Monday, September 05, 2016

Kedai Kopi Caj Mahal Pelanggan 'Biadap' Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan

Kedai Kopi Caj Mahal Pelanggan 'Biadap' Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan

Sebuah kedai kopi di Sepanyol memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Blau Grifeu

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan orang ramai kini bersifat tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah - jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak £2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak £4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan perkataan 'tolong', 'terima kasih' atau mengucap 'buenos dias' (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada £1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar di kedainya.

"Orang ramai kini sangat tergesa-gesa dan selalu lupa untuk menyebut 'tolong' apabila mereka meminta sesuatu

"Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik", katanya.

Blau Grifeu
Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro.

Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli | Sentiasapanas

Pokok Pisang 'Ajaib' Berbuah Di Belakang Masjid

Pokok Pisang 'Ajaib' Berbuah Di Belakang Masjid

Dua pokok pisang yang hanya tumbuh setinggi 30 sentimer tanpa daun dan batang telah mengeluarkan buah.

Pisang Ajaib

Memetik laporan media tempatan, melaporkan kejadian yang berlaku di Desa Kori, Ponorogo, Indonesia ini tidak semena-mena menarik perhatian masyarakat untuk melihat pohon tersebut, yang di anggap mereka sebagai satu kejadian ajaib.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pokok pisang itu yang tumbuh di belakang Masjid Azzazul Muttaqim, tumbuh di kawasan makam pengasas masjid itu yang di kenali sebagai Mbah Palang.

Pisang Ajaib

Pokok pisang dari jenis raja itu, menghasilkan 33 biji buah, yang mana warga tempatan di situ menyatakan bahawa jumlah itu sama dengan jumlah untaian tasbih yang digunakan ketika berzikir.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH | Sentiasapanas

Sunday, September 04, 2016

Kisah Benar Pengalaman Misteri Kembali Ke Masa Lampau

Kisah Benar Pengalaman Misteri Kembali Ke Masa Lampau

Pada Oktober 1979, sepasang suami isteri dari Dover, England, merancang untuk pergi mengembara ke Perancis dan Sepanyol.

Geoff Simpson and Pauline mystery
Gambar hiasan.

Pasangan itu, Geoff Simpson dan isterinya Pauline dan rakan baik mereka Len Gisby dan isterinya Cynthia.

Dari Dover, mereka menaiki feri melintasi Selat Inggeris untuk memasuki Perancis. Setibanya di negara itu, mereka menyewa sebuah kereta dan memandu ke bahagian utara Perancis.

Apabila hari mulai gelap, mereka bercadang untuk mencari hotel di daerah Montelimar untuk bermalam.

Dari tepi jalan mereka ternampak sebuah motel lalu berhenti. Di lobi motel ada seorang lelaki berpakaian seragam warna plum yang gayanya agak ketinggalan zaman.

Lelaki itu memberitahu, semua bilik telah penuh sambil menunjukkan sebuah lagi motel kecil ditepi jalan menuju ke arah selatan.

Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berlalu dan kereta dipandu mengarah ke selatan.

Semakin lama, mereka tidak lagi melalui jalan bertar tetapi memasuki sebatang jalan berbatu. Dikiri dan kanannya pula dipenuhi bangunan-bangunan lama seperti zaman dahulu.

Mereka terus memandu sehingga ternampak dua buah bangunan. Satu adalah balai polis yang kelihatan sudah lama dan disebelahnya sebuah bangunan yang sepenuhnya diperbuat daripada kayu dan tertera 'HOTEL' diluarnya.

Mereka sepakat untuk bermalam disitu dan sebaik masuk ke dalam hotel, mereka berasa pelik.

Hotel itu tidak kelihatan seperti hotel biasa. Mejanya tidak beralas, tiada lif dan tiada telefon.

Bilik mereka juga pelik. Pintu bilik bukan menggunakan kunci tombol, namun disangkutkan dengan alang kayu. Diatas katil juga tiada bantal kepala sebaliknya cuma bantal peluk.

Tilam pula dialas dengan cadar dari kain belacu, fabrik yang tidak lagi digunakan sejak sekian lama sebagai alas cadar.

Tingkap bilik juga ketinggalan zaman. Tiada tingkap kaca seperti kelaziman, hanya bidai semata-mata.

Begitu juga bilik air, sistem paipnya seperti zaman dulu, rekaan yang sudah tidak lagi digunakan.

Walaupun merasa pelik, namun kerana penat, mereka terus masuk ke bilik dan tertidur. Mereka hanya terjaga apabila cahaya matahari menembusi bidai bilik.

Mereka bersiap dan turun untuk bersarapan. Turut berada disitu seorang wanita yang memakai gaun sutera kembang seperti zaman dahulu. Gayanya seperti baru pulang dari majlis tari-menari.

Gambar hiasan.

Kemudian, masuk pula dua orang polis lelaki. Pun mereka hairan melihat pakaian polis itu. Seragam mereka tampak lusuh dan ketinggalan zaman serta memakai mantel.

Tidak seperti polis Perancis yang mereka temui sebelum sampai di kawasan hotel tersebut.

Selepas bersarapan, mereka naik semula ke bilik mereka yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Mereka berkemas untuk keluar namun sempat mengambil beberapa keping gambar di dalam bilik itu.

Di kaunter, semasa hendak membayar bil, Geoff sekali lagi terkejut apabila pengurus hotel hanya meminta sebanyak 19 Franc untuk kedua-dua bilik yang mereka duduki.

Tidak percaya dengan harga itu, Geoff bertanya lagi. Dia turut menerangkan bahawa mereka berempat dan turut bersarapan di hotel tersebut. Pun begitu, harganya tetap sama.

Bagai tidak percaya dengan harga semurah itu, Geoff membayar bil hotel. Sekalipun banyak keganjilan, mereka bercadang akan bermalam di dalam perjalanan pulang.

Sebelum bergerak, Geoff dan Len sempat berborak dengan dua orang polis yang mereka lihat diruang makan hotel. Goeff bertanyakan arah jalan menuju ke sempadan Sepanyol.

Namun, polis berseragam lama itu seperti tidak faham dan tidak tahu erti 'lebuh raya' bila Geoff menyebutnya.

Sebaliknya, mereka memberi petunjuk melalui peta dan menunjukkan jalan lama yang lebih jauh daripada yang sepatutnya.

Geoff tersasar jauh bila mengikut arah yang ditunjukkan polis itu, sedangkan jalan paling dekat adalah melalui lebuh raya, tetapi sebaliknya mereka mengikut jalan lama.

Pun begitu, mereka tetap berjaya sampai di Sepanyol dan menghabiskan masa selama dua minggu mengembara di negara itu.

Tamat penjelajahan, tiba masanya untuk pulang melalui jalan sama seperti mereka datang.

Tiba di daerah Montelimar, Perancis, mereka mencari hotel lama yang pernah dihuni sebelumnya.

Namun, puas berpusing-pusing mencari, mereka tidak berjaya menemui hotel tersebut, bahkan deretan bangunan lama seperti zaman dahulu juga tidak kelihatan.

Geoff yakin mereka tidak salah jalan, malah mereka turut singgah di hotel pertama yang sebelum itu penuh.

Yang menghairankan, pekerja hotel itu menafikan ada pekerja berpakaian seragam plum lusuh yang menunjuk arah ke hotel lama itu seperti yang diceritakan Geoff.

Tidak, Geoff yakin mereka tidak salah jalan. Mereka sudah masuk simpang dan arah yang betul, cuma bangunan lama, jalan berbatu dan hotel pelik yang pernah mereka lihat dan duduki itu bagaikan sudah lenyap sekelip mata.

Akhirnya, malam itu mereka menginap di sebuah hotel moden beserta makan malam dan sarapan dengan harga 247 Franc!

Misteri Gambar Hilang

Setelah pulang dari pengembaraan itu, Geoff mencuci rol filem kameranya. Kesemua rol itu dipenuhi gambar-gambar percutian mereka, kecuali bahagian dimana mereka mengambil gambar di hotel lama yang pelik itu tidak kelihatan dalam filem.

Bahagian itu kosong, seolah-olah filem pada bahagian itu tidak pernah dicetak untuk mengambil gambar, sedangkan Geoff dan Len yakin mereka memang ada mengambil gambar di bilik hotel itu.

Geof dan Len tidak pernah menceritakan pengalaman misteri ini kepada sesiapa kecuali kepada rakan-rakan terdekat mereka.

Tiga tahun kemudian, salah seorang rakan Geoff membawa sebuah buku yang di dalamnya ada gambar pakaian polis Perancis era 1905.

Yang mengejutkan, pakaian polis dalam gambar itu benar-benar sama dengan polis yang ditemuinya di hotel pelik itu.

Seorang wartawan yang mendapat tahu tentang kisah itu kemudiannya menembual Geoff dan Len.

Tidak lama kemudian, kisah misteri yang dialami mereka bukan sahaja disiarkan dalam surat khabar malah juga di televisyen.

Penyiasat juga turut mengkaji negatif filem milik Geoff dan mereka mendapati pada filem yang kosong itu ada kesan dimana kamera cuba berfungsi untuk mengambil gambar tetapi lubang gegancu pada negatif filem mengalami kerosakan.

Peliknya, kerosakan itu hanya pada negatif dibahagian tengah filem, gambar yang diambil di hotel tersebut, sedangkan gambar sebelum dan selepas itu elok sahaja.

Misteri 'Time Slip'

Gambar hiasan.

Pada tahun 1985, seorang pakar psikiatri, Albert Keller, melakukan hipnosis ke atas Geoff untuk melihat sama ada dia benar-benar mengingati kejadian misteri itu.

Dibawah pengaruh hipnosis, Geoff menceritakan satu persatu apa yang dilihat dan dialami semasa di hotel tersebut. Tidak ada satu pun yang berubah ceritanya.

Jenny Randles, seorang penulis warga British yang mengkaji fenomena misteri ini berpendapat, apa yang berlaku pada kedua-dua pasangan itu mungkin ada kaitan dengan 'time slip', satu keadaan di mana mereka telah dibawa kembali ke zaman silam.

Namun, apa yang menghairankan, mengapa pengurus hotel dan polis yang ditemui mereka langsung tidak terkejut melihat kehadiran mereka berempat, dimana pakaian dan kenderaan mereka jauh lebih moden daripada zaman mereka. Tiada siapa yang dapat mengesahkan.

Jika dikaji, bandar Montelimar merupakan antara bandar tertua di Perancis dan sudah dihuni sejak zaman era Celtic sebelum tahun Masihi mula digunakan.

Sememangnya bandar ini merupakan 'bandar kuno' yang kaya dengan pelbagai sejarah dan peradaban.

Mungkin benar mereka telah dibawa ke tahun 1905, namun mujurlah tahun itu, bagaimana kalau mereka kembali ke era yang lebih kuno?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, September 03, 2016

Hidup Sebagai Jutawan Penuh Dengan Masalah, Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan Untuk Hidup Bahagia?

Hidup Sebagai Jutawan Penuh Dengan Masalah, Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan Untuk Hidup Bahagia?

Menurut lelaki kedua terkaya di China, Jack Ma, duit yang banyak melampau juga akan menyebabkan seseorang itu tidak bahagia.

Jack Ma

Berapa banyak wang yang diperlukan untuk anda menjadi bahagia? Berjuta-juta? Berbillion?

Jack Ma, yang juga pemilik Alibaba, mendedahkan golongan yang paling bahagia dalam hidup adalah mereka yang berpendapatan sederhana.

"Orang China yang paling bahagia adalah mereka yang berpendapatan antara US$3,000 (RM12,000) to US$4,500 (RM18,300) sebulan", kata Jack Ma.

Mengapa? Kerana golongan yang berpendapatan sebanyak itu hanya boleh mempunyai sebuah rumah yang kecil, sebuah kereta dan sebuah keluarga, kata Jack Ma.

"Tak ada perkara yang lebih membahagiakan dari perkara itu, itu adalah makna kebahagiaan hidup", kata Ma.

Tambah Jack Ma lagi, pelbagai masalah mula timbul apabila angka pendapatan mula mencecah beberapa juta.

Jack Ma sebelum ini pernah berkata saat paling bahagia dalam hidupnya adalah apabila dia bekerja sebagai guru dan berpendapatan kurang dari US$15(RM60) sebulan.

"Lagi banyak wang yang kamu ada, lagi banyak perkara yang perlu kamu buat", tambahnya.

Jack Ma merupakan orang kedua terkaya di China dengan jumlah kekayaan US$ 22.7 billion.

BACA INI JUGA:

Sumber: Siakapkeli.my

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Mencabar-nafsu-lelaki

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?

Bagaimana? Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut?!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada.

Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini:

1. Tunduk

Tunduk pun salah? Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai.

Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga? Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Menundukkan Pandangan

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” [QS. An-Nuur : 30-31].

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

BACA INI JUGA:

Sumber: Akuislam

Mak Ayah Sibuk Dengan iPhone, Ini Rintihan Sayu Seorang Anak Yang Menyentap Jiwa

Mak Ayah Sibuk Dengan iPhone, Ini Rintihan Sayu Seorang Anak Yang Menyentap Jiwa

Terlalu lama rasanya saya menyimpan kisah ini. Sengaja memendamkannya kerana bagi saya anak kecil yang berkongsi cerita ini kelihatan biasa seperti kebanyakkan kanak-kanak lain seusianya.

Aizam
Gambar hiasan.

Kebelakangan ini saya jarang masuk ke kelas di mana anak ini belajar kerana ianya di ambil alih oleh guru praktikum. Saya mula mengesan perubahan yang mendadak pada anak ini.

Mungkin apabila berada di depan mata kita menjadi tidak peka dan sensitif dengan perubahan. Barulah saya tahu bahawa apa yang berlaku kepadanya sedikit demi sedikit menghakis peribadi kanak-kanak dari seorang yang manja kepada seorang kanak-kanak yang suka memberontak.

Aizam namanya. Dia seorang anak yang sangat pintar bagi seorang kanak-kanak berusaha 7 tahun. Petah berkata-kata dan selalunya dalam Bahasa Inggeris.

Soalan-soalan yang keluar dari mulutnya itu kadang-kadang sangat di luar jangka. Jauh menunjukkan kebijaksanaannya dalam berfikir.

Satu hari, di saat rakan-rakannya begitu seronok menggunakan aplikasi komputer untuk mengukuhkan kemahiran membaca, beliau datang mendekati saya di meja guru.

Bosan katanya dan meminta keizinan saya untuk membuka laman sesawang ‘Youtube’ di komputer ribanya.

Saya mengambil peluang ini untuk meneroka dan mengenalinya dengan lebih dekat.

“Kenapa nak tengok Youtube”, soal saya.

“I love to watch it. Kat rumah saya selalu tengok Youtube,” Jawabnya dengan wajah yang cukup ceria.

“Aizam tengok Youtube kat mana? Ada laptop ke di rumah?” soal saya meneruskan perbualan.

“My parent’s iPhone.”jawabnya sambil menceritakan kelebihan iPhone milik ibu dan ayahnya.

“Mak dan ayah Aizam tak marah ke kamu gunakan iPhone mereka?”soal saya lagi.

“Yeah, they always mad at me. But I love it.” jawabnya.

Saya mengerut dahi kehairanan. Dalam hati saya berkata bahawa anak ini makin unik. Suka di marah ibu dan ayahnya. Saat itu dia menyambung lagi.

“That is the only time that I think they really talk to me. The rest of it, they always busy with their iPhone. Always messaging, watching videos, play games.”

Saat ini saya melihat wajahnya sudah mula meredup. Ada raut kesal dan kadang-kadang sedih. Air matanya bergenang di kelopak matanya. Namun dia masih berusaha mengawal bibirnya untuk mengukir senyuman.

“Kadang-kadang saya sengaja ambil iPhone mereka. And I hope they will have times to chat with me. Tapi bila iPhone tiada mereka akan tengok tv.

"The only time that they will focus on me is when I broke something or making problem at home.” Akuinya jujur.

Saya berusaha untuk memberi jawapan yang munasabah kepadanya. Bukan untuk mempertahankan tingkahlaku nakalnya atau membela ibubapanya, tetapi keutamaan saya ketika ini adalah untk memperbetulkan ‘mindset’ nya.

“Dunia orang dewasa macam tu lah. Ada masa-masa tertentu mereka menjadi terlalu sibuk. Ada banyak lerja yang perlu diselesaikan.

"Perlu banyak berbincangan dengan rakan sekerja dan perlu banyak korbankan masa untuk selesaikan urusan kerja mereka.

"Dan mereka buat semua itu untuk isteri dan anak -anak yang mereka sayang. Untuk kamu supaya kamu dapat belajar dengan baik, cukup semua keperluan kamu dan boleh bawa kamu bercuti bila waktu cuti sekolah,” jelas saya panjang lebar.

“I dont want to be like them”, pintasnya.

Saya tergamam seketika. Tidak mampu berkata apa -apa pada waktu itu. Dan ketika itu murid-murid lain telah mula kecoh kerana waktu rehat telah pun tiba.

Saya bangun dari kerusi dan mengarahkan murid-murid untuk berbaris di luar makmal komputer sebelum ke kantin untuk rehat.

Aizam turut berebut-rebut masuk ke dalam barisan. Bertolak-tolak riang bersama-sama rakan sekelasnya sebelum mengucapkan selamat rehat dan membaca doa makan.

Saya melihat kelibatnya tenggelam dalam gerombolan murid yang menyerbu masuk ke kantin sekolah membeli makanan.

Kepala juga ligat memikirkan apa yang harus saya buat untuk membantu anak ini. Simpati saya kepada anak ini.

Pada usia sebegini dia harus bersaing dengan teknologi dan kemajuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan dari ayah dan ibu kandungnya sendiri.

Paling dirisaukan ialah usahanya kini terarah kepada usaha yang negatif. Membuat nakal dan bising semata-mata untuk menarik tumpuan ibu dan ayahnya.

Alat yang sepatutnya berfungsi untuk mendekatkan yang jauh kini menjadi pemisah kepada mereka yang sedia dekat.

Benarlah seperti apa yang dikatakan bahawa kesan buruk telefon bimbit bukanlah pada apa yang dibuat semasa menggunakannya sahaja, tetapi lebih besar kesannya pada apa yang kita TIDAK BUAT semasa menggunakannya.

Sebagai contoh ,kita tidak pedulikan anak yang merengek mengajak kita bermain sama sedang kita sibuk menggunakan telefon bimbit.

Saya pulang ke rumah petang itu dengan membawa balik bayang-bayang Aizam. Aizam tidak jauh beza umurnya dengan anak sulong saya. Yang setiap kali apabila saya sampai ke rumah, dialah yang akan menyambut saya. Bertanyakan telefon bimbit saya sebelum sempat saya membuka helmet di kepala.

Saya membayangkan anak saya juga seperti Aizam, mengambil telefon bimbit dari saya agar saya memberikan tumpuan kepadanya dan tidak asyik melekat bersama telefon bimbit.

Hari itu sebelum sampai ke rumah, saya berhenti sebentar di tepi jalan, membawa keluar telefon bimbit, mematikannya dan terus menyimpannya di dalam beg galas saya.

Saya mengeluarkan telefon bimbit hanya apabila anak saya telah masuk tidur. Begitulah hari-hati yang seterusnya.

Tanpa telefon bimbit saya yakin hubungan saya dan anak-anak menjadi lebih erat dan bermakna.

Asmadi Abdul Samad
Sayang anak, tutup telefon.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai.

Tembikai

Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas.

Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah:

Rendam Anak Benih

Biji Tembikai

Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan.

Semai

Semaian Biji Tembikai

Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja.

Pindahkan

Anak Benih Tembikai

Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6.

Penyediaan Busut

Sediakan satu busut atau batas tanaman berukuran 3 kaki x 3 kaki dengan ketinggian 6 inci. Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi.

Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8.

Pastikan busut yang dibina menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung.

Kawal Kelembapan Tanah

Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan ke batas kekal. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal pertumbuhan rumpai.

Perlu Dipangkas

Selepas hari ke-10 hingga 15, anak pokok perlu dipangkas untuk memastikan ia mengeluarkan cabang atau tunas yang baru. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.

Pembajaan

Pembajaan Tembikai

Lakukan pembajaan setiap 2 minggu sekali. Untuk peringkat awal pertumbuhan, baja perlu ditabur secara bulatan di sekitar anak pokok. Pastikan jarak baja yang ditabur 30 cm dari pangkal pokok.

Air Yang Banyak

Pokok tembikai memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan buah yang banyak. Lakukan penyiraman seawal pagi dan pada waktu lewat petang.

Hanya 2 Biji Satu Pokok

Kebiasaannya, pokok mula berbunga dan berbuah pada hari ke-60 selepas pemindahan. Untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti, pastikan pokok hanya mempunyai 2 biji buah dalam satu masa. Jika terdapat putik yang seterusnya, ia perlu dibuang.

Tanda-tanda Buah Tembikai Sudah Masak

Tembikai Matang

Buah tembikai akan menunjukkan tanda-tanda sudah matang atau sedia untuk dituai apabila:
  • Warna putih kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar menjadi kekuningan.
  • Apabila ditepuk atau dijentik, buah menghasilkan bunyi seakan-akan berongga.
  • Urat atau jalur pada permukaan kulit buah mula pecah dan pudar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Impiana

Friday, September 02, 2016

Samsung Note 7 'Ditarik' Dari Pasaran Selepas Bateri Meletup Ketika Sedang Dicas?!

Samsung Note 7 'Ditarik' Dari Pasaran Selepas Bateri Meletup Ketika Sedang Dicas?!

Menurut laporan The Korea Herald, Samsung sedang mempertimbangkan keputusan untuk ‘panggilan semula’ setelah terdapat laporan pengguna menunjukkan bateri Note 7 meletup ketika sedang dicas.

Samsung Note 7 Recall

Samsung sedang membuat persediaan secara besar-besaran di peringkat global untuk memanggil semula (recall) smartphone terbarunya – Galaxy Note 7, menurut Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan.

Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran Note 7 untuk menyiasat dakwaan di atas.

Yonhap mendakwa Samsung sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi yang telah melancarkan Note 7 – iaitu Verizon Wireless – tentang bagaimana panggilan semula akan dilakukan.

Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan.

Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan.

Samsung Note 7

Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.

Sekiranya recall ini benar-benar berlaku, masa hadapan Samsung tidak begitu indah seperti yang mereka harapkan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Gambar Perkahwinan Sultan Selangor Dan Norashikin Abdul Rahman

Gambar Perkahwinan Sultan Selangor Dan Norashikin Abdul Rahman

Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini berusia 70 Tahun selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman pada 31 ogos 2016 bertempat di Masjid Istana Diraja Klang.

Norashikin Abdul Rahman Isteri Sultan Selangor

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.

Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.

Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina,Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Mari kenali profil peribadi Norashikin Abdul Rahman isteri sah kepada Sultan Selangor.

Biodata Norashikin Abdul Rahman

Norashikin Abdul Rahman Isteri Sultan Selangor [3]

Nama Penuh: Norashikin Abdul Rahman
Umur: 45 Tahun
Status: Janda (Pernah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata)
Asal: Kuala Lumpur
Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Pekerjaan: Penyampai Berita RTM TV1
Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)

Gambar Pernikahan Norashikin Abdul Rahman Dan Sultan Selangor

Norashikin Abdul Rahman Isteri Sultan Selangor [2]

Kenyataan Akhir Pernikahan Sultan Selangor Dan Norashikin Abdul Rahman

Kenyataan Akhir Pernikahan Sultan Selangor Dan Norashikin

Semoga perkahwinan ini bahagia sehingga ke akhir hayat. Amiin.

BACA INI JUGA:

Sumber: malaysiakini/melvister

Gempar Video Penampakan UFO Berlegar Di Kuala Krai?!

Gempar Video Penampakan UFO Berlegar Di Kuala Krai?!

Polis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

UFO Kuala Krai

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai UFO berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.

Muat turun video (Mediafire) atau tonton dibawah dan Youtube.

(Kemaskini)

‘Tempat itu tidak wujud’

Sihabidin Yusof UFO

Sementara itu, penduduk setempat mendakwa tidak pernah mendengar nama Pusat Cembong Batu Nang yang didakwa menjadi tempat UFO berlegar, sebaliknya hanya diketahui setelah isu itu viral di laman sosial.

Sihabidin Yusof, 62, dari Bukit Sireh berkata, dia kali pertama mendengar nama lokasi tersebut sepanjang 32 tahun menetap di Kuala Krai.

Menurutnya, dia sendiri tertanya-tanya mengenai lokasi tersebut sebaik berita UFO viral di laman sosial.

“Saya tidak pernah dengar nama Cembong Batu Nang. Rasanya tempat itu tidak wujud dan tidak mustahil video tersebut telah diedit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning memaklumkan tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, nama lokasi tersebut juga tidak wujud.

Dalam video itu turut terdengar percakapan individu dalam loghat Terengganu.

BACA INI JUGA:


Sumber: SH