Sunday, August 14, 2016

'Aku Sudah Mati Dan Melihat Neraka'

'Aku Sudah Mati Dan Melihat Neraka'

Pada tahun 1788, seorang ahli falsafah dan ahli psikologi terkenal Switzerland bernama Charles Bonnet, menceritakan tentang satu kes pelik yang melibatkan seorang wanita.

Cotard Syndrome
Gambar hiasan.

Menurut Bonnet, wanita itu kerana percaya, dirinya sudah mati, telah berbaring di dalam keranda dengan pakaian yang lazimnya dipakaikan kepada mayat.

Malah, wanita tersebut juga mendesak orang ramai supaya mengebumikannya dan enggan keluar dari keranda walaupun ahli keluarga dan jiran mendesaknya pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa kerana dia masih hidup.

Selepas beberapa minggu baring di dalam keranda, akhirnya wanita tersebut benar-benar mati, tetapi disebabkan tidak makan dan minum!

Seratus tahun kemudian, pada tahun 1880, seorang neurologis Perancis, Jules Cotard pula melaporkan tentang kelakuan pelik seorang pesakit wanita seperti yang pernah diceritakan oleh Bonnet.

Wanita itu menurut Jules, menafikan kewujudan tuhan dan syaitan. Dunia juga dikatakannya tidak wujud.

Itu tidak pelik lagi, tetapi yang menimbulkan tanda tanya ialah, wanita tersebut turut menafikan kewujudan sebahagian daripada anggota badannya.

Selain itu, wanita berkenaan menafikan perlunya dia makan dan minum.

Keadaan wanita itu bertambah teruk dan menyatakan bahawa dia akan menerima malapetaka sepanjang hayatnya.

Selain itu, dia tidak akan mati secara semulajadi, tetapi akibat sumpahan dan malapetaka yang dahsyat.

Beberapa lagi kes seperti ini ada dilaporkan berlaku dan yang paling diingati adalah yang berlaku pada tahun 1990.

Kes ini melibatkan seorang lelaki di Edinburg, England, yang mengatakan dirinya sudah mati.

Pada Januari 1990, selepas dibenarkan keluar dari hospital, keluarga lelaki berkenaan segera membawanya ke Afrika Selatan untuk mendapatkan rawatan.

Di Afrika Selatan, lelaki itu terus bertegas mengatakan dia sudah mati dan telah dimasukkan ke dalam neraka.

Yang peliknya, semasa berkata demikian, tubuh lelaki tersebut panas bagaikan di dalam api.

Menurut lelaki itu lagi, dia mati akibat penyakit septicaemia atau mungkin juga AIDS atau mungkin juga gara-gara suntikan demam kuning yang diterimanya dahulu!

Selepas mati, lelaki tersebut seterusnya mengatakan, 'roh ibunya telah membawanya berjalan-jalan melihat seluruh isi neraka'.

Banyak lagi sebenarnya kes seperti ini berlaku diseluruh dunia. Mereka mengaku, jiwa, roh dan nyawa mereka tiada lagi. Sudah ghaib meninggalkan jasad.

Ada yang mendakwa tubuh mereka hanyalah sekadar sebuah cengkerang saja atau mereka akan bertukar menjadi seketul batu!

Lebih menakutkan, ada yang mendakwa mereka dapat menghidu bau daging di tubuh mereka yang sedang mereput dan membusuk.

Cacing serta ulat sedang merayap di serata badan, kemudian memakan dan menggigit-gigit tubuh mereka.

Akibatnya, mereka mula melakukan keganasan. Ada yang membunuh diri akibat tidak tahan lagi menderita, serta bagi membuktikan yang mereka memang sudah benar-benar mati!

Yang lain pula merasakan, disebabkan sudah mati, tiada apa yang boleh mencederakan tubuh mereka.

Mereka juga boleh melakukan sesuatu tindakan ganas dan mencederakan diri sendiri kerana sudah mati.

Pelik. Apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka ini? Gila? Dirasuk makhluk asing? Atau dikuasai semangat ghaib?

Dalam bidang perubatan jiwa, mereka ini dikatakan menghidap Sindrom Cotard, iaitu sempena nama Jules Cotard, individu pertama yang mula-mula mengetengahkan kes-kes sebegini dan mengkategorikannya secara lebih jelas berdasarkan kajian saintifik.

Sindrom Cotard adalah suatu sindrom yang pelik. Ia berkaitan dengan khayalan palsu penghidapnya yang mengkhayalkan sesuatu yang tidak berlaku, kemudian mereka mempercayainya.

Punca utamanya ialah tekanan perasaan dan selalunya berlaku di kalangan golongan usia pertengahan ke atas.

Sembila puluh peratus daripadanya adalah wanita dan yang peliknya, dari sudut fizikal, mereka sihat walafiat.

Sehinggalah sekarang, Sindrom Cotard masih sukar diubati kerana ia melibatkan jiwa dan mental penghidapnya.

BACA INI JUGA: Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

-SENTIASAPANAS.COM

Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser?

Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser?

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.

Kanser Hidung

Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

SUKAR DIKESAN AWAL

Setakat ini masih tiada ujian atau 'screening test' khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.

"Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga," dedah Dr Dalilah.

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum Cina dan Bidayuh.

AWAS MAKANAN MASIN DAN BERAWET

Menurut Dr Dalilah gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

"Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini," pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

RAWATAN

Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

"Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu.

"Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya dapat dikesan awal, sekaligus mengurangkan keperluan untuk pembedahan," katanya.

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Sumber: mStar

Penemuan Luarbiasa Katak Hidup Dalam Batu!

Penemuan Luarbiasa Katak Hidup Dalam Batu!

'Ulat dalam batu pun boleh hidup' - pepatah yang biasa orang guna sebagai motivasi diri bila bercakap pasal hidup yang serba kekurangan.

'Mysteries of The Unexplained'

Mungkin selepas membaca artikel ini, anda boleh menukar pepatah tadi kepada yang lebih ekstrem seperti, 'Katak dalam batu pun boleh hidup, okey!'

Berdasarkan kajian rasmi yang dibuat, terdapat lebih 90 kes yang direkodkan berkenaan penemuan haiwan amfibia ditemui masih hidup di dalam bongkahan batu, seakan disaluti.

40 kes dari rekod itu melibatkan amfibia seperti katak, kodok dan yang paling mendapat perhatian ialah artikel yang telah disiarkan di dalam majalah Reader's Digest, 'Mysteries of The Unexplained'.

Dalam kebanyakan kes, katak tersebut ditemui diruang dalam batu yang dipenuhi cecair lendir dan biasanya ditemui dalam keadaan yang sangat pucat dan berwarna putih.

Selepas beberapa minit didedahkan kepada udara, amfibia ini dilihat kembali hidup dan biasanya menjadi aktif sebelum bertukar warna kelabu dan mula mengalami kesukaran untuk bernafas.

Dalam kebanyakan kes, haiwan itu biasanya cuma dapat bertahan selama 24 jam hingga 72 jam sebelum mati.

Tapi, terdapat beberapa pihak yang mendakwa haiwan malang itu dapat terus hidup jika segera dimasukkan ke dalam kolam yang segar airnya.

Logiknya, cerita tentang katak yang termakam dalam batu ini mungkin kedengaran tidak masuk akal.

Namun, sebenarnya bahagian yang paling menakjubkan dalam kejadian ini adalah, proses pembentukan batu memakan proses yang sangat lama, hanya terbentuk selepas beribu mahupun berjuta tahun.

Andaian yang boleh dibuat adalah, mungkin amfibia ini memasuki lumpur lembut untuk mengelakkan bencana besar.

Dan dalam suasana sekeliling yang terdedah kepada air yang tinggi kadar mineralnya, telah mengakibatkan lumpur tadi bertukar menjadi batu, sebelum akhirnya ditemui kini.

Bayangkan jika dinosaur juga ada kebolehan macam katak?

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Memusingkan Kepala 360° Darjah!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, August 13, 2016

Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi Dan Mitos Jus Betik, Sup Ketam

Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi Dan Mitos Jus Betik, Sup Ketam

Setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.

Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman
Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman.

Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.

"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.

"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.

Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.

"Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma," katanya.

Jus daun betik dikatakan berupaya merawat penyakit demam denggi.

Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera.

"Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak," katanya.

Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.

Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.

"Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah," katanya.

Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena.

"Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain," katanya.

Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.

"Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi," katanya.

Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.

Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.

"Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya," katanya.

Baru-baru ini, Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia dalam proses pengeluaran dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.

Syarikat tersebut berkata, kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.

Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit.

BACA INI JUGA: Daun Rerama, Daun Ajaib Penawar Penyakit Kronik!

Sumber: mStar

Cerpen: Buang Belaan Dalam Perigi Buta

Cerpen: Buang Belaan Dalam Perigi Buta

"Hadi nak bohong mak ya?" Aisyah menjengilkan mata ke arah anaknya. Hadi menggeleng. Dia juga hairan, luka di lututnya sudah menghilang.

Hantu Saka
Gambar hiasan.

"Mak nampak kaki Hadi ada darah kan? Mana pula Hadi nak bohong." kata Hadi sambil mengerutkan kening memandang wajah emaknya yang masih bertanda tanya.

Zairol nampak selamba sahaja ketika Aisyah memberitahu apa yang terjadi kepada Hadi. Macam tidak ada apa-apa. Matanya merenung siling ketika Aisyah sibuk menceritakan kejadian.

"Abang! Abang dengar tak apa saya cakap ni?" ujar Aisyah meligat sikap suaminya yang acuh tidak acuh.

"Abang dengarlah ni," ujar Zairol. Tidak terkejut sama sekali mendengar cerita Aisyah.

"Macam mana boleh jadi begitu bang? Saya sendiri nampak lutut dengan lengan dia luka, kenapa luka tu hilang tuba-tiba saja?" soal Aisyah pula.

"Pacat gigit la tu. Darah tu darah pacat, meleleh dekat lutut, dekat siku," ujar Zairol memberikan jawapan ringkasnya.

Aisyah masih bingung. Takkan digigit pacat Hadi boleh menangis sampai terjerit-jerit.

Hari berlalu membawa persoalan Aisyah. Semakin lama, soalan-soalan itu mulai menghilang dari kotak fikirannya.

Aisyah hampir melupakan peristiwa yang menimpa Hadi. Lupa kepada kesakitan Hadi dan jawapan ringkas yang diberikan Zairol mengenai luka Hadi.

Kehidupan diteruskan seperti biasa, tetapi dia sering melihat pula Zairol termenung. Sesekali Zairol seperti bercakap sendirian. Aisyah menyangka suaminya tidak siuman.

"Abang cakap dengan siapa bang?" Pernah sekali Aisyah menegur apabila melihat suaminya seperti marahkan seseorang.

"Tak ada siapa. Abang geram dengan Pak Manan tu. Dia menipu timbangan, itu yang abang geram.

"Kita beli gula tiga kilo, dia timbang dua kilo setengah, mana abang tak geram," Zairol memberi alasannya.

"Pergilah minta setengah kilo lagi, yang abang merungut saja, dapat apa?" bentak Aisyah, turut geram mendengar khabar yang sengaja diluahkan Zairol.

Padahal kisah gula kurang timbangan itu sudah hampir enam bulan berlalu. Pak Manan pun sudah lupa timbangannya tidak cukup.

"Kalau abang tak mahu pergi, saya pergi," Aisyah seakan menggertak.

"Pak Manan dah lupa dah tu, dah lama sangat." Ujar Zairol cuba menghalang isterinya.

"Dah enam bulan, baru sekarang abang rungutkan?" Aisyah menjeling.

Zairol kembali termenung. Bunyi enjin motosikal menghampiri rumah, mengejutkan kedua-duanya.

Jalil memberhentikan motosikalnya secara mengejut di depan tangga rumah.

"Apa hal Jalil?" Soal Zairol melihat nafas Jalil turun naik.

"Ijoi kemalangan bang, dekat simpang.. teruk bang!" Beritahu Jalil sambil tubuhnya sedikit menggigil.

Aisyah terkejut yang amat sangat. Adik iparnya kemalangan.

"Bila pula Ijoi kemalangan?" Tanya Zairol yang nampak menggelabah.

"Baru saja bang." Beritahu Jalil.

Aisyah menggigil. Teruk agaknya adik iparnya kemalangan. Aisyah sendiri kelam kabut mengambil tudung, mendapatkan Zairol yang sudahpun menghidupkan kereta.

Kereta dipandu Zairol agak laju. Dia memecut ke kawasan kemalangan. Aisyah mendesak supaya laju lagi.

Aisyah menggelabah membayangkan kemungkinan perkara buruk menimpa adik iparnya.

Ya Allah! Apa kata kalau Ijoi luka parah. Cedera teruk. Pecah kepala. Ada-ada saja budak ni.

Aisyah nampak wajah suaminya tenang saja. Seperti tidak ada kerisauan langsung dalam hatinya.

Mereka sampai ke kawasan kemalangan dan melihat Ijoi sedang terdengkot-dengkot berjalan.

Zairol menghampiri adiknya. Aisyah tidak berani memandang. Aisyah memang takut melihat darah, walaupun sedikit.

"Lojiknya, kalau dah terlipat tengah jalan, lepas tu kena seret kereta hampir 50 meter jauhnya, kalau tak parah pun, boleh koyak kulit kaki.

"Nasib engkau baik, tak luka sikitpun!" Salah seorang pengguna jalan raya yang menyaksikan kemalangan Ijoi bersuara.

Ijoi juga tidak menyangka, kemalangan yang dianggap dahsyat itu tidak sedikitpun membekaskan luka walaupun sedikit. Aisyah semakin pelik. Zairol masih tenang.

"Bang, bawalah Ijoi ke hospital, entah-entah luka kat dalam," ujar Aisyah. Zairol mengangguk.

Tetapi Ijoi tidak mahu dibawa ke hospital. Katanya dia tidak berasa sakit langsung.

Peristiwa itu membuatkan Aisyah terus bertanda tanya. Zairol pula semakin gelisah selepas dia sendiri melihat kejadian kemalangan Ijoi.

"Ada yang dah makan darah tu Aisyah!" Akhirnya Zairol membuka mulut pada suatu petang selepas beberapa hari kejadian kemalangan Ijoi berlalu. Aisyah terkejut.

"Kalau abang cakap pun, agaknya Aisyah tak percaya," ujar Zairol.

Perasaan Aisyah menjadi tidak tenteram. Apa yang hendak dikatakan oleh suaminya?

"Apa bendanya bang?"

"Ini semua kerja belaan arwah nenek kita dulu," ujar Zairol.

Tiba-tiba bulu tengkuk Aisyah meremang selepas mendengar kata-kata suaminya.

"Apa bendanya?"

"Nenek kita dulu ada membela-bela. Bila dia mati, dia bagikan benda tu pada Pak Ngah. Bila Pak Ngah meninggal, anak-anak dia tak nak jaga.

"Sekarang benda tu tak bertuan. Dia merayau-rayau sajalah mengacau anak cucu nenek.

"Abang rasa, dia nak masuk dekat abang, abang tak mahu, tak sanggup!" ujar Zairol. Aisyah ketakutan.

"Eeee.. janganlah bagi dia masuk bang! Saya takut!!!"

"Abang tak bagi masuklah tu. Itu sebab tak ada orang nak jaga dia. Tapi dia nak makan darah tu!" sahut Zairol.

Semakin seram Aisyah mendengar kata-kata suaminya. Dia mula memikirkan apa yang patut dilakukan suaminya sekarang.

"Abang ingat nak buang terus tapi kita kena cari orang yang pandai nak buang benda tu."

Belaan Berpindah Tempat

Perigi Buta
Gambar hiasan.

"Itulah sebabnya aku nak minta kau carikan perigi buta, nak buang benda tu," ujar Rosmah kepada Najib selepas menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga Aisyah.

"Aku kena tolong dia, kalau tak, merana dia anak beranak."

"Aku dah bawa dia jumpa ustaz. Ustaz tu boleh 'campakkan' ke dalam perigi buta. Dengan cara tu, barulah benda tu boleh hilang," sambung Rosmah lagi.

Melalui kenalan lama Rosmah, mereka akhirnya menemui perigi buta yang di cari-cari.

"Kau ni macam-macam la Najib. Perigi butalah, perigi betunglah, macam-macam.." Kenalan Najib, Zahid, yang hampir tertawa apabila Najib menceritakan tujuannya mencari perigi buta.

"Kalau kau nak buang benda, aku tak beranilah. Perigi tu dekat rumah aku. Nanti merayap pula benda tu cari anak-anak aku!" ujar Zahid keberatan.

"Kau jangan risau, ustaz tu kata benda tu tak akan kacau sesiapa. Yang nak dibuang ke dalam perigi cuma kaedah perubatannya saja.

"Benda tu entah ke mana ustaz tu dah campak," ujar Najib mententeramkan Zahid.

Zahid akhirnya setuju membenarkan perigi buta yang tidak jauh dari rumahnya digunakan untuk membuang benda tu.

Aisyah sekeluarga dibawa oleh ustaz ke perigi tersebut untuk menjalankan upacara membuang belaan arwah nenek Zairol.

Sebulan selepas itu, Najib menghubungi Zahid untuk mengucapkan terima kasih diatas pertolongannya.

Keluarga Aisyah tidak lagi diganggu selepas itu.

Zairol percaya, belaan neneknya sudah berpindah ke tempat lain.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Awak Lagi!

-SENTIASAPANAS.COM

Dropship Bisnes Tanpa Modal Tapi Untung Lumayan!

Dropship Bisnes Tanpa Modal Tapi Untung Lumayan!

Dropship mungkin istilah yang janggal dan jarang di dengar oleh sesetengah orang. Namun, bagi mereka yang setiap hari bergelumang dalam dunia perniagaan, istilah ini pasti sudah tidak asing lagi ditelinga mereka.

Bisnes Dropship

Tentu ada diantara anda ingin memulakan perniagaan tanpa perlu merasa sakit kepala; bimbang tentang modal, bimbang produk yang dijual tidak ada keberkesanannya atau sambutan dingin pembeli terhadap produk yang dijual.

Jika anda dalam kalangan yang mempunyai alasan-alasan sebegini, maka kaedah Dropship mungkin boleh menjadi pilihan perniagaan anda.

Dropship merupakan istilah jual beli yang menjadi trend terkini dalam dunia perniagaan dalam talian.

Dropship atau juga dikenali sebagai Dropshipping merupakan satu rantaian perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar (iaitu anda).

Pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal harga produk dan servis yang dijual kepada pembeli.

Tugas anda hanyalah mempromosi produk yang dijual oleh pembekal dan melakukan urus niaga pesanan dengan pembeli.

Setelah pembayaran dibuat oleh pembeli, anda akan menghantar pesanan itu kepada pembekal yang seterusnya akan membungkus dan menghantar produk tersebut terus ke alamat pembeli. Konsep yang nampak mudah kan?

Anda sebagai pengedar akan memperoleh keuntungan 'atas angin' tanpa perlu menyimpan stok atau menyediakan kos modal yang tinggi.

Kebiasaannya, keuntungan anda adalah berdasarkan kepada perbezaan margin harga jual yang diberikan oleh pembekal kepada anda sebagai agen Dropship dengan harga yang ditawarkan kepada pembeli.

Contoh Pengiraan Keuntungan Dropship

Pihak pembekal (DropShipper) akan memberikan anda akses katalog produk mereka dengan harga barang yang diberikan kepada anda dikira dengan harga istimewa.

Contohnya, harga yang diberikan kepada anda untuk sepasang kasut adalah RM24.00 dan kos penghantaran pula sebanyak RM6.00.

Anda pula menjual produk tersebut di laman e-dagang dengan mengenakan harga pasaran iaitu sebanyak RM50.00 termasuk kos penghantaran.

Pembeli kemudiannya membuat pesanan dan pembayaran kepada anda.

Perbezaan harga jual beli produk inilah sebenarnya merupakan keuntungan yang akan anda peroleh.

Dalam contoh ini, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak RM20.00 bagi setiap pasang kasut yang dijual.

Tanpa perlu modal dan produk untuk memulakan perniagaan, anda sebenarnya sudah boleh bergelar usahawan.

Kalau moto syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, 'Everybody Can Fly', mungkin moto perniagaan berkonsepkan Dropship ini pula adalah, "Everybody Can Do Business!"

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Dropship?

Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana jika ingin memulakan perniagaan berkonsepkan Dropship ini.

Pertama-tama, apa yang perlu anda buat adalah mencari DropShipper yang sah dan menawarkan servis Dropship kepada pengedar.

Namun, anda tentu tidak mahu terjebak di dalam scam perniagaan dalam talian kerana tidak dinafikan kes-kes penipuan seperti ini banyak terjadi.

Oleh itu, bagaimana anda boleh mengenal pasti syarikat DropShipper yang anda pilih itu merupakan syarikat yang sah dan telus dalam menjalankan perniagaan mereka?

SIASAT. Ya, anda perlu menyiasat latar belakang DropShipper yang dipilih. Pastikan sama ada mereka ini dibawah kategori pengilang atau pemborong.

Siasat maklumat syarikat penjual, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat, pastikan syarikat ini merupakan syarikat yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang.

Semak nama pemilik, alamat syarikat dan nombor telefon untuk dihubungi, pastikan ianya memang wujud.

Kenal pasti kepakaran dan pengalaman mereka kerana sudah tentu semakin lama syarikat ini menjalankan perniagaan, semakin anda boleh mempercayai syarikat tersebut.

Lakukan carian mudah melalui internet untuk mengetahui jika terdapat sebarang aduan dari ejen Dropship yang lain terhadap syarikat itu, tidak kisahlah aduan dari segi produk, servis atau berkenaan syarikat itu sendiri.

Ambil tahu mengenai kos penghantaran dan kenal pasti syarikat pos laju pilihan mereka ketika berurusan.

Kenal pasti jumlah tenaga kerja yang mereka ada dan jika boleh sediakan dokumen syarat-syarat bertulis atau kontrak yang meliputi jaminan untuk produk pembeli.

Ini sangat penting bagi memastikan pembeli mendapat pulangan jika produk yang dibeli itu rosak, tidak sampai pada masa yang ditetapkan atau dalam situasi yang lebih teruk, produk tidak sampai langsung ke tangan pembeli.

Sekiranya anda sudah berpuashati dengan syarikat DropShipper anda, maka anda bolehlah membuka akaun peruncit dan dapatkan kod keahlian anda dengan syarikat berkenaan.

Untuk menjadikan proses urus niaga lebih efisien, maka anda bolehlah mewujudkan satu laman web e-dagang, blog ataupun akaun facebook untuk perniagaan anda.

Gunakan ia sebagai tempat dimana anda melakukan promosi untuk melariskan produk yang dijual.

Pamerkan dengan jelas gambar-gambar produk dan juga sedikit penerangan mengenai produk.

Jangan lupa menyediakan borang pesanan untuk pengunjung laman web atau blog anda membuat pesanan melalui talian untuk produk yang ingin dibeli.

Borang pesanan perlulah lengkap dengan ruang untuk pembeli memasukkan butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan produk yang ingin dibeli.

Apabila pelanggan sudah membuat pesanan dan anda sudah pun memastikan yang pembayaran telah dibuat, maka anda boleh menghantar pesanan tersebut kepada DropShipper dengan menyertakan butiran peribadi pelanggan.

DropShipper kemudiannya akan memproses pesanan itu dan produk akan dibungkus dan dihantar terus kepada pelanggan.

Nama dan alamat anda akan ditulis dibungkusan tersebut sebagai sumber rujukan pembeli.

Gunakan 'tracking number' daripada DropShipper anda untuk anda memeriksa transaksi dan status penghantaran dengan syarikat pos laju yang digunakan.

Tips Kejayaan Perkhidmatan Dropship

Tips 1: Kaji Pasaran Anda

Cari produk yang senang untuk dijual! Buat sedikit kajian untuk mengetahui permintaan pasaran anda agar hasil jualan anda lebih banyak dan lebih tinggi keuntungan yang diperoleh.

Anda juga boleh menjual produk yang anda minati kerana secara semulajadinya anda akan menjadi lebih berminat untuk memasarkan produk yang anda jual itu.

Tips 2: Kepelbagaian Produk Yang Ditawarkan Oleh DropShipper

Ada kalanya lebih senang untuk menjana keuntungan apabila terdapat kepelbagaian produk yang ingin dijual agar pembeli mempunyai pilihan ketika membeli.

Sudah tentu anda tidak mahu pembeli anda berpaling dan membeli dengan penjual lain semata-mata atas alasan barangan yang dikehendaki tidak dijual oleh anda.

Jika produk yang dijual adalah produk makanan, pastikan anda menjaga sensitiviti para pembeli.

Cari produk yang diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan pastikan juga ia mempunyai standard dan kelulusan piawaian yang diperlukan dan diiktiraf oleh badan-badan piawaian seperti SIRIM.

Tips 3: Gunakan Platform Dalam Talian Untuk Jualan Anda

Promosi produk anda secara meluas melalui pelbagai platform dalam talian seperti laman web e-dagang, Facebook, blog, laman web e-bay dan juga di laman web seperti mudah.my.

Kunjungi laman web yang berbentuk forum dan sesekali komen terhadap isu-isu semasa. Jangan lupa untuk membuat pautan laman web anda setiap kali anda membuat komen.

Anda juga boleh membuat pautan laman web atau blog anda di dalam e-mel.

Terdapat pelbagai lagi cara untuk anda mempromosikan perniagaan, maka jadilah seorang yang lebih kreatif untuk membolehkan perniagaan anda lebih dikenali.

Tips 4: Tentukan Berapa Peratus Keuntungan Yang Anda Ingin Peroleh

Dengan adanya matlamat seperti ini, maka anda akan lebih fokus dalam perniagaan.

Buat perbandingan harga produk yang ditawarkan oleh agen DropShip yang lain dan pastikan keuntungan yang diperoleh berbaloi dengan usaha anda.

Jangan lupa untuk menyediakan kunci kira-kira untuk anda mengira keuntungan perniagaan anda setiap hujung bulan.

Halal Ke Sistem Dropship Ni?

Semestinya halal lagi suci. Kita cuma menjadi agen atau orang tengah sebagai transaksi jualan.

Tiada paksa memaksa dan tiada istilah menindas mana-mana pihak dalam sistem ini.

Malah, jika ada barang yang dihantar rosak, sesetengah pembekal menawarkan pemulangan secara untuk digantikan dengan yang baru.

Jadi, tiada apa yang perlu anda ragui tentang sistem ini. Lakukannya dengan yakin!

AWAS! Sisi Buruk Perniagaan DropShip

Tahukah anda dengan menceburi pernigaan berkonsepkan DropShip, nasib perniagaan anda berada sepenuhnya di dalam tangan pembekal anda.

Disebabkan anda tidak memiliki stok produk dan tidak mempunyai kawalan terhadap produk inventori produk yang ingin dijual, anda tidak dapat mengawal berapa cepat produk yang dibeli sampai ke tangan pembeli.

Semuanya bergantung sepenuhnya kepada pembekal untuk membungkus dan menghantar produk kepada pembeli.

Jika pembekal melakukan kerja ala kadar, maka sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi perniagaan anda.

Ada juga terjadi masalah pembekal kehabisan stok produk dan mereka tidak memaklumkan perkara tersebut kepada agen mereka.

Agak mendukacitakan jika anda tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan anda terutama yang kerap kali membeli dengan anda kan.

Kes-kes seperti ini adalah diantara penyebab titik peralihan pembeli dan perkara yang menakutkan mungkin terjadi, pembeli beralih kepada pengedar lain, saingan anda!

Isu perkhidmatan pelanggan daripada DropShipper juga seringkali menjadi masalah besar. Kebanyakan DropShipper mempunyai perkhidmatan pelanggan yang buruk.

Malah, ada yang langsung tidak mempunyai perkhidmatan pelanggan di syarikat mereka!

Jika anda berhadapan dengan situasi pelanggan yang tidak berpuashati dengan produk yang diterima, maka anda akan terperangkap antara memuaskan hati pelanggan dan menunggu penyelesaian daripada pembekal anda.

Saingan juga mungkin akan menjadi salah satu masalah perniagaan DropShip kerana terlalu ramai yang ingin menjadi agen.

Jika ada agen yang tidak kisah margin keuntungan yang kecil, maka mereka tentu tidak kisah untuk menjual produk yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dari anda!

Kesimpulannya

DropShip boleh menjadi salah satu peluang menjana pendapatan yang sangat baik jika dilakukan dengan perancangan yang teliti dan dilaksanakan dengan betul.

Kunci kejayaan perniagaan ala DropShip ini sama sekali bergantung kepada pembekal yang kita pilih.

Cari dan pilihlah pembekal yang sah dan berdaftar agar risiko perniagaan anda dapat diminimumkan.

Lakukan promosi dengan bersungguh-sungguh. Layan dan jaga hati pelanggan anda dengan sebaiknya, agar mereka akan acapkali berurus niaga dengan anda.

Secara ringkasnya, DROPSHIP adalah, Anda tak perlu simpan stok, Tak perlu modal.

Anda hanya perlu PROMOSI sahaja!

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan

Penyakit Misteri Liang Roma Badan Ditumbuhi Kuku!

Penyakit Misteri Liang Roma Badan Ditumbuhi Kuku!

Seorang bekas pelajar perundangan dari Universiti of Memphis, Amerika Syarikat, Shayna Isom telah didapati menghidap sejenis penyakit pelik apabila mengalami pertumbuhan kuku yang berlebihan.

Shanyna Isom

Ia diklasifikasikan sebagai penyakit berprofil tinggi selepas seluruh liang roma pada badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil.

Dimana ada rambut disitu tumbuhnya kuku. Itulah masalah dialami Shanyna Isom, gadis berkulit hitam berusia 28 tahun ini.

Tubuhnya yang dipenuhi kuku-kuku kecil menyukarkan dia untuk bergerak dan melakukan kerja-kerja harian.

Malah, dia terpaksa memakai rambut palsu untuk menutup kepalanya yang botak dan dipenuhi kuku-kuku halus.

Semuanya bermula pada September 2009 apabila Shanyna diserang asma. Doktor yang merawatnya telah memberikan sejenis ubat penahan sakit steroid.

Selepas beberapa jam mengambil ubat tersebut, Shanyna merasakan ada sesuatu yang pelik telah berlaku.

Seluruh badannya berasa amat gatal dan pedih. Manakala keseluruhan kakinya pula dipenuhi benjol-benjol hitam seperti bengkak.

Dia menjadi agak bingung kerana situasi tersebut tidak pernah dialami olehnya sebelum ini.

Persoalan yang timbul dalam kepalanya ketika itu ialah, adakah simptom berkenaan berlaku disebabkan alahan ubat ataupun dia sememangnya mengalami masalah itu secara semula jadi.

Shayna kemudian kembali ke hospital untuk mendapatkan penjelasan pakar perubatan. Doktor bagaimanapun mengatakan bahawa dia alah pada steroid tersebut dan memberikan ubat lain bagi mengatasi masalah kegatalan yang dialami Shayna.

Namun, ia hanya bertahan untuk tempoh satu hari sahaja dan bila masalah kegatalan itu kembali semula, ia merebak dengan lebih teruk.

Shanyna Isom

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Shayna kemudian merujuk masalah tersebut kepada pakar kulit di Hospital Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat.

Di hospital tersebut, gadis ini menjalani ujian bagi mengenal pasti penyakit yang dialami. Namun, semua keputusannya negatif. Pada waktu itu dia merasa agak kecewa dan menganggap masalah tersebut akan kekal begitu selamanya.

Bagaimanapun, Shayna masih tidak berputus asa dan secara konsisten terus mendapatkan rawatan susulan di atas katil sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa lagi.

Sehinggalah pada tahun 2011, doktor yang merawatnya telah menemui cara mengawal penyakit tersebut daripada terus merebak. Namun, pakar perubatan masih gagal menemui penawar.

Setelah lebih setahun merawat penyakit tersebut, mereka mendapati kuku yang tumbuh di seluruh liang roma ini berlaku susulan sel-sel kulit tumbuh sehingga 12 kali ganda daripada pertumbuhan kulit normal.

Seseorang yang menghidap penyakit ini akan mengalami keguguran bulu roma dan digantikan dengan pertumbuhan kuku-kuku kecil di seluruh badan termasuk pada bahagian kepala.

Pelbagai usaha mencari penawar penyakit ini telah dilakukan namun ia masih menemui jalan buntu.

Setelah bertungkus-lumus membuat kajian dan penyelidikan berkaitan penyakit yang dialami Shayna, doktor-doktor pakar hanya mengklasifikasikannya sebagai penyakit misteri kerana tiada penawar.

Setakat ini, rekod perubatan menunjukkan penyakit tersebut tidak pernah berlaku dimana-mana pun dan berkemungkinan hanya Shayna sahaja di dunia ini yang pernah mengalaminya.

Shanyna Isom

Kini Shayna banyak bergantung kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya untuk bergerak dan menguruskan diri.

Ada kalanya dia mampu untuk berjalan sendiri secara perlahan-lahan dengan bantuan tongkat, tetapi aktiviti itu tidak mampu dilakukan secara berterusan.

Penyakit seperti ini memerlukan kos perubatan yang amat tinggi. Insuran pula hanya menanggung lima daripada tujuh ubat yang diperlukan oleh gadis malang ini.

Secara tidak langsung, Shayna dan keluarganya mengalami masalah hutang yang tinggi apabila kos rawatan yang belum dibayar telah mencecah sehingga USD$250,000!

BACA INI JUGA: Wajah Bertukar Hodoh Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam

-SENTIASAPANAS.COM

5 Perbezaan Instagram Stories Dan Snapchat Stories

5 Perbezaan Instagram Stories Dan Snapchat Stories

Hanya sehari selepas dilancarkan awal bulan ini, ciri terbaharu Instagram yang dipanggil Instagram Stories sudah pun menerima pelbagai reaksi pengguna.

Instagram Stories vs Snapchat Stories

Paling menjadi tumpuan tentu sekali kerana persamaan yang dimiliki dengan satu lagi platform media sosial iaitu Snapchat.

Walaupun begitu, Snapchat dan Instagram Stories sebenarnya agak berbeza, walaupun mempunyai konsep yang serupa.

Mari kita lihat perbezaannya.

Screenshot

Snapchat membenarkan anda mengetahui siapa yang telah membuat screenshot pada video anda, tetapi tidak bagi Instagram Stories.

Block

Tidak mahu bekas teman lelaki atau teman wanita anda menonton atau melihat story anda? Di Instagram, anda boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian secara khusus. Snapchat tidak mempunyai ciri ini.

Views

Instagram-Stories

Snapchat hanya akan mendedahkan 100 penonton story anda, berbeza dengan Instagram yang akan menunjukkan senarai penuh.

Report

Tidak suka atau merasakan story yang dimuat naik rakan anda tidak sesuai? Di Instagram, anda boleh terus tekan butang report.

Lenses

Antara ciri paling menarik dalam Snapchat adalah 'Lenses' yang membolehkan kesan khas dan bunyi ditambah secara masa nyata. Namun di Instagram, ciri ini tidak disertakan.

BACA INI INI JUGA: 5 Kucing Paling Popular Di Instagram

Sumber: Astroawani

Friday, August 12, 2016

Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan!

Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan!

Mollie atau nama sebenarnya Mary J Fancher lahir di Massachuesetts, Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848, sebelum berpindah dan membesar di Brooklyn, New York.

Misteri, Mystery

Pada bulan Mei 1864, berlaku kemalangan apabila Mollie terjatuh dari kuda yang ditunggangnya. Kepalanya terhantuk pada batu dan tulang rusuknya patah.

Sepatutnya Mollie boleh sembuh sepenuhnya daripada insiden jatuh kuda itu. Malangnya, belum hilang trauma kemalangan pertama, sekali lagi isniden buruk menimpa pada tahun berikutnya.

Pada Jun 1865, ketika dalam perjalanan pulang setelah membeli kelengkapan perkahwinan, Mollie terlibat dalam kemalangan sekali lagi.

Bajunya tersangkut pada kereta kuda dan dia diseret diatas jalan. Akibatnya, Mollie pengsan dan tulang rusuknya patah lagi.

Kesan kemalangan kedua lebih teruk. Mollie tidak mampu bangun dan hanya terbaring diatas katil. Keadaan itu menyebabkan kekasihnya membatalkan perkahwinan mereka.

Misteri bermula

Selepas kemalangan kedua, beberapa perkara pelik mula berlaku. Paling pelik, Mollie tidak menjamah sebarang makanan tapi tubuhnya masih boleh bertahan.

Dikatakan, Mollie tidak menjamah sebarang makanan selama tujuh minggu. Doktor yang memeriksa keadaan Mollie turut merasa pelik.

Bagaimana tubuhnya masih mampu bertahan tanpa makanan dalam jangka masa yang agak lama?

Misteri keadaan Mollie mula diperkatakan antara tahun 1866 hingga 1875. Antara waktu itu, kebanyakan masa Mollie hanya berbaring dengan tangannya diletak diatas dahi, kakinya dibengkokkan dan matanya tertutup.

Yang peliknya, dalam keadaan begitu, Mollie masih mampu menulis sebanyak 6,500 surat, menjahit sulaman, menulis diari dan menghasilkan bunga lilin.

Jumlah itu terlalu banyak untuk seseorang yang terlantar dengan hanya sebelah tangan boleh digerakkan.

Misteri kuasa ghaib

Mystery, Misteri

Kisah Mollie bukannya popular kerana mampu hidup tanpa makanan dalam masa yang lama, namun kerana dia mendakwa mampu membaca sesuatu dari jauh, membaca minda orang lain dan meramalkan perkara yang akan berlaku,

Kebolehan Mollie menjadi bualan hangat dan dia dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Sekelip mata, kisah Mollie menjadi popular sehingga digelar sebagai 'Broklyn Enigma'.

Mollie disebut-sebut sebagai gadis yang mengalami kemalangan tragik, namun bertukar menjadi ajaib.

Walaupun hanya terlantar diatas katil, semua kebolehan luarbiasa Mollie bukannya sesuatu yang dimiliki sebelum dia ditimpa kemalangan.

Keadaan itu berterusan selama sembilan tahun sehinggalah pada suatu hari, Mollie tiba-tiba koma.

Apabila sedar, Mollie kelihatan terpinga-pinga melihat orang disekelilingnya. Memori Mollie setelah sedar dari koma sama seperti 10 tahun lalu!

Bila ditanya, Mollie langsung tidak ingat apa yang berlaku sepanjang 10 tahun itu, termasuklah tulisan dan barangan yang dihasilkannya.

The Third Eye

Kemudian, muncul pula kebolehan baru. Kadangkala tanpa sebab, tiba-tiba mata Mollie menjadi 'buta', kononnya ketika itu adalah waktu dia 'melihat' sesuatu dari jarak jauh.

Gambaran yang muncul dalam kepalanya adalah tentang kejadian sesuatu perkara yang akan berlaku ditempat lain. Dalam dunia mistik, kebolehan Mollie disebut sebagai The Third Eye (mata ketiga).

Mollie mampu 'mengembara' jauh beratus-ratus kilometer melalui mindanya dan kebanyakan apa yang diberitahu Mollie memang berlaku.

Mollie juga boleh membezakan warna dalam gelap, mampu menemui barang yang hilang, boleh menjangkakan petir yang akan melanda beberapa jam sebelum ia berlaku, mampu membaca buku dan surat tanpa melihatnya dengan hanya meraba jarinya diatas tulisan tersebut dan Mollie boleh tahu siapa yang datang sebelum pintu dibuka.

Kebolehan luarbiasa ini membuatkan Mollie bertambah popular.

Dia dikunjungi ramai pihak termasuklah doktor, saintis, penyair, penulis, termasuk paderi yang cuba mencari jawapan apa yang sebenarnya terjadi, namun gagal menghuraikan bagaimana Mollie mendapat kebolehan itu.

Kekeliruan identiti

Mollie Fancher - chicagotribune
Keratan akhbar.

Suatu hari pada tahun 1887, Mollie terjatuh dari katil dan kepalanya terhantuk.

Beberapa hari kemudian ketika rakannya datang berziarah, Mollie bertanya, "Awak siapa?" kepada rakannya tadi. Suaranya juga berubah.

Disini bermula pula cerita baru. Personaliti Mollie mula berubah-ubah. Doktor menyebutnya sebagai 'kekeliruan identiti'.

Sepanjang pemerhatian mereka merawat Mollie, ada lima personaliti berbeza dalam dirinya.

Watak pertama digelar sebagai 'Idol' yang bersifat agresif.

Watak kedua ialah 'Rosebud' yang sifatnya seperti kanak-kanak berusia enam tahun.

Kemudian watak ketiga, 'Pearl' yang digambarkan sebagai seorang wanita elegan yang suka menulis puisi.

Selepas itu watak keempat, 'Ruby', yang digambarkan seorang yang bersifat tomboi dan pemarah.

Dan watak terakhir, 'Sunbeam', yang dilihat lebih mendekati personaliti sebenar Mollie.

Kuasa Misteri Menghilang

Pada tahun 1890, tahap kesihatan Mollie semakin baik. Dia juga sudah mampu menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya, malah dia sudah boleh makan dan minum seperti orang normal.

Peliknya, apabila kesihatan Mollie semakin baik, kebolehan ajaibnya terutama dalam psikik kian menurun dan berkurangan.

Pun begitu, Mollie meneruskan hidup dengan dunianya sendiri. Pada 3 Februari 1916, Mollie menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Dan misteri yang hadir dalam hidup Mollie kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

-SENTIASAPANAS.COM

Ubat Hospital Yang Menyebabkan Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

Ubat Hospital Yang Menyebabkan Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

Terdapat pelbagai jenis ubat moden dan dadah yang mempengaruhi daya berahi dan seksual and dan berikut adalah senarai ubat yang boleh menyebabkan mati pucuk dan lemah tenaga batin.

Lemah+Tenaga+Batin
Gambar hiasan.

Senarai ini dikeluarkan oleh fakulti perubatan Harvard University.

*NOTA: Ubat yang berkaitan masalah Tekanan Darah Tinggi dan Kencing Manis adalah yang paling banyak kami terima panggilan telefon dari pesakit yang risau kerana lemah daya seksual apabila mengambilnya dalam tempoh lebih dari 3-minggu dan berterusan.

Adakah doktor anda memberitahu tentang kesan sampingan?

Ubat Anti-Kemurungan
  • Amitriptyline (Elavil)
  • Amoxapine (Asendin)
  • Buspirone (Buspar)
  • Chlordiazepoxide (Librium)
  • Chlorpromazine (Thorazine)
  • Clomipramine (Anafranil)
  • Clorazepate (Tranxene)
  • Desipramine (Norpramin)
  • Diazepam (Valium)
  • Doxepin (Sinequan)
  • Fluoxetine (Prozac)
  • Fluphenazine (Prolixin)
  • Imipramine (Tofranil)
  • Isocarboxazid (Marplan)
  • Lorazepam (Ativan)
  • Meprobamate (Equanil)
  • Mesoridazine (Serentil)
  • Nortriptyline (Pamelor)
  • Oxazepam (Serax)
  • Phenelzine (Nardil)
  • Phenytoin (Dilantin)
  • Sertraline (Zoloft)
  • Thioridazine (Mellaril)
  • Thiothixene (Navane)
  • Tranylcypromine (Parnate)
  • Trifluoperazine (Stelazine)

Ubat Alahan jenis Antihistamine
(termasuk ubat sakit ulu hati, lelah dan gatal-gatal)
  • Cimetidine (Tagamet)
  • Dimenhydrinate (Dramamine)
  • Diphenhydramine (Benadryl)
  • Hydroxyzine (Vistaril)
  • Meclizine (Antivert)
  • Nizatidine (Axid)
  • Promethazine (Phenergan)
  • Ranitidine (Zantac)

Ubat Tekanan Darah Tinggi dan Julap
  • Atenolol (Tenormin)
  • Bethanidine
  • Bumetanide (Bumex)
  • Captopril (Capoten)
  • Chlorothiazide (Diuril)
  • Chlorthalidone (Hygroton)
  • Clonidine (Catapres)
  • Enalapril (Vasotec)
  • Furosemide (Lasix)
  • Guanabenz (Wytensin)
  • Guanethidine (Ismelin)
  • Guanfacine (Tenex)
  • Haloperidol (Haldol)
  • Hydralazine (Apresoline)
  • Hydrochlorothiazide (Esidrix)
  • Labetalol (Normodyne)
  • Methyldopa (Aldomet)
  • Metoprolol (Lopressor)
  • Nifedipine (Adalat, Procardia)
  • Phenoxybenzamine (Dibenzyline)
  • Phentolamine (Regitine)
  • Prazosin (Minipress)
  • Propranolol (Inderal)
  • Reserpine (Serpasil)
  • Spironolactone (Aldactone)
  • Triamterene (Maxzide)
  • Verapamil (Calan)

Di antara ubat anti-tekanan darah tinggi, ubatan dari golongan Thiazides adalah penyebab lazim mati pucuk, dan diikuti oleh jenis Beta-blockers.

Ubatan jenis Alpha-blockers secara am tidak mendatangkan masalah mati pucuk.

Ubat Nyanyok @ Parkinson's Disease
  • Benztropine (Cogentin)
  • Biperiden (Akineton)
  • Bromocriptine (Parlodel)
  • Levodopa (Sinemet)
  • Procyclidine (Kemadrin)
  • Trihexyphenidyl (Artane)

Ubat Barah dan Hormon
  • Antiandrogens (Casodex, Flutamide, Nilutamide)
  • Busulfan (Myleran)
  • Cyclophosphamide (Cytoxan)
  • Ketoconazole
  • LHRH agonists (Lupron, Zoladex)

Lain-lain Ubat
  • Aminocaproic acid (Amicar)
  • Atropine
  • Clofibrate (Atromid-S)
  • Cyclobenzaprine (Flexeril)
  • Cyproterone
  • Digoxin (Lanoxin)
  • Disopyramide (Norpace)
  • Estrogen
  • Finasteride (Propecia, Proscar, Avodart)
  • Furazolidone (Furoxone)
  • H2 blockers (Tagamet, Zantac, Pepcid)
  • Indomethacin (Indocin)
  • Lipid-lowering agents
  • Licorice
  • Metoclopramide (Reglan)
  • NSAIDs (Ibuprofen, etc.)
  • Orphenadrine (Norflex)
  • Prochlorperazine (Compazine)
  • Pseudoephedrine (Sudafed)

Ubat Penahan Sakit
  • Codeine
  • Fentanyl (Innovar)
  • Hydromorphone (Dilaudid)
  • Meperidine (Demerol)
  • Methadone
  • Morphine
  • Oxycodone (Oxycontin, Percodan)

Dadah
  • Alcohol
  • Amphetamines
  • Barbiturates
  • Cocaine
  • Marijuana
  • Heroin
  • Nicotine

Rujukan:
  • McVary KT. Clinical practice: Erectile dysfunction. N Engl J Med. 2007;357:2472-2481.

BACA INI JUGA: ‘Hijrah Seks’ Untuk Kaya Di Gunung Kemukus, Jawa Tengah

Sumber: UZ