Tuesday, August 09, 2016

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety dalam membantu memudahkan golongan ibu bapa. Aplikasi ini membenarkan ibu atau bapa mengawal telefon mudah alih atau gajet anak dan ahli keluarga lain (menawarkan sehingga tujuh ahli keluarga) melalui telefon mereka sendiri.

Aplikasi Digi Family Safety

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

1. Family Location

Family Location

Mengenal pasti lokasi ahli keluarga.

2. Geo-fencing

Geo-fencing

Anda boleh tetapkan radius lokasi atau zon keselamatan buat ahli keluarga. Sekiranya mereka keluar daripada lokasi yang ditetapkan, satu notifikasi akan diberi. Notifikasi yang sama akan anda dapat sekiranya ahli keluarga kembali ke radius yang ditetapkan.

3. Check–ins

Check–ins

Untuk memberitahu ahli keluarga di mana anda berada.

4. Panic Alert

Panic Alert

Memudahkan penghantaran isyarat kecemasan dengan lokasi kepada semua telefon ahli keluarga.

5. Parental Control

Parental Control

Kawalan ketat ke atas penggunaan telefon oleh ahli keluarga. Anda boleh tetapkan masa dan hari penggunaan telefon Dapat mengawal muat turun aplikasi serta penggunaan aplikasi tersebut.

6. Phone security

Phone security

Membenarkan anda mencari telefon, membuat panggilan, mengunci telefon atau membuka telefon serta memadam data ahli keluarga sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. Semua ini boleh dibuat dari telefon anda ke telefon mereka.

7. Uninstall

Uninstall

Bagaimana jika anak atau ahli keluarga ingin membuang aplikasi ini dari telefon mereka? Setiap perubahan yang mahu dilakukan ke atas aplikasi tersebut memerlukan kata kunci (Family Code).

Kata kunci ini akan ditetapkan oleh pemegang akaun utama iaitu ibu atau bapa. Jadi hanya dengan kata kunci, anak atau ahli keluarga lain boleh menutup fungsi yang ada pada aplikasi ini.

Muat Turun

Aplikasi Digi Family Safety kini boleh dimuat turun di Google Play Store.

Aplikasi ini datang dengan dua pilihan:
  • Freemium, percuma sehingga 2 orang ahli keluarga
  • Premium untuk pelanggan Digi dengan bayaran RM5 sebulan

Selain ciri-ciri asas, pelanggan yang melanggan Premium juga akan dapat menikmati kesemua ciri Parental Control, dan boleh menjemput sehingga tujuh ahli keluarga dengan dan menetapkan sehingga 20 kawasan keselamatan.

Buat masa ini, pelan premium adalah percuma untuk 30 hari pertama untuk pelanggan Digi.

Versi iOS boleh dimuat turun bermula Ogos.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Ibu Bapa Wajib Ajar Kepada Setiap Anak Lelaki

Sumber: Astroawani

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Sindiran Lin Dan Untuk Lee Chong Wei

Lee Chong Wei yang menjadi sandaran pingat emas Olimpik negara, tidak terganggu dengan perang psikologi seteru utamanya, Lin Dan atau pemain badminton lain dari China, dalam usahanya memburu emas Sukan Olimpik Rio sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Lee Chong Wei

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata Chong Wei tidak kisah dengan permainan minda oleh Lin Dan yang berkata dia akan turut mengambil bahagian sekiranya Chong Wei beraksi dalam Olimpik Tokyo 2020.

“Permainan minda seperti ini tidak akan menjejaskan Chong Wei disebabkan beliau sudah sekian lama menceburi sukan ini dan sangat arif dengan gaya serta taktik pemain China ketika tekanan semakin meningkat sebelum acara badminton bermula,” katanya.

Beliau yakin Chong Wei kini bukan lagi pemain seperti dahulu susulan hukuman penggantungan lapan bulan terhadapnya tahun lepas berikutan isu doping dan telah mengharung begitu banyak cabaran untuk berada pada kedudukannya sekarang.

Selepas bertahun-tahun melatih pemain nombor satu dunia itu sejak 2002, beliau percaya Chong Wei boleh menangani tekanan dan tuntutan dalam penampilan keempatnya, sekalipun tidak memenangi pingat emas yang sangat didambakan itu.

“Semangat beliau tinggi dan tahap keyakinan juga baik. Rahsianya adalah bagaimana menangani tekanan pada hari perlawanan. Ia detik penentuan dalam memastikan siapa yang dapat membawa pulang emas,” katanya.

Chong Wei berkemungkinan menentang Lin Dan dalam saingan separuh akhir dan berkemungkinan berdepan Chen Long di peringkat akhir. Beliau kalah dua kali kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun, Seu Bock berkata tiada senjata rahsia Chong Wei kali ini oleh kerana kesemua pemain yang layak ke Olimpik sudah maklum benar dengan corak permainan masing-masing disebabkan mereka sama-sama beraksi dalam banyak kejohanan selama bertahun-tahun.

Berdasarkan pemerhatian terhadap anak didiknya itu, beliau berkata Chong Wei kini lebih bersedia berbanding cabaran Olimpiknya sebelum ini dan semakin matang untuk menghadapi cabaran itu.

Mengenai persediaannya di sini, jurulatih itu berkata kedatangan awal pemain badminton ke Rio memberi banyak kebaikan kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue kejohanan.

Chong Wei akan memulakan saingan dalam Kumpulan A pada Khamis dengan menentang Soren Opti dari Surinam dan Derek Wong dari Singapura pada Ahad.

BACA INI JUGA: Kontroversi Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Sumber: BERNAMA

Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?

Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?

Seorang wanita dari Wirral, United Kingdom percaya gambar selfie dengan tiga anaknya di sebuah panggung wayang baru-baru ini telah ‘diganggu’ dengan kehadiran hantu.

Emma Johnson

Menurut Emma Johnson; 35, foto itu diambilnya bersama tiga anaknya, Ava; 8, George; 6, dan Harper, tujuh bulan, ketika menonton wayang filem Finding Dory.


“Saya ambil gambar selfie sebab ini merupakan kali pertama Harper mengikut kami ke panggung, tapi sebelum tangkap gambar, saya nak pastikan tiada orang terselit masuk sekali dalam frame gambar itu.

“Saya terserempak dengan kawan yang duduk di barisan belakang dan dia menyakinkan saya tiada orang yang duduk di baris belakang-belakang kami.

“Bila sampai rumah, baru saya periksa kembali foto tersebut dan nampak kelibat budak perempuan dengan patung beruang dalam gambar tu. Saya rasa tak masuk akal ia merupakan gambar hantu sebab mana mungkin ada hantu patung beruang.

“Tapi ahli keluarga saya skeptikal dengan perkara itu dan ia membuatkan saya lebih berminat untuk mencungkil mengenai hal ini.

“Sampai sekarang saya tak beritahu anak-anak dan bila mereka tengok foto itu, saya tipu cakap itu adalah gimik iklan filem Ghostbusters namun anak sulung saya tak tertipu dengan helah saya dan dia sudah mula ketakutan,” kata Emma.

Sejurus itu, Emma terus memuat naik gambar itu di laman sosial namun ramai yang tidak percayakannya malah ada pihak mendakwa dia sengaja mengedit foto tersebut.

“Sebaik saya kongsikan gambar itu, ramai tuduh cakap saya Photoshop, tapi saya ni satu apa tak tahu mengenai hal edit mengedit gambar.

“Saya hanya nak kongsikan sebab mungkin itu gambar hantu betul, sebab panggung wayang yang kami kunjungi itu dekat dengan laut, mungkin sebelum ini ada kisah seorang budak perempuan yang mati lemas dan rohnya mungkin berkeliaran, namun tiada siapa yang mengesahkan ada hal sedemikian pernah berlaku,” ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap sinema itu pula berkata, setakat ditubuhkan, mereka tidak pernah lagi mengalami insiden mistik namun tidak memandang ringan dakwaan Emma dan akan meminta staf untuk ‘memantau’ sekiranya terdapat mana-mana ‘hantu’ yang berkeliaran di situ selepas ini.

BACA INI JUGA: Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Emma Johnson [2]

Sumber: Mynewshub.cc

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Pokemon Go ialah sejenis permainan baru yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia dan baru dilancarkan di Malaysia beberapa hari yang lepas. Isu Pokemon Go rancak dibahaskan di kalangan kita hanya disebabkan satu insiden.

Pokemon+Go+Weird

Insiden tersebut membuatkan dari yang tidak tahu kepada tahu. Dari yang tidak minat kepada cuba minat.

Insiden itu ialah tindakan beberapa pihak termasuklah mufti yang telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan 'masa depan' Pokemon Go di Malaysia.

Susulan dari perjumpaan tersebut, disebarkan hasil pertemuan dengan media melaporkan secara berleluasa bahawanya Mufti Wilayah mengharamkan Pokemon Go, mufti pertama yang meletakkan fatwa tentang Pokemon Go. Kononnya.

Disebabkan itu;

Mereka yang tak pernah minat nak download game Pokemon Go, download semata-mata nak sindir keputusan mufti.

Ada yang dengan galaknya memaki hamun mufti.

Dikatakan ada yang serang peribadi mufti.

Ada satu posting screenshot dari pembangkang tegar yang tersebar secara meluas kerana memaki hamun Mufti Wilayah.

Tindakan dia, didorong oleh laporan yang salah. Tetapi bukan hanya dia, ramai juga membaca laporan berita yang sama, cuma kepelbagaian reaksi itu wujud disebabkan kepelbagaian sikap dan level of kesabaran.

Review Pokemon Go.

1. First time main game neh. Aku pun tak faham sebenarnya apa yang addictted gila.

2. Selepas bermain dan berjaya tangkap 2 Pokemon yang ada dalam rumah, masih tak rasa macam nak addictted pun. Maybe masih baru atau boleh jadi minat belum ada.

3. Ya juga tak tau nak main. Bila tanya pada kengkawan, rupanya kena cari Pokemon kat luar. Aku macam 'WHAT'? Tak penat ke? Patutlah kena on GPS. Aku sebetulnya suka game relax-relax macam tanam-tanam ke, kuiz-kuiz ke, sodoku ke layan juga janji simple-simple.

4. Setelah memahami cara permainan ini, baru la aku faham serba sedikit kenapa dibincangkan tentang permainan Pokemon Go.

5. Ini kerana terdapat pemain-pemain yang hampir merosakkan diri sendiri dan orang lain disebabkan Pokemon Go. (rujuk sini).

6. Dalam link berita yang dirujuk aku itu, seorang peniaga telah ditahan polis kerana sambil memandu sambil bermain Pokemon Go. What the hell la kau neh. Game aje pon. Perlu ke bahayakan diri. Kalau diri sendiri mampos takpe juga. Buatnya terlanggar orang lain, macam mana? BODOH NAK MAMPOS.

7. Dalam insiden yang berbeza pula, (rujuk sini) pemain Pokemon Go turut menyebabkan ketakutan pada orang lain apabila tiba-tiba muncul dan berlegar-legar kat rumah orang semata-mata nak tangkap Pokemon Go. Aiyooo..

8. Nampak sangat di kalangan kita, taksub gamers memang taksub tak tentu arah.

9. Jadi, tidak menjadi aneh kenapa ianya dibincangkan oleh sesetengah pihak secara berleluasa, bagi menanggani sikap gamers yang taksub.

10. Pendapat Mufti Wilayah secara mudahnya dibaca begini. Game itu haram pada yang merosakkan diri. Kalau korang rasa diri korang terjejas, merosakkan diri sendiri dan orang lain, lalai dan sewaktu dengannya, maka haramlah kau bermain game tersebut. Sebab kau taksub, bodoh, gile dan bengap.

11. Dan ya, aku setuju dengan pendapat Mufti Wilayah. Bukan haramkan game tapi pengharaman (actually tak haram pun just gunakan perkataan mudarat) ke atas individu disebabkan masalah sikap dan penerimaan.

Selain itu sikap individu yang taksub, game Pokemon Go turut menjadi highlight disebabkan ada orang masuk masjid semata-mata nak tangkap Pokemon. Bukan masjid je, kuil, tokong, gereja pun ada.

Di Singapura, badan agama di sana menasihatkan orang awam yang nak masuk masjid untuk tangkap Pokemon mestilah;

i. Tidak boleh berbuat bising.

ii. Jangan kotorkan masjid.

iii. Jangan lupa solat (jika belum/bagi muslim).

iv. Sila tinggalkan masjid dalam keadaan aman selepas menangkap Pokemon.

Pendekatan tidak menghukum dan lembut ini disambut baik oleh penggemar-penggemar game Pokemon Go. Bahkan jadi perbandingan dengan institusi keagamaan di Malaysia.

Malangnya, kenapa orang kita menyindir institusi keagamaan, fatwa dan mufti disebabkan penegasan dan pendapat mereka dalam soal Pokemon Go? Boleh ke syurga ke dengan Pokemon Go? Boleh tolong bayar GST ke?

Hehe.

Jangan begitu mudah meletakkan kesalahan pada orang awam. Ini kerana apa yang terjadi pada hari ini adalah apa yang institusi keagamaan usahakan sendiri. Bagaimana pokok, begitulah tuannya.

Pokok yang berbuah lebat, sudah tentu dijaga elok oleh tuannya.

Pokok yang rosak dan mati tanpa hasil, sudah tentulah juga disebabkan kegagalan tuannya.

Masyarakat pada hari ini tipikal dan negatif pada institusi keagamaan adalah disebabkan mereka-mereka yang berauthoriti selama ini seringkali melakukan amalan double standard ketika menghukum.

Umum tahu game Pokemon Go melibatkan satu permainan yang dimainkan oleh rakyat jelata. Dan badan keagamaan begitu laju dalam memutuskan hukum tentangnya.

Umum juga tahu bahawa Najib terpalit kontroversi 1MDB dan terkini isu tuntutan harta dek saman DOJ (dan pelbagai lagi skandal, permasalahan lainnya) tetapi umum tidak melihat pula badan keagamaan laju-laju mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kemaslahatan rakyat disitu.

Kenapa? Amalan double standard ini menyakiti rakyat hingga ke akar hati mereka. Terlalu sakit. Mereka jadi marah, memberontak dan melawan.

Jadi mereka tak fikir mereka patut bersikap rasional melalui kata-kata dan tindakan terhadap pihak-pihak tertentu yang mempergunakan agama bagi memperkukuhkan kuasa pemimpin yang bermasalah (yakni, isu ini lebih besar dan mendatangkan kemudaratan yang teruk ke atas masyarakat) dan menghukum rakyat yang mendatangkan mudarat disebabkan permainan.

Bukan. Bukan fatwa yang laju-laju diminta rakyat. Bukan fatwa yang rakyat mahu badan keagamaan keluarkan. Kerana kita tahu dalam Islam, amalan seperti rasuah, merompak, pemimpin zalim, tidak amanah, cuai hukuman telah tersedia ada.

Tetapi, kita minta sebagai badan keagamaan, sila tunjukkan perlawanan yang tegas dengan menolak kemungkaran secara nyata lagi terbuka terhadap pihak-pihak tertentu yang menyeleweng dari tugas pemimpin.

Jangan nampak rakyat buat salah kau tegur laju-laju.

Bila pemimpin buat salah kau arr errr arrhh errhhh oorrrkk.. macam tercekik tulang, berkira-kira, playsafe dan sebagainya.

Kata kau sayangkan agama kau.
Kata kau takutkan Tuhan kau.
Kata kau follow Islam dalam denyutan nadi dan darah.

Tapi kenapa tindakan tak selari dengan kata-kata?

Itu yang orang marah.

Aku simpulkan disini ialah, aku memahami kenapa orang kita persoalkan hukum tentang permainan Pokemon Go dan aku tak nafikan juga ketagihan pada Pokemon Go merupakan ancaman.

Ia membabitkan tentang masalah keselamatan bila gamers asyik sangat. Sambil memandu pun main game. Gilew.

Tetapi, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas rakyat. Kesalahan terletak di atas badan keagamaan di negara kita.

Kegagalan mereka memainkan peranan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang terserlah dilarang oleh Islam seperti riba, rasuah, pecah amanah, seleweng dan sebagainya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.

Masyarakat kelas atasan yang tidak tahu erti kesusahan mungkin berbeza cara mereka berfikir dengan masyarakat yang ditindas oleh sistem kelas dan karenah biokrasi.

Itu tak masuk lagi jika wujudnya campurtangan politik dan kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan sesuatu kelas masyarakat (kasta alaf baru).

Sebab itu ada baiknya badan keagamaan cermin kelemahan diri sendiri.

Kerosakan apa yang korang dah bawa kepada masyarakat kita sehinggakan masyarakat kita menjadi sebegini rebel hanya disebabkan Pokemon Go?

Artikel yang cukup menarik ini kami petik dari blog amenoworld.

BACA INI JUGA: Nick Johnson Pemain Pertama Berjaya Menangkap Semua Watak Pokemon Go!

Panduan Permohonan Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016/2017

Panduan Permohonan Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016/2017

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline e-Rayuan di http://upu.mohe.gov.my.

Rayuan UPUOnline e-Rayuan Sesi Akademik 2016 2017

UPUOnline e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 8 Ogos, 12 tengah hari sehingga 12 Ogos, 11.59 malam.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di Universiti Awam dan tawaran adalah muktamad.

Jika tiada sebarang jawapan diterima daripada Universiti Awam sehingga 13 September 2016, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Universiti Awam bagi program ijazah pertama untuk lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan sebanyak dua kali iaitu pada 25 Ogos dan 13 Sept.

Tarikh pendaftaran untuk pelajar baharu di Universiti adalah pada 28 Ogos hingga 4 Sept mengikut UA masing-masing.

Semakan status permohonan kemasukan ke universiti awam online dan SMS

Status permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 sudah boleh disemak bermula 8/8/2016.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di;
  • Laman web, http://upu.mohe.gov.my atau
  • Di talian 03-8870 6767 atau 
  • Melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (NOMBOR KAD PENGENALAN) dan hantar ke 15888

Pihak Universiti akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 9 Ogos 2016 dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju menerima tawaran oleh pihak universiti dalam tempoh 10 hari iaitu sebelum 22 Ogos.

BACA INI JUGA: Pilih Universiti Atau Matrikulasi, Keputusan Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki

Panduan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Syahwat Lelaki

Di kalangan masyarakat Melayu Lama, kaum lelaki diajar supaya mengamalkan beberapa latihan jasmani untuk melaraskan tulang dan urat. Antaranya ialah Senaman Harimau - ianya sangat baik terutamanya untuk kesihatan anggota syahwat lelaki.

Senaman+Harimau

Video di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada gerakan dalam senaman klasik ini.

Disiplin Senaman Harimau

Harimau adalah sejenis binatang gagah yang dianggap sebagai raja rimba oleh masyarakat Melayu terdahulu. Salah satu cabang senaman tenaga batin dipanggil Senaman Harimau.

Nama bagi senaman ini telah dikenali oleh masyarakat di negeri-negeri selatan Tanah Melayu. Kemungkinan besar bahawa nama ini diberi kepada gerakan senaman kerana ia berasal dari penelitian kepada gerak harimau yang agak kasar dan bertenaga lalu ianya diubahsuai mengikut daya gerak manusia lantas dijadikan senaman tenaga batin.

Adalah dipercayai bahawa gerakan senaman ini diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di Malaysia hingga ke utara Malaysia.

Mungkin terdapat variasi caracara melakukannya atau ia dikenali dengan nama yang lain namun begitu asas bagi gerakan Senaman Harimau adalah sebagaimana yang akan dicatatkan.

Senaman ini adalah jenis senaman yang biasa diajarkan kepada lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.

Bagi lelaki yang normal kemampuannya gerakan-gerakan yang mudah dari senaman ini boleh dilakukan pada pagi-pagi hari.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin yang agak gawat maka senaman ini elok dilakukan secara intensif sehingga terasa kesembuhannya dan kemudian bolehlah dilakukan gerakan-gerakan yang mudah saja.

Seorang lelaki tua Melayu (juga seorang pendekar) yang hidupnya mencapai usia 135 tahun semasa hidupnya diketahui mengamalkan gerakan-gerakan senaman tenaga batin.

Mungkin ini adalah antara faktor yang mengekalkan kesuburan beliau. Dalam usia setua itu dia mampu jimak dan isterinya hamil lalu telahpun melahirkan anak yang sihat. Itulah kuasa Allah s.w.t.

Dua orang tua Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah mengesahkan gerakan Senaman Harimau ini; bahawa ianya adalah antara senaman yang dipraktikkan oleh orang-orang tua Melayu dan ia baik bagi kesihatan tenaga batin.

Gerakan Senaman Harimau diketahui oleh sebilangan besar dari orang tua-tua Melayu. Tidak dapat dikesani secara pasti siapakah yang mula-mula sekali memperkenalkan senaman ini.

Satu hal yang patut difikirkan ialah ketuaan senaman ini. Ia diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di beberapa daerah di negeri Johor dan ia juga diketahui oleh masyarakat Melayu negeri lain. Mereka semua bukanlah semestinya dari rumpun keturunan yang sama.

Meluasnya ia dikenali dalam masyarakat Melayu yang menunjukkan bahawa ia adalah satu ilmu yang tua. Berkemungkinan besar ianya berasal dari zaman Sri Vijaya atau Majapahit sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.

Pada masa sekarang senaman ini biasanya diajarkan oleh tabib-tabib Melayu, tabib urut tenaga batin, pawang, bomoh serta bidan kampung.

Ada yang mendakwa bahawa senaman ini dipelajari dari masyarakat Jin. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Walau dari mana asalnya ia adalah jenis riadah yang berkesan bagi membina dan menjaga kekuatan tenaga batin kaum lelaki.

Pergerakannya adalah cantik dan unik dan mengikut tatacara tertentu. Pengajaran gerakan senaman ini akan dikenakan syarat tertentu mengikut kepada variasi disiplin senaman.

Menurut yang diajarkan kepada penulis senaman ini dilakukan di waktu pagi hari iaitu selepas bangun tidur sebelum bersuci untuk solat subuh.

Ketika itu adalah paling baik kerana otak dan fizikal telah berehat semalaman. Udara pagi adalah segar kerana debu-debu telah dibawa ke tanah oleh embun.

Perjalanan darah yang tersekat di kala tidur mula diperbaiki dengan aktifnya semula otak. Di waktu ini keadaan saraf adalah sangat kejang dan tarikan otot-otot tidak seimbang disebabkan oleh posisi yang diambil di kala tidur. Mungkin otot-otot zakar telah tersekat perjalanan darahnya.

Jantung dan pernafasan adalah lambat temponya di kala tidur. Nafas yang singkat itu tidak cukup mengurut jantung dan mengalirkan udara yang segar pada tubuh badan.

Dari sebab-sebab di atas maka Senaman Harimau mempunyai konsep pernafasan. Nafas ditarik dengan dalam bagi mengurut jantung.

Nafas ditahani semasa senaman dilakukan agar tenaga maksima dapat disalurkan kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan di dalam senaman.

Nafas dihembuskan hingga tandus apabila selesai pergerakan apabila nafas itu membawa keluar udara-udara beracun yang terperangkap di anggota-anggota yang digerakkan tadi.

Maka gerakan menggunakan nafas secara maksima dengan membuang udara kotor yang terperangkap semasa tidur dan menggantikannya dengan udara yang bersih yang akhirnya membersihkan darah.

Keberkesanan senaman dapat dikenal pasti secara terus apabila berlakunya sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan gerakan atau aliran darah terasa lebih lancar.

Daya sedar akan meningkat dan muka akan lebih berseri. Dada akan bidang dan atas dada akan merah. Otot-otot lebih kuat dan tenaga batin akan meningkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Monday, August 08, 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 (31 Dis 2016)

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 (31 Dis 2016)

Warganegara Malaysia yang berminat untuk adalah dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada Pegawai Kadet ATM.

Pengambilan+Tentera

Pengambilan baru Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ) dibawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa anda warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam ATM.

Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu:
  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Syarat-Syarat Perlantikan Pegawai Kadet Graduan:
  • Jantina: Lelaki dan Wanita
  • Umur: Tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2017
  • Tinggi Minimum
  • TDM: 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita) TLDM: 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita) TUDM: 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
  • Berat Minimum: 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja): 76 sm
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0

Taraf Kesihatan

Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan oleh unit Pegawai Perubatan ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

Cara-Cara Dan Panduan Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di applikasi permohonan di MAFHQ
  • Hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna laman sesawang mafhq.mil.my
  • Calon yang berjaya lulus temuduga dan terpilih akan dilantik terus sebagai Pegawai Kadet Graduan dan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
  • Download file pdf panduan permohonan masuk tentera SINI.

Pertanyaan
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2071 2387/4524/4526/2391

Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2016

BACA INI JUGA: 8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan, Makan Gaji Atau Berbisnes?

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM10,000, Paling Mahal Di Malaysia!

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM10,000, Paling Mahal Di Malaysia!

Baru-baru ini jenama tudung terkenal, Tudung Bawal Exclusive telah menjual koleksi Tudung Bawal paling mahal dengan harga RM10,000!

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM10,000

Dan sememangnya, Malaysia kini merupakan lubuk tudung dengan pelakon dan jutawan tudung, Neelofa yang mampu menjana jualan tudung sebanyak RM50 juta setahun.

Menerusi laman Facebook syarikat ini, tudung paling mahal di Malayisa yang berharga RM10,000 telah berjaya dijual kepada seorang pembeli tudung wanita.

Lebih banyak batu permata, lagi mahal harga tudung tersebut.

Harga Tudung Bawal Exclusive bermula pada harga serendah RM45.60 hingga mencecah ke ribuan ringgit sehelai.

Tudung Bawal Exclusive mencecah nilai ribuan ringgit kerana dihiasi dengan batu permata Swarovski.

Tudung Bawal Exclusive yang sudah menjadi milik Puan Nurul Asmat ini mencecah RM10,000 kerana ia dihiasi kristal mewah yang dibawa khas dari wilayah Wattens, Austria.

Yang pasti, wanita moden kini sanggup berhabis duit untuk membeli tudung dengan trend terkini.

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan!

Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan!

Ramai ibu bapa biasanya menyimpannya lebihan ubat yang telah digunakan dalam peti sejuk, terutama jika mempunyai anak kecil di rumah.

Ubat

Ubat tersebut kemudiannya digunakan semula apabila anak jatuh sakit seperti demam, di kemudian hari.

Persoalannya bolehkah kita menggunakan semula ubat demam yang sudah tersimpan lama dalam peti sejuk?

Ikuti penjelasan ahli farmasi tentang perkara ini. Penting bagi kita membetulkan yang ‘biasa’ dan ‘membiasakan’ yang betul. Diharapkan pembaca ambil perhatian tentang maklumat yang sangat penting ini.

Perlukah simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Rahman Baco, Pharmacist

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk? Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi, bila balik rumah kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki.

Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan.

Persoalannya, berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari. Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan simpan lebih dua bulan ubat demam yang telah dibuka.

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen.

Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya.

Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi yang boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah, belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Pesanan ikhlas,
Rahman Baco, Pharmacist.

BACA INI JUGA: Daun Rerama, Daun Ajaib Penawar Penyakit Kronik!

Sumber: Mynewshub.cc

Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

His password was too easey "nopass", itulah di antara tweet yang dibuat oleh penggodam selepas berjaya merampas akaun twitter John Hanke, pemilik kepada permainan Pokemon Go.

Akaun twitter John Hanke [2]

Serangan kepada pemilik akaun berprofil tinggi seperti ini mengingatkan kita kepada Jack Sparrow yang dulu pernah merampas beberapa akaun stesen radio dan artis tempatan seperti Hot.Fm, Kru Studio dan Diva AA.

Berbalik kepada kes pencerobohan akaun twitter pemilik permainan Pokemon Go, mungkin kerana terlalu sibuk dengan 'Pokemon Go!' Hanke langsung tidak sedar bahawa akaun twitternya telah digodam.

Tiada apa-apa tindakan dibuat walaupun selepas 12 jam tweet itu disiarkan.

Akaun twitter John Hanke

Ini merupakan kes pencerobohan yang ke 5 akaun sosial berprofil tinggi digodam kumpulan yang sama dimana sebelum ini Ceo Facebook, Mark Zurkeberg, Ceo Google, malah Ceo Twitter sendiri digodam oleh kumpulan ini.

Angkuh dikenali dengan nama Ourmine, kumpulan penggodam yang popular dikenali dengan moto 'Keselamatan Akaun Sosial' ini dikatakan kumpulan yang sama dengan Saudi Arabian Hackers.

BACA INI JUGA: 5 Penggodam Paling Dikehendaki FBI

Sumber: Omghackers