Sunday, May 01, 2022

9 Negeri Di Malaysia Bakal Tenggelam Pada Tahun 2050!

9 Negeri Di Malaysia Bakal Tenggelam Pada Tahun 2050!

Satu kajian yang dijalankan oleh Nature Communication pada tahun 2019, iaitu sebuah badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi mendedahkan bahawa Malaysia bakal tenggelam menjelang tahun 2050.

Banjir Di Pahang
Banjir di Pahang.

Menggunakan Data Digital Elevation Models (CoastalDEM), kajian simulasi digital berkenaan yang menjelaskan bagaimana paras kenaikan air laut mempengaruhi negara-negara pesisir laut mendapati sembilan negeri di Malaysia akan tenggelam dan membentuk sebuah pulau, sekali gus menjejaskan berjuta-juta penduduk.

Antaranya, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Kelantan kerana berada di bawah paras air laut.

Pada tahun 2050: Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuh Raya Utara Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam mengecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai. Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa pulau.

Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa pulau. Dalam masa sama pendedahan itu turut menyatakan di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus.

Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.

Selain itu, hal yang sama juga mengancam negara-negara lain di dunia ekoran beberapa trilion tan ais yang telah hilang dari Greenland sejak 1994, sekali gus telah meningkatkan paras laut.

JAKARTA BAKAL TENGGELAM

Masjid Wal Adhuna, Jakarta
Masjid Wal Adhuna, Muara Baru, Penjaringan, Jakarta Pusat.

Sementara itu, negara Indonesia dijangka bakal tenggelam satu pertiga menjelang 2050, bahkan ibu negaranya iaitu Jakarta dikatakan akan tenggelam dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang.

Ia dibuktikan dengan sebuah masjid yang berdiri kukuh di kawasan Muara Baru, Penjaringan, Jakarta Pusat menjadi 'saksi bisu' kepada jangkaan tersebut apabila separuh strukturnya semakin tenggelam akibat peningkatan paras laut.

Dalam pada itu, pakar geodesi dari Institut Teknologi Bandung (ITB) Heri Andreas berkata, kira-kira 9,000 hektar tanah di Jakarta sudah berada di bawah permukaan laut.

Menurutnya, pada 2021, sebanyak 14 peratus wilayah Jakarta sudah berada di bawah laut dan jumlah itu boleh meningkat kepada 28 peratus menjelang 2050.

Ujarnya, fenomena ini berlaku disebabkan dua faktor iaitu peningkatan paras air laut akibat pemanasan global dan turunnya permukaan tanah akibat eksploitasi air secara berlebihan.

Heri menjelaskan, jika kerajaan tidak melakukan langkah maksimum, tanah di Jakarta boleh menurun sehingga empat meter di bawah permukaan laut menjelang 2050.

KERAKUSAN KAPITALIS

Bumi yang didiami ini semakin nazak dek kerakusan manusia yang menyebabkan masalah pemanasan global yang mencairkan lapisan ais pada kadar yang membimbangkan.

Apalah ertinya kemodenan dan kemajuan jika kita terpaksa membayarnya dengan harga paling mahal iaitu kemusnahan alam sekitar serta tempat tinggal kita?

Jika bumi ini musnah di tangan manusia, ke planet manakah generasi akan datang boleh melarikan diri?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Maksud Mimpi Melihat Anjing

Maksud Mimpi Melihat Anjing

Tafsir mimpi tentang anjing dipercayai menandakan kebaikan dan keburukan, dianggap berkaitan dengan kehidupan, karier, asmara, rezeki juga nasib buruk.

Mimpi Melihat Anjing

Maksud mimpi anjing dikaitkan dengan emosi yang kuat dan biasanya menunjukkan masalah penting dalam hidup seseorang.

Berikut adalah tafsir mimpi anjing bagi yang pernah mengalaminya!

1. Mimpi Digigit Anjing

Jika anda bermimpi digigit anjing maka ini adalah satu pertanda yang tidak baik.

Mimpi ini mengharuskan anda berhati-hati dalam bertindak kerana akan ada seseorang yang ingin mencelakakan kamu.

Hal terbaik untuk menghindari sifat buruk orang lain adalah dengan selalu meminta perlindungan kepada Allah SWT.

Selain itu, jika anda bermimpi melihat seekor anjing hitam, itu tandanya anda harus menjaga kesihatan mental.

Mengapa? Mungkin kerana anda memiliki perasaan negatif sejak akhir-akhir ini, bermula dengan rasa kecewa, stres, hinggalah depresi.

2. Mimpi Dikejar Anjing

Anjing yang mengejar merupakan indikasi kegelisahan, kecemasan dan ketakutan.

Anda mungkin sedang menghadapi tekanan dan masalah dalam cinta dan mimpi itu adalah tanda bahawa kamu ingin melarikan diri dari masalah itu.

Jika dikejar anjing dan membuatmu takut, itu adalah tanda bahawa kamu melarikan diri dari sesuatu.

Boleh jadi kamu sedang melarikan diri dari pengaruh negatif.

Selain itu, maksud mimpi ini juga berkaitan dengan orang yang membenci kamu dan orang tersebut akan membuat konflik dengan kamu.

3. Mimpi Dikejar dan Dijilat Anjing

Maksud mimpi dikejar dan dijilat anjing merupakan sebuah petanda yang cukup baik.

Dipercayai bahawa dalam waktu terdekat akan ada seseorang yang akan mengungkapkan rasa cinta kepadamu.

4. Mimpi Anjing Kecil

Bermimpi mendapat anjing kecil? Ini merupakan pertanda baik.

Maksud di balik mimpi ini adalah kamu akan kedatangan seorang teman yang setia dan jujur terhadap diri kamu.

Mimpi ini juga merupakan petanda baik dari segi ekonomi.

5. Mimpi Anjing Putih

Mimpi anjing putih merupakan petanda baik.

Dipercayai bahawa kamu akan dipertemukan dengan seseorang yang akan membimbingmu kepada hal positif dalam hidup.

Kamu juga akan mendapat khabar baik dalam pekerjaan.

6. Mimpi Diberi Anak Anjing

Mimpi diberi anak anjing juga petanda baik.

Kamu akan mendapat pertolongan dalam menyelesaikan setiap masalah yang dialami.

Mimpi ini juga dipercayai akan datang sebuah peluang yang positif dalam pekerjaan.

7. Mimpi Anjing Mati

Hati-hati bagi anda yang bermimpi melihat seekor anjing mati.

Maksud mimpi ini merupakan petanda buruk kerana kamu akan menjadi bahan bualan orang lain.

Dalam hal ekonomi, akan ada perubahan negatif dalam kehidupan.

8. Mimpi Memandikan Anjing

Mimpi memandikan anjing perlu disyukuri.

Mimpi ini melambangkan adanya sebuah ikatan kuat dan kamu akan mendapat hal penting yang perlu dijaga.

Selain itu, kamu sedang bangga dengan apa yang kamu lakukan dalam hal kemurahan hati dan kesetiaan.

9. Mimpi Anjing Hitam Menggonggong

Mimpi anjing hitam menggonggong merupakan petanda buruk.

Melihat anjing menggonggong boleh jadi sebagai simbol peringatan untuk kehilangan.

10. Mimpi Melihat Anjing Hitam

Mimpi melihat anjing hitam dan besar yang membuat kamu takut, boleh jadi tanda suatu perkara yang buruk.

Mungkin ada seseorang di lingkungan teman atau kenalan yang berbicara buruk tentang kamu.

11. Mimpi Melihat Banyak Anjing

Maksud mimpi ini menunjukkan keinginan untuk dilindungi atau untuk melindungi seseorang yang dekat denganmu.

12. Mimpi Melihat Anjing Peliharaan

Jika anda bermimpi tentang anjing peliharaan, hal ini maka sebaiknya disyukuri.

Seseorang yang bermimpi ini akan mendapat sebuah kebahagiaan yang mungkin belum pernah dialami sebelumnya.

13. Mimpi Dikerumuni Anak Anjing

Mimpi ini menandakan sebuah gambaran yang baik.

Maksud mimpi ini adalah kamu akan mendapat kawan baru.

14. Mimpi Memelihara Anjing

Mimpi memelihara anjing merupakan suatu tanda yang baik.

Orang zaman dulu percaya bahawa mimpi memelihara anjing akan mendapat rezeki yang berlimpah.

15. Mimpi Mendengar Suara Anjing

Maksud mimpi ini adalah akan ada kemungkinan sesuatu kejadian yang tidak kita inginkan.

16. Mimpi Anjing Menyalak

Mimpi ini merupakan tanda yang tidak baik.

Seseorang yang mengalami mimpi ini disebut akan mendapat bahaya dan perlu menjaga diri.

Mintalah perlindungan kepada Allah SWT.

17. Mimpi Melihat Anjing dan Kucing Bersahabat

Mimpi ini bermaksud keluarga kamu dalam keadaan yang damai, tenteram dan aman.

18. Mimpi melihat anjing berwarna coklat

Maksud mimpi anjing boleh juga bermaksud adanya kehangatan, kebahagiaan, serta kesederhanaan.

Jika anda bermimpi melihat anjing berwarna coklat, ia bermaksud ada kepuasan dalam hidup anda, dari rasa kasih sayang hinggalah hubungan persahabatan.

Tak hanya itu, mimpi ini menjadi tanda bahawa anda memiliki hubungan yang sihat.

19. Mimpi kaki digigit anjing

Jika mimpi kaki anda digigit anjing, tandanya anda mengalami kekurangan dalam keseimbangan.

Selain itu, mimpi ini juga menandakan bahawa pasangan anda selingkuh.

20. Mimpi melihat anjing mati

Jika anda bermimpi melihat anjing mati, itu petanda buruk dalam kehidupan anda.

Salah satunya adalah tentang berakhirnya hubungan anda, mulai dari teman rapat hinggalah pasangan.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Saturday, April 30, 2022

SOP COVID-19 Bermula 1 Mei 2022, Apa Saja Yang Di Benarkan?

SOP COVID-19 Bermula 1 Mei 2022, Apa Saja Yang Di Benarkan?

Fasa 'peralihan ke endemik' ini merupakan 'exit strategy' untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

SOP COVID-19 1 MEI 2022

Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan dalam fasa 'peralihan ke endemik':

Adakah penggunaan pelitup muka masih wajib?

Ya, tetapi hanya apabila berada di dalam bangunan atau semasa berulang-alik menggunakan pengangkutan awam (termasuk kenderaan e-hailing).

Namun ada pengecualian. Seseorang boleh menanggalkan pelitup muka ketika bersenam atau jika bersendirian, ataupun ketika makan dan minum.

Kementerian Kesihatan menggalakkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dalam keadaan berikut:
  • Individu yang sakit dan mempunyai gejala;
  • Berada di kawasan sesak; dan,
  • Individu dalam kategori berisiko tinggi (tidak divaksin terhadap Covid-19, warga emas dan kumpulan rentan).

Kegagalan mematuhi peraturan pelitup muka boleh didenda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Adakah penjarakan fizikal masih perlu dipatuhi?

Tidak lagi.

Bagaimanapun, orang ramai masih dinasihatkan supaya menjaga jarak apabila berada di sekeliling mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Bolehkah saya memadam aplikasi MySejahtera?

Ini tidak digalakkan.

Sejak 2020, rakyat Malaysia mempunyai dua pilihan apabila mengunjungi mana-mana premis komersial - sama ada menulis butiran mereka pada buku log atau menggunakan fungsi daftar masuk aplikasi MySejahtera.

Kedua-dua peraturan tersebut akan terbatal pada 1 Mei 2022.

Bagaimanapun, pemilik premis masih perlu menyemak status risiko individu pengguna aplikasi MySejahtera.

Individu yang "berisiko tinggi" pada aplikasi MySejahtera atau diberi "perintah pengawasan rumah" HSO mesti dihalang daripada masuk.

Adakah status vaksin saya masih penting?

Tidak. Semua individu, kecuali mereka yang positif Covid-19 atau dihadkan pergerakan akibat HSO akan mempunyai kebebasan bergerak, tanpa mengira status vaksinasi.

Adakah peraturan kuarantin masih berkuatkuasa?

Ya. Sesiapa yang didapati positif Covid-19 mesti dikuarantin selama tujuh hari dari tarikh sampel diambil.

Kuarantin boleh ditarik semula pada hari keempat jika ujian RTK-Ag yang dijalankan secara profesional kembali negatif.

Ujian RTK-Ag ini boleh dijalankan sama ada secara peribadi atau maya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik!

Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik!

Ketika ini nama pelakon Amber Heard menjadi bualan hangat apabila sikap buruknya terbongkar di dalam mahkamah apabila pelbagai bukti menunjukkan dia mendera bekas suaminya, aktor Johnny Depp ketika mereka berkahwin.

Amber Heard dan Johnny Depp

Namun sebelum ini, Amber mendakwa dia menjadi mangsa dera pelakon itu sehingga mengalami kecederaan dan memutuskan untuk bercerai.

Pendedahan Amber itu telah menyebabkan Johnny dibenci dan dipulau oleh rakan-rakan malah namanya digugurkan daripada membintangi filem terbaharu The Pirates of Carribean dan beberapa naskah lain.

Berang dengan keadaan itu, Johnny memfailkan saman terhadap bekas isterinya itu atas tuduhan memfitnah dan pelbagai perkara terbongkar mengenai sikap Amber.

Aktres itu dikatakan menderita masalah kecelaruan identiti iaitu Boderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD).

Perkara itu disahkan oleh pakar psikologi forensik California, Dr Shannon Curry dalam salah satu perbicaraan kes itu baru-baru ini.

Ketika memberi kenyataan kepada mahkamah, Dr Shannon memberitahu diagnosis ini dibuat berdasarkan kajian dan temubual bersama Amber selama 12 jam malah ketika ini kesihatan mentalnya masih lagi dibawah pemantaun pakar.

Tentang BPD

Mengenai BPD yang dialami Amber, ia adalah sejenis masalah mental yang memberi kesan terhadap cara pemikiran tentang diri sendiri dan orang di sekeliling secara berterusan.

Individu yang mengalami masalah ini sukar mengawal emosi dan tingkah laku mereka selain ketidakstabilan dalam hubungan.

Orang yang menghidap BPD juga akan melakukan pelbagai percubaan untuk mencegah hal yang ditakutinya walaupun dalam keadaan terdesak.

Mereka yang menjalinkan hubungan dengan peskait BPD sangat berisiko mengalami perubahan tingkah laku yang mana pada awalnya mereka mudah didekati tetapi boleh berubah dengan drastik termasuk mengganas.

Tentang HPD

Kecelaruan Histrionic Personality Disorder (HPD) pula merupakan tingkah laku yang gemar mencari perhatian dan emosi secara berlebihan.

Menurut Dr Curry, terdapat kaitan antara dua kecelaruan personaliti ini yang secara fizikalnya sangat menarik untuk mendapatkan perhatian.

Pakar kesihatan ini turut menjelaskan artis tersebut tidak menderita Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat penceraian.

Amber dan Johnny berkahwin pada 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, April 29, 2022

'Bach Long' Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia!

'Bach Long' Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia!

Sebuah jambatan kaca yang diberi nama Bach Long sepanjang 632 meter, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, akan dibuka kepada pelancong bermula pada 30 April 2022 sempena cuti Hari Penyatuan Semula, di Vietnam.

Jambatan kaca Bach Long

Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.

Jambatan kaca Bach Long

Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.

Ketinggian jambatan Bach Long dari atas tanah adalah kira-kira 150 meter.

Jambatan kaca Bach Long

Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong sahaja dibenarkan untuk berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa sebagai langkah keselamatan.

Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.



BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Ganja Perubatan Haram, Rasuah Halal

Ganja Perubatan Haram, Rasuah Halal

Ganja perubatan di Malaysia perlu dibenarkan segera dan tidak menjadi jenayah demi menyelamatkan pengguna daripada hukuman gantung, kata Adun Kebun Bunga PKR Jason Ong.

Ganja Perubatan

Mengulas perbincangan positif mengenai perkara itu antara Kaukus Ganja Perubatan Parlimen dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dia berkata mereka yang mahu menggunakan ganja atas sebab kesihatan akan berdepan hukuman mati.

Oleh yang demikian, katanya pindaan segera perlu dibuat terhadap Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA) untuk memastikan hukuman mati tidak terpakai bagi pengguna ganja perubatan.

Selain itu, Ong turut menggesa supaya penggunaan ganja untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi jenayah.

Dia berkata undang-undang berkenaan perlu dipinda supaya farmasi diberi lesen untuk menjual ganja kepada mereka yang mempunyai preskripsi kesihatan.

Di bawah DDA, individu yang memiliki sekurang-kurangnya 200 gram ganja dianggap mengedar dadah itu dan berdepan hukuman mati.

Sebagai kerajaan yang prihatin, keperluan rakyatnya mesti diutamakan dan melalui pindaan ini, banyak nyawa yang tidak berdosa akan diselamatkan daripada tali gantung.

Umum mengetahui bahawa 'raja dadah' sentiasa berjaya mengelak pihak berkuasa dan keldai dadah dan mereka yang tidak penting kepada masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan tali gantung.

Dengan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan terhadap kambing hitam ini, keputusan yang boleh diramalkan ialah keldai dadah ganja dan ketum tidak lagi tinggi permintaan kerana tiada hukuman mati yang tergantung di atas kepala mereka.

Jelasnya, menormalkan penggunaan ganja perubatan tidak bermakna semua masyarakat akan menjadi pengguna ganja.

Dengan faedah ganja dan ketum mengatasi aspek negatif, ini berpotensi menjadi tanaman seterusnya yang membawa manfaat ekonomi yang besar kepada negara.

Dalam kes berprofil tinggi membabitkan ganja perubatan, Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 63, menghadapi pertuduhan mengedar 77.84 kilogram ganja.

Veteran tentera itu, yang menggunakan kerusi roda, ditangkap kerana menggunakan ganja untuk merawat kansernya.

40 negara sudah halalkan

Pada 12 April 2022, Kaukus Perubatan Ganja dwi-partisan berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi respons positif kepada perbincangan yang tertumpu kepada industri hem, ganja perubatan dan ketum.

Perdana menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam mesyuarat kabinet, kata kaukus itu.

Kaukus itu terdiri daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam), Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Ignatius Darell Leiking (Warisan- Penampang), Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah).

Kaukus itu berkata industri ganja perubatan bernilai RM60 bilion setahun dan lebih 40 negara telah menghalalkan ganja perubatan, termasuk negara jiran Thailand.

Kaukus berkenaan juga membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Hujung Mac 2022 yang lalu, komposer dan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ditahan bersama pokok ganja dan dituduh mengedar dadah.

Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman, 46, didakwa mengedar ganja dianggarkan seberat 214 gram yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Penggunaan ganja diharamkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1954 manakala ketum dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Nota: Memiliki lebih 200 gram ganja akan dituduh mengedar walaupun hanya untuk kegunaan sendiri dan tidak dijual kepada pihak lain.

Kes Scorpene: Perancis Sudah Dakwa, Malaysia Bila?

Sementara itu, Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana isu dakwaan rasuah melibatkan pembelian kapal selam Malaysia akan dihadapkan ke muka pengadilan di negara ini.

Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah mengambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan.

Pada tahun 2002 yang lalu, Malaysia memperoleh dua kapal selam kelas scorpene dan sebuah lagi daripada kelas Agosta daripada DCN International (DNCI)–anak syarikat Kumpulan Thales.

Thales mengesahkan mereka disiasat secara rasmi oleh pihak berkuasa Perancis sejak 18 Januari. Siasatan awal pula bermula sejak Mac 2010 lagi.

Dakwaan-dakwaan itu muncul selepas kumpulan hak asasi negara ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membuat aduan di mahkamah Perancis pada tahun 2009 dan 2010.

Dua syarikat Malaysia–Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi Sdn Bhd–didakwa mendakwa mendapat komisyen daripada DCNI.

Editor: Ganja perubatan nampaknya lebih berbahaya di negara yang hampir hilang maruah ini. Alahai Malaysia tanah airku.

BACA INI JUGA:
sumber: (1) | (2)

Thursday, April 28, 2022

Pemakaian Pelitup Muka Di Luar Bangunan Dan Imbasan MySejahtera Tidak Lagi Wajib Bermula 1 Mei 2022

Pemakaian Pelitup Muka Di Luar Bangunan Dan Imbasan MySejahtera Tidak Lagi Wajib Bermula 1 Mei 2022

Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam mulai 1 Mei 2022 ini, bagaimanapun, orang ramai digesa supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Wajib pakai topeng muka

Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk antara lain melaporkan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) kerana ia penting kerajaan untuk membantu dalam pencegahan dan kawalan wabak itu.

Sejajar dengan fasa peralihan ke endemik, MySejahtera, sebagai aplikasi kesihatan awam akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu.

Hotspot Tracker yang dahulunya digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19, kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit-penyakit lain iaitu rabies (penyakit anjing gila), demam campak (measles), penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD) dan denggi.

Pada sidang akhbar di Putrajaya, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di luar bangunan.

Ini mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.

Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadhan, pasar malam dan stadium.

Pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi.

TETAP WAJIB KETIKA DALAM BANGUNAN, TEMPAT TERTUTUP

Namun, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-Hailing.

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Khairy turut mengumumkan bahawa orang ramai dibenarkan masuk ke mana-mana premis tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah individu positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

Individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

Pelitup muka bagaimanapun boleh ditanggalkan semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan tetapi ia hendaklah segera dipakai semula setelah selesai melakukan senaman tersebut.

Ia juga boleh ditanggalkan sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang, ketika sedang makan, minum, sedang berucap atau membuat persembahan.

Sementara itu, penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak lagi diperlukan.

Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.

Namun begitu, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, April 27, 2022

Adakah Sah Mandi Wajib Jika Tidak Berkumur?

Adakah Sah Mandi Wajib Jika Tidak Berkumur?

Assalaamualaikum. Adakah sah mandi wajib tanpa berkumur dan memasukkan air ke lubang hidung? Saya juga sering berulang-kali membaca niat mandi wajib sehingga selesai mandi wajib, adakah sah mandi wajib saya?

Sah Mandi Wajib

JAWAPAN:

1. Waalaikumsalam. Mandi wajib anda adalah sah. Hal ini adalah kerana bahagian dalam lubang hidung dan juga bahagian dalam mulut bukanlah termasuk di dalam bahagian badan yang perlu dikenakan air.

Bahagian badan yang wajib dibasahkan semasa mandi hanyalah bahagian luar badan sahaja termasuklah bahagian celah-celah kelengkang, punggung dan ketiak.

Manakala bahagian dalam seperti lubang hidung dan mulut tidak wajib untuk dibasuh.

Walau bagaimanapun, jika padanya terdapat benda-benda yang najis, ia perlu dibasuh kerana ia dihukumkan najis.

2. Mengenai persoalan sering mengulangi membaca niat mandi wajib sampailah anda selesai mandi, ia boleh menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan tidak sempurna dan ini akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah.

Niat mandi hanya perlu dibuat sekali sahaja, iaitu sewaktu air mula-mula sampai ke badan. Selepas itu, teruskan mandi hingga ke akhirnya.

Perlu diingatkan, jika anda mengulang lagi niat tersebut (niat kali kedua), ia akan membatalkan niat yang telah anda buat sebelum itu (niat kali pertama).

Oleh itu, anda perlu berniat lagi sekali (niat kali ketiga) bagi mengesahkan bahawa mandi yang anda lakukan itu adalah mandi wajib dan bukannya mandi yang biasa anda lakukan setiap hari.

Selain itu, apabila anda mengulangi niat mandi wajib, ini bermakna bahagian badan yang telah dibasahkan sebelum ini perlu dibasuh semula kerana berulangnya niat mandi anda.

Jika tidak dibasuh lagi, ia akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah kerana terdapatnya bahagian badan yang tidak dibasuh sedangkan rukun di dalam mandi wajib memerlukan keseluruhan badan dibasahkan dengan air.

Wallahu 'alam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, April 26, 2022

Kenapa Ada Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel?

Kenapa Ada Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel?

Di jazirah Arab, ada beberapa negara yang mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel dan menjalinkan hubungan diplomatik yang antaranya adalah; Mesir, Jordan, UAE, Morocco, Bahrain dan Sudan.

Mesir dianggap klasik kerana negara ini sudah menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel sejak tahun 1979, sama juga dengan Jordan, yang membuat Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1994.

Arab iktiraf Israel

Mesir dan Jordan seperti yang kita tahu, negara sempadan kepada Palestin. Kedua negara ini terlibat dengan perang menentang Israel dari dahulu lagi.

Mungkin sebab penat berperang, lalu mereka ambil jalan berdamai.

Tahun 2020 memperlihatkan 4 lagi negara Islam mengikut jejak langkah mengiktiraf negara Israel iaitu UAE, Bahrain, Sudan dan Morroco.

Ada beberapa sebab kenapa negara-negara Islam, saudara mara kita ini menyokong negara haram Israel.

Kami akan terangkan secara ringkas satu persatu.

1. Bahrain

Bahrain merupakan negara Orthodox Sunni yang takutkan ancaman Iran (Syiah) dan di Bahrain, terdapat gerakan Syiah yang memperjuangkan hak-hak demokrasi dan kumpulan ini mendapat restu Iran.

Disebabkan Bahrain tidak segagah Iran, negara ini memerlukan perlindungan dari kuasa besar Amerika.

Macam mana nak dapat perlindungan dari Amerika? Mudah. Iktiraf Israel.

Tapi kenapa perlu iktiraf Israel sedangkan yang perlu diminta pertolongan adalah Amerika?

Situasi ini ada kaitan dengan geopolitik. Selain itu, Amerika Syarikat telah mula kurangkan kapasiti ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Jadi, Bahrain memerlukan perlindungan (double protection) dan kuasa ketenteraan yang dilihat boleh membantu mereka iaitu Israel.

Faktor kedua, Bahrain terhutang budi kepada Arab Saudi disebabkan semasa Arab Spring 2011, Bahrain terselamat dengan bantuan Arab Saudi.

Bahrain tahu yang Arab Saudi ada niat untuk menjalin hubungan dengan Israel, disebabkan itu Bahrain menjadi shadow nation dulu tengok macam mana perkembangan sebelum Saudi pula memulakan langkah.

2. Morroco/Maghribi

Morroco ada pertikaian satu wilayah di Sahara Barat. United Nation tak luluskan kedaulatan Morroco ke atas kawasan Sahara Barat seperti yang dituntut oleh kerajaan Morroco.

Jadi Morroco mengambil jalan pintas, iktiraf Israel dan sebagai timbal balik, mereka meminta Amerika untuk membantu dalam tuntutan ke atas kawasan yang dituntut.

Apa Amerika buat? Amerika ketuai rundingan dengan United Nation untuk Morroco dapatkan beberapa habuan wilayah sepanjang Sahara.

3. Sudan

Sudan pula dilihat sebagai sahabat baik Iran. Sebabnya, Khortum tidak menyertai pertikaian Saudi-Emirates semasa pembantaian Houti di Yaman.

Bila Sudan tidak mempertahankan Sunni daripada diserang Iran (Syiah), maka negara arab melihat Sudan sebagai sekutu Iran.

Bersahabat baik dengan Iran tapi kenapa iktiraf Israel?

Seperti biasa, manusia ini hatinya sentiasa berubah-rubah. Macam itu juga dengan Sudan. Negara ini membuat langkah sampingan bila Amerika tawarkan sesuatu yang sukar ditolak.

Apa Amerika tawarkan?

Amerika akan keluarkan Sudan dari senarai negara yang menyokong keganasan, tetapi Sudan perlu mengiktiraf kedaulatan Israel.

Amerika pula akan memudahkan urusan perdagangan global untuk Sudan sebagai medium untuk menaikkan ekonomi dan mengukuhkan perdagangan antarabangsa.

Persetujuan Sudan ini juga menyelamatkan reputasi mereka daripada kritikan barat yang selama ini mengecam Sudan sebab kurangnya amalan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

4. UAE

Sebut Dubai dan Abu Dhabi, semua tahu ini tempat paling seronok di Timur Tengah.

Kedua-dua Bandar hebat ini berada di bawah negara UAE, sebuah lagi kuasa Islam yang mengiktitaf kedaulatan negara Israel.

Ketenteraan UAE tidaklah sehebat seperti kereta-kereta mewah yang rakyat mereka miliki (selalu tengok Supercar Blondie) atau segagah menara Burj Khalifah.

UAE perlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Jadi macam mana nak dapat? Senang. Ikut sahaja cakap Amerika, iktiraf Israel.

Amerika akan memanfaatkan sokongan ini dengan bantuan ketenteraan termasuk jet pejuang yang UAE perlukan seperti F35 Stealth Fighter dan EA-18G Growler Warcraft.

Bukan setakat itu, UAE juga dapat banyak peluang kolaborasi dengan Israel terutamanya dalam hubungan dua hala perdagangan dan projek-projek mega yang jumlahnya ratusan bilion dollar.

Itulah serba sedikit yang boleh kita faham kenapa negara-negara Islam yang lebih dekat dengan Palestin tapi tidak berbuat apa-apa bila dibantai oleh Zionis.

Bukan sekadar menutup mata, malah berlaku khianat dengan mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.

Begitulah betapa geopolitik, kepentingan ekonomi, keutamaan ketenteraan, kepentingan kuasa, reputasi, kekayaan, keselamatan dan pengiktirafan kuasa besar; SENTIASA DAN SELAMANYA akan melebihi kepentingan nyawa apatah lagi kesyumulan sebuah agama.

Kita tak perlu menjerit Jihad ke telinga mereka, sebab itu bukan suatu hal yang mereka peduli pun.

Perang Zionist vs Palestinians? Pada mereka di situlah terletaknya 1001 peluang untuk menambah kuasa dan kekayaan.

Now you know.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Monday, April 25, 2022

Apa Hukumnya Bersedekah Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil?

Apa Hukumnya Bersedekah Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil?

Soalan: Ustaz, ramai orang suka memberi lebihan duit bayaran fitrah kepada amil yang telah ditugaskan memungut zakat fitrah daripada umat Islam yang layak membayar zakat. Apakah hukumnya lebihan zakat fitrah kepada amil ini?

Lebihan Zakat Fitrah

Jawapan:

1. Selalu terjadi dalam masyarakat kita untuk menyedekahkan lebihan bayaran zakat fitrah kepada amil. Mereka kata, "Tak apa baki tu, keep the change."

2. Hukum mengenai sedekah keep the change ini pula jarang dibahaskan oleh para asatizah.

3. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW melarang keras para amil zakat menerima sebarang sedekah atau hadiah daripada pembayar zakat.

4. Ini berpandukan kepada sebuah hadis sahih daripada Abu Humaid as-Sa'idi r.a., dia berkata, "Rasulullah mengutus seorang laki-laki dari suku al-Azd bernama Ibnu al-Lutbiyyah untuk mengumpulkan zakat. Sekembali dari tugasnya dia berkata, "Yang ini untuk kamu dan yang ini adalah hadiah untukku." Rasulullah lalu berkata, "Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapanya atau di rumah ibunya kemudian dia tunggu apakah hadiah diberikan kepadanya atau tidak? Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah kalian mengambil sesuatu darinya kecuali pada hari Kiamat dia datang dengan memikulnya di atas tengkuknya. Kalau harta itu unta, maka unta itu akan bersuara, kalau lembu maka akan menguak, kalau kambing maka akan mengembik." Kemudian beliau mengangkat tangan beliau sambil berkata, "Ya Allah bukankah sudah aku sampaikan!" Beliau ulangi tiga kali." (HR Bukhari [2597])

5. Maka, para amil zakat termasuklah amil zakat fitrah, tidak boleh menerima pemberian daripada pembayar zakat, biar pun atas nama apa sekali pun. Tak kiralah, sedekah ataupun hadiah.

6. Maka dicadangkan kepada para amil zakat fitrah untuk menyediakan satu tabung sedekah umum dan jika ada pembayar yang menyatakan keep the change atau saya niat sedekah, maka masukkan ke dalam tabung itu.

7. Nanti selepas habis Ramadhan, sedekahkan tabung itu kepada pihak masjid atau mana-mana pihak yang memerlukan.

8. Lebih baik sebenarnya jika langsung ditolak pemberian itu dengan menyatakan, "Kami amil Nabi dilarang terima sedekah." Ia dapat mengelakkan sebarang fitnah.

9. Walau bagaimanapun, amil fitrah tertakluk kepada arahan daripada pihak yang melantik. Jika arahan menyatakan mereka langsung tidak dibenarkan menerima sedekah itu biar pun atas nama sedekah umum dan untuk pihak masjid sekali pun, maka hendaklah patuh.

10. Kepada para pembayar zakat fitrah dan juga zakat harta pula, sudah tahu tak boleh bagi hadiah atau sedekah, maka elakkan daripada memberi kepada amil.

11. Semoga ibadah kita menjadi lebih barakah. Aamiin.

Disediakan Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com