Thursday, September 08, 2016

Lukisan Gua Altamira Yang Membingungkan Saintis

Lukisan Gua Altamira Yang Membingungkan Saintis

Tahukah anda Gua Altamira menjadi lokasi penting dunia kerana disini terdapat sebuah lukisan daripada masyarakat zaman Paleolitik.

Altamira Cave

Lukisan ini dianggap sangat penting dalam perkembangan sejarah manusia kerana disebalik lukisan itu, saintis tertanya-tanya, adakah gambaran lukisan tentang imej kerbau atau bison di dinding gua menunjukkan haiwan itu wujud sezaman dengan dinosaur?

Altamira Cave [2]

Walau bagaimanapun, persoalan ini dianggap tidak bersifat akademik dan apa yang diangkat ke peringkat dunia adalah mengenai pigmen warna yang digunakan ketika melukis lukisan ini.

Altamira Cave Painting

Apa yang sangat menakjubkan saintis adalah pengekalan warna lukisan ini untuk tempoh yang sangat lama tanpa mengalami perubahan.

BACA INI JUGA:
Altamira Cave Painting [2]
Altamira Cave Painting [3]
Altamira Cave Painting [4]
Altamira Cave Painting [5]
Altamira Cave Painting [6]
Altamira Cave Painting [7]
Altamira Cave Painting [8]

Sumber: Sentiasapanas

Apa Itu Kanser Payudara, Sejarah, Faktor, Tanda-tanda Dan Rawatannya

Apa Itu Kanser Payudara, Sejarah, Faktor, Tanda-tanda Dan Rawatannya

Kanser payudara merupakan antara salah satu penyakit pembunuh wanita tertinggi di dunia dan pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia.

Kanser Payudara

Namun, walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara ini walaupun hakikatnya ia boleh dirawat bermula peringkat awal lagi.

Lebih menakutkan, seorang daripada 19 wanita di Malaysia mempunyai risiko terdedah kepada kanser payudara sepanjang hayat mereka.

Dan walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara.

Apa Itu Kanser Payudara

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara.

Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).

Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

SEJARAH KANSER PAYUDARA

Tahukah anda, kanser payudara merupakan sejenis ketumbuhan dalam tubuh manusia yang paling awal diketahui.

Penghuraian tentang kanser payudara ini telah pun diketahui oleh masyarakat purba Mesir zaman dahulu lebih kurang 1600 BC yang lalu, namun mereka tidak menyebut ianya sebagai istilah kanser/barah.

Seorang individu yang dikenali sebagai Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan beberapa jenis ketumbuhan dan ulser pada payudara yang dirawat menggunakan kaedah pengkauteran dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser). Kaedah ini masih digunakan sehingga kini namun tanpa melalui proses pembakaran.

Pada kurun ke-17, seorang doktor telah menemui kaitan antara kanser payudara dengan nodus limfa di ketiak.

Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882.

Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970an.

BEBERAPA FAKTOR RISIKO PENGHIDAP KANSER PAYUDARA

1. Faktor Keturunan

Kebanyakan kanser yang berlaku di kalangan sesetengah individu mempunyai kaitan dengan genetik keturunan masing-masing.

Kajian membuktikan 5-10% kes kanser payudara adalah bertitik tolak daripada faktor genetik kerana tubuh manusia ini terdiri daripada pasangan kromosom yang diwarisi daripada ibubapa.

2. Seiring dengan faktor usia

Semakin berusia, semakin tinggi peratus risiko menghodap kanser payudara.

Tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid pertama awal, menopause lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

3. Faktor alam sekitar

Faktor alam sekitar juga memainkan peranan kepada terjadinya sesuatu kanser dalam tubuh seseorang. Kesan radikal bebas juga menjadi salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit kanser.

Tanda-tanda Awal Kanser Payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting masing-masing, antaranya seperti berikut:
  • Perubahan rasa di payudara atau puting
  • Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara
  • Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Oleh yang demikian, anda jangan mengabaikan tentang tanda-tanda awal kanser payudara ini kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda dari serangan kanser payudara yang boleh membawa maut!

Sayangi diri anda, sayangi keluarga!

BACA INI JUGA:

Sumber: Nurkids2u | Sentiasapanas

10 Fakta 'Menakutkan' Gunung Berapi Dan Gempa Bumi!

10 Fakta 'Menakutkan' Gunung Berapi Dan Gempa Bumi!

Bukan semua orang berminat nak mengetahui tentang gunung berapi, tapi apa salahnya kalau kita tahu serba sedikit fakta mengenai 'kehebatan' gunung berapi.

Gunung Berapi Dan Gempa Bumi

Mana tahu boleh kita gunakan pengetahuan ini suatu hari nanti.

1. Jumlah manusia yang diancam gunung berapi

Pada tahun 2000 dianggarkan seramai 500 juta manusia terdedah kepada ancaman gunung berapi.

2. Jumlah manusia yang terkorban akibat gunung berapi

Sejak 500 ratus tahun lampau, dianggarkan seramai 300,000 manusia telah terbunuh akibat bencananya.

3. Batuan gunung berapi di permukaan bumi

Sebenarnya, lebih dua pertiga daripada permukaan bumi berasal daripada kegiatan gunung berapi sama ada yang muncul akibat gunung berapi atau batuan yang menyejuk di bawah tanah yang akhirnya terdedah ke permukaan.

Namun, kebanyakan daripada batuan ini boleh ditemui di dasar lautan.

4. Asal perkataan 'volcano'

Asalnya ialah dari vulcan iaitu merujuk kepada tuhan api orang Roman.

5. Tempat paling banyak terdapat gunung berapi

Jawapannya ialah di bawah laut iaitu dengan rantaian sepanjang lebih 48,000 kilometer dan boleh mencecah ketinggian 5.5 kilometer dari dasar laut.

6. Gempa bumi paling kuat

Sehingga kini, gempa bumi paling kuat ialah pada magnitud 9.6 yang berlaku di Chile yang membuat gelinciran sepanjang 1,600 kilometer.

7. Tiga negara dengan gunung berapi paling aktif

Negara-negara itu ialah Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat

8. Gunung berapi yang paling banyak meragut nyawa

Terletak di Indonesia, gunung berapinya ialah Tamboro, yang pada tahun 1815, telah menyebabkan kematian kepada lebih 90,000 orang penduduk walaupun kebanyakannya mati bukan secara langsung akibat letusan, sebaliknya akibat kelaparan dan penyakit yang melarat akibat letusan itu.

9. Gempa bumi paling banyak meragut nyawa

Mengikut catatan sejarah, gempa bumi yang paling teruk pernah melanda negara China pada tahun 1557 di wilayah tengah.

Gempa bumi ini telah melanda di kawasan yang mana penduduknya tinggal di dalam gua yang terdiri daripada batuan lembut.

Akibatnya, gua ranap dan meragut hampir 830,000 nyawa!

Pada tahun 1976, China sekali lagi ditimpa bencana dan kali ini ia menyebabkan kematian kepada 250,000 orang.

10. Kawasan letupan gunung berapi dan gempa bumi

Majoriti kegiatan gempa bumi dan letupan gunung berapi berlaku di plat-plat yang banyak terapung di permukaan muka bumi.

Salah satu plat yang aktif ialah Plat Pasifik yang juga dikenali sebagai 'Pacific Ring of Fire'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas

Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati

Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati

Keramahan itu menyenangkan. Tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tapi juga bagi diri kita. Keramahan akan menambah tenaga diri dalam menjalin hubungan dengan orang lain.

Heliza Helmi
Gambar hiasan.

Demikianlah jika batu dihantukkan dengan batu, nescaya salah satu atau keduanya akan ada yang terbelah.

Akan tetapi, jika batu dihantukkan dengan tanah liat, nescaya batu itu akan melekap dan menyatu dengan tanah liat.

Di dalam Al-Qur'an Allah telah menyatakan bahawa dengan bersikap lemah lembut dan penuh kasih sayang, mampu menakluk hati yang keras.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." Surah An-Nahl, ayat 125.

Kita boleh merasakan apabila sedang kesal atau marah, lalu berjumpa dengan orang yang bijaksana, baru menatap wajahnya yang jernih, hati kita sudah merasa sejuk.

Belum lagi perhatian yang tulus serta keramahan dari tutur katanya yang penuh berisi.

Sikap ini berkesan meredam emosi kita, bahkan mungkin sahaja kita akan berubah fikiran dan menyesali perbuatan yang sebelumnya kita anggap benar.

Ternyata, pokok pangkal kesusahan itu tidak terletak pada masalah yang sedang dihadapi, namun terletak pada sikap kita ketika menghadapi masalah tersebut.

Sikap emosional tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik, sebaliknya ia akan lebih memberatkan masalah yang dihadapi.

Sikap emosional sebenarnya berakar daripada peribadi yang jauh dari kejernihan hati.

Akibatnya, suasana hati akan lelah, tegang dan jauh dari ketenangan serta kebahagiaan.

Keadaan seperti ini jelas memberi pengaruh pada perilaku. Mengapa? Kerana reaksi apapun yang kita tampilkan, tidak akan jauh berbeza dengan suasana hati.

Sikap emosi [2]

Kerana itu, cubalah untuk menghadapi hidup ini dengan penuh semangat. Tunjukkan selalu wajah yang ceria dan jernih. Tersenyum dengan wajar dan tulus.

Temuilah orang lain dengan sikap sopan dan santun. Sapalah mereka dengan penuh keramahan dan penghormatan.

Bila demikian, nescaya kita akan menemui bahawa beban yang selama ini menghimpit hati, akan terasa jauh lebih ringan dan lapang.

Selain itu, semangat untuk menghadapi persoalan pun akan berlipat-ganda, terlebih lagi bila orang lain membalas keramahan kita.

Semua itu akan menjadi tenaga tambahan dalam menghadapi pelbagai masalah yang menghadang.

Keramahan itu menyenangkan. Tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tapi juga bagi diri kita.

Bukankah kita menginginkan kebahagiaan dalam hidup? Maka, marilah kita mulakan dari sikap yang paling murah dan ringan, tapi cepat dirasakan hasilnya.

Selamat berbahagia bagi sesiapapun yang mahu bersikap ramah, sekalipun terhadap orang yang berbuat tidak baik kepadanya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 07, 2016

Kafya, Payung Ajaib Ciptaan Palestin Untuk Jemaah Haji

Kafya, Payung Ajaib Ciptaan Palestin Untuk Jemaah Haji

Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah melakukan perjalanan melalui pesawat, kapal laut waima berjalan kaki di bawah panas terik matahari demi menunaikan ibadah haji.

Kafya

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam pada itu menasihati para jemaah untuk menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada sinaran terik matahari secara berlebihan sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Namun sebuah syarikat Palestin yang berpangkalan di Arab Saudi dipanggil sebagai Knowledge-Base mendapat perhatian luas seluruh dunia setelah berjaya mencipta sebuah payung ‘ajaib’ yang dikatakan boleh melakukan lebih daripada sekadar fungsi biasa.

Dinamakan “Kafya” sempena kain penutup kepala tradisional masyarakat Palestin, payung ‘bijak’ itu mampu mengumpulkan pancaran kuat dari matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik menerusi panel-panel solar yang dipasang di bahagian atas payung.

Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bahagian pemegang payung boleh menyalakan lampu suluh, kipas dan sistem pengesanan global atau GPS yang dipasang pada payung itu, sekali gus membantu jemaah untuk mencari anggota keluarga mereka jika sesat jalan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon dan komputer riba menerusi tiga penyambung USB yang ditempatkan di bawah pemegang, demikian dijelaskan oleh pencipta Manal Dandis, seorang konsultan dari Palestin, kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

“Kami memulakan idea ini daripada pengalaman urusan haji itu sendiri,” menurut Dandis.

“Rakan niaga saya pula secara kebetulan merupakan seorang sukarelawan haji selama 40 tahun dan dia benar-benar tahu apa yang diperlukan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Di Makkah, memang tiada alat penyesuai soket atau ‘adapter’ bagi pelbagai kepala suis elektrik selain masalah remeh apabila ada tiga hingga empat juta orang yang perlu mengecas telefon bimbit mereka setelah kehabisan bekalan kuasa bateri.

Kafya [2]

Produk ini bakal berguna untuk 10 tahun akan datang, apabila musim haji jatuh antara bulan Jun dengan September.

Semasa bulan-bulan tersebut, suhu di kawasan itu boleh cecah ke paras sangat tinggi dan kes keletihan akibat cuaca panas dan strok haba dijangka meningkat.

Terdapat lebih 1,000 kes keletihan akibat cuaca terlalu panas yang dilaporkan berlaku semasa musim ibadah haji pada 2015 lalu, dengan sekitar 700 kes strok haba serta lebih 1,700 kes masalah berkaitan cuaca panas yang lain.

Dandis dan rakan niaganya, seorang saintis dari Arab Saudi bernama Kamel Badawi, sedang mencipta prototaip untuk payung mereka itu.

Mereka memberitahu laman The Media Line bahawa payung itu belum dapat siap digunakan pada musim haji kali ini.

Mereka memaklumkan Reuters bahawa syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapatkan paten bagi ciptaan tersebut, dan mencari pelabur sebelum mereka boleh mula memasarkannya secara lebih komersial pada harga berpatutan.

Buat masa ini, mereka akan memulakan ‘crowdfunding‘ atau mengumpul dana modal sendiri dan terlebih dahulu hanya memasarkannya secara online kepada orang yang memang ingin membeli payung tersebut secara eksklusif.

Mereka berharap untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta unit payung itu untuk pasaran rantau Timur Tengah dan kosnya dijangka adalah lebih murah, menurut Dandis yang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenarnya.

Kafya hanyalah satu daripada beberapa ciptaan teknologi seperti aplikasi telefon bijak dan gelang elektronik yang dicipta untuk menepati keperluan jemaah, dan meningkatkan kecekapan di Makkah semasa musim haji yang sibuk.

BACA INI JUGA:

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Saya Tidak Pernah Berkahwin, Pengakuan Bekas Bakal Suami Fara Fauzana

Saya Tidak Pernah Berkahwin, Pengakuan Bekas Bakal Suami Fara Fauzana

Bekas calon suami Fara Fauzana menegaskan dirinya masih bujang dan status berkenaan tidak pernah dirahsiakan daripada pengetahuan bekas penyampai radio popular itu.

Fara Fauzana

Mohamed Hafiz Badiuzzaman juga menafikan laporan akhbar yang mendakwa dirinya sudah bernikah dan menjadi punca majlis perkahwinan mereka dibatalkan.

“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini, merujuk kepada Fara.

“Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.”

Hafiz, 30, menggesa dirinya dan keluarga diberikan ruang bertenang akibat daripada keputusan yang dibuat Fara itu.

Katanya, selepas daripada penjelasan ini maka Fara yang harus menjawab mengapa majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada minggu depan dibatalkan.

Harian Metro melaporkan status Hafiz yang sudah bernikah menjadi punca Fara membatalkan perkahwinannya.

Memetik seorang sumber yang tidak dinamakan, akhbar berkenaan melaporkan Hafiz yang juga ahli jawatankuasa Pemuda Umno di satu bahagian di Lembah Klang merahsiakan statusnya daripada Fara.

Namun, Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam laporan tersebut kepada mana-mana media.

Fara, 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di Damansara.

Bekas penyampai Hot FM itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu namun Fara enggan mendedahkan identiti lanjut Hafiz.

BACA INI JUGA:

Sumber: TMO | Sentiasapanas

Boleh Gugurkan Kandungan Jika Janin Dijangkiti Virus Zika?

Boleh Gugurkan Kandungan Jika Janin Dijangkiti Virus Zika?

Menteri Kesihatan, S Subramaniam berkata, beliau menerima pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu yang dijangkiti Zika.

Bahaya Virus Zika

Beliau berkata, pandangan itu wajar dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan supaya boleh mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.

"Menurut undang-undang sedia ada, kita hanya membenarkan pengguguran sekiranya ia membahayakan ibu yang mengandung.

"Saya menerima pandangan beliau (mufti). Namun perlu ada satu pendirian agama yang jelas kerana isu ini bukan sahaja melibatkan mereka yang dalam bidang perubatan tetapi agama juga," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu 2016 di Kuala Lumpur.

Dr Zulkifli dilapor sebagai berkata, orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika yang boleh memudaratkan kehidupan keluarga atau bayi itu sendiri.

Ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan wanita mengandung yang berada atau mengunjungi negara yang mengalami Zika membuat imbasan, Dr Subramaniam berkata, golongan tersebut boleh mendapatkan pandangan daripada doktor.

"Mereka boleh berjumpa doktor bagi mencari jalan yang selamat," katanya.

Dua kes Zika dikesan di negara ini setakat ini yang satu daripadanya mengakibatkan kematian.

Zika dan seks, ini fakta yang perlu anda tahu

Selain menerusi gigitan nyamuk Aedes, virus Zika juga boleh disebarkan melalui hubungan seks. Menurut kajian, virus Zika boleh berada dalam badan manusia dari 21 hari sehingga 6 bulan.

Sekiranya orang yang dijangkiti mengadakan hubungan seks pada tempoh berkenaan, ia mendedahkan risiko menjangkiti pasangan mereka.

Berikut merupakan penjelasan daripada Pengarah D1SC, MIMPA dan Malaysian Medical Gazette, Dr Mahesh Appannan.

Ini perkara yang anda perlu tahu:

1. Berapa lamakah virus Zika boleh bertahan dalam badan manusia?

Dr Mahesh: Ini soalan yang selalu ditanya oleh ramai akan tetapi ia masih dalam kajian sebenarnya.

Kalau kita berbincang pasal badan manusia, virus Zika boleh terkandung dalam darah, air kencing, air mani atau cecair faraj.

Ada kajian mengatakan virus Zika ini boleh bertahan dalam badan manusia dari 21 hingga 30 hari, ada kajian lain yang mengatakan selama lapan minggu dan ada kajian yang mengatakan virus Zika boleh berada dalam badan selama enam bulan.

2. Apa perbezaannya bagi virus Zika yang terkandung dalam badan lelaki dan wanita?

Dr Mahesh: Untuk lelaki, kita fokus kepada air mani atau seminal fluid. Virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan.

Untuk kaum wanita, virus Zika boleh terkandung dalam cecair faraj atau vaginal fluid sehingga dua bulan.

Ini bermakna jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi.

Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus Zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini.

3. Apa langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks?

Dr Mahesh: Virus Zika boleh dijangkiti melalui hubungan seksual dan konteks seksual di sini termasuk hubungan seks biasa, melalui seks luar tabii dan seks oral.

Penggunaan kondom sangat penting dan boleh mengurangkan risiko menjangkiti virus Zika melalui hubungan seks.

Jika seseorang tidak melakukan sebarang hubungan seks, ia akan menghapuskan risiko dijangkiti atau menyebarkan virus Zika sama sekali.

4. Apakah garis panduan WHO dalam mencegah jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks?

Dr Mahesh: Mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya seseorang sudah dijangkiti virus Zika, untuk kaum lelaki adalah disarankan menggunakan kondom atau tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama simptom Zika.

Manakala bagi kaum wanita, sekurang-kurangnya dua bulan atau lapan minggu.

Bagi sesiapa yang baharu sahaja balik dari negara yang endemik Zika, mereka dinasihatkan untuk gunakan perlindungan iaitu kondom atau tidak melakukan hubungan seks selama lapan minggu atau dua bulan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Bernama | Astroawani | Sentiasapanas

Harga Dan Spesifikasi iPhone 7, 6 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Gadjet Hebat Ini!

Harga Dan Spesifikasi iPhone 7, 6 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Gadjet Hebat Ini!

Buat anda yang sering mengikuti berita tentang Apple, pastinya anda tahu, Apple iPhone 7 antara yang banyak menerima leak.

Apple iPhone 7

Sememangnya iPhone terbaru antara iPhone yang paling banyak menerima ‘leak’ berbanding iPhone 4 yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu.

Leak daripada China turut mendapat sambutan dimana menyertakan iPhone 7 versi dummy yang hadir dengan lebih awal.

Berikut merupakan antara ura-ura yang boleh dikatakan hampir tepat mengenai iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

1. Spesifikasi iPhone 7

Spesifikasi Apple iPhone 7

Seingat kami, rumour terawal yang kami lihat banyak dibincangkan laman web terkenal adalah mengenai dual-lens yang bakal digunakan Apple.

Kemungkinan Apple akan mengekalkan single-lens buat iPhone 7 manakala iPhone 7 plus akan disertakan dengan dual-lens yang tampak lebih exclusive.

Nampaknya trend penggunaan dual-lens semakin popular setelah dipopularkan oleh Huawei P9.

Sebuah lagi dilema buat peminat iPhone saiz 4.7-inci jika rumour ini disahkan benar, Apple bakal meletakkan RAM 2 GB buat iPhone 7 manakala RAM 3 GB iPhone 7 Plus.

Adakah ini menyebabkan kedua-dua telefon ini mempunyai pebezaan dari segi kepantasan yang ketara?

Perbezaan pastinya ada, namun tidak begitu besar, iPhone 7 Plus memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih berikutan saiz yang lebih besar.

iPhone terbaru bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10 dan erdasarkan leak yang baru sahaja kami dapati, dijangka pemprosesan ini bakal menandingi beberapa cip pemprosesan berkuasa termasuk Samsung Galaxy S7 Edge.

2. Saiz Dan Rekabentuk iPhone 7

Rekabentuk dan Saiz Apple iPhone 7

Seperti model iPhone sebelum ini, dua variasi iPhone dengan saiz skrin berbeza akan diumumkan oleh Apple. Skrin 4.7-inci dan 5.5-inci sekali lagi menjadi pilihan Apple.

Menyentuh soal rekabentuk, dijangka tidak banyak perubahan yang akan ditampilkan Apple.

Perubahan saiz yang lebih nipis dan placement antenna line mungkin akan memudahkan pengguna untuk membezakan iPhone 6S dan iPhone 7.

iPhone 7 dikatakan tidak lagi hadir dengan 3.5mm headphone jack.

Dalam erti kata lain, anda tidak lagi dapat menggunakan connector 3.5mm earphone atau headphone anda pada iPhone sebaliknya perlu menggunakan lightning port.

Dikatakan penggunaan lightning port membolehkan audio yang lebih jelas dihasilkan.

3. Pilihan Warna iPhone 7

Pilihan warna Apple iPhone 7

Menurut beberapa laman web terkenal, Apple dijangka akan mengumumkan warna baharu buat iPhone 7.

Warna Space Grey bakal dihentikan Apple sebaliknya bakal memperkenalkan warna Deep Blue dan Piano Black.

Warna Rose Gold yang telah menjadi trademark terbaru Apple dijangka akan dikekalkan.

Melihat daripada preview iPhone 7, pemilihan warna Deep Blue kelihatan sangat cool dan lebih sexy.

4. Storan iPhone 7

Storan Apple iPhone 7

Berdasarkan rumour awal mengenai Apple iPhone terbaru, Apple bakal menghentikan pengeluaran iPhone terbaru dengan storan 16 GB berikutan saiz yang kurang releven pada masa kini.

Saiz 32 GB bakal menjadi base model manakala pemilihan saiz storan yang lebih besar turut ditawarkan.

Apa yang lebih mengejutkan, dijangkakan Apple akan mengumumkan saiz storan 256 GB buat iPhone terbaru.

Melihat saiz storan yang diumumkan, buatkan kami teringat berapa harganya iPhone ini apabila mula dijual di Malaysia.

5. Tarikh Pelancaran iPhone 7

Seperti yang diumumkan oleh pihak Apple, 7 September 2016 bakal menjadi tarikh pengumuman iPhone terbaru.

Buat anda yang tidak sabar serta menantikan iPhone 7 live stream sempena acara pengumuman Apple, diingatkan untuk membuat semakan waktu lebih awal berikutan pelancaran akan dijalankan pada 8 September waktu Malaysia.

6. Harga iPhone 7

Bagi harga jualan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus, ia akan dijual bermula USD649, USD749 dan USD849 untuk model 32GB, 128GB dan juga 256GB.

Untuk model iPhone 7 Plus pula akan hadir dengan harga bermula USD769, USD869, USD969 bagi model 32GB, 128GB dan 256GB.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket | Sentiasapanas

Tuesday, September 06, 2016

'Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz Bulan Ni, Tolonglah Kami'

'Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz Bulan Ni, Tolonglah Kami'

Pengetua Maahad Tahfiz D'itqan tidak dapat lelap mata dengan tenang apabila menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp daripada tuan bagunan yang merupakan Pewaqaf penggunaan bagunan.

Maahad Tahfiz D'itqan

Dia telah menerima pesanan yang mengarahkan mereka mengosongkan bagunan yang digunakan untuk tujuan pengajian oleh penuntut perempuan di mana sebahagiannya terdiri daripada anak asnaf miskin dan juga termasuk anak-anak OKU.

Menurut Mudir, Ustaz Mohd Nasir bin Tambi Chek, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat pengajian baru untuk pelajar Maahad Tahfiz Littholibat (perempuan) D'Itqan menempatkan pelajar perempuan yang seramai 22 orang.

"Kami merayu bantuan daripada orang ramai atas ujian yang sedang kami hadapi pada saat ini," rayunya.

Menceritakan kesulitan yang dihadapi, pada 22 Julai 2016 lalu Maahad telah menerima notis pertama daripada pewaqaf penggunaan bagunan melalui aplikasi Whatsapp.

"Saya berhasrat untuk memberikan notis sehingga hujung tahun 2016 untuk mengosongkan bangunan Tahfiz Perempuan diatas sebab-sebab yang tak perlu dinyatakan."

Namun, pada 17 Ogos 2016 lalu beliau menerima satu lagi pesanan Whatsapp.

"Tanpa sebarang alasan memaklumkan notis pengosongan bangunan disingkatkan ke 30 Sept 2016."

Kerana tempoh yang terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat mencari bagunan baru secepat mungkin berikutan kekangan kewangan.

Maahad Tahfiz D'itqan [2]

Beliau juga menyatakan amat risau memikirkan nasib dan keadaan penuntutnya untuk belajar dan menghafaz Al Qur'an jika mereka gagal mencari premis baru untuk menempatkan mereka.

Oleh itu, kepada sesiapa yang bermurah hati untuk mencari atau memberi atau memberi bantuan kewangan untuk membeli dua buah rumah untuk memindahkan pelajar-pelajar ini amatlah dialu-alukan.

***

Sebarang pertanyaan serta bantuan mengenai MAAHAD diminta menghubungi:

PENGETUA
USTAZ MOHD NASIR BIN TAMBI CHEK
NO TEL : 019 3856213

MUDIRAH
USTAZAH INA.
NO TEL: 0193586213.

TAHFIZ D ITQAN LITTHOLIBAT
NO 1&2, LOT 1266. BATU 41.
JALAN BANTING-DENGKIL.
KG OLAK LEMPIT. 42700. BANTING. SELANGOR

Bagi mereka yang ingin memberi bantuan kewangan boleh salurkan ke;

MAYBANK
5620 5805 7425
PUSAT PENGAJIAN D ITQAN.

Facebook: Maahad Tahfiz D'itqan

***

Keadaan semasa di Maahad sekarang, barang-barang sudah dikemas untuk kosongkan premis bagunan sedia ada.

Maahad Tahfiz D'itqan [3]
Maahad Tahfiz D'itqan [4]
Maahad Tahfiz D'itqan [5]

Bersamalah kita sebarkan berita ini kepada mereka yang berkemampuan bagi menjamin masa depan anak-anak yang belajar ilmu agama ini supaya mereka tidak terganggu untuk belajar dan menghafaz Al Qur'an dengan masalah yang sedang membelenggu ini.

Maahad Tahfiz D'itqan kini mempunyai seramai 67 penuntut iaitu 45 orang lelaki dan 22 orang perempuan di mana premis bagunan untuk pelajar perempuan yang menghadapi masalah ini.

Ketika ini pihak Maahad terpaksa memberi cuti raya Aidil Adha lebih awal kepada penuntut untuk memberi laluan kepada pengosongan premis.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli | Sentiasapanas

Projek RM650 Juta Perindah Tugu Negara Pembaziran, Dosa Besar?

Projek RM650 Juta Perindah Tugu Negara Pembaziran, Dosa Besar?

Projek mega bagus. Baik untuk pembangunan dan kemajuan. Ada projek bermaksud ada kerja. Ada kerja bermakna ada pendapatan. Ada pendapatan akan membawa kepada perbelanjaan.

Tugu bernilai RM650 Juta

Perbelanjaan mendorong kepada permintaan, penawaran. Dan beginila ekonomi akan berjalan. Terus mengukuh ke hadapan.

Tetapi. Bukannya semua projek mega itu bagus. Projek mega itu bagus jika ianya melibatkan kepentingan rakyat. Projek yang tidak meminggirkan keperluan rakyat atau mengabaikan hak rakyat.

Projek yang hanya menguntungkan kronisma, kapitalisma, sebelah pihak yang berauthoriti dan mereka-mereka yang berkepentingan menjana keuntungan semata-mata, projek mega itu tidakla bagus.

Wujudnya rantaian ekonomi pun hanya bersifat sementara yang mana berkemungkinan akan bagi vibe negative kepada rakyat pada masa mendatang.

Contohnya projek mega KLCC. Kita setakat berbangga gitu-gitu je la. Hasil yilek. Ini nak buat menara satu lagi. Tak cukup dengan menara, tambah tugu negara pula.

Sementara itu menteri bersetuju dengan cadangan kutip derma dari ibu bapa dan pelajar bagi membiayai kos penyelenggaraan bangunan sekolah.

What the f@ck la semua ini.

Menerusi petikan berita Malaysiakini,

Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar.
Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.

Sambungan boleh baca kat sini, MK.

***

Amboi. Kemain lagi juta-juta buat projek. Padahal masa sekarang projek sebegitu tidak bersesuaian dengan keperluan semasa rakyat.

Sounds interesting projek tu. Tetapi sayangnya bukan di saat keuntungan Petronas yang menyusut ke 11% dari 44% pada tahun 2008. Senang cakap timing tak sesuai.

Keadaan semasa rakyat ialah mereka perlukan suntikan ekonomi yang melibatkan kepentingan mereka secara langsung.

Projek mega berimpak tinggi kurang sesuai dijalankan pada ketika kerajaan cut banyak bajet kementerian.

Najib menyeru kepada penjimatan. Tapi 650 juta projek tugu negara jimat apa dia? Tu tak kira projek panda lagi.

Zoo negara sendiri complaint takda dana nak tanggung anak panda. Tu pasey nak hanto pulang. Dulu sebelum amek panda kata penjilat Najib, nanti pelancong ramai-ramai masuk Malaysia nak tengok panda.

Untunglah sektor pelancongan. Abah kau untung. Zoo negara sampai tak tertanggung beban menyara. P balikla panda.

Konon nanti Malaysia dapat projek China. Mereka up alasan baik punya. Abah kau dapat projek China. Firma China dapat projek mega Malaysia lagi ada. Ya Rabbi. Rasa nak peneranjang je seko-seko.

Time ekonomi cemerlang, projek mega ini menguntungkan. Sebab rakyat punya wang untuk berbelanja. Tetapi time ekonomi sedang bermasalah disebabkan kejatuhan minyak, ringgit, banyak company terjejas, ada VSS sana VSS sini, inflasi, hutang rakyat yang menimbun, mahasiswa menggangur ramai siap berebut job dengan PATI, PADI takpayah la kita buat benda bukan-bukan.

Memang jangka siap 2020. Tetapi bukan waktu 2020 kau semua keluar modal. Kau keluar modal pada saat projek neh berjalan iaitu pada sekarang.

Ye ye jek Khazanah nak campak 500 juta. FRIM lagi. DBKL pun sama. Mana korang cekau duit? Dari mana? Dari siapa? Rakyat juga yang jadi mangsa.

Kalau masa tu Khazanah susut keuntungan, sampai menjejaskan pelaburan, mao kita gak kena korek poket menderma cukai. Uihhh. Seram fikir.

Tak boleh blah. Aku tengok Najib bangga giler declare projek ini dalam berita. Tv3 lapor ada la dekat 15 minit.

Seriyus Najib. Rakyat bukan gila nak berindah. Kalau ko gila kreatif, tempat-tempat berindah sedia ada kau majukan. Naikkan selevel bagi memajukan kawasan-kawasan berkenaan dengan idea gempak dan inovatif tetapi modal minima.

Dan menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria pula..

Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia.

Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.

Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.

Anda boleh baca lanjutannya di sini, MK.

***

Sepatutnya, dengan duit ratus juta tu tolonglah untuk sekian kalinya upgrade bangunan sekolah. Upgrade la fasiliti sekolah. Upgrade la hospital yang memerlukan.

Upgrade la benda-benda penting seperti membina lebih banyak rumah kos serdahana bawah 100k.

Untuk sekian kalinya korang fikir demi rakyat tanpa ada niat atau agenda tersembunyi. Betul-betul ikhlas nak jalankan tanggungjawab dengan amanah.

Janganlah makan gaji buta lagi. Tolonglah.

BACA INI JUGA:

Sumber: Amenoworld | Sentiasapanas