Sunday, August 28, 2016

Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

Sebelum kami beritahu kenapa orang-orang dewasa, termasuk ibu bapa dan atuk nenek patut menonton kartun Spongebob Squarepants, ana perlu tahu dahulu fakta-fakta menarik tentangnya.

Spongebob Squarepants

Untuk pengetahuan anda..

Kartun lucu ini diilhamkan oleh Stephen Hillenburg. Siapa dia? Badut sarkas kah? Bukan. Stephen Hillenburg yang lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1961 ini bukanlah sembarangan orang.

Stephen Hillenburg adalah seorang ahli biologi laut, malah pernah mengajar di Orange County Ocean Institute. Stephen Hillenburg juga seorang pelukis dan pakar animasi kartun.

Kartun Spongebob Squarepants diterbitkan oleh syarikat milik Stephen Hillenburg, United Plankton Pictures Inc. dan siri pertama disiarkan di Amerika Syarikat pada 1 Mei 1999, melalui saluran Nickleodeon.

Sejak disiarkan, Spongebob Squarepants terus mendapat sambutan hangat, sampailah sekarang.

Kini, ia disiarkan di seluruh dunia dan dialih ke pelbagai bahasa.

Jangan terkejut, pada tahun 2007, majalah TIME telah menamakan siri kartun ini sebagai salah satu daripada 100 siri televisyen terhebat sepanjang zaman, bersama Friends, Oprah Winfrey Show, American Idol dan sebagainya.

Siapa watak utamanya? Tidak lain tidak bukan, si span kuning bernama Spongebob. Watak lucu ini diambil daripada haiwan span laut.

Bagaimanapun, untuk siri kartun, ia dibentuk menjadi empat segi seperti span yang digunakan untuk membasuh pinggan dan memakai seluar kotak.

Spongebob tinggal di dalam buah nenas di dasar laut dan suka menangkap obor-obor serta membuat buih.

Dia bekerja sebagai pembuat burger di Krabby Patty di restoran Krusty Krabs, milik Eugene H. Krabs (ketam).

Kawan baik Spongebob ialah 'seorang' tapak sulaiman bernama Patrick Star, yang tinggal di bawah seketul batu, sebelah rumah Spongebob. Wataknya bodoh-bodoh alang dan kelakar.

Squidward with Eugene

Squidward Tentacles (sotong kurita) yang juga jiran Spongebob, bekerja sebagai juruwang di restoran Krusty Krabs.

Masalahnya, Squirdward yang berhidung panjang serta sengau ini sentiasa berlaga angin dengan Spongebob. Ada saja yang digaduhkannya dengan Spongebob.

Eugene H. Krabs, pemilik Krusty Krabs pula sangat gilakan duit, tamak serta pentingkan diri sendiri.

Sebagai majikan, Eugene mengerah sepenuhnya tenaga Spongebob dan Squirdward demi mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin.

Kalau anda nampak kartun siput, itulah Gary. Kelakarnya, Gary berbunyi meow saja, seperti kucing. Gary adalah binatang peliharaan Spongebob.

Spongebob and Gary

Watak antagonis dalam siri kartun ini ialah makhluk kecil bernama Sheldon J. Plankton, sempena hidupan seni yang menjadi makanan hidupan laut, plankton.

Plankton memiliki restoran Chum Bucket, tetapi langsung tidak ada pengunjung kerana penduduk Bikini Bottom, lebih suka makan di Krusty Krabs.

Plankton cukup dengki kepada Krusty Krabs, maka dia melakukan pelbagai usaha untuk membangkrapkan Krusty Krabs.

Setiap hari, Plankton berusaha untuk mencuri resepi rahsia Krusty Patty dengan dibantu oleh isterinya, Karen, sebuah komputer! Tapi tidak pernah berjaya.

Chum Bucket

Tadi ada disebut Bikini Bottom kan. Apa itu Bikini Bottom? Pakaian renangkah? Bukan. Bikini Bottom adalah nama lokasi kononnya cerita ini berlaku.

Digambarkan, Bikini Bottom terletak di dasar lautan Atlantik yang penduduknya melebihi sejuta, yang terdiri daripada semua jenis hidupan laut.

Dan jangan terkejut, keadaan Bikini Bottom termasuk tarikan gravitinya adalah sama seperti di daratan, kerana disitu juga terdapat pantai, kolam, unggun api, boleh menuang air dan sebagainya.

Di Bikini Bottom juga ada lapangan terbang, bas, taman permainan, stadium dan pusat hiburan.

Dahulu, Bikini Bottom ada panggung wayang tetapi musnah akibat bau busuk mulut Spongebob dan Patrick!

Ramai artis-artis terkenal turut meminati Spongebob Squarepants.

Spongebob Squarepants by Celebrity

Penyanyi, David Bowe misalnya pernah muncul dalam siri TV itu, manakala kumpulan muzik heavy metal Pantera, Motorhead dan Twisted Sister, menyumbangkan muzik mereka dalam soundtrack kartun tersebut.

Band Metallica pun sama. Kumpulan muzik thrash metal itu bukan setakat minat, malah mengeluarkan T-shirt memaparkan mereka bersama Spongebob dan Patrick Star.

Seperti dikatakan tadi, orang dewasa pun patut menonton kartun Spongebob Squarepants. Kenapa? Sebab, selain kelakar, kartun ini juga membawa mesej supaya kita semua memelihara laut.

Kita dianjurkan supaya bersahabat, mengelakkan pencemaran dan menyayangi hidupan laut.

Jom tonton Spongebob Squarepants..

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

-SENTIASAPANAS.COM

Dicop Sebagai Pemain Paling 'Kotor' Di EPL, Diego Costa Buktikan Sebaliknya

Dicop Sebagai Pemain Paling 'Kotor' Di EPL, Diego Costa Buktikan Sebaliknya

Bercakap mengenai pemain paling ‘kotor’ dan ganas. kami boleh menjamin nama Diego Costa pasti ada dalam senarai peminat bola sepak Inggeris.

Diego Costa

Lihat sahajalah beberapa siri bentesan beliau dalam perlawanan pembukaan musim menentang West Ham. Perlu diingat, beliau adalah penyerang!

Dalam perlawanan itu juga, Costa telah melakukan satu bentesan keras ke atas penjaga gol West Ham, Adrian. Beliau sepatutnya diberikan kad kuning kedua oleh pengadil. Namun agak bernasib baik apabila terlepas hukuman pengadil.

Tambah memberangkan penyokong West Ham adalah, tak lama selepas membentes penjaga gola mereka, Costa kemudiannya menjaringkan gol kemenangan Chelsea.

Bercakap kepada ESPN Brazil selepas perlawanan, Costa mengaku yang beliau tidak tahu beberapa peraturan baru yang diterapkan oleh Premier League pada musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Costa dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil – salah satu daripada 12 peraturan baru Premier League pada musim ini.

Beliau nampak tidak berpuas hati. Namun selepas diterangkan oleh wartawan ESPN Brazil selepas perlawanan, beliau mengakui baru tahu dan akan lebih prihatin tentang isu tersebut.

Saya hanya mangsa keadaan

Tampil mempertahankan dirinya, Costa juga menyatakan beliau tidaklah ‘sekotor’ yang disangka peminat dan media bola sepak. Beliau berpendapat, beliau hanyalah mangsa sasaran pengadil dan peminat bola sepak di England.

“Jelas sekali saya adalah sasaran oleh pengadil dan orang di sini. Jika saya melakukan kesalahan, ia akan menjadi lebih besar daripada orang lain yang melakukan kesalahan yang sama.”

Adakah kenyataan Costa ini benar? Adakah beliau bukan pemain yang kotor? Untuk mengkaji kebenaran dakwaannya, kami beralih kepada data statistik Opta.

Data statistik buktikan sebaliknya

Baru-baru ini, pembekal data statistik Premier League, Opta telah mengeluarkan statistik jumlah kekasaran yang dilakukan oleh penyerang pada tahun 2016.

Ia merangkumi perlawanan selepas Krismas musim 2015/2016 sehingga perlawanana pembukaan musim 2016/2017.

Ini adalah grafik yang kami perolehi daripada oulala.com.

Diego Costa Statistics

Agak mengejutkan apabila Diego Costa berada di ranking ke-16. Ia memang jauh daripada yang disangkakan.

Penyerang yang paling ‘kotor’ adalah Shane Long dengan 30 kekasaran dilakukan. Ia diikuti oleh 2 penyerang yang memang suka bermain fizikal, Troy Deeney (Watford) dan Andy Carroll (West Ham).

Anda mungkin tidak percaya apabila penyerang Manchester United, Anthony Martial berada di tempat ke-4 dengan 26 kekasaran; berkongsi kedudukan dengan penyerang sensasi Watford, Odion Ighalo.

Memang tidak dinafikan, Costa antara pemain yang agak ‘keras’ di dalam padang. Namun menurut statistik ada 15 lagi penyerang lain yang lebih ‘keras’ daripada beliau.

Mungkin kerana reputasi beliau yang suka bertelegah dan terlibat dalam beberapa insiden kontroversi membuatkan perhatian lebih diberikan ke atas beliau.

BACA INI JUGA: Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!

Sumber: Semuanyabola

Saturday, August 27, 2016

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Apabila tiba bulan Jun hingga Oktober, kawasan tengah Nigeria mula mengalami kemarau. Kolam dan lopak air menjadi kering secara beransur-ansur.

Pesta Gerewol

Suasana itu menunjukkan padang rumput Savana seolah-olah bakal berdepan dengan bencana. Kawanan haiwan daripada pelbagai spesis juga sudah berebut-rebut mengerumuni lopak air baru.

Ada yang bergaduh sesama sendiri, namun disebalik suasana itu, gerombolan masyarakat Wodaabe kelihatan begitu bersemangat mengemas barang seolah-olah mereka akan berpindah ke satu tempat lain seperti kawanan haiwan yang berpindah dari sebuah lopak air ke satu lopak air yang lain.

Tidak lama selepas itu, angin kering gurun yang dikenali sebagai harmatan mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Kemunculan angin ini sebenarnya menjadi petanda kepada Wodaabe untuk menyiapkan diri ke gurun utara bagi meraikan pesta Gerewol.

Gerewol atau dikenali sebagai pesta percintaan adalah satu perayaan tradisi yang diraikan puak-puak dari suku kaum Taboo yang mendiami kawasan tengah Niger.

Gerewol - Wodaabe

Wodaabe merupakan salah satu upacara yang dilakukan sebagai usaha untuk mencari jodoh dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

Namun begitu, ada pengkaji mengklasifikasikan pesta ini sebagai pesta mengekalkan bangsa kerana matlamat pesta ini adalah untuk mengekalkan zuriat bangsa tulin Wodaabe.

Justeru ramai pihak melihat pesta ini sebagai majlis mencari pasangan hidup. Soalnya kenapakah bangsa ini mahu mengekalkan ketulinan original kaumnya?

Mengikut beberapa sumber bacaan, pada tahun 1983, bilangan puak Wodaabe dianggarkan sekitar 45 ribu orang saja.

Puak ini sebenarnya terkenal dengan seni kecantikan diri. Baik lelaki mahupun perempuan, kecantikan dijadikan sebagai asas utama dalam kehidupan mereka seharian. Justeru berhias merupakan satu tatacara hidup yang wajib diamalkan oleh semua orang.

Gerewol - Wodaabe

Puak Wodaabe bercakap dalam bahasa Fula, salah satu bahasa yang dituturkan tanpa ada tulisan. Oleh itu, penutur bahasa ini cuma kenal bunyi dan ia tidak ada huruf untuk ditulis.

Dalam bahasa Fula, bunyi Wo bermaksud 'pantang'. Bunyi Aa atau E pula membawa maksud 'rakyat yang berpantang larang'.

Sebab itu ada sesetengah suku lain menterjemahkan Wodaabe sebagai orang-orang yang menghormati pantang larang.

Meskipun begitu, pada abad ke-17, semasa era pendudukan dan penjajahan bangsa Eropah dikawasan Afrika, Wodaabe diberi nama sebagai Bororo.

Istilah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai bermaksud 'Lembu Feluni' iaitu merujuk kepada maksud 'Orang-orang yang tinggal dalam kem lembu'.

Gerewol - Wodaabe

Sementara itu, apabila hujan mulai mencurah di kawasan selatan, kumpulan-kumpulan kecil Wodaabe sudah mula sampai kesebuah kawasan tanah rata untuk meraikan pesta Gerewol.

Lokasi yang dipilih untuk pesta ini telah ditentukan. Oleh itu, puak ini sudah jelas tentang pesta yang bakal mereka lakukan tidak lama lagi.

Kebiasaannya, dikawasan itu sudah ada pondok-pondok yang didirikan untuk menampung jumlah masyarakat ini. Selepas sebulan berkumpul, akhirnya pesta ini dimulakan.

Pada hari tersebut, semua lembu akan disimpan dikandang khas yang telah didirikan. Sesuatu yang agak pelik mengenai kaum ini ialah, mereka tidak perlu bimbang tentang penipuan kerana lembu setiap keluarga diajar untuk mengenali tuannya. Sistem itu menyebabkan tidak ada orang yang boleh mengambil lembu orang lain.

Apabila menjelang saja fajar hari Gerewol, para wanita Wodaabe akan menyanyikan sebuah lagu unik.

Lagu itu berbunyi seperti ini, ”Bintang pagi telah datang. Anda gadis cantik dan anda lelaki menawan, bangunlah. Hari gerewol telah bermula”.

Gerewol - Wodaabe

Nyanyian itu menandakan para lelaki dalam kaum ini akan mula menghiaskan diri mereka secantik Ewleh untuk memulakan pertandingan lelaki tampan dalam puak ini.

Pelbagai perkara pelik dapat dilihat ketika lelaki dalam puak ini menghias diri. Ada yang membuat tatu puak, mencukur kepala untuk memperlihatkan kepala yang lonjong dan panjang selain mengenakan palbagai perhiasan, rantai dan cincin.

Sesuatu yang pasti, semua orang akan mewarnakan muka mereka dan melukis garisan melintang di bahagian pipi.

Pada peringkat awal, pertandingan gigi cantik akan dimulakan dahulu sebelum pertandingan mata dengan disusuli tarian unik seorang pemikat.

Gaya dan persembahan setiap individu sebenarnya sedang diperhatikan oleh gadis-gadis yang sedang nnencari pasangan hidup.

Selepas beberapa ketika, si gadis yang menjadi penonton akan memilih siapakah lelaki yang menjadi juara mereka.

Lazimnya, pemilihan ini dibuat mengikut kriteria yang diingini si gadis itu terhadap le1aki yang mereka ingin kahwini.

Gerewol - Wodaabe

Keadaan itu mewujudkan suasana semua lelaki yang bertanding akan menjadi juara. Kadang kala ada sesetengah juara menjadi rebutan ramai gadis.

Mengikut tradisi puak ini, lelaki itu berhak untuk mengahwini semua gadis yang memilihnya dan perkara itu tidak menjadi masalah.

Bagaimanapun, jika lelaki itu tidak dipilih oleh mana—mana gadis, dia layak untuk bértanding lagi pada tahun depan.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah

-SENTIASAPANAS.COM

Sejauh Mana Telusnya Simpanan Patuh Syariah KWSP?

Sejauh Mana Telusnya Simpanan Patuh Syariah KWSP?

Semua pakat terbeliak bijik mata bila baca yang shariah ni dividennya ‘tiada kadar minimum’. Cuba banding pulak dengan konvensional yang ada dividen guarantee ‘tidak kurang 2.5% setahun’.

Simpanan Patuh Syariah KWSP

Nak senang faham, Islamic concept ni bersifat adil. Kalau untung, kita kongsi sama-sama. Kalau rugi, kena rugi sama-sama jugaklah.

Tapi benarkah begitu sekarang?

Kami petik satu artikel daripada blog kluangmanexpress sebagai renungan dimasa lapang.

8/8/2016 yang lalu, saya telah bercadang untuk memindahkan simpanan KWSP saya ke skim patuh Islam di Cawangan xxx dan bernasib baik kerana dapat berhadapan dengan ketua khidmat penerangan KWSP sendiri.

Seperti biasa sebelum keputusan dibuat, saya telah bertanya beberapa soalan..

1. Apa bezanya skim lama dan skim baru?
Jawapan: Skim Patuh Islam.

2. Maksudnya?
Jawapan: Semua pelaburan akan dilabur ke industri-industri berkonsepkan halal, berbanding skim lama hanya 41% sahaja yang halal.

3. Siapa panel pelabur KWSP skim lama dan skim baru?
Jawapan: Sama, tidak ada perubahan.

4. Bermakna sebelum ini dividen pelaburan TIDAK HALAL?!!
Jawapan: Diam.

5. Bagaiman konsep perkiraan dividen?
Jawapan: Skim lama, perkiraan dividen akan dibuat pada setiap hujung tahun dan jika berlaku kerugian, kerajaan memberi jaminan tetap akan membayar sebanyak 2.5%, kepada ahli KWSP, jika untung bayaran dividen 6-7% setahun. Berbanding skim baru, untung atau rugi adalah berdasarkan kepada prestasi pelaburan, TIDAK ada lagi jaminan kerajaan, ayat paling sempoi, lu tanggunglah sendiri.

5. Bagaiman ianya dinilai skim ini patuh Islam?
Jawapan: Pelaburan hanya berkonsep halal.

6. Konsep perkiraan?
Jawapan: Sama seperti skim lama.

7. Tiada perbezaan pun?
Jawapan: Ya.

8. Bagaimana boleh capai status halal, sedangkan perkiraanya tetap sama? Sedangkan skim lama kata tidak halal, tapi masih mengekalkan konsep lama?
Jawapan: Diam.

9. Bagaimana saham itu boleh diklasifikasikan mencapai status halal?
Jawapan: Setiap pelaburan perlu mendapat nasihat dari panel pelabur yang dilantik.

10. Lagi?
Jawapan: Itu je.

11. Bukankah konsep saham patuh islam, membolehkan pelabur mengetahui running atau untung rugi pelaburan bila-bila masa, tanpa perlu menunggu hujung tahun, betul atau tidak?
Jawapan: Diam.

12. Jika berlaku ketidakpuasan hati pelabur dalam urus tadbir pelaburan saham, adakah pelabur@ahli boleh membatalkan perjanjian dan masuk semula skim lama?
Jawapan: TIDAK boleh!

13. Cadangan atau nasihat puan?
Jawapan: Tunggu dan lihat.

14. Bagaimana dikatakan patuh Islam?
Jawapan: Bukan bidang kuasa saya.

15. Assalamualaikum.
Jawapan: Walaikumsalam.

Kesimpulan yang boleh buat ialah, memudahkan dana KWSP dicairkan.

Wallahu a'lam..

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

Tanda-tanda Buah Pinggang Sedang Rosak Dan Rawatannya

Tanda-tanda Buah Pinggang Sedang Rosak Dan Rawatannya

Tahukah anda bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis dan rawatan transplan buah pinggang, ianya tidak dapat setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri.

Buah pinggang rosak

Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.

Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan.

Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.

Petanda Buah Pinggang Sedang/Beransur Rosak:
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Sakit belakang
  • Lemah Tenaga Batin
  • Perut Semakin Membuncit
  • Air Kencing berbuih kerana kehadiran protien
  • Tiada Selera Makan
  • Tidak bertenaga
  • Selalu merasa haus
  • Cepat letih dan mengantuk
  • Selalu rasa loya atau muntah

Apa Punca Buah Pinggang Rosak?

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang.

Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Apa yang berlaku kalau buah pinggang tidak berfungsi?

Antara simptom penyakit buah pinggang termasuk berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih, lesu atau sakit badan.

Individu yang mengalami kegagalan buah pinggang juga boleh mengalami kencing yang berkurangan, air kencing berbuih atau air kencing yang mengandungi darah.

Mereka juga boleh mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan.

Bagi peringkat yang serius, ada yang mengalami pengumpulan air dalam paru-paru hingga mengakibatkan kesukaran bernafas.

Rawatan Secara Pemakanan

Jika salah satu tanda di atas ada pada anda, segera lakukan pemeriksaan/diagnos di klinik atau hospital berdekatan untuk kepastian.

Rawatan Alternatif

Bagi yang menghidap penyakit buah pinggang, rawatan melalui pemakanan sebagai ikhtiar alternatif, mungkin boleh mencuba rawatan Getah Arab (Acacia Senegal) atau Al-Manna sepertimana yang disebut oleh Taurat, Injil dan Al-Qur'an.

Kelebihan Gam Arab Al Manna:
  • Makanan yang disebut dalam 3 kitab suci dari agama tauhid. Setiap penyakit ada ubatnya.
  • Sudah lama jadi buruan pesakit buah pinggang (yang tahu) dapat merawat ramai penderita.
  • Mengurangkan beban kepada buah pinggang dengan mengurangkan paras urea dan penambahan nitrogen dalam najis bagi memberi kesan penyembuhan.
  • Mengurangkan kekerapan seterusnya menghentikan dialisis buah pinggang melalui penurunan kreatinine dan urea dalam darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan kolesterol dalam darah.
  • Merendahkan paras gula dalam darah untuk membantu pesakit kencing manis.
  • Merawat banyak penyakit berkaitan saluran Gastro Usus iaitu kawasan Esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  • Membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan untuk membantu merawat penyakit gout.
  • Merawat tanpa kesan sampingan secara semualajadi secara pemakanan sihat dengan izin Allah Ta'ala.

Vivix Shaklee

Buah pinggang rosak [2]

Jika korang ingin mencuba rawatan alternatif untuk sakit buah pinggang atau buah pinggang rosak boleh cuba berikhtiar dengan Vivix dan suplemen Shaklee yang lain. InsyaAllah Vivix dan vitamin Shaklee yang lain boleh membantu.

Vivix hanyalah asbab kepada sembuhnya penyakit buah pinggang. Yang paling penting kita berusaha dan berikhtiar mencari penawar yang terbaik.

Anda boleh menghubungi pengedar Shaklee dikawasan anda.

Jagalah Buah Pinggang Sebaiknya

Buah pinggang kita adalah organ yang bijak. Ianya tahu bahan mana yang perlu disingkirkan.

Itu sebabnya kita tidak memerlukan terapi detoksifikasi yang khusus, supplemen ataupun ubatan khas untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita.

Oleh itu adalah penting untuk kita menjaganya dengan sempurna untuk memastikan buah pinggang kita dalam keadaan yang efisien untuk terus berkerja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mmgazette

3 Lagi Tips Terbaharu Untuk Lajukan Prestasi Telefon Android Anda

3 Lagi Tips Terbaharu Untuk Lajukan Prestasi Telefon Android Anda

Nak smooth dan lajukan telefon android anda? Ini salah satu cara yang awesome, simple and free tanpa perlu risau apa-apa kerana ia tidak menghilangkan data telefon.

Lajukan+Android

Tapi sayangnya tak ramai yang tahu tentang teknik ini. Kedai handphone pun belum tentu tahu setting ini.

Langkah 1
  1. Pergi ke bahagian ‘Settings’.
  2. Klik ‘Developer options’.

Lajukan+Android [1]

Jika telefon anda tiada ‘Developer options’ (sebab hidden), anda boleh follow cara dibawah ini:
  1. Klik ‘About Phone’.
  2. Cari ‘Build Number’.
  3. Tekan 5 kali ‘Bulid Number’ (atau sampai ‘prompt you are now in developer option’).
  4. Kembali ke ‘Settings’.

Langkah 2

Anda perlu ubahsuai tetapan di 3 bahagian, iaitu:
a. Window animation scale

Lajukan+Android [2]

b. Transition animation scale

Lajukan+Android [3]

c. Animator duration scale

Lajukan+Android [4]

Semua diatas ini boleh pilih sehingga .5X. Point 5X tau, bukan 5X.

Langkah 3

Dah settle! Cubalah. Tetiba anda akan rasa macam ada sinar bahagia.. haha

Share artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda. Mungkin ramai yang memerlukannya.

BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!

Sumber: Thevocket

Friday, August 26, 2016

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mesir Purba

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mesir Purba

Konsep neraka dikalangan masyarakat Mesir purba dicatatkan dalam sebuah kitab berjudul 'Kitab Neraka' yang dilakar pada dinding kubur raja-raja di Lembah Raja-raja, Thebes, dan pada lembaran papirus serta objek-objek yang disemadikan bersama si mati.

Osiris
Osiris.

Kitab Neraka antara lain menyebutkan, orang-orang yang jahat ini apabila mati, mereka akan diseret ke hadapan syaitan Ammit.

Syaitan ini kepalanya menyerupai buaya, kaki dan badannya pula menyerupai singa serta badak air.

Ia duduk disisi alat penimbang, bersedia untuk menerkam mangsanya.

Menurut Kitab Neraka lagi, neraka terletak jauh di dalam perut bumi dan seksaan yang dikenakan amat menakutkan.

Antara seksaannya ialah, orang-orang jahat dan banyak melakukan dosa akan dicabut organ masing-masing dan dihukum berjalan menggunakan kepala, memakan najis serta meminum air kencing sendiri.

Dalam masa yang sama, mereka akan dibakar di dalam api dan kawah yang sangat panas serta berenang di dalam darah.

Ketika berenang, Tuhan Shezmu, iaitu tuhan arak, akan menekan dan menghenyek-henyek mereka sehingga lemas.

Masyarakat Mesir purba percaya, mayat orang-orang yang baik selepas diawet dan disemadikan dengan cara yang sempurna, roh mereka akan memulakan hidup baru dengan diiringi oleh Tuhan Re dan Osiris untuk hidup di syurga dengan kenikmatan udara yang segar, makanan yang enak serta kehidupan seksual yang sangat menyegarkan.

Bagaimanapun, bagi orang-orang yang jahat, sebaik mati, jasad dan daging mereka akan disiat-siat serta dicarik-carik oleh syaitan. Kain yang membalut tubuh mereka direntap sehingga terbogel.

Di dalam neraka, selain seksaan yang telah disebutkan tadi, ornag yang jahat akan diikat kedua-dua belah tangannya ke belakang, setelah itu seluruh anggota badan dicabut satu persatu. Seterusnya, daging mereka disiat-siat daripada tulang.

Jantung orang jahat yang telah dicabut itu tidak akan dipulangkan kembali, malah bayang-bayang mereka juga tidak akan dipulangkan kerana dalam kepercayaan masyarakat Mesir purba, bayang-bayang dianggap penting dan suci.

Dewi Sekhmet
Dewi Sekhmet.

Seterusnya, Kitab Neraka memberi amaran, di neraka tiada udara untuk bernafas, tiada air untuk menghilangkan dahaga, tiada sinaran matahari dari Tuhan Matahari lalu tinggallah mereka murung dalam gelap-gelita.

Selain diseksa, syaitan juga mengajar penghuni neraka supaya saling menyeksa dan membunuh antara satu sama lain.

Kitab Neraka akhirnya mencatatkan, hukuman paling menakutkan ialah di "Tempat Kemusnahan' yang diawasi oleh Dewi Sekhmet.

Dewi Sekhmet akan menyembelih orang-orang yang jahat tadi, kemudian mencerai-ceraikan tubuh mereka sebelum membakarnya di dalam sebuah lubang yang dalam, dengan api yang panas sehingga mereka menjadi abu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mayan, Zoroastrianism, Hindu Dan Buddha

-SENTIASAPANAS.COM

Penyokong Celtic Kumpul Duit Derma Untuk Palestin, Dihukum UEFA Kibar Bendera!

Penyokong Celtic Kumpul Duit Derma Untuk Palestin, Dihukum UEFA Kibar Bendera!

Peminat bola sepak sering memperjuangkan idea bahawa politik tak sepatutnya dicampur-adukkan dengan bola sepak. Politik dan bola sepak ibarat air dan minyak. Ia tak boleh bercampur.

Celtic-Palestine-flags

Tetapi ada kalanya bola sepak menjadi platform terbaik untuk menyampaikan mesej politik.

Contoh terbaik adalah seperti apa yang berlaku ketika perlawanan play-off Champions League antara kelab gergasi Scotland, Celtic dengan kelab Israel, Hapoel Beer Sheva di Celtic Park pada 17 Ogos 2016 yang lepas.

Solidariti penyokong Celtic kepada Palestin

Dalam perlawanan yang menyaksikan Celtic menang 5-2 itu, ribuan penyokong Celtic yang diketuai oleh ultras The Green Brigade mengibarkan beribu-ribu bendera Palestin.

Pengibaran bendera Palestin ini merupakan aksi solidariti dan protes penyokong Celtic terhadap pencerobohan wilayah yang dilakukan oleh kerajaan Israel kepada Palestin.

Dan seperti yang sudah dijangka, aksi solidariti penyokong Celtic ini tidak terlepas daripada hukuman UEFA. Menurut UEFA dalam kenyataan rasminya di UEFA.com menjelaskan:

“Hukuman bakal dikenakan kepada Celtic atas kesalahan mempamerkan kain rentang atau bendera yang tak dibenarkan.”

“UEFA melarang sebarang ekspresi mesej politik terutama sekali yang mengundang rasa ofensif kepada pasukan lawan.”

Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong, seperti mengibarkan bendera terlarang dan membakar suar, boleh menyebabkan kelab didenda melebihi £100,000 oleh UEFA.

‘Kesalahan’ mengibarkan bendera Palestin ini bukanlah aksi solidariti pertama dari penyokong Celtic kepada penderitaan rakyat Palestin.

Pada 2014, mereka pernah mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang KR Reykjavik pada Julai 2014.

Akibatnya, Celtic didenda £16,000 oleh UEFA.

Bakal derma kepada Palestin jumlah sama dengan jumlah denda UEFA

Menyedari kelab mereka hampir pasti bakal didenda oleh UEFA kerana mengibarkan bendera Palestin pada 17 Ogos 2016 lepas, penyokong Celtic tampil bersedia.

Kali ini penyokong Celtic merancang untuk mengumpul derma sama banyak dengan amaun denda yang bakal UEFA kenakan kepada kelab mereka sebelum mendermakannya kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Mereka merancang untuk mengumpul derma sebanyak £15,000 dahulu sebelum dibahagi-bahagikan 50/50 kepada:
  • Medical Aid Palestine (MAP) – sebuah badan kebajikan yang membekalkan servis kesihatan dan penjagaan perubatan kepada mangsa konflik dan pencerobohan wilayah di Palestin.
  • Lajee Centre – sebuah pusat bertanggungjawab menawarkan harapan dan medium ekspresi kepada kanak-kanak pelarian Palestin di kem pelarian Aida, Bethlehem melalui program-program kebudayaan dan sukan.

Mengapa £15,000 dahulu? Ini kerana £15,000 merupakan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Celtic pada 2014 selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin.

Jika UEFA mengambil keputusan untuk mendenda Celtic lebih daripada £15,000, penyokong Celtic akan terus mengumpul derma sehingga mencapai amaun sama dengan denda UEFA tersebut.

Sehingga waktu ketika artikel ini ditulis, jumlah kutipan derma mereka di laman web Go Fund Me sudah mencapai jumlah £140,531!

Mengapa penyokong Celtic beria-ia bantu Palestin?

Jika kita lihat dari mata kasar, sosiologi dan teologi, tiada satu aspek persamaan pun antara penyokong Celtic dengan orang Palestin.

Berbeza dengan orang Palestin, penyokong Celtic rata-ratanya merupakan rakyat Scotland berketurunan pendatang bangsa Irish yang beragama Kristian mazhab Roman Katolik.

Untuk menjawab soalan ini dengan tepat, kami ingin berkongsi bait-bait perenggan dari artikel Al-Jazeera ini:

“Ia (motif penyokong Celtic bantu orang Palestin) ada kena-mengena dengan fakta bahawa orang Irish bermazhab Katolik sendiri pernah ditindas selama beberapa generasi di Scotland.”

“Orang Irish yang berfahaman nasionalis sentiasa menyokong gerakan kemerdekaan yang didukung oleh keadilan fakta sejarah.”

“Situasi di Palestin ini adalah contoh klasik kes rampasan tanah daripada penduduk asal. Ia mempunyai banyak persamaan dengan sejarah bangsa Irish.”

UEFA berat sebelah?

Tahniah dan sekalung rasa penghormatan kami berikan kepada penyokong Celtic yang mengibarkan bendera Palestin, menyumbang duit dan mengatur gerakan kebajikan sosial ini.

Kepada UEFA, mereka perlu jelaskan amalan ‘talam dua muka’ atau double standard yang berlaku dalam organisasi anda.

Apabila penyokong Ajax Amsterdam, sebuah kelab yang berasal dari kawasan kejiranan Yahudi di Amsterdam, mengibarkan bendera Israel semegah-megahnya, mengapa tiada denda dikenakan kepada Ajax Amsterdam?

Celtic-Palestine-flags [2]

Mengapa apabila penyokong kelab Celtic mengibarkan bendera Palestin, mereka ‘bersusah-payah’ mahu mendenda Celtic?

Mereka mendenda pengibaran bendera Palestin kerana membawa motif politik. Sedangkan keputusan mereka untuk memasukkan Israel dalam UEFA sendiri merupakan motif politik!

Celtic-Palestine-flags [3]

Maka tak hairanlah ini jawapan yang diberi oleh penyokong Celtic kepada soalan-soalan di atas..

BACA INI JUGA: Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Sumber: Semuanyabola

Keistimewaan Wanita Di sisi Islam Berbanding Lelaki

Keistimewaan Wanita Di sisi Islam Berbanding Lelaki

Wanita mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding lelaki dalam Islam. Peluang untuk mendapat pahala terbuka luas hanya dengan mentaati suaminya sebaik mungkin.

Isteri Syurgawi

Di samping itu, anugerah pahala terhadap wanita yang berganda berbanding kaum lelaki sepatutnya dijadikan sumber kekuatan untuk mentaati Allah SWT.

Jadi, buat para isteri dan wanita haruslah sentiasa mencari dan menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Berikut adalah antara kelebihan dan keistimewaan kaum wanita berbanding lelaki:

Kelebihan wanita daripada Lelaki

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barang siapa yang menggembirakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.a., “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Kelebihan Ibu

Apabila memanggil akan engkau ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Kelebihan Taat Kepada Suami

Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suami dan walinya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, Suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah SAW; Ibunya.”

Ibadah Wanita

Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Keistimewaan wanita dalam melahir dan menjaga anak

Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti ketika dia dilahirkan.

Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Lihatlah betapa bertuahnya menjadi seorang wanita yang disayangi oleh Allah SWT. Semoga semua wanita berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan terbaik di sisi Allah SWT.

Jadilah wanita solehah yang taat kepada suami dan Allah SWT.

Wallahu A’lam!

BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda

Sumber: Panduanpercuma

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina 1000 Kali!

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina 1000 Kali!

Suatu senja yang hening dan lengang, kelihatan seorang wanita berpakaian serba hitam berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan dukacita yang amat mencengkam.

Zina

Kain tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa berhias di muka atau sebarang perhiasan menempel di tubuhnya.

Kulitnya yang bersih bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek kehidupannya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, "Silakan masuk"!

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk, sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan perkenan mengampuni dosa keji saya"!

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya", jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu"! desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun bercerita, "Saya...telah berzina"!

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Wanita itu terus bersuara, "Hasil dari perzinaan itu, saya pun mengandung. Setelah anak itu lahir, saya cekik lehernya sampai mati", ucap wanita itu seraya menangis kerana terlalu menyesal.

Nabi Musa dengan wajah berang terus mengherdik, "Perempuan jahat! Pergi kamu dari sini agar seksaan Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan terkutukmu!"

"Pergi"! teriak Nabi Musa sambil memalingkan wajahnya lantaran merasa jijik dengan perbuatan wanita itu.

Perempuan berwajah ayu dengan hati hancur luluh bagaikan kaca terhempas ke batu, segera bangkit dan berjalan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu ke mana lagi tempat hendak mengadu.

Bahkan, dia tidak tahu ke mana lagi kakinya harus melangkah apabila seorang Nabi dan Rasul sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang oleh wanita ini betapa besar dosanya! Betapa jahat perbuatannya yang mungkin tidak terampun lantaran berzina dan membunuh bayi tidak berdosa.

Sepninggalan wanita itu, Malaikat Jibrail turun bertemu Nabi Musa. Jibrail lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak hasrat seorang wanita yang ingin bertaubat daripada perbuatan dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripada perbuatan zina yang dilakukannya"?

Nabi Musa amat terperanjat, "Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?", Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibrail.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan penzina itu"? tanya nabi Musa.

"Ada!" jawab Jibrail dengan tegas.

"Apakah dosa itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan Solat dengan sengaja dan tanpa sebarang penyesalan! Orang itulah yang dosanya lebih besar dari seribu kali zina!".

Sebaik mendengar penjelasan Jibrail itu, Nabi Musa terus memanggil wanita tadi untuk menghadap semula kepadanya.

Nabi Musa sendiri mengangkat tangannya berdoa dengan khusyuk memohon kemapunan untuk wanita itu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi orang yang sentiasa ingin bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosanya berbanding manusia yang lalai dari mengerjakan sembahyang fardu yang telah diperintahkan-Nya.

BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

-SENTIASAPANAS.COM