Wednesday, June 29, 2022

Buat Semua Wanita, Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus!

Buat Semua Wanita, Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus!

Seorang suami beri tempoh dua bulan kepada isterinya untuk sembuh daripada vaginismus dan jika tidak, dia nekad untuk melepaskan wanita tersebut.

Sembuhkan Vaginismus

Itu yang diceritakan oleh Dr. Kash Mustafa menerusi perkongsian pada akaun TikTok berhubung seorang pesakitnya yang sanggup memandu seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, pesakit itu datang untuk rawatan tiga hari tanpa kehadiran suami malah, terpaksa memberanikan diri berikutan lelaki itu tidak mengambil tahu keadaan dirinya.

"Suami dah beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu saya," ujar Dr. Kash memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para suami yang diuji bahawa, vaginismus bukan titik noktah sebuah perkahwinan bahkan, ia permulaan perjuangan untuk rumah tangga yang telah dibina.

"Ini adalah bentuk ujian daripada Allah yang menguji kesetiaan seorang suami. Bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri.

"Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalah kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidup," jelasnya.

KENALI VAGINISMUS

Apa itu Vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita, yang menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), vaginismus dikategorikan di bawah Kesakitan Genito-Pelvik/Masalah Penetrasi.

Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan mula rasa sakit apabila melakukan penetrasi. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita.

Vaginismus boleh dikategorikan samada primer atau sekunder.

Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal. Pasangan langsung tidak pernah menjalinkan hubungan seksual kerana rasa takut isteri.

Vaginismus sekunder ialah pasangan yang pernah melakukan hubungan seks, namun trauma yang dialami di kawasan kemaluan akibat bersalin atau pembedahan membuatkan wanita takut untuk melakukan hubungan suami isteri semula atau disebabkan oleh faktor lain.

Ada juga wanita yang mengelak daripada melakukan hubungan kelamin disebabkan oleh trauma akibat pernah dicabul atau dirogol.

Ada juga yang kena kanser rahim atau ovari, masa menjalani rawatan radioterapi tu ada kesan sampingan pada kemaluan, jadi mereka takut untuk melakukan hubungan seksual, dan ada juga yang takut nanti kanser itu datang kembali," katanya, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan pakar.

Namun, ujar Dr Aishah, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan seseorang itu rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Antaranya, jangkitan kuman pada vagina, masalah pada dubur seperti buasir yang teruk, vulvar vestibulitis (sensitif pada kawasan berhampiran dengan saluran pada kemaluan), Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif dan menyebabkan rasa sakit), menapous dan pelbagai masalah kulit.

Kenapa Vaginismus Berlaku?

Mengapa hanya sesetengah wanita mengalami masalah ini? Bagaimana kehidupan seksual mereka? Adakah rawatan untuknya?

Mungkin sejak remaja lagi, anda sering dibayangi stigma sosial mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual terutamanya untuk wanita yang pertama kali ingin melakukannya.

Wanita juga sudah terbiasa diajar supaya tidak memikirkan seks sebagai sesuatu yang menyenangkan.

Anda mungkin akan berasa bersalah atau malu jika memikirkan soal seks. Anda mungkin berasa takut untuk bertanya mengenai seks kerana ianya merupakan perkara yang kurang sopan dibincangkan dalam komuniti atau budaya anda.

Oleh itu, anda tidak bersedia sepenuhnya dan tidak tahu apa yang bakal berlaku ketika hubungan seksual dan perubahan di sekitar faraj itu sendiri.

Hal ini dapat menimbulkan kebimbangan dan seterusnya, membawa kepada ketakutan yang tidak diketahui puncanya.

Bolehkah ia dirawat?

Vaginismus dapat dirawat dengan mudah, namun ia memerlukan rawatan gabungan dari aspek fizikal dan psikologi.

Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi. Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman Kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks.

Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri.

Anda akan lebih mengetahui dan memahami apakah yang akan berlaku dan apakah yang anda akan hadapi ketika hubungan seksual serta bagaimana cara untuk mengendalikan masalah itu dengan lebih positif.

Walau bagaimanapun, gabungan rawatan ini akan mengambil masa dan usaha daripada kedua-dua pihak iaitu terapis dan pesakit. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mendapatkan peningkatan yang lebih baik dan progresif.

Latihan yang kerap memberikan kesan yang lebih baik, dengan lebih banyak latihan (terutamanya apabila anda melibatkan pasangan anda), proses penyembuhan akan berlaku lebih cepat.

Selain rawatan kaunseling dan sesi terapi, pesakit juga boleh dirawat menggunakan ubat kebas dan juga ubat untuk mengawal rasa takut yang dialami mereka.

Masih berstatus anak dara walaupun selepas lapan tahun berkahwin

Dr Siti Aishah Yunos
Dr Siti Aishah.

Walaupun sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti yang dihadapi sesetengah pasangan yang tidak dapat melakukan hubungan suami isteri akibat rasa takut yang melampau, sehingga menyebabkan seseorang itu tidak boleh melakukan hubungan seksual.

Berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan ini, pakar Perubatan Keluarga Dr Siti Aishah Yunos berkata, rasa anxiety yang dialami isteri akan membuatkan otot pada pinggulnya mengeras, seterusnya menyukarkan pasangan mereka untuk melakukan penetrasi.

Katanya, kebanyakan pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di kliniknya di Langkawi mengakui mengalami rasa takut yang melampau selepas mendengar 'pengalaman' malam pertama rakan-rakan mereka.

"Bila mereka datang ke klinik, saya akan bagi kertas untuk tulis kenapa mereka tak boleh melakukan seks, alasan yang saya terima adalah 'takut sakit', itu sahaja, tak ada alasan lain.

"Situasi ini berlaku sebab biasalah bila nak berkahwin, mereka borak-borak dengan kawan-kawan yang akan kongsi pengalaman cakap sakit la, 'tak boleh masuk', 'sampai menangis', 'terkoyak' la, jadi benda-benda ini akan membuatkan pengantin perempuan jadi takut, bila dia takut, mental dia jadi stress.

"Bila stress, otot di bahagian pinggul akan mengeras dan bila itu berlaku, saluran pada kemaluan wanita akan tertutup dan sebab tu penis tak boleh masuk.

"Jadi, bila suami dia datang dia akan tolak sampai sudahnya mereka tak pernah buat hubungan seks," katanya.

Sambil menegaskan bahawa rasa takut yang dialami itu hanya akan membuatkan seks yang sepatutnya mudah menjadi susah.

Menurut Dr Siti Aishah, jika dilakukan dalam keadaan tenang dan dengan teknik yang betul, rasa sakit yang dialami pasangan pertama kali melakukan hubungan suami isteri itu sebenarnya jauh lebih kurang berbanding apabila tangan seseorang itu dicubit.

"Nak tahu rasa sakit buat seks pertama kali macam mana, angkat tangan kemudian cubit kuat-kuat, rasa sakit ni lagi sakit dari seks kali pertama.

"Sebab tu penting kena relakskan punggung kalau tak kemaluan lelaki lansung tak boleh masuk, jadi kena ingat seks ni mudah, kalau tak mesti ada something wrong.

"Jangan lawan suami dan yang penting letak pelincir banyak-banyak, benda ni sangat membantu," katanya.

Menurut Dr Siti Aishah, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kadangkala sudah berkahwin selama bertahun-tahun dan kebiasaannya mereka hadir untuk menjalani rawatan bagi mendapatkan cahaya mata.

"Bayangkan tekanan yang mereka alami, nak cerita dekat orang tak boleh, lepas tu orang sekeliling tanya pasal anak, ada seorang pesakit saya dia sudah berkahwin selama lapan tahun. Dia dah buat Intrauterine insemination (IUI) iaitu memasukkan benih suami pada isteri sebanyak dua ke tiga kali sebab mereka inginkan anak, tapi tak berjaya.

"Bila datang dekat saya, saya cakap kena periksa sebab takut mungkin sperma tak sesuai ke, tapi masa tu baru dia beritahu yang sebenarnya seks pun tak pernah buat.

"Selepas saya bagi rawatan kaunseling, bila saya follow up balik mereka kata dah boleh buat," katanya sambil menambah ada juga yang sudah lima dan dua tahun berkahwin tapi takut untuk melakukan hubungan suami isteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)(3)

Tuesday, June 28, 2022

Lelaki Nikahi Dua Wanita Serentak Selepas Bekas Kekasih 'Serang' Majlis Perkahwinan!

Lelaki Nikahi Dua Wanita Serentak Selepas Bekas Kekasih 'Serang' Majlis Perkahwinan!

Kebiasaannya pernikahan terjadi antara lelaki dan perempuan, namun begitu istimewa buat seorang pemuda, Korik Akbar, apabila menikahi dua wanita pada majlis yang sama, apabila bekas kekasih yang datang menyatakan kemahuan untuk berpoligami.

Korik Akbar Nikahi 2 Wanita
Korik Akbar.

Ketika ditemui, Korik yang berusia 20 tahun memaklumkan bahawa dia tidak pernah mempunyai perancangan untuk menikahi dua wanita sekali gus.

"Tidak pernah ada perancangan, tapi ini adalah jodoh," katanya yang berasal dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Tambah menarik, kedua-dua isteri lelaki tersebut berstatus janda muda.

Menurut Korik, sekitar tahun 2011 dia menjalin hubungan bersama Khusnul Hotimah berusia 20 tahun.

Lima tahun kemudian berkenalan pula dengan Yun Nitanuri, 21, selepas wanita itu bercerai.

Kecewa dengan Korik yang dikatakan 'curang', maka Khusnul memutuskan hubungan lalu mengahwini calon pilihan ibu bapanya.

Bekas kekasih datang mahu bernikah juga, siap mahu berpoligami

Pun begitu, selepas mengetahui Korik bakal menikahi Yun, Khusnul hadir ke majlis perkahwinan mereka lengkap dalam persalinan pengantin dan minta dimadukan.

Pengantin perempuan kedua (Khusnul) dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang lain.

Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

"Saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan situasi ini. Entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita.

"Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak," kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu bertemu untuk pertama kalinya di rumah Korik dan sedia berpoligami.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, June 24, 2022

Asal-Usul Candlestick Jepun: 'The Three Monkey Record of Money'

Asal-Usul Candlestick Jepun: 'The Three Monkey Record of Money'

Tahukah anda, kelahiran Futures Market di Jepun adalah perdagangan Futures pertama di dunia yang telah membuka peluang kepada kelahiran instrumen perdagangan lain seperti saham, komoditi, forex dan sebagainya.

The Three Monkey

Negara Jepun adalah yang pertama menggunakan analisa teknikal untuk memperdagangkan Futures Market, iaitu Rice Futures pada kurun ke-16.

Berdagang dalam Rice Futures Market banyak dipengaruhi oleh spekulasi dan disebabkan inilah orang Jepun mula menggunapakai analisa teknikal.

Dan kerana tahap populariti Futures Market di Jepun pada masa itu, telah melahirkan seorang legenda yang terkenal dikenali sebagai Homma pada kurun ke-17.

Dia mendapati bahawa spekulasi daripada para speculator sangat memberi kesan kepada Futures Market.

Malah, terdapat hubungkait psikologi iaitu emosi pemain pasaran dengan pergerakan harga dalam menentukan supply and demand.

Dalam kajiannya yang terperinci, beliau telah membuat kesimpulan bahawa emosi pemain pasaran boleh membantu meramalkan harga beras pada masa akan datang.

Emosi Mempengaruhi Harga Pasaran

Dalam erti kata lain, emosi turut memainkan peranan dalam menentukan nilai dan harga beras pada masa akan datang. Homma memahami bahawa aspek psikologi pasaran adalah penting untuk kejayaan pemain pasaran.

Semasa era kejayaannya, beliau telah menulis buku yang bertajuk The Fountain of Gold - The Three Monkey Record of Money, dengan mengulas keseluruhan rangkuman kejayaannya selama 60 tahun berdagang dalam Rice Futures Market.

Di antara ulasan dalam buku tersebut ialah, "When all are bearish, there is cause for prices to rise. when everyone is bullish there is cause for the price to fall."

Pada hari ini, aktiviti serupa dengan apa yang kita gelar sebagai pendekatan atau kaedah seorang Contrarian.

Ia merupakan perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang pelabur atau pemain pasaran yang baik.

Menariknya, buku hasil tulisan beliau ini telah dicatatkan pada tahun 1755 dan merupakan buku tertua serta yang pertama menitikberatkan soal analisa teknikal dan psikologi pelabur/pedagang pada masa itu.

Melihat tajuk buku itu sahaja sudah menggambarkan prinsip 3 ekor monyet dan bagaimana mereka menjana kekayaan di dalam bidang ini.

Berikut adalah 3 prinsip asas karakter monyet tersebut:

The Three Monkey Record of Money

1. See No Evil

Bila anda melihat trend Bull (kenaikan) atau Bear (penurunan) jangan terperangkap dengan ilusi trend tersebut. Lakukan persediaan untuk Sell/Buy (Jual atau beli) pada portfolio anda.

Menurut beliau lagi, putaran seperti ini saling berhubung kait, kerana ketika berlaku Yin (Bearishness) akan sentiasa terdapat Yang (Bullishness).

Dalam erti kata lain, setiap kali berlaku kejatuhan pasti akan ada kenaikan. Begitu juga sebaliknya.

2. Hear No Evil

Jika anda mendengar berita Bullish/Bearish jangan berdagang kerana berita tersebut. Ia mungkin lebih selamat untuk mengambil tindakan selepas anda melihat bagaimana pasaran bertindak balas kepada bentuk berita tersebut, berbanding memulakan perdagangan ketika berita itu dikeluarkan.

Seorang pelabur tersohor ada mengingatkan perihal ini kepada orang ramai.

"Apa yang sangat penting ketika berlaku harga turun atau naik, bukan berdasarkan sejauh mana berita tersebut positif atau negatif, tetapi bagaimana reaksi pasaran kepada berita tersebut." - Bernard Baruch

Forex Markets Reaction

Contoh perkara seperti di atas, pada awal bulan Ogos tahun 1990, Peperangan Iraq telah berlaku ketika harga komoditi emas (Gold) berada di paras tertinggi (All-time high) dalam sejarah pada ketika itu, di atas paras $425.

Jika dilihat pada paparan dalam carta tersebut, harga emas beberapa kali gagal untuk cuba naik ke paras lebih tinggi.

Namun, peperangan di Timur Tengah telah membuka peluang untuk komoditi emas naik mendadak, disebabkan berita atau spekulasi telah berlaku dan ramai orang menyediakan safe heaven.

Malangnya, catatan harga emas makin hilang kilauannya sehingga mengakibatkan harga komoditi emas jatuh merudum dua (2) bulan selepas itu pada harga $360.

Oleh itu, kita dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat penilaian terhadap sebarang berita atau sentimen ketika ingin melabur atau berdagang.

3. Speak No Evil

Jangan beritahu atau berkongsi dengan orang di luar sana tentang apa yang anda lakukan terhadap portfolio pelaburan atau perdagangan anda!

Contohnya, ketika anda melakukan analisa terhadap matawang CHFJPY, anda berpandangan bahawa ada penurunan pada masa akan datang.

Kemudian anda bersedia untuk membuat Position Short terhadap matawang CHFJPY.

Malangnya anda telah berkongsi pendapat ini kepada komuniti luar yang mana mereka berpandangan berbeza daripada anda.

Disebabkan ini, psikologi anda pun terjejas hingga menyebabkan anda tidak melakukan Position Short tersebut. Malangnya, anda mendapati bahawa pandangan anda betul dan matawang CHFJPY turun mendadak.

Jika anda belajar baik-baik bagaimana pasaran terhasil, anda akan mendapati bahawa lebih selamat untuk kita merahsiakan semua perancangan kita tentang pasaran.

Kecuali anda percaya ada orang atau kenalan terdekat yang lebih mahir untuk dijadikan rujukan sejauh mana anda salah.

Memetik semula petikan kata-kata emas dalam buku tersebut, "To learn about the market ask the market. Only then can you become a detestable Market Demon."

Kesimpulanya di sini, jika anda amati dengan elok-elok prinsip asas The Three Monkey Record of Money, sangat penting untuk kita gunakan dalam memantapkan perjalanan hidup kita sebagai pelabur profesional.

Adakah ini bakal menjadi satu titik permulaan baru kepada anda?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, June 23, 2022

Bayaran BKM Fasa 2 Bermula 27 Jun 2022

Bayaran BKM Fasa 2 Bermula 27 Jun 2022

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan mula disalurkan bermula 27 Jun 2022 yang secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion duit rakyat diperuntukan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan berpendapatan rendah bagi mengharungi kepayahan hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

BKM FASA 2

Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40, melibatkan kenaikan RM100 kepada golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran BKM Fasa 2 melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing:

1. Kategori Isi Rumah (Kahwin): Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

BKM 1

2. Kategori Isi Rumah (Kahwin): Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

BKM 2

3. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak]: Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

BKM 3

4. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

BKM 4

NOTA: Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.

SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN ATAU KEPUTUSAN BKM FASA 2

Sekiranya ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu: https://bkm.hasil.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, June 22, 2022

Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar IPT 2022

Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar IPT 2022

Berikut adalah senarai wang bantuan untuk pelajar IPT berkelayakan yang ditawarkan oleh pusat zakat, baitulmal dan yayasan di Malaysia, namun bergantung kepada kelulusan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

Bantuan Biasiswa Pelajar IPT

Permohonan Bantuan Pelajar IPT ini boleh di mohon melalui agensi yang memberikan sumbangan, seperti yang kami senaraikan dibawah.

BIL.
AGENSI PEMBERI BANTUAN
CARA MEMOHON
1 Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asasi Universiti Awam (UA) Mohon
2 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Mohon
3 Bantuan Mahasiswa Bakti Desa Mohon
4 Duit Bantuan Wang untuk Kemasukan Ke IPT bagi Anak Perlis dari Pusat Zakat Perlis Mohon
5 Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan Mohon
6 Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang) Mohon
7 Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman Mohon
8 Bantuan Derma Siswa Sambung pelajaran ke IPT Untuk Anak negeri Kedah Mohon
9 Bantuan TAPEM Melaka Mohon
10 Bantuan Sambung Belajar ke IPT untuk Anak kelantan Mohon
11 Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak Mohon
12 Skim Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan Anak Perak Mohon
13 Bantuan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak Mohon
14 Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (Hadiah Pengajian IPT) Mohon
15 Bantuan IPT kewangan pendidikan anak negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Mohon
16 Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS daripada Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu Mohon
17 Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor Mohon
18 Bantuan Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN) Mohon
19 Bantuan kerajaan untuk pelajar terdiri Anak Penang Pulau Pinang Mohon
20 Bantuan Kewangan Anak Sarawak Mohon
21 Bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Mohon
22 Bantuan Skim Dana Ehsan (SDEP) Mohon
23 Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohon
24 Skim Bantuan Kewangan Pelajar IPTS IPTA RISDA Mohon
25 Bantuan Zakat dari Majlis Agama Ilsam Wilayah Persekutuan (MAWIP) Mohon
26 Bantuan Zakat Pendidikan Bank Rakyat. Anda boleh terus ke mana-mana cawangan. Bank Rakyat untuk dapatkan terus borang permohonan (terbuka kepada semua pelajar).
-
27 BUDI: Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah Mohon

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 21, 2022

Tawaran Biasiswa Lepasan SPM | STPM Tahun 2022

Tawaran Biasiswa Lepasan SPM | STPM Tahun 2022

Buat para pelajar lepasan SPM yang telah mendapat keputusan, terdapat beberapa biasiswa terkini bagi tahun 2022 yang sudah mula dibuka permohonannya, bagi membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka sama ada di dalam mahupun luar negara.

Biasiswa 2022

Disini kami ingin kongsikan beberapa senarai biasiswa terkini tahun 2022 yang boleh membantu anda melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

1. Program Khas JPA MARA (PKJM) 2022

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2022.

Permohonan dalam talian bagi Program Khas JPA MARA mula dibuka pada 16 Jun 2022 (Khamis), jam 5.00 petang sehingga 26 Jun 2022 (Rabu), jam 5.00 petang.

>> Permohonan Dalam Talian

2. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

JPA mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2022.

Permohonan adalah secara dalam talian, akan dibuka bermula 16 Jun 2022 (jam 5.00 petang) sehingga 26 Jun 2022 (jam 5.00 petang).

>> Permohonan Dalam Talian

3. PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2022

Permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) telah dibuka mulai 16 Jun 2022.

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi.

>> Permohonan Dalam Talian

4. Bank Negara (Pre-University) Kijang Scholarship 2022

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.

>> Permohonan Dalam Talian

5. Biasiswa Khazanah Watan Scholarship 2022

Biasiswa Khazanah Watan merupakan anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pra universiti, sarjana Muda dan Pascasiswazah di universiti terkemuka dalam negara.

>> Permohonan Dalam Talian

6. Biasiswa Khazanah Global

Biasiswa Khazanah Global ialah anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang cemerlang dan berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pelajaran A-Level di Kolej Yayasan UEM (sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di universiti yang diluluskan di luar negara) dan pengajian Pascasiswazah di universiti terkemuka terpilih sekitar dunia.

>> Permohonan Dalam Talian

7. Program Biasiswa Yayasan UEM

Yayasan UEM memberi peluang kepada belia Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti luar dan tempatan serta kelayakan profesional.

Memandangkan matlamat UEM adalah untuk memupuk individu yang holistik dan berjaya, biasiswa ini bukan sahaja meliputi yuran pengajian akademik dan pelbagai elaun, tetapi juga menyediakan program pembangunan daripada komunikasi kepada kepimpinan serta pemikiran analitikal/kritikal.

>> Permohonan Dalam Talian

8. Biasiswa TNB Prime 2022 Bagi Pengajian Peringkat Asas Hingga Ijazah Sarjana Muda

Yayasan Tenaga Nasional (YTN), yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk TNB, terus memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat dipenuhi melalui biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang layak.

>> Permohonan Dalam Talian

9. Biasiswa The Star Education Fund

Biasiswa The Star Education Fund ditawarkan di bawah kerjasama Star Media Group dengan beberapa institusi pendidikan terbaik di Malaysia untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada anak muda Malaysia yang layak.

>> Permohonan Dalam Talian

10. Biasiswa Shell Malaysia

Program Biasiswa Shell Malaysia membuka peluang untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di universiti peringkat teratas global, mengambil bahagian dalam pementoran, program latihan amali dan selepas tamat pengajian, memulakan kerjaya yang memuaskan dengan Shell. Mohon sekarang dan jadilah sebahagian daripada kisah Shell!

>> Permohonan Dalam Talian

11. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Permohonan dibuka kepada calon SPM 2021. Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk belajar di kolej tempatan seperti yang ditentukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara - tertakluk kepada kelulusan PNB.

>> Permohonan Dalam Talian

12. Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja.

Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.

>> Permohonan Dalam Talian

13. Biasiswa PNB GLOBAL SCHOLARSHIP AWARD

Program Perdana Yayasan Tun Ismail menyediakan peluang kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pendidikan di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.

Permohonan dibuka kepada calon SPM 2021. Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk belajar di kolej persediaan tempatan seperti yang ditentukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara - tertakluk kepada kelulusan PNB.

>> Permohonan Dalam Talian

14. Biasiswa Yayasan Sime Darby (Pre-University)

Yayasan Sime Darby mempelawa lepasan sekolah yang berkelayakan untuk memohon biasiswa kecemerlangan untuk melanjutkan pengajian pra-universiti di dalam negara, yang membawa kepada universiti global terkemuka.

>> Permohonan Dalam Talian

15. Program Pembangunan Bakat Muda (YTP)

MARA menawarkan penajaan pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat Persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama di institusi terpilih.

>> Permohonan Dalam Talian

16. Biasiswa Master Builders Association Malaysia (MBAM)

Biasiswa Master Builders Association Malaysia (MBAM) dibuka untuk permohonan daripada pemohon yang layak. Sejak penubuhannya, ia telah membantu pelajar Malaysia yang cemerlang untuk memenuhi impian dan aspirasi mereka.

Kejayaan mereka dalam mencapai aspirasi mereka telah membantu meningkatkan kehidupan mereka dan memberi impak positif kepada keluarga dan masyarakat.

>> Permohonan Dalam Talian

17. Biasiswa UNIRAZAK Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB)

Teruskan pengajian anda dengan program prasiswazah atau pascasiswazah UNIRAZAK dengan memohon biasiswa & sokongan kewangan. Terokai pelbagai kursus dan dapatkan sokongan kewangan untuk memulakan perjalanan akademik anda bersama UNIRAZAK!

>> Permohonan Dalam Talian

18. Biasiswa APU Malaysian Scholarships & Merit Awards

Sebagai sebahagian daripada misi & visi jangka panjang, APU secara konsisten menyasarkan untuk menyediakan akses pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pengajian tinggi, APU menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan sekolah yang layak & berbakat.

>> Permohonan Dalam Talian

19. Biasiswa Hong Leong Foundation

Biasiswa ini ditawarkan kepada mereka yang mengikuti pengajian dalam Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Prasiswazah (kursus ijazah pertama dalam MANA-MANA kursus atau bidang pengajian sepenuh masa di universiti, kolej awam dan swasta yang diiktiraf di Malaysia.

>> Permohonan Dalam Talian

20. Biasiswa MAIWP

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dengan tajaan bantuan pendidikan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan biasiswa kepada pelajar dari golongan B40, asnaf, mualaf dan fakir miskin seluruh Malaysia yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Calon hanya perlu memenuhi kelayakan minimum kursus pengajian diploma atau ijazah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

>> Permohonan Dalam Talian

21. Biasiswa Yayasan Bank Rakyat | Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

PPBU menawarkan biasiswa ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang bijak tetapi memerlukan bantuan.

>> Permohonan Dalam Talian

22. Biasiswa OCBC Bank

OCBC menawarkan biasiswa untuk membantu belia yang cemerlang dan berbakat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi untuk mengejar impian akademik mereka.

>> Permohonan Dalam Talian

23. Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI

IOI menawarkan biasiswa kepada bakat muda dalam mengejar impian akademik mereka. Biasiswa IOI datang dengan bantuan kewangan, peluang latihan dan pengalaman praktikal sebelum berkhidmat dengan syarikat.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia dan yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian.

>> Permohonan Dalam Talian

24. Biasiswa Al-Bukhary International University

Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Al-Bukhary International University (AIU).

>> Permohonan Dalam Talian

25. Biasiswa British Council GREAT

Biasiswa GREAT menawarkan 30 biasiswa daripada 21 universiti UK, merentasi pelbagai mata pelajaran untuk pelajar dari Malaysia. Setiap biasiswa bernilai minimum £10,000 untuk yuran pengajian bagi kursus pasca siswazah selama satu tahun.

Setiap biasiswa dibiayai bersama oleh Great Britain Campaign kerajaan UK dan British Council dengan institusi pengajian tinggi UK yang mengambil bahagian.

>> Permohonan Dalam Talian

26. Biasiswa Yayasan TM

Program Biasiswa Penuh untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.

Yayasan TM menjemput anak muda Malaysia yang berbakat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka melalui YTM.

>> Permohonan Dalam Talian

27. Biasiswa Great Eastern

Anugerah Biasiswa Great Eastern Supremacy adalah salah satu program terkemuka dalam industri insurans. Setiap tahun sejak 1998, Great Eastern telah menjadi platform di mana hampir seratus anak muda Malaysia yang layak, berbakat, boleh mengejar impian mereka.

>> Permohonan Dalam Talian

28. Biasiswa Sunway (Jeffrey Cheah Foundation)

Mulakan impian anda di Sunway dengan biasiswa yang lumayan. Pilih daripada program Pra-U, ADTP, Diploma dan Perakaunan.

>> Permohonan Dalam Talian

29. Biasiswa Yayasan Angkasa

Yayasan ANGKASA menawarkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (biasiswa) kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falfasah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

>> Permohonan Dalam Talian

30. Biasiswa Multimedia University

Pilihan untuk pelbagai pinjaman dan biasiswa tersedia untuk pelajar yang layak supaya pendidikan universiti yang berkualiti boleh diakses oleh semua. Mari sertai sekarang dan berikan ganjaran kepada diri anda!

Jadilah salah seorang pelajar Biasiswa MMU dan lulus dengan cemerlang.

>> Permohonan Dalam Talian

31. Biasiswa JPA (Program Penajaan Nasional)

JPA mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 untuk memohon penajaan Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022.

>> Permohonan Dalam Talian

32. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) (Biasiswa JPA)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2022 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

>> Permohonan Dalam Talian

SEMOGA BERJAYA!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, June 16, 2022

Misteri Kota Emas 'El Dorado' Yang Hilang

Misteri Kota Emas 'El Dorado' Yang Hilang

Terdapat sebuah kota di benua Amerika yang popular dikalangan penjelajah Eropah, pencari harta karun dan sejarahwan. Nama kota itu adalah El Dorado, yang terkenal dengan gelaran 'Kota Emas yang Hilang'.

Kota Emas El Dorado
Gambar hiasan.

Asal-usul kisah El Dorado ini bermula sebagai kisah legenda milik puak Muisca yang menetap di Cundinamarca dan Boyacá, Colombia pada 1270 SM dan sekitar 800-500 SM.

Penulis bernama Juan Rodriguez Freyle pernah menulis salah satu ritual puak ini dalam bukunya bertajuk El Carnero. Ritual yang dicatat itu adalah ritual pertabalan raja yang melibatkan serbuk emas dan harta-harta bernilai.

Apabila seseorang dilantik sebagai raja, beberapa ritual perlu dilaksanakan sebelum menggalas tanggungjawabnya. Ritual tersebut bermula dengan membawa raja baru itu ke Tasik Guatavita, kemudian dia dibogelkan dan badannya disapu dengan serbuk emas.

Seterusnya, raja baru itu menaiki rakit yang berhias cantik, bersama para peneman, timbunan emas dan batu permata yang bernilai.

Rakit itu kemudian digerakkan ke tengah tasik dan raja baru menyiram badannya dengan serbuk emas. Para peneman pula membuang timbunan emas dan batu bernilai ke dalam tasik. Ritual tersebut dilakukan untuk memberikan korban kepada dewa puak Muisca ini.

Ritual itu dinamakan sebagai The Gilded One, kemudian beransur-ansur bertukar nama kepada El Dorado.

Maka, El Dorado yang pada asalnya bukanlah sebuah Kota Emas, tetapi sebuah kawasan di mana puak Muisca melakukan ritual pertabalan raja yang penuh dengan timbunan emas dalam tasik.

Pada tahun 1545, Konkuistador Sepanyol bernama Lázaro Fonte dan Hernán Perez de Quesada cuba mengeringkan Tasik Guatavita.

Mereka menemui cebisan emas di tepi tasik ketika cuba mengeringkan tasik itu, membuatkan kedua-dua Konkuistador ini berkobar-kobar untuk menemui harta karun di dasar tasik.

Selepas tiga bulan, mereka mengalah kerana proses pengeringan terlalu lama untuk tiba ke dasar tasik.

Pada tahun 1580, seorang ahli perniagaan bernama Antonio de Sepúlveda menyambung usaha pengeringan Tasik Guatavita, namun gagal.

Kemudian, pencari harta karun meneruskan pencarian dan mereka mengandaikan bahawa timbunan emas di dasar tasik itu berjumlah lebih $300 juta USD.

Akhirnya, pencarian timbunan emas berakhir apabila kerajaan Colombia mewartakan Tasik Guatavita sebagai kawasan terlindung pada tahun 1965.

Namun begitu, pencari harta karun masih meneruskan pencarian El Dorado, walaupun tidak lagi fokus kepada tasik itu kerana mereka percaya, kota-kota kuno berdekatan tasik mempunyai timbunan emas yang lebih banyak dari timbunan emas dalam dasar laut.

Maka, di sinilah lahirnya legenda El Dorado yang menjadi bualan masyarakat, kota emas yang masih dianggap wujud dan hanya menunggu masa untuk ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, June 11, 2022

Suami Batal Niat Poligami Selepas Terkenang Pengorbanan Isteri!

Suami Batal Niat Poligami Selepas Terkenang Pengorbanan Isteri!

Seorang pengguna media sosial, Helmi Juhari, akhirnya membatalkan niatnya untuk meminang seorang wanita bagi dijadikan isteri keduanya selepas mendapat teguran daripada orang ramai di media sosial.

Batal Poligami

Terdahulu, tular sebuah video yang dikongsikan lelaki tersebut memaparkan pengorbanan isterinya menemaninya mencari barangan keperluan untuk dijadikan sebagai hantaran meminang suaminya itu.

Dalam video tersebut, dia juga berjanji akan berlaku adil kepada kedua-dua orang isterinya kelak.

Susulan daripada video tersebut, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya menegur lelaki berkenaan agar tidak melukakan hati seorang wanita yang setia dan sanggup berkorban kasih semata-mata buat suami tercinta.

"Nasihat saya satu ja, kalau dia sanggup buat apa sahaja untuk turuti kemahuan abang, dia satu dalam seribu, jagalah dia baik-baik, tolong fikir semula soal niat nak kahwin lagi," ujar seorang pengguna.

Sehubungan itu, lelaki tersebut sekali lagi memuat naik video terbaharunya memaklumkan dia tidak lagi meneruskan hasratnya untuk beristeri dua.

"Aku fikir semalam, bini pertama sanggup hidup susah waktu mula-mula kami kahwin, datang bakal isteri baru, kahwin-kahwin dah hidup senang, adil ke macam itu?

"Aku minta maaf, aku dah fikir masak-masak, aku tak jadi kahwin satu lagi, terima kasih sebab sedarkan aku," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap tiada lagi niat seperti itu pada masa akan datang.

"Keputusan yang tepat abang. Hargai yang sedia ada selagi mana dia tahu sayang kita, taat pada kita, manfaat rezeki yang Allah dah beri.

"Kau dah dapat bidadari paling sempurna yang sayang kau waktu kau tiada apa-apa, yang pasti cintanya bukan kerana harta," kata yang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, June 10, 2022

Adakah Festival Bon Odori Perayaan Agama?

Adakah Festival Bon Odori Perayaan Agama?

Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival paling penting bagi masyarakat Jepun dan disambut pada bulan Julai setiap tahun, yang mana di Malaysia acara tahunan Bon Odori dianjurkan di Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Festival Bon Odori

Menurut laman web rasmi Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), ia bermula sebagai acara kecil-kecilan pada tahun 1977 buat ekspatriat Jepun di Malaysia untuk menyemai budaya Jepun di kalangan anak-anak mereka.

Sesetengah upacara atau ritual Bon, seperti menyalakan api besar di penghujung Bon untuk dijadikan panduan untuk pemergian roh mereka yang meninggal dunia, tidak dilakukan di Malaysia. Sekurang-kurangnya tidak pesta itu.

Sebaliknya, tarikan utama di festival itu ialah tarian yang diiringi muzik di sekitar Yagura dan gerai-gerai sekitar yang menjual makanan Jepun.

Ia menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai kepelbagaian seni Jepun, tarian, makanan dan minuman.

Ia juga adalah peluang bagi masyarakat Jepun di Malaysia untuk diperkenalkan dengan budaya Malaysia melalui persembahan tarian anjuran Tourism Selangor, kata JCKL dalam satu kenyataan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, ramai hadirin turut berpakaian Jepun untuk majlis itu dengan memakai yukata, pakaian kapas ringan untuk majlis kasual seperti Bon Odori.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun dengan tumpuan kepada tarian Obon.

Festival yang diadakan di Selangor, sering dilihat sebagai yang terbesar di luar Jepun, dianjurkan oleh antaranya Kelab Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun, serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.

Aktiviti daripada festival tersebut yang sering dinantikan-nantikan adalah tarian mengelilingi pentas diiringi muzik. Pada masa yang sama, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan Jepun ketika festival itu berlangsung.

Festival Bon Odori yang diraikan di Malaysia lebih menjurus kepada acara kebudayaan dan komersial berbanding acara keagamaan, juga simbolik hubungan rapat antara Malaysia dan Jepun

Hubungan diplomatik yang kukuh bukan saja mewujudkan perkongsian ilmu dalam teknologi tetapi juga menggalakkan pertukaran budaya untuk kedua-dua negara.

Sepanjang tahun, Bon Odori dikomersial dan diraikan melalui pusat komersial atau komuniti untuk masyarakat bukan Jepun. Bon Odori telah disambut selama lebih 30 tahun di Malaysia, kerana di sini juga mempunyai ramai peminat Manga dan anime melalui pengaruh Jepun.

Tarikh Sambutan

Perayaan Bon telah dirayakan di Jepun selama lebih dari 500 tahun secara tradisional termasuk tarian, yang dikenali sebagai Bon Odori. Tarikh penyambutan perayaan ini berbeza-beza.

Perayaan Bon berlangsung selama tiga hari, walau bagaimanapun tarikh permulaannya berbeza-beza mengikut wilayah di Jepun.

Apabila kalendar lunar ditukar kepada kalendar Gregori pada permulaan era Meiji, ia telah mewujudkan tiga tarikh perayaan Obon yang berlainan hari.

Pertama Shichigatsu Bon (Bon pada bulan Julai) didasarkan pada kalendar solar dan disambut sekitar 15 Julai di timur Jepun (rantau Kantō seperti Tokyo, Yokohama dan rantau Tōhoku), bertepatan dengan Chūgen.

Hachigatsu Bon (Bon pada bulan Ogos), berdasarkan kalendar lunar, disambut sekitar 15 Ogos dan merupakan masa yang paling sering dirayakan.

Kyū Bon (Old Bon) dirayakan pada hari ke-15 bulan ketujuh kalendar lunar dan begitu berbeza setiap tahun. Kyū Bon dirayakan di kawasan-kawasan seperti bahagian utara rantau Kantō, wilayah Chūgoku, Shikoku dan Wilayah Okinawa.

ADAKAH IA PERAYAAN AGAMA?

Perkataan Odori dalam bahasa Jepun bermaksud tarian traditional Jepun, manakala Bon pula adalah nama kepada Perayaan Hantu Lapar iaitu satu amalan dalam agama Buddha.

Falsafah dan sejarah di sebalik perayaan Bon ini adalah berasaskan kepada kepercayaan agama yang wujud di dalam agama Buddha.

Di Jepun, walaupun unsur keagamaan perayaan (terutama untuk tarian) semakin pudar, sebaliknya Bon Odori menjadi karnival musim panas.

Pada asalnya, merupakan upacara berehat untuk roh nenek moyang mereka, tarian Bon kemudiannya mula berkembang dan bertukar menjadi satu bentuk hiburan dan perayaan.

Sejarah

Di sisi sejarah Bon Odori ini, kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions.

Kisahnya tentang seorang pengikut Siddhratha Gautama Buddha, bernama Mu-Lien (Sanskrit: Maudgalyayana) yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib, serta misinya untuk mencari kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini juga tertulis di dalam Ullambana Sutra (juga dikenali Yulanpen Sutra yang dipercayai ditulis antara 266-313 Masihi).

Ketika Maudgalyayana sedang bertapa, dia ternampak ibunya sedang merana di dalam neraka akibat daripada balasan amalan buruk ibunya semasa hidup.

Ibunya menjadi hantu lapar yang memiliki leher yang sempit tetapi perut yang besar, menyebabkan ia sukar untuk menelan makanan manakala perut yang besar menyebabkan perut selalu kosong dan dalam keadaan lapar.

Ini adalah balasan kepada ibunya kerana tidak membelanjakan wang peninggalan suaminya dengan memberikan makanan kepada orang ramai sepertimana diwasiatkan oleh suaminya itu.

Hal ini membuatkan Maudgalyayana berasa sedih, terseksa dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya. Dia telah mengurangkan seksaan ibunya itu dengan meminta tunjuk ajar daripada Buddha cara untuk memberi makan kepada ibunya itu.

Buddha mengarahkan untuk meletakkan makanan di atas pinggan yang bersih dan membaca mantra tertentu sebanyak tujuh kali dan memetik jari untuk memanggil roh yang telah meninggal lalu meletakkan makanan itu di atas lantai yang bersih.

Perbuatan Maudgalyāyana ini telah dapat menyelamatkan ibunya dan ibunya menjadi anjing yang dijaga oleh sebuah keluarga bangsawan.

Dia lalu meminta bantuan Buddha lagi sekali untuk menghidupkan kembali ibunya menjadi manusia. Buddha pun menetapkan suatu hari (iaitu hari ke-14 bulan ke-7 tahun lunar) di mana Maudgalyāyana perlu memberi makan kepada 500 bhikkhu (para sami), sehingga akhirnya ibunya telah dapat dihidupkan kembali dalam bentuk manusia.

Lalu peristiwa ini mula dikenang dan diamalkan oleh penganut Buddha. Ia dikenali sebagai Ullambana.

Ketika agama Buddha mula masuk ke Jepun sekitar abad ke 4 Masihi, Ullambana ini mula dikenali sebagai Bon, hari bagi meraikan roh nenek moyang.

Bon Odori Tarian Menghiburkan Hantu

Pentas Bon Odori

Tarian di dalam perayaan Bon Odori adalah salah satu cara untuk menghiburkan roh atau hantu nenek moyang.

Situasinya hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh orang cina iaitu melakukan hiburan opera dan juga mengadakan konsert sempena Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival).

Cuma di Jepun ia disertakan dengan tarian bagi menghiburkan hantu-hantu nenek moyang.

Bon Odori memiliki cara tarian khusus, biasanya melibatkan orang ramai yang berbaris dalam lingkaran sekitar perancah kayu seperti pentas yang tinggi dan dibuat khas dipanggil sebagai Yagura.

Sesetengah tarian Bon Odori bergerak mengelilingi mengikut arah jam. Pentas Yagura itu dianggap sebagai kiblat semasa tarian itu diadakan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)(2)

Sunday, June 05, 2022

Bagaimana Dron Tempur Bayraktar TB2 Buatan Turki Mengubah Haluan Perang Moden?

Bagaimana Dron Tempur Bayraktar TB2 Buatan Turki Mengubah Haluan Perang Moden?

Libya. Syria. Nagorno-Karabakh dan terbaharu Ukraine. Dron TB2 buatan firma pertahanan Turki, Baykar Aviation, terbukti menjadi duri dalam daging kepada pihak musuh sehingga mengubah haluan peperangan memihak kepada pemiliknya.

Dron TB2
Bayraktar TB2.

Dron tempur Bayraktar TB2 yang dibina oleh firma Baykar pada asalnya digunakan dalam operasi menentang PKK tetapi ia menjadi popular selepas terlibat menentang rejim Syria yang disokong oleh Rusia.

Tetapi bagaimana semua ini bermula? Semuanya gara-gara tindakan Amerika Syarikat melarang eksport dron ke Turki sekitar tahun 2014. AS bimbang dron yang dieksport akan digunakan terhadap kumpulan pemisah Kurdis (PKK) yang bukan saja berada di Turki tetapi di luar negara terutamanya Syria dan Iraq.

Bukan sekali Presiden Recep Tayyip Erdogan yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri Turki melobi AS untuk menjual dron Predator kepada Ankara sejak 2009.

Bagaimanapun, Kongres AS ketika itu bertegas untuk tidak meluluskan penjualan dron tersebut kepada Turki.

Berang, Turki mula membangunkan program dronnya sendiri diketuai oleh CTO Baykar dan menantu Erdogan, Selcuk Bayraktar.

Keupayaan TB2 mula terbukti menerusi ujian penerbangannya pada Disember tahun 2015, yang menerusi ujian tersebut, TB2 berjaya melepaskan roket ke arah sasaran buat kali pertama melalui sistem penghantaran Hornet.

TB2 juga turut dilengkapi senjata dan bom mini, bertujuan untuk tidak memberi terlalu banyak beban kepada dron semasa penerbangan. Sejak itu, dron TB2 mula menunjukkan prestasi memberangsangkan di setiap medan perang yang disertainya.

Konflik Nagorno-Karabakh menyaksikan lebih 500 serangan Azerbaijan ke atas semua aset pertahanan Armenia buatan Rusia seperti kereta kebal, sistem pertahanan peluru berpandu dan artileri.

Malah, wakil Republik Nagorno-Karabakh ke Amerika Syarikat, Robert Avetisyan turut mengakui Armenia kalah dalam konflik itu akibat kekuatan TB2, yang menjadi duri dalam daging kepada Armenia setiap kali ia beroperasi.

Walaupun ia terbang perlahan dan kipasnya mudah dilihat, Armenia seolah-olah tiada jawapan terhadap keberkesanan dron itu di medan Nagorno-Karabakh.

Hal ini merungsingkan diaspora Armenia di luar negara terutama AS sehingga mendorong mereka melobi Kongres AS agar menghalang semua jualan komponen TB2 daripada diperoleh Baykar.

Namun, perkara ini sudah disedari oleh Baykar terutama selepas pendedahan akhbar The Guardian berkenaan TB2 pada tahun 2019.

Dalam kenyataan mereka di Instagram, firma Turki memberitahu 93% komponen dron kini dibuat secara domestik.

Malah, jika ada sekatan sekalipun, ramai pakar pertahanan percaya langkah tersebut tidak akan berjaya kerana sifat pembuatan dron yang modular dan boleh diganti dengan komponen lain.

Pantsir-S1
Pantsir-S1.

Jika Rusia merasakan kejayaan TB2 di Nagorno-Karabakh didorong oleh nasib, semuanya berubah di Libya.

Pada tahun 2019, wujud konflik antara kerajaan sementara Libya yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki (GNA) dengan Jeneral Khalifa Haftar yang disokong Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kontraktor swasta Rusia, Wagner Group.

Pada awalnya, momentum memihak kepada Haftar dan sekutu-sekutunya terutama dengan sokongan dron buatan China, Wing Loong, yang dikawal juruterbang-juruterbang UAE. Tetapi semua itu berubah apabila GNA membawa masuk dron-dron TB2 pada Disember 2019.

Sejak itu, TB2 bukan saja membantu tentera-tentera GNA mara, malah menjadi duri dalam daging kepada aset-aset pertahanan Haftar termasuk sistem pertahanan anti-pesawat buatan Rusia, Pantsir-S1. Sekurang-kurangnya sembilan unit Pantsir-S1 musnah di tangan TB2.

Bantuan TB2 turut membolehkan GNA merampas semula bandar-bandar Libya yang dikawal pasukan Haftar sebelum ini.

Ini menjelaskan mengapa Rusia mengamuk kepada Turki selepas Ukraine menggunakan dron TB2 dalam konflik Ukraine-Rusia. Puluhan kereta perisai dan artileri menjadi sasaran dron tersebut sejak konflik bermula.

Malah, ramai penganalisis pertahanan percaya TB2 digunakan sebagai cara mengalihkan perhatian kapal perang Rusia Moskva sebelum ia dikaramkan dengan serangan peluru berpandu Neptune pada April 2022.

Setakat ini, tiada negara yang dapat mencapai apa yang diusahakan oleh Bayraktar dan bagi penasihat industri pertahanan yang berpangkalan di Turki, Arda Mevlutoglu, Bayraktar berjaya mencapai keseimbangan dari segi harga produk, teknologi dan prestasi di lapangan. Firma tersebut turut membantu menambahbaik pengeluaran dron pada kadar yang pantas dan mudah.

Secara tidak langsung, TB2 juga membantu mengukuhkan dasar luar Turki pimpinan Erdogan.

Misalnya pada Mac tahun 2020, gabungan dron TB2 dan Anka-S menakutkan angkatan tentera Syria yang dihantar ke Idlib. Serangan bertubi-tubi dua dron itu memaksa Syria bersetuju memeterai gencatan senjata sehingga kini yang telah memasuki tahun kedua.

Selain membekalkan dron, Turki turut menghantar juruterbang, tenaga pengajar dan jurutera diperlukan bagi melatih klien-klien Baykar menggunakan TB2.

Baykar turut membina kilang-kilang TB2 di luar negara termasuk Ukraine, yang menurut Mevlutoglu, dengan cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan luar yang terjalin antara Turki dengan negara-negara pembeli dan mempengaruhi dasar luar di sesebuah rantau baik di Afrika, Timur Tengah atau Eropah Timur.

Dari segi ekonomi, tidak diketahui jumlah sebenar TB2 dijual di luar negara, tetapi jika dijual sebahagiannya pun, ia amat menguntungkan kepada industri pertahanan Turki.

Eksport industri senjata Turki telah meningkat dari AS$250 juta (RM1.1 bilion) pada 2002 kepada AS$3 bilion (RM13.15 bilion) pada tahun 2021. Dan ramai menjangkakan angka itu boleh mencecah AS$4 bilion (RM17.5 bilion) pada akhir tahun 2022.

Jualan TB2 bukan saja merangkumi jualan produk dan alat ganti tetapi juga dari segi latihan dan penyelenggaraan.

Walaupun eksport TB2 dikawal oleh kerajaan dan perlu mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan dan Pejabat Presiden Turki, hakikatnya ia boleh dibeli oleh mana-mana negara yang berminat.

Selain Ukraine dan GNA, Maghribi, Poland dan Kuwait juga merupakan pembeli dron Turki untuk TB2. Cuma bezanya untuk dron-dron TB2 mereka ialah jenis sistem turet yang digunakan.

TB2 Bayraktar Akinci
TB2 Bayraktar Akinci.

Sebelum ini, Baykar menggunakan sistem turet MX-15D buatan firma Kanada, Wescam, tetapi akibat pendedahkan akhbar The Guardian pada tahun 2019, sistem tersebut tidak lagi dibekalkan kepada mereka. Ini memaksa Baykar beralih kepada firma pertahanan Turki, Aselsan, untuk membangunkan sistem CATS FLIR sebagai alternatif kepada MX-15D.

Tetapi, bagi para pengguna Baykar, mereka lebih suka mendapatkan TB2 sebelum memasang MX-15D pada dron mereka, kerana sistem tersebut lebih ringan daripada sistem CATS FLIR buatan Aselsan dan menunjukkan prestasi lebih baik di lapangan.

Dan kini, Baykar telah memperkenalkan generasi terbaharu TB2 iaitu Bayraktar Akinci, yang berupaya terbang pada altitud lebih tinggi dan membawa lebih banyak roket dan bom berbanding TB2.

Dan pada April tahun 2022, Akinci digunakan buat kali pertama untuk operasi anti-PKK di Iraq. Pengenalan Akinci dijangka akan menambah pening Barat terhadap dron buatan Turki selepas TB2.

Dengan TB2 telah mengubah haluan peperangan di seluruh dunia, ia bukan sekadar dron bersenjata di medan perang, tetapi secara tidak langsung ia turut menonjolkan semangat inovasi dan kelicikan dasar luar Turki dalam dunia yang semakin mencabar hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)