Monday, August 22, 2016

4 Makanan Yang Mampu 'Membersihkan' Paru-paru Dalam Tempoh 3 Hari?!

4 Makanan Yang Mampu 'Membersihkan' Paru-paru Dalam Tempoh 3 Hari?!

Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah menyalakan rokok dalam hidup mereka.

Bersihkan paru-paru

Tetapi ada juga individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok dan mereka tidak langsung mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini.

Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Ada beberapa tips yang dikatakan dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari.

Antara yang bakal menarik minat pembaca khususnya kepada mereka yang merokok adalah bagaimana membersihkan paru-paru anda dalam masa 72 jam iaitu 3 hari.

Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah 'membuang' kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.

Hari Pertama

Teh Cina

Minum secawan teh herba sebelum tidur@Teh Cina. Ini sangat bagus untuk sistem penghadaman disamping dapat membuang segala toksin dalam usus yang berpunca kepada masalah sembelit.

Toksin yang dinyahkan melalui pengambilan teh herba dapat membantu paru-paru berfungsi dalam keadaan baik.

Hari Kedua

Perahan lemon dalam air dengan kuantiti 300ml sebelum anda mengambil sarapan pagi. Jika tiada lemon, anda boleh menggantikan jus oren sebanyak 300ml sebelum sarapan.

Jus sememangnya berfungsi sebagai agen semulajadi yang mengandungi antioksidan dimana ia membantu meningkatkan sistem pernafasan.

Hari Ketiga

Minum 300ml jus lobak merah diantara waktu sarapan dan makan tengah hari. Jus lobak merah berfungsi untuk mengalkali darah anda selama tiga hari pengambilan jus tersebut.

Waktu makan tengah hari, anda perlu minum 400ml jus yang kaya dengan potassium(kalium).

Contoh jus dengan kandungan potassium adalah adalah jus buah prune, jus oren, dan jus limau gedang@limau bali.

Selain berfungsi sebagai agen 'pembersihan' pengambilan potassium juga dapat membantu meredakan tekanan darah.

Setelah menamatkan hari pertama dengan pengambilan kesemua 'supplemen' ini, akhiri hari anda dengan minum 400ml jus kranberi sebelum tidur. Buah kranberi membantu memerangi bakteria dalam paru-paru yang boleh menyebabkan jangkitan.

Tips ketika mandi

Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.

Titiskan 5-10 titisan minyak kayu putih ke dalam mangkuk yang berisi air panas, rendamkan dengan kain yang kering ke dalam mangkuk tersebut dan gunakan kain tersebut untuk menutup muka anda sehingga kain itu kembali sejuk. -ulangi proses ini.

Selain tips diatas, ada lagi 4 makanan yang mudah diperoleh untuk membersihkan paru-paru dalam masa tiga hari.

1. Halia

Halia

Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria dan juga membantu tiub bronkial untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru.

Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar.

Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis.

2. Limau Bali @ Limau Gedang

Limau Bali

Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan.

Penyelidik Dr. Corrine Hanson berkata, limau bali atau limau gedang kaya dengan vitamin C yang menyebabkan buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru.

Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.

3. Selenium

Selenium

Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru.

Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang.

Mineral Selenium terdapat di dalam buah tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi keledek.

Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

4. Bawang Putih

Bawang Putih

Satu kajian yang pernah dijalankan di Pusat Kawalan Wilayah Jiangsu dan Pencegahan Penyakit di China, menunjukkan bahawa memakan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru dan akan berkurangan kepada 44%.

Bawang putih diketahui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

Selain 4 bahan makanan diatas, durian belanda juga salah satu makanan yang dapat menghindar penyakit kanser paru-paru.

BACA INI JUGA: Bahaya Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Kepada Jantung Dan Salur Darah

Sumber: Harianblogger

Sunday, August 21, 2016

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan

Bandaraya Rio De Janeiro, Brazil bakal mengucapkan selamat tinggal kepada atlet-atlet terhebat dunia yang bersaing dalam Sukan Olimpik 2016.

Olimpik Rio 2016

Sebagai sebuah institusi global yang masih 'berdiri' teguh untuk lebih ratusan tahun lamanya, Sukan Olimpik moden turut berevolusi sepertimana keadaan persekitarannya.

Maka, tidak hairanlah banyak acara sukan yang datang dan pergi, dan adalah sukar untuk membayangkan bagaimana sebahagiannya pernah mendapat tempat di dalam sukan di peringkat antarabangsa ini.

Kami kongsikan beberapa fakta pelik dan sukan-sukan yang tidak lagi dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar dunia ini.

1. Skijoring

Skijoring

Suatu gabungan hebat antara ski air, menunggang kuda dan gelongsor anjing, skijoring memerlukan pesaing berdiri di atas papan ski meredah salji dengan kuda.

Sukan ini tidak pernah memenangi sebarang pingat, tetapi ia merupakan demonstrasi pada Sukan Musim Sejuk di St. Moritz tahun 1928 di Switzerland, yang mana Olimpik Musim Sejuk pertama kali tidak diadakan sempena Sukan Musim Panas.

2. Lumba kereta luncur anjing

Lumba kereta luncur anjing

Seperti skijoring, lumba kereta luncur anjing hanya pernah membuat kemunculan pertamanya di Olimpik Musim Sejuk, juga sebagai sukan demonstrasi.

Pada tahun 1932 bertempat di Tasik Placid, tujuh atlet Amerika dan lima atlet Kanada bersama 6 ekor anjing masing-masing berlari sehingga 25.1 batu.

3. Menembak Burung Merpati

Menembak Burung Merpati

Diperkenalkan sekali pada tahun 1900 di Olimpik Paris, penembak diminta menembak burung merpati hidup-hidup sebanyak yang boleh dan akan tersingkir sekiranya tembakan tidak mengena sebanyak dua kali.

Pemengan tunggal acara ini adalah seorang penembak dari Belgium, Leon de Lunden, yang menembak jatuh 21 ekor burung merpati. Acara ini tidak lagi diteruskan.

4. Tarik Tali

Tarik Tali

Merupakan pertandingan wajib di awal Sukan Olimpik moden, tarik tali membuat persembahannya lima tahun berturut-turut dari tahun 1900-1920.

Setiap pasukan mempunyai lapan ahli dan setiap negara boleh memasukkan penyertaan lebih dari satu pasukan, yang mana Amerika menguasai pingat emas, perak dan gangsa pada tahun 1904 di Sukan St. Louis.

Untuk versi Olimpik moden, ada dua pasukan dengan lapan ahli, di mana pasukan yang berjaya menarik lawan pada jarak enam kaki dikira menang.

Sekiranya tiada pasukan yang berjaya selepas lima minit, pasukan yang menarik pada jarak terjauh diisytiharkan sebagai pemenang.

5. Renang Berhalangan

Renang Berhalangan

Memandangkan sukan ini menjadi kelaziman seperti Tough Mudder dan Spartan Race, ianya hampir pasti dikekalkan dalam program Olimpik yang sebenar.

Acara ini diadakan sekali pada tahun 1900 Sukan Paris, dimana perenang perlu berenang sejauh 200m dalam Sungai Seine dan memerlukan perenang memanjat tiang, berenang merentasi barisan bot dan berenang di bawah satu lagi deretan bot.

Perenang Australia, Frederick Lane memenangi acara tersebut dengan 2 minit 38 saat.

6. Polo

Polo

Merupakan sukan kegemaran, polo adalah acara yang termasuk dalam Sukan Olimpik sebanyak lima kali, 1900, 1908, 1920, 1924 dan 1936.

7. Motorboat

Motorboat

Motorboating hanya membuat kemunculan sekali sahaja selepas berlakunya malapetaka ketika pertandingan pada tahun 1908.

Pertandingan yang mempunyai tiga kategori dan sembilan perlumbaan berjadual, tetapi akibat cuaca yang tidak menentu, hanya tiga perlumbaan sahaja yang diadakan. Sebab utama adalah kerana angin kuat ketika acara tersebut.

8. Penthalon Musim Sejuk

Penthalon Musim Sejuk

Sukan yang dipanggil Biathlon pada hari ini merupakan sukan yang menarik, di mana atlet perlu mempunya dua kemahiran berbeza, ski merentas desa dan menembak.

Namun, isu mula timbul pada tahun 1948 di St. Moritz apabila penthalon diperlihatkan sebagai sukan demonstrasi.

Sama seperti penthalon moden Sukan Olimpik Musim Panas (berlari, berenang, lawan pedang, ekuestrian dan menembak), acara ini menyediakan pelbagai jenis pertandingan termasuk ski menuruni bukit, ski merentas desa, menembak, lawan pedang dan menunggang kuda.

Atlet-atlet Sweden mengungguli acara ini dengan menyapu bersih kesemua pingat.

9. Basque Pelota

Basque Pelota

Basque Pelota secara teknikalnya dimainkan bersama bola, sama seperti menggunakan raket, bat ping pong atau hanya dengan tangan sendiri.

Sukan ini membuat kemunculan sulungnya pada Sukan Musim Panas di Paris pada tahun 1900, menyaksikan perlawanan antara Sepanyol dan Perancis, yang mana pasukan Sepanyol memenangi perlawanan tersebut. Berapa skor yang diperolehi tidak pula diketahui.

10. Lacrosse

Lacrosse

Sukan Lacrosse dua kali dipertandingkan di pentas Olimpik iaitu pada tahun 1904 dan 1908. Edisi pertama menyaksikan pasukan Kanada dan Amerika dalam satu skuad, sementara skuad kedua merupakan sebahagian dari pasukan Kanada bergabung dengan pasukan Britain.

11. Besbol

Besbol

Sukan kegemaran warga Amerika ini hanya muncul pada tahun 1992, 1996, 2000, 2004 dan 2008 Sukan Musim Panas Olimpik.

Untuk acara ini, Amerika membawa pulang pingat yang mana salah satunya adalah pingat emas.

Sementara itu, Persekutuan Besbol Antarabangsa sedang berusaha untuk memastikan sukan ini dimasukkan dalam Tokyo Games 2020.

12. Softball

Softball

Seperti besbol, sofbol juga pernah membuat kemunculan di Sukan Olimpik pada tahun 1996-2008. Acara ini didominasi sepenuhnya oleh pasukan wanita Amerika, yang membawa pulang pingat emas di Atlanta, Sydney, Athens dan pingat perak di Beijing.

13. Tandem Berbasikal

Tandem Berbasikal

Merupakan acara yang bertahan lama dalam Sukan Olimpik, acara tandem berbasikal 2000m ini muncul semula pada tahun 1920-1972.

Namun begitu, acara ini kini hanya menjadi sebahagian dari program Sukan Paralimpik.

14. Kabaddi (1936)

Kabaddi (1936)

Acara gusti individu melawan sepasukan ini popular di Asia Selatan. Objeknya ialah untuk salah seorang ahli pasukan memasuki separuh gelanggang yang merupakan hak lawan, dan mendapat mata dengan menggusti ahli-ahli pasukan lawan. Ahli pasukan kemudiannya kembali ke gelanggang sendiri.

15. Lumba Basikal 12 Jam (1896)

Lumba Basikal 12 Jam

Mungkin acara ini agak melampau dari segi keupayaan peserta, apabila tujuh orang pelumba basikal menyertai perlumbaan dari jam lima pagi sehingga lima petang.

Empat peserta terjatuh sebelum waktu tengahari, tetapi pemenangnya, Adolf Schmal dari Austria, berjaya berbasikal sejauh 180 batu.

Hanya Schmal dan seorang lagi pesaing berjaya menghabiskan perlumbaan, dengan kelebihan satu pusingan.

16. Panjat Tali

Panjat Tali

Dalam acara ini, peserta memanjat tali yang diikat tegak, menggunakan tangan sahaja.

17. Lawan Pistol (1906 dan 1912)

Lawan Pistol

Anda tahu tentang polis yang menembak sasaran yang bergerak untuk meningkatkan kemahiran menembak mereka? Acara ini sebiji macam yang itu.

Dalam acara ini, peserta perlu menembak patung-patung bergerak dengan yang mempunyai symbol bull’s eye di dada.

18. La Canne (1924)

La Canne

Ini ialah sejenis seni mempertahankan diri yang hamper serupa dengan lawan pedang, bezanya ianya menggunakan tongkat.

19. Hoki Beroda (1992)

Hoki Beroda

Sama seperti hoki ais, hoki jenis ini dimainkan atas gelanggang yang mempunyai permukaan kering, menggunakan kasut roda. Acara ini bagaimanapun hanyalah sukan demontrasi dan Argentina telah memenangi emas mengalahkan Sepanyol di peringkat akhir.

20. Kelab Menghayun (1932)

Kelab Menghayun

Seperti gimnastik berirama yang menggunakan pin bowling, acara ini memerlukan peserta menghayunkan kayu dalam corak tertentu.

Fakta Pelik Sukan Olimpik

1. Pingat emas di Sukan Olimpik tidak diperbuat daripada seratus peratus emas. Di Olimpik Rio contohnya, pingat emas terdiri daripada campuran 92.5 peratus perak, 6.16 tembaga dan hanya 1 peratus emas. Harganya dianggarkan bernilai AS$600 atau kira-kira RM2,400.

2. Sukan Olimpik tahun 1912 di Stockholm, Sweden mempunyai satu kategori untuk kesusasteraan. Kategori itu dimenangi oleh Georges Hohrod and M. Eschbach dari Jerman, menerusi satu nukilan sajak berjudul 'Ode to Sport'.

3. Johnny Weismuller, perenang Amerika Syarikat dan pemenang lima pingat emas Olimpik, juga merupakan pelakon yang dikenali dengan watak Tarzan. Dia memegang watak ikonik itu dalam 12 buah filem Tarzan.

4. Nama Margaret Abbott tercatat sebagai wanita pertama yang memenangi pingat emas Olimpik Perancis pada tahun 1900, menerusi acara golf. Namun percayakah anda, Abbott memenanginya secara tidak sengaja? Ceritanya bermula apabila Abbott yang ketika itu berkunjung ke Paris, mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan golf yang disangkanya pertandingan golf biasa. Hanya selepas pulang ke Amerika Syarikat, Abbott diberitahu pingat yang dimenanginya adalah dari Sukan Olimpik.

5. Usia pemain bola sepak yang bertanding di Olimpik adalah 23 tahun ke bawah. Ini bertujuan untuk membezakan bola sepak di Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

BACA INI JUGA: Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Sumber: Hanimhashim/Astroawani/Amazingnara

Punca Kegagalan Mutlak LCW Memburu Pingat Emas Olimpik Dan BWF!

Punca Kegagalan Mutlak LCW Memburu Pingat Emas Olimpik Dan BWF!

Lee Chong Wei gagal lagi memburu pingat emas olimpik peribadi dan emas pertama negara dalam temasya sukan Olimpik.

Gagal

Sama seperti yang saya jangkakan ketika menonton perlawanan akhir Lee Chong Wei bertahun-tahun dahulu menentang Lin Dan, faktor utama kekalahan LCW ketika menentang Chen Long adalah 'keengganan' beliau untuk melakukan serangan 'jumping smash' sebagai strategi utama dan lebih memilih bermain rally dan lebih malang, gagal bermain di jaring.

Jika dilihat kepada gaya permainan, alasan bahawa Chen Long berjaya membaca permainan Lee Chong Wei adalah tidak terpakai sama sekali.

Ternyata permainan Lee Chong Wei sebenarnya jauh lebih baik daripada Chen Long!!!

Faktor takut dan gemuruh serta gagal menyerang dengan smash kencang adalah punca kegagalan utama.

Gagal secara mutlak!

'Smash' Chong Wei Diiktiraf 'Paling Kencang'

Smash lee chong wei

Pukulan 'smash' Datuk Lee Chong Wei dengan kekuatan 408km sejam di Terbuka Hong Kong 2015 telah diiktiraf sebagai smash paling kencang dalam sukan badminton sejak September 2015.

Kelajuan itu hampir menyamai kelajuan tertinggi yang dicatatkan oleh pengeluaran kereta terpantas di dunia.

Pemain Denmark, Jan O Jorgensen berada di belakang Chong Wei dengan 'smash' berkelajuan 407km sejam di separuh akhir Terbuka Malaysia 2016.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon yang berada di kedudukan kedua dalam badminton wanita, berada tidak terlalu jauh di belakang dan mencatat 372km sejam di separuh akhir kejohanan yang sama di Malaysia.

Juara dunia lima kali, Lin Dan dari China mencatatkan smash 401km sejam ketika mencatat kemenangan dalam Terbuka Jepun 2015. -mStar

Lee Chong Wei buru gelaran dunia 2017?

BWF2017

Seperti yang dilaporkan dalam berita, saya percaya LCW tetap akan gagal memburu kejuaraan ini seandainya tetap enggan menggunakan senjata utamanya, smash paling kencang terutamanya ketika final!
Kejohanan Dunia 2017 akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhir.

Selepas layak empat kali di final Kejohanan Dunia, pemain berusia 33 tahun itu masih kempunan menamatkan badi meraih gelaran utama dan edisi tahun depan akan menjadi usaha terakhir sebelum mengakhiri kariernya.

Chong Wei adalah naib juara dunia edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 tetapi pingat perak 2014 di Copenhagen, Denmark ditarik balik selepas gagal ujian doping menyebabkan beliau digantung lapan bulan. -AW

Kesimpulan

Bagaimana mungkin mahu menjuarai Kejohanan Dunia dan Olimpik, ketika memiliki senjata ampuh ditangan tapi enggan digunakan sebaiknya ketika pertarungan?

Cukup menyedihkan ketika kita punyai seorang jaguh badminton bertaraf dunia, namun gagal mengambil peluang di depan mata atas kepincangan strategi sendiri, kini bakal bersara sebagai jaguh kampung!

Lupakan Kejohanan Dunia. Bersara adalah pilihan terbaik!

Selamat maju jaya buat Datuk Lee Chong Wei!

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

-SENTIASAPANAS.COM

Surat Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Yang Pasti Buat Anda Terharu

Surat Lin Dan Untuk Lee Chong Wei Yang Pasti Buat Anda Terharu

Kepada Lee Chong Wei, ketika detik kamu mencampakkan raket ke lantai dan melompat tinggi dengan kegembiraan dan senyuman selepas mengalahkan saya, di sudut hati, saya berasa sangat gembira.

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Kita berdua sudah kenal satu sama lain selama 16 tahun, lama dahulu ketika pemain hebat seperti Taufik Hidayat dan Peter Gade masih bermain, kita masih mentah dan tidak dikenali.

Tiada siapa yang kisah ketika kita bermain. Saya menang dalam perlawanan pertama kita, dan pertarungan ini berlanjutan selama 16 tahun bersama kamu.

Kita berdua mengalami kekalahan dan kemenangan bersama dan saya sangat berbangga kerana saya lebih bernasib baik untuk menang lebih banyak daripada kamu ketika di pertandingan besar.

Kemudiannya, saya tahu yang saya tidak boleh lagi menilai kamu dari berapa kali kamu menang atau kalah, kamu adalah pemain yang memegang tanggungjawab yang sangat besar dan kita berdua terpaksa mengharunginya dengan usaha dan semangat.

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’ rivalry. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya.

Kamu adalah orang yang bertanggungjawab membentuk siapa saya sekarang ini. Saya telah menang kejuaraan besar di dalam sukan ini dan sebab utama saya tidak berputus asa dan menjadi malas adalah kerana kamu sentiasa menekan dan menolak saya.

Setiap kejohanan pastinya lebih mudah jika tiada kamu kerana setiap kali berdepan kamu, saya perlu berusaha lebih keras bila biasanya saya tidak perlu berbuat demikian.

Boleh dikatakan dalam setiap pertemuan kita hanya dipisahkan oleh jaring dan setiap pertemuan pastinya mewakili usaha dan keazaman.

Setiap kali saya melangkah ke depan, kamu tidak pernah kebelakang, tetapi sentiasa mengikut rapat di belakang. Jika kamu berlatih, saya berlatih. Jika kamu tidak putus asa, saya juga begitu.

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Selepas melalui proses ini berulang kali, kita kini sudah berusia dan ramai pemain muda mula bertanding di kejohanan besar.

Kadangkala kita bertanya khabar berbincang berkenaan setiap pemain muda tentang bagaimana persaingan ketika ini yang semakin sengit, tidak sewaktu dahulu di mana hanya ada kita berdua sahaja.

Jujurnya, walaupun hanya ada kita berdua dan ianya agak sunyi, tetapi saya seronok kerana hanya kamu yang berjaya mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri saya.

Tanpa disedari, kita kini di Olimpik Rio untuk kejohanan Olimpik kali keempat. di suku akhir, saya berdepan Srikanth Kidambi dari India dan ianya bukan permainan yang mudah dan saya berusaha keras untuk menang kerana saya sudah berjanji untuk bertemu kamu, musuh ketat saya.

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Di pertemuan kali ke 37 kita ini, saya kalah dan saya tidak kecewa. Kamu adalah musuh ketat saya paling hebat dan saya sudah bersedia andai kalah kepada kamu.

Momen ketika saya memeluk kamu, saya merasakan setiap apa yang terjadi sejak 16 tahun lalu adalah umpama mimpi.

Saya akan bawa pulang jersi kamu ini dan tunjukkan kepada anak saya di masa akan datang; inilah Lee Chong Wei, musuh ketat paling hebat ayah dan juga sahabat baik ayah.

Saya tidak menyesal mengenali kamu dan bersaing dengan kamu selama ini. Terima kasih Lee Chong Wei!

Selamat berjaya di final – Lin Dan.

*Malang sekali lagi, Lee Chong Wei gagal meraih emas olimpik.

BACA INI JUGA: 7 Fakta Menarik Joseph Schooling, 'Ikan Bilis Singapura' Yang Menewaskan Michael Phelps!

Sumber: Thevocket

Friday, August 19, 2016

Jadual Dan Keputusan Badminton Olimpik Rio 2016

Jadual Dan Keputusan Badminton Olimpik Rio 2016

Malaysia berada di bawah tekanan yang hebat untuk mendapatkan pingat emas pertama kerana Sukan Olimpik Rio kini memasuki pusingan terakhir sebelum melabuhkan tirai.

LCW

Negara jiran yang lain, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura sudah pun meraih pingat emas mereka di sini, Malaysia masih menunggu prospek emas pada badminton, berbasikal dan terjun.

LCW [2]

Pandelela dan Cheong Jun Hoong memperoleh pingat perak dalam acara 10m platform seirama, Azizulhasni Awang pingat gangsa dalam acara keirin dan pasangan bergu campuran hanya mampu menyambar perak dalam acara badminton bergu campuran.

Pingat-Malaysia-Sukan-Olimpik-Rio-2016

JADUAL DAN KEPUTUSAN BADMINTON OLIMPIK RIO 2016 (WAKTU MALAYSIA)

SEPARUH AKHIR

SEPARUH AKHIR

AKHIR

AKHIR
AKHIR [2]
AKHIR [3]
AKHIR [4]

Semoga berjaya!

KEPUTUSAN PENUH PUNGUTAN PINGAT BADMINTON MALAYSIA OLIMPIK RIO 2016

3 Pingat Perak
  • Perseorangan: Perak
  • Bergu Lelaki: Perak
  • Bergu Campuran: Perak

BACA INI JUGA: Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Thursday, August 18, 2016

iPhone 6S Caviar Edisi Pokemon Go Ini Berharga RM11,000!?

iPhone 6S Caviar Edisi Pokemon Go Ini Berharga RM11,000!?

Dengan menumpang ‘hype’ Pokemon GO yang sangat popular ketika ini, sebuah syarikat daripada Russia telah menghasilkan iPhone 6S khas buat peminat Pokemon GO yang dinamakan sebagai iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition.

iPhone 6S Pokemon GO Edition

Apa yang menarik mengenai iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition ini adalah panel belakang iPhone yang digantikan dengan rekaan bercirikan Pokemon serta diperbuat daripada titanium.

Logo pasukan seperti Mystic, Valor dan Instinct antara yang tertera di bahagian panel.

Penggunaan material yang premium pastinya membuatkan iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition ini dijual dengan harga yang mahal.

Harganya memang sangat tidak munasabah namun sangat sesuai buat peminat Pokemon berkategori elit.

iPhone 6S Pokemon GO Edition

Untuk menjadikan iPhone ini sangat exclusive, hanya 77 iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition dihasilkan dan boleh didapati melalui pra-pesanan di laman web Caviar.

Sanggupkah anda?

BACA INI JUGA: Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Sumber: Thevocket

'Kita Bukannya Kalah, Hanya Tidak Memenangi Emas'

'Kita Bukannya Kalah, Hanya Tidak Memenangi Emas'

Saya dan Yilyn Chan membawa selembar bendera besar ke kedai mamak berhampiran rumah dan semasa saya sedang bersusah payah menaikkan bendera, seorang Uncle datang menolong saya.

Goh Liu Ying
Goh Liu Ying.

Saya juga telah membawa 20 bendera mini untuk dikongsikan bersama penyokong-penyokong lain kerana saya pasti kedai ini akan penuh.

Ketika edaran, sewaktu bendera tinggal sedikit, seorang lagi Uncle memanggil saya. Ketika saya menyerahkan bendera, Uncle itu berkata, “I love Malaysia.”

Walaupun kami (dan seluruh rakyat Malaysia) tidak dapat meraikan kejayaan emas, sebenarnya kita telah menang dalam banyak perkara.

Sukan sepatutnya menyatukan kita. Terutamanya sebagai sebuah negara.

William Cheah

Saya bertanya kepada diri sendiri apakah perkara yang menyebabkan seorang yang tidak pernah dikenali menolong saya. Ataupun seorang asing menyerlahkan patriotismanya kepada orang asing lain.

Saya bertanya kepada diri sendiri berapa ramaikah di antara kita menyatakan penghargaan terhadap Malaysia secara terbuka pada zaman ini? Dengan penuh rasa bangga?

Saya rasa kita patut melakukannya, dengan lebih kerap. Mungkin peristiwa ini adalah satu peringatan buat kita semua.

Saya bertanya kepada diri sendiri berapa kerap kita menyokong warga Malaysia yang lain tanpa mempersoalkan soal bangsa dan agama?

Atau menerima perwakilan daripada our fellow countrymen hanya semata-mata mereka adalah yang paling layak di antara kita.

William Cheah

Tidak. Malam ini kita tidak kalah. Cuma, kita hanya tidak memenangi Emas. Tetapi kita semua memenangi peluang untuk menjadi satu pada saat itu.

Terima kasih #TeamMalaysia. Berbanyak-banyak terima kasih kepada Goh dan Chan.

Kamu berdua membuat kami berasa gembira. Kamu membuat kami menjadi satu.

Ditulis oleh: William Cheah

BACA INI JUGA: 'Kita Semua Di Politikkan Untuk Membenci Antara Satu Sama Lain'

Sumber: Thevocket

Wednesday, August 17, 2016

Negara Yang Memenangi Pingat Emas Pertama Di Sukan Olimpik Rio 2016

Negara Yang Memenangi Pingat Emas Pertama Di Sukan Olimpik Rio 2016

Memburu pingat sukan Olimpik, apatah lagi pingat emas bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan atlet-atlet berprestij dari seluruh dunia.

Gold Medal

Namun, dengan semangat dan kecekalan yang tinggi, berikut merupakan atlet dari negara-negara kerdil yang telah berjaya memenangi emas pertama mereka dalam sejarah sukan olimpik di Rio 2016.

Fiji
Ragbi

Fiji men's rugby

Kejayaan Fiji merangkul emas pertama Olimpik disambut meriah penduduk negara kepulauan pasifik itu.

Fiji mencipta sejarah selepas menewaskan Great Britain dalam aksi akhir ragbi tujuh sebelah di Rio.

Puerto Rico
Monica Puig

Monica Puig - Puerto Rico.jpg

Monica Puig menghadiahkan emas pertama Olimpik buat Puerto Rico, apabila berjaya menjinakkan pemain Jerman, Angelique Kerber 6-4, 4-6, 6-1 dalam acara final perseorangan tenis wanita.

Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-34 dunia itu membuktikan bahawa dia berupaya mengatasi Kerber yang merupakan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia.

Monica Puig ialah wanita pertama daripada negara kepulauan Caribbean menang emas Olimpik.

Sebelum kejayaannya, Puerto Rico pernah menang lapan pingat Olimpik iaitu dua perak dan enam gangsa. Enam daripadanya datang dari sukan tinju.

Singapura
Joseph Schooling

Joseph Schooling

Michael Phelps mengalami kekalahan pertamanya dalam temasya Rio 2016 apabila ditewaskan perenang sensasi Singapura, Joseph Schooling, yang memberikan persembahan memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu.

Joseph Schooling turut mencipta rekod baru Olimpik dengan catatan masa 50.39 saat.

Michael Phelps berkongsi tempat kedua dengan dua perenang lain, juara dunia dari Afrika Selatan, Chad Le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.

Vietnam
Hoang Xuan Vinh

Hoang Xuan Vinh

Selepas enam dekad menanti, Vietnam akhirnya merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik, terima kasih kepada kejayaan mengejut Hoang Xuan Vinh dalam saingan menembak.

Di lapang sasar menembak, Xuan Vinh, 41, melakukan tembakan hampir sempurna dalam acara 10 meter air pistol lelaki, sekali gus menafikan cabaran penembak Brazil Felipe Almeida Wu yang meraih perak, diikuti gangsa Pang Wei dari China.

Penembak Vietnam itu mencipta sejarah buat Vietnam setelah mengumpul mata terbanyak 202.5 mengatasi penembak pilihan, Almeida yang 20 tahun lebih muda daripadanya dengan perbezaan 0.3 mata.

Kosovo
Majlinda Kelmendi

Majlinda Kelmendi

Majlinda Kelmendi berjalan mengelilingi gelanggang dengan wajah tidak percaya, sebelum akhirnya kembali berdiri di sebelah lawannya selepas dipanggil oleh pengadil.

Dengan wajah yang masih kebingungan dan ketika penonton di stadium mula bersorak, air mata tiba-tiba mengalir di pipi gadis berusia 25 tahun itu saat namanya diumum sebagai pemenang pingat emas acara judo 52 kilogram.

Majlinda memahat sejarah apabila menghadiahkan pingat emas hanya dalam penampilan sulung Kosovo pada temasya sukan terbesar di dunia itu selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar dari Itali, Odette Giuffrida.

Turun sebagai pilihan utama temasya, dia memang disasarkan pingat oleh negaranya, yang sekadar menghantar kontinjen kecil dengan dibarisi lapan atlet, namun memenangi emas adalah perkara yang tidak diduga sama sekali.

BACA INI JUGA: 10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu

-SENTIASAPANAS.COM