Sunday, October 16, 2016

Azrinaz Tampil Berhijab Selepas Cinta Tak Kesampaian?!

Azrinaz Tampil Berhijab Selepas Cinta Tak Kesampaian?!

Hasrat bekas persona­liti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim untuk berhijab akhir­nya termakbul apabila be­liau membuat keputusan menutup aurat pada 1 Muharam lalu.

Azrinaz Mazhar Hakim

Mengambil keberkatan hari penuh kemuliaan untuk bertudung, Azrinaz menyifatkan penghijrahan itu memberikan ketenangan yang amat luar biasa kepadanya.

Bagi Azrinaz, keputusan yang diambil itu semata-mata kera­na memenuhi tuntutan agama dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa isu melibatkan periba­dinya seperti yang dilaporkan di media sebelum ini.

Kesyukuran juga dipanjatkan Azrinaz kepada Allah kerana niat untuk berhijrah juga mula terlintas di fikirannya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 23 September lalu.

“Kebetulan ketika meraikan u­lang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung.

"Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” kata Azrinaz dalam satu perbualan dengan Mingguan Malaysia.

Azrinaz yang kini berada di Dubai atas urusan perniagaan turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan penghijrahan imej yang dilakukannya.

Sokongan orang-orang di sekeliling, kata Azrinaz, membuatkannya bertambah yakin bahawa penghijrahan itu adalah yang terbaik untuk masa depannya.

Kata Azrinaz, sebelum nekad menutup aurat, beliau terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu agama.

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelas Azrinaz lagi.

Dalam perbualan itu juga, Azrinaz berkata, pada masa ini, beliau selesa memberi tum­puan terhadap perniagaannya.

Perniagaan yang diusahakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassa­nal Bolkiah itu juga me­nun­tutnya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Dubai selepas ini.

Ketika ditanya mengenai spekulasi hubu­ngan cintanya dengan ikon fesyen, Wak Doyok yang dilaporkan sudah berakhir, Azrinaz menyifatkan perkara itu sebagai tiada isu.

Bahkan, beliau juga enggan berkongsi apa-apa me­nge­nai hal itu kerana baginya banyak lagi per­kara lebih penting yang harus diberi keutamaan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Aksi Silat Melayu Ben Affleck Dalam Filem The Accountant!

Aksi Silat Melayu Ben Affleck Dalam Filem The Accountant!

Dalam filem terbaharu The Accountant, Ben Affleck telah mempelajari seni mempertahankan diri silat bagi memenuhi keperluan untuk karakter terbarunya itu.

Ben Affleck

Menerusi satu transkrip temuramah yang disediakan oleh Warner Bros, Ben Affleck berkata dia mendapati silat sebagai satu seni mempertahankan diri yang menarik.

"Silat adalah satu seni mempertahankan diri yang jarang dilihat dalam filem-filem sebelum ini, jadi pertarungan dalam filem ini (The Accountant) lebih kelihatan baru dan 'segar'.

"Kerana saya tidak boleh memakai topeng (seperti filem Batman) saya terpaksa melakukan banyak aksi-aksi dalam filem itu sendiri.

"Saya menghabiskan banyak masa belajar koreografi, berlatih dan mengamalkan seni ini berbulan-bulan sebelum penggambaran.

"Ianya sangat sukar, tetapi apabila dapat digerakkan dengan betul, ia kelihatan benar-benar elegen dan cantik, walaupun ia adalah sebahagian dari perang."

Filem The Accountant adalah filem arahan Gavin O'Connor yang mana akan menampilkan Ben Affleck memainkan watak cerdik matematik yang suka 'bercakap dengan nombor' berbanding manusia, Christian Wolff.

Tetapi apa kaitan akauntan yang sukakan nombor dengan silat?

Di dalam filem The Accountant, Christian merupakan akauntan kepada beberapa organisasi mafia paling berbahaya di dunia.

Sinopsis Filem The Accountant

Ben Affleck

Seorang akauntan sektor kerajaan ini bersikap biasa pada waktu kerja, tetapi pada waktu malam dia merupakan seorang pembunuh upahan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18 (Unsur-unsur ganas, seram, seks, politik, agama dan kebudayaan).
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2016
Genre: Aksi / Ngeri
Durasi: 2 Jam 8 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Ben Affleck, Anna Kendrick, J.K. Simmons, Jon Bernthal, Cynthia Addai-Robinson
Pengarah: Gavin O'Connor
Format: 2D

Filem The Accountant dijadualkan menemui peminat pada 20 Oktober ini.

Saksikan trailer filem The Accountant di YouTube.

BACA INI JUGA: Video Ben Affleck Pertahan Islam Dari Kutukan Yahudi!

Sumber: Siakapkeli | Cinema

Gambar Lindsay Lohan Bertudung Gempar Peminat!

Gambar Lindsay Lohan Bertudung Gempar Peminat!

Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi sekali lagi menggemparkan peminatnya apabila memuat naik gambar sedang memakai hijab.

Lindsay Lohan Berhijab

Menerusi Instagramnya, Lindsay Lohan dilihat mengenakan maxi dress dan tudung corak bunga-bunga disamping seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian di Gaziantep, Turki.

Bersama gambar yang dimuat naik itu, Lohan membuat kapsyen berbunyi, “Saya bertemu seorang pekerja bantuan (Azize) di Kem Pelarian di Antep.

"Apabila saya memuji kecantikan tudung yang dipakainya, dia melambai ke arah saya dan mengatakan ‘Mari ikut saya’.

"Saya pun pergi ke arahnya dan dia menghadiahkan tudung ini kepada saya.

"Saya amat terharu dan tersentuh dengan hadiah ini maka saya memakainya sebagai tanda penghargaan atas sikap murah hati dan kasih sayang yang saya terima daripada semua orang di kem tersebut. Terima kasih.”

Terdahulu, Lindsay Lohan pernah mengejutkan peminatnya apabila dilihat memeluk senaskah Al-Quran malah pernah memuat naik ayat Al-Qur'an di Instagramnya.

Pelakon wanita yang pernah membintangi filem I Know Who Killed Me dan Mean Girls itu mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.

Malah menerusi kata-kata Lohan kepada sebuah laman antarabangsa, dia akui sedang mengenali Islam kerana rasa ingin tahu dan bersikap terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.

“Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain,” katanya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub

Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Barangan elektronik terutamanya, sering kali menjadi mangsa ciplak daripada pihak yang tidak bertanggung-jawab. Iphone juga tidak ketinggalan menjadi mangsa plagiat.

iPhone Palsu

Tidak ada seorangpun yang rela ditipu semasa berurus-niaga, lebih-lebih lagi jika melibatkan satu jumlah yang besar.

Memang tidak dinafikan bahawa cara yang paling selamat untuk membeli Iphone adalah melalui pengedar bertauliah seperti Machine. Tetapi ada satu ketika yang seseorang itu terpaksa membeli Iphone daripada saluran yang lain atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin juga anda ingin membeli iPhone yang suda di-refurbished. Set refurbished adalah produk yang sudah dibaik pulih sama ada oleh Apple sendiri mahu pun pihak ke tiga.

Jadi, anda perlu lebih teliti semasa berurusan bagi mengelakkan menjadi mangsa barangan palsu.

Lima langkah berikut kami garapkan sebagai panduan anda.

1. Periksa Keadaan Fizikal Telefon

iPhone Palsu

Perbandingan rupa luaran adalah langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan bagi membezakan telefon tiruan daripada yang sebenar.

Hanya jauhari akan kenal manikam, jika ada dalam kalangan rakan anda ialah seorang pengguna iPhone, boleh bawanya bersama untuk mengecam.

Jika tiada, anda boleh mencari maklumat daripada Internet tentang iPhone.

Maklumat seperti gambar, berat, dimensi, dan warna memang tersedia di laman web rasmi Apple.

Tetapi, penciplak kini semakin bijak. Sudah tentu mereka tiada masalah untuk meniru rupa fizikal.

Yang perlu dilihat pengguna adalah pada fungsi dan sistem operasinya kerana walaupun mereka mahu, ia sangatlah jerih untuk meniru dan mungkin menelan belanja yang besar dan mematikan objektif untuk menghasilkan iPhone yang lebih murah.

2. Guna Fungsi 3D Touch

iPhone Palsu

3D Touch adalah fungsi baru yang ada pada telefon bermula daripada iPhone 6S. Ia membawakan satu dimensi baru dalam interaksi pengguna dengan sistem operasi.

Teknologi ini memanfaatkan lapisan digitizer yang melapisi panel paparan iPhone. Ia boleh membezakan daya sentuhan penggunanya untuk memberikan reaksi yang berbeza.

Misalnya apabila pengguna menggunakan aplikasi melukis, mereka boleh melakukan lorekkan bayang yang pekat dan nipis mengikut daya yang dikenakan ke atas paparan iPhone.

Oleh sebab 3D Touch memerlukan gandingan sistem operasi dan perkakasan untuk beroperasi, iPhone tiruan yang lebih murah tidak mungkin dapat mereplikasi fungsi ini.

3. Beri Arahan Guna Siri

iPhone Palsu

Siri adalah seorang pembantu maya. Ia diperkenalkan oleh Apple bermula pada iOS 5 dan mula digunkan pada iPhone 4S pada tahun 2011. Sejak itu ia terus ditambah baik.

Terkini, pengguna boleh mengajar siri untuk mengaitkan seseorang dengan ganti nama, misalnya “Aisyah Jamil ialah ibu saya”.

Jadi, setiap kali kita mengarahkan siri untuk memanggil ibu, ia akan memanggil Aisyah Jamil.

Siri memerlukan enjin pemproses yang pantas untuk menapis segala jenis maklumat. Jadi siri memerlukan sambungan Internet untuk berkomunikasi dengan pelayan Apple.

Tidak mungkin sistem operasi tiruan boleh berhubung dengan pelayan yang mengedalikan Siri.

4. Nyah Kunci Telefon Guna Touch ID

iPhone Palsu

TouchI D adalah fungsi pengimbas cap jari yang dibangunkan Apple. Ia diperkenalkan bermula iPhone 5s dan pada iPhone 6s, TouchID generasi kedua yang lebih pantas dan jitu diperkenalkan.

Touch ID terletak pada butang home dan dibuat daripada kristal nilam dan jika dicalarkan TouchID tidak akan berfungsi.

Touch ID menambah satu lagi lapisan keselamatan untuk melengkapi fungsi kod laluan yang ada pada iPhone sekarang.

Data cap jari pengguna disimpan dalam cip pemproses telefon itu sendiri dan tidak akan dikongsi dengan pelayan Apple sendiri.

Jika telefon sudah mengalami reboot atau tidak pernah dinyah kunci untuk 48 jam, Touch ID tidak boleh digunakan.

Jelas sekali komponen TouchID ini tidak mudah untuk ditiru dan boleh menjadi salah satu tolok untuk menguji ketulenan sesebuah telefon.

5. Periksa Status Jaminan

iPhone Palsu

Apple memang terkenal dengan servis selepas beliannya yang mantap. Sebab itulah ramai yang lebih selesa menggunakan produk Apple walaupun ia mahal kerana mereka yakin tentang keutuhan produk dan perkhidmatannya.

Setiap produk Apple memiliki nombor sirinya yang unik. Ia boleh digunkaan untuk memeriksa status jaminan.

Pada telefon anda, pergi ke Setting > General > About. Catat nombor siri tersebut, kemudian masukkan butirannya di https://checkcoverage.apple.com/.

Jika telefon anda asli, sudah tentu maklumat telefon anda ada dalam pengkalan data mereka.

Jika telefon tidak dapat dhidupkan anda bolehlah mencari nombor siri telefon di kotak produk, iTunes, dan resit pembelian.

Kesimpulan

Kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan daripada tertipu. Meluangkan sedikit masa dengan melakukan pembacaan boleh meningkatkan pengetahuan kita bagi menutup setiap ruang eksploitasi yang boleh dimanfaatkan orang lain.

Untuk golongan yangb berminat untuk membeli, mereka sentiasa perlu mengekori rapat perkembangan produk itu sendiri dan tahu tentang ciri-ciri terbaru yang ada padanya.

Produk-produk Apple memiliki ekosistemnya yang tersendiri. Setiap produknya berharmoni antara satu sama lain daripada segi kesesuaian dan saling bergantungan.

Maka, produk iPhone yang tulen semestinya boleh memanfaatkan semua kebaikkan yang ada seperti iCloud.

Kebiasaannya, iPhone tiruan akan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubah suai antara mukanya untuk menjadi seakan-akan iOS.

Sungguhpun begitu, pengguna yang bijak dengn mudah sekali dapat membezakan antara kedua-duanya.

BACA INI JUGA: iPhone, Alat Perisikan Amerika Syarikat!

Sumber: Theskop

'Sebulan Bekerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Buat Saya Sedar Realiti Sebenar'

'Sebulan Bekerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Buat Saya Sedar Realiti Sebenar'

Ramai rakyat Malaysia tertarik dengan gaji lumayan sebagai pemetik buah di Australia yang menjanjikan pendapatan sehingga RM10 ribu sebulan.

Azliza Wasnin

Sehinggakan ada yang sanggup menggadaikan kereta atau meminjam wang daripada rakan-rakan dan saudara demi mengejar peluang keemasan itu.

Namun, sejauh manakah ketelusan tawaran pekerjaan itu dan adakah ia bebas daripada penipuan? Adakah mereka berjaya untuk melepasi imigresen Australia yang begitu ketat bagi merealisasikan impian mereka?

Ikuti pengalaman saya sendiri semasa bekerja di negara kanggaru itu selama sebulan.

Sejujurnya, faktor gaji lumayan mendorong saya mencuba nasib di Australia. Kebetulan pula saya mempunyai rakan yang telah lama bekerja di sana dan dia yang banyak membantu dalam mencari pekerjaan.

Berbekalkan 400 dolar di tangan dan harapan tinggi menggunung saya membawa diri ke Perth. Saya ditempatkan di ladang sayur kira-kira sejam perjalanan dari bandar.

Di situlah tempat saya tinggal dan bekerja. Saya perlu menjalani latihan selama 2 minggu di ladang sayur kepunyaan orang Malaysia sebelum ditempatkan di sebuah ladang beri biru berdekatan dengan kawasan rumah.

Saya sampai pada bulan Ogos, iaitu bulan terakhir dalam musim sejuk. Namun cuaca di sana sangat sejuk kerana kedudukan jauh di pedalaman.

Suhu pada awal pagi sangat sejuk dan beransur-ansur panas pada waktu tengahari tetapi kehadiran angin sejuk cukup membuatkan saya menggigil dan kemudiannya ia kembali sejuk pada waktu malam.

Kadangkala suhu pada waktu malam boleh mencecah 5 darjah selsius. Krim perlindungan matahari amat diperlukan jika bekerja di ladang kerana sinaran UV amat tinggi ketika cuaca terik.

Jadi, jangan tertipu dengan angin sejuk walaupun matahari berdiri tegak di atas langit.

Setiap mereka yang bekerja di ladang ini akan ditempatkan di rumah sewa dan perlu membayar sewa bulanan sebanyak 100 dolar seminggu.

Rumah kami mempunyai lebih kurang 5 bilik dan setiap bilik memuatkan 5 hingga 6 orang dan keadaan rumah tidak kurang seperti rumah setinggan di Malaysia.

Hanya terdapat 2 tandas yang digunakan untuk 30 orang. Bayangkan, bagaimana kami perlu mengatur waktu mandi kami pada setiap hari.

Dapur berkonsepkan terbuka membuatkan kami kesejukan jika memasak pada waktu pagi dan malam.

Kami selalu sahaja berdepan masalah bekalan elektrik terputus dan kebanyakan berlaku pada waktu pagi ketika kami masih diulit mimpi. Bayangkan bagaimana kami tidur dalam kesejukan.

Pemanas juga tidak disediakan dan kami terpaksa membeli sendiri. Saya tidur berbekalkan dua sleeping bag dan memakai seberapa banyak baju untuk kekal panas.

Semasa latihan 2 minggu di ladang sayur, saya menaiki traktor dan kereta untuk ke tempat kerja yang terletak dekat dengan tempat tinggal saya. Waktu berkerja tidak tentu bergantung kepada budi bicara supervisor.

Kadang-kadang berkerja mulai jam 7.30 hingga 8 pagi dan berakhir pada sekitar jam 4 hingga 6 petang.

Cabaran bekerja di negara asing

Azliza Wasnin

Di Australia, kita dilayan seperti kuli dan kudrat kita dikerah sepenuhnya bagi memenuhi standard mereka yang tinggi. Tidak kira hujan panas, kerja perlu disiapkan dengan cepat dan berkualiti.

Majikan di sana tidak suka mereka yang lambat membuat kerja. Konsep cepat dan tepat digunapakai diseluruh Australia.

Pengalaman buruk saya ketika menanam kacang pada waktu hujan. Saya menggigil kesejukan dibasahi.

Pada masa itu, tiada apa yang difikirkan melainkan ingin pulang semula ke tanah air. Namun, saya kuatkan semangat kerana saya tahu itu jalan yang dipilih.

Sebelum bekerja di ladang anda perlu tahu bahawa kerja di ladang juga terbahagi kepada 2 jenis.

Pertama, gaji dibayar mengikut jam. Purata gaji dibayar 13-25 dolar sejam dan waktu berkerja 6 hingga 8 jam. Semua kerja perlu dilakukan dengan pantas.

Kedua, gaji dibayar secara kontrak mengikut berapa banyak buah yang dikutip. Ia juga bergantung kepada ladang dan bos itu sendiri.

Mengikut pengalaman rakan saya yang pernah bekerja di ladang strawberi, dia dibayar lebih kurang 1.40 dolar setiap bakul strawberi yang berjaya dikutip.

Gaji bergantung kepada tahap kelajuan anda untuk mengutip seberapa banyak buah yang anda mampu.

Saya bernasib baik kerana diberi kerja berdasarkan kontrak. Seminggu bekerja di sana sama dengan kerja sebulan di Malaysia.

Makanan halal juga mudah didapati dan barangan dapur di sana murah dan saya mampu makan mewah setiap minggu berbanding di Malaysia.

Nasihat saya kepada anda yang ingin bekerja di Australia, sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang keburukan. Realiti menjadi pemetik buah tidak seindah seperti yang anda sangka.

Anda perlu berkerja keras untuk mendapatkan hasil lumayan

Azliza Wasnin

Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada yang datang ke Australia gagal mendapatkan pekerjaan, ada yang hanya bekerja beberapa jam setiap minggu dan yang mana bernasib baik dapat bekerja setiap hari dalam masa yang tetap.

Nasib setiap orang berbeza-beza dan jangan membandingkan diri dengan orang lain.

Ada juga mereka yang menjadi mangsa penipuan ejen dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Bagi saya, pemergian ke sana adalah atas risiko anda sendiri dan tidak perlu menyalahkan sesiapa. Jika anda berjaya melepasi imigresen Australia, anda cukup bernasib baik.

Rezeki itu akan datang samada lambat atau cepat. Hanya mereka yang hati kental sahaja dapat bertahan.

Berada di sana sebulan cukup menginsafkan diri saya. Saya belajar untuk mensyukuri, menghargai dan berterima kasih atas apa yang saya ada dan jangan memandang rendah pada mereka yang berada di bawah.

BACA INI JUGA: Kerja Petik Buah Di Australia Yang Hanya Indah Khabar

Sumber: Thevocket

Saturday, October 15, 2016

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Disebuah perkampungan, kelihatan sejumlah besar pokok yang hidup subur dalam saiz yang berbeza-beza.

Kubur dalam pokok
Sumber gambar: pojiegraphy

Bagaimanapun, selepas melihat dari jarak dekat, ada sesuatu yang agak pelik. Terdapat bentuk segi empat pada permukaan pokok, seolah-olah ditampal.

Peliknya, hanya pokok bersaiz besar sahaja yang memiliki corak begitu.

Bentuk segi empat itu sebenarnya merupakan kubur manusia! Kubur di dalam batang pokok!

Walaupun kedengaran sangat janggal, perkara ini sebenarnya merupakan budaya suku kaum Toraja.

Perkuburan pokok ini terletak di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan.

Lebih menggerunkan, kubur pada batang pokok ini dimiliki oleh mayat bayi yang berusia enam bulan ke bawah.

Kubur
Sumber gambar: soloraya

Namun, mayat-mayat bayi ini bukanlah mati dibunuh, sebaliknya meninggal dunia atas sebab-sebab semulajadi.

Masyarakat Toraja yakin, dengan cara tersebut mayat diserap ke dalam alam semulajadi dengan mudah.

Pokok-pokok besar ini pula diberi nama Banyan. Saiz yang besar dan tinggi membolehkan setiap pokok ditanam dengan jumlah mayat bayi yang ramai.

Penduduk akan mula menebuk lubang sejurus menerima berita tentang kematian bayi berlaku. Anggaran lubang yang ditebuk pula berdasarkan kepada saiz seorang bayi.

Sementara itu, ibu bapa yang kematian bayi tersebut akan membalut jasad bayi dengan menggunakan kain.

Kemudian, mayat bayi tersebut akan diletakkan ke dalam lubang pokok yang telah disediakan.

Setelah selesai, lubang itu akan ditutup dan dikemaskan dengan susunan besi yang menyerupai sangkar.

Kubur

Ia bertujuan supaya kubur dalam pokok itu terus berada dalam keadaan kekal dan terbuka.

Selesai pengebumian, maka bermulalah kehidupan baru bayi tersebut di alam barzakh.

Masyarakat Toraja percaya, roh anak-anak yang mati akan mula diterbangkan sejurus selesai upacara pengebumian.

Namun, amalan menanam mayat bayi di dalam pokok tidak lagi diamalkan sejak tahun 1900.

BACA INI JUGA: Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

-Sentiasapanas.com

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Adakah anak-anak anda suka makan nasi ayam dan tidak bosan memakannya? Walhal, hampir semua anak suka makan nasi ayam.

Nasi Ayam

Tetapi jika tiap hari kita pergi ke kedai untuk beli nasi ayam, harganya bukanlah murah sangat kan.

Sebaiknya anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan boleh menjemput anak untuk masak sama-sama.

Resepi nasi ayam ini memang paling sedap dan simple. Nasinya sedap dan ayamnya pun sedap.

Kalau anda belum tahu bagaimana cara membuat nasi ayam, saya sudah sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun menggunakan banyak bahan dan nampak sukar, tapi sebenarnya simple.

Resepi Nasi Ayam Sedap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – di potong 8
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 2 cm halia – di tumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam
  • susu full cream
  • garam
  • serbuk ayam
  • gula
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara masak ayam:
  • Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  • Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  • Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  • Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  • Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  • Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  • Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  • Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.

Cara buat nasi ayam:
  • Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  • Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  • Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  • Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  • Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  • Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:
  • Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  • Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.

Cara buat sos nasi ayam:
  • Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  • Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  • Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  • Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  • Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  • Angkat dan letakkan di mangkuk.

Sebagai petua terakhir, pastikan ayam tidak direbus lama sangat kerana ayam akan hancur apabila menggoreng.

Selamat mencuba resepi nasi ayam paling sedap dan simple ini.

BACA INI JUGA: Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Sumber: myresepi

Oksana Neveselaya Guru Matematik Paling Cantik Di Dunia!

Oksana Neveselaya Guru Matematik Paling Cantik Di Dunia!

Oksana Neveselaya, seorang cikgu Matematik yang berasal dari Belarus dinobatkan oleh pengguna inetrnet sebagai guru matematik paling cantik dan seksi di dunia.

Oksana Neveselaya

Dan berita gembira buat kaum lelaki kerana Oksana Neveselaya, cikgu Matematik yang digelar sebagai paling cantik dan seksi di dunia itu kini telah bercuti di Malaysia.

Menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagramnya, Oksana Neveselaya sudah pun berada di negara ini.

Oksana Neveselaya in Malaysia
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya

Gadis kelahiran Belarus ini dilihat menikmati percutiannya di lokasi pelancongan terkenal sekitar Kuala Lumpur, Batu Caves dan Langkawi.

Sebelum ini juga, seorang guru Korea yang cantik pernah viral kerana dikatakan pelajarnya rajin hadir ke sekolah semata-mata mahu melihat guru itu.

Oksana Neveselaya kini menjadi bualan hangat seantero dunia apabila videonya sedang mengajar Matematik dalam sebuah kelas menjadi viral di internet.

Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya
Oksana Neveselaya

Populariti yang dikecapi dalam sekelip mata ini membuatkan pengikut di laman Instagramnya bertambah secara mendadak dan kini mencecah 345,000 orang sehingga kini.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi


Sumber: Mynewshub

Apa Itu Sambutan No Bra Day?

Apa Itu Sambutan No Bra Day?

Wanita di seluruh dunia pada 13 Oktober setiap tahun akan meraikan Hari Tanpa Bra atau #NoBraDay bagi memberikan peringatan kepada semua wanita diseluruh dunia untuk menjalani pemeriksaan mammogram yang diperkenalkan pada tahun 2011.

#NoBraDay

Namun, di Amerika Syarikat pula No Bra Day disambut pada setiap 9 Julai sempena Breast Cancer Awareness Month manakala No Bra Day "diraikan" di seluruh dunia pada setiap 13 Oktober untuk meningkatkan kesedaran awam terutamanya wanita tentang kanser payudara.

Pada tanggal itu, hashtag #NoBraDay biasanya akan trending di laman-laman sosial untuk mengajak wanita bagi menyokong ‘gerakan mini’ yang memperjuangkan nasib penghidap barah nombor satu yang menyerang wanita di seluruh dunia.

Bagaimanapun, No Bra Day ini tidak mendapat sambutan secara meluas kerana tanggapan orang ramai terhadap payudara yang secara amnya selalu dipandang sebagai objek seksual semata-mata.

Namun, penyokong No Bra Day menekankan bahawa sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa pemakaian coli sebenarnya dianggap sebagai satu ‘beban’ yang menyekat kebebasan dan keselesaan.

Suka ataupun tidak, No Bra Day sudah tentu akan tetap menjadi kontroversi terutamanya di kalangan masyarakat sejagat hatta di Barat sekalipun.

Di bawah ini adalah lima fakta tentang mengapa amalan tidak memakai coli mungkin logik untuk dipraktikkan:

1. Bra Tidak Lakukan Apa-Apa Untuk Payu Dara

Satu kajian daripada Universiti Franche-Comte di Perancis oleh Prof. Jean-Dennis Rouillon mendapati otot payu dara wanita yang todak memakai coli lebih kuat berbanding wanita yang memakainya.

Kajian yang sama, mendalami responden wanita selama 15 tahun, mendapati bahawa bra tidak membantu untuk meningkatkan kesihatan atau rupa bentuk payu dara wanita.

2. Tidak Memakai Bra Melancarkan Edaran Darah

Bra yang ketat menyukarkan pergerakan darah sekaligus mengakibatkan ketidakselesaan namun, buah dada yang tidak disokong oleh bra akan lebih tegang dan sihat kerana peredaran darah yang baik.

3. Payu Dara Lebih Tegang

Kajian Rouillon mendapati bahawa puting wanita yang tidak memakai bra akan timbul 7 milimeter lebih daripada wanita yang memakai bra.

4. Lebih Selesa

Wanita berasa lega dan selesa setiap kali menanggalkan bra mereka.

5. Tidak Memakai Bra Menjadikan Anda Lebih ‘Dekat’ Dengan Payudara Anda

Ya, ‘hubungan’ anda dengan payu dara akan lebih rapat kerana anda berpeluang untuk menyentuh bahagian itu tanpa halangan bra yang ketat.

Malah, anda juga secara tidak langsung mampu melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah di samping mammogram oleh pakar. -Mynewshub

Ye ke?

Sejarah No Bra Day

Kanser Payudara

Menurut FoxNews, "sambutan tahunan" sejak 2011 No Bra Day diasaskan oleh breast cancer survivors and supporters.

Tujuan asal ialah untuk menggalakkan wanita untuk tidak mengenakan bra selama sehari bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser payudara dan sebagai sokongan kepada bekas pesakit kanser payudara.

Menurut The Huffington Post pula, gerakan No Bra Day ini dimulakan oleh seorang 'anon' dengan gelaran Anasthasia Doughnuts dengan tujuan asal untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan kanser payudara.

Ada yang menganggap permulaan gerakan No Bra Day ini berasal daripada gerakan membakar bra pada sekitar tahun 1960-an, suatu gerakan rintis kepada kempen kesedaran kanser payudara kini.

Namun, seperti kebanyakan sambutan lain, pengkomersilan telah menghasilkan sambutan No Bra Day tanpa dikaitkan dengan tujuan asal yang sebenar iaitu kesedaran kanser payudara. -Leekamalia

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, October 14, 2016

Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!

Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!

Pemain pasukan Belgium, Christian Benteke mencipta rekod gol terpantas di arena bola sepak kompetetif peringkat antarabangsa dengan masa 8.1 saat.

Benteke

CNN melaporkan gol berkenaan disumbat Christian ketika pasukannya menentang Gibraltar dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, Isnin lepas.

Selain itu, Christian juga mencipta hat trick dan memberi kemenangan kepada negaranya dengan skor 6-0.

Davide Gualtieri

Rekod gol terpantas sebelum ini dipegang oleh Davide Gualtieri ketika pasukannya, San Marino menentang England pada 1993.

BACA INI JUGA: Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!



Sumber: SH