawa ke arus perdana apabila majalah National Geographic edisi 2017 mempromosikan gaya hidup ini sebagai trend terkini.

Ia dengan menyatakan lebih 70 pilihan gender kini boleh “dipilih” oleh masyarakat sedunia. Pengguna Facebook mempunyai 58 pilihan “gender” sejak tahun 2014.

Pantauan harus dilakukan ke atas sesetengah media-media berbahasa Inggeris juga jurnalis mereka, yang secara terang-terangan mempromosi gaya hidup songsang ini yang bertentangan dengan Islam.

Sebagai contoh, Yasmin Disney didalam ruangan pendapatnya di Malay Mail Online pada 17 Julai 2014, secara terang-terangann mengatakan "Yes, I do have a homosexual agenda."

Perancangan Iblis

Isu LGBT sering dilihat dari sudut hak asasi manusia. Tanpa satu dasar yang kukuh seperti pegangan agama, dasar pejuang hak asasi manusia berubah-ubah mengikut kecenderungan nafsu manusia, sehingga kita sampai ke satu peringkat di mana hak asasi minoriti telah menyakitkan hak majoriti.

Kita sudah tiba ke satu peringkat dimana rancangan kegemaran anak-anak kita, dirampas demi untuk membawa agenda LGBT ini jauh ke dalam hati nurani mereka.

Mematuhi agama, juga telah dianggap mendiskriminasi, sedangkan ia adalah hak asasi bagi seseorang manusia.

Ini telah dibuktikan dalam kes dimana seorang pengusaha kedai kek Kristian yang mematuhi perintah agamanya dengan menolak mengambil tempahan kek untuk perkahwinan sejenis di Colorado, Amerika Syarikat berhadapan dengan hukuman penjara.

Di Belfast, sepasang suami isteri yang enggan menyediakan kek perkahwinan bagi pasangan sejenis atas alasan pegangan agama mereka, didenda 500 pound.

Mereka terpaksa mengubah konsep kedai kek mereka kepada hanya menyediakan kek harijadi sahaja dan bukannya kek perkahwinan, demi untuk tidak berhadapan dengan permintaan-permintaan pasangan-pasangan songsang yang tidak menghormati hak asasi manusia normal.

Bagi masyarakat sama ada umat Islam atau bukan, kita mempercayai bahawa setiap larangan Allah SWT mempunyai tujuan dan maksud kesejahteraan hamba-hambaNya.

Cubaan untuk melawan fitrah kejadian hanya akan mendatangkan natijah buruk kepada pelaku bahkan kepada masyarakat, walaupun seluruh dunia seakan memberi sokongan.

Persoalannya, adakah kita akhirnya akan berkompromi dan menjadikan anak-anak sebagai individu yang berpotensi menjadi ahli kepada LGBT?

Bagi ibubapa, kita sewajarnya tegas dalam menapis filem atau kartun yang menjadi tontonan anak-anak, dengan menolak segala hiburan yang berunsurkan budaya tidak selari dengan ajaran agama dan adat istiadat masyarakat.

Kita menyeru agar saluran Disney dan filem keluaran mereka ditolak, sehingga mereka mendapat mesej tegas dari ibubapa bahawa kita menolak ideologi ini dpaksakan kepada anak-anak kita melalui watak-watak popular kartun.

Beralihlah kepada kartun atau hiburan yang sarat dengan mesej kehidupan yang tidak melanggar syariat agama.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Thursday, January 26, 2023

Asal Usul Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Asal Usul Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Seringkali terdengar mengenai perihal kedahsyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka?

Asal usul Yakjuj dan Makjuj

Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia?

Untuk entri kali ini, kita akan merungkai mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj berdasarkan sumber daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah sebagai santapan pengetahuan buat kita semua.

Keturunan Nabi Nuh a.s.

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s. mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis.

1. Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
2. Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
3. Yafis menurunkan bangsa Turki, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
4. Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.

Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja.

Yafis mempunyai anak bernama Aaj, yang mempunyai anak bernama Auj, yang mempunyai anak bernama Unuk.

Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini).

Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain!

Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengetahuan, Nabi Nuh a.s. mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun!

Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s., Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s.

Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam).

Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s. sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini.

Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Keturunan Unuk

Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ, untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang).

Maka Unuk telah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, "Carikan saya seorang gadis, tetapi awas! Jika tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negeri ini dengan air laut (tsunami)."

Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja mejadi kusut. Di mana mungkin beliau boleh mencari gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu!

Tetapi raja tidak kehabisan akal, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.

Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha dengan mengumpulkan pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis raksasa!

Ahli pengukir batu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring.

Setelah diukir selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya.

Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut.

Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.

Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya.

Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia).

Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk.

Maka dengan kuasa Allah SWT (kun faya kun, jika Allah SWT mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong.

Dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira!

Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahu a'lam).

Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu pergi mencari makanan.

Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ.

(Tafsir lain menyatakan bahawa, ketika Adam a.s. bermimpi lalu air maninya bercampur dengan tanah, darinya Allah menciptakan Yajuj dan Majuj).

Tembok Ditutup

Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.

Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek.

Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya?

Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Rusia!

*Dipetik daripada kitab lama Kasyful Ghoibiyah oleh Sheikh Zainul Abidin Ibn Muhammad Al-Fathoni.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Dahsyatnya Kelebihan Ayat Kursi

Dahsyatnya Kelebihan Ayat Kursi

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncul seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Abu Hurairah r.a. memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berjaya ditangkapnya.

Kelebihan ayat Kursi

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takut pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek, "Saya ini orang miskin, tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja caranya memang mengelirukan. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah r.a. melaporkan kepada Rasulullah SAW. Maka bertanyalah beliau, "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya ramai dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah r.a.

Lalu diterangkan olehnya bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

"Dia bohong," kata Nabi SAW.

"Malam ini dia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah SAW berkata begitu, maka penjagaannya diperketat dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan benar, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin.

Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun, "Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu dan kali ini pun ia kembali dilepaskan.

Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah SAW dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan, "Pencuri itu bohong dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah r.a. berjaga-jaga dengan kewaspadaan penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya. Sudah dua kali dia dibohongi oleh pencuri.

Jika pencuri itu benar-benar datang seperti dikatakan Rasulullah SAW dan ia berjaya menangkapnya, dia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.

Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah SAW? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya?

"Awas!" katanya dalam hati.

"Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga.

"Nah, benar, ia datang lagi," katanya dalam hati.

Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya aku adukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga.

"Lepaskan saya," pencuri itu memohon.

Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini dia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata, "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

"Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi, "Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu... dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan dipelihara oleh Allah dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah SAW untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa malam tadi. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kelebihan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya, "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi, "Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu... dan seterusnya sampai akhir ayat."

Dan ia katakan pula, "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah r.a., Nabi SAW berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap seorang pendusta."

Kemudian Nabi SAW bertanya pula, "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah," jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Batu loncatan ke syurga

Membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana disebut dalam hadis daripada Abi Umamah RA.

Hadis itu menyatakan, kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati." (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa'ie - dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

Imam al-San'ani juga pernah berkata mengenai kelebihan ayat al-Kursi.

Menurut kitab Subul al-Salam, kelebihan ayat Kursi adalah disebabkan padanya terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-'Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

Ia adalah sebahagian ayat al-Quran. Jika membacanya dengan niat membaca al-Quran, maka sudah pasti terkumpul pada bacaan itu kelebihan membaca al-Quran yang sangat banyak.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Friday, January 20, 2023

Kisah Lima Perkara Aneh

Kisah Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Kisah Lima Perkara Aneh

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

"Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.

Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.

Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Pengajaran

Kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah SWT, "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 17, 2023

SBDJ Siri 185: Merebut Geliga Naga

SBDJ Siri 185: Merebut Geliga Naga

Barangkali cara terbaik yang wajar saya lakukan ialah, keluar dari ruang rumah yang melemaskan itu. Tinggallah Andi Kamarool yang tidur mati. Tetapi cara itu bukanlah perbuatan yang terpuji. Hanya orang yang mementingkan diri sendiri saja yang sanggup melakukan perkara tersebut. Adat berkawan sudah senang sama-sama dilalui dan dirasai.

Toyol jadi-jadian


Persoalan itu, muncul secara mendadak dalam kepala. Agak sukar untuk membuat keputusan. Setelah difikirkan dengan semasak-masaknya, saya memutuskan tidak akan meninggalkan Andi Kamarool sendirian.

Biarpun apapun yang akan berlaku, saya tetap bertahan di ruang tamu. Tidak akan lari ke mana-mana, tetap bersama-sama Andi Kamarool.

Saya renung lelangit ruang tamu semuanya nampak macam biasa. Saya toleh ke arah dupa, asap kemenyan tetap mengepul. Dengan hati-hati tubuh Andi Kamarool saya goncang. Dia tidak juga membuka mata, malah makin lena tidurnya. Saya dekatkan bibir ke telinganya.

"Andi bangun," bisik saja.

"Hummm..." terdengar suara dengan mata terpejam.

Gegendang telinga saya menangkap, suara orang sedang bercakap dalam bahasa yang sukar dimengertikan. Tidak dapat dipastikan dari arah mana suara itu datang. Dan suara itu hilang begitu saja.

HATI

Supaya hati jadi tenang dan aman, saya pun membaca surah-surah Quran mana yang teringat oleh saya ketika itu. Pada peringkat awalnya, saya tidak dapat membaca dengan baik. Ada saja benda-benda pelik yang berlari di lantai.

Semuanya saya tentang dan semakin hebat saya membaca, makin hebat pula kejadian-kejadian luar biasa yang saya alami.

"Ya Allah, beri aku kekuatan," pohon saya dalam hati.

Andi Kamarool yang terbujur terus bangun, berjalan ke setiap sudut ruang dengan mata tertutup. Bersilat dan menari. Semua yang terjadi membuat saya lemas dan cemas. Lebih dari sepuluh minit Andi Kamarool melakukan perkara tersebut. Ayat-ayat Al-Quran yang saya baca mula jadi lintang pukang. Tidak tentu arah.

"Bummmmmm.......Ahhhh..."

Saya lihat Andi jatuh di lantai. Bergolek macam gasing dan berhenti sebaik saja tubuhnya terkandas di tepi dinding.

Aneh sungguh, dia tidak juga terjaga atau membuka mata. Tidurnya bertambah lena dengan dengkur yang memang. Saya mengigit bibir sambil merenung ke arah dupa yang baranya sedang marak.

Secara mengejut, bara dalam dupa terus menyala. Apinya menjulang mencecah langit rumah. Beberapa ekor cicak yang terkena bahang panas, jatuh terkapar di lantai.

Belum pun sempat saya memadamkannya, api yang menjulang segera mengecil dan akhirnya hilang. Tetapi, ketul-ketul bara dalam dupa terus merah menyala serta mengeluarkan bunga api kecil, berterbangan berlegar-legar dalam ruang. Macam ada kuasa tertentu yang meniup atau menghembusnya.

ASAP

Semua kejadian aneh yang tidak masuk akal itu, berlangsung kira-kira setengah jam lebih. Mungkin kerana dimasuki asap kemenyan atau memang sudah kepenatan menyebahkan mata saya berair.

Dua tiga kali saya menguap, badan terasa amat letih. Akhirnya, saya rasa mengantuk sekali.

Saya sedar, kalau saya terlena atau tertidur dengan sendirinya saya tidak dapat membaca ayat-ayat Quran.

Akibatnya, mungkin saya berdepan atau mengalami perkara- perkara yang lebih dahsyat lagi. Kerana itu, saya harus berjuang agar tidak terlelap walaupun sesaat.

Sepasang biji mata saya jengkilkan. Tangan terus mencampakkan butir-butir kemenyan ke perut dupa menambahkan lagi keadaan pengap di dalam ruang oleh asap kemenyan. Saya renung ke arah Andi Kamarool. dia tetap seperti tadi, tidur mati dengan dengkur yang keras.

"Andi....," pekik saya dengan harapan Andi akan terjaga.

Harapan saya tidak berhasil. Andi Kamarool terus berdengkur.

"Huuuhhhhh....."

Ada suara dari arah belakang. Saya segera menoleh. Tidak ada apa yang saya lihat kecuali asap kemenyan. Sayup-sayup terdengar kokok ayam bersahut-sahutan. Badan saya mula mengigil kesejukan.

Saya terus berhempas pulas menahan kelopak mata dari bercantum. Lima enam kali saya tersengguk-sengguk.

Dalam batas sempadan antara terjaga dan menjelang tidur, saya ada rasa seekor binatang yang mendekati.

Dalam keadaan yang samar itu, saya dapat mengenali binatang yang mendekati saya itu ialah seekor naga (yang selalu dimainkan oleh kaum Cina dimusim perayaan tahun baru mereka). Mata naga memancar cahaya merah, biru dan warna kuning keemasan.

Kerana kehadirannya memperlihatkan sikap untuk bersahabat membuat saya tidak takut dan cemas kepadanya.

Tanpa berfikir panjang saya terus berdiri di depannya. Kerana si naga menjunjung emas berlian dan intan permata di sisi geliganya, kepingin saya memiliki barangbarang berharga itu.

"Boleh aku minta emas berlian milik kamu," kata saya.

Dengan serta merta si naga mendengus kemarahan dan menghembuskan nafas kepada saya. Badan saya melayang dan terus terdampar ke dinding, seluruh kulit badan terasa panas bagaikan terbakar.

Memang tidak di duga, kata-kata yang dihamburkan beberapa saat tadi boleh menyebabkan si naga naik darah dan terus mengamuk. Saya ketakutan dan berlari ke setiap sudut ruang.

Si naga terus memburu sambil mulutnya mengeluarkan bebola api ke arah saya. Seluruh badan menjadi lemah, tidak bermaya mahu melangkah.

Dan akhirnya saya terjaga dengan dada yang berdebar, tercunggap-cunggap cemas sekujur tubuh di basahi peluh.

"Kenapa Tamar? Muka kamu pucat badan kamu berpeluh".

Pertanyaan Andi Kamarool tidak dapat saya jawab. Mukanya, saya renung. Hidungnya kembang-kempis menyedut udara dalam ruang. Matanya mula berair akibat dimasuki asap kemenyan. Seluruh sudut ruang jadi sasaran biji mata Andi Kamarool.

'Kamu bakar kemenyan, Tamar?"

"Iya," saya mengangguk.

"Patutlah satu ruang tamu bau kemenyan, pening kepala aku dibuatnya. Kamu sengaja mencari penyakit Tamar."

"Aku tak sengaja Andi."

"Tak sengaja atau memang disengajakan untuk mencari sesuatu," tokok Andi Kamarool dengan wajah serius. Saya terus membisu.

"Jangan fikir apa-apa lagi, pergi mandi. Subuh dah masuk, kita sembahyang bersama. Sebelum masuk bilik air, buka semua jendela. Biar bau asap kemenyan hilang," Andi Kamarool menambah.

Gesaannya saya patuhi. Bila daun tingkap terbuka, bau kemenyan beransur kurang. Udara pagi, mula berlegar-legar dalam ruang. Kicau burung mula kedegaran. Di kaki langit fajar mula bangkit. Dengan langkah yang lemah saya menuju ke bilik air.

HIDANGAN

Setelah selesai menunaikan fardu subuh, kami dapati hidangan untuk sarapan sudah tersedia.

"Cuma ini saja yang ada, kuih jemput pelapik perut dan kopi panas," Mia yang berdiri diambang pintu bersuara.

Terkejut juga saya, bagaimana Mia boleh masuk sedangkan pintu berkunci.

Tetapi, bila memikirkan rumah miliknya, pasti dia ada kunci pendua.

"Bila keluar nanti, pintu jangan dikunci. Kalau dikunci susah pula Kak Sun nak mencuci rumah. Ada bekal untuk kamu berdua di situ," jari telunjuk Mia menunding ke arah sumpit mengkuang yang tersandar di dinding.

"Apa bekalnya?" tanya saya.

"Nasi lemak sambal tumis ikan bilis, sebaik-baiknya, kamu berdua jangan makan di kedai, aku ucapkan selamat jalan."

"Mia....," suara Andi Kamarool terus mati.

Dia tergamam. Melihat Mia melangkah keluar. Wajah Andi Kamarool nampak sedih sekali.

"Barangkali dia sedih, tidak sampai hati nak bercakap dan melihat wajah kamu," saya menenangkan perasaannya.

"Barangkali," keluh Andi Kamarool penuh kelesuan.

Ketika kami berada di gigi jalan menanti kenderaan untuk ke Sungai Penuh. Haji Simpul datang menemui kami. Setelah berjabat tangan. Haji Simpul menghadiahkan senyum mesra untuk kami.

"Apa yang kamu buat malam tadi Tamar?"

Itu yang ditanyakan oleh Haji Simpul kepada saya. Sukar untuk menjawabnya.

Haji Simpul terus menentang anak mata saya Renungannya membuat dada berdebar dan ada resah semacam.

"Berterus-terang saja dengan aku, Tamar," Hai Simpul terus mendesak, bila melihat saya enggan membuka mulut.

Kerana tidak mahu menghampakan harapannya, saya ceritakan apa yang telah saya alami malam tadi.

Selesai saja saya bercerita Haji Simpul dan Andi Kamarool gelengkan kepala.

Dan dalam suasana dingin pagi, Haji Simpul dan Andi Kamarool menyesali perbuatan saya. Menurut mereka, perbuatan tersebut boleh mengundang kecelakaan pada diri.

Sesungguhnya, saya menyesali dengan apa yang saya lakukan. Hati kecil saya berjanji tidak akan mahu mencuba atau berusaha menemui hantu atau apa saja yang ada hubungan dengan makluk ghaib.

Saya tak sanggup menerima atau menanggung risiko. Ada pelbagai risiko yang menanti.

Takdirnya, saya jatuh gila terpaksa mencari orang yang lebih handal untuk mengubatinya.

Andainya, tidak ada orang yang mampu mengubatinya, meranalah saya sepanjang hidup. Saya terus jadi gila sampai mati.

Mengenangkan itu saya termenung panjang dan bersyukur kerana saya tidak mengalami apa- apa.

MEMBISU

"Lain kali, jangan buat perkara macam itu," tutur Haji Simpul sambil membetulkan hujung serbannya yang menutup hidung akibat ditiup bayu pagi yang agak kencang.

Saya terus membisu. Tidak wajar untuk saya memberikan sebarang komen. Mungkin kerana kesejukan, Andi Kamarool terus memeluk tubuh.

“Aku tahu, apa mulanya kamu memang tidak sengaja. Tetapi, dari tidak sengaja itu mendorong kamu untuk mencuba meminta sesuatu, betul tak cakap aku Tamar?" Haji Simpul merenung biji mata saya.

"Betul tuan haji."

"Kamu minta harta kerana kamu mahu kaya?"

Saya mengangguk. Senyum Haji Simpul kian lebar. Saya semakin sedar, apa yang saya lakukan malam tadi, memang kerja yang sia-sia.

"Perbuatan yang membuang masa, nasib baik kamu tidak ditimpa celaka," kali ini suaranya agak meninggi.

Bunyi deru injin kederaan yang melintas di depan membuat perasaan kami kurang aman. Nasib baik tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Rasa dingin terus menguasai diri saya.

"Kamu mesti ingat Tamar, Allah telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang sempurna dan mulia. Kepada Allahlah manusia mohon restu dan pertolongan, bukannya kepada makhluk atau roh yang tidak tentu asal usulnya," bisik Haji Simpul ke telinga.

"Saya faham tuan haji."

“Kalau dah faham, jangan buat lagi."

"Saya berjanji," itu ikrar saya di depan Haji Simpul dan Andi Kamarool turut mendengar ikrar tersebut.

TAHAN

Tetapi, berusaha melepaskan manusia dari jadi hamba jin, hamba syaitan adalah kerja yang murni. Kerana itulah aku bersedia membantu kamu berdua, tujuan kamu untuk menyelamatkan Mia dan Harison."

Kali ini sepasang biji mata Andi Kamarool tertumbuk ke paras Andi Kamarool.

Kami melihat sebuah lori kecil datang dari arah depan. Haji Simpul segera ke tengah jalanraya lalu menahan lori kecil yang sarat membawa sayur-sayuran. Dengan serta-merta lori itu berhenti.

"Ada apa halnya ayah cik?"

Pemandu lori kecil menjulurkan kepala. Injin segera dimatikan. Tiada jawapan dari Haji Simpul untuk pemandu lori kecil berkepala merah.

Haji Simpul segera menghampiri si pemandu. Mereka bercakap, bagaikan orang berbisik. Saya kurang senang dengan cara yang dilakukan oleh Haji Simpul macam ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada kami berdua.

Dengan langkah yang lemah. Haji Simpul menjarakkan diri dari si pemandu dan lori. Dia segera mendekati kami.

"Drebar lori itu anak saudara aku. Dia setuju bawa kamu berdua ke Sungai Penuh," semacam ada nada bangga terlontar dari kelopak bibir Haji Simpul.

Dia segera mengambil beg pakaian kami lalu belakang lori.

Tanpa mahu berfikir panjang, saya terus meluru ke bahagian belakang lori. Andi Kamarool juga turut berbuat demikian.

Kami sama-sama memanjat lori dan segera duduk di celah bakul sayur, beberapa dari kelopak kobis yang gugur segera jatuh atas riba saya.

Bau dari bakul sayur yang kurang menyenangkan itu membuat kami terbatuk. Andi Kamarool seperti merunggut, mungkin dia merasa tidak selesa duduk berhimpit dengan bakul sayur.

"Tamar, Kamarool bukan di belakang, duduk di depan dekat drebar," suara Haji Simpul meninggi.

Kami segera turun dari belakang lori dan melangkah lemah menuju ke bahagian depan. Sebaik saja kami sampai dekat pintu lori, pemandunya melompat turun lalu menghulurkan tangan. Kami sambut salam perkenalan dan persahabatan penuh mesra.

"Duduk di belakang tak selesa, nanti seluruh badan bau sayur. Duduk di depan dekat saya," turut si pemandu dengan mesra.

Harga senyumannya murah sekali. Haji Simpul yang berdiri dalam jarak sepuluh kaki dari kami tersenyum bangga.

"Ayah cik belum perkenalkan, siapa mereka kepada saya," pemandu lori merenung tepat ke wajah Haji Simpul.

"Oh ya, aku terlupa."

Dengan serta merta Haji Simpul kerutkan kening. Kemudian dia menerpa ke arah saya dan Andi Kamarool dan kami segera dipeluknya. Ketawanya tidak putus.

"Ini, yang di sebelah kiri aku, namanya Tamar. Disebelah kanan aku namanya Andi Kamarool," tutur Haji Simpul.

Ketawa yang terputus disambungnya kembali. Telapak tangannya terus menepuk-nepuk bahu kami.

"Ada kaitan keluarga dengan kita?" soal pemandu lori.

"Ada."

"Dari sebelah mana? Barangkali dari sebelah isteri ayah cik agaknya," si pemandu kian ghairah bertanya.

"Dari aku tak ada. Dari sebelah bini aku pun tak ada."

"Habis dari keluarga mana ayah cik?"

"Keluarga dan saudara sesama Islam," balas Haji Simpul. Si pemandu anggukkan kepala.

"Mereka dari mana, ayah cik?"

"Tamar dari tanah semenanjung, Andi dari Kalimantan, mereka ke mari kerana nak cari pengalaman baru di rumah batu dan ladang misteri."

"Kalau begitu, mereka berdua memang hebat orangnya ayah cik."

"Aku tak berani nak kata apa-apa, kamu tanyalah mereka," ujar Haji Simpul.

Si pemandu ketawa kecil. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

Ungkapan-ungkapan yang terhambur dari bibir Haji Simpul tidak saya senangi. Ada unsur menyindir dan mengejek.

Sebenarnya, dia tidak perlu menyebut yang kami mahu cari pengalaman di rumah batu da di ladang Mia. Saya kira kata-kata itu terlalu peribadi.

Apakan daya, kami tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulutnya.

"Sekarang kamu berdua boleh pergi."

Haji Simpul segera menjatuhkan tangan sebelah kiri dan kanan yang memeluk pinggang saya dan Andi Kamarool.

"Aku ucapkan Selamat Jalan," tambahnya lagi.

"Mari ikut, saya terlupa pula nak cakap, nama saya Abu Zaharin, panggil saya Abu, sudahlah," si pemandu yang bertubuh kecil, sulah dahinya luas tetapi, rambutnya tidak lebat. Agak jarang di bahagian tengah kepala, menarik tangan kami ke tempat duduk. Saya dan Andi Kamarool mengikut saja, macam kerbau dicucuk hidung.

Injin lori kecil segera dihidupkan.

"Kami pergi dulu, tuan haji," saya dan Andi Kamarool bersuara serentak.

"Semoga Allah memberkati perjalanan kamu bertiga, jauh dari bahaya dan petaka," Haji Simpul menadah kedua belah tangannya kelangit.

"Pergi dulu ayah cik."

Haji Simpul anggukkan kepala.

JAMU

Lori kecil, kepala merah pun bergerak perlahan-lahan. Saya lihat Haji Simpul melambai-lambaikan tangannya ke arah kami. Makin lama makin laju lori bergerak meninggalkan Haji Simpul dan kawasan ladang milik Mia.

Sudah dua puluh minit perjalanan, kami bertiga tidak bercakap sepatah apapun. Masing-masing dengan hal sendiri.

Abu Zaharin begitu tenang memaut dan memulas setering kereta. Sesekali dia bersiul kecil membawa lagu padang pasir.

Mata saya terus dijamu dengan pepohon yang menghijau di kiri kanan jalanraya. Dan matahari pun mula memancarkan ke arah pepohon di kaki dan puncak gunung.

Bila sinarnya tertampar di permukaan air sungai yang mengalir lembut akan memantulkan cahaya yang kilau-kemilau.

Suasana begini, membuat saya terasa segar, tidak jemu dan sekaligus merasa kagum dengan ciptaan Allah Yang Maha Besar.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 185/284

BACA: SBDJ Siri 184: Pengawal Bertelinga Kuda
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Friday, January 13, 2023

Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Mukjizat Al-Quran

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Wednesday, January 04, 2023

Misteri Pencarian Harta Karun Di Alam Ghaib

Misteri Pencarian Harta Karun Di Alam Ghaib

Pertama, perlu ditegaskan bahawa tulisan ini bukan bermaksud memancing apatah lagi menganjurkan para pembaca untuk mencari dan memburu harta karun. Ia sekadar untuk berkongsi pelbagai kejadian dan kecenderungan ramai orang dalam memburu harta karun.

Harta Karun Ghaib

Sebaliknya, agar sedulur-sedulur jangan sampai menjadi salah satu korban pemburu harta karun yang tujuannya merompak harta benda si korban dengan modus operandi berlagak membantu mencari, mengaku mampu melakukan ritual mencari harta karun.

Sebahagian orang seringkali mudah diperdaya oleh pemburu harta karun kerana pelaku kejahatan memanfaatkan situasi dan keadaan ekonomi yang cenderung semakin sukar, semakin kompleksnya ragam tuntutan hidup di zaman sekarang ini, ditambah semakin mahalnya perbelanjaan hidup.

Sementara itu daya beli dan kesejahteraan masyarakat justeru semakin lemah. Wajar saja jika ramai orang ingin memenuhi segala keperluan melalui cara yang mudah dan disangkanya tidak berisiko besar.

Harta Karun Ghaib

Harta karun Ghaib, ada secara fizikalnya tetapi diselubungi oleh tabir ghaib sehingga tidak nampak jika dilihat dengan mata kasar.

Harta karun Ghaib biasanya dulu dimiliki oleh orang-orang sakti atau orang yang memiliki kemampuan ilmu batin saat masih hidup. Harta karun ini benar-benar ada dan wujud secara fizikal.

Harta karun Ghaib akan selalu tersembunyi dan terselubung oleh tabir misteri yang tidak mudah dilihat dengan mata kasar dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu atau malah orang biasa yang secara tidak sengaja mampu melihatnya.

Namun, ada juga orang yang memang dikehendaki oleh si pemilik atau penjaga harta karun untuk dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri.

Selain sukar dilihat secara fizikal, harta karun Ghaib bukan hanya sulit dilihat namun juga tidak mampu disentuh secara fizikal sebelum dilakukan suatu upacara untuk membuka tabir ghaib yang menyelimutinya.

BENTENG GHAIB

Tabir ghaib yang menyelimuti harta karun Ghaib bukanlah secara kebetulan, tetapi memang disengajakan agar tidak boleh dilihat oleh sebarangan orang.

Sengaja dibuat ghaib oleh pemilik harta karun dengan tujuan untuk menyimpan, menyembunyikan dan melindungi agar harta karun tidak dijarah orang.

1. Dilakukan oleh pemiliknya sendiri

Biasanya, pemilik adalah orang-orang sakti, mulia, jujur dan dulunya sewaktu hidup adalah seorang pemimpin atau raja.

Ada banyak cara atau teknik untuk menyembunyikan harta karun dengan tabir ghaib. Bahkan harta karun umumnya mempunyai pagar yang berlapis-lapis, diantaranya ditutup dengan lapisan password ghaib yang hanya diketahui oleh pemilik harta karun.

2. Penjagaan Berlapis

Setelah ditutup dengan tabir ghaib oleh pemiliknya, terkadang masih ada lagi penjaga harta karun Ghaib yang terdiri dari pelbagai jenis mahluk halus dengan kemampuan atau kesaktian yang paling rendah hingga paling tinggi.

Mereka seperti membentuk lapisan-lapisan pagar, ditugaskan sebagai penjaga harian, berada di barisan paling depan atau sekelas perajurit biasa saja.

Ada pula penjaga harta karun Ghaib wujud sebagai naga, ular besar atau genderuwo, raksasa dan beragam mahluk halus lainnya, tetapi jangan salah menuduh, mereka sesungguhnya bukanlah mahluk jahat.

Mereka hanya ditugaskan untuk menjaga harta karun, atas perintah pemiliknya atau kerana atas suka rela mereka sendiri, tetapi mahluk halus memiliki kesetiaan luar biasa, bukan seperti bangsa manusia yang selalu khianat.

Di dalam diri mahluk halus tidak ada watak pengkhianat. Jika berkata ya atau sanggup, ertinya sebuah harga mati untuk melaksanakan tugasnya. Jika sudah berkata tidak, tiada lagi pujuk rayu yang mampu meruntuhkan keteguhan hatinya.

Pertanyaannya sekarang, kenapa pemilik harta karun masih mahu melindungi harta karunnya, padahal mereka sudah hidup di alam yang abadi?

Penjagaan menjadi penting jika menyangkut harta benda bernilai tinggi. Dijaga agar tidak diambil oleh sebarangan orang, apalagi digunakan untuk kepentingan peribadi dan merosak peraturan dan ketertiban hukum, mahupun ketertiban sosial.

Penjagaan bertujuan agar harta karun tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Pemilik harta karun yang sudah menjadi tanah sangat tahu akan dipergunakan untuk apa hartanya suatu saat nanti.

Suatu ketika, jika sudah tiba saatnya untuk dikeluarkan, penerima yang dikehendaki akan diberikan petanda atau petunjuk secara langsung oleh pemiliknya sendiri.

Biasanya akan jatuh kepada anaknya sendiri atau ke tangan orang yang boleh dipercayai membawa tugas mulia dan tidak akan jatuh ke tangan orang asing yang tidak dikenalinya.

3. Penguasaan oleh Bangsa Halus

Harta karun boleh juga berasal dari harta karun fizikal yang sudah ditinggalkan oleh pemiliknya, namun kemudian dikuasai dan dijaga oleh bangsa halus.

Bangsa halus tersebut biasanya hanya menguasai jenis fizikal yang terbuat dari bahan baku emas dan benda yang sudah berada di bawah penguasaan makhluk halus dengan sendirinya akan sirna dari pandangan mata kasar.

RAGAM KEWUJUDAN HARTA KARUN DAN KEDUDUKANNYA

Wujudnya harta karun jenis emas sangat beragam bentuknya. Ada yang berupa wang purba, kepingan dengan pelbagai ukuran, perhiasan mahupun bentuk hiasan rumah tangga yang terbuat dari emas.

Ada yang masih utuh dan ada pula yang sudah reput. Soal jumlahnya juga sangatlah pelbagai dan biasanya terkubur di bawah tanah.

Mungkin di dalam rumah, di dasar sungai, di tempat-tempat yang menyeramkan atau di sekitar perkuburan. Harta karun ini walaupun digali, tetap tidak akan kelihatan jika dilihat dengan mata kasar.

Sementara itu harta karun Ghaib terdapat di pelbagai lokasi yang beragam pula misalnya dasar laut, sungai, telaga, kolam, di dalam bangunan, boleh juga posisinya terkubur, tetapi jika digali akan terlihat oleh mata kasar.

PROSES MEMPEROLEH HARTA KARUN

Petunjuk

Sebelum harta karun ghaib diketahui di mana kedudukannya berada, biasanya terlebih dahulu ada seseorang yang mendapat petunjuk secara ghaib, sama ada melalui mimpi mahupun secara tidak sengaja melihat dengan mata kasar lokasi harta karun.

Sebaliknya, bagi seseorang yang memang sengaja bernafsu memburu harta karun akan mengalami kesukaran mendapat petunjuk, dan walaupun sudah ada petunjuk bukan bererti seseorang pasti akan terpilih untuk mendapatkannya.

Selain melalui mimpi dan melihat secara tidak sengaja, kewujudan harta karun terkadang didapat melalui sebuah petanda atau peta yang disampaikan oleh nenek moyang (leluhur).

Maklumat keberadaan harta karun yang disampaikan oleh leluhur biasanya ada suatu tujuan khusus yang mana leluhur memberikan perintah untuk mengambil harta karun supaya boleh diambil dan digunakan.

Namun begitu, walaupun ada perintah untuk mengambilnya, bukan bererti pasti berjaya mendapatkan harta karun, kerana seseorang mampu mendapatkannya atau tidak bergantung bagaimana perilakunya dan syarat yang harus dilakukan.

Secara Tidak Sengaja

Cara mendapatkan harta karun ini yang sering terjadi dan paling wajar, lumrah dan masuk akal. Misalnya kita sedang berkunjung ke suatu tempat, kemudian di lokasi tersebut kita mendapat harta karun misalnya kepingan atau perhiasan emas atau alat perhiasan.

Jenis harta karun yang diperolehi secara tidak sengaja itu ada dua kemungkinan, harta karun fizikal atau harta karun ghaib, tetapi hal itu tidaklah penting.

Yang jelas kita menjadi orang yang terpilih untuk memiliki harta berharga dari pemilik atau penguasa harta karun yang ada di lokasi tersebut dan memperolehi harta karun fizikal secara tidak sengaja, ini yang sering dialami orang.

PENTINGNYA MEMAHAMI PERATURAN

Banyak sekali maklumat soal harta karun secara sekerat-sekerat, menjadikan pemahaman yang bersimpang-siur.

Apa Yang Terjadi Di Sebalik Harta Karun?

Ini yang harus difahami oleh siapapun yang sedang atau ingin mencari harta karun, khususnya harta karun ghaib yang biasanya ada pemilik dan ada yang menjaganya.

Apatah lagi jika harta karun ghaib itu pemiliknya sudah meninggal dunia, lalu yang menjaganya pun bukan lagi mahluk fizikal tetapi ada di dimensi halus.

Banyak sekali peraturan yang harus dipatuhi dan jika syarat dilanggar, risiko paling ringan adalah seseorang tidak akan berjaya mendapatkannya dan habis wangnya. Manakala risiko paling berat adalah berakhir dengan kematian.

Untuk itu selangkah demi selangkah harus kita fahami apa yang terjadi di sebalik misteri harta karun ghaib:

1. Memohon Izin

Bagi siapapun yang berniat mengambil harta karun ghaib, jangan pernah merasa terlalu yakin kerana merasa cukup ilmu, kesaktian dan kemampuan. Bersikap rendah hati dan pasrah.

Sebelum menjalankan upacara mengambil harta karun, perkara pertama yang harus dilakukan adalah meminta izin kepada pemilik dan penjaga harta karun ghaib.

Anda harus mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi terlebih dahulu dengan harapan dapat mengetahui siapa pemilik dan penjaganya.

Jika ada respon, ertinya boleh berkomunikasi dengan pemilik atau penjaganya barulah menyampaikan maksud dan tujuan misalnya meminta harta karun ghaib seikhlasnya dan peminta tidak boleh menentukan jumlah yang mahu diperolehi.

Respon itu merupakan langkah awal. Jawapan yang diberikan oleh pemilik mahupun penjaganya antara dua: YA atau TIDAK!

Jika permintaan ditolak, sudahlah. Lupakan saja keinginan anda mahu memperoleh atau menguasai harta karun. Siapapun tidak akan mampu memaksa untuk memiliki harta karun Ghaib jika tanpa izin pemilik dan penjaganya.

Bila anda berani memaksa untuk mengambil kerana merasa memiliki kekuatan dan kemampuan yang hebat, pasti akan ada kejadian menimpa diri anda.

Meskipun demikian, terkadang orang nekad melakukan penggalian di suatu tempat yang dirasakan terdapat harta karun. Perbuatan itu tidak akan berguna, bahkan sebaliknya akan mencelakakan diri sendiri.

2. Kekuasaan Penuh ada pada Pemilik dan Penjaga Harta Karun

Tidak ada orang sesakti apapun yang boleh memaksa untuk memiliki atau merebut harta karun ghaib tanpa adanya izin dari pemilik dan penjaganya.

Jikalau pun anda sangat sakti dan mampu mengalahkan Pemilik dan penjaga harta karun Ghaib, tentu saja pemilik dan penjaga akan memindahkan harta karun di suatu tempat yang tidak akan anda ketahui. Pemindahan dilakukan dalam sekelip mata.

3. Dilindungi Password Khusus

Menyimpan dan menyembunyikan harta karun Ghaib akan dilakukan oleh pemilik dan penjaga harta karun dengan pelbagai lapisan pagar seperti yang sudah disebutkan sepintas lalu di awal.

Pagar yang paling sukar ditembusi berupa password khusus yang hanya diketahui oleh Pemilik dan biasanya berupa suatu mantera.

Dan mantera ini tidak mampu dirungkai dengan password lain, apalagi dengan password berupa doa-doa. Bagaikan mangga dengan anak kuncinya, ia tidak boleh dibuka menggunakan anak kunci palsu.

4. Meminta Seikhlas 'Hati'

Sekalipun anda telah diizinkan oleh Pemilik harta karun, anda tidak akan mampu mengatur berapa banyak harta karun ghaib yang anda inginkan.

Berapa banyaknya tergantung atas kehendak ikhlas si pemilik untuk memberikan harta karun kepada anda.

5. Petunjuk dan Dibimbing Secara Langsung

Jika diizinkan, anda akan dibimbing secara langsung oleh pemiliknya sendiri, berisi petunjuk bagaimana proses atau ritual yang harus dijalankan agar harta karun ghaib boleh diperolehi.

Anda akan dibimbing bila waktu yang tepat untuk melakukan prosesi ritual. Berapa lama waktu yang perlu dijalankan sampai harta benar-benar berjaya diperolehi dan bila waktunya untuk melakukan ritual atau proses, anda juga tidak boleh menentukannya sendiri.

6. Pelbagai Syarat

Selain password ghaib, harta karun ghaib masih dilindungi oleh pelbagai lapisan pagar ghaib (selain penjaga), dengan pelbagai macam syarat dan peralatan.

Apa saja peralatan dan syarat-syarat yang harus disiapkan akan diberitahu secara langsung oleh Pemilik harta karun Ghaib.

7. Tidak Ada Korban Nyawa

Pada dasarnya, mencari atau berusaha untuk memperoleh harta karun tidak memerlukan korban nyawa manusia dan jika sampai ada kejadian korban nyawa manusia, ia disebabkan oleh kesilapan, misalnya ada syarat yang dilanggar oleh peminta harta karun ghaib itu sendiri.

8. Sudah Dikehendaki Pemilik

Inilah cara mendapatkan harta karun ghaib yang paling selamat dan mungkin ada harapan untuk berjaya mendapatkannya. Yakni melalui jalan petunjuk ghaib, yang dialami oleh seseorang.

Namun, tetap harus hati-hati dan waspada terhadap dakwaan oleh pencari harta karun ghaib sebagai pembawa amanat untuk anda.

Ini kerana petunjuk ghaib tidak pernah melalui orang lain. Kita sendiri akan mendapatkan petunjuk langsung melalui mimpi atau interaksi langsung secara ghaib. Apabila leluhur berkehendak menuntun, alangkah beruntungnya diri kita.
 
PENTING

Setidaknya, poin di atas menjadi syarat utama yang harus kita fahami tentang harta karun ghaib.

Seterusnya, masih ada lagi beberapa persyaratan penting lain yang sangat menentukan berjaya atau tidak bagi orang yang sudah diizinkan Pemilik untuk berusaha mendapat harta karun ghaib.

Beberapa syarat itu adalah:

Asas Kelayakan

Memperoleh harta karun tidaklah mudah. Sebab harta karun termasuk berkah besar. Ertinya akan berat pula asas kelayakan yang harus dimiliki oleh seseorang penerima.

Asas kelayakan berkaitan dengan layak tidaknya seseorang menerima harta karun. Kita termasuk sebagai orang yang pantas mendapatkan harta karun ghaib apabila diri kita sudah dinilai oleh hukum alam sebagai seseorang yang cukup amalnya.

Sering menolong dan membantu sesama dan seluruh mahluk, sering memberikan kemudahan dan jalan hidup kepada sesama manusia.

Peruntukan

Untuk apa harta karun yang akan didapat, akan menentukan seseorang berhasil atau tidak dalam melaksanakan proses mengangkat harta karun.

Tergantung pula pada siapa pemilik harta karun itu. Jika harta karun adalah milik seorang Raja atau pemimpin di zaman dulu, biasanya akan dapat diangkat jika akan digunakan untuk kemakmuran orang ramai atau untuk suatu bangsa.

Boleh juga diberikan kepada seseorang untuk kegunaan peribadi, jika orang tersebut masih keturunan si Pemilik harta karun ghaib.

Sementara itu harta karun milik Raja, pemimpin besar, mahupun peribadi, jika digunakan untuk suatu tujuan untuk merosak bangsa, kejahatan dan ketamakan, jelas tidak akan diperolehnya.

Sebaliknya harta karun yang akan digunakan untuk membayar hutang atau untuk kelangsungan hidup justeru lebih dapat diterima oleh pemilik dan penjaga harta karun ghaib.

Membayar hutang pun bukan sembarang hutang. Alasan hutang yang disebabkan oleh perilaku hidup boros, judi atau dampak risiko suatu perbuatan jahatnya sendiri, tentu tidak akan diterima.

Sebaliknya hutang yang disebabkan akibat tanggungan biaya perubatan, menolong orang atau untuk membiayai sekolah dan tanggungan keluarga dan sejenisnya malah cukup beralasan dan diterima gaib.

Namun demikian, harta yang diperuntukkan untuk kemakmuran orang ramai, masyarakat atau suatu bangsa biasanya akan lebih mudah dikabulkan oleh si pemilik harta karun.

Kemampuan Menata Hati

Jika dalam diri kita masih ada sifat serakah, tamak, jahat, dengki, iri hati, tidak adil dan selalu pilih kasih, sombong, riak, semua itu akan menjadi batu halangan dalam melaksanakan petunjuk dan bimbingan ghaib.

Dan risikonya cukup besar, seseorang boleh menjadi terganggu jiwanya, paling kurang akan kerasukan yang mengakibatkannya jatuh sakit.

Untuk itu, seseorang yang sedang memproses ritual demi ritual mengangkat harta karun hendaklah menata hati, jagalah selalu suasana hati agar selalu tertanam rasa tulus, membersihkan segala penyakit hati dengan rasa rendah diri.

Untuk syarat hati ini, sederhana tetapi sukar dilakukan. Biasanya jika sudah semakin mendekati akhir proses atau ritual, orang akan semakin tergiur.

Apalagi jika dilakukan secara kelompok atau pasukan yang terdiri dari ramai orang, akan menjadi lebih sukar. Menata hati dan fikiran satu orang saja sulit, apalagi hati dan fikiran banyak orang.

Kemampuan dan mental zahir batin setiap orang juga berbeza-beza. Satu orang saja tidak teguh hati atau tidak kuat, misalnya dengan tidak mematuhi satu dua syarat, akibatnya boleh menjadi sangat fatal.

Ia dapat mengakibatkan usahanya gagal teruk dan boleh mengalami suatu risiko yang cukup berat.

Prinsipnya, harus mampu membersihkan segala penyakit hati, meluruskan pemahaman dan pola fikir, kuat mental zahir dan batin.

TIPU DAYA MAFIA HARTA KARUN

Seperti yang sudah kita ketahui, banyak sekali berita, khabar dan dongeng tentang upaya orang mencari harta karun ghaib.

Begitu ramai orang mengaku mampu mengangkat harta karun ghaib, tetapi kebanyakannya hanyalah sekadar aksi tipu daya, dengan mangsa akan mengeluarkan perbelanjaan mencari harta karun ghaib.

Yang untung adalah orang yang mengaku mampu mengangkat harta karun, padahal semuanya pada akhirnya akan gagal. Tetapi selalu saja si penipu tidak mahu disalahkan.

Bahkan sudah dibuat senario jika nanti pada akhirnya kegagagalan adalah disebabkan oleh mangsa penipuan yang melanggar pantang atau kerana kurang memenuhi syarat.

Seribu alasan dibuat-buat yang pada intinya memposisikan si korban agar tidak mempunyai alasan untuk menyalahkan si penipu yang berlagak dewa handalan.

Maka tulisan ini sekaligus sebagai peringatan untuk pembaca yang budiman agar tidak terperangkap dalam jaringan mafia harta karun yang sesungguhnya hanya mahu merompak wang anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: (1)

Sunday, January 01, 2023

Kisah Lembing Takdir Yang Membunuh Nabi Isa!?

Kisah Lembing Takdir Yang Membunuh Nabi Isa!?

Selain Tabut Yahudi dan Holy Grail, Nazi juga mencari Lembing Takdir atau Spear Of Destiny. Lembing ini yang dikatakan menikam Nabi Isa a.s semasa baginda disalib. Kalau dalam siri Legends of Tomorrow DC, lembing ini dikatakan mampu menukar takdir.

LEMBING TAKDIR (SPEAR OF DESTINY)
LEMBING TAKDIR (SPEAR OF DESTINY).

Konon bukti kepada mitos ini ialah ada 40 pemerintah terdahulu yang pernah memilikinya termasuk Maharaja Rom, Constantine dan Raja Frederick Yang Agung. Si Misai Kontot (hitl3r) yang melihat nilai yang ada pada lembing tersebut pada tahun 1908 di Austria mahu memilikinya.

Selepas Austria ditakluk oleh Nazi Jerman pada tahun 1938, lembing tersebut dipindahkan dari Austria ke bandar Nuremberg. Bilah lembing tersebut selamat sampai di Jerman, menurut mitos, Si Misai Kontot melancarkan serangan di Poland.

Ironinya, selepas pihak Bersekutu merampas lembing tersebut pada 1945, Si Misai Kontot membunuh diri dalam bunker.

Nabi Isa a.s. tidak dibunuh ataupun disalib

Dalam Islam, Al-Quran menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa a.s. tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun orang yang mereka salib ialah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa a.s. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan ialah muridnya yang mengkhianatinya bernama Judas Iscariot).

"...dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu ialah Isa." (An Nisaa' : 157)

Nabi Isa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu.

KISAH LEMBING TAKDIR (SPEAR OF DESTINY)

Kisah penyaliban Nabi Isa dikatakan berlaku di Calvary, yang juga dipanggil sebagai Golgota, di luar dinding purba Jerusalem pada awal abad Pertama.

Relik itu telah disimpan oleh para pengikutnya di Jerusalem sehingga ia dipindahkan selepas Perang Salib.

Tidak kira apa yang diberitahu kepada anda tentang Perang Salib, sebab sebenar di sebalik peperangan itu sebenarnya adalah kerana perebutan untuk merampas relik itu.

Relik tersebut telah menyebabkan meletusnya Perang Salib pada abad ke-11.

Menurut buku teks, Perang Salib Pertama telah dilancarkan pada tahun 1095 oleh Paus Urban II dengan dwi matlamat untuk menakluki semula kota suci Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dan membebaskan orang-orang Kristian Timur daripada pemerintahan Islam.

Sebaliknya, apa yang tidak dimasukkan ke dalam buku teks adalah niat sebenar di sebalik Perang Salib Pertama.

Ia bukanlah bertujuan untuk membebaskan Komuniti Kristian tetapi sebenarnya untuk merampas dan menyelamatkan relik itu daripada Kerajaan Islam.

Kedua-dua golongan kesateria dan petani daripada pelbagai negara-negara Eropah Barat mengembara melalui tanah dan laut ke arah Baitulmuqaddis dan menawan bandar tersebut pada bulan Julai 1099, seterusnya mewujudkan Kerajaan Jerusalem dan lain-lain negeri Salib.

Sepanjang tempoh berlakunya perang, tentera salib membunuh hampir setiap penghuni Jerusalem. Penduduk Islam, Yahudi, dan juga orang Kristian timur semuanya telah dibunuh beramai-ramai.

Penduduk-penduduk itu dibunuh di dengan dalih bahawa mereka menyebelahi musuh sedangkan hakikatnya mereka dibunuh untuk menyembunyikan pemilikan relik oleh perintah tertinggi dalam perang salib.

Selepas berlakunya Perang Salib pertama, Persaudaraan Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), lebih dikenali sebagai kesateria templar atau peraturan rumah agama (Perancis: Ordre du Temple or Templiers) didirikan dengan tujuan yang 'dikatakan' untuk memastikan keselamatan ramai penganut Kristian yang menziarahi Jerusalem selepas penaklukannya.

Dakwaan ini sudah tentunya palsu kerana Kesateria Templar telah ditubuhkan untuk melindungi peninggalan di dalam kawasan Jerusalem.

Legenda mengatakan bahawa apabila relik itu berada di tangan mereka, tentera salib mendapati kuasa menakjubkan daripada relik itu yang mampu memperkasakan pemakainya menjadi tidak terkalahkan dalam peperangan.

Legenda Kristian mengatakan bahawa Kesateria Templar telah menggunakan Lembing dalam kemenangan terkenal mereka pada tahun 1177 semasa Peperangan Montgisard, iaitu kira-kira 500 kesateria Templar membantu tentera Salib untuk mengalahkan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang berjumlah lebih daripada 26,000 tentera.

Lembing Takdir itu kemudian dipercayai bertukar tangan kepada orang-orang Rom.

Queen Helena Augusta Constantinople (sekitar 250– sekitar 330 TM) telah diberitahu tentang kuasa relik itu dan mengembara ke Jerusalem untuk mendapatkannya.

Setibanya di Jerusalem dia membina sebuah Gereja (ada yang mengatakan dia sebenarnya membina ibu pejabat pertama untuk Kesateria Templar) yang menyebabkan Kesateria Templar bersedia meminjamkan Lembing Takdir kepada beliau.

Relik itu tidak pernah dikembalikan kepada para Templar, sebaliknya Queen Helena memberikan Lembing itu kepada anaknya Constantine the Great yang kemudian menjadi Maharaja Rom Kristian pertama yang memerintah empayar terdiri daripada Britain, Gaul, dan Sepanyol.

Oleh itu, adalah dipercayai bahawa Empayar Rom itu sendiri dibina daripada kuasa relik itu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1) | (2)

Friday, December 30, 2022

Bagaimana Orang Kaya Terus Kaya, Miskin Kekal Miskin?

Bagaimana Orang Kaya Terus Kaya, Miskin Kekal Miskin?

Kenapa sesetengah orang yang sudah kaya raya, kekal kaya? Apa kelebihan mereka Pasti anda pernah terfikir persoalan itu. Pasti anda juga pernah mempersoalkan kenapa kita yang sudah kuat berjimat cermat berbelanja, masih sukar untuk berubah menjadi kaya.

Semakin kaya

Satu teori ringkas cuba menjawab persoalan ini dengan cara yang mudah difahami semua.

Teori beza perspektif kaya miskin yang popular

Satu teori barat yang sering dijadikan perbandingan mudah berkenaan 'ketidakadilan' kewangan masyarakat, adalah Boots Theory of Socioeconomic Unfairness atau 'Teori Ketidakadilan Sosio-Ekonomi Berasaskan Kasut.'

Teori ini asalnya diambil daripada karya fiksyen tulisan penulis Terry Pratchett dalam bukunya yang berjudul 'Men at Arms' yang diterbitkan dalam tahun 1993.

Dalam novel itu, watak bernama Kapten Samuel Vimes mempersoalkan mengapakah berlakunya perbezaan besar di antara kemampuan individu berpendapatan rendah dan tinggi berbelanja.

Buah fikiran itu membawa kepada perbandingan kemampuan untuk seseorang petugas perang dalam mendapatkan kasut yang sesuai.

Kapten Vimes berpendapat seorang askar yang berkemampuan, mampu mendapatkan sepasang kasut yang berharga lebih tinggi sementara seorang yang kurang berkemampuan, akan berusaha mendapatkan kasut yang lebih murah nilainya serta kualitinya.

Menurut Kapten Vimes, kasut yang lebih mahal mampu bertahan lebih lama berbanding kasut yang murah.

Ini menyebabkan seseorang yang berkemampuan hanya perlu mengeluarkan belanja sekali, bagi mendapatkan kasut yang baik.

Bagi askar miskin, kasut yang dibelinya walaupun jauh lebih murah - perlu diganti dalam tempoh waktu tertentu disebabkan bahannya yang kurang berkualiti.

Proses penggantian ini pula boleh berlaku berulang kali, sehinggakan kos untuk mendapatkan kasut murah oleh si miskin akhirnya melebihi kos untuk membeli kasut berkualiti oleh si kaya, yang tidak perlu menggantikan kasut miliknya dalam tempoh masa panjang.

Nampak asas idea itu?

Benarkah murah lebih murah untuk jangka masa panjang?

Teori itu mempersembahkan kepada pembaca satu idea mudah bahawa ada kemungkinan disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang untuk berbelanja lebih - dia akhirnya perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar.

Adakah teori ini ada kebenarannya? Memang ada asasnya.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, penulis serik untuk membeli kasut dan sandal yang lebih murah (walaupun berjenama) kerana besar kemungkinan alas kaki itu perlu diganti lebih awal.

Kebiasaannya sandal dipakai penulis yang berharga RM60 perlu ditukar selepas 6 bulan.

Setelah penulis cuba sekali saja membeli sandal berharga lebih RM200, cuba anda teka berapa lama sandal itu bertahan? 3 tahun!

Mungkin anda boleh mempertikaikan pendapat penulis ini, namun realitinya orang berkemampuan bukan saja dapat mengurangkan keperluan untuk mereka lebih perlu kerap keluar duit - bahkan mereka juga mampu meminimakan masa yang perlu diluangkan untuk keluar membeli barangan.

Kos perjalanan untuk ke kedai atau kompleks beli belah sekiranya kita gunakan contoh sandal penulis, dapat dikurangkan sekiranya kita hanya perlu ke sana 1 kali untuk 3 tahun berbanding 6 kali untuk 3 tahun.

Aplikasikan teori ini ke dalam hidup anda

Selain kasut, penulis suka untuk menggunakan contoh kereta bagi lebih memperjelaskan teori ini.

Seseorang yang kurang mampu, berkemungkinan besar memilih untuk membeli kereta terpakai berbanding kereta baru.

Walaupun harga lebih rendah, dia dalam masa yang sama menanggung risiko kondisi kereta yang tidak diketahui apa keadaannya kecuali dia membeli dari individu yang dikenalinya.

Sekiranya nasib dia baik, berbaloilah kenderaan yang dibelinya - namun acapkali kita mendengar rungutan pemilik kereta terpakai yang perlu mengeluarkan belanja bagi memperbetulkan kenderaannya yang akhirnya menelan dana besar. Kos pembaikian saja satu bab.

Bahagian perkakasan enjin yang sudah lusuh akibat usia juga lebih cepat perlu diganti berbanding kenderaan baru. Silap-silap penjimatan yang diharapkan berlaku, akhirnya bertukar menjadi belanja lebih besar cuma tidak ramai menyedarinya kerana masih membayangkan penjimatan awal semasa membeli kereta.

Kita juga belum mengambil kira pandangan orang ramai yang mahu berjimat ketika membeli kereta pertama, tetapi setelah berkeluarga terpaksa pula cepat menukar kereta disebabkan oleh keperluan-keperluan pertambahan ahli keluarga baru yang ada serta perlunya ruangan yang lebih luas.

Murah tidak semestinya berbaloi

Halangan utama untuk kumpulan pertengahan dan bawahan dalam menangani masalah keperluan berbelanja lebih ini, adalah untuk mendapatkan modal awal yang mencukupi.

Tidak semua orang yang kurang berkemampuan sanggup mengeluarkan modal besar dalam membeli kualiti, walaupun kualiti lebih baik membolehkan penjimatan di kemudian hari.

Lagipun kita yang kais pagi makan pagi ni pun pasti sedar masih banyak desakan hidup lebih penting yang memerlukan belanja diperuntukan, menutup opsyen untuk kita mendapatkan kualiti.

Itulah gunanya menyimpan - tetapi bagaimana nak menyimpan kalau kasut kita dah licin, tak mampu menggigit jalan kan?

Kami yakin ramai di luar sana yang mempunyai pemikiran seperti penulis, gemar mencari sesuatu yang 'bargain', lebih kerap berbelanja membeli barangan murah serta merasakan apa yang murah dan berbaloi, benar-benar berbaloi.

Tanggapan itu ada masanya benar, ada masanya salah sama sekali.

Cuba anda lihat sendiri kehidupan anda dan cari di manakah situasi sebegini boleh diperbaiki. Mungkin anda tidak menyedari tabiat anda dalam cuba menjimatkan belanja, sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan belanja dan membuang masa dengan lebih kerap.

Rancanglah pembelian berdasarkan penjimatan masa panjang

Teori Ketidakadilan Sosio-Ekonomi Berasaskan Kasut
Teori Ketidakadilan Sosio-Ekonomi Berasaskan Kasut.

Satu contoh yang paling jelas - adalah bagaimana tabiat makan kita.

Ada pihak sanggup membayar lebih untuk makan di restoran yang lebih 'upscale,' kerana tak nak beratur sendiri membeli makanan. Ada yang sanggup beratur beberapa kali, untuk membeli makanan dan minuman demi penjimatan.

Persoalan di sini - adakah berbaloi penjimatan yang dapat kita lakukan, seandainya pengalaman kita makan itu, adalah sesuatu yang menyusahkan?

Apabila kita kurang berkemampuan, kita akan meletakkan sekatan mental kepada diri kita sendiri dalam menganalisis situasi sebegini dengan lebih terbuka.

Sekiranya kita dapat membuka sedikit minda, pasti anda dapat menerima pendapat kadangkala tak berbaloi untuk anda terlalu kedekut dan cuba berjimat setiap masa.

Struggle sikit untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berkualiti, sebenarnya tak mengapa. Yang penting tahan lama.

Tak percaya? Cubalah beli sesuatu yang agak berkualiti, lebih mahal berbanding range harga biasa anda tetapi masih kena dengan bajet anda.

Mungkin nanti anda akan tersedar - orang kaya kekal kaya, kerana mereka sebenarnya jarang lokek mengeluarkan belanja. Sementara kita yang lokek, berterusan merugikan diri kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, December 28, 2022

Apa Rahsia Negara Qatar Menjadi Sangat Kaya Dan Berjaya!?

Apa Rahsia Negara Qatar Menjadi Sangat Kaya Dan Berjaya!?

Sejak tiga dekad yang lalu, Qatar berubah menjadi antara salah sebuah negara dengan ekonomi terkaya di dunia. Qatar mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1971 dan ketika itu, ia merupakan antara ekonomi termiskin di timur tengah. Ekonomi Qatar sangat bergantung kepada industri perikanan.

Negara Qatar Kaya

Ramai yang percaya bahawa penemuan minyak dan gas asli adalah punca kepada kejayaan ekonomi Qatar.

Fakta ini benar kerana minyak dan gas asli sememangnya memainkan peranan besar dalam mengubah ekonomi Qatar.

Namun memiliki sumber semula jadi sahaja tidak bermakna mereka akan menjadi kaya.

Banyak negara yang dikurniakan dengan sumber alam namun ia tidak membuatkan mereka kaya malah sebaliknya, contoh yang paling mudah adalah Korea Utara dan Venezuela.

Apa yang berbeza dengan Qatar adalah mereka tahu cara untuk menguruskannya dengan begitu efektif.

Penemuan Minyak dan Gas Asli

Untuk beberapa dekad yang lalu, permintaan terhadap minyak dan gas asli meningkat. Hal ini sekaligus memberi manfaat kepada Qatar untuk menjadi ekonomi terkaya di Timur Tengah.

Medan minyak pertama ditemui seawal tahun 1939 iaitu di medan Dukhan, namun ia tidak mengubah Qatar menjadi sebuah negara yang mewah.

Pada tahun 1951, Qatar mengeluarkan 46,500 tong minyak sehari, memberikan hasil $4.2 juta.

Penemuan medan minyak luar pesisir dan pembangunannya oleh Shell membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran Qatar kepada 233,000 tong sehari.

Hasil baharu daripada eksport minyak menjadikan keluarga pemerintah semakin kaya dan Qatar memulakan proses pemodenan yang perlahan.

Sekolah pertama negara, hospital, loji kuasa, loji penyahgaraman, dan pertukaran telefon semuanya dibuka pada tahun 1950-an.

Pada tahun 1971, medan gas asli terbesar di dunia, medan South Pars/North Dome Gas-Condensate, ditemui di luar pantai Qatar.

Pengeluaran petroleum masih berjalan tinggi pada masa itu, jadi lapangan yang baharu ditemukan ini tidak dibangunkan lagi.

Permintaan gas asli juga tidaklah begitu tinggi pada ketika itu kerana pada tahun 1970an, gas asli hanya boleh diangkut melalui saluran paip gas.

Qatar juga jauh dari tempat di mana gas asli mendapat permintaan tinggi dan ini adalah satu masalah besar. Jadi tidak lama kemudian, Qatar melupakan medan gas asli besar yang dimiliki ini.

Menjelang 1995, keadaan di Qatar tidak berubah.

Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kemudiannya mengambil takhta dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah daripada bapanya Emir Khalifa bin Hamad, semasa beliau berada di Switzerland.

Sheikh Hamad menetapkan hala tuju baharu untuk Qatar. Di bawah kepimpinannya, Qatar sekali lagi mula mengeksploitasi medan gas asli gergasi mereka.

Salah satu langkah pertama Sheikh Hamad ialah mempercepatkan pembangunan lapangan North Dome.

Sheikh Hamad mula melabur dalam teknologi yang jarang dilakukan seperti pencairan yang boleh membawa gas asli dalam bentuk cecair.

Cara ini membolehkan gas asli diangkut menggunakan kapal besar seperti minyak. Tetapi untuk melakukan ini, gas asli perlu disejukkan pada suhu -161 Celcius.

Oleh itu, Qatar melaburkan dengan banyak bagi membangunkan teknologi ini untuk meningkatkan permintaan gas asli mereka dari negara yang terletak jauh.

Dengan ini, Qatar menjadi pengeksport gas asli cecair terbesar di dunia.

Kos pengekstrakan dan pencairan yang ditanggung Qatar adalah termurah berbanding negara lain di dunia, sekaligus membolehkan mereka mengaut keuntungan walaupun dijual pada harga yang rendah.

Kebanyakan gas asli Qatar dieksport ke ekonomi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, dan China.

Qatar juga mampu mengeksport gas aslinya ke seluruh dunia, yang menjadikan ekonomi mereka sebagai salah satu yang terhebat di Timur Tengah.

Menyimpan berbanding berbelanja

Seperti yang dinyatakan di atas, mempunyai rizab minyak dan gas yang besar tidak menjamin bahawa ekonomi boleh menjadi kaya, seperti Venezuela.

Kebanyakan ekonomi yang kaya dengan minyak membelanjakan wang tersebut dan bukannya menyimpan untuk kemudian hari bagi membina ekonomi mereka.

Tetapi Qatar tahu bahawa hasil minyak sangat tidak menentu, jadi mereka mula menyimpan perolehan yang diterima dari hasil minyak dan melaburkannya di seluruh dunia.

Qatar Investment Authority (QIA) adalah dana yang dilancarkan oleh kerajaan negara ini pada tahun 2005.

Sebagai dana kekayaan negara, ia melaburkan wang yang diterima daripada hasil minyak untuk menjadikan ekonominya lebih berdaya tahan dan mengurangkan pergantungan kepada minyak dalam jangka panjang.

QIA melabur dana di peringkat antarabangsa untuk mempelbagaikan dan mengembangkan aset ekonominya di seluruh dunia seperti hartanah, syarikat awam dan mata wang. Sehingga tahun 2022, QIA bernilai RM1.6 trilion.

Matlamat QIA adalah untuk menghasilkan pulangan yang baik dan menghapuskan pergantungan kepada minyak dan gas asli.

Ini adalah perbezaan antara Qatar dan ekonomi miskin lain yang dikurniakan dengan sumber asli.

Pengaruh Global Qatar

Piala dunia qatar 2022

Apabila Ekonomi Qatar menjadi semakin kaya dan berkembang dari segi saiz, pengaruh global Qatar juga semakin meningkat.

Ini membuatkan banyak ekonomi Timur Tengah bimbang seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Apabila emir baharu mengambil alih kuasa, salah satu matlamat beliau adalah meningkatkan pengaruh global Qatar.

Pada tahun 2003, Arab Saudi meminta Amerika Syarikat untuk membawa tenteranya keluar dari negara mereka.

Qatar melihatkan ini sebagai satu peluang keemasan, lantas memperlihatkan negara mereka sebagai destinasi baharu untuk tentera AS.

Mereka membelanjakan lebih daripada RM4 bilion untuk membina pangkalan tentera yang mana membuatkan Qatar selesa dengan keselamatan negaranya.

Dan dengan Qatar sebagai ekonomi Timur Tengah pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada 2022, menunjukkan betapa kuatnya kuasa dan kekayaan dimiliki negara ini.

KDNK per kapita Qatar telah meningkat daripada 2,755 pada tahun 1970 kepada 61,276 pada tahun 2021.

Ia adalah salah satu yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 22 kali ganda.

Pada tahun 2016, Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan ke atas Qatar kerana dakwaan menyokong organisasi pengganas.

Tetapi sekatan tersebut gagal dalam percubaan mereka untuk memperlahankan pertumbuhan ekonomi Qatar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)