Tuesday, September 13, 2016

7 Tips Dan Petua Berkesan Menghalau Tikus Dari Rumah

7 Tips Dan Petua Berkesan Menghalau Tikus Dari Rumah

Rasanya hampir semua orang fobia dan 'takut' dengan tikus kan? Lebih-lebih lagi dengan kehadirannya di dalam rumah, cukup mengazabkan!

Tikus

Bayangkan anda sentiasa dalam keadaan tidak selesa, cemas dan tertekan kerana mungkin pada bila-bila masa tikus muncul di depan, sungguh mengharukan bukan?

Jadi, disebabkan itu kami ingin berkongsi 7 tips dan cara berkesan untuk menghalau tikus dari rumah.

1. Lumurkan Tikus Dengan Cat

Cara yang ini agak sukar untuk dilakukan tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan.

Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan 'kawan-kawannya' yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

2. Kapur Barus

Kapur barus

Kapur barus juga membantu, bagaimana? Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus.

Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

3. Haruman Daun Mint

Daun mint

Anda juga boleh sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.

Yang pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

4. Buah Mengkudu

Buah mengkudu

Siapa sangka buah mengkudu boleh membantu menghalau tikus. Caranya dengan mengambil dua atau tiga biji buah mengkudu.

Potong buah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian dan letakkan di dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus.

Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus menjauhi rumah.

5. Pelihara Kucing

Kucing

Peliharalah kucing di rumah terutamanya kucing jenis tertentu yang cekap membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama tikus!

6. Daun Pandan

Pandan

Untuk pengetahuan anda, daun pandan memiiki aroma wangi yang bukan sahaja boleh menyedapkan ruang kediamanan, harumannya juga tidak disukai oleh tikus.

7. Buah Durian

Buah durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap tu anda makanlah.

Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus.

Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Wom

'They Are Not Ordinary, They Are Extraordinary, LUAR BIASA!'

'They Are Not Ordinary, They Are Extraordinary, LUAR BIASA!'

Sukan Paralimpik 2016 nampaknya memberikan kita semua satu berita yang cukup membanggakan apabila wakil negara yang berjuang di sukan Paralimpik Rio iaitu Ridzuan, Ziyad dan Abdul Latif Romly telah memenangi pingat emas di mana dua rekod baru kejohanan dan dunia telah berjaya dipecahkan setakat ini.

Ziyad - KJ

Ramai netizen tertanya-tanya adakah mereka ini diberikan ganjaran seperti mana atlet biasa? ada yang mencadangkan mereka ini disambut sebagai wira apabila pulang nanti.

Satu status yang dimuatnaik oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin ternyata telah menjawab semua persoalan ini.

Latif Romly
Latif Romly pecah rekod dunia acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Apa yang diceritakan beliau ternyata membuatkan ramai rasa terharu dan memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan ini.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh YB KJ.

Ziyad - KJ [2]

Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas.

Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada.

"Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para."

Saya tanya kurang berapa?

"Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa."

Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para.

Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa.

Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya.

"Paralimpik ini baharu."

"Acara mereka tak ramai penyertaan."

"Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang."

Ridzuan Puzi
Ridzuan Puzi memenangi acara 100 meter.

Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.

Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia?

Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan.

Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris.

"Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?"

Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas.

Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.

Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes.

I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli

Monday, September 12, 2016

Pengertian Dan Maksud Sebenar Haji Mabrur

Pengertian Dan Maksud Sebenar Haji Mabrur

Haji mabrur adalah haji yang dilakukan oleh orang yang memiliki hubungan baik dengan Allah dan lingkungan sekitarnya. Nama Mabrur ertinya adalah Diberkati; Berbuat Kebajikan.

Haji Mabrur

Dalam kitab Fathul Baarii, Syarah Bukhari-Muslim menjelaskan, “Haji mabrur adalah haji yang makbul yakni haji yang diterima oleh Allah SWT.”

Mabrur diambil dari kata al birru (kebaikan). Dalam sebuah ayat Allah SWT berfirman, “Lantanalul birra hatta tunfiquu mimma tuhibbun. Kamu tidak akan mendapatkan kebajikan sehingga kamu menginfakkan sebahagian apa yang kamu cintai”. QS.3:92.

Ketika digandingkan dengan kata haji maka ia menjadi sifat yang mengandungi erti bahawa haji tersebut diikuti dengan kebajikan.

Dengan kata lain haji mabrur adalah haji yang menjadikan pelakunya menjadi lebih baik dari masa sebelumnya selepas menunaikan ibadah haji.

Wallahu a’lam

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya

Penyakit kencing tikus ialah penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.

Kencing tikus

Ketika mula-mula ditemui, bakteria ini dikenal pasti berpunca daripada tikus dan jika tidak dirawat segera, penyakit kencing tikus boleh merebak dan membawa maut.

Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada haiwan liar ataupun binatang peliharaan.

Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.

Faktor risiko Jangkitan Kencing Tikus
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tempat yang banjir di mana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk ke dalam mata, hidung atau mulut (terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda-tanda, Gejala dan Simptom Dijangkiti Kencing Tikus
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak.
  • Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Rawatan Kencing Tikus
  • Pesakit akan diberi ubat-ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis.
  • Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Langkah Pencegahan Jangkitan Kencing Tikus
  • Jika anda membeli makanan atau minuman tin, cuci terlebih dahulu sebelum dibuka dan digunakan.
  • Basuh makanan dirumah anda terutamanya yang terdedah kepada lipas dan tikus sebelum dimakan.
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang.
  • Pastikan  anda membuat semburan disinfeksi di tempat yang berisiko dicemari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Kisah Belakang Tabir Penjenayah Terkenal Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Kisah Belakang Tabir Penjenayah Terkenal Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Siapa yang tidak kenal dengan penjenayah terkenal, Botak Chin? Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin menjadi sebutan pada era 70-an selepas terlibat dalam kes rompakan berskala besar di negara kita.

Botak Chin

Selain mempunyai sikap tegar dan zalim kerana dia tidak akan ragu-ragu membunuh kawannya sendiri kalau dia dapati mereka cuba belot dengannya.

Memetik buku Kriminal The Untold Stroy, cacatan seorang wartawan Jenayah tulisan Syahril A. Kadir menyingkap beberapa rahsia mengenai Botak Chin yang mungkin ramai mereka 'di luar sana' yang tidak mengetahui mengenai kisah 'tersembunyi' Botak Chin.

Menurut Syahril, dia mendapat maklumat mengenai Botak Chin daripada pengawai polis yang paling dibenci Botak Chin, iaitu Tuan Kulasingam (Bahagian Penyiasat Jenayah).

"Botak Chin pernah mengarahkan konco-konconya menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah, aku pernah sehari suntuk bersama dengan Kulasingam masa dia pencen polis untuk mendapatkan kisah mengenai Botak Chin.

"Pernah ketika Botak Chin dimasukkan ke penjara Pudu dulu, dia pernah merancang untuk bom penjara berkenaan, untuk tujuan itu dia sedikit demi sedikit sediakan bahan letupan seperti paku dan karbaid yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya.

Tuan Kulasingam
Tuan Kulasingam.

"Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Apabila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara itu setengah mati!," tulis Syahril.

Dalam pada itu, seorang timbalan menteri dalam negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin dekat penjara Pudu untuk menyelesaikan masalah 'keras kepala' Botak Chin.

"Hendak tahu apa Botak Chin buat? Dia 'offer' pula timbalan menteri itu hasil duit rompakan yang dia simpan, janji dia dibebaskan dari penjara.

"Dan apabila timbalan menteri itu enggan melayannya, dia maki hamunnya timbalan menteri itu, sebab kononya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan keatasnya.

"Pasal apa simpan gua (saya), kasi makan, buang duit kerajaan. Gantung gua, bakar gua punya 'body' dan buang semua habuk dalam parit, apa tunggu lagi? takutkah?, jerit Botak Chin pada timbalan menteri itu," tulisnya lagi.

Namun pada akhirnya Botak Chin tidak mampu melawan takdir apabila dia menemui ajalnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, setelah digantung sampai mati dipenjara Pudu.

Nama Botak Chin adalah daripada tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), kerja (Tak), Chin (Cina), atau Cina tiada kerja bukan sebab dia berkepala botakl!.

SISI 'LUAR BIASA' BOTAK CHIN

Rahsia Botak Chin

Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu terdapat seorang lelaki yang telah diberi tanggungjawab untuk menganalisa Botak Chin ketika suspek itu diberkas polis dan telah dimasukan ke hospital bahagia Tanjung Rambutan.

Lelaki berkenaan adalah pengarah hospital berkenaan (ketika itu), Tan Sri Dr Mahadevan yang berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran ketika mengendalikan Botak Chin.

Bagi memantau tingkah laku Botak Chin di dalam wad mental itu, Dr Mahadevan telah memasang kamera tertutup di wad berkenaan. Tindakan ini langsung tidak disedari oleh Botak Chin.

"Selama pemerhatiannya menerusi sebuah 'monitor' khas yang disambung wayarnya dengan kamera tersebut, beliau mendapati Botak Chin seorang yang cukup berdisiplin, jauh daripada tanggapan orang sebelum ini. Menurut Dr Mahadevan setiap pagi lelaki itu akan membuat latihan senaman tai chi dibiliknya.

"Botak Chin juga hanya meminta sebuah televisyen dibiliknya dan setelah permintaannya ditunaikan, dia habiskan masanya dengan menonton TV hingga tamat siaran.

"Yang paling beliau tidak lupa setiap kali TV mainkan lagu Negaraku ketika tamat siaran, setiap kali itu jugalah Botak Chin akan bangun berdiri sebagai tanda hormat," tulisnya lagi.

Sementara itu, menurut Mahadevan lagi, Botak Chin juga digilai ramai wanita hingga menyebabkan Hospital Bahagia itu sentiasa dihujani panggilan mereka yang bertanyakan keadaan penjenayah berkenaan.

Tan Sri Dr Mahadevan
Tan Sri Dr Mahadevan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Dr Mahadevan, Botak Chin menafikan yang dia gemar membunuh, sebaliknya penjenayah itu mendakwa tidak pernah melepaskan tembakan (kecuali terpaksa) dan akan memastikan premis dirompaknya bebas dari kehadiran pelajar sekolah.

"Malah Botak Chin memberitahu, ada ketikanya dia hanya merompak menggunakan psitol yang tidak berisi peluru bagi menggelakkan kecederaan atau kematian mana-mana pihak," tulisnya.

Ujar Dr Mahadevan lagi, Botak Chin juga pernah merayu kepada mahkamah agar organ badannya seperti mata dan buah pinggangnya didermakan kepada mereka yang memerlukan selepas dia digantung di penjara, namun ia ditolak oleh hakim kerana penjenayah itu tidak pernah mengisi borang untuk berbuat demikian!.

Menurut Dr Mahadevan selepas 19 hari dirawat di Hospital Bahagia, beliau terpaksa 'melepaskan' Botak Chin untuk ditahan di penjara kerana pihak polis menemui sebutir peluru di hospital berkenaan yang dipercayai satu ugutan dan percubaan untuk melarikan diri daripada wad hospital berkenaan.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

'Bacalah Al-Qur'an Seolah-olah Diturunkan Untukmu'

'Bacalah Al-Qur'an Seolah-olah Diturunkan Untukmu'

Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan di hatinya.

Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938)

Cerita cendekiawan yang berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan Al-Qur'an.

Kata Iqbal..

"Saya biasa membaca Al-Qur'an selepas solat Subuh dan ayah selalu mengawasi saya.

"Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, Apa yang kamu lakukan itu, Iqbal?" padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji Al-Qur'an.

Saya menjawab, "Saya sedang membaca Al-Qur'an, ayah."

"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh.

"Jawapan yang saya berikan juga sama, setiap pagi, selepas subuh, selama tiga tahun penuh, bahawa saya sedang mengaji Al-Qur'an."

"Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah. Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?"

"Jawab ayah, nak, bacalah Al-Qur'an itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu."

"Barulah saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan tersebut.

"Sejak saat itu saya sentiasa membayangkan seolah-olah Al-Qur'an itu diturunkan untuk diri saya.

"Saya tidak saja membaca, tetapi juga mengerti. Bukan saja cuba mengerti, tetapi juga cuba memahaminya.

"Tidak setakat memahami, saya cuba mengamalkannya. Bukan saja mengamalkannya, malah saya cuba untuk menyampaikan semula isi Al-Qur'an itu seperti yang saya fahami."

Maka hari ini kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam.

Dia bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi Al-Qur'an, malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yang boleh.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 11, 2016

Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Biji Aprikot yang mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut and seed).

Aprikot+Penawar+Kanser

Apa yang membezakan biji aprikot dengan bijirin lain adalah kandungan Vitamin B17nya yang sangat tinggi berbanding kekacang dan bijirin lain.

Kandungan khasiat Vitamin B17 di dalamnya sangat luarbiasa, terutamanya 'Aprikot Organik'.

Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot disebut mengandungi Amigdalin atau Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mampu membunuh sel-sel kanser di dalam badan kita.

Hasilnya, ia dapat membebaskan badan kita daripada serangan penyakit kanser yang merupakan pembunuh dalam senyap.

Khasiat Biji Aprikot

Berdasarkan buku "World Without Cancer" tulisan G. Edward Griffin, biji Aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan Vitamin B17 paling tinggi berbanding biji buah-buahan lain.

Biji Aprikot amat berkhasiat dan ia juga menjadi makanan harian Puak Hunza untuk bebas dari kanser dan hidup sihat sehingga berusia 120 tahun.

Biji Aprikot paling berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan.

Antara nutrien yang banyak terdapat pada Biji Aprikot ialah Enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17.

Fungsi Vitamin B17 adalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan.

Vitamin B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita pada hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan Vitamin B17 yang rasanya agak pahit, namun berkesan mencegah kanser.

Vitamin B17 Biji Aprikot Membunuh Sel Kanser

Vitamin B17 yang terkandung di dalam Biji Aprikot berfungsi melalui 'kerjasama' dengan sistem imun badan dengan membebaskan ikatan kimia Cyanide yang terdapat dalam Vitamin B17 lalu membunuh sel-sel kanser secara langsung.

Apabila Cyanide dibebaskan, ia akan membunuh sel sel kanser (sel kanser yang mengandungi enzim Beta Glucosidase sahaja).

Secara lumrahnya, sel yang sihat tidak mengandungi enzim Beta Glucosidase (enzim yang boleh membebaskan cyanide).

Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan 'membunuh' sel yang sihat.

Vitamin B17 hanya akan bertindak balas pada sel yang tidak normal di dalam badan manusia seperti sel kanser.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

‘Abah Nak Saya Dapat 6A?’ Dan Kenapa Aku Jawab 'Tidak' Terhadap Soalan Anak Ini

‘Abah Nak Saya Dapat 6A?’ Dan Kenapa Aku Jawab 'Tidak' Terhadap Soalan Anak Ini

Semalam, Abah ambil Zulfa dari kelas tambahan terakhir sebelum peperiksaan UPSR. Zulfa bertanya, “Mama mana?” Oh, abah lupa. Biasanya mama yang akan ambil Zulfa.

Abah Nak Saya Dapat 6A

“Mama sibuk masak makan tengah hari. Abah tolong mama ambil Zulfa. Zulfa tak suka ke abah ambil?” sambil memandang wajahnya yang berjalan beriring di sisi.

Dia hanya diam.

“Zulfa tak suka ehh?” Sambil mencucuk-cucuk pinggang merangsang geli.

“Sukalahh..,” dengan lenggok suara beralun. Memukul bahu abah yang mengusik.

Masuk dalam perut kereta. Suasana sunyi semula.

Masing-masing melayan perasaan. Sengaja abah tidak hidupkan radio.

Waktu berdua-duaan begini, ini sajalah peluang untuk bercakap-cakap. Terutama dengan Zulfa.

Anak hampir remaja yang tidak banyak bercakap tentang perasaan lebih-lebih lagi di hadapan adik-adik.

“Zulfa dah bersedia untuk esok kan?” abah menoleh ke kerusi belakang.

Hanya anggukan yang dapat abah lihat.

Berat sungguh mulut.

Apa lagi yang abah mahu tanya. Sepertinya semua sudah sedia dan tiada apa lagi yang perlu dimotivasi.

Bimbang terlampau banyak bertanya mengundang tekanan pula.

Zulfa tiba-tiba bersuara ketika menanti lampu merah di simpang jalan,

“Abah nak Zulfa dapat 6A, eh?”

Tergamam sebentar.

“Zulfa sendiri nak dapat 6A, kan?” Soalan dibalas soalan.

Dia hanya mengangguk. Wajah itu abah tahu.

Wajah yang dulu abah pernah lihat semasa mengambil UPKK tahun lepas. Penuh harapan dan keyakinan.

“Apapun keputusan yang Zulfa dapat nanti, Zulfa kena redha tau. Zulfa dah usaha terbaik. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Zulfa.”

Abah agak pesimis. Bertahan dari tidak terlampau mengharap mungkin.

“Tak apa abah. Zulfa awal-awal dah redha. Tapi Zulfa tetap akan cuba yang terbaik.”

Dia menyambung lagi,

“Abah redha kalau Zulfa tak dapat 6A?”

Allah, mata jernih yang meminta jawapan itu betul-betul menggetarkan hati. Mengambil beberapa detik sebelum meluah jawapan.

“Zulfa, atas dunia ni, ada masa, apa yang kita mahu tidak sebaik apa yang Allah telah rancang untuk kita.”

“Apapun keputusannya. Abah redha. Abah redha apa saja yang Allah takdirkan selepas Zulfa berusaha.”

Dia tersenyum kembali menyandar di kerusi belakang. Puas barangkali.

Sama ada puas dengan jawapan abah atau puas dapat meluah soalan ‘maut’ itu pada abah.

Zulfa, mana mungkin abah tak redha.

Kehadiran Zulfa dalam hidup abah lebih besar dari 6A yang dikejar itu.

Saat Zulfa abah azankan seiring laungan azan subuh dari Masjid Hasanah Bangi, begitu tumpah airmata yang entah apa perasaan sebenarnya. Bercampur baur.

Abah masih muda dan itu kali pertama menikmati perasaan itu. Yang abah tahu, tanggungjawab hidup sudah semakin besar.

Abah juga bukan sempurna.

Pernah satu masa dalam rantai kehidupan ini, abah terlupa tanggungjawab pada Zulfa.

Jika tidak kerana peristiwa kita hampir ‘diambil nyawa’ oleh parit Kampung Boundry, abah mungkin masih belum sedar.

Ketika bertarung melepaskan diri dalam kereta yang dipenuhi air. Abah sungguh-sungguh berjanji, “Ya Allah, jika kau selamatkan kami. Aku janji tidak akan abaikan keluarga lagi ya Allah. Dan jika ini kafarah dosa aku, kau ambil aku tapi jangan anak dan isteri aku.”

Takdirnya Allah selamatkan kita.

Ya, Allah izinkan kita hidup lagi. Abah, mama, Zulfa dan Iman yang sudah 9 bulan di dalam perut menunggu masa melihat dunia.

Jarum jam berputar dan masa terus laju berlalu. Abah seperti tidak percaya.

Anak kecil yang terselamat 10 tahun dulu sudah bersedia untuk mengharungi UPSR.

Setiap malam Zulfa tidak berhenti belajar. Terus terang, abah sendiri tidak larat menunggu.

Ada masa, abah sampai tertidur di sisi Zulfa. Selesai semuanya, Zulfa yang kejut abah.

Abah tidak membantu langsung, tetapi Zulfa masih tersenyum memandang muka mamai abah.

Apa sahaja keputusan yang zulfa dapat, abah akan terima dengan kegembiraan. Zulfa sudah buktikan Zulfa berusaha sebaik mungkin. Itu sudah cukup besar di hati abah.

Abah tidak perlu tunggu keputusan. Bagi abah, abah sudah dapat ‘6A’ yang abah mahu.

“Betul tak Zulfa?” menoleh ke kerusi belakang.

Oh, baru abah sedar, tadi itu cuma mainan perasaan. Zulfa sudah lama lena dibuai mimpi kepenatan.

Rehatlah anak. Anak kripton abah, abah redha dengan kamu.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Betul Ke Kita Perlu Cas Smartphone Selama 8 Jam Selepas Di Beli?

Betul Ke Kita Perlu Cas Smartphone Selama 8 Jam Selepas Di Beli?

Benarkah kita perlu mengecas handphone atau smartphone selama 8 jam selepas dibeli sebelum boleh digunakan? Betul ke begitu?

Cas+Smartphone

Jujurnya, hidup tanpa smartphone zaman sekarang ni boleh diibaratkan seperti "katak bawah tempurung"

Ini kerana telefon bimbit dan gajet sudah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat masa kini.

Ada lagi ke orang yang tak pakai smartphone? Mungkin ada tapi hanya dalam bilangan yang kecil.

Bila dah pakai gajet, satu perkara yang amat dititikberatkan tentunya jangka hayat bateri. Memandangkan hampir setiap masa kita gunakan gajet, isu ini dilihat begitu penting sekali.

Malah, perkara pertama yang perlu kita lakukan selepas membeli gajet yang baru ialah mengecas gajet tersebut selama 8 jam. Tidak lebih dan tidak kurang.

Bila beli gajet baru, mesti kena cas 8 jam. Biasa dengar kan?

Alasannya bagi memastikan bateri yang digunakan itu tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun dan tidak mudah rosak.

Namun begitu, satu persoalan timbul, "Adakah perlu untuk kita cas gajet yang baru dibeli selama 8 jam pada pengecasan pertama?"

Jawapan sebenarnya adalah, Tidak perlu! Tapi dulu Ya. Kenapa dulu Ya dan sekarang Tidak?

Dakwaan bahawa kita perlu mengecas gajet selama 8 jam pada pengecasan pertama adalah benar pada satu ketika dulu, apabila semua gajet menggunakan bateri jenis nikel kadmium.

Tetapi hari ini kita boleh mengecas telefon pintar (baru atau lama) dan komputer riba selama mana yang kita mahu. Tiada masalah juga untuk kita gunakannya sejurus selepas gajet tersebut dikeluarkan daripada kotak.

Biasanya, gajet yang baru dibeli mempunyai lebih kurang 60% cas bateri.

Ini disebabkan bateri nikel kadmium mempunyai "memory effect" yang bermakna, bateri ini akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan bagaimana ia telah dicas pada mulanya.

Bateri ini turut didatangkan dengan panduan/amaran untuk dicas sepenuhnya atau selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Kini, gajet didatangkan dengan sama ada bateri Li-Ion atau bateri Li-PO dan kedua-dua jenis bateri ini tidak mengalami sindrom "memory effect".

Sebab itulah smartphone, laptop, tablet, atau apa jua jenis gajet zaman sekarang boleh terus digunakan tanpa perlu dicas sehingga penuh pada pengecasan pertama.

Meskipun begitu, kita tak boleh tunggu sehingga bateri gajet hampir habis (katakan di bawah 10%) untuk dicas semula pada penggunaan pertama

Cas semula apabila bateri telah turun pada paras 40% kerana ini akan meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih tahan lama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Says

'Kerap Makan Sosej Boleh Undang Kanser Merbahaya' - Dr Zubaidi Hj Ahmad

'Kerap Makan Sosej Boleh Undang Kanser Merbahaya' - Dr Zubaidi Hj Ahmad

Sosej sememangnya disukai oleh kanak-kanak, malahan juga orang dewasa, sehingga ianya dijual meluas sehingga ke pasar malam atau di pasar raya.

Bahaya+Makan+Sosej

Ada yang menjadikan sosej sebagai pilihan makanan santai, ada yang jadikannya sebagai menu makanan harian dan pelbagai lagi.

Namun, satu artikel yang menarik di mana ia ditulis oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang mengupas mengenai artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan, di mana katanya kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh beliau.

***

Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Namun, ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1. Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej.

Sebagai contoh: Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet.

2. Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus kolon dan pankreas.

3. Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4. Ibu hamil yang memakan sosej lebih daripada satu sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahim.

5. Meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Seeloknya cuba kurangkan atau lebih baik elakkan pengambilan makanan seperti ini.

***

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli