Friday, August 12, 2016

Benarkah Nabi Isa Berada Di Planet Jupiter?

Benarkah Nabi Isa Berada Di Planet Jupiter?

Senja sedang berlabuh, petang Jumaat itu, Nabi Isa a.s. sedang asyik menjamu 12 orang pengikutnya dari kaum Hawiriyin dalam sebuah rumah di Baitulmuqaddis.

Nabi Isa

Selesai makan, Nabi Isa a.s. membasuh tangan tetamunya seorang demi seorang, kemudian baginda mengesat dengan baju yang dipakainya.

Semua pengikutnya berasa amat hairan, mengapa baginda melayan mereka sampai begitu sekali?

Diluar, pemuda-pemuda Yahudi diketuai Jalut sedang mengepung rumah tersebut. Mereka mendapat tahu Nabi Isa a.s. berada di dalam rumah itu setelah rahsia tersebut dibocorkan oleh seorang pengikut baginda, Yudar Iskariot.

Nabi Isa a.s. berkata, "Sesungguhnya diantara kamu terdapat orang kafir dua belas kali sesudah dia beriman kepadaku.

"Siapakah antara kamu yang sedia dan sanggup diberikan persamaanku (diserupakan denganku) lalu dibunuh kerana menggantikan tempatku?

"Jika sanggup, orang ini kelak akan bersama-samaku dalam darjatku."

Berdirilah seorang lelaki paling muda diantara 12 orang pengikut Nabi Isa a.s. lantas menyahut cabaran itu.

"Kamu duduklah dulu." kata Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. mengulangi lagi kata-katanya tetapi pemuda yang bernama Syamun itu tetap dengan pendiriannya.

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan."Surah Ali Imran, ayat 55.

Segunung awan bergumpalan datang menghampiri rumah tempat Nabi Isa a.s. bersembunyi.

Awan itu perlahan-lahan menuju ke tepi jendela yang terbuka. Ia meresap sehingga ke dalam rumah lalu baginda naik ke atas awan dan duduk seperti di atas bahtera.

Perlahan-lahan awan tersebut naik ke awangan dan Nabi Isa a.s. menjatuhkan serbannya kepada pengikut kanannya Syamun.

Kejadian itu disaksikan semua pengikutnya. Mereka melihat sendiri bagaimana Nabi Isa a.s. diterbangkan keluar dari rumah tersebut lalu diangkat ke langit.

Apabila golongan Yahudi yang ingkar itu merempuh masuk, mereka terus menangkap Syamun yang telah diserupakan Allah seperti wajah Nabi Isa a.s.

Ketua Yahudi menyangka itulah Nabi Isa a.s. sebenarnya lantas pemuda itu disalib dan diletakkan duri di kepalanya.

Mereka menghina pemuda tersebut dengan mencurahkan sampah sarap, najis dan kotoran ke atas kepala pemuda yang disangka Nabi Isa a.s.

Ada riwayat mengatakan lelaki yang disalib itu bernama Sargius tetapi dirahsiakan oleh orang Nasrani sebab dia beriman.

Sebahagian lagi orang Nasrani mengatakan lelaki yang disalib itu bernama Yudar Iskariot, pengikut Nabi Isa a.s. yang membelot dan membocorkan rahsia tempat persembunyian Nabi Isa a.s.

Ada riwayat lain pula menceritakan ketika Jalut, ketua Yahudi hendak menangkap Nabi Isa a.s., semua 12 orang pengikut baginda berubah sekelip mata menyerupai wajah Nabi Isa a.s. dan mereka tidak dapat mengenali mana satukah Nabi Isa a.s. yang sebenarnya.

"Kamu telah menyihir kami. Isa mesti menampakkan dirinya," ugut ketua Yahudi itu.

Lalu Nabi Isa a.s. berkata, "Siapa diantara kamu yang bersedia menukarkan dirinya hari ini dengan syurga?"

Seorang lelaki keluar sambil berkata, "Saya Isa!" lalu ditangkap dan disalib pada kayu.

Saat itulah Nabi Isa a.s. diangkat ke langit ketika baginda berusia 34 tahun.

Sebilangan besar Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat, Nabi Isa a.s. diselamatkan oleh Allah daripada percubaan kaum Yahudi ketika hendak membunuh dan menyalib Nabi Isa a.s.

Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama sejak zaman sahabat lagi dan dituruti oleh tabiin.

Menurut ahli sunnah, pada suatu hari nanti sebelum terjadinya kiamat, Nabi Isa a.s. akan diturunkan ke bumi dan akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah dunia dengan adil.

Nabi Isa a.s. membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam serta hukum-hakam yang diabaikan.

Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa a.s. pada akhir zaman ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

Nabi SAW bersabda, "Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa bin Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu kekayaan melimpah-ruah sehingga tiada seorang pun mahu menerima sedekah."

Dari hadis ini dan beberapa hadis lain dengan tegas menyatakan, Nabi Isa a.s. akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat.

Namun, dimanakah turunnya Nabi Isa a.s. nanti?

Sesetengah riwayat menyatakan Nabi Isa a.s. akan muncul di Fajj al-Rauha iaitu sebuah perkampungan yang terletak diantara Mekah dan Madinah.

Ketika muncul Nabi Isa a.s. terus memakai pakaian ihram lalu menunaikan umrah dan haji.

Ada pendapat lain mengatakan Nabi Isa a.s. akan muncul di Masjid Umayad di Syria dan ada yang mengatakan Nabi Isa a.s. akan muncul di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Setelah memerintah selama 40 tahun di dunia, Nabi Isa a.s. wafat lalu jasad baginda disembahyang dan dikebumikan.

Al-qur'an ada menyebut sebanyak tiga kali tentang Nabi Isa a.s. diangkat dan kewafatan baginda iaitu dalam Surah Ali-Imran: 55 diatas.

"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah An-Nisa: 157-158

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu."
Surah Al-Maidah: 117.

Bagi umat Islam, ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa a.s. tidak mati dibunuh dan tidak disalib tetapi diangkat dan dimatikan.

Persoalannya, bagaimana Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi semula kelak?

Pelbagai ulasan, tafsiran ulama terhadap perkataan 'diangkat' dan 'wafat' seperti mana disebut di dalam Al-Qur'an.

Ada yang menyatakan maksud 'diangkat' ialah mengangkat jasad dan rohnya ke langit.

Ada juga menyatakan maksud 'angkat' ialah mengangkat pangkat dan kedudukan martabat baginda.

Perkataan wafat juga diselisihkan. Ada yang mentafsir sebagai mati, tidur atau sempurna tempoh tinggal di bumi atau di langit. Dalam bahasa arab, semua makna ini boleh dipakai.

Pendapat yang mengatakan Nabi Isa a.s. diturunkan semula ke bumi berbangkit pada tafsiran 'baginda diangkat ke langit dengan roh dan jasadnya.'

Penganut Kristian dan Islam percaya Nabi Isa a.s. belum wafat dan telah diangkat ke langit seperti mana firman Tuhan.

Tapi jangan terkejut, ada juga yang berpendapat frasa Nabi Isa a.s. diangkat ke 'langit' itu bermaksud planet.

Ini berdasarkan mimpi Nabi Yusuf melihat sebelas bulan (planet) mengelilingi matahari.

Ada tujuh planet yang letaknya diatas bumi iaitu Marikh, Jupiter, Saturanus, Uranus, Neptune, Pluto dan sebuah planet terakhir yang disebut Muntaha, langit ke tujuh tempat Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj.

Sekadar perkongsian, Planet Pluto bukan lagi dianggap sebagai sebuah planet dan artikel mengenainya boleh dibaca di sini, Akhirnya Planet Pluto Bukan Lagi Sebuah Planet!

Itulah yang dikatakan tujuh lapis langit bumi, manakala dua lagi planet berada di bawah bumi iaitu Venus dan Mercury, yang letaknya lebih hampir dengan matahari.

Ada yang berpendapat, Nabi Isa a.s. sekarang berada di planet Venus. Ada juga yang mengatakan berada di planet Jupiter. Mengapa Jupiter?

Ini kerana sesuai dengan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW yang bertemu dengan Nabi Isa a.s. dilangit kedua.

Planet Jupiter

Mengikut susunan 'langit' (planet), Jupiter terletak dilangit kedua selepas planet Marikh. Itu hanya pendapat dan andaian sahaja.

Umat Kristian juga percaya, Nabi Isa a.s. akan turun semula ke bumi pada akhir zaman dan inilah juga yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah, "Tidak ada seorang pun daripada ahli kitab kecuali beriman kepada (Isa) sebelum kematiannya."

Ayat ini ditafsir sesetengah ulama sebagai merujuk kepada 'sesudah turunnya Isa ke bumi di akhir zaman sebelum datangnya kiamat.

Namun, sebahagian ulama termasuk Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat dalil-dalil yang menyebut Nabi Isa a.s. diangkat ke langit belum cukup kuat dari banyak sudut yang boleh dipertikaikan.

Juga tiada bukti yang menunjukkan Nabi Isa a.s. masih hidup dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman.

Ayat-ayat yang membicarakan kewafatan Nabi Isa a.s. dan kemudian turun ke bumi tidak lebih adalah janji-janji Allah tentang 'menamatkan dajjal', 'mengangkat kedudukan serta martabat' dan 'menyelamatkan' baginda daripada ancaman kaum Yahudi yang merancang untuk membunuhnya.

Ada juga pihak yang tidak percaya langsung dengan pendapat yang mula-mula tadi.

Bagi mereka, pandangan tersebut tidak logik. Mana mungkin Nabi Isa a.s. masih hidup sejak 2,000 tahun dahulu!

Kalau hendak diturunkan seorang nabi penyelamat dunia sekalipun, lebih baik diturunkan Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Rasul dan para Nabi.

Pandangan itu, kata mereka, hanyalah rekaan golongan Yahudi demi menebus kesilapan mereka membunuh Nabi Isa a.s. bagi menunjukkan kononnya agama Yahudi yang diredhai Allah, bukan Islam.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 11, 2016

Harga Dan Spesifikasi OPPO F1s, Smartphone Untuk Pakar Selfie!

Harga Dan Spesifikasi OPPO F1s, Smartphone Untuk Pakar Selfie!

OPPO F1s merupakan telefon pakar selfie yang memiliki kamera selfie sehebat F1 Plus, dengan harga yang lebih rendah.

OPPO F1s - Selfie+Expert

Dari segi spesifikasi yang ditawarkan, OPPO F1s memiliki sistem kamera serta saiz paparan yang sama dengan Oppo F1 Plus, namun beberapa bahagian telah diturun taraf seperti prestasinya, memori dan resolusi skrin bagi merendahkan harganya.

Terdapat tiga model dalam keluarga Selfie Expert iaitu OPPO F1, OPPO F1 Plus, dan OPPO F1s.

Rekaannya juga hampir sama untuk kedua-dua model ini dengan skrin sebesar 5.5 inci dan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Gold, Rose Gold dan Gray.

Kamera Yang Hebat

Ia dilengkapi kamera selfie 16MP f/2.0, bersama aplikasi Beautify 4.0 memastikan tangkapan selfie sentiasa menawan dan boleh merakam video 1080p.

Kamera belakangnya pula 13MP f/2.2 disertakan LED Flash dan autofokus, sama seperti dua model terdahulu iaitu 13 MP dengan apertur seluas F2.0.

3 Slot Kad

Satu perkara yang menarik, OPPO F1s mempunyai tiga slot kad yang menyokong dua kad sim bersaiz nano, dan satu kad mikroSD. Tidak perlu bertukar kad sim dan kad mikroSD lagi.

Bateri

Baterinya lebih besar dan telah dipertingkat 3,075mAh tetapi tidak datang bersama pengecas pantas VOOC.

Memori

Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Mediatek 6750 8-teras, bersama 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Skrin

OPPO-F1s---Selfie+Expert-[2]

Skrin IPS pada F1s sebesar 5.5-inci, dengan resolusi HD 1280×720 sahaja. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan sisi melengkung 2.5D.

Pengimbas cap jari

Pengimbas cap jari pada OPPO F1s terletak di depan, turut bertindak sebagai butang Home. Pengimbas capjari ini boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi berbeza, apabila jari berlainan diimbas.

Harga OPPO F1s

OPPO F1s dijual di Malaysia pada harga RM1,198 dan boleh didapati dalam dua warna, Emas dan Emas Ros. Tempahan kini dibuka sehingga 19 Ogos, dan akan mula dihantar pada 20 Ogos.

Ia juga akan mula dijual di kedai dan pengedar sah OPPO pada 20 Ogos 2016.

Di Indonesia, yang telah menerima OPPO F1s lebih awal, harga runcit di sana adalah 3,799,000 juta rupiah Indonesia iaitu sekitar RM1,167.

Perbandingan antara Oppo F1s dan Oppo F1 Plus

Spesifikasi OPPO F1s

Tempahan Awal

Tempoh tempahan OPPO F1s adalah antara 8 hingga 19 Ogos ini. Berkunjunglah ke laman promosi tempahan OPPO F1s untuk maklumat lanjut.

BACA INI JUGA: Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Sumber: theskop/mesramobile

Abraj Kudai Hotel Terbesar Dunia Atasi 'First World Hotel' Di Malaysia!

Abraj Kudai Hotel Terbesar Dunia Atasi 'First World Hotel' Di Malaysia!

Hotel Abraj Kudai, yang kini dalam pembinaan berhampiran bandar suci Makkah, Arab Saudi akan memiliki 10,000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter akan menjadi yang terbesar di dunia.

Abraj Kudai

Pembinaan hotel itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan kos membinanya dikatakan mencecah hampir RM14 bilion.

Dibina di kawasan padang pasir seluas 4.5 juta meter persegi, Abraj Kudai akan mempunyai menara setinggi 45 tingkat.

Ia akan dibuka kepada orang awam bagaimanapun, lima tingkat akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi jika mereka mahu menginap di situ.

Abraj Kudai [2]

Di pekarangan hotel itu akan terdapat sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Di bawah kubah besar dua daripada menara itu akan menempatkan sebuah dewan dan pusat konvensyen.

Sepuluh daripada menara berkenaan akan menyediakan layanan empat bintang sementara dua lagi lima bintang, khusus untuk pelanggan eksklusif.

Ketika ini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik ialah First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 kamar, diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bilik.

First World Hotel
First World Hotel.

Abraj Kudai terletak hanya dua kilometer dari Makkah, bandar suci yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan ibarah umrah dan haji.

Selain bakal menjadi hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik, Abraj Kudai boleh berbangga kerana akan memiliki kubah terbesar di dunia.

Ia dijangka dibuka secara rasmi pada 2017, namun pembinaannya mungkin terjejas kerana masalah ekonomi yang dihadapi Arab Saudi ketika ini.

BACA INI JUGA: 10 Hotel Paling Mewah Di Dunia

Sumber: Hmetro

Wednesday, August 10, 2016

Rahsia Dan Kuasa Mistik 'Kain Cindai'

Rahsia Dan Kuasa Mistik 'Kain Cindai'

Asal nama Kain Cindai adalah Patola, namun dipanggil sebagai Kain Cindai oleh masyarakat Melayu terdahulu dan sudah wujud sekitar abad ke 15 lagi.

Kain Cindai

Ketika itu, Kain Cindai dianggap sebagai alat kebesaran oleh sultan, golongan pembesar dan pahlawan ketika zaman Kesultanan Melaka.

Oleh kerana dipakai oleh golongan tertentu, harga Kain Cindai agak mahal dan tidak mungkin mampu dibeli oleh rakyat biasa.

Sebenarnya, keunikan Kain Cindai terserlah melalui cara ia dibuat kerana pada zaman dahulu, kain ini hanya ditenun oleh lelaki sahaja.

Sejenis teknik yang dinamakan sebagai ikat ganda digunakan untuk menenun Kain Cindai.

Tekstil ini ditenun pada dua jenis daging kain yang berbeza, ditenun secara berpasangan, iaitu kain jantan berdaging halus dan kain betina berdaging kasar dan inilah keistimewaan yang tidak ada pada kain tenun lain di dunia.

Proses pembuatan Kain Cindai mengambil masa yang cukup lama dan proses mewarna kain (ikat celup) dianggarkan memakan masa 6 hingga 12 bulan.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status bangsawan dan hartawan.

Mengikut sejarah, Kain Cindai merupakan sejenis tenunan yang berasal dari Gujerat, India, dan di sana ia dipanggil dengan nama Kain Patola

Pada mulanya, ia merupakan sejenis barang dagangan yang dibawa oleh pedagang India Muslim ke Asia Tenggara sejak abad ke 14 hingga awal abad ke 19.

Selepas itu, berlaku pemindahan teknologi dimana tekstil yang didagangkan ini diperhalusi oleh orang Melayu agar lebih berkualiti dan tahan lama digunakan.

Difahamkan, masyarakat terdahulu telah melakukan inovasi dengan menggantikan penggunaan benang sutera kepada serat nenas.

Selain itu, penggunaan corak motif asal seperti geometri dan haiwan turut diubah dan dimasukkan unsur Melayu.

Sebagai contoh, penggunaan corak motif yang seringkali digunakan adalah pucuk rebung.

Kain Cindai turut dijadikan bengkong atau ikat pinggang oleh golongan bangsawan lelaki dan bagi wanita pula, Kain Cindai digunakan sebagai selendang dan penutup kepala.

Di India, ia dijadikan sari dan merupakan antara kain yang sangat kukuh dan tahan lasak.

Dipasaran dunia, Kain Cindai tradisional berusia ratusan tahun mampu mencecah harga ratusan ribu.

Ini kerana barang warisan ini selalunya dianggap mempunyai kuasa mistik hingga wujud istilah 'Kain Cindai Bunian' dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam versi kepercayaan masyarakat Melayu terdahulu yang mengaitkan Kain Cindai ini dengan ilmu kebal.

Namun, mengikut teori pakar, mungkin ianya disebabkan oleh proses tenun ikat ganda menjadikan daging kain rapat dan kukuh menjadikannya sukar ditembusi oleh objek tajam, dengan syarat ia hendaklah dililit beberapa lapisan.

Kuasa Mistik

Mongol warrior

Suatu ketika dulu, di kurun ke-13, tentera Mongolia pernah menggunakan sejenis kain yang diambil dari India sebagai alat pelindung senjata tajam.

Kain ini sengaja dibiarkan tidak bernama. Ini kerana, Gengis Khan percaya, tenteranya akan lebih bersemangat juang sekiranya mereka tidak tahu nama kain itu. Ia juga dapat menghilangkan rasa takut dan keyakinan mereka tentang kekuatan yang abadi.

Sepanjang kempen penaklukan Gengis Khan, tenteranya telah berjaya berperang dan menawan empayar seluas 33 juta kilometer bermula dari Poland hingga ke Korea di timur. Dari Siberia ke Teluk Oman di utara dan turun ke selatan hingga ke Vietnam.

Semuanya di takluk dengan penuh semangat keperwiraan tanpa sedikit gentar pun. Di sebalik kehebatan ini, tersimpul satu kepelikan tentang sejenis kain yang diberikan kepada mereka.

Mereka tidak tahu apakah nama kain itu. Apa yang mereka tahu, kain itu mampu menahan anak panah daripada menembusi tubuh malah ia juga dapat menghalang darah daripada terus mengalir akibat kecederaan parah di tetak musuh.

Bagaimanapun, kisah mengenai kain itu tidak pernah muncul dalam sejarah Mongol dan ia cuma sebahagian daripada cerita penglipur lara.

Bagi ahli sejarah, kisah itu lebih menggambarkan tentang teknologi baju perang di mana ia begitu popular dalam empayar Jin yang diterajui oleh Maharaja Xuanzong atau nama sebenarnya Wanyan Xun.

Lebih kukuh lagi, tidak pernah ada satu catatan pun mengenai kain tersebut pernah ditemui oleh mana-mana ahli sejarah yang mengkaji tentang dinasti ini.

Namun, sekali imbas, apakah kehidupan gasar masyarakat nomad mempunyai teknologi seperti baju perang? Dan bagaimana pula mereka berperang? Apa pula kaitan kejayaan Gengis Khan dengan kain yang di panggil sebagai Patola oleh orang-orang Gujerat ini?

Kewujudan mengenai kain ini mungkin dapat diperjelaskan jika kita dapat membongkar kemunculan sebuah bandar bernama Patola di Helsinki, Finland.

Apakah benar sewaktu tentera Batu (cucu Gengis Khan) meninggalkan Golden Horde, Rusia, mereka telah meninggalkan selembar kain Patola kepada seorang pembesar di Bulgaria yang kemudiannya membawanya ke Estonia lalu menyimpannya di Helsinki?

Kisah Tuah Dan Jebat

Pertarungan Tuah dan Jebat

Mengenai kekebalan Cindai juga wujud dalam Hikayat Hang Tuah, halaman 392. Di ceritakan, Hang Jebat membalut luka tikaman Hang Tuah dengan kain Cindai sebelum dia mengamuk selama tujuh hari.

Kemudian selepas Jebat membuka balutan itu, dia akhirnya meninggal dunia.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

-SENTIASAPANAS.COM

Haruman Dari Kubur Syuhada Palestin

Haruman Dari Kubur Syuhada Palestin

Pada penghujung tahun 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel.

Wajah Orang Mati Syahid
Salah satu wajah pejuang Palestin yang terkorban.

Selepas 100 hari kematiannya, pada 18 Februari 2002, ahli keluarga dan orang ramai menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk dibaiki.

Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu adalah abang Muhammad Raihan, iaitu Jaafar.

Sebaik sahaja membuka kubur Muhammad, Jaafar dan semua yang hadir dikawasan perkuburan terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan.

Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Baunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih sempurna. Malah tubuhnya masih hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sedang tidur dengan nyenyaknya.

Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dibalut kain kapan.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu mereka, "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian yang sangat luar biasa itu."

Mereka turut menyaksikan janggut di wajah Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu.

Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji kebesaran Ilahi.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." Al-Qur'an Surah Ali Imran: 169-171

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kehebatan Briged Al-Qassam Menentang Pengganas Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Anak Perjelas Umur Isteri Rashid Hussain Bukan 19 Tahun Tapi Lewat 40an!

Anak Perjelas Umur Isteri Rashid Hussain Bukan 19 Tahun Tapi Lewat 40an!

Berikutan heboh dan gempar sangat bila disebarkan gambar pengasas RHB berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, akhirnya anak tampil memberikan penjelasan sebenar.

Tan Sri Rashid Hussain

Hairan sangat dengan Malaysia ni berikutan gambar-gambar perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini telah tersebar di laman sosial, mendakwa isteri yang dinikahinya berumur 19 tahun.

Sejak timbulnya dakwaan itu, satu penjelasan telah dibuat, menyatakan bahawa isteri usahawan berusia 70 tahun itu, Puan Sri Yang Amylia Hani, sebenarnya telah berusia lewat 40-an.

Penjelasan dibuat oleh anak perempuannya yang berusia 19 tahun di Twitter, menyatakan bahawa umur ibunya, Yang Amylia sudah menjangkau lewat 40-an, memegang ijazah undang-undang dan mempunyai lesen pengajar kecergasan. Korang ada?

Tan Sri Rashid Hussain [2]
Tan Sri Rashid Hussain [3]
Tan Sri Rashid Hussain [4]
Tan Sri Rashid Hussain [5]
Tan Sri Rashid Hussain [6]
Tan Sri Rashid Hussain [7]

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya padahal mereka berkahwin kerana cinta.

Nak dia kata jangan sebar fitnah, takut ada pulak yang melenting kan. Bijak..

Tan Sri Rashid Hussain [8]

Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, janji bukan seperti yang diviralkan!

Harap menjawablah persoalan yang bermain di fikiran tukang sebar tu ye..

Orang nak kahwin gadis umur 19 tahun pun salah ke? Berdosa ke? Masuk neraka ke? Itu dia punya suka la. Kalau memang mampu dan tidak dipaksa. Adoooi malaysia tanahairku...

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Video Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Olimpik Rio 2016

Video Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Olimpik Rio 2016

Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong merangkul pingat pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 apabila menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak, manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Gandingan ini juga meraih pingat pada Kejohanan Siri Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix Asia.

Pandelela Rinong merupakan pemenang pingat gangsa acara 10 meter platform individu Sukan Olimpik London 2012.

Perak di Rio lebih bermakna - Pandelela

Terjunan Perak Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong [2]

Pandelela Rinong menyifatkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 lebih bermakna berbanding gangsa yang diraihnya di Olimpik London 2012.

"Saya sangat gembira memenangi pingat Olimpik kedua terutama sekali pingat perak bersama pasangan saya (Cheong Jun Hoong).

"Sudah tentu ia lebih bermakna berbanding London kerana saya dapat memperbaiki pencapaian dan menukar warnanya," kata penerjun kelahiran Sarawak itu.

Tahniah kami ucapkan!

Tonton video aksi hebat Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dibawah.

Muat turun video terus ke smartphone anda (Mediafire).

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia



Sumber: BERNAMA/BH

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mayan, Zoroastrianism, Hindu Dan Buddha

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mayan, Zoroastrianism, Hindu Dan Buddha

Bagi masyarakat Mayan, neraka disebut Xibalba, yang mempunyai sembilan tingkat dan syaitan Vucub Caquix serta Hun Came menjadi kepalanya.

Xibalba
Gambar hiasan.

Jalan masuk dan keluar dari Xibalba sangat curam, berduri serta menggerunkan.

Metnal, neraka terbawah dan menyediakan seksaan paling mengerikan, diperintah oleh Ah Puch (Tuhan Kematian).

Zoroastrianism

Zoroastrianism
Gambar hiasan.

Bagi masyarakat Zoroastrianism, Kitab Zoroaster menggambarkan neraka sebagai tempat pembinasaan, penyeksaan di dalam cairan logam dan hukuman yang kekal selama-lamanya.

Penghuninya adalah manusia yang mempunyai jiwa yang hina dan di dalam neraka, mereka dipaksa memakan benda-benda busuk.

Jika tidak mahu makan, benda-benda kotor akan disumbat ke dalam mulut, mata dan hidung mereka.

Selain biji mata dicungkil, organ seks dan payudara penghuni neraka ini juga akan dipotong.

Tiada belas kasihan terhadap mereka sehinggalah ketibaan sang penyelamat pada 3,000 tahun berikutnya iaitu Ahura Mazda, yang akan mendamaikan dunia, memusnahkan syaitan serta memurnikan jiwa yang kotor.

Hindu Dan Buddha

Dharma
Gambar hiasan.

Bagi penganut agama Hindu dan Buddha, mereka percaya ada lapan tingkat neraka panas dan lapan tingkat neraka sejuk dan neraka ialah tempat seksaan sementara untuk roh manusia.

Di dalamnya, manusia akan menjalani hukuman seperti dicelup ke dalam air yang mendidih dan dibakar.

Setelah selesai menjalani seksaan, penghuni neraka akan dilahirkan semula mengikut pertimbangan Karma.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang?

Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang?

Perkara biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang.

Hutang

Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.

Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung.

Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;

“Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’.

Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

Aku pun bertanya, ‘ Wahai Rasulullah, engkau kata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]

Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat 1 pahala sedekah setiap hari, insyaAllah.

Apabila telah sampai tempoh 2 bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, insyaAllah.

Tapi apa nilainya 1 pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya 1 pahala sedekah itu.

“Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api” [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]

“Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]

“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]

Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani.

Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.

Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1?

Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah.

Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;

“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya” [HR Muslim 7512].

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: 3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

sumber: mynewshub

Tuesday, August 09, 2016

Paul Pogba Sah Milik Manchester United, Rekod Baru Termahal Dunia!

Paul Pogba Sah Milik Manchester United, Rekod Baru Termahal Dunia!

Manchester United mengumumkan telah memeterai perjanjian membawa masuk Paul Pogba dari Juventus dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £90 juta (RM471.9 juta).

Paul Pogba

Pemain tengah Perancis itu bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk kembali ke Old Trafford, dengan pilihan untuk menyambung setahun lagi, selepas empat tahun meninggalkan England untuk ke Turin.

"Saya gembira dapat menyertai semula United. Ia sebuah kelab yang sentiasa mempunyai keistimewaan dalam hati saya, dan saya tidak sabar untuk bekerja di bawah Jose Mourinho.

"Saya menikmati musim saya di Juventus dan mempunyai kenangan indah di sebuah kelab hebat dengan pemain yang boleh saya anggap sebagai kawan. Saya rasa ia waktu tepat untuk kembali ke Old Trafford.

"Saya sentiasa gembira untuk beraksi di depan peminatnya dan sudah tidak sabar untuk memberi sumbangan kepada pasukan. Ini sebuah kelab yang tepat untuk saya mencapai segala-galanya," ujar Pogba.

Pogba merupakan pemain keempat yang diikat Jose Mourinho, selepas kehadiran Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Mourinho berkata, Pogba merupakan antara pemain terbaik di dunia dan bakal menjadi nadi buat United. Saya mahu membina sebuah pasukan untuk masa depan.

"Dia pantas, tegap, menjaringkan banyak gol dan membaca permainan lebih baik daripada pemain seusianya.

Pada usia 23 tahun, dia memiliki peluang untuk mengukuhkan posisinya dalam tempoh yang lama.

"Dia pemain muda dan akan terus meningkat; dia berpeluang untuk menjadi nadi buat pasukan ini untuk dekad seterusnya dan lebih lama lagi," ulasnya.

Pogba telah membuktikan keupayaannya ketika membantu Juventus dengan memenangi empat kejuaraan Serie A, dua gelaran Coppa Italia.

'Saya mempunyai beberapa tahun terbaik lagi' - Rooney

Wayne Rooney

Sementara itu, Kapten Manchester United, Wayne Rooney, bertegas dia belum menghampiri penghujung tempoh bermainnya menjelang musimnya yang ke-15 sebagai seorang pemain profesional.

Penyerang England berusia 30 tahun itu berdepan bekas kelabnya, Everton, dalam perlawanan penghargaan buatnya pada Rabu, tapi dia menyasarkan beberapa musim mendatang yang sarat dengan trofi berbanding menimbangkan persaraan.

Walaupun kejayaan memenangi Piala FA musim lalu adalah trofi pertama United sejak Alex Ferguson meninggalkan kelab itu pada 2013, Rooney berkata kemungkinan untuk terus meraih kegemilangan membuatnya mahu terus beraksi.

“Apabila anda bermain sebagai seorang kanak-kanak, anda tidak pun memikirkan kejayaan, sebaliknya anda hanya mahu bermain.

"Ia hanya apabila anda mula bermain secara profesional, anda mula sedar sasaran dan cita-cita anda – dan ia harus untuk memenangi trofi-trofi," ujarnya.

Tambah Rooney, dia telah melakukannya bersama Manchester United tapi mahu menang lebih daripada itu.

"Saya masih mempunyai beberapa tahun untuk beraksi. Harap-harap saya masih mampu melakukan itu dan masih berada di sini selepas 20 musim, bercakap mengenai lebih banyak trofi yang kami telah menangi.

“Masa berlalu dengan pantas. Saya menikmatinya, detik-detik gembira mahupun duka, jadi diharapkan musim ke-15 akan memberikan kejayaan.

Menurutnya, bola sepak kini sudah berubah, dan pemain harus menjaga diri sendiri dan memastikan diri cergas untuk bermain.

"Saya mahu terus melakukan itu dan terus beraksi," ujarnya.

BACA INI JUGA: Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Sumber: Astroawani