Thursday, May 19, 2022

Potret Marilyn Monroe 'Shot Sage Blue Marilyn' Terjual RM853 Juta!

Potret Marilyn Monroe 'Shot Sage Blue Marilyn' Terjual RM853 Juta!

Potret ikonik Marilyn Monroe yang dihasilkan pada tahun 1964 oleh artis pop Andy Warhol terjual pada harga AS$195 juta (RM853 juta), menjadikan ia nilai lelongan tertinggi dalam sejarah karya seorang artis Amerika Syarikat (AS).

Shot Sage Blue Marilyn
Shot Sage Blue Marilyn.

Shot Sage Blue Marilyn ialah satu dalam siri potret yang dilukis oleh Andy Warhol mengenai pelakon itu selepas kematiannya pada 1962 dan sejak itu, ia menjadi salah satu karya seni pop yang paling terkenal.

Potret dimiliki dalam peniaga seni Switzerland, Thomas dan Doris Ammann itu dijual oleh rumah lelong, Christie's dalam satu acara lelongan di New York.

Anggaran prajualan mencapai setinggi AS$200 juta (RM200 juta). Lukisan itu dijual dengan lelongan AS$170 juta (RM744 juta). Bayaran tambahan memberikannya harga akhir AS$195 juta.

Penjualan itu memecahkan rekod sebelumnya untuk karya seni di AS.

Sebelum ini, rekod dipegang oleh lukisan dihasilkan pada tahun 1982 oleh Jean-Michel Basquiat yang dilelong dengan harga AS$110.5 juta (RM484 juta) pada 2017.

Shot Sage Blue Marilyn ialah 'kemuncak mutlak American Pop', kata Pengerusi Seni Abad ke-20 dan ke-21 di Christie's, Alex Rotter dalam satu kenyataan ketika mengumumkan lelongan.

"Lukisan itu mengatasi genre potret, menggantikan seni dan budaya abad ke-20.

"Lukisan itu dibina atas gambar promosi Marilyn Monroe untuk filem pada 1953, Niagara yang ditayangkan dengan warna terang di atas mata, rambut dan bibirnya.

"Tajuknya merujuk kepada insiden di mana seorang wanita menembak timbunan empat potret Marilyn di studio Warhol dengan pistol, walaupun Shot Sage Blue Marilyn tidak terkena peluru," katanya.

Marilyn Monroe ialah salah seorang bintang Hollywood paling terkenal sebelum kematiannya akibat mengambil pil tidur dengan dos berlebihan di rumahnya di Los Angeles pada 4 Ogos 1962.

Andy Warhol dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1987.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Bagaimana Menentukan Kematangan?

Bagaimana Menentukan Kematangan?

Kematangan sukar untuk dijelaskan. Secara umum, menjadi matang ditakrifkan sebagai 'bersikap seperti orang dewas' dan kematangan tidak ditentukan dengan umur. Bagaimana kita memberi tindakbalas kepada suasana sekelilinglah yang menunjukkan kematangan.

Umur bukan tanda matang

Bagaimana kematangan seseorang itu boleh ditentukan?

Adakah kematangan seseorang itu akan datang pada umur-umur tertentu? Adakah kita akan matang pada umur 20, 30 atau 40?

Apakah yang menentukan ciri-ciri seorang yang matang?

Ada anak muda yang jauh lebih matang dari umur sebenarnya dan juga orang dewasa yang masih berkebudak-budakkan, hanya memikirkan tentang diri sendiri.

Sebagai seorang manusia, kita sentiasa berkembang dan belajar.

Kita semua pasti pernah merasa malu dan menyesal dengan sikap buruk kita pada masa yang lalu. Inilah yang membentuk kematangan.

Belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Bagaimana ciri-ciri seorang yang matang?

1. Kematangan adalah bila kita berhenti meletakkan 'Ego' sebagai tindakbalas terhadap teguran daripada ibu bapa dan mereka yang lebih berpengalaman.

Ramai diantara kita yang meninggikan suara terhadap ibu bapa atau guru hanya kerana mereka memberi pandangan yang berbeza daripada kita?

2. Kematangan adalah apabila kita sedar bahawa privacy adalah penting. Tidak semua perkara dalam kehidupan kita perlu dipaparkan dalam Facebook.

3. Kematangan adalah apabila kita berhenti hidup dalam impian, tetapi sebaliknya cuba menghidupkan impian tersebut.

4. Matang adalah apabila kita berhenti melayari internet tanpa sebarang tujuan.

Melayari internet sepatutnya seperti membeli belah dengan senarai barang, ia seharusnya bertujuan.

Jika ada soalan, sila google. Bila sudah selesai, tutup! (Ya, anda boleh melayari internet diwaktu lapang, jika perlu)

5. Kematangan adalah apabila kita ingat terhadap semua janji yang telah dibuat. Pastikan semua janji tersebut dilaksanakan dan tidak berhenti selagi tidak dikotakan.

6. Matang adalah apabila kita mengambil tangggungjawab terhadap segala masalah yang kita telah lakukan.

7. Kematangan adalah apabila kita dapat belajar untuk mendengar.

Pinjamkan telinga untuk mendengar kisah dari rakan yang lari dari kesibukan dan ingin berkongsi dengan kita. Cuma dengar.

Jangan cadangkan apa-apa, jangan mempertikai dan jangan memberi reaksi berlebihan. Hanya biarkan mereka bercakap.

8. Kematangan adalah kita dapat bertahan dengan pujian atau kritikan.

Orang matang boleh menerima pujian atau kritikan tanpa membiarkan ia merosakkan atau mempengaruhi mereka ke dalam pandangan tidak benar tentang diri mereka.

Mereka yakin pada identiti diri sendiri.

9. Kematangan adalah apabila kita mula memberikan penekanan terhadap kepentingan ilmu.

10. Matang adalah apabila anda boleh memberi pendapat anda secara ringkas, mudah difahami dan positif.

11. Matang adalah apabila kita berhenti menipu diri sendiri dan orang-orang yang kita sayang.

12. Matang adalah apabila kita belajar untuk berhenti bertangguh.

13. Matang adalah apabila perkataan 'terima kasih' dan 'maaf' sentiasa mengalir dari mulut anda terhadap sesiapa yang membantu.

14. Matang adalah apabila kita boleh memikirkan nasib dan keadaan orang lain pada situasi yang lain daripada hidup kita.

Tanda-tanda matang

15. Matang adalah apabila kita sedar bahawa kesepian itu bukanlah satu perasaan yang menyedihkan. Kadangkala ia membantu kita melihat jawapan kepada persoalan yang belum terungkai.

16. Orang yang matang membuat keputusan bukan berdasarkan perasaan.

Orang yang matang, hidup dengan nilai. Mereka mempunyai prinsip yang menjadi panduan dalam membuat keputusan.

Setiap keputusan mereka tidak dipengaruhi oleh emosi.

17. Orang yang matang boleh diajar dan suka untuk diajar.

Orang yang matang tidak merasa pandai. Orang yang bijak sentiasa merasakan mereka memerlukan lebih banyak ilmu dan panduan.

Mereka tidak malu untuk mendengar nasihat daripada orang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Monday, May 09, 2022

6 Pantai Unik Di Dunia Anda Wajib Lawati!

6 Pantai Unik Di Dunia Anda Wajib Lawati!

Rasa pepasir di celahan jari kaki anda, bau air laut masin di udara dan bunyi ombak menenangkan yang menghempas pantai, tiada yang sama sepertinya! Tetapi, tidak semua pantai itu sama. Ada pantai yang sangat indah dan ada juga pantai yang sangat unik.

Berikut adalah senarai pantai yang perlu anda kunjungi dan perlu ada dalam senarai pantai yang perlu dilawati sekali seumur hidup.

1. Grace Bay, Kepulauan Turk dan Caicos

Grace Bay Beach

Grace Bay dikatakan antara pantai terbaik menurut TripAdvisor. Ia mempunyai pantai yang sangat putih dan air yang sangat biru. Kedua-dua warna alam ini membentuk satu harmoni yang sempurna. Tempat ini akan mengecas semula tenaga dalam diri anda.

Tidak sukar untuk mencari pantai terbaik di Turki dan Kepulauan Caicos kerana pantai yang satu ini pasti akan mengagumkan anda.

2. Reynisfjara Beach, Iceland

Reynisfjara Beach Iceland

Air di sini sangat sejuk dan hanya yang cekal sahaja berani untuk berenang di dalamnya. Pantai ini sungguh unik, tiada yang lain sepertinya.

Pantai ini sangat berbeza berbanding pantai lain di dunia. Batu basalt yang besar, ombak kuat dan pasirnya yang hitam kelihatan sangat indah di sini.

Deruan ombak yang membelah pantai menambahkan lagi pemandangan indahnya, yang akan membuatkan anda tidak dapat melupakan pantai ini.

Ianya gelap dan misteri, itulah daya tarikannya yang akan membuat anda kagum.

3. Whitehaven Beach, Australia

Whitehaven Beach

Pantai ini ialah sebahagian daripada The Great Barrier Reef, Whitehaven Beach mempunyai pasir yang lembut dan putih serta dikelilingi oleh hutan yang menghijau.

Di sesetengah bahagian pantai ini, ia bagaikan belum pernah disentuh oleh manusia. Ia seolah-olah tidak pernah melihat seorang manusia menerokainya. Ia hanya boleh diakses melalui helikopter, bot atau kapal terbang.

Anda akan merasakan seolah-olah kembali ke masa lalu ketika berada di pantai ini.

4. Playa del Amor, Mexico

Playa del Amor Mexico

Juga dikenali sebagai pantai tersembunyi, Playa De Amor terletak di satu kawasan yang dahulunya digunakan untuk menguji senjata perang.

Pantai ini terletak di dalam gaung yang terbentuk akibat daripada impak letupan bom.

Berenang di sini agak berbahaya disebabkan oleh adanya batu dan ombak kuat, tetapi ia sememangnya satu tempat yang cantik untuk merehatkan minda.

Malah, anda juga boleh melihat ikan paus di sini dan ia semestinya sangat berbaloi!

5. Source d'Argent, Seychelles

Source d’Argent Seychelles

Di sebuah tanjung yang terlindung, di satu daripada 115 pulau yang membentuk Seychelles, terdapat satu pantai berwarna pink yang amat sepadan dengan warna biru air laut yang indah.

Di sini, anda terasa bagaikan berada di dunia fantasi.

Apabila melihat di sekeliling, anda akan melihat satu batu yang sangat besar. Ia menjadi gambar latar belakang yang sangat fotogenik untuk rakaman foto anda.

Sudah banyak kali ia dinobatkan sebagai pantai tercantik di dunia.

6. Navagio Beach, Greece

Navagio Beach Greece

Ia sangat ikonik, berterima kasih kepada kapal tinggal yang ada di sini. Tanjung ini mempunyai banyak benda untuk ditawarkan, bukan sekadar kapal ini sahaja.

Airnya dalam dan membiru, ia kontras dan sangat cantik dengan pantai yang memutih dan cerunnya dipenuhi rimbunan pokok menghijau.

Pulau ini menjadi impian setiap fotografer, malah berenang di sini juga amat menyeronokkan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Maksud Mimpi Ikan

Maksud Mimpi Ikan

Ikan adalah simbol keuntungan dan mimpi menangkap ikan dikatakan membawa maksud bahawa yang bermimpi akan mendapat rezeki.

Mimpi Ikan
Gambar hiasan.

Berikut adalah maksud mimpi jika anda melihat atau menangkap ikan.

1. Mimpi Menangkap Ikan

Mimpi menangkap ikan memiliki petanda baik untuk yang memimpikannya. Orang tersebut akan segera mendapat kejayaan, kekayaan, keuntungan, kebahagiaan, hubungan asmara menjadi harmoni dan masalah akan berjaya diatasi.

2. Mimpi Menangkap Ikan di Air Jernih

Jika kamu bermimpi menangkap ikan di air jernih, maka tandanya anda akan berjaya suatu hari nanti.

Semua masalah yang sedang kamu hadapi akan segera selesai, bagi yang belum menikah akan mendapat jodoh, bagi yang belum memiliki keturunan akan mendapat anak dan bisnes akan mendapat keuntungan.

3. Mimpi Menangkap Ikan Besar

Bermimpi menangkap ikan besar bererti anda akan melalui sebuah perjuangan untuk menggapai impian, karier dan kekayaan.

Tetaplah bersemangat dalam mengejar impan. Jangan pernah menyerah.

4. Mimpi Mendapat Ikan di Air Yang Berlumpur

Bermimpi menangkap atau mendapat ikan di air berlumpur, maka mimpi ini merupakan tanda kalau anda akan keluar dari masalah yang sedang menimpa.

Lumpur atau air yang kotor menandakan anda sedang berada dalam kesedihan, sakit, musibah dan kekurangan wang.

5. Mimpi Melihat Orang Menangkap Ikan

Jika melihat seseorang sedang menangkap ikan di dalam mimpi, maka mimpi ini boleh dijadikan sebagai petanda baik.

Anda akan memerlukan sebuah keseimbangan dalam hidup, sehingga hidup akan terasa lebih damai dan bahagia.

6. Mimpi Dikejar Ikan

Jangan anggap hanya sekadar bunga tidur, mimpi dikejar, baik oleh orang yang kamu kenal, orang asing atau makhluk aneh, merupakan sebuah petanda dari kehidupan nyata.

Anda harus mengetahui apa atau siapa yang mengejarmu dalam mimpi, kerana apa atau siapa yang mengejarmu ini adalah cerminan dari sesuatu yang sedang ingin kamu hindari di kehidupan nyata.

7. Mimpi Ikan Di Taburi Garam

Melihat ikan ditaburi dengan garam dalam mimpi bererti kekayaan abadi.

8. Mimpi Ikan Keluar Dari Kemaluan

Jika isteri seseorang hamil dan dia melihat seekor ikan keluar dari organ lelaki, bererti isterinya akan melahirkan seorang anak lelaki.

9. Mimpi Ikan Goreng

Jika bermimpi tentang ikan goreng bererti doa seseorang akan dijawab. Sementara seekor ikan panggang dalam mimpi bererti berpergian atau mencari ilmu.

10. Mimpi Ikan Besar

Seekor ikan besar dalam mimpi bererti wang, sedangkan ikan kecil bererti kesulitan, beban dan stres kerana membawa lebih banyak duri daripada isi kerana ikan kecil lebih sulit untuk dimakan.

11. Mimpi Makan Ikan Busuk

Mimpi makan ikan busuk bererti mengejar perzinaan dan menghindari pernikahan yang sah.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
sumber: (1) | (2)

Emas Pelaburan Atau Barang Kemas, Mana Lebih Baik?

Emas Pelaburan Atau Barang Kemas, Mana Lebih Baik?

Emas sebenarnya terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah emas yang digunakan untuk melabur, manakala kategori kedua pula adalah emas untuk tujuan dijadikan barang kemas. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

Kategori Emas

Sebagai contoh, emas labur berbentuk gold bar, di mana ianya akan digunakan sebagai aset fizikal untuk tujuan pelaburan atau boleh juga dalam bentuk akaun simpanan emas secara online.

Manakala barang kemas adalah perhiasan yang biasa digunakan oleh wanita seperti rantai emas, gelang emas, cincin emas dan sebagainya.

Berikut adalah merupakan ciri-ciri dan perbezaan di antara emas labur dan barang kemas.

Dinar emas

Dinar
  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah Aqiqah.
  • Digunakan atas tujuan untuk membayar zakat.
  • Dijadikan sebagai hantaran dan mas kahwin.
  • Cenderamata dan hadiah untuk orang yang tersayang.
  • Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
  • Tabungan/simpanan/pelaburan.

Daripada segi perbezaan harga, syiling emas lebih mahal berbanding dinar dan gold bar disebabkan oleh kos pembuatannya yang tinggi.

Gold Bar

Gold Bar
  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya yang tinggi.
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan emas dalam bentuk jongkong.
  • Bentuk fizikalnya yang lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan ataupun pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan sebagainya.

Barang Kemas
  • Dijadikan sebagai barang perhiasan wanita.
  • Menarik perhatian kaum wanita dengan rekaan yang cantik dan kilauannya yang memukau.
  • Mempunyai 4 fungsi utama: Simpanan, perhiasan, pelaburan, perniagaan.
  • Mudah untuk mendapatkan tunai kerana diterima di semua kedai pajak ataupun Ar-Rahnu.

Barang kemas amat sesuai untuk dimiliki bagi mereka yang hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif jika kehendak membuat pajakan kelak.

Sebaiknya, elakkan membeli emas putih kerana ia mengalami susut nilai yang mencecah sehingga 70%.

Selain itu, elakkan juga daripada membeli barang kemas yang memiliki banyak batu permata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, May 06, 2022

Bolehkah Ibu bapa Menggunakan Duit Simpanan Anak-anak?

Bolehkah Ibu bapa Menggunakan Duit Simpanan Anak-anak?

Dalam kehidupan harian yang kian mencabar, sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah, mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik.

Bolehkah guna duit raya anak

Di antara soalan yang sering diajukan adalah berkenaan dengan penggunaan harta anak-anak seperti wang simpanan mereka, termasuklah duit raya yang diterima, diguna ibu bapa untuk memenuhi keperluan harian.

Di sini kami kongsikan pandangan dan perbahasan ringkas para ulama bagi menjawab persoalan ini.

Jumhur (majoriti) fuqaha di dalam mazhab asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. Lihat Mughni al-Muhtaj (3/446), Hasyiyah Ibn 'Abidin (4/513), Hasyiyah ad-Dasuqi 'ala al-Syarh al-Kabir (2/522)

Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang maksudnya: "Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini." Riwayat at-Tirmizi (2159)

Al-Mubarakfuri Rahimahullah telah berkata: "Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu haram bagimu iaitu haram untuk diambil sebahagian daripada kamu ke atas sebahagian yang lain pada hari-hari lain sepertimana kehormatan pada hari ini iaitu pada hari Arafah (pendapat lain: hari raya korban), di negeri ini iaitu Mekah." Lihat Tuhfat al-Ahwazi (8/382)

Para fuqaha dalam mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa seorang ayah berhak untk mengambil harta anaknya secara mutlak, sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar, namun dengan 2 syarat, iaitu: Tidak memberi mudarat kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya dan Tidak mengambil harta daripada salah seorang daripada anaknya dan memberikannya kepada anak yang lain. Lihat al-Mughni (6/62)

Mereka berhujah dengan hadith Nabi SAW yang maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku, maka Rasulullah SAW bersabda: "Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu." Riwayat Ibn Majah (2291)

Mengenai hadis ini, selepas menukilkan pandangan muhadithin seperti ad-Daruqutni, Ibn Qattan dan al-Munziri Rahimahumullah, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah telah memberi komentar: "Maka gabungan daripada jalan-jalan periwatan hadis ini tidak akan melemahkannya dan harus berhujah dengannya." Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari (5/211)

Al-Hafiz as-Suyuti Rahimahullah telah berkata: "Hadith ini sanadnya sahih, perawi-perawinya thiqah (dipercayai) atas syarat-syarat Imam al-Bukhari dan mempunyai syahid[1] daripada hadith riwayat Aisyah r.a." Lihat Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah (3/37)

Ulama juga berbeza pandangan adakah ibu dibolehkan untuk menggunakan harta anaknya jika keadaan memerlukan dan adakah ibu termasuk dalam makna hadith: “Ø£َÙ†ْتَ ÙˆَÙ…َالُÙƒَ لأَبِيك” ataupun tidak.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa ibu tidak termasuk dalam makna hadith tersebut.

Telah berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah: "Tidak boleh selain daripada ayah untuk mengambil harta anaknya tanpa meminta keizinannya. Ini kerana hadis yang diturunkan telah ditujukan kepada ayah (أنت ومالك لأبيك), maka tidak sah untuk mengqiyaskan selain kepada ayah kerana ayah mempunyai kekuasaan ke atas anak serta hartanya jika anak tersebut masih kecil." Lihat al-Mughni (5/397).

Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa ibu termasuk dalam makna hadis tersebut, bersandarkan kepada kata-kata sahabat, Abdullah bin Jabir r.a. yang maksudnya: "Ayah dan ibu boleh mengambil harta anaknya tanpa perlu meminta keizinan daripadanya, dan tidak boleh anak lelaki dan anak perempuan mengambil harta kedua ibu bapanya tanpa mendapat keizinan daripada mereka berdua." Lihat al-Muhalla (6/385)

Mereka juga berhujah dengan riwayat daripada Atho' bin Abi Rabah dan az-Zuhri yang membenarkan ibu mengambil harta anaknya sepertimana dibenarkan ke atas ayah. Lihat al-Mudawwanah (2/264)

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut.

Mengenai hadis (Ø£َÙ†ْتَ ÙˆَÙ…َالُÙƒَ لأَبِيكَ), para ulama menjawabnya dengan dua jawapan:

Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.

Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: "Huruf lam pada hadith (Ø£َÙ†ْتَ ÙˆَÙ…َالُÙƒَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadis. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadis tersebut." Lihat I’lam al-Muwaqi'in 'an Rabb al-'Alamin (1/116)

Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut.

Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.

Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata: "Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain." Lihat ar-Risalah (hlm. 468)

Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya.

Amiin.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, May 05, 2022

5 Kesalahan Apabila Melabur Emas Yang Anda Wajib Hindari!

5 Kesalahan Apabila Melabur Emas Yang Anda Wajib Hindari!

Ramai yang memasang impian untuk menjadi seorang pelabur emas yang berjaya, tetapi bagi yang baru hendak berkecimpung dalam dunia pelaburan emas ini, anda sebenarnya perlu memahami terlebih dahulu selok-belok tentang emas, kerana setiap pelaburan pastinya ada risikonya yang tersendiri.

Pelaburan emas

Berikut merupakan 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur emas.

1. Melabur Tanpa Ilmu

Ilmu sangat penting agar anda mampu menjadi kaya dengan emas. Lagi banyak ilmu yang ada, bermakna lagi banyak keuntungan yang mampu anda raih.

Dapatkan ilmu daripada buku-buku tentang pelaburan emas di mana buku tersebut ditulis dan dihasilkan oleh sifu-sifu pelaburan emas yang telah berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan emas mereka.

Jika anda bukan jenis yang suka membaca, maka rajinkanlah diri untuk datang ke mana-mana seminar yang dianjurkan khususnya tentang pelaburan emas untuk belajar terus daripada pakar-pakar yang mempunyai pengalaman yang banyak.

2. Tunggu Harga Emas Rendah Untuk Beli

Harga emas sama seperti harga komoditi lain dunia ada naik dan turunnya. Kita sebenarnya sukar untuk memastikan sama ada harga emas sudah pun betul-betul murah atau tidak.

Ini kerana melihat kepada sejarah, harga emas akan berterusan meningkat sepanjang zaman.

Satu dinar emas boleh membeli seekor kambing 1,400 tahun yang lalu ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan hari ini satu dinar emas juga boleh membeli seekor kambing.

Oleh itu, boleh tetapkan sasaran untuk membeli emas satu gram setiap bulan atau ada saja duit lebih, tukarkannya kepada emas.

3. Pinjam Duit Untuk Beli Emas

Pelaburan adalah apabila kita menggunakan duit lebihan anda yang tidak digunakan untuk sebarang komitmen anda. Meminjam duit untuk membeli emas adalah cara yang salah untuk melabur.

Kalau betul nak melabur ke dalam emas, pastikan kita ada simpanan terlebih dahulu dan bila ada lebihan daripada simpanan tersebut, barulah tukarkan sebahagian daripadanya kepada emas.

4. Membeli Emas Paling Murah Tanpa Mengira Faktor Lain

Tahukah anda, dengan membeli emas yang murah, apabila anda jual semula ia juga memberikan nilai yang murah? Sebagai contoh anda beli emas yang telah dilelong oleh Ar-Rahnu, ianya belum lagi menguntungkan.

Anda perlu mengambil kira tentang kadar susut nilainya, kadar upahnya, syarat-syarat jual semula, tahap ketulenan emas dan juga kredibiliti pengeluar.

5. Beli Emas Menggunakan Duit Yang Perlu Digunakan Dalam Masa Terdekat

Pembelian emas adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Jika anda membeli emas menggunakan duit yang bakal anda gunakan dalam masa terdekat, kemudian harinya anda perlu menjual semula emas tersebut, ia sebenarnya boleh merugikan anda.

Simpanlah emas untuk jangka masa yang lebih panjang. Gunakan duit lebihan yang tidak digunakan dalam masa terdekat.

Selamat melabur.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

'Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan'

'Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan'

Ada satu cerita dari sebuah cerpen, kisahnya seorang pengamal sihir yang menggali mayat baru dikebumikan untuk menggigit telinga si mati. Sedang dia melakukan perbuatan korup tersebut, anjing-anjing liar datang menyerbu untuk membaham mayat itu.

Pemimpin Pendusta

Watak dalam cerpen itu berebutkan jenazah tersebut dengan anjing. Oleh gonggong dan hilai anjing yang nyaring, orang kampung terjaga dan berlarian ke pusara.

Sekelompok yang benar dan waras segera tahu ada pencuri di kubur, kerana coraknya dan lojiknya begitulah.

Akan tetapi yang lebih celaka dan aneh ialah, ada sekumpulan orang kampung lain yang bodoh dan bebal, apakala melihat si pengamal sihir sedang mengusir anjing dari mayat, menyangkakan ia itu penyelamat. Si pencuri telinga mayat yang korup kok dipanggil Imam?

Mereka, orang kampung bodoh beramai-ramai memanggil pencuri itu penyelamat.

Astaghfirullah. Kita memanggil pencuri itu penyelamat!

Pendusta dipercayai

Sabda Rasulullah SAW: "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah."

"Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: "Siapakah golongan al-Ruwaibhidah?" Maka baginda SAW menjawab: "Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar." (Riwayat Ibn Majah)

Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media sosial.

Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikuti setiap apa yang ditulisnya.

Pendusta yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya kepada orang ramai bagi mencari pengaruh.

Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih rela menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada apa-apa.

4 Golongan Manusia

Imam al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat kumpulan:

Kumpulan pertama, golongan yang sedar mereka tahu, kumpulan ini wajar dipuji kerana keilmuannya.

Kumpulan kedua, tidak menyedari mereka tahu hingga perlu disedarkan dengan keilmuan mereka.

Kumpulan ketiga, golongan maklum mereka tidak tahu dan mempunyai kesedaran untuk menuntut ilmu.

Bagaimanapun, kumpulan keempat tidak sedar yang mereka tidak tahu. Kelompok itu boleh dikatakan ramai pada masa kini, iaitu mereka bukan sekadar tidak tahu dengan kejahilan sendiri, tetapi berbangga dengan kejahilan.

Ramai mahu mengurus urusan umum tanpa sedar mereka tiada keahlian dalam urusan berkenaan dan inilah juga disebut Nabi SAW sebagai Ruwaibidhah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Maksud Mimpi Banjir

Maksud Mimpi Banjir

Ketika anda sedang tidur lena, tiba-tiba mimpi dilanda banjir? Ini boleh jadi petanda berkaitan rezeki dan menurut ilmu tafsir, mimpi tentang banjir ternyata membawa maksud positif, tetapi juga tanda kurang baik.

Maksud Mimpi Banjir
Gambar hiasan.

Baik buruknya mimpi kebanjiran bergantung pada konteks mimpi yang anda alami.

Berikut tafsir mimpi banjir dan penjelasannya:

1. Mimpi Melihat Banjir

Mimpi melihat banjir merupakan sebuah petanda baik untuk kehidupanmu.

Bahkan, mimpi ini kononnya menandakan bahawa kamu akan mendapat kemudahan dalam mencari rezeki.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa ini merupakan petanda negatif kerana dalam waktu terdekat, kamu akan mengalami hal-hal yang tak terduga dan tidak dapat kamu kendalikan.

2. Mimpi Air Kotor atau Lumpur Masuk Rumah

Walaupun nampak menyeramkan, mimpi kebanjiran lumpur atau air kotor adalah petanda baik.

Mimpi ini diyakini sebagai petanda kamu akan mendapat rezeki melimpah.

Seseorang akan muncul dan membantu membukakan jalan menuju rezeki yang kamu inginkan.

Namun jika mimpi ini membuatmu merasa tak nyaman, boleh jadi ini melambangkan kekecewaan.

3. Mimpi Rumah Hancur akibat Banjir

Jika iya, ada kemungkinan kamu akan mengalami masalah dengan keluarga dalam waktu terdekat.

Tepatnya, hubungan antara anggota keluarga boleh jadi akan memburuk dan bahkan menjauh.

Untuk mencegah ini terjadi, mulailah memperbaiki hubungan sosial di rumah anda.

Anda boleh mendapat banyak sekali manfaat jika hidup rukun dengan keluarga.

4. Mimpi Rumah Kebanjiran dan Terendam

Mimpi akan datangnya banjir besar yang menenggalami rumah juga termasuk petanda buruk.

Ini merupakan tanda akan adanya seseorang yang berniat buruk di dalam rumah.

Misalnya, mencuri harta benda kamu atau bahkan merosak keharmonian hubungan keluarga.

Oleh sebab itu, kamu harus tetap berwaspada pada siapapun yang ada di sekitar kamu.

5. Mimpi Banjir Air Yang Bersih

Kebalikan dari mimpi rumah kebanjiran air lumpur, mimpi ini membawa maksud negatif.

Ini menunjukkan bahawa akan ada hambatan yang datang dalam hidupmu dan merosak seluruh rancangan yang telah dibuat.

Jadi, pastikan kamu selalu berwaspada dan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Misalnya, dengan sentiasa memanjatkan doa setelah solat fardu setiap hari.

6. Mimpi Dilanda Tsunami

Mimpi satu ini merupakan tanda bahawa kamu akan mengalami masalah kesihatan.

Atau boleh jadi pekerjaanmu yang akan mengalami masalah, seperti penurunan prestasi atau gagal menyiapkan kerja.

Meski begitu, kamu harus tetap sentiasa berfikir positif dalam segala situasi.

7. Mimpi Banjir Besar Melanda Seluruh Kota

Jika dalam mimpimu banjir besar melanda seluruh kota, tandanya banyak hal buruk akan terjadi di waktu terdekat.

Kejadian-kejadian ini akan membuat kamu putus asa dalam hidup.

Entah terkait pekerjaan, hubungan sosial dan lainnya.

Oleh itu, sentiasalah berdoa dan bersedekah, agar hidup mendapat berkat dan terhindar dari bahaya.

8. Mimpi Rumah Kebanjiran

Jika kamu mengalami banjir di rumah, ini boleh jadi adalah petanda positif.

Ertinya, akan ada rezeki yang datang di dalam hidupmu dalam waktu terdekat.

Rezeki ini tidak hanya berupa harta benda atau wang, boleh juga jawapan atas doa meminta jodoh yang kerap kamu panjatkan.

Oleh sebab itu, jangan lupa bersyukur setiap masa

9. Mimpi Banjir di Jalan

Mimpi banjir yang kamu alami bukan di rumah, tetapi jalan depannya? Bunga tidur ini juga tergolong petanda yang cukup positif.

Ini menandakan akan datangnya sebuah khabar baik atau bahagia dalam hidupmu.

Khabar ini boleh juga berupa kesuksesan atau jawapan atas kerja keras yang selama ini kamu lakukan.

10. Mimpi Terjebak di Tengah Banjir

Mimpi kebanjiran dan terjebak di tengahnya tentu menakutkan, bukan? Akan tetapi, mimpi ini ternyata memiliki maksud yang positif.

Ini menunjukkan akan adanya khabar baik atau pujian dari seseorang.

Jika ini benar terjadi, jangan sampai kamu menjadi sombong dan lupa bersyukur.

11. Mimpi Banjir Besar atau Tsunami

Jika kamu bermimpi melihat banjir besar atau tsunami, tidak perlu panik.

Mimpi ini merupakan petanda baik yang berkaitan dengan rezeki.

Dalam waktu terdekat, kamu akan mendapat khabar baik yang akan merubah hidupmu.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, May 03, 2022

10 Negara Yang Membenarkan Ganja Perubatan Dan Rekreasi

10 Negara Yang Membenarkan Ganja Perubatan Dan Rekreasi

Perdebatan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan masih hangat diperdebatkan termasuk di Malaysia walaupun sebilangan negara sudah membenarkan penggunaan ganja secara sah.

Ganja Perubatan Dan Rekreasi

Ini termasuklah untuk tujuan perubatan yang dipercayai mampu bertindak sebagai terapi bagi pesakit gangguan saraf, autisme, kemurungan, parkinson dan kanser.

Pada Disember tahun 2020, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengeluarkan marijuana (ganja) daripada Jadual IV, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik 1961.

Ini bermakna kanabis dan resinnya tidak lagi tersenarai sebagai narkotik berisiko seperti heroin.

Meskipun beitu, kajian tentang ganja untuk perubatan masih dilakukan sehingga kini.

Berikut adalah negara-negara di dunia yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan rekreasi.

1. Kanada

Dipetik New York Times, Kanada telah membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan sejak tahun 2001.

Tidak hanya itu, dianggarkan 33,000 pesakit di Kanada termasuk pesakit kanser berdaftar sebagai penerima ganja daripada pengeluar berlesen.

2. Itali

CNN melaporkan pengambilan ganja bukan kesalahan jenayah di Itali. Negara itu juga membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, penjualan, pembelian dan penanaman ganja secara terbuka adalah perbuatan jenayah.

3. Argentina

Pada tahun 2020, Argentina mengizinkan rakyatnya menanam ganja di rumah mereka untuk tujuan kesihatan.

Selain itu, kerajaan negara itu membenarkan penghasilan minyak, krim dan produk berasaskan ganja.

4. Australia

Canberra, Australia, menjadi wilayah pertama di negara itu yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi dan penanaman pada 2019.

Canberra turut membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas memiliki 50 gram ganja.

Bagaimanapun, Australia membenarkan pengambilan marijuana oleh pesakit mendapat preskripsi doktor sahaja.

Penanaman marijuana dan industri ubatan dikawal ketat serta memerlukan lesen khas.

Mereka hanya dibenarkan untuk menanam dua pokok ganja setiap orang atau empat pokok bagi sebuah rumah.

Pun begitu, menanam ganja secara besar-besaran masih lagi perbuatan jenayah.

5. Mexico

Pada Mac 2021, anggota parlimen Mexico bersetuju dengan cadangan membenarkan ganja sebagai kegunaan rekreasi.

Malah, negara itu bakal menjadi sumber pembekal ganja terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

Bagi penduduk negara itu yang ingin mendapatkan ganja secara sah, mereka mesti memohon permit daripada pihak berkuasa namun hanya 28 gram dibenarkan bagi setiap orang.

6. Uruguay

Uruguay menjadi negara pertama yang membenarkan penjualan ganja pada tahun 2013.

7. Afrika Selatan

Pada tahun 2018, Afrika Selatan membenarkan penggunaan ganja secara peribadi meskipun pernah mendapat tentangan daripada sistem perundangan dan pembangkang.

Kerajaan negara itu melihat ganja sebagai penyumbang ekonomi negara kerana ia boleh dijual sebagai ubat mengurangkan rasa sakit, ubat tidur dan rawatan wajah.

8. Belanda

Walaupun secara teknikalnya ganja adalah barang larangan di Belanda, tetapi pemilikan ganja kurang daripada lima gram adalah sah. Malah di negara itu adalah perkara biasa melihat ganja di jual di kedai kopi.

9. Britain

Produk ganja perubatan telah dibenarkan di bawah keadaan tertentu di Britain, dengan lebih 80,000 doktor pakar layak untuk memberikan produk berasaskan ganja.

Menurut satu garis panduan yang diterbitkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional, mereka dibenar memberikan ganja perubatan hanya apabila "terdapat bukti jelas berkaitan manfaat" dan pilihan rawatan lain telah kehabisan.

Peraturan baharu berkaitan ganja perubatan dibuat selepas kes dua kanak-kanak, Alfie Dingley dan Billy Caldwell yang mengalami epilepsi teruk, telah bertambah baik dengan rawatan minyak ganja.

Kempen ibu bapa mereka telah berjaya membawa perubahan dalam perundangan.

10. Thailand

Thailand membenarkan penggunaan marijuana untuk perubatan pada tahun 2018, tetapi tujuan rekreasi tidak dibenarkan sama sekali.

Setiap keluarga dibenarkan menanam enam pokok sahaja. Ini menjana pendapatan sampingan sebagai pembekal di hospital, industri makanan dan kosmetik.

Menurut rekod, antara negara selain diatas yang membenarkan marijuana (hemp/ganja) perubatan ialah Croatia, Denmark, Finland, Jerman, Ireland, Lebanon, New Zealand, Portugal, Sri Lanka, Switzerland dan Zimbabwe.

Undang-undang Lapuk

Individu di Malaysia yang mempunyai lebih 200 gram marijuana boleh dikenakan hukuman mati atas sabit kesalahan mengedar dadah, manakala mereka yang mempunyai 50 gram ke bawah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Undang-undang yang mengharamkan kanabis di Malaysia telah wujud sejak zaman pra-kemerdekaan lagi, menerusi Ordinan Dadah Merbahaya 1952 yang diperkenalkan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (mstar)