Thursday, October 20, 2016

11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

Seperti yang rakyat Malaysia dan seluruh dunia sudah tahu, Najib Razak telah melancarkan aplikasi 'Najib Razak' untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Aplikasi Najib Razak

Aplikasi rasmi 'Najib Razak' memberi anda pengumuman terkini dan segala kemas kini media sosial Perdana Menteri dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini direka khusus untuk kemudahan pengguna dan untuk membolehkan interaksi bersama Datuk Seri Najib.

Sorotan daripada aplikasi 'Najib Razak':
  • Menerima berita terkini dan kemas kini daripada platform media sosial Perdana Menteri dengan satu sentuhan
  • Memahami pemikiran Perdana Menteri dengan membaca blog beliau
  • Aplikasi interaktif yang memberi peluang kepada pengguna untuk mengambil bahagian dalam kempen dan pemilihan
  • Peluang anda untuk berinteraksi dengan Perdana Menteri dan berkongsi idea serta cadangan

Sejurus dilancarkan, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi rasmi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, berdasarkan rating yang terkumpul, aplikasi ini hanya mendapat skor 2.6 daripada 5.

2.6

PS: Angka 2.6 ni macam familiar pulak.

Jadi apa komen orang ramai terhadap aplikasi ini?

1. Skor 5 Bintang

Aplikasi Najib Razak

Tiga orang pengguna di bawah ini adalah antara 48 orang yang memberi skor 5 bintang! Mereka amat menyanjung tinggi dan menganggap aplikasi ini sangat berguna.

2. Pengguna Jadi Billionaire!

Aplikasi Najib Razak

Ada juga seorang lagi yang memberi skor 5 bintang dan dia mendakwa hidupnya kini berubah menjadi seorang bilionaire!

3. Menyelamatkan Samsung Galaxy Note 7!

Aplikasi Najib Razak

Nampaknya, aplikasi ini ternyata mendapat pujian ramai. Daripada menyelamatkan hayat Galaxy Note 7 sehinggalah kepada memberi perubahan positif kepada kanak-kanak.

4. Masalah Selesai!

Aplikasi Najib Razak

Jumpa bomoh + muat turun aplikasi + korbankan kelapa + nyanyi lagu Rosmah = masalah selesai!

5. Nokia 3310

Aplikasi Najib Razak

Paling hebat, aplikasi ini turut boleh dimuat turun pada peranti Nokia 3310. Wow!

6. Belajar Bagaimana Nak Dapat Derma

Aplikasi Najib Razak

Yang ini pelik sikit. Ada sorang cakap app ni mengajar untuk mendapatkan derma dari Arab Saudi. Sorang lagi pulak cakap app ni tak mengajar macam mana nak dapatkan derma.

Mana satu yang betul ni? Mungkin dia belum explore habis lagi kot.

7. Aplikasi Terlalu Canggih!

Aplikasi Najib Razak

Kewujudan aplikasi ini juga menjadikan aplikasi internet banking yang lain tampak kuno dan outdated. Dengar tu bank-bank sekalian. It's time to upgrade your app!

8. Aplikasi Diet

Aplikasi Najib Razak

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari aplikasi terbaik untuk program diet, segalanya sudah terjawab sekarang

9. Turun Bukan Download

Aplikasi Najib Razak

"Rakyat nak Najib turun. Bukan muat turun Najib."

10. Penyebab Najib Quit?

Aplikasi Najib Razak

Eh, Najib dah berhenti?

11. Intip Rakyat?

Aplikasi Najib Razak

Siapa cakap Najib dah berhenti. Hati-hati semua, Najib Razak akan akses segala gambar, media, dan fail yang ada dalam handphone anda.

BACA INI JUGA: Tiada Wang 1MDB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?

Sumber: Says

Tekak Berlubang Selepas Makan Lada Paling Pedas!

Tekak Berlubang Selepas Makan Lada Paling Pedas!

Satu lubang terbentuk di tekak seorang lelaki selepas memakan salah satu lada paling pedas di dunia, Ghost Pepper, di Amerika Syarikat.

Ghost Pepper

Laporan Fox News mengatakan, lelaki berumur 47 tahun berkenaan memasukkan lada tersebut ke dalam burgernya untuk satu pertandingan makanan.

Selepas memakan lada tersebut, mangsa mula muntah tanpa henti dan menyebabkan tekaknya berlubang.

Keadaan tersebut yang dikenali sebagai sindrom Boerhaave mempunyai risiko maut yang tinggi.

Walaupun berjaya diselamatkan selepas dibedah doktor, mangsa terpaksa ditahan untuk rawatan di hospital selama 23 hari.

Kepedasan lada diukur menggunakan skala Scoville dan Ghost Pepper mempunyai ukuran lebih sejuta.

Untuk perbandingan, lada hitam 'sweet bell' mempunyai ukuran 0, lada Tobasco (100) dan lada Jalapeno mempunyai ukuran 2,500.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Cili Yang Paling Pedas Di Dunia?

Sumber: SH

Wednesday, October 19, 2016

Kate McWilliams, Juruterbang Wanita Paling Muda Di Dunia!

Kate McWilliams, Juruterbang Wanita Paling Muda Di Dunia!

Susuk tubuhnya kecil sahaja manakala rambut perangnya yang panjang itu dikemaskan dengan ikatan ekor kuda yang kemas.

Kate McWilliams

Siapa sangka, gadis manis itu sebenarnya merupakan juruterbang wanita berpangkat kapten yang termuda di dunia.

Pada usia 26 tahun, Kate McWilliams, gadis yang bekerja untuk syarikat penerbangan Easyjet di Britain itu mencipta rekod apabila menjadi kapten wanita termuda dunia, menerbangkan beratus-ratus penumpang dari London ke Malta, bermula September 2016.

Lebih menarik lagi, pembantu juruterbang Kate McWilliams merupakan seorang remaja berusia 19 tahun iaitu Luke Elsworth, yang juga merupakan salah seorang pembantu juruterbang termuda di negara itu.

McWilliams berjaya dengan cemerlang dalam satu kursus yang melayakkannya bergelar seorang kapten.

Kate McWilliams juga memberitahu akhbar tempatan Britain, The Independent, bahawa dia sering diajukan soalan tentang umurnya daripada ramai orang.

“Sesiapa sahaja yang melihat saya dan tahu bahawa saya merupakan seorang juruterbang pasti akan bertanyakan umur saya.

“Mereka amat terkejut apabila diberitahu bahawa saya hanya berusia 26 tahun,” ujar Kate.

Cita-cita

Gadis itu memberitahu, dia mula menyertai kadet udara semenjak berusia 13 tahun.

“Saya mula-mula berminat untuk menerbangkan pesawat selepas menghadiri satu pameran dan pertunjukan kapal terbang pada usia empat tahun.

Pada usia 19 tahun pula, gadis itu menyertai latihan CTC Aviation iaitu latihan penerbangan khusus dan dua tahun kemudian dia mula bekerja sebagai seorang pembantu juruterbang di Easyjet.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka sama sekali bahawa saya akan bekerja dalam bidang penerbangan komersial.

"Hal ini kerana saya langsung tidak mempunyai kenalan dalam bidang ini yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan sumber inspirasi buat saya,” ujarnya.

McWilliams telah melepasi pelbagai proses latihan yang melayakkannya untuk bergelar kapten bertauliah pada usia yang cukup muda.

"Kini dia berjaya membuktikan bahawa usia itu hanyalah angka yang tidak membawa apa-apa makna.

Berkebolehan

Kate McWilliams

“Saya amat berbangga kerana saya berjaya membuktikan kebolehan saya dalam menerbangkan pesawat komersial yang lazimnya dikaitkan sebagai industri yang dinominasi oleh kaum lelaki,” sambung Kate lagi.

Kate merupakan antara lima peratus juruterbang wanita di dunia dan buat masa ini, dia menerbangkan pesawat jenis Airbus A319 dan Airbus A320 ke 100 destinasi sekitar Eropah.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Juruterbang Wanita Dunia, terdapat 130,000 orang juruterbang di seluruh dunia dan daripada bilangan tersebut, hanya 450 orang daripadanya adalah juruterbang wanita.

Kate McWilliams telah berjaya membuatkan lebih ramai lagi wanita di luar sana mahu menceburi dunia penerbangan sebagai seorang juruterbang.

Julie Westhorp yang merupakan jurucakap persatuan itu berkata, pencapaian Kate McWilliams adalah sesuatu yang amat membanggakan dan sewajarnya dijadikan sebagai inspirasi kepada wanita-wanita lain di luar sana.

“Ia menunjukkan bahawa wanita juga berani dan berkebolehan untuk menerbangkan pesawat dan mampu mencipta kejayaan dalam bidang penerbangan,” ujar Westhorp.

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan

Sumber: Kosmo

Uber Malaysia Perkenal Tambang Tetap Untuk UberX

Uber Malaysia Perkenal Tambang Tetap Untuk UberX

Uber bakal memperkenalkan tambang tetap untuk perjalanan, sebelum pengguna mula mendapatkan servis UberX.

Uber-Malaysia

Hanya masukkan lokasi diambil dan destinasi, pengguna akan dapat melihat terus tambang UberX yang akan dikenakan secara tepat.

Perkara ini sama seperti yang digunakan Grab, sejak pertama kali ia diperkenalkan. Grab mempamerkan tambang tetap perjalanan kepada pengguna, sebelum pengguna mendapatkan servis Grab.

Paparan tambang tetap di UberX ini masih lagi menggunakan kiraan jarak, masa dan keadaan trafik semasa perjalanan. Ia juga mengambil kira permintaan dan kesediaan pemandu UberX di kawasan sekitar.

Uber-Malaysia

Bermakna, walaupun anda meletakkan lokasi diambil dan destinasi yang sama, ia mungkin akan memaparkan tambang berbeza pada masa yang berlainan.

Pengguna tidak akan lagi melihat logo kilat ‘Surge’ jika terdapat permintaaan tinggi di sesuatu kawasan, sebaliknya ia akan diterus dibuat dalam pengiraan dan dipamerkan sebagai tambang akhir kepada pengguna.

Cara begini dilihat lebih memudahkan pengguna untuk memilih servis mana yang sesuai untuk mereka, selain menyediakan bajet lebih awal dengan tepat sebelum menaiki UberX.

Uber-Malaysia

Tambah Uber Malaysia lagi, fungsi ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna di Malaysia dalam beberapa minggu.

Ia akan menggantikan sistem tambang anggaran yang digunakan UberX selama ini. -Theskop

Uber Sedia Lancar Trak Pandu Sendiri Seawal 2017

Otto

Sementara itu, Uber yang baru-baru ini telah membeli sebuah syarikat trak iaitu Otto dengan harga $680 juta tidak menunggu lama untuk mengumumkan kerjasama mereka untuk menyediakan servis trak pandu sendiri seawal 2017 ini. Futuristik betul.

Lior Ron selaku Otto co-founder menjanjikan servis yang pantas dengan kerjasama bersama Uber.

Menurutnya lagi, pengguna cuma perlu membuat pesanan melalui aplikasi dan trak dijangka tiba kurang daripada 30 minit ke kediaman anda.

Otto trak ini akan digunakan sebagai sebahagian daripada servis Uber namun bakal membawa barang-barangan pelanggan.

Lebih menarik, menggunakan teknologi pandu sendiri berdasarkan tracking daripada GPS.

Agak menarik untuk melihat servis seperti ini digunakan secara komersial.

Kemungkinan kebergantungan kepada tenaga kerja dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan kos operasi.

Untuk pasaran Malaysia, mungkin kita terpaksa menunggu sedikit lama untuk teknologi seperti ini.

Teknologi ini masih di dalam fasa pengujian dan bakal digunakan sekitar US. -Thevocket

BACA INI JUGA: Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

Internet Burung Hantu Kembali Menghantui Xpax Turbo

Internet Burung Hantu Kembali Menghantui Xpax Turbo

Prabayar Xpax oleh Celcom dilahirkan semula dengan rupa serba baru. Selain logo yang baru, ia juga menerima nama baru dan kini dikenali sebagai Xpax Turbo.

Xpax Turbo

Perkara paling menarik di Xpax Turbo adalah kembalinya Internet Burung Hantu PERCUMA.

Xpax Turbo turut membawa beberapa pembaharuan berbanding pelan Magik SIM yang lama. Antaranya tiada lagi data berbaki dibawa ke depan, digantikan dengan Internet Burung Hantu sehingga 10GB sebulan.

Bagaimanapun, kuota Internet Burung Hantu ini dipecahkan secara harian, sebanyak 333MB sehari. Menjadikan jumlah 30 hari kepada 10GB.

Xpax Turbo

Mungkin ada yang masih tidak mengenali Internet Burung Hantu. Ia adalah kuota internet yang boleh digunakan khas di waktu tengah malam sahaja, atau di waktu burung hantu berjaga.

Bagi Xpax, Internet Burung Hantu boleh digunakan di antara jam 1 pagi sehingga 7 pagi.

Jika anda pelanggan baru, pek permulaan Xpax Turbo boleh dibeli berharga RM10. Di dalamnya ia tersedia kredit RM6, internet berkelajuan tinggi 200MB yang sah selama 7 hari, 500MB internet asas setiap bulan, 333MB Internet Burung Hantu harian serta kadar panggilan 24sen/minit dan 12sen SMS ke semua talian.

Xpax Turbo

Pelan Internet di Xpax Turbo turut diberi nafas baru. Pelan harian RM5 yang sah selama 3 hari, memberikan 200MB internet laju dan 100MB internet khas untuk Facebook.

Manakala pelan mingguan RM10 yang sah untuk 7 hari, memberi 600MB data berkelajuan tinggi, 600MB data untuk Facebook dan 300MB data untuk Youtube.

Pelan bulanan pula datang dalam 3 jenis. Dengan RM30 sebulan pengguna menerima 2GB internet berkelajuan tinggi, 1GB Facebook dan 1GB Youtube.

Langganan pelan RM50 pula memberi sejumlah 5GB internet pantas, 2GB Facebook dan 2GB Youtube.

Xpax Turbo

Jika masih tak cukup, pelan bulanan RM80 membolehkan pengguna menikmati 9GB internet pantas, 3GB Facebook dan 3GB Youtube.

Semua pelan internet Xpax Turbo ini boleh menikmati penstriman lagu Yonder Music Premium secara percuma.

Pek prabayar Xpax Turbo kini boleh dibeli di 10,000 pengedar di seluruh negara. Atau dapatkannya dalam talian di 11street, dan anda layak menambah nilai dengan diskaun 10% selama setahun.

Jika anda pengguna Xpax sedia ada dan mahu berhijrah ke pelan Xpax Turbo ini, hanya gunakan SMS dengan menaip MIG XPAX dan hantar ke 28882. Caj RM2 dikenakan untuk menukar pelan.

Untuk mendapatkan lebih info dan jawapan kepada persoalan yang terbuku di minda, layari laman web www.xpax.com.my.

BACA INI JUGA: Digi Postpaid Diperbaharui Tambahan 10GB Data Percuma!

Sumber: Theskop

Peraduan Biasiswa Percuma 'Tabung Bantuan Pendidikan' Colgate Bernilai RM100,000!

Peraduan Biasiswa Percuma 'Tabung Bantuan Pendidikan' Colgate Bernilai RM100,000!

Peraduan Colgate 'Kempen Tabung Bantuan Pendidikan' telah dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Malaysia dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Peraduan+Colgate

Peserta yang mempunyai anak berumur 6 ke 17 tahun pada tahun 2016 dan bersekolah (kerajaan, swasta, agama) di Malaysia sahaja.

Kempen ini berlangsung mulai 1 Oktober 2016 hingga 16 Disember 2016.

i. Hadiah Pemenang Pembiayaan Tabung Bantuan Pendidikan

a. Pembiayaan Utama - RM10,000 pembiayaan pendidikan x 8 Peserta

Nilai RM10,000 adalah hanya untuk kegunaan pembiayaan buku teks/rujukan, baju sekolah, pembiayaan tuisyen dan pembelian alat elektronik (seperti komputer, komputer riba) untuk anak yang dicalonkan sahaja. Pembelian alat elektronik hanya terhad kepada RM3,000 sahaja.

b. Pembiayaan Kedua – RM100 wang tunai x 200 Peserta

ii. Cara Penyertaan Peraduan 'Tabung Bantuan Pendidikan' Colgate

Peserta dikehendaki mendapatkan Kod Unik di bahagian dalam produk Colgate yang memaparkan imej Kempen “Pek Peraduan Tunggal/Kembar” seperti di bawah:

Peraduan+Colgate

Peserta boleh menyertai Kempen ini melalui 2 cara:

Cara 1

Melalui Sistem Pesanan Ringkas “SMS’
  • Hantar penyertaan dengan menaip mesej seperti di bawah ke 014 6196 828
  • COLGATE Kod Unik 8 Alpha Angka Nama Peserta Umur Anak Untuk Kempen ini
  • Sebagai contoh: COLGATE A1246723C Ali Bin Ahmad 10

Penghantaran SMS tertakluk kepada kadar biasa yang dikenakan oleh Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi. TIADA CAJ yang dikenakan oleh Penganjur bagi setiap SMS yang dihantar.

Perserta akan menerima balasan SMS pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 72 jam (pada hari bekerja).

Bukti SMS yang dihantar oleh para peserta tidak bermakna bukti bahawa SMS tersebut telah diterima oleh sistem SMS pihak Penganjur.

Cara 2

Melalui laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com.

Layari tab “Cara Penyertaan” di laman sesawang ColgateTabungPendidikan.com dan lengkapkan semua butiran dengan tepat, termasuk kod unik.

Peserta peraduan akan mendapat balasan melalui laman sesawang peraduan selepas setiap penyertaan yang sah dan juga akan mendapat balasan SMS dalam tempoh masa 72 jam (pada hari bekerja).

Peserta hanya perlu menunjukkan number telefon yang digunakan dalam penyertaan sebagai bukti penyertaaan semasa penebusan hadiah.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan Kod Unik.

Setiap 1 kod unik dari Pek Peraduan Tunggal layak untuk 1 kali penyertaan. Setiap 1 kod unik dari Pek Peraduan Kembar layak untuk 2 kali penyertaan.

iii. Fasa Pemilihan

Proses pemilihan dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti yang diterangkan di bawah.

Fasa dan Tempoh Proses

Fasa 1

  • Pusingan A: 01 Oktober 2016 – 16 Oktober 2016
  • Pusingan B: 17 Oktober 2016 – 6 November 2016
  • Pusingan C: 7 November 2016 – 27 November 2016
  • Pusingan D: 28 November 2016 – 16 Disember 2016

Setiap Peserta yang memenuhi kriteria penyertaan secara automatik memasuki Fasa 1.

Selepas tamat setiap satu pusingan (A ke D), 52 Peserta akan dipilih.

Fasa 2

  • Selepas tamat setiap satu pusingan
  • 52 Peserta yang dipilih akan ditemu bual

Fasa 3

  • Selepas bertemu bual dengan Peserta
  • Peringkat Pemilihan dan Pengumuman

Peserta yang tidak layak ke Fasa 2 digalakkan menyertai sekali lagi di pusingan yang seterusnya.

Peringatan: Penyertaan kod unik yang tidak dipilih di Pusingan A tidak lagi layak ke Pusingan B.

Peserta dipilih memasuki Fasa 2 akan menerima panggilan telefon (Isnin – Jumaat, jam 12 pg – 5 ptg) ataupun SMS untuk kelayakan ke Fasa seterusnya.


Layari laman web jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini untuk mengetahui terma dan syarat; Colgatetabungpendidikan.com

Selamat berjaya..

BACA INI JUGA: 10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

-Sentiasapanas.com

Pengusaha Pusat Rawatan Islam Caj Melampau RM32,800 Rupanya Pesakit Mental

Pengusaha Pusat Rawatan Islam Caj Melampau RM32,800 Rupanya Pesakit Mental

Salah seorang daripada pasangan suami isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin, Melaka yang menjadi kontroversi gara-gara caj melampau RM32,800, rupa-rupanya pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental.

Pusat rawatan islam

Perkara ini disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, di mana semakan mendapati wanita berusia 35 tahun itu menjadi pemegang kad OKU sejak 2012 dan menerima elaun pekerja cacat seba­nyak RM350 sebulan.

Menurut Pengarah JKM, Burhanuddin Bachik berkata bantuan elaun tu diterima wanita itu sejak 2014 dan ia masih diteruskan hingga hujung tahun ini.

Ekoran itu, JKM akan membuat kajian semula bagi menentukan bantuan tersebut layak disambung semula atau sebaliknya.

Pusat rawatan berkenaan yang beroperasi di rumah persendirian itu diuruskan oleh pasangan suami isteri berusia 42 dan 35 tahun namun hanya pihak lelaki yang mengubati pesakit manakala wanita pula membantu dalam aspek pengurusan.

Terdahulu, sebuah pusat rawatan Islam di Jasin diserbu pasukan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri selepas resit caj perubatan premis itu yang terlalu melampau menjadi viral di laman sosial.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Mynewshub

Abu Sayaff Tuntut Wang Tebusan RM2 Juta Mangsa Culik Lahad Datu

Abu Sayaff Tuntut Wang Tebusan RM2 Juta Mangsa Culik Lahad Datu

Keluarga lima lelaki yang diculik di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah, Julai lalu, mendakwa kumpulan militan Abu Sayaff di selatan Filipina, mengugut mereka meminta wang tebusan.

Keluarga+Mangsa+Culik
Anggota keluarga mangsa culik.

Gustiah Sultan, 46, isteri Tayudin Anjut, 45, seorang daripada mangsa culik itu berkata, keluarga semua mangsa culik kerap menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu meminta wang tebusan.

"Panggilan terakhir kami terima pada 4.19 petang Rabu lalu (12 Oktober) meminta RM2 juta dalam tempoh empat hari.

“Mereka mengancam memenggal kepala tebusan jika gagal membayar wang tebusan itu... tetapi kami merayu diberi tempoh lebih lama," katanya di sini, hari ini.

Gustiah yang bercakap mewakili keluarga semua mangsa culik berkata, mereka berasa amat terdesak dan berharap mendapat bantuan diperlukan supaya mangsa dapat pulang dengan selamat.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia, kru kapal tunda diculik. Empat lagi mangsa ialah Abd Rahim Summas, 62, Fandy Bakran, 26, Mohamad Jumadil Rahim, 23, semua dari daerah ini, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Pahang.

Gustiah berkata, keluarga juga amat bimbang apabila mendengar khabar Abd Rahim dipisahkan daripada empat tebusan yang lain.

"Ketika suami saya menelefon, dia memberitahu sepupu saya bahawa Rahim diasingkan daripada mereka dan tidak tahu ke mana Rahim dibawa pergi," katanya.

Kapal tunda dinaiki mangsa, Serudong 3, dirampas kumpulan itu ketika melalui perairan Dent Haven dalam pelayaran ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di beting pasir dalam keadaan enjin hidup manakala barangan di dalamnya berselerak.

BACA INI JUGA: Mangsa Penculikan Lahad Datu Mohon Bantuan, Dipukul Dan Tidak Cukup Makan!

Sumber: Hmetro

Tuesday, October 18, 2016

Lelaki Nigeria Yang Punya 97 Isteri Nak Kahwin Lagi!

Lelaki Nigeria Yang Punya 97 Isteri Nak Kahwin Lagi!

Mohammed Bello Aboubakar berasal dari Bida, Nigeria pernah berkahwin dengan 107 wanita dan mendakwa tindakannya itu adalah demi memenuhi seruan Ilahi.

Bello+Nigeria

Namun, lelaki warga Nigeria berusia 92 tahun ini berkeras untuk terus mendirikan rumah tangga kerana mendakwa dirinya masih lagi ‘mampu’.

Menurut sebuah laman web negara itu, Punch, Mohammed Bello pernah bercerai sebanyak 10 kali menjadikan bilangan isterinya yang ada dan masih bertahan dengannya ialah berjumlah 97 orang.

Tambah laman itu, sebahagian besar dari 185 anaknya ada yang telah meninggal dunia.

Namun warga emas ini masih ‘bertenaga’ untuk berkahwin lagi dan menolak khabar angin yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia.

“Sayangku, saya masih hidup, bernafas dan sangat sihat.

“Khabar angin itu tidak berasas dan disebarkan mereka yang tidak menyukai saya kerana mereka iri hati atas anugerah Tuhan kepada saya.

“Apa yang saya lakukan selama ini adalah panggilan Tuhan.

"Ini adalah tugas dari Tuhan dan saya akan tetap melakukannya hingga akhir hayat saya,” jelasnya.

Terdahulu, Mohammed Bello pernah viral memiliki 86 orang isteri dan kisahnya menjadi bualan hangat media massa seluruh dunia.

Malah, dia juga pernah berselisih pendapat dengan ulama negara itu dengan bilangan wanita yang boleh dipoligami.

Bello+Nigeria

Menurut Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan mempunyai maksimum empat orang isteri sekiranya dia mampu untuk melayani semua isterinya dengan adil.

Walau bagaimanapun, dalam tafsiran Mohammed Bello, ajaran Islam tidak memberi seseorang batasan seberapa banyak wanita yang boleh dinikahi selagi lelaki itu sihat dan mampu melakukannya.

Susulan fahaman yang salah itu, Mohammed Bello ditahan pada 2008 atas perintah Mahkamah Syariah namun dibebaskan pada tahun sama.

Pembebasan itu disertakan dengan syarat bahawa dia perlu menceraikan 82 daripada 86 isterinya, namun Bello tidak mengendahkan hal tersebut.

BACA INI JUGA: Cara Kebaskan Zakar Secara Semulajadi Agar Tahan Lama

Sumber: Mynewshub

Jakim Nafi Keluar Kenyataan Auntie Anne’s Tidak Halal

Jakim Nafi Keluar Kenyataan Auntie Anne’s Tidak Halal

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu halal Kiosk Auntie Anne’s di laman Facebook rasmi mereka.

Auntie Anne’s Halal

Jakim menerusi Unit Hal Ehwal Korporat, Bahagian Hab Halal menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyatakan Auntie Anne’s tidak halal seperti yang diwar-warkan di media sosial baru-baru ini.

Jakim walau bagaimanapun menjelaskan, sehingga ke hari ini belum ada lagi outlet Auntie Anne’s yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia walaupun syarikat itu pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkannya sebelum ini.

“Untuk makluman pengguna, sehingga ke hari ini, belum ada lagi outlet Auntie Anne’s yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan.

Auntie Anne’s

Auntie Anne’s
“Namun, selepas beberapa penambaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne’s adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan telah memasuki fasa proses audit halal bagi Central Kitchen (Dapur Berpusat).

“Oleh itu, perlu ditegaskan di sini bahawa dakwaan kononnya Jakim mengesahkan produk makanan Auntie Anne’s TIDAK HALAL adalah tidak benar sama sekali,” jelas Jakim lagi.

Jakim turut menasihatkan sekiranya mempunyai keraguan mengenai mana-mana premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh terus melayari direktori halal di www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Sumber: Mynewshub