Monday, November 21, 2022

 Maksud Mimpi Isteri Meninggal Dunia

Maksud Mimpi Isteri Meninggal Dunia

Siapa yang tidak sedih apabila isteri tersayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya kan. Tapi, bagaimana pula jika kita hanya bermimpi pasangan hidup kita itu meninggal dunia? Apa maksud disebalik mimpi itu?

Maksud Mimpi Isteri Meninggal
Gambar hiasan.

Mimpi juga biasanya adalah gambaran kepada apa yang sedang kita alamai ketika ini dan berikut adalah beberapa maksud mimpi isteri meninggal dunia dengan penafsiran yang berbeza.

1. Mendapat Rezeki Tak Disangka

Jika mimpi isteri meninggal, ini mungkin menjadi petanda bahawa anda akan mendapat rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka dalam waktu terdekat.

Rezeki tidak selalu berkaitan dengan wang, boleh jadi adalah kesihatan, khabar yang baik ataupun kejayaan dalam sebarang usaha yang sedang dijalankan.

2. Mengejar Kesempurnaan

Mimpi isteri meninggal juga dikaitkan dengan keadaan hidup yang tidak sesuai dengan jangkaan. Mimpi ini menjadi petanda bahawa anda sedang berjuang untuk mengejar kesempurnaan yang diidam-idamkan namun belum terlaksana.

3. Isteri Memerlukan Sokongan

Isteri sedang memerlukan sokongan dari suami dalam menghadapi masalah yang sedang dilalui ketika ini.

Kerja rumah yang banyak ditambah tanggungjawab menjaga anak-anak terkadang membuatkan isteri penat dan menurunkan semangatnya.

4. Berkaitan Dengan Masalah Dalam Hidup

Mimpi ini merupakan petanda anda sedang merasa tidak nyaman kerana masalah yang sedang dihadapi saat ini. Bahkan anda berniat untuk lari dari masalah tersebut daripada menyelesaikannya.

5. Ada Masalah Kesihatan

Jika bermimpi melihat isteri sedang sakit walhal di dunia nyata sudah meninggal, itu adalah petanda bahawa anda memiliki masalah kesihatan. Pergilah berjumpa doktor untuk memeriksa keadaan kesihatan anda.

6. Hubungan dengan Isteri Akan Bertambah Baik

Petanda baik lainnya dari mimpi isteri meninggal adalah bahawa hubungan dengan isteri akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

7. Isteri Umur Panjang

Mimpi ini menunjukkan bahawa isteri akan memiliki umur yang panjang. Manfaatkan hal tersebut dengan menikmati saat-saat indah berdua dengannya sebelum ia meninggalkanmu selamanya.

8. Usaha Yang Sia-sia

Mimpi isteri meninggal boleh jadi juga petanda bahawa anda harus melupakan usaha yang sedang dijalankan. Jika tidak, usaha tersebut hanya akan akan membuang waktu dan wang.

Ia tidak akan menghasilkan apa-apa kejayaan selain kegagalan.

9. Usaha Yang Sedang Dijalankan Akan Berhasil

Jika bermimpi isteri meninggal kemudian hidup lagi, maka hal tersebut merupakan petanda yang baik.

Boleh jadi usaha yang sedang dijalankan akan menemui kejayaan.

10. Peringatan Untuk Suami

Mimpi isteri meninggal boleh juga merupakan sebuah peringatan untuk suami. Mimpi berusaha memberi peringatan agar tidak terlalu sibuk.

Kegiatan suami yang terlalu sibuk membuatmu kehilangan waktu yang berharga untuk keluarga. Mungkin isteri sedang kesepian dan ingin agar anda menemaninya sebentar saja.

Sebaiknya aturlah waktu dan cuba luangkan sedikit waktu untuk menikmati masa berharga bersama keluarga.

11. Rasa Menyesal

Maksud mimpi isteri meninggal juga berkaitan dengan rasa penyesalan yang datang bukan tanpa alasan.

Rasa penyesalan ini terjadi akibat suami yang terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan sedikit waktu untuk bertemu isteri dan keluarga.

Akhirnya, ketika ia sudah meninggalkanmu untuk selamanya, kamu hanya berupaya menyesalinya.

12. Rasa Khuatir Yang Berlebihan

Boleh jadi juga mimpi isteri meninggal adalah datangnya dari rasa cemas dan risau yang datang sebelum tidur.

Oleh kerana itu, anda perlu lebih menyayangi dan memberikan perhatian lebih kepada isteri saat ini.

13. Takut Kehilangan

Mimpi isteri meninggal yang anda alami juga menunjukkan rasa sayangmu kepada isteri yang begitu besar yang kerana begitu menyayanginya, anda jadi takut kehilangan dirinya.

Kamu takut jika nantinya isterimu pergi meninggalkanmu untuk selamanya. Mungkin kamu terlalu memikirkan hal ini secara berlebihan, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

14. Merindui Isteri

Mimpi isteri meninggal boleh juga menunjukkan rasa rindumu. Mungkin anda pada saat ini sedang berjauhan, jadi wajar kalau anda merindukannya.

Anda boleh menghubunginya dan bercakap sebentar untuk menuntaskan rasa rindu.

Jika kamu tidak berjauhan dengan isterimu, mungkin saja mimpi ini merupakan petanda agar anda lebih menghargai setiap saat yang kalian lewati bersama.

15. Akan Berlaku Perselisihan

Mimpi ini juga dapat diertikan sebagai petanda akan adanya perselisihan antara suami isteri yang tidak dapat dihindari.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)|(2)|(3)

Thursday, November 17, 2022

Kelicikan Bank Menipu Dengan Sistem Riba

Kelicikan Bank Menipu Dengan Sistem Riba

Sekitar 1970-an, industri perbankan adalah sebuah pasaran yang membosankan. Orang datang bank untuk menyimpan duit, yang dibelanjakan bank demi keuntungan. Dan hasil keuntungan ini, bank mampu memberi pinjaman berfaedah (loan with interest).

Kelicikan Sistem Riba

Jadi, konsep bank adalah untung membuat untung – produk yang mencipta produk baru. Masuk 1990-an, bank meluaskan rantaian ini. Produk mencipta produk baru yang mencipta produk lebih baru. Rantaian bertambah; bank melebarkan untung. Puncanya adalah pemacuan ekonomi yang sangat baik.

Antara 1980 sampai 2000, Amerika Syarikat berada di puncak dari segi kewangan dan global. Kekayaan mereka memang luar biasa, tidak tercabar mana-mana musuh.

Tetapi sekitar dekad inilah timbul satu musuh baharu, iaitu diri mereka sendiri. Dan seluruh dunia bergegar apabila industri perbankan mula memandang enteng pada tanggungjawab mereka.

Umumnya jutaan orang meminjam daripada bank untuk membeli rumah. Jadi mereka perlu membayar dengan faedah. Katakanlah pinjam AS$50,000 dan bayar balik AS$270 setiap bulan selama 30 tahun. Cukup 30 tahun, jumlah bayaran adalah AS$97,200. Jadi bank mendapat untung sebanyak AS$47,200.

Itu seorang. Kalau sejuta peminjam, sudah AS$47.2 bilion. Katakanlah bank ada 2,000 peminjam (AS$94.4 juta). Semua pinjaman ini disumbat dalam satu kolam, menjadi alat bernama Mortgage-Backed Security (MBS) (Erturk & Gabor, 2016).

Konsepnya mudah: tiada individu atau syarikat yang tidak akan membayar pinjaman rumah. Jadi, jaminan untung bank menjadi alat untuk membuat untung.

Mereka menjualnya dalam bentuk bon pada agensi kerajaan atau bank pelaburan yang kemudian meminjamkannya kepada pelabur-pelabur lain.

Dan pada tahun 2002, bank-bank Amerika Syarikat rata-ratanya menstrukturkan alat MBS menjadi sejenis kek.

Bon besar membuat kek yang dipotong pula untuk hidangan pelabur. Konsepnya masih sama: menjana pendapatan melalui faedah semata-mata.

Tetapi macam biasa, kalangan pelabur pun ada kasta. Kek takkan dipotong secara saksama. Sesiapa yang bayar lebih, dapat potongan lebih besar.

Jadi, jika ada pembeli rumah tidak dapat membayar balik pinjaman, pelabur yang pegang potongan paling kecil akan kena dulu. Soalan sama masih menyantuni mereka: pembeli mana yang takkan bayar pinjaman rumah?

Dan santunan ini menjadi punca mereka bertambah tamak. Mereka meringankan kemudahan untuk buat pinjaman. Sampai ke tahap pengutip buah dengan pendapatan AS$14,000 setahun tanpa kemampuan bercakap bahasa Inggeris tiba-tiba layak meminjam untuk membeli rumah berharga AS$724,000.

Kadar faedah ditetapkan pada masa itu sangat rendah (tetapi boleh diapung setiap tahun) dan masuk tahun 2006, mimpi ngeri mula melanda apabila kadar faedah menunjukkan trend kenaikan (kerana individu mampu meminjam untuk membeli rumah).

Tidak cukup dengan itu, mereka membuat sistem pertaruhan pada potongan kek tersebut. Sepotong kek katakanlah melibatkan pelaburan AS$1 juta. Dua orang belakang membuat pertaruhan: "Saya bertaruh dia akan dapat duit itu."

Katakanlah untung pertaruhan ini adalah AS$2 juta. Kemudian dua orang di belakang dua orang ini membuat pertaruhan baru, "Saya bertaruh orang depan kita akan dapat AS$2 juta itu."

Dan dua orang belakangnya sambung lagi dalam sebuah rantaian yang bergantung pada potongan kek tadi. Maka begitulah rantaiannya sampai ke orang belakang yang entahnya tidak tahu pun apa yang sedang dipertaruhkan. AS$1 juta sekarang boleh jadi AS$200 bilion.

Sekarang, apa jadi kalau potongan kek tidak mendapat AS$1 juta? Tetapi mana mungkin tidak dapat, sebab pelaburan potongan kek ini bergantung pada pinjaman rumah. Dan pembeli mana yang takkan bayar pinjaman rumah?

Dua tahun kemudian, dua perkara berlaku: Individu sudah tidak mampu membeli rumah dan peminjam sedia ada tidak mampu membayar balik, kerana kadar faedah melambungkan bayaran bulanan mereka hingga ke tahap tidak mampu dibayar.

Akhirnya apa yang terjadi? Dari bawah, sistem kewangan yang mereka bina mulai runtuh, membαhαm semua pelabur, menyebabkan krisis kewangan begitu kronik, teruk dan jijik.

Dan percayalah, inilah punca ramai semakin hilang kepercayaan pada industri perbankan.

Sekarang sudah ada alternatif seperti matawang kripto yang mampu menyimpan duit dalam sistem blok rantai kerana katanya lebih selamat berbanding bank (David, 2022).

Pengguna hanya perlu memastikan kesahihan sebuah kripto, seperti Bitcoin, Ethereum dan Uniswap misalnya. Dan satu-satunya bαhαyα kripto sah adalah turun naik nilainya. Kena berlaku adil – ini perkara biasa, kerana nilai emas pun ada naik turun.

Namun, fenomena emas dan matawang kripto lebih mudah difahami, berbanding alasan diberi pihak perbankan setiap kali masalah berbangkit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, November 11, 2022

Benarkah Bulan Sabit Dan Bintang Adalah Simbol Islam?

Benarkah Bulan Sabit Dan Bintang Adalah Simbol Islam?

Adakah simbol bulan sabit dan bintang merupakan simbol wajib bagi agama Islam kerana kebanyakan masjid atau surau di Malaysia menggunakan simbol bulan sabit di atas kubah. Bahkan, di bendera Malaysia juga terdapat bulan sabit dan bintang yang melambangkan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Bulan bintang simbol Islam

Maklum dan masyhur bahawa seni pembinaan masjid di Malaysia akan meletakkan simbol bulan sabit dan bintang di atas kubah atau menara. Ini juga tidak terkecuali bagi pembinaan masjid di negara-negara Islam yang lain.

Bahkan menara-menara di Tanah Haram dan Madinah juga menggunakan simbol bulan dan bintang. Simbol ini telah menjadikan ia sinonim bagi agama Islam.

Di dalam Bahasa Arab bulan sabit adalah Hilal هلال manakala bintang pula adalah Najm النَّجْÙ….

Di dalam Al-Quran juga terdapat surah khusus berkenaan bintang dan terdapat beberapa ayat yang menyatakan berkenaan bulan sabit.

Namun begitu, simbol bulan sabit dan bintang tidak ada dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai simbol rasmi bagi agama Islam.

ASAL USUL SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG

Mengikut sejarah yang dinukilkan di dalam kitab Nizam al-Hukumah al-Nabawiah @ al-Taratib al-Idariah, pengarang kitab menyatakan bahawa:

"Pada asalnya Philip II of Macedon (beliau adalah raja Macedon atau Macedonia yang kini dikenali sebagai Greece yang hidup pada tahun 359 sebelum masihi dan telah dibunuh pada tahun 336 sebelum masihi).

Beliau adalah ayah kepada Alexander the Great atau Alexander III of Macedon atau Iskandar Zulkarnain.

Ketika dia menyerang bersama tenteranya ke atas Empayar Byzantium iaitu Kota konstantinopel (salah satu kota jajahan bagi empayar Byzantium). Selepas beberapa malam tenteranya bertahan, mereka berjaya mengalahkan dan mengusir tentera empayar Byzantium dari kota tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu sahur, lalu mereka mengambil gambar bulan sabit sebagai lambang rasmi dan pemberi semangat juga peringatan terhadap peristiwa tersebut.

Maka daripada lambang ini ia diguna pakai pada istana-istana, kemudian kerajaan Utsmaniyah berjaya mengalahkan mereka dan simbol ini telah masuk ke negara Qazan (kini dikenali sebagai Rusia)."

ISLAM TIADA SIMBOL RASMI

Dalam menjawab persoalan yang diajukan, adakah bulan sabit dan bintang merupakan simbol wajib bagi agama Islam? Sebenarnya tidak ada simbol yang wajib dan rasmi bagi agama Islam seperti bulan sabit dan bintang atau sebagainya.

Bahkan perkara ini telah dibincangkan oleh Sheikh Muhammad Abdul al-Hayy al-Kattani di dalam kitabnya yang menyatakan bahawa:

"Meletakkan gambar bulan sabit pada puncak menara-menara masjid adalah perbuatan yang baru di dalam agama (bidaah), tetapi sebaliknya ia digunakan oleh pemerintah Utsmaniyah simbol bulan sabit sebagai simbol rasmi yang diambil daripada lambang istana di Romawi." (Rujuk Nizam al-Hukumah al-Nabawiah @ al-Taratib al-Idariah, jld. 1, m/s 265).

Namun begitu, al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah ada menukilkan sebuah hadis berkenaan bendera yang terdapat simbol bulan sabit padanya:

"Saad bin Malik bin al-Aqyasar bin Malik bin Qari’ bin Zuhal bin Dail bin Malik al-Azdi Abu al-Kanud berkata Ibnu Yunus beliau pernah bertemu Rasulullah SAW. Kemudian Nabi SAW memasangkan sebuah bendera untuk dia bawa kepada kaumnya yang berwarna hitam dan padanya terdapat simbol bulan sabit berwarna putih dan berikutnya dilihat pada pembukaan Mesir, riwayat anak kepada Qasim bin Abi Kanud riwayat Said Afir dari Amru bin Zahir bin Asmar bin Abi Kanud berjumpa dan mengingatinya." (Rujuk kitab al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah, jld.3, m/s 72, No. 3194)

Khabar ini menyatakan bahawa pada zaman Nabi SAW telah wujudnya penggunaan bulan sabit sebagai simbol bagi agama Islam.

Namun begitu, khabar ini telah dikritik oleh para Ulama sebagai khabar yang tidak sahih kerana ia merupakan khabar yang Mu'dhal (iaitu apa yang gugur daripada sanad dua orang perawi dan ke atas secara berturut-turut sama ada gugur itu pada awal dan akhir sanad) dan ia tidak boleh dijadikan hujah.

Simbol bulan bintang ini tidak pernah digunakan pada bendera di zaman Rasulullah SAW.

Menerusi Kitab Fathul Bari karangan al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa: "Bendera Nabi SAW bertuliskan kalimah tauhid." (Rujuk Kitab Fathul Bari, Jld. 6, m/s 147)

Kesimpulan

Penggunaan simbol bagi sesuatu perkara adalah bertujuan untuk memudahkan atau memberi pengenalan identiti bagi sesuatu, begitu juga agama lain seperti Kristian menggunakan simbol salib sebagai simbol bagi agamanya dan Yahudi menggunakan simbol bintang sebagai simbol agama mereka.

Bahkan di dalam Islam, simbol bulan sabit dan bintang merupakan simbol yang ghalib bagi agama Islam.

Adapun begitu, simbol ini tidak pernah dianggap sebagai simbol yang disembah atau simbol mewakili bagi Allah SWT.

Menggunakan simbol tersebut merupakan satu perkara yang tidak menyalahi dari sudut syara' bahkan ia merupakan uruf yang boleh diterima dan digunakan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

SBDJ Siri 183: Matanya Mula Merah

SBDJ Siri 183: Matanya Mula Merah

Penjelasan dari Haji Simpul itu, secara tidak langsung seolah-olah menyuruh kami berfikir tentang Kak Sun. Hati kecil saya lantas membuat kesimpulan, Kak Sun memang tidak ikhlas. Dialah, batu penghalang hasrat kami bertemu dengan Haji Simpul.

Toyol jadi-jadian


"Aku kadang-kadang, risau dengan perangai si Harisun. Dia suka, dengan keadaan yang tidak baik itu terjadi kepada diri Mia dan dirinya. Berkali-kali aku terangkan padanya, masaalah Mia boleh diatasi, begitu juga dengan masaalah dirinya. Salah seorang dari mereka, harus mengadu hal pada aku atau minta bantuan aku. Kemudian barulah aku berusaha memecahkan masalah yang mereka hadapi."

"Agaknya, Kak Sun merasakan perkara itu susah," tingkah saya.

"Memanglah susah, rohani mereka berdua mesti dibersihkan dengan amalan-amalan yang terpuji. Perkara begini, tidak boleh dibuat dalam sekelip mata. Mesti diamalkan secara berterusan, mesti sanggup menghadapi godaan," Haji Simpul berhenti bercakap, matanya merenung lantai.

Barangkali dia berfikir apakah perkara itu harus dibentangkan kepada kami atau dimatikan begitu saja.

Sesungguhnya, saya memang mengharapkan Haji Simpul menghuraikan secara lebih terperinci tentang Mia dan Kak Sun. Malangnya, saya tidak berani menyatakan hasrat tersebut secara terang-terangan.

Syukur! Tanpa diminta Haji Simpul menjelaskan secara terperinci, bahawa apa yang terjadi pada diri Mia dan rumah batu lama itu adalah akibat keterlanjuran nenek moyangnya yang bekerjasama dengan makhluk ghaib yang disebut SAKA.

Selagi zuriat nenek moyangnya ada dibumi ini, saka itu akan menjaga mereka dan mereka pula mesti membela saka mengikut ketetapan syarat yang dibuat dengan nenek moyang dahulu.

"Bila dipersia-siakan syarat dan janji, macam-macam yang datang, seperti yang terjadi pada Mia dan melarat kepada orang gajinya. Kalau dibiarkan para pekerjanya akan turut terlibat. Andi, kamu harus menyelamatkan Mia," dari cara Haji Simpul bercakap dan renungan mata, ternyata kata-kata yang dihambur adalah untuk Andi kamarool.

"Tuan haji suruh saya."

"Iya," balas Haji Simpul.

"Saya seorang," tanya Andi Kamarool cemas.

"Aku bantu kamu," Haji Simpul memberi jaminan.

Jaminan yang diberikan itu, membuat Andi Kamarool menoleh kearah saya dua tiga kali. Walaupun begitu dia nampak tenang. Tidak gugup macam tadi.

Anehnya, saya pula berdebar dan cemas, tidak tentu fasal. Apakah harapan dan permintaan Haji Simpul itu akan memulakan sebahagian babak baru yang lebih baik untuk saya dan Andi Kamarool.

Mungkinkah kami akan terus terpenjara di daerah asing ini dalam jangka waktu yang tidak dapat ditentukan. Semuanya berputar ligat dalam tempurung kepala.

"Bagaimana caranya tuan haji? Apa saya boleh ikut sama?"

Haji Simpul tersenyum. Lagi sekali wajah saya jadi tumpuan anak matanya yang hitam tajam. Bila direnung begitu, saya jadi serba salah. Tidak senang rasanya hati.

"Sudah tentu kamu boleh ikut sama, kamu boleh menolongnya dengan ilmu petua yang ada pada kamu, tetapi..." dengan serta merta Haji Simpul alihkan renungan ke arah Andi Kamarool.

"Kamu ada kelebihan tersendiri yang tidak ada pada orang lain," tambah Haji Simpul.

"Maksud tuan haji..." celah Andi Kamarool.

"Datuk nenek kamu, mengamalkan ilmu dunia yang sealiran dengan ilmu nenek moyang Mia. Mereka berguru dengan orang yang sama. Tetapi, menuntut di tempat yang berlainan. Mereka sama-sama SAKA yang berpenghulukan jin, bapanya harimau. Mereka sudah berjanji untuk memelihara SAKA itu, selagi zuriat mereka ada dimuka bumi."

"Janji yang mencelakakan keturunan sendiri,” terhambur dari mulut saya.

"Ahh kamu..." nada suara Haji Simpul meninggi. Dia memperlihat rasa kurang senangnya, dengan membeliak biji mata kepada saya.

"Maafkan saya."

"Jangan cepat melatah, jangan cepat marah. Berbalik pada diri si Andi ini. Kelebihannya, berjaya mengawal diri dan membuang SAKA datuk neneknya dengan amalan mengikut hukum-hukum Allah. Disamping itu, dia turut dibantu oleh alim ulama," penuh perasaan Haji Simpul bersuara.

"Tetapi, saya tewas juga tuan haji, terjebak juga dengan kepintaran dan penipuan syaitan," potong Andi Kamarul. Tiba-tiba dia menangis tersedu.

Tangisan dan sedu sedan Andi Kamarool berakhir, setelah dipujuk oleh Haji Simpul. Satu suasana yang berlaku diluar dugaan, inilah kali pertama saya melihat Andi Kamarool yang keras hati itu menangis.

BERJAYA

"Tetapi. akhirnya kamu berjaya keluar dari sarang kejahatan itu. Kau menggunakan apa yang ada pada kau untuk menyelamatkan Mia, sekali gus menolong, Harisun yang menjadi hamba penunggu rumah batu, tu."

"Saya tak..."

"Jangan cepat menolak," pintas Haji Simpul. Andi Kamarool terdiam. Dia membiarkan haji Simpul meneruskan percakapan.

"Jangan cepat menolak sebelum berusaha. Menyelamatkan manusia dari kuasa syaitan satu amal jariah. Membetulkan kepercayaan orang Islam yang sudah terpesong, satu kewajipan yang memang dituntut. Apakah kamu berdua tdak mahu membuat amal jariah semasa hidup?"

"Mahu," jawap kami serentak.

"Kalau begitu mulakan, jangan berdolak dalik lagi, Andi," sebuah permintaan yang murni tetapi penuh cabaran.

"Aku sedia membantu, kamu berdua," Haji Simpul melafazkan janji sambil mengenggam penumbuk.

"Bagaimana kalau tuan haji saja menjalankan kerja itu," saya kira kata-kata yang diungkapkan oleh Andi Kamarool merupakan satu helah untuk melepaskan diri tugas berat itu.

"Kamu memang bijak, cara hormat kamu mahu menguji kesungguhan dan kejujuran aku Andi. Dalam hal ini, ada syaratnya untuk aku memulakan tugas tu,"

"Apa syaratnya tuan haji."

"Aku tak boleh jual murah bak kata orang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mia tidak pernah minta tolong, begitu juga dengan Harisun, bagaimana aku mahu memulakan. Kamu suka dengan Mia, Andi," Haji Simpul tidak berselindung lagi.

Andi Kamarool, tidak boleh berdalih lagi di hadapan orang tua yang boleh membaca apa yang tersirat dalam kalbunya.

"Iya tuan haji, saya sukakan dia," pengakuan yang tidak mengejut saya. Memang sudah diduga Andi Kamarool akan berterus-terang.

"Kalau begitu jangan bertangguh lagi," Haji Simpul membakar semangat Andi Kamarool. Saya lihat muka Andi Kamarool mula merah. Dia merasakan dirinya seperti tercabar.

"Tunjukkan jalan untuk saya tuan haji,"

"Ada dua jalan, kamu boleh pilih mana yang kamu mahu. Apa yang pasti, semuanya mempunyai risiko yang tinggi.”

"Terangkan tuan haji," saya mengeluarkan usul.

"Bila aku terangkan, mesti dibuat, jangan berdalih. Paling lewat dalam masa tiga bulan perkara itu mesti berjalan. Kalau tidak dibuat, padahnya kita tanggung bersama."

"Apa padahnya tuan haji?"

"Syaitan menggoda keimanan kita hingga terpesong."

"Ohhhhhh..." serentak kami bersuara.

Haji Simpul memperkemaskan sila, menyandar badan ke dinding. Sepasang tangannya memeluk tubuh dengan kejap sekali.

Sepasang matanya merenung ke depan, bagaikan menembusi dinding mengembara jauh ke kawasan yang tidak bertepi. Dia seperti menafikan kehadhiran kami disisinya. Kelopak matanya tidak berkelip.

KEMAS

"Cara pertama, Andi menikah dengan Mia. Boleh bersama selama satu bulan tetapi, tidak boleh membuat hubungan badan.

"Biasanya dalam tempoh seminggu lawan jenis kamu terus memberontak dan dia akan memperlihatkan tanda-tanda peninggalan nenek moyang di tubuhnya, kalau saka jin harimau, badannya berbelang dan memperlihatkan ciri-ciri seekor harimau,” Haji Simpul menarik nafas dan sepasang tangan yang memeluk tubuh segera dijatuhkan ke lantai.

"Sebaik telapak tangannya bertemu dengan papan lantai, tudung saji, keris panjang dan pedang jepun yang digantungkan di dinding jatuh ke lantai, macam ada sesuatu yang menjatuhkannya.

"Itu amaran kerana aku mahu campur urusan orang lain, aku sudah bersedia. Datanglah," saya dan Andi Kamarool tercengang-cengang, tidak tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh Haji Simpul.

Kami segera merenung ke halaman rumah, dalam panas terik itu kami seakan-akan melihat kemunculan beberapa ekor binatang aneh dalam keadaan yang samar-samar.

Sekali pandang macam kucing hitam, bila dilihat kali kedua seperti musang. Bila mahu diamatiamati, binatang itu terus hilang.

"Jangan pedulikan apa yang ada di luar. Aku bercakap kepada kamu tentang perkara yang lebih besar dari apa yang ada di luar," Haji Simpul melahirkan protes keras.

"Maafkan saya," kata Andi Kamarool.

"Begitu juga dengan saya," saya pula mencelah.

"Masa dia dalam pengalihan itu, kamu juga naik darah kerana kamu memang satu saka dengannya. Secara perlahan-lahan kamu juga turut mengalami masa peralihan menjadi harimau. Bila kamu menyedari perkara itu, kamu mesti bersedia," Haji Simpul telan air liur.

"Apa yang mesti disiapkan?" Tanpa segan sili Andi kamarool bertanya.

“Bacalah surah penghalau syaitan seperti yang diberikan guru agama atau ustaz tempat kamu menuntut ilmu agama. Kamu bertasbih dan kawal perasaaan, hingga peralihan itu terbantut. Bila kamu terbantut, Mia juga terbantut."

"Berapa lama tuan haji?"

"Selama satu bulan, sepanjang masa itu kamu sentiasa diduga dan dicabar. Lepas waktu itu, kamu jadikan rumah batu sebagai surau. Panggil semua pekerja Mia berjemaah disitu pada setiap waktu. Setiap malam Jumaat baca yassin selama empat puluh hari," lagi sekali Haji Simpul berhenti bercakap.

Dia mengeliat dan meraba pipi kanannya yang kemerah-merahan seperti dicakar sesuatu.

"Aku minta pertolongan Allah berusaha untuk membebaskan anak Adam dari cengkaman kamu,” Haji Simpul menunjukkan kata-kata itu pada sesuatu yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar kami.

"Kemudian melakukan perkara yang lebih berat dari itu. Bilik kosong di bahagian dapur rumah hendaklah dibersihkan. Buang semua kain atau sebarang benda yang ada disitu. Jadikan bilik itu tempat kamu membaca Quran setiap malam, jadikan tempat kamu bersembahyang sunat. Akhirnya kubur lama dibawah pokok buluh kamu buang, memang tidak ada rangka manusia di situ."

"Macam mana dengan penunggu rumah batu tu, tuan haji," saya pula menyoal.

"Bila rumah batu itu dijadikan tempat ibadat, sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayat suci dengan sendiri kepercayaan dan keyakinan para pekerja Mia, si Harisun terhadap penunggu itu dapat dileburkan, penunggu itu akan terus lari. Sekarang dah faham?"

"Iya kami faham," serentak kami menjawap.

Akibat terlalu lama duduk, seluruh sendi terasa lenguh dan sengal. Kami minta izin dari Haji Simpul untuk berjalan-jalan di ruang rumah. Permintaan kami diperkenankan.

Kami bergerak bebas sambil sesekali merenung keluar. Akhirnya, kami duduk baersimpuh di depan Haji Simpul kembali.

DUDUK

"Bagaimana? Dah hilang rasa lenguh."

"Lenguh dah hilang tapi, rasa sengal-sengal masih ada,” saya jawap sambil tersengih. Andi Kamarool sudah duduk bersila terus sambil memicit-micit pangkal pehanya berkali-kali. Semua gerak-gerinya dalam perhatian Haji Simpul.

"Berat juga syaratnya. Susah kerjanya tuan haji," kata saya memberi komentar. Saya lihat Haji Simpul tersenyum.

"Didalam dunia ini, mencari kebaikan dan membuat kebajikan bukannya mudah. Mesti keras semangat, tabah dan yakin," balas Haji Simpul.

Dan Andi Kamarool buat tidak kisah dengan apa yang diungkapkan oleh Haji Simpul. Pada hal kata-kata yang dihamburkan itu memang ditujukan khas untuknya. Dia tetap seperti tadi terus memicit-micit pangkal pehanya.

"Cara kedua macam mana?" susul saya lagi.

Haji Simpul gosok pangkal hidung dua tiga kali. Dia merenung ke arah saya sambil mengecilkan (seperti hujung mata kanannya).

"Huh..." keluhnya sambil membesarkan sepasang mata. Dia merenung ke siling rumah sebelum merenung ke arah saya untuk kesekian kalinya. Sudah tentu perbuatan Haji Simpul itu menimbulkan keresahan pada saya.

"Kau memang tak sabar, kalau kau tak tanya pun, aku tetap terangkan."

Saya jadi tersipu-sipu dengan kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Haji Simpul. Andi kamarool menghadiahkan senyum sinis sambil pura-pura batuk. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Sebelum memulakan penerangancara (syarat) kedua, haji Simpul menggeliat, macam orang baru bangun tidur.

Seperti tadi juga, dia terus merenung syiling rumah, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Di luar, panas terik terus berkuasa. Tetapi, didada langit kelihatan awan bertompok putih bertukar menjadi tompok-tompok hitam.

"Ada tanda nak hujan,” kata Haji Simpul.

Saya dan Andi Kamarool merenung ke dada langit, Tompok-tompok hitam itu, bergerak agak lemah ke arah selatan.

"Cuaca elok, panas terik. Awan pula bertompok hitam," rungut Haji Simpul. Serentak kami anggukkan kepala, mengiakan kata-kata Haji Simpul.

"Mudah-mudahan hujan tak jadi," jawap saya.

"Aku pun harap hujan pun lambat, boleh jadi pada sebelah petang atau sebelah malam."

Saya kira, apa yang Haji Simpul ungkapkan adalah berlandaskan pengalaman silamnya. Semua yang dilalui dan dirasainya dikutip dan disimpan dalam khazanah diri.

Ia dimanafaatkan bila diperlukan tanpa mengira waktu dan masa. Perkara yang patut dicontohi dari Haji Simpul.

Perlahan-lahan saya menghela nafas panjang dan Andi Kamarool terus merenung dedaun yang bergerak disentuh angin. Buat beberapa detik, suasana dalam rumah terlalu sepi.

"Cara kedua, tuan haji," saya memecah kesunyian.

Haji Simpul memperkemaskan silanya. Seluruh perhatian kami tertumpu kearahnya. Tidak terkedip kelopak mata merenung batang hidungnya.

"Cara kedua..." Haji Simpul tidaj melanjutkan kata-kata.

Kami jadi resah. Hamper dua tiga minit masa terbuang begitu saja. Dia bagaikan tidak berminat untuk menyambung kata-kata yang terhenti.

"Huhh..." saya mengeluh lemah.

"Kamu resah Tamar?"

Saya tidak menjawap. Memang saya sudah duga, Haji Simpul menyambung perkataan yang terputus.

"Setelah menikah dengannya, tinggal tempat itu. Tetapi, cara itu merugikan, tanah dan rumah terbiar, sedangkan syaitan penunggu yang mahu dihalau, tidak mahu lari. Dia sudah dapat pendamping baru."

"Siapa pendamping barunya tuan haji?" mendadak saya bertanya.

"Harisun."

Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

Cerita yang diluahkan oleh Haji Simpul membuat kening dan dahi Andi Kamarool berkerut. Hati saya mula digoncang keresahan. Saya kira jalan penyelesaian suduh tertutup. Rumah batu dan Mia harus dilupakan. Saya kira Andi Kamarool tidak bersedia melakukannya.

"Bagaimana, kalau rumah batu dan tanah dijadikan tempat beribadat dan diwakafkan?" saya bertanya lagi.

Wajah Andi Kamarool dihiasi senyum. Ibu jarinya ditegakkan kearah saya. Dia bersetuju dan memuji pertanyaan yang saya hamburkan. Sokongan moral yang diberikan membuat saya lebih bersemangat untuk menghujani Haji Simpul dengan pelbagai pertanyaan.

"Boleh Tamar tapi..."

"Tapi, apa tuan haji?"

"Kena usaha menghalaunya dulu, kalau diwakafkan dengan tidak menghalaunya, memang kerja sia-sia. Nanti tak ada orang yang mahu datang ke situ, rumah terbiar, tanah jadi hutan. Kalau dijual pun, tak ada orang yang mahu membelinya," terang Haji Simpul.

TINGKAP

Dia segera bangun. Berjalan ke arah tingkap dan berdiri sebentar di situ. Pepohon dan bebunga yang berkembang di halaman ditatapnya seketika. Dada langit yang digayuti awan hitam juga direnungnya. Haji Simpul kembali duduk bersila di hadapan kami.

"Pelik, semua yang didengar dan dilihat. Pelik belaka," saya merungut sendirian.

"Didalam dunia ini, tak ada yang pelik. Kalau Allah mengizinkan, semuanya boleh terjadi," Haji Simpul mendengar rungutan dan terus memberi komentarnya.

"Kenapa datuk nenek Mia membuat perkara yang menyusahkan cucunya?"

"Sebabnya mudah sekali, masa itu mereka kurang memahami ajaran Islam yang sebenar, mereka lebih yaking dengan pertolongan makhluk ghaib."

"Salahnya, orang yang tahu tentang ugama tidak mahu menunjukkan jalan yang benar. Biasanya orang yang tahu tentang ugama sombong, terlalu memandang rendah pada orang yang tidak tahu jahil. Semua perkara kurafat dan karut ini, berpunca dari alim ulama juga," saya tidak bermaksud mahu membahaskan perkara tersebut, semuanya terjadi secara kebetulan.

"Aku setuju pendapat kamu tu, Tamar."

Dengan wajah yang ramah Haji Simpul menerima pandangan saya. Andi Kamarool tetap seperti tadi, membisu semacam. Barangkali dia sedang mencari rumusan yang terbaik untuk dirinya.

Mungkin salah satu syarat yang diungkapkan oleh Haji Simpul mampu dipenuhinya. Saya tahu kasihnya terhadap Mia terus membuak tetapi, melepaskan Mia dari penunggu rumah batu bukanlah satu tugas yang mudah. Terlalu banyak liku yang harus dilalui.

Apakah Andi Kamarool bersedia melakukannya. Muka Andi Kamarool yang keresahan saya tatap.

"Bagaimana, kamu bersedia?” Haji Simpul menghalakan pertanyaan kepada Andi Kamarool.

"Saya bersedia tuan haji."

Jawapan itu mengejutkan saya. Sukar rasa mempercayai yang kata-kata itu terpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool.

"Kamu pilih yang mana, pertama, kedua dan ketiga’” Haji Simpul minta kepastian.

Mulut Andi kamarool terlopong, sukar untuknya meluahkan sebuah kepastian.

Lagi sekali saya lihat kening Andi Kamarool berkerut dan dahinya berkedut. Andainya, dia minta pendapat saya, sudah tentu saya menyarankan kepadanya begini, segeralah menikah dengan Mia, kemudian berhijrah di tempat lain. Sesungguh saya juga akan berbuat demikian, jika berpeluang memiliki Mia.

"Bagaimana? Boleh bagi tahu cara mana yang kamu pilih?"

Saya tersentak, nada suara Haji Simpul cukup keras kali ini.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 183/284

BACA: SBDJSiri 182: Jadi Hamba Iblis
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Wednesday, November 09, 2022

Ketahui 8 Ciri-ciri Rumah Yang Disukai Jin!

Ketahui 8 Ciri-ciri Rumah Yang Disukai Jin!

Kali ini kami ingin berkongsikan pengalaman Ustaz Shams, seorang pensyarah di sebuah universiti berkaitan ciri-ciri rumah yang disukai Jin, agar dapat kita beringat dan sentiasa menjaga keamanan tempat kediaman kita.

Rumah Yang Disukai Jin
Gambar hiasan.

Difahamkan bahawa dalam pemerhatian melalui pengalaman Ustaz Shams menghalau jin di rumah, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:

1. Di depan pintu tandas dan di dapur

Kenapa dengan tandas, itukan tempat dia. Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan bau busuk yang merupakan bau yang sangat disukainya.

Sebab itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan terus buang kecuali kalau memang tuan rumah nak bela jin!

2. Depan Televisyen

Apa hubungan jin dengan Televisyen (TV)? Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan.

Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya.

Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya, dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV!

3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakan

Kes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan manakala tingkat atas tidak dibersihkan. Maka jin akan tinggal di situ.

Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya cantik.

4. Tempat yang ada alat muzik

Ada beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada.

5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatang

Banyak hadis nabi SAW menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun gambar keluarga yang digantung.

Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’ yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan.

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung itu, penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu

Dalam satu peristiwa di Gombak, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis.

Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar.

Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya buluh perindu miliknya.

Kemudian saya neutralkan buluh perindu itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis.

7. Rumah yang disimpan barang-barang lama

Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka.

8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosong

Banyak rumah yang ditinggalkan kosong dan penghuninya bukan lagi manusia tetapi jin dan syaitan sebagaimana sabda nabi SAW yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan.

Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: "Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." [al-Isra’:82].

Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, November 08, 2022

6 Penemuan Arkeologi Purba Yang Menggemparkan Dunia!

6 Penemuan Arkeologi Purba Yang Menggemparkan Dunia!

Ahli arkeologi sememangnya giat mencari gali semula artifak tersembunyi dan telah berjaya membuat beberapa penemuan yang tidak hanya mengagumkan malah membongkar pelbagai kisah misteri di sebaliknya.

Terdapat 6 penemuan arkeologi ini akan membuat kita menilai dunia secara berbeza selain kisah misteri di sebaliknya.

1. Amfiteater Rom berusia 1,800 tahun di Turki

Amfiteater Rom Turki

Pada tahun 200 Masihi, ribuan penonton turun ke amfiteater Rom di bandar purba Mastaura di Turki zaman moden untuk menonton pertarungan gladiator.

Tidak dapat dinafikan arena yang cukup mengagumkan ini telah lama dilupakan oleh sejarah.

Setelah berabad-abad lamanya, barisan arkeologi yang dahagakan khazanah dunia akhirnya mula menjejaki artifak berharga apabila mengikuti kisah pengembara Eropah pada abad ke-18.

"Walaupun sudah di telan zaman, ia tetap utuh seolah-olah baru dibina," kata ketua penggalian, ahli arkeologi Universiti Adnan Menderes, Sedat Akkurnaz dan Ketua Direktorat Kebudayaan dan Pelancongan di Aydın, Mehmet Umut Tuncer.

Tidakkah anda berasa teruja dengan penemuan arena yang mempunyai diameter kira-kira 100 meter ini, dikelilingi oleh barisan tempat duduk dan sel untuk gladiator.

Sejarah lama membuktikan pertunjukan aksi berdarah itu direka khas untuk orang ramai begitu juga penduduk yang berada di bandar kejiranan akan turut berkunjung sama ke arena tersebut.

2. Stonehenge 'asli' di Wales

Wales Stonehenge

Stonehenge yang terkenal terletak di England - tetapi menurut legenda, ia terletak di Ireland sehingga dipindahkan oleh ahli sihir Merlin.

Ahli arkeologi menemui sebutir kebenaran dalam mitos Merlin semasa mengkaji tapak di Waun Mawn di Wales yang sebelum ini dianggap sebahagian daripada Ireland.

Penemuan siri 'lubang batu' dalam bulatan dengan jelas menunjukkan salah satu daripadanya mempunyai kesan sepadan dengan keratan rentas 'luar biasa' batu biru Stonehenge umpama kunci dalam kunci. Sesuatu yang mengejutkan bukan?

Ahli arkeologi juga mengesahkan teori mereka menggunakan cara lain dengan mengkaji sampel tanah di Wuan Mawn dan mendapati tanah itu mendahului Stonehenge.

Mereka turut menganalisis cip batu di tapak Welsh dan mendapati ia sepadan dengan batu di Stonehenge di samping mengukur diameter bulatan Wales yang sepadan dengan bulatan Inggeris.

"Ia adalah kemuncak penyelidikan kami selama 20 tahun lamanya. Ini antara salah satu penemuan paling penting yang pernah saya lakukan," kata Profesor Universiti Kolej London, Mike Parker Pearson, yang menemui Stonehenge 'asli' itu.

Penemuan mereka seolah-olah mengesahkan sekurang-kurangnya satu bahagian legenda yang pertama kali dikemukakan oleh Geoffrey of Monmouth dalam bukunya pada tahun 1136, History of the Kings of Britain.

Dalam buku itu, dia mencadangkan agar Merlin memindahkan batu-batu itu dari tapak yang dipanggil Tarian Gergasi di Ireland untuk menangkap kuasa ajaib yang baru sahaja ditemui Mike Parker.

3. Kota Sodom dan Gomora

Kota Sodom dan Gomora

Dalam kitab Bible, ada menyatakan kemusnahan kota Sodom dan Gomora didakwa berlaku disebabkan kejahatan.

Sementara bagi umat Islam, kaum Nabi Luth ditimpa azab serta penghinaan daripada Allah SWT akibat keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

Dalam kisah Nabi Luth, selepas matahari terbit tibalah seksaan Allah SWT dengan menurunkan hujan batu daripada tanah liat yang panas serta gegaran yang kuat sehingga kota itu musnah terbalik.

Perbezaan utama di antara Nabi Luth menurut pandangan Islam dan versi Kitab Bible adalah bahawa Kitab Bible memasukkan cerita hubungan sumbang muhrim Nabi Luth dengan kedua anak perempuannya, yang sangat jelas ditolak dalam Islam.

Disebabkan Nabi Luth merupakan seorang nabi Tuhan dan nabi-nabi Islam dianggap tidak akan melanggar hukum Tuhan, Nabi Luth pasti tidak mempunyai hubungan sumbang muhrim seperti itu.

Sebilangan ahli arkeologi berpendapat bahawa letupan meteor mungkin telah melanda kota tersebut.

Menurut teori, letupan udara kosmik memusnahkan bandar Tall el-Hammam di Jordan pada1650 S.M. itu menyebabkan 8,000 penduduk terkorban dengan daya 1,000 kali lebih kuat daripada bom atom.

4. Sungai Tigris, Iraq

Kemune IRAQ

Pada Disember 2021, air surut mendedahkan sebuah bandar berusia 3,400 tahun di sepanjang Sungai Tigris di Iraq, mendorong ahli arkeologi bergegas ke tapak untuk menggali dan memetakan sebahagian besar bandar sebelum ia musnah akibat terdedah kepada perubahan cuaca.

Tapak arkeologi yang dipanggil Kemune itu termasuk sebuah istana dengan dinding setinggi 20 kaki, beberapa menara dan bangunan bertingkat.

5. Patung Buddha di Sungai Yangtze

Patung Buddha di Sungai Yangtze

Di Sungai Yangtze, China, siapa sangka satu penemuan warisan yang selama ini tidak terlihat di sebuah pulau yang telah tenggelam di bandar Chongqing, kini mula 'timbul'.

Pulau itu 'muncul' bersama tiga arca pahatan batu figura Buddha yang dipercayai berusia 600 tahun.

Ketiga-tiga patung itu ditemui di bahagian tertinggi pulau itu yang dipanggil Foyeliang, dikenal pasti dibina semasa dinasti Ming dan Qing.

5. Kapal karam berusia 2,200 tahun di Mesir

Egypt ancient ship

Pada tahun 2021, semasa menerokai bandar Thônis-Heracleion Mesir purba yang tenggelam, ahli arkeologi menemui bangkai kapal Yunani. Hebatnya, kapal tenggelam dahulu sebelum bandar itu karam.

Kira-kira 2,200 tahun yang lalu, penduduk Yunani menambat kapal itu di luar pantai Thônis-Heracleion, tetapi apabila Kuil Amun di bandar itu runtuh, pakar berpendapat serpihan itu menyapu ke pelabuhan dan menenggelamkan kapal tersebut.

Kapal sepanjang hampir 30 meter itu menampilkan reka bentuk Yunani dan Mesir telah ditemui di bawah 16 kaki tanah liat keras.

"Penemuan kapal dari zaman ini sangat jarang berlaku, malah tanah liat keras membantu memelihara kapal itu," kata Franck Goddio, ahli arkeologi bawah air yang 'menemui semula' bandar yang tenggelam pada tahun 2001.

Penemuan itu menunjukkan bagaimana orang Yunani dan Mesir pernah wujud bersama di Thônis-Heracleion beribu-ribu tahun dahulu. Di bandar itulah kuil Mesir dan tempat suci Yunani dibina secara bersebelahan.

Untuk rekod, apabila Kuil Amun runtuh, ia menarik rumah ibadat Yunani ke dalam laut bersamanya.

Malah ahli arkeologi juga menemui kompleks pengebumian Yunani dari abad keempat SM di dasar terusan lain berdekatan.

6. Jejak Dinosaur Berusia 113 Juta Tahun

Tapak Dinosaur

Kemarau teruk telah mendedahkan jejak dinosaur berusia 113 juta tahun di dasar sungai di tengah Texas.

Jejak besar, yang dimiliki oleh acrocanthosaurus, tidak pernah dilihat sejak tahun 2000, kerana ia berada di bawah air dan beberapa lapisan sedimen.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, November 05, 2022

5 Ramalan Menakutkan Baba Vanga Pada Tahun 2023, Perang Nuklear Mungkin Berlaku!

5 Ramalan Menakutkan Baba Vanga Pada Tahun 2023, Perang Nuklear Mungkin Berlaku!

Vangeliya Pandeva Gushterova atau lebih dikenali sebagai Baba Vanga adalah salah seorang ahli mistik terkenal yang banyak membuat ramalan tentang masa akan datang. Tidak dapat disahkan sama ada dia memang mempunyai kelebihan itu atau sebaliknya kerana tidak semua yang diramalnya betul-betul berlaku.

Ramalan Baba Vanga 2023

Apa yang pasti ramalan wanita buta itu kebanyakannya telah menakutkan dunia. Menjelang 2023 sudah ada ramalan untuknya!

1. Perang Dunia Ketiga

Kita semua sedar bagaimana Rusia memulakan pencerobohan tidak wajar terhadap Ukraine pada 24 Februari lalu dan sejak itu perang berterusan antara kedua-dua negara.

Menurut wanita itu, sebuah negara besar akan menggunakan senjata biologi.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah beberapa kali memberi amaran terhadap penggunaan senjata nuklear, jadi apa yang diramal ada logiknya.

Memandangkan berlaku banyak kemusnahan dan kedua-dua negara belum mencapai perjanjian damai, kemungkinan perang dunia ketiga boleh berlaku.

2. Ribut Matahari

Ahli mistik itu juga meramalkan bahawa akan berlaku ribut matahari yang akan menjejaskan dunia.

3. Serangan Alien

Menurut laporan, ramalan seterusnya akan berlaku serangan makhluk asing. Ini akan berlaku apabila seluruh dunia akan diselubungi kegelapan, yang akan membawa kepada kematian berjuta-juta orang.

4. Letupan Nuklear di Asia

Ramalan lain menyebut akan berlaku letupan nuklear di Asia yang akan mengeluarkan kepulan awan toksik melitupi benua Asia, mengakibatkan banyak negara terkena penyakit serius.

5. Manusia Lahir Di Makmal

Dia juga menyebut tentang manusia akan dilahirkan di makmal. Ini bermakna setiap butiran, termasuk warna kulit dan setiap aspek fizikal, akan diputuskan. Pada asasnya, proses kelahiran akan dikawal sepenuhnya.

Dilahirkan pada tahun 1911, Vanga hilang penglihatan secara misteri pada usia 12 tahun semasa banjir besar.

Terdapat teori mengatakan dia ditiup angin puting beliung dan debu tanah menjadikannya buta seterusnya memberikan kuasa kepadanya untuk 'melihat' masa depan.

Vanga meninggal dunia pada 1996 pada usia 85 tahun dan telah meninggalkan ramalan sehingga tahun 5079.

Dia dilaporkan mempunyai kadar kejayaan 85 peratus dalam ramalannya.

Bagaimanapun harus diingat bagi penganut agama Islam, mempercayai sesuatu ramalan atau perkara karut adalah dilarang dan haram hukumnya!

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, November 04, 2022

Adakah Dajjal Hanya Seorang Ataupun Ramai?

Adakah Dajjal Hanya Seorang Ataupun Ramai?

Di antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman adalah kemunculan dajjal. Oleh kerana itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut.

Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa yang maksudnya, "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada firnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada keburukan fitnah Al-Masih Al-Dajjal." Riwayat Al-Bukhari (6377) & Muslim (7046)

Tentera Dajjal

Bahkan di dalam riwayat hadis yang lain menggambarkan betapa kemunculan dajjal akan menguji dan menggocang keimanan.

Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi." Riwayat Muslim (158)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, memang di sana terdapat hadis yang menceritakan bahawa akan muncul pada akhir zaman pendusta yang disebut sebagai dajjal.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian." Riwayat Muslim (16)

Di dalam riwayat yang lain menyebut yang maksudnya, "Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah dibangkitkan dajjal-dajjal yang menipu yang mana jumlah mereka lebih kurang 30 orang. Setiap daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusan Allah." Riwayat Al-Bukhari (3609), Al-Tirmizi (2218) & Abu Daud (4333)

Jika diperhatikan di dalam riwayat-riwayat ini disebutkan dajjal dalam bentuk kata jamak iaitu dajjalun yang membawa maksud dajjal-dajjal.

Namun begitu, adakah ianya bermakna bahawa dajjal itu ada ramai?

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut yang maksudnya, "Dajal itu membawa maksud menutup dan menyembunyikan. Ia juga kadang-kadang membawa makna menipu. Oleh kerana itu, perkataan kazzabun (pendusta) adalah sebagai penguat kepada perkataan dajjal." (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/616)

Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim Al-Abadi menjelaskan perkataan dajjal yang disebutkan di dalam hadis tersebut yang maksudnya, "(Maksud dajjal) ialah belitan dan kekeliruan. Iaitu banyaknya perancangan jahat dan kekeliruan." (Rujuk 'Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 9/1446)

Imam Al-Nawawi berkata yang maksudnya, "Ianya berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai. Mereka ini terdapat pada setiap zaman." (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).

Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajjal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajjal yang sebenar.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat di dalam Musannad Abdurrazzaq yang maksudnya, "Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajjal yang besar."

Maka dinamakan sebagai dajjal adalah kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).

Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah dinyatakan, hadis tersebut bukan bermakna dajjal itu adalah ramai.

Dajjal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat.

Dajjal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang.

Semoga Allah memberikan kefahaman dan menjauhkan kita dari menjadi dajjal-dajjal kecil.

Wallahu 'alam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, November 01, 2022

Melawan Kejahatan Perasuah Melalui Peti Undi!

Melawan Kejahatan Perasuah Melalui Peti Undi!

Suara reformasi bukan sekadar protes kebangkitan rakyat yang kelaparan, sebaliknya citra kebangkitan rakyat menentang wakil rakyat yang korup dan malangnya kemiskinan menjadi hiasan sebahagian besar negara Islam di dunia.

Rasuah di Malaysia

Misalnya, Indonesia yang kaya dengan penduduk - lebih 300 juta - tapi kemiskinan merantai 80 peratus daripada warganya. Korupsi, salah guna kuasa dan penindasan tidak banyak berubah berbanding era Sukarno yang memerintah sejak 1945 sehingga 1967.

Perjuangan reformasi memuncak pada 1998 apabila Indonesia gagal mengawal ekonomi dan kemiskinan. Jakarta gagal melunaskan hutang Tabung Kewangan Antarabangsa sehingga memaksa Suharto meletak jawatan.

Ekonomi merudum dan rakyat bangkit di jalanan menuntut keadilan serta kehidupan yang lebih baik. Kerajaan kerap bertukar pimpinan namun Indonesia - sehingga awal 2000 - masih keliru tentang kedaulatan dan kemanusiaan.

Rasuah Musuh No 1 Negara

Suara reformasi bukan sekadar protes kebangkitan rakyat yang kelaparan, sebaliknya citra kebangkitan rakyat menentang wakil rakyat yang korup, dengan pemerintah yang sekadar mengenyangkan peribadi.

Rakyat memberontak kerana mereka diperbodohkan oleh wakil rakyat masing-masing. Rakyat keliru kerana pemimpin yang mereka pilih akhirnya tidak mengenal orang yang mengangkat mereka ke jawatan berkenaan.

Kejahatan koruptor mempunyai kesan yang besar. Bukan sekadar pelaku yang menerima kesan dosa daripada perbuatan rasuah, juga kesulitan buat rakyat terbanyak.

Generasi terkemudian bakal menerima kesan daripada pimpinan korup yang disalah pilih oleh rakyat menerusi peti undi.

Rasuah, salah guna kuasa dan penindasan berlaku secara terbuka ketika rakyat kelaparan. Kronisme dan korupsi - istilah yang dulunya tabu - kini diperkatakan secara meluas bukan sahaja di Indonesia, juga di Malaysia.

Melawan Penyeluk Saku

Selepas 20 tahun reformasi 1998 berlalu, akhirnya berlaku pertukaran kerajaan daripada kleptokrat kepada kerajaan pilihan rakyat secara demokratik pada Mei 2018.

Malangnya demokrasi Malaysia yang masih muda tidak tahan ujian suapan wang dan kuasa apabila 22 bulan kemudian rakyat 'dipaksa' menerima pertukaran kerajaan melalui pembelotan dan transaksi habuan.

Ia berlaku tanpa sedikit pun rasa malu pada wajah-wajah wakil rakyat yang menjadi pengkhianat.

Di sebalik propaganda murahan mengenai 'kegagalan' kerajaan pilihan rakyat itu, tempoh 22 bulan berkenaan sebenarnya waktu untuk orang ramai menyaksikan pendedahan pelbagai kejahatan yang sebelum itu diselindungkan.

Kleptokrat menubuhkan syarikat menggunakan dana negara untuk mengaut keuntungan peribadi berbilion ringgit, misalnya. Juga mengenai yayasan 'kebajikan' yang luar biasa apabila kewujudannya seumpama bunian - ada pada nama, misteri pada mata.

Hari ini menentang kejahatan bukan sekadar perjuangan melawan penyeluk saku di pasar Chow Kit. Ia adalah tentang menolak kejahatan yang membudaya dan menjadi sebahagian daripada cara hidup.

Pelbagai peringkat terkait dengan isu rasuah walaupun kadar penerimaan berbeza.

Rakyat berdepan dengan 'penyamun' yang sama sekali berbeza daripada apa yang tergambar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Penyamun kini adalah golongan yang kelihatan hebat serta suci.

Pilihlah wakil yang merakyat, bukannya tukang lawak, kaki carut, pedagang agama, anarkis dan yang seumpamanya. Apa lagi koruptor yang berselindung di sebalik agama dan bangsa.

Elak golongan yang mendirikan kilang dalil untuk menghukum orang lain seolah-olah diri mereka maksum dan terjamin ke syurga tanpa hisab. Jangan dipilih calon yang bermain banyak kolam dan memperguna agama untuk menghukum.

Setiap parti dan pakatan politik ada kekuatan dan kelemahan. Rakyat berhak memilih yang terbaik daripada sekian banyak mudarat yang timbul.

"Melawan Rasuah Adalah Menentang Kejahatan"

Slogan ini perlu jadi prinsip dalam kehidupan manusiawi. Slogan ini tidak muncul sendiri. Amalan rasuah sudah lama wujud dengan tamadun dunia.

Amalan rasuah bukan sahaja dalam kalangan pedagang bahkan penguasa politik untuk mencari dan mengekalkan kuasa. Melawan rasuah adalah menentang kejahatan.

Pengundi wajib tahu jika perasuah diberi peluang berkuasa semula, mereka akan menggunakan rasuah untuk menentang kebenaran yang sepatutnya menjadi milik rakyat.

Belum berkuasa pun sudah ada cadangan untuk menukar ketua hakim negara, peguam negara dan membebaskan tuduhan rasuah terhadap beberapa tokoh yang terpalit skandal. Ada juga yang bincang pengampunan diraja buat 'Mat Sakau' yang baru dua bulan dalam penjara. Bayangkan jika rakyat salah memilih!

Ingat: melawan rasuah adalah menentang kejahatan. Parti politik yang menentang perasuah wajar bersatu dan ketepikan ego peribadi.

Perpecahan dalam kalangan penentang rasuah akan memberi manfaat kepada perasuah itu sendiri. Jika tidak bersatu perasuah akan berkuasa dan meneruskan tradisi rasuah untuk dulu, kini dan selamanya.

Jom, kita lawan perasuah melalui peti undi!!

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, October 26, 2022

SBDJ Siri 182: Jadi Hamba Iblis

SBDJ Siri 182: Jadi Hamba Iblis

Kerana Andi Kamarool lambat menyambung percakapan yang terputus, keresahan datang dalam diri saya. Rupa-rupanya keresahan yang sama juga dialami oleh Mia. Buktinya, dia tidak dapat duduk dengan aman. Sering saja mengaru-garu pangkal leher dan meraba hujung bajunya.

Toyol jadi-jadian


"Andi," saya bersuara.

Dengan segera Andi Kamarool mengangkat tangan kanannya, memberi isyarat supaya diam. Jangan campur dalam urusannya. Lebih tetap dia menyuruh saya membantu. Mia hanya memperhatikan saja gerak-geri Andi Kamarool.

"Kami berdua ada rancangan nak berjalan-jalan di kawasan kampong, di hujung ladang Mia. Kami nak berkenalan dengan penduduk se tempat," Andi Kamarool berhenti bercakap.

Dia senyum pada saya dan Mia.

"Kali ini, biar aku dan Tamar makan di luar," sambung Andi Kamarool.

Saya anggukkan kepala, setuju dengan apa yang dituturkan oleh Andi Kamarool itu.

Mia tidak memperlihatkan reaksi yang negative. Dia nampak bersahaja menerima kata-kata Andi Kamarool. Cuma hati saya saja yang cemas. Bimbang, kalau dia melenting dan menghalang.

"Eloklah tu, tapi hati-hati. Kalau kamu dengar komen orang kampung tentang aku dan rumah batu, jangan cakap apa-apa. Kamu berdua dengar saja," Mia meluahkan ingatan.

Kami segera mengangguk.

"Tapi jangan lupa makan malam di rumah aku," Mia kemukakan permintaan dalam senyum penuh kemesraan.

Angin yang berlegar di ruang tamu menggerakkan anak rambutnya yang terjuntai di cuping telinga kiri.

"Begini Mia," Andi Kamarool membetulkan duduknya, biar selesa dan seronok, begitu jugak saya.

"Apa lagi Andi?" Mia bertanya.

"Terlanjur dah keluar dari ladang kamu, kami nak beli barang untuk makan malam," dalam nada suara keyakinan saya meluahkan kata-kata.

Sesungguhnya, saya sendiri tidak menduga boleh berbuat begitu. Semuanya tidak dirancang, keluardari mulut secara spontan.

"Maksud kamu, mahu masak sendiri," Mia menghalakan sepasang biji matanya ke wajah saya.

"Nampaknya begitulah Mia. Kami juga nak bersembahyang berjemaah Maghrib dan Isyaak dengan orang kampong," Andi yang menyelamatkan keadaan.

Rasa terkejut terbayang di muka Mia. Dia merenung kosong kearah ruang dapur. Macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya. Dia senyum sinis.

"Agaknya nak tukar selera, nak makan masakan sendiri. Maklumlah dah kerap sangat makan masakan aku, terasa juga jemunya," Mia bagaikan menyindir.

Saya dan Andi hanya mampu tersenyum, tidak mahu memberikan sebarang komentar.

"Aku, harap rancangan kamu dapat berjalan dengan lancar," tambah Mia, dia segera berpusing menuju ke ambang pintu.

"Aku balik dulu, hati-hati masa berjalan dalam kawasan kampong orang," Mia mengingatkan lagi.

Dia pun melangkah menuruni anak tangga. Kami juga turut berbuat demikian, tetapi setakat kaki tangga sahaja. Mia pun melangkah pulang, berlenggang penuh sopan.

RANCANGAN

Kira kita jam sepuluh pagi, kami tinggalkan rumah papan menuju ke arah selatan ladang milik Mia.

Setelah melepasi pintu pagar yang tidak berkunci, kami memasuki kawasan tanah paya yang menjadi sempadan antara tanah kampong dengan kawasan ladang peninggalan arwah orang tua Mia.

Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai kekawasan pinggir kampong. Dari situ, kami melalui jalan tanah merah yang agak sunyi.

Kiri kanan jalan penuh dengan pokok-pokok getah. Bila sampai kekawasan perumahan, suasana terasa agak sibuk, kelihatan ada para penduduk menebas kawasan rumah yang kebanyakannya ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan seperti betik, rambutan, ciku dan sebagainya.

Semua orang yang ditemui, sama ada yang berjalan kaki atau naik basikal semuanya ringan mulut. Mudah memberi salam dan menegur sapa.

"Mahu ke mana?"

Tegur seorang lelaki yang berusia sekitar enam puluhan, dibahunya ada seberkas kayu. Parang terselit di pinggang. Dia seperti baru balik dari kebun buah-buahan.

"Kami nak cari rumah Haji Simpul," saya menjawap.

Orang tua itu menurunkan berkas kayu dari bahu, disandarkan pada pangkal pokok ketapang. Dengan secebis kain (yang sukar diteka warnanya kerana sudah lusuh) dia menyapu peluh di dahi.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lebai Saad. Kami pun beritahu nama kami kepadanya.

"Kamu berdua orang luar?"

Serentak kami anggukkan kepala.

"Begitulah selalunya, orang luar datang ke sini suka sangat mencari Haji Simpul. Nama dan kebolehannya tersebar di mana-mana. Pada kami dia cuma orang tua biasa saja," katanya sambil mengajak kami duduk atas tunggul kayu.

"Apa hal nak jumpa dia?"

"Tak ada apa-apa, saja nak jumpa,” kata Andi Kamarool.

"Ikut jalan ni keutara, kamu jumpa dua deret kedai papan, kamu jalan lagi hingga kamu jumpa sebuah rumah di hujung kampong, berdinding tepas, beratap rumbia. Itulah rumah Haji Simpul," dengan nada suara yang bersahaja Lebai Saad memberi petunjuk.

"Terima kasih, Pak Lebai," kata saya.

"Sama-sama kasih, selamat jalan."

Kami segera bersalaman dan meneruskan langkah.

Semasa sampai di halaman rumah Haji salaim, kami dapati daun pintu rumahnya tertutup rapat. Tetapi, tingkap terbuka luas, suara orang membaca Quran jelas kedengaran.

Berhampiran tangga terdapat sebuah basikal tua. Saya terus memberi salam. Gembira sekali, bila salam yang diberi menerima jawapan.

TEGAP

Daun pintu terkuak, seorang gadis sunti dalam lingkungan usia 12-13 tahun muncul dipintu, memakai tuding.

"Haji ada di rumah?" saya bertanya.

"Ada," si gadis menghilangkan diri.

Tempatnya segera diganti oleh seorang lelaki tua, memakai serban, janggutnya putih sampai kedada. Kelihatan tegap dan sasa.

"Sila masuk."

Kami masuk ke perut rumah. Duduk bersila atas tikar mengkuang. Orang tua itu memanggil gadis sunti suruh masak air.

"Ini piut saya," sambil memegang hujung serban, orang itu bersuara.

Macam tadi, kami anggukkan kepala. Ekor mata saya mengawasi setiap sudut ruang. Semuanya menyenangkan.

"Kamu berdua orang luar?"

"Iya, Tuan Haji," jawap Andi Kamarool.

Saya sudah memutuskan setiap pertanyaan yang diajukan oleh Haji Simpul akan dijawap oleh Andi Kamarool. Saya mahu membisu.

"Dari ladang arwah orang tua Mia?"

"Iya, Tuan Haji."

"Kenapa tak ikut jalan raya? Ikut jalan raya lagi dekat. Tak sampai sepuluh minit dah sampai kesini."

Tiada jawapan yang dihamburkan oleh Andi Kamarool. Dia merenung ke arah saya, seolah-olah meminta bantuan. Kerana saya sudah memutuskan mahu mendengar sahaja, jadi saya buat tak kisah dengan renungan itu.

Andi Kamarool garu cuping telinga tiga kali berturut-turut, sebagai isyarat saya menjawap pertanyaan Haji Simpul. Saya gelengkan kepala, tidak bersedia untuk masuk campur.

"Kerana tak ada orang yang nak beritahu, jadi kamu berdua main redah saja," Haji Simpul mengakhiri ungkapan dengan senyum sinis.

"Iya," cepat Andi Kamarool menyahut.

"Kenapa kau orang tak tanya Harisun orang gaji Mia, dia tahu jalan pintas. Ikut jalan pintas, lagi pintas lagi cepat."

"Dia tak suka kami jumpa Tuan Haji," tidak semena-mena saya ikut campur. Melanggar janji dan azam sendiri.

Haji Simpul tersenyum lagi. Tidak memberikan sebarang komentar.

"Silapnya kerana kami tak bertanya," Andi Kamarool seperti membela Kak Sun.

"Ohh..." sahut Haji Simpul separuh keras. Matanya tertumpu ke arah kami berdua.

TENTANG

Memang saya tidak berdaya menentang biji mata Haji Simpul, sinar matanya saya rasakan menusuk kalbu. Gerak anak mata hitamnya bagaikan membaca rahsia diri.

Pepohon manggis yang tumbuh di kiri kanan rumah membekalkan rasa sejuk, meskipun matahari memancar keras. Bayangkan, berapa panasnya bahang matahari jam sebelas pagi.

Si gadis sunti datang meletakkan tiga cawan kopi hitam didepan kami. Saya mengambil kesempatan melemparkan pandangan keluar menerusi jendela. Si gadis sunti meninggalkan ruang tamu.

"Sila minum," pelawa Haji Simpul.

"Terima kasih," kata saya.

"Terima kasih," kata Andi Kamarool.

Serentak kami angkat cawan dan serentak pula meneguk kopi hitam. Rasa pahitnya bagaikan lekat di tekak. Sepat-cepat saya letakkan cawan. Tidak bersedia untuk menghirup kali kedua.

"Kopi pahit, baik untuk tubuh. Dapat mengelakkan kencing manis. Tapi, kalau minum berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Kopi yang kamu minum, kopi asli," mungkin kata-kata yang terpancut dari mulut Haji Simpul, akibat melihat wajah kami yang berkerut menelan air kopi yang dibuat oleh piutnya.

"Minumlah lagi," desak Haji Simpul.

Kami berdua jadi serba salah. Menolak tanda kurang sopan, diminum pahitnya bukan kepalang.

Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan, saling bertukar senyum pahit. Diantara saya dan Andi Kamarool, siapakah yang terlebih dahulu menghirup kopi untuk kali kedua.

"Minumlah, apa segan-segan pula," Haji Simpul terus mendesak.

"Iya, kami minum," balas kami serentak.

Serentak dengan itu juga, kami terus menelan kopi hitam yang pahit. Tetapi, kali ini kami berusaha agar wajah tidak berkerut. Tidak rela kelemahan diri dikesan oleh Haji Simpul bagi kali kedua.

"Bagus, mula-mula saja rasa pahit, lepas tu terasa sedap. Kita mesti minum air yang ada khasiat."

"Iya, Tuan Haji, cakap Tuan Haji tu memang betul," balas saya sambil menelan air liur untuk menghilangkan rasa pahit ditekak.

Andi Kamarool tersenyum pahit, buah halkumnya nampak bergerak-gerak.

Haji Simpul terus menghabiskan sisa air kopi di cawannya. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan cawan kopi dilantai. Jejari kanannya mengurut badan cawan beberapa kali. Dia nampak macam resah saja.

"Kamu ada hubungan keluarga dengan orang tua Mia?" Biji mata Haji Simpul tertumbuk ke wajah Andi Kamarool.

"Tidak kira dari sebelah mana. Samada dari sebelah ibu atau ayah," sambung Haji Simpul.

Dengan sedaya upaya dia berusaha agar biji matanya bertembung dengan biji mata Andi Kamarool, kelopak matanya tidak berkedip.

Andi Kamarool cuba mengelak. Dengan secara mendadak saja, Haji Simpul menjatuhkan telapak tangan kiri ke atas bahu kanan Andi Kamarool. Jari-jarinya memegang erat tulang bahu Andi Kamarool.

"Kamu ada hubungan keluarga?" soalnya lagi.

Andi Kamarool gelengkan kepala.

"Betul, tak ada hubungan keluarga?" dia minta sebuah kepastian yang jitu.

Bahu kanan Andi Kamarool digoncangkan berkali-kali. Wajah Andi Kamarool segera menjadi kemerah-merahan. Dahinya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.

"Ada hubungan keluarga?" untuk sekian kali, pertanyaan yang hampir diulangi.

Andi Kamarool bagaikan terpukau, tidak boleh bersuara. Dia hanya menggelengkan kepala.

"Haiiiiiii..." Haji Simpul bagaikan mengeluh.

Dengan serta merta jari jemari yang menyentuh bahu Andi Kamarool diangkat. Selepas itu, tidak ada tindak tanduk atau tutur kata yang terhambur dari mulut Haji Simpul.

SEPI

Suasana terasa sepi. Saya mengigit bibir, Andi Kamarool menggaru pangkal leher beberapa kali. Semuanya yang kami lakukan adalah untuk menghilangkan keresahan.

"Sebenarnya si Harisun banyak bercerita tentang kamu berdua pada aku. Dia mencurigai keikhlasan dan kejujuran kamu," nada suara Haji Simpul yang bersahaja memecahkan kesepian.

Kami tersentak, tidak menduga begitu tanggapan Kak Sun kepada kami. Haji Simpul menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

Dalam suasana yang agak tegang itu, terdengar kicau dan kokok ayam dalam cuaca panas yang kian menyengat.

"Tuan, haji..." Andi Kamarool tidak meneruskan percakapan.

"Katakan, apa yang mahu kamu katakan. Aku bersedia mendengar," Haji Simpul memicit-micit pangkal lengan kanannya.

"Begini tuan haji..."

Andi Kamarool menyambung, "Siapa pun berhak merasa curiga. Bila ada orang luar yang tak dikenali datang tempat kita."

Haji Simpul tersenyum sambil anggukkan kepala tanpa berkata apa-apa.

"Apa hubungan Tuan Haji dengan Kak Sun?" saya bertanya.

Haji Simpul mengkedutkan kening. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, sebelum meluahkan jawapan.

"Dia jiran sekampung, selalu datang ke rumah bila ada masaalah. Sekarang ini pun, dia dalam pengawasan aku. Semangatnya cukup lemah, macam ada sesuatu yang ditakuti dan dihormatinya. Dia sentiasa cemas."

Apa yang dituturkan oleh Haji Simpul membuat saya dan Andi kamarool membeliakkan biji mata. Berita baru yang sungguh mengejutkan. Hampir sama dengan apa yang kami lihat terjadi pada diri Kak Sun.

Bahu Andi Kamarool segera saya singgung. Dia menjerit dengan apa yang saya lakukan. Andi Kamarul mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari yang bermaksud supaya bertenang.

"Kenapa dengan dia Tuan Haji?" susul Andi Kamarool.

Sebelum memberi jawapan, Haji Simpul melemparkan pandangan keluar rumah sejenak. Kemudian dia mengubah pandangan ke arah kami.

"Kalau aku tak terangkan, kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya, kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya kamu berdua dah tengok. Bukan begitu Tamar?" Haji Simpul merenung muka saya.

"Iya, Tuan Haji," jawap saya.

"Susah aku nak mengatasi masalahnya, sulit," perlahan benar nada suara Haji Simpul.

Dia kelihatan seperti berputus asa. Lutut kanannya segera di tegakkan. Telapak tangan kirinya, pun terdampar atas tempurung lutut kiri. Haji Simpul termenung panjang.

"Kesian Kak Sun, tak boleh dibiarkan dia berterusan begitu. Tuan Haji mesti tolongnya," secara sepontan saya bersuara.

"Aku juga berfikir macam tu," Haji Simpul memberi reaksi yang positif.

Tetapi, Andi kamarool terus termenung panjang. Barangkali, kurang setuju dengan saranan yang saya berikan.

"Kita harus bertindak," saya membakar semangat Haji Simpul.

"Iya, sekarang kita boleh mulakan. Orang yang boleh membantu dan menolong Harisun ialah kamu..." jari telunjuk Haji Simpul menuding ke arah Andi Kamarool.

Lagi sekali saya mengalami kejutan. Bijik mata Andi Kamarool bagaikan mahu tersembul. Mukanya berubah, dia mengalami kejutan yang hebat dari saya.

DIRI

"Saya tuan haji?" Mulut Andi Kamarool melopong.

"Iya, kamu orangnya," angguk Haji Simpul.

"Apa yang saya tahu, Tuan Haji."

"Ahhhhh...," Haji Simpul segera bangun.

Dia melangkah ke tingkap dan berdiri di situ, merenung dedaun pokok yang dipanggang matahari.

Saya hanya menelan air liur sambil mata merenung sisa air kopi yang berada di dasar cawan.

Mungkin kerana tidak selesa berdiri di tepi tingkap menyebabkan Haji Simpul kembali duduk bersila didepan kami.

Dia menghilangkan air kopi, melihat dari gerak-gerinya, ternyata Haji Simpul cuba mencari ketenangan dan keselesaan dalam dirinya.

Saya dengan Andi Kamarool tetap macam tadi, sekejap duduk bersila, sekejap melunjurkan sepasang kaki untuk menghilangkan rasa lenguh.

"Banyak perkara yang ada pada kamu Andi untuk menolong Mia dan Harisun. Barangkali kamu tak tahu semuanya itu atau kamu sengaja buat tak tahu," dengan hati-hati Haji Simpul mengungkap kata-kata.

Renungannya cukup lembut ke arah Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool makin bertambah bingung.

"Tuan Haji mempermain-mainkan saya?"

"Tidak, aku bercakap perkara yang benar."

"Saya tak tahu, kalau begini saya boleh jadi gila."

"Bertenang Andi, jangan mengelabah. Dengar cakap aku dulu," Haji Simpul terus menepuk-nepuk bahu Andi Kamarool dengan lembut. Penuh kemesraan.

Saya lihat Andi Kamarool menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan sambil merenung lantai. Dia sedang berusaha menenangkan perasaannya.

"Aku tahu apa yang kamu berdua rasa dan lihat di kawasan rumah Mia. Macam-macam benda pelik terjadi. Betul tak cakap aku ini, Tamar."

"Betul tuan haji."

"Satu lagi, aku nak bagi tahu kamu berdua, kebanyakan benda pelik yang terjadi itu, memang Mia tidak tahu. Tapi, Harisun tahu. Aku pernah pesan pada Harisun, suruh kau berdua datang jumpa aku. Itulah sebabnya aku tidak terkejut, bila kamu berdua datang jumpa aku,” penjelasan dari Haji Simpul membuat saya termenung panjang.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 182/284

BACA: SBDJ Siri 181: Rahsia Hujung Kampung
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com