Monday, August 08, 2016

AplikasiDuit, Panduan Jana Pendapatan Online Melalui Smartphone!?

AplikasiDuit, Panduan Jana Pendapatan Online Melalui Smartphone!?

Buka email pagi ini dan ada satu mesej yang dihantar dimana saya dikatakan mampu menjana pendapatan hanya melalui handphone atau smartphone!?

Aplikasi+Duit [2]

Macam biasa, selalunya saya abaikan sebab banyak sangat panduan menjana duit secara online yang merapu dan boleh dikatakan scam.

Tapi apa yang membuatkan saya tertarik untuk membacanya, ia dihantar oleh Gobala Krishnan, seorang blogger otai Malaysia yang sudah lama berkecimpung di dalam dunia internet.

Dan boleh dikatakan hampir semua blogger yang mahu menjana pendapatan secara online mengenalinya!

Begini mesej yang dikirim oleh beliau;

Hi,

Saya ingin memperkenalkan satu aplikasi ajaib yang akan membantu anda menjana antara RM20,000 ke RM40,000 sebulan dengan hanya satu KLIK melalui telefon bimbit atau handphone anda sahaja.

Hanya perlu muat turun, install ke dalam handphone dan klik dan tunggu sahaja duit masuk ke akaun bank anda.

Sila lihat dengan biji mata anda sendiri bagaimana aplikasi ini berfungsi. Bukti jelas sekali!

Ia ajaib dan mudah sekali.

Anda tidak perlu lakukan apa-apa, hanya klik dan duit masuk ke akaun bank semua secara automatik sahaja!

Klik..




Anda perlu cepat klik pada banner di atas sebelum terlambat. Aplikasi ini bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya dalam masa beberapa minit lagi.

Dengan menggunakan aplikasi ini, duit masuk bertubi-tubi ke dalam akaun bank. Bermacam-macam nilai masuk ke dalam akaun bank saya setelah saya lakukan hanya SATU klik dengan aplikasi ajaib saya ini.

Akaun bank juga boleh nampak sebegini dalam beberapa minit selepas anda memperolehi aplikasi ajaib saya dan lakukan hanya SATU klik sahaja.

Hanya muat turun, install dan run. Itu sahaja! Semua dari handphone anda.

Mungkin anda sudah banyak masuk pelbagai program skim cepat kaya, masuk macam-macam MLM, membeli e-book yang susah diikuti dan tak menjadi dan lain-lain.

Mungkin juga anda pernah membeli software yang susah untuk di install. Ini lain sama sekali.

Ini adalah sebuah aplikasi ajaib yang anda hanya perlu install ke dalam handphone dan klik, jalan dan duit masuk ke akaun bank anda.

Anda boleh menonton sendiri bukti video dan lihat betapa mudahnya untuk buat duit selepas ini.

Jadi, saya ingin bertanya anda sekarang, adakah anda seperti saya dulu? Duit sentiasa tidak cukup setiap bulan, sudah bosan dan tiada semangat langsung untuk bekerja lagi, sudah nyampah tengok muka bos anda?

Hakikatnya, jika anda terus menerus kerja dan tidak lakukan sesuatu, anda akan makin lama makin terjeremus ke dalam belenggu hutang yang akan naik setiap bulan.

Aplikasi+Duit

Ini bukan salah anda. Ini adalah realiti kehidupan.

Jika anda terus hidup anda sama seperti yang anda lalui sekarang, saya nasihatkan anda ubah segera.

Gaji anda mungkin naik sedikit tetapi kos sara hidup semakin lama semakin naik.

Jika anda tidak lakukan apa-apa, mungkin satu hari nanti anda mungkin terpaksa tidur di bawah jambatan. Ini adalah hakikat kehidupan kita hari ini.

Ini bukan untuk menakut-nakutkan anda. Ini adalah hakikat yang jelas!

Kalau anda merasakannya satu lagi program scam, berikan sedikit masa anda untuk menonton video ini (tonton sini) dan buatlah keputusan anda!

Anda Boleh Ubah Hidup Anda Sekarang Dalam Masa Beberapa Minit Lagi Selepas Memperolehi Aplikasi Handphone Ajaib Saya!

Berikan diri anda sendiri satu peluang untuk mengubah nasib diri anda sendiri..

Tidak rugi apa-apa untuk sekadar melihat.

Sekadar ingin membantu..

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Video Samir Ait Said, Gimnas Perancis Patah Kaki Di Olimpik Rio

Video Samir Ait Said, Gimnas Perancis Patah Kaki Di Olimpik Rio

Atlet gimnas lelaki pasukan Perancis, Samir Ait Said melalui pengalaman menyedihkan pada hari pertama pembukaan Sukan Olimpik Rio apabila kaki kirinya patah ketika peringkat saringan.

Samir Ait Said

Gimnas berusia 26 tahun itu patah kaki selepas tersasar dari landasan mendaratnya.

Samir Ait Said [2]

Samir yang merupakan pemegang pingat emas Kejohanan Gimnastik Eropah pada 2013, kemudiannya melambaikan tangan kepada penonton sebaik dirinya dibawa keluar mengunakan pengusung oleh petugas paramedik.

Samir Ait Said [3]

Akibat kecederaan yang dialami, nampaknya penyertaan Samir di Olimpik Rio 2016 kali ini sudah tertutup.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Wanita Incredible Hulk



Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, August 07, 2016

Bekerja Dari Rumah Lebih Mudah Dan Menyeronokkan!

Bekerja Dari Rumah Lebih Mudah Dan Menyeronokkan!

Work-At-Home-Mom (WAHM) atau bekerja dari rumah sememangnya menjadi pilihan wanita moden pada masa kini.

Bekerja dari rumah

Ini adalah disebabkan tuntutan hidup dan tanggungjawab kepada anak-anak dan suami. Namun, bekerja dari rumah tidak bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki.

Malah, tugasnya jauh lebih berat kerana meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan seorang yang bekerja.

Tidak dinafikan, bekerja dari rumah lebih mudah kerana anda akan kurang mengalami tekanan kerana tidak lagi perlu keluar seawal pagi dan balik ke rumah ketika waktu hampir Maghrib.

Namun, anda tetap perlu cekal serta mempunyai disiplin diri yang tinggi. WOM.my mahu berkongsi panduan dengan anda yang berminat untuk bekerja dari rumah.

Panduan Untuk Wanita Bekerja Dari Rumah


1. Sediakan SOHO (Small-Office-Home-Office)

Pastinya anda memerlukan satu ruang khas untuk anda bekerja dengan efektif. Oleh itu, wujudkan ruang kerja atau SOHO (Small-Office-Home-Office) di dalam rumah anda sekurang-kurangnya untuk memberikan ‘mood’ bekerja walaupun di rumah sendiri.

Ruang yang kecil pun sudah mencukupi untuk anda bekerja dengan teratur.

Lengkapkan juga ruang bekerja anda dengan peralatan bekerja yang wajib anda perlukan untuk bekerja seperti:

  • Kerusi dan meja yang selesa.
  • Lampu meja.
  • File-file untuk menyusun kertas kerja.
  • Rak atau laci untuk menyimpan kerja anda.
  • Komputer dengan internet berkelajuan tinggi.
  • Telefon yang mempunyai talian khas hanya untuk bekerja sahaja .
  • Alat tulis.


2. Komitmen Dan Disiplin Yang Tinggi

Jika bekerja dari rumah,komitmen dan disiplin yang tinggi sangat dituntut dengan jadual yang kerja yang telah dibuat.

Jangan pula jadikan alasan bekerja dari rumah untuk anda bergoyang kaki. Sentiasalah fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja anda terbengkalai.

3. Jadual Kerja Yang Fleksibel

Panduan ini memerlukan anda bijak “mencuri” masa. Masa anda bekerja dari rumah adalah fleksibel berdasarkan rutin harian anda di rumah.

Jika sebelum ini anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan jadual kerja anda juga.

Buatkan jadual kerja yang mudah dengan matlamat yang realistik. Kemudian tunjukkan kepada mereka dan mintalah sokongan daripada mereka untuk membantu mencapai matlamat anda.

Fleksibelkan kerja anda dan jika ahli keluarga anda mahupun sesiapa menawarkan diri untuk membantu, berikan penghargaan anda.

Kadangkala, ucapan terima kasih sudah mencukupi buat mereka supaya mereka tahu anda menghargai pertolongan mereka.

Pastikan juga anda selalu semak jadual kerja supaya semuanya berjalan dengan lancar tanpa mengabaikan keluarga.

4. Sediakan To-Do-List

Setiap hari, ambil masa dalam setengah jam untuk periksa jadual harian anda dan susun keutamaan untuk melakukan to-do-list.

Anda perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk urusan membeli belah barangan dapur.

Masukkan juga kerja seperti memasak,mengemas,mengambil anak ke dalam senarai to-do-list anda.

5. Kurangkan Masa Senggang

Sememangnya bekerja di rumah menyebabkan anda mudah terjebak untuk melihat televisyen ataupun melayari internet sehingga menyebabkan anda terlupa bahawa anda sedang bekerja.

Anda perlulah fokus dan serius untuk melakukan kerja anda. Pastikan anda tutup Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya semasa anda sedang bekerja.

Kesimpulan

Bekerja dari rumah sememangnya menyeronokkan. Namun, pastikan anda bersikap professional dan mempunyai pengurusan yang baik.

Dapatkan sokongan daripada suami dan juga keluarga sekiranya anda mahu bekerja dari rumah. Semoga berjaya!

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji



Sumber: Wom.my

Cerpen: Awak Lagi!

Cerpen: Awak Lagi!

Rambang mata Arelia memilih semua baju di hadapannya. All of them are gorgeous. Ini baru sahaja kedai pertama yang dimasukinya. Belum lagi kedai-kedai yang lain.

cinta remaja
Gambar hiasan.

Namun apabila memikirkan bajet yang telah pun diperuntukkannya untuk bulan ini, dia terpaksa melihat sahaja baju-baju itu.

Ya. Dia hanya perlu mencari a suitable dress for a formal night event.

Matanya melilau ke segenap penjuru kafe itu. Cuba memerhati setiap kelibat manusia yang ada. Ingin mencari kawan baiknya, Wani yang telah berjanji untuk bertemu di kafe itu.

Dan matanya terhenti di sebuah meja yang terletak di penjuru bahagian kanan. Langkah kakinya dipercepat menuju ke meja tersebut.

“I’m so sorry, Wani. Kau dah lama tunggu ke?” tanya Arelia usai melabuhkan duduk di kerusi. Ditatap wajah Wani yang jelas kelat dan masam. Confirm dia mengamuk ni.

“Eh tak apa, Lia. Tak lama pun. Baru dua jam lebih,” Wani menyindir Arelia.

Mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 2 petang tapi sekarang sudah pukul 4 lebih. Very punctual!

Arelia senyum senget mendengar sindiran Wani. Dia tahu dia telah lambat. Dia tidak sengaja untuk berbuat seperti itu tapi sedar-sedar aje dah pukul 3.45 apabila dia akhirnya menjumpai baju yang dikehendakinya.

“Alah, kau jangan la marah. Aku tahu kau dah tunggu lama. Aku minta maaf ya.

"Jangan la marah lagi… Please… Please… Please…” kata Lia dengan mata yang dikelip-kelipkan seolah-olah dia insan yang paling comel di dunia. Mengada-ada aje lebih.

Wani tersenyum melihat aksi comel Arelia yang sebenarnya tidak comel pun. Dia mengambil gelas orange juice yang dipesannya untuk kali kedua lalu menyedut minuman itu.

Kalau lebih lama lagi, entah-entah sampai tiga gelas diminumnya.

“Okey. Aku maafkan. Tak payah nak tunjuk gwiyomi kau tu. Tak kuasa aku nak tengok.”

“Yeah! Wani tak marah. Wani tak marah,” Arelia berkelakuan seperti kanak-kanak pula.

“Kenapa kau lambat Lia? Kau berborak lama sangat ke dengan mak cik tu?”

“Tak. Sekejap aje. Berbual-bual then terus bagi bungkusan tu.”

Arelia baru sahaja menemui seorang rakan ibunya untuk menyampaikan sebuah bungkusan yang penuh dengan balang berisi kuih-muih tradisional.

Arelia disuruh untuk memberikan kiriman itu kepada rakan lama ibunya yang tinggal di KL.

Tidak sampai setengah jam dia berada di rumah Mak Cik Salmah.

Tapi yang telah memakan masanya adalah aktiviti wajib bagi seorang wanita, iaitu shopping.

Lebih dari tujuh kedai dimasukinya. Dia tidak ingin membeli secara online seperti kebiasaannya kerana dia ingin betul-betul memastikan baju yang dipilihnya adalah pilihan yang terbaik. Baju itu sangat istimewa.

“Aku lama sebab aku cari baju untuk event tu.”

“So, kau dah jumpa?” soal Wani.

“Dah. Ini dia,” Arelia memberikan shopping bag kepada Wani.

“Cantik. Pandai kau pilih. Aku belum beli lagi,” tutur Wani.

Apabila dia terlihat tag harga baju itu, matanya terbeliak. Tidak percaya dengan harga beratus-ratus ringgit yang dilihatnya.

“Lia! Mahalnya baju ni. Kenapa kau beli baju macam ni? Tak membazir ke?”

Arelia memandang Wani. Dia tahu baju yang dibelinya sangat mahal. Dia pun merasa hal yang sama.

Tapi, untuk memastikan rancangannya berjalan lancar, dia perlu mengeluarkan modal. Alah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Tak apa. Bukan selalu pun. Besides, I want to look amazing and stunning that night.

"Aku nak tarik perhatian semua jejaka tampan kat majlis tu nanti.”

Arelia memasang angan-angan yang tinggi. Dan dia akan memastikan angan-angannya itu menjadi kenyataan.

Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Arelia. Masih lagi rupanya dia berangan.

Kononnya nak tackle lelaki kaya. Bila ditanya mengapa, mudah sahaja jawapannya.

Dia ingin memastikan masa depannya terjamin. Pasal cinta, belakang cerita. Boleh dipupuk apabila berkenalan kelak.

Bagi Wani, Arelia bukan la seorang yang materialistik. Sahabat merangkap teman serumahnya itu sangat baik.

Cuma, Arelia sebenarnya melakukan sesuatu untuk menghapuskan kenangan silamnya dahulu. Tidak ingin diri ditimpa nasib yang serupa.

Arelia dan ibunya telah melalui fasa kesukaran dalam hidup mereka.

Ibunya dihalau dari rumah kerana berkahwin dengan lelaki miskin dan tidak dipersetujui oleh datuk dan neneknya.

Disangka cinta sahaja sudah cukup untuk memberi kebahagiaan, namun segalanya cuma kebahagiaan sebentar yang tidak ubah seperti mimpi indah.

Segalanya berubah sekelip mata. Hidup Arelia dan ibunya terseksa. Ayahnya menjadi seorang kaki pukul dan sentiasa mengasari ibunya.

Mujur, Arelia dan ibunya melarikan diri dan memulakan kehidupan baru. Setelah itu, khabar tentang ayahnya tidak diketahui lagi sama ada hidup atau mati.

“Lia, kalau aku tanya kau something boleh?”

Arelia merasa hairan. Seperti ada sesuatu di sebalik pertanyaan Wani.

“Boleh. Apa dia?”

“Kalau contoh la kau jatuh cinta bukan dengan lelaki kaya macam mana? Maksud aku yang sederhana aje,” Wani ingin tahu jawapan Arelia.

Sebelum ini, hanya lelaki kaya sahaja yang diinginkan oleh sahabatnya itu.

“Entah la. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku akan pastikan target plan aku berjalan lancar.”

Arelia tidak sabar menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu itu.

***

Arelia memandang ke atas. Jauh fikirannya berfikir sehinggakan boleh sampai ke UK. Padahal dia tengah berbaring di katil.

Bunyi telefon bimbit kedengaran. Arelia mencapai telefonnya dan menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, Lia. Ibu ni. Kamu sihat?” lembut suara Puan Anita menanyakan khabar anak gadisnya.

Rindu rasanya. Arelia berada di KL sedangkan dia berada di Perlis.

“Waalaikumussalam, ibu.Alhamdulillah, Lia sihat. Ibu sihat?”

“Ibu kat sini sihat. Ibu nak tanya pasal kuih-muih tu. Kamu dah hantar?” Puan Anita perlu mengingatkan anaknya.

Arelia seorang yang pelupa. Silap hari bulan, tak terhantar kuih-muih tu.

“Ya, bu. Lia dah hantar. Ibu jangan risau la. Lia tak lupa. Kan ibu dah pesan banyak kali,” jawab Lia dengan kesungguhan.

Dia memang pelupa tapi apa-apa yang hal yang penting akan cuba diingatnya.

“Lia, kamu ingat lagi kan dengan anak lelaki Mak Cik Sabariah yang pernah berkawan dengan kamu dulu… Siapa ya nama dia… Ibu lupa pula,” Puan Anita terlupa nama anak jirannya itu.

“Nama dia Hisham, ibu. Kenapa dengan dia?” soal Arelia.

Hisham, anak kedua Mak Cik Sabariah yang berjiran dengan mereka pernah menjadi rakannya.

Hisham yang banyak membantu apabila dia pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah tempat Hisham bersekolah.

Tapi, beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Hisham tidak berhubung lagi. Masing-masing mempunyai hala tuju sendiri. Lagipun Hisham kini berada di Australia dan sedang bekerja di sana.

“Oh, Hisham. Boleh pula ibu lupa. Hah, Hisham nak balik hujung minggu ni. Kalau kamu cuti nanti, kamu balik ke sini. Boleh jumpa Hisham.

"Ibu bukannya apa. Ibu berkenan dengan Hisham tu. Mak Cik Sabariah pun sukakan kamu juga.”

Dia berharap Hisham dan Arelia dapat bertemu jodoh.

“Ibu… Lia tak nak dengan Hisham. Kitorang kawan aje. Lia nak seseorang yang kaya raya,” Arelia tidak ingin dengan Hisham.

Hisham seorang yang baik tapi untuk menjadi pasangan hidup, tidak mungkin.

“Lia, sudah-sudah la tu dengan angan-angan kamu. Buat apa nak cari lelaki kaya ke… Anak Datuk ke… CEO ke… Yang penting dia baik dan boleh jaga kamu. Ibu tak kisah pasal harta.”

“Ibu tak faham. Lia buat semua tu untuk kita. Tak apa la ibu. Ibu tak payah risau pasal Lia.

Sekarang ni ibu jaga kesihatan baik-baik. Apa-apa ibu call aje Lia. Lia ada hal sikit. Lia call ibu nanti ya. Bye ibu… Assalamualaikum.”

Cepat-cepat Lia mematikan telefon. Tidak ingin memanjangkan perbualan berkenaan jodoh atau kahwin. Maafkan Lia, ibu…

“Waalaikumussalam,” Puan Anita memandang skrin telefonnya.

Seperti biasa, Arelia pasti menghindarkan diri apabila soal jodoh dibangkitkan.

Anak gadisnya itu masih sahaja ingin hidup dengan angan-angannya yang keanak-anakan.

Umpama harapan anak kecil yang ingin menjadi princess yang dicintai oleh prince charming seperti dalam kartun Barbie.

***

Arelia melangkahkan kaki ke ruang mewah hotel lima bintang itu. Semua yang ada di situ kelihatan sungguh bergaya, anggun dan berkarisma.

Bussinessman, ahli korporat dan macam-macam lagi. Golongan high class la katakan.

Semangatnya berkobar-kobar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang jejaka kaya di majlis ini.

Amboi Lia, desperate sangat. Tak apa. Yang penting dia harus berjaya.

Dia sangat gembira apabila terpilih antara semua pekerja yang lain untuk hadir di majlis ulangtahun syarikat Olive Holdings, antara salah satu klien penting dalam syarikat tempatnya bekerja.

Wani, rakan baiknya juga terpilih. Hanya dua orang sahaja yang cukup bertuah. So, fighting!

“Hah Arelia, Wani. Kat sini rupanya kamu berdua ni. Jom ikut saya jumpa penganjur majlis ni. Pemilik Olive Holdings,” Encik Bahar, bos mereka menuju ke suatu sudut sambil Arelia dan Wani mengikut dari belakang.

Arelia baru teringat Encik Bahar pernah berkata yang pemilik Olive Holdings, Datuk Harun mempunyai dua orang anak. Lelaki dan perempuan.

Wah, sepertinya ada chance ni. Mudah-mudahan anak lelaki dia masih single and available.

Hmm… Kalau tak available pun tak apa. At least kena cuba.

Encik Bahar memperkenalkan Arelia dan Wani kepada Datuk Harun dan isterinya, Datin Dian.

Menurut Datin Dian, anak perempuannya tidak dapat datang kerana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Anak lelakinya pula dalam perjalanan.

Encik Bahar berbual dengan Datuk Harun tentang perniagaan. Datin Dian membawa Arelia dan Wani untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Selepas lebih kurang 15 minit, Datin Dian meminta diri untuk pergi melayan tetamu lain.

“Lia, kau tunggu sini dulu ya. Aku nak ke ladies kejap,” tutur Wani sebelum dia berjalan pergi.

Arelia melihat kehadiran seorang lelaki muda bergerak ke arah Datuk Harun.
Bersut hitam dan nampak boleh tahan paras rupanya. Mesti lelaki tu anak Datuk Harun. Arelia tersenyum. Dia perlu mendekati lelaki itu.

Arelia mendapat peluang apabila beberapa minit kemudian, lelaki itu berdiri di suatu sudut berhampiran meja yang menyediakan minuman sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Hai, awak. Seorang aje ke?” Arelia memberanikan diri bertanya. Lelaki itu memandangnya dan kemudian tersenyum nipis. Tidak menjawab pertanyaannya. Eh, mamat ni. Sombong pula.

“Awak anak Datuk Harun kan? Saya Arelia, pekerja Syarikat Baiduri,” Arelia memperkenalkan diri. Cuba mengajak lelaki ini berbual.

“Ok. Sekejap ya,” kedengaran bunyi mesej masuk. Lelaki itu melihat ke skrin telefon bimbitnya. Arelia di sebelah tidak dipedulikan.

“Maaf cik, tapi saya kena pergi. Kita borak lain kali ya,” kata lelaki itu sebelum bergegas pergi.

Selepas sejam kemudian, Arelia berasa bosan dan mengambil keputusan berjalan keluar untuk mengambil angin.

Langkah kakinya menuju ke bahagian kolam renang yang dihubungkan terus dari dewan hotel itu melalui satu laluan.

Tidak sampai sepuluh minit, Arelia kini berada di kawasan kolam renang. Dia telah cuba berbual dengan beberapa lelaki kaya yang bersendirian dan tidak mempunyai pasangan, namun semuanya gagal.

Sepatah dua kata dan seterusnya sepi begitu saja. Satu hal yang dapat dirumuskannya tentang anak orang kaya. Sombong dan berat mulut. Mungkin dia bukan la sesiapa untuk diajak berbual. Cuma gadis biasa.

Arelia baru menyedari yang sebenarnya dia tidak bersendirian di situ. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil ulang alik ke kiri dan kanan. Seperti orang yang sedang dalam masalah.

Arelia memandang penampilan lelaki itu. Simple saja. Memakai jeans dan t-shirt hitam. Kelihatan seperti orang biasa. Arelia mendekatinya.

“Awak buat apa kat sini?” Arelia bertanya. Terkejut lelaki itu mendengar pertanyaan tiba-tiba Arelia yang memeranjatkannya.

“Sorry… Sorry… Saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang over pula. Awaak tanya apa tadi? Apa saya buat kat sini…
Ahh… saya tengah tunggu kawan saya. Ya. Tunggu kawan,” jawabnya.

“Ohh… Awak bukan tetamu kat majlis tu?”

“Majlis syarikat tu ke? Tak, tak. Saya bukan tetamu,” lelaki itu menjawab pertanyaan Arelia sambil mata tidak lepas memandang telefon bimbit.

“Saya Arelia. Saya sebenarnya tetamu kat majlis tu. Tapi bosan la. Tu yang saya jalan-jalan,” cerita Arelia.

“Saya Izhan. Just call you…”

“Lia. And you?”

“Han.”

Mereka berbual-bual seketika. Banyak benda yang dibualkan. Arelia tidak menyangka Izhan seorang yang berpengetahuan luas. Lucu pun ada. Izhan turut merasakan hal yang sama dengan Arelia.

“Awak tahu tak tadi saya berbual sekejap dengan anak lelaki Datuk Harun. And guess what. Dia sombong tahu tak.

"Tahu la yang dia tu CEO, tapi cuba peramah sikit. Mungkin dia layan orang-orang yang seangkatan aje dengan dia kut,” luah Arelia.

Walaupun dia ingin mendapatkan lelaki kaya, tapi kalau sombong sangat… Hmm… Tak nak juga.

Izhan tergelak kecil. Arelia memandang Izhan yang duduk di sebelahnya. Apesal mamat ni? Gelak tiba-tiba.

“Kenapa awak gelak? Kelakar ke apa yang saya cakap.”

“Kelakar sikit la. Awak pasti ke anak Datuk Harun macam tu?” Izhan bertanya.

“Ya la. Dah tadi dia berbual dengan saya. Awak tak percaya?”

“Saya percaya. But Lia, you should not judge people easily. Awak belum kenal lagi dia siapa, keperibadian dia macam mana. Awak tak boleh assume dia macam tu. Mungkin itu luaran aje,” Izhan menunggu respon Arelia.

“Memang apa yang awak cakap betul. Tapi, awak pernah dengar kan kata-kata ‘First impression is everlasting’. Jadi, my first impression pasal dia tak berapa baik.”

“Tapi Lia, first impression is not truly determined the person is. Maybe who knows he is the man you are looking for,” ucap Izhan dengan maksud yang mendalam.

Arelia terkelu. Mereka saling bertatapan. Aura cinta kelihatan mekar di antara mereka berdua.

“Ya Allah, Lia… Merata-rata aku cari kau. Rupa-rupanya kau kat sini. Jom balik,” Wani menggamit tangan Arelia pergi.

Sempat Arelia bertanya sesuatu kepada Izhan sebelum pergi.

“Kita boleh jumpa lagi ke?”

“Insya-Allah. Kalau dah takdir,” Izhan menjawab dengan cukup ringkas. Matanya menghantar pemergian Arelia.

***

Arelia memandang papan tanda kedai di hadapannya. Aurora Art Gallery Studio. Memang ini kedai yang Wani cakapkan.

Wani ni pun satu. Banyak-banyak hadiah kat dunia ni, lukisan juga yang dia nak.

Minggu depan hari jadi Wani jadi dia ingin memberikan hadiah yang paling diingini oleh Wani untuk tahun ini.

Sudah menjadi kebiasaan mereka sejak mula bersahabat. Mereka akan memberikan masing-masing apa yang paling diingini dalam tahun itu sebagai hadiah hari jadi.

Tapi, tahun ini Wani mengada-ada nak lukisan. Apa-apa lukisan dari kedai di hadapannya ini.

Bila ditanya, alasannya sebab pelukis di galeri ini sangat hebat.

Arelia membuka pintu. Dia terpesona melihat ruangan galeri itu yang sangat indah.

Susunan dekorasi yang ringkas namun menyerlahkan nilai kesenian yang tinggi.
Lukisan-lukisan di dinding juga sangat cantik.

“Selamat datang cik. Boleh saya bantu? Cik nak lihat koleksi lukisan-lukisan yang kami ada?” seorang gadis manis menyapanya. Tentu salah seorang pekerja di galeri itu.

“Ya. Saya nak beli lukisan,“ Arelia menjawab dengan ramah.

“Baiklah. Cik duduk dulu. Saya panggilkan pemilik galeri ni. Kebetulan hari ni dia ada. Jadi, cik boleh jumpa dia. Dia juga orang yang lukis semua lukisan di galeri ini.”

Gadis itu kemudian meninggalkan Arelia.

Arelia melabuhkan punggung di kerusi kayu yang diukir indah sebagai tempat menunggu. Sungguh berbakat pelukis yang diminati Wani ini.

Lukisan yang dilukis olehnya sangat berbeza. Membawa mesej dan sentuhan tersendiri.

“Welcome miss,” kedengaran suara lelaki lalu Arelia menghalakan pandangan ke lelaki itu. Terkejut Arelia melihat yang Izhan berdiri di hadapannya. Izhan pemilik dan pelukis tu?

“Awak lagi?!” kedua-duanya serentak berkata.

“Wow! Arelia. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini.”

“Saya pun tak sangka yang awak seorang pelukis.”

Mereka berbual-bual dan Izhan menunjukkan koleksi lukisannya. Arelia tekun mendengar penerangan Izhan tentang setiap lukisan yang dilukisnya.

Lia! Sedar! Kau tak boleh jatuh cinta dengan Izhan. Kau kena ikut pelan yang kau dah sediakan. Marrying a rich guy. Not a painter.

Akal berkali-kali mengingatkan. Tapi hati berbisik merelakan.

Setibanya mereka di sebuah lukisan, Izhan memandang Arelia sebelum menerangkan tentang lukisan itu.

“Lukisan ni adalah antara lukisan yang saya sayang. Sebab kisah di sebaliknya.

"This is my first painting. Seperti yang awak boleh nampak, imej seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di tepi jalan.

"Tiada yang istimewa sebenarnya kan. Tapi budak lelaki tu mengajar saya erti kemanusiaan dan kehidupan.

"Dia dijual oleh ibu bapanya ke tempat tak sepatutnya. Tapi dia berjaya larikan diri.

"And he was just 10 years old. Can you imagine? Dia tidur di jalanan. Makan minum pun tak tentu. Dan dia masih boleh tersenyum bila berbual dengan saya,” Izhan berhenti seketika.

“He taught me about the meaning of life. Betapa sebenarnya kita sangat beruntung sebab masih boleh hidup selesa.

"Sedangkan ramai di luar sana yang sangat memerlukan tapi mereka tidak pernah pun merungut.

"Bahkan mereka menjadikan setiap hari yang dilalui sebagai satu anugerah yang Allah beri. Sejak tu saya bertekad untuk gunakan bakat yang tak seberapa ni untuk membuat galeri ni.

"Sekurang-kurangnya saya boleh sedikit sebanyak membantu mereka,” Izhan menatap lukisan itu.

Lukisan yang dilukisnya tiga tahun lalu. Lukisan yang membawa erti yang mendalam baginya.

Hati Arelia tersentuh. Dia dapat merasai emosi dan maksud di sebalik lukisan itu. Dan dia dapat melihat satu sisi lain dalam diri Izhan. He is a good person.

Sejak itu, Arelia dan Izhan sering keluar makan. Jalan-jalan menonton wayang.

Arelia juga selalu menghabiskan masa di galeri Izhan jika mempunyai masa terluang, iaitu pada hujung minggu. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula jatuh cinta.

Suatu hari, Izhan mengajak Arelia berjumpa di sebuah taman. Mereka berdiri di tepi tasik sambil menghayati pemandangan. Izhan berpusing ke kanan menghadap Arelia yang berdiri di sebelahnya.

“Lia, saya ada benda penting nak beritahu awak.”

“Apa dia?” Arelia menumpukan perhatian kepada Izhan.

“Dalam masa tiga bulan saya kenal awak, saya rasa sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya rasai sebelum ni. I think I definitely fall in love with you,” ujar Izhan dengan tenang dan lancar.

Arelia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Dia agak gembira kerana Izhan ternyata mencintainya.

Tapi pada masa yang sama dia seperti geram dengan dirinya yang membiarkan hatinya dimiliki oleh lelaki ini.

Ya. Dia mula membuka hatinya kepada Izhan.

Lia, kau kena ingat yang Izhan bukan la lelaki yang kau idamkan. Dia tiada ciri utama yang kau nak.

Izhan lengkap segalanya. Baik, menghormati dirinya dan terdapat keserasian antara mereka.

Cuma, dia bukan berasal dari golongan yang kaya. Arelia tahu bahawa dia perlu membuat keputusan. Keputusan yang terbaik.

“Han, saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa saya tak boleh balas cinta awak. Saya takkan bersama awak.”

“Kenapa Lia? Awak tak cintakan saya?” soal Izhan.

Arelia terdiam. Dia sebenarnya mencintai Izhan namun dia seperti terjerat dengan janjinya sendiri.

Dia telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak ingin mengambil risiko dalam hidupnya. Dia inginkan yang terbaik untuk dirinya dan ibunya.

Pengalaman hidup mengajarnya lebih berhati-hati terutamanya soal hati dan perasaan.

“Anggap aje yang kita tak ada jodoh. Saya pergi dulu. Terima kasih Han atas segala-galanya,” kata Arelia sebelum berpaling ingin meninggalkan Izhan.

Sakit apa yang dirasainya tapi dia terpaksa.

“Awak nak cari lelaki kaya kan? Awak tak nak sejarah berulang kembali. Lia…

"Awak cintakan saya. Awak tahu tu. Awak tak boleh bohong.

"When a boy is in love, you can see it in his eyes. When a girl is in love, you can see it in her smiles. And I can see love in your smile, Lia.

"Betul kan apa yang saya cakap ni,” Izhan berkata dengan suara yang sedikit ditinggikan.

Arelia terhenti. Dia berpusing ke belakang.

“Dari mana awak tahu semua ni?”

“Tak penting dari mana saya tahu. Yang penting apa yang saya tahu adalah kebenaran. Saya ikhlas Lia. Saya akan bahagiakan awak. Dengan izin Yang Esa,” janji Izhan.

“Janji aje tak penting Han. Janji sangat mudah untuk dimungkiri. Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Saya harap awak faham.”

Arelia meninggalkan Izhan dengan rasa yang berkecamuk di dada.

***

“Sudah la tu Lia. Kau terima aje Izhan tu. Dia cintakan kau dan kau pun cintakan dia. He is a nice guy. You know that,” Wani merasakan yang dia perlu menasihati Arelia.

“Aku tahu. Tapi aku bingung Wani. Aku… Tak yakin dengan semua ni,” Arelia mengakui kata-kata Wani tentang Izhan. Dia lelaki yang baik.

“Sekarang ni kau dengar kata hati kau. Jangan dengar akal fikiran kau. Soalnya akal kau tu dah disetkan awal-awal untuk terima lelaki kaya.”

Arelia termenung memikirkan kata-kata Wani.

***

Arelia berlari laju menuju ke galeri Izhan. Dia perlu menemui Izhan. Mimpinya semalam sangat dahsyat. Izhan kemalangan dan tidak dapat diselamatkan.

Dia tahu mimpi sekadar mainan tidur tapi dia tidak boleh berhenti berfikir tentang Izhan.

Dia nekad. Dia akan melupakan segala yang dirancangnya selama ini. Dia memilih untuk mendengar kata hatinya. Dan hatinya melaungkan nama Izhan. Dia mencintai lelaki itu.

Arelia melihat Izhan di seberang jalan. Belum sempat dia memanggil Izhan, sebuah kereta merempuh Arelia. Arelia terkulai layu di atas jalan. Matanya perlahan-lahan terkatup.

Cahaya bilik menyilaukan mata Arelia lalu perlahan-lahan dia membuka matanya.

Dia melihat ruang sekeliling. Sepertinya dia berada di hospital. Kemalangan! Arelia menyedari yang dia terlibat dengan kemalangan.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Izhan tersenyum kepadanya.

“Awak dah bangun. Awak rehat ya. Awak accident. Mujur tak teruk sangat. Kenapa awak ada di depan galeri saya?”

Arelia menggenggam kedua-dua tangannya. Dia tidak tahu cara untuk menyampaikan tujuannya datang ke galeri lelaki itu.

“Saya nak jumpa awak,” ucap Arelia pendek. Dia perlu memberitahu Izhan. Dan Izhan perlu mengetahuinya.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Saya dah buat keputusan yang salah. Saya tak tahu apa yang harus saya buat.

"Tapi sekarang saya pasti. Saya pasti yang awak adalah jodoh saya. Saya cintakan awak Han.” luah Arelia dari lubuk hatinya.

Dia mencintai Izhan dan dia mengambil keputusan untuk menerima Izhan seadanya.

“Awak terima saya biarpun saya tak kaya? Bukan anak Datuk atau CEO?”

“Ya. Saya terima awak tak kisah awak bukan anak Datuk atau CEO sekalipun. Awak tak berharta atau miskin sekalipun. Saya terima awak apa adanya.

"Maafkan saya Han sebab saya buta selama ni. Saya tak nampak tulusnya cinta awak,” kata Arelia dengan sendu.

“Tak apa Lia. Awak tak salah pun. Tak perlu minta maaf. Awak buat semua tu sebab awak nak yang terbaik untuk masa depan awak.

"Awak tak nak lalui kesengsaraan lagi dalam hidup awak,” Izhan tersenyum manis.

Cintanya diterima oleh gadis pertama yang menghuni relung hatinya.

“Cuma saya nak awak jumpa seseorang. Seseorang yang awak pernah jumpa sebenarnya,” tutur Izhan dan pintu dibuka.

Wani dan seorang lelaki melangkah masuk. Arelia mengenali lelaki itu. Dia? Apa dia buat kat sini?

“Hai Cik Arelia. Awak tentu ingat saya lagi kan. Remember the event?” ucap lelaki itu.

Arelia mengimbau kenangan pada malam majlis itu. Ya. Lelaki ini adalah anak Datuk Harun.

“Ya, saya masih ingat. Awak buat apa kat sini?” Arelia hairan melihat kedatangan lelaki itu.

“Sebenarnya saya Fareez, setiausaha dan PA kepada anak Datuk Harun. Awak dah salah anggap sebenarnya,” Fareez tidak sempat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia telah ditelefon oleh bos muda untuk diarahkan membuat sesuatu.

Arelia terkilan. Jadi, dia bukan anak Datuk Harun. Habis tu, siapa anak Datuk Harun yang sebenarnya?

“Dan Cik Arelia mesti tertanya-tanya siapa anak Datuk Harun kan. Untuk pertanyaan tu saya serahkan kepada lelaki ni,” jarinya menghala ke arah Izhan.

Berkerut kening Arelia. Apa kena mengena Izhan dalam hal ni?

“Lia, saya belum pernah kan bagi name card saya kat awak. Ini dia,” Izhan menghulurkan sekeping name card kepada Arelia.

Arelia menyambut huluran itu dan matanya melihat maklumat yang ada di atasnya. Dan dia melihat… Muhammad Izhan Bin Harun.

Arelia sangat terkejut. Izhan adalah anak Datuk Harun? Maksudnya selama ini dia jatuh cinta dengan anak Datuk Harun?

Arelia memandang Wani dan Fareez. Kedua-duanya mengangguk mengiyakan segalanya. Arelia memandang Izhan.

“Awak tak beritahu saya. Awak tipu saya.”

“Memang saya tak beritahu awak. Tapi saya tak pernah tipu awak.

"You never ask me about my identity. Awak jatuh cinta dengan Izhan.

"Hanya seorang lelaki biasa. Dan bukannya Izhan Datuk Harun, seorang CEO, anak Datuk dan orang kaya.”

Segala kebenaran terungkap. Arelia tidak menyangka yang apabila kita merelakan sesuatu itu untuk pergi, mungkin ada yang lebih baik menanti. Dan ini buktinya. Tanpa perlu berbuat apa-apa, target plannya berjaya.

Izhan menghulurkan sebuah kotak besar kepada Arelia yang dipegang sedari tadi oleh Fareez.

“Ni surprise apa lagi? Awak dah cukup surprise kan saya hari ni,” Arelia mengambil kotak itu.

“Just one more surprise. A very special surprise,” ucap Izhan dengan seyuman yang terukir indah.

Arelia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat potret lukisan wajahnya.
Sungguh cantik. Dia sangat menghargai pemberian Izhan.

“Terima kasih. Saya suka.”

“Dan selepas ni, saya dah ada dua lukisan yang paling saya sayang. Lukisan hari tu dan lukisan ini.

"Lukisan ini yang banyak mengajar saya tentang cinta. Dan gadis dalam lukisan ni adalah pemilik hati saya,” Izhan menoktahkan segalanya dengan ayat romantis.

“Bertuahnya orang tu dapat cinta hati dia. Kita ni tak ada orang pun yang sudi nak lakarkan potret,” rungut Wani. Muka cemberut ditayangkan.

“Saya kan ada. Saya boleh lukiskan potret untuk awak,” ucap Fareez sambil sebelah mata dikenyitkan ke Wani.

Tergelak mereka semua dengan gelagat Wani dan Fareez. Memang sesuai sangat Wani dan Fareez.

Arelia dan Izhan menemui kebahagiaan mereka.

Siapa sangka Arelia berhasil mendapatkan lelaki yang kaya. Tapi, bukan itu yang penting.

Apa yang penting dia mencintai lelaki itu dan lelaki itu juga mencintainya. Bukan atas dasar kekayaan atau harta.

Namun, cinta yang penuh keikhlasan.

Memang benar. He is the man she is looking for.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Lari! Demi Nyawamu!

Sumber: Penulisan2u

Saturday, August 06, 2016

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

Makanan berkhasiat ini pernah dimakan oleh orang-orang soleh, nabi-nabi, para wali dan alim ulama dahulu kala.

Jika diamalkan dan dimakan selalu, khasiatnya mampu menuembuhkan pelbagai jenis penyakit selain menjadikan tubuh kita sihat walafiat dengan izin Allah.

Habbatus Sauda

Habbatus sauda

Nabi Muhammad SAW bersabda, ""Gunakanlah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali as sam (mati)". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitab karangannya, Al Tibb An-Nabawi (Medicine of The Prophet) atau Perubatan Cara Nabi menyatakan habbatus sauda sebagai al-habbah al barokah yakni tumbuhan yang diberkati Allah.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam kitab tersebut bahawa habbatus sauda boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa membawa kesan sampingan kepada tubuh kita.

Antaranya, penyakit batuk, radang paru-paru, sakit perut, kecacingan, masalah kulit, jerawat, senggugut, haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Ibnu Sina pula dalam bukunya Canon of Medicines menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu mengatasi kepenatan dan memulihkan semangat.

Habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu antibodi melawan penyakit.

Tiin

Tiin.jpg

Allah telah berfirman pada ayat pertama dari surah AAl-Tiin, "Demi buah Tiin dan buah Zaitun".

Sesungguhnya Allah bersumpah dengan nama dua jenis buah ini, Tiin dan buah Zaitun bahawa terlalu banyak faedah dan keberkatan pada buah hasil ciptaan Allah ini.

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah Tiin kerana daun Tiin dikatakan menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah selepas mereka memakan buah larangan di dalam Syurga.

Tiin memiliki aroma wangi, lazat dan mengandungi pelbagai jenis khasiat untuk tubuh manusia dipercayai mempunyai bahan polyphenols, benzaldehyde dan coumarins yang dapat melawan kanser.

Kandungan serat, kalium, magnesium, glukosa dan fruktosa di dalam buah Tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan mampu mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Menurut Imam Ibnu Al-Jawziyyah, buah Tiin memiliki banyak khasiat, antaranya mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, mencairkan kahak serta membuang toksik.

Buah Tiin bagus untuk pesakit sembelit, masalah hati, masalah saluran kencing, pedih ulu hati, sakit dada, buasir dan penyakit sawan (epilepsy).

Kurma

Kurma

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu buah kurma yang masak". - Surah Maryam Ayat 25.

Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedangkan ketika itu beliau masih dalam keadaan lemah, selepas melahirkan Nabi Isa.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium membuktikan bahawa kurma lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan moden yang dicampur dadah sehingga memberi kesan sampingan kepada tubuh kita.

Kurma turut memiliki kuasa penyembuh menyamai aspirin bagi mereka yang migrain, sakit perut, demam dan muntah-muntah.

Daripada Adiy bin Hatim, beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma."

Madu

Madu

Rasulullah SAW bersabda, "Ambillah, manfaatkan oleh kamu sekalian dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an". - Hadis riwayat Ibnu Majah.

Allah telah mengisytiharkan bahawa madu penawar mujarab pelbagai jenis penyakit selain menjadi lesukaan Nabi Muhammad SAW untuk kesihatan tubuh baginda.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menjilat madu sebanyak tiga pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan/ujian yang besar".

Bapa perubatan Islam, Ibnu Sina pernah berkata, "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan (awet muda), maka makanlah madu lebah!".

Badam

Badam

Amalan memakan badam di kalangan masyarakat Timur Tengah seperti di Iran, Afghanistan, Pakistan dan India dipercayai dikesan sejak ribuan tahun lalu.

Dipercayai badam turut menjadi makanan kegemaran para Nabi, salafus soleh dan para mujadid dahulu.

Badam dimakan bagi merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi menghafal Al-Qur'an, hadis dan pelbagai ilmu berkaitan agama.

Badam meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan terpenting untuk tumbesaran kanak-kanak dan meningkatkan kecerdasan.

Badam amat bagus untuk kecerdasan minda. jadi, memakan badam bermakna seseorang itu memiliki sumber nutrien yang diperlukan dalam membantu perkembangan minda.

Malah, memakan badam dapat membantu mengurangkan risiko mengalami nyanyuk atau penyakit alzheimer's disease.

Asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras hormocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

BACA INI JUGA: Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

-SENTIASAPANAS.COM

99% Netizen Gagal Temui Kucing Pada Gambar Ini

99% Netizen Gagal Temui Kucing Pada Gambar Ini

Keinginan untuk merungkai rahsia ilusi optik menjadi alasan ramai peminat seni menghasilkan gambar berbentuk ilusi kerana gambar dengan ilusi optik kerana selalu membuatkan rasa ingin tahu setiap orang.

Gagal Temui Kucing

Misalnya gambar di atas, trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trending dalam dunia maya.

Salah satu teka-teki tersebut adalah untuk mencari seekor kucing yang sedang tidur di atas longgokan kayu.

Jika dipandang sepintas lalu, gambar tersebut merupakan longgokan kayu biasa sahaja, namun jika diperhatikan betul-betul, anda akan dapat lihat seekor kucing sedang lena tidur pada salah satu batang pokok yang terbelah itu.

Oleh kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.

Dikatakan 99% netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada yang tidak menemui langsung haiwan tersebut.

Kucing tersebut memang cukup pintar bersembunyi. Dia ternyata berada di..

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

Gagal Temui Kucing [2]

Sumber: Mynewshub.cc

7 Tahun Hilangkan Diri Dikhianati Keluarga, Adik Rayu Kakak Balik Ke Rumah

7 Tahun Hilangkan Diri Dikhianati Keluarga, Adik Rayu Kakak Balik Ke Rumah

Satu artikel luahan hati seorang adik yang merayu agar kakaknya pulang ke rumah cukup mengharu dan menyedihkan.

Pengorbanan seorang Kakak

Kisah pengorbanan kakaknya yang begitu besar kepada keluarga namun akhirnya dikhianati abang sendiri sehingga dia membawa diri.

Kakaknya sanggup mengorbankan kehidupan sehariannya demi menyara mereka sekeluarga termasuk ayah, emak, adik dan juga abang-abangnya.

Namun kerana dek cemburu oleh darah daging sendiri, beliau telah dianiaya menyebabkan dia lari meninggalkan keluarganya kerana kecewa.

Apa yang mengharukan, walaupun beliau pergi jauh tidak dapat dikesan namun dia tetap mengikuti perkembangan adik-adiknya dan tidak lupa tanggungjawabnya dengan mengirimkan wang kepada keluarga setiap bulan walaupun dikhianati abang sendiri.

Mari kita baca kisah ini.

*Admin telah mengedit ejaan pada artikel ini agar lebih sesuai dan mudah difahami.

Salam. Hai nama aku Laila. Aku ada 4 orang sibling. Tahun ini genap 7 tahun kakak menghilangkan diri.

Cerita bermula begini. Kami keluarga susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi semakin susah bila abang long meninggal.

Dua tahun selepas tu, kakak dapat sambung belajar. Kakak serang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam-macam untuk sara hidup dia sebab tak nak bebankan ibu.

Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat pakai kereta baru. Tapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi.

Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran master. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dalam bilik sorang-sorang.

Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yang tanggung segala perbelanjaan. Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah.

Senang cerita gaji ayah simpan untuk ayah dan ibu sahaja. Kakak tanggung abang juga bila dia berhenti dan takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga keluarga kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.

Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abang ngah marah-marah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat.

Katanya kawan-kawan dia semua nampak. Ibu dan ayah diam seribu bahasa. Malam tu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak cakap dia kerja di Singapura naik kenderaan awam. Jammed. Penat lagi. Mana ada masa nak lepak-lepak semua.

Dan aku akui kakak memang betul sebab kakak yang aku kenal akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6 dah keluar. Malam pukul 8 lebih baru sampai rumah. Memang setiap hari begitu la rutin kakak.

Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk. Dan tiada seorang pun yang pertahankan kakak.

Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tengah bersiap. Kakak kata, takpe hari ini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datag juga.

Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas nama sendiri. Kakak bawa kereta ke mana pun aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya untuk kami. Seminggu lepas tu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.

Betul kata kakak, tak lama lepas tu abang mengaku yang dia marah sebab kereta dan rumah semua atas nama kakak. Dan dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga.

Aku tengok ayah dan ibu betul-betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu.

Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya banyak juga kakak masukkan. Memang kami hidup mewah, semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tau kat mana.

Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebijik Hilux. Terkejut bukan main. Orang yang hantar tu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin-rajin.

Sekarang dah nak masuk tahun ke 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yang aku tahu, kakak sekarang berada di Jerman. Itu pun sebab kakak ada hantar barang masa aku kat hostel.

Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi.

Aku respect kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tak pernah orang datang minta hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke Mekah.

Tapi semua duit kakak bank ini dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu, semua dah tersedia depan mata.

Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak.

Aku harap confession ini diviralkan sampai kakak dapat baca. Kami semua rindu kakak. Abang pun dah anak dua.

Tanpa kakak disisi aku rasa kosong, sebab kakak la yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu.

-Adik seorang kakak-

Hantar confession anda di sini. Mari kita bantu adik ini agar dapat bertemu semula dengan kakaknya.

BACA INI JUGA: Kenali Generasi Baby Boomers, Generasi X dan Generasi Y Di Malaysia

Sumber: Siakapkeli.my

Friday, August 05, 2016

Muhammad Hakim, Warga Malaysia Viral Selepas Berkahwin Dengan Artis Popular Thailand!

Muhammad Hakim, Warga Malaysia Viral Selepas Berkahwin Dengan Artis Popular Thailand!

Muhammad Hakim Azhar, lelaki warga Malaysia tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [4]

Semuanya selepas kisahnya berjaya menambat hati sekaligus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Dia pada mulanya hanya meminta untuk bergambar bersama apabila melihat wanita cantik dari Thailand ketika menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu, ketika itu Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya, 39, atau nama Islamnya Aisya bersama rakan yang turut menyertai pertandingan itu mewakili Thailand.

Sudah jodohnya, wanita itu yang sebenarnya pelakon popular Thailand menjadi isterinya apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.

“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida

“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.

Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [2]

"Keluarga angkat saya Datuk Abdul Fatah yang banyak membantu dalam pengurusan perkahwinan saya yang mempunyai pertalian saudara dengan kerabat Perlis," katanya.

Mengenai perbezaan usia 14 tahun dengan isterinya, ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, Muhammad Hakim berkata semua itu tiada masalah kerana mereka berkomunikasi dengan baik dalam semua perkara.

"Perbezaan usia tiada masalah bagi kami sebab tiada rasa jurang usia dan kami berkomunikasi dengan baik dalam semua benda.

"Anak-anak juga boleh menerima saya dengan baik kerana saya boleh melayan kerenah budak kecil. Mungkin juga mereka perlukan perhatian daripada seorang ayah.

"Dari segi budaya dan adat perkahwinan juga ada persamaan seperti merenjis dan saling berbalas hantaran. Cara hidupnya, saya dan keluarga boleh terima dengan hati terbuka selagi tidak lari daripada ajaran Islam.

Muhammad Hakim Azhar dan Aisyah Nok Suthida [3]

"Memandangkan saya baru berpindah ke Bangkok sejak tiga minggu lalu, saya masih belajar mengenai budaya Thai," katanya yang tidak menghalang isterinya meneruskan karier lakonan.

Dia juga akan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

BACA INI JUGA: Tips Untuk Membezakan Wanita Korea atau Jepun

Sumber: Hmetro

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling besar di sisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Kerana diantara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab untuk berdoa.

Hari Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dan sebaik-baiknya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah SWT.

Mengenai keutamaan hari Jumaat ada disebutkan di dalam sebuah hadis dimana Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang pada saat itu terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula dia dikeluarkan dari syurga dan tidak akan terjadi kiamat kecuali pada hari Jumaat." HR Ahmad, Muslim dan At-Tirmizi

Pada malam Jumaat, kita digalakkan untuk melakukan banyak amal ibadat dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Antaranya ialah membaca Al-Qur'an, qiamullail, memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Namun demikian, janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.

Galakan Malam Jumaat

Bagi pasangan suami isteri, malam Jumaat dianggap malam keramat dan malam yang sering dinanti-nantikan.

Ini adalah disebabkan adanya anjuran supaya melakukan hubungan suami isteri pada malam tersebut ada dinyatakan dalam sebuah hadis.

"Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Jumaat kemudian dia pun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkenderaan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyuk tanpa senda gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya." HR At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad

Namun perlu diingat, Islam tidak menetapkan hari dan waktu yang khusus untuk melakukan jimak.

Suami boleh mendatangi isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali waktu yang diharamkan iaitu, sewaktu berihram dan sewaktu isteri di datangi haid.

Adapun pandangan yang mengatakan 'sunat dilakukan pada malam Jumaat' hanyalah berdasarkan keluasan masa rehat dan kelebihan yang ada pada hari keesokkannya (Jumaat).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Salah Faham Cuma ‘Main’ Pada Malam Jumaat

-SENTIASAPANAS.COM

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung akhirnya secara rasmi memperkenalkan Samsung Galaxy Note 7, phablet terhebat masa kini setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi Galaxy Note, dan kini sudahpun sampai ke generasi ketujuhnya.

Samsung Galaxy Note 7

Seperti yang dikhabarkan, Samsung Galaxy Note 7 mempunyai sensor Iris dalam kalangan 11 sensor yang dimasukkan Samsung pada papan induknya.

Pengimbas Iris yang didatangkan bersama peranti ini tidak mengecewakan. Ia mampu mengimbas mata anda walaupun berada dalam keadaan gelap dengan bantuan cahaya inframerah yang dipancarkan terus ke mata anda.

Seperti yang dijangka, paparannya memang akan memuaskan penagih kandungan multimedia. Paparan QHD Super AMOLED sebesar 5.7 inci akan memberikan citra yang menakjubkan untuk penggunanya.

Jika Galaxy Note Edge memiliki paparan lengkung pada satu bahagiannya sahaja, Samsung Galaxy Note 7 memiliki pada kedua-dua bahagiannya seperti Galaxy S7 edge.

Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf “T”, kekuatan Galaxy Note terletak pada “S Pen”. Apalah Note tanpa pena? S Pen pada Samsung Galaxy Note 7 juga menerima penambahbaikkan ketara.

Bukan sahaja ia kalis air dengan piawaian IP68 seperti perumahnya, input yang diberikan juga lebih berkesan dan jitu.

Fungsi Air Commnad pula telah diperlbagaikan. Misalnya, “Glance” membolehkan pengguna melihat paparan mini aplikasi yang sedang berjalan pada latar, “Magnify” pula akan memperbesar bahagian yang ditunjuk mengguna S Pen seperti kata pembesar.

Jika ingin menterjemah sesuatu ayat daripada bahasa lain, lukiskan rantau disekeliling ayat tersebut dan ia akan terus diterjemah.

Peranti demi peranti, Samsung terus melapiskan seni bina premium pada Galaxy Note7 pada setiap lekuk dan permukaan yang ada pada badannya. Ia memastikan cengkaman sempurna dalam tangan pengguna.

Sebanyak tiga warna Galaxy Note7 ditawarkan iaitu emas, perak, dan hitam. Mungkin warna merah jambu akan diperkenalkan kemudian bagi menyerlahkan ciri feminin pada wanita.

Tujuh sebab mengapa anda perlu pertimbangkan untuk beralih kepada Samsung Note 7:
  1. Skrin dwi-lengkung pertama dalam siri Galaxy Note dan menggunakan Corning Gorilla Glass 5, pertama dalam mana-mana peranti Samsung.
  2. Hanya ada satu varian iaitu 64GB storan dalaman, tidak perlu ragu-ragu memilih.
  3. Kembalinya slot mikro-SD yang mampu tampung kad sebesar 256GB
  4. Pengimbas Iris yang pertama dalam peranti Samsung
  5. Kalis air pada piawaian IP68 termasuklah pada S Pen
  6. Fungsi S Pen yang dipertingkat
  7. Bateri gergasi, 3500mAh, yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 100 minit.

Spesifkasi Samsung Galaxy Note 7

Samsung Galaxy Note 7 [2]

Samsung Galaxy Note 7 sememangnya peranti terhebat dalam pasaran kini. Ia memperbaiki kelemahan di dalam Galaxy Note 5, dan memperguna kehebatan yang ada di dalam Galaxy S7 edge.

mikroSD

Samsung Galaxy Note 7 yang baru ini mengembalikan semula slot kad mikroSD yang hilang semasa Galaxy Note5. Ia juga ditambah fungsi kalis air yang menepati piawaian IP68, walaupun semasa S-Pen ditarik keluar dari slotnya.

Skrin

Skrin Samsung Galaxy Note 7 masih kekal sebesar 5.7-inci dengan resolusi Quad HD, tetapi ia kini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5, generasi kelima yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

Kaca ini dikatakan mampu menahan jatuh dari setinggi 1.6 meter, 80% sepanjang masa.

Cpu/RAM

Kuasa dalamannya sama seperti Galaxy S7 edge, menggunakan CPU Exynos 8890 8-teras bersama 4GB RAM LPDDR4.

Sekeping pemproses Exynos 8890 lapan teras digunakan untuk mendukung segala kerja berat yang dihumbankan pengguna padanya.

Ia dibantu oleh RAM sebesar 4GB dan ruang penyimpanan seluas 64GB, lebih besar berbanding Note5. Jika tidak mencukupi, korbankan saja satu slot sim untuk memasukkan kad mikro-SD sebesar 256GB.

Storan

Mungkin ada yang kecewa kerana RAM bukan 6GB, tetapi Samsung memberi storan dalaman lebih besar 64GB.

Storan lebih besar macam lebih berguna dari RAM lebih besar. Kenapa tak jadikan keduanya lebih besar Samsung?

Untuk S-Pen, ia kini ditambah 4 fungsi baru iaitu Glance, kanta pembesar, penterjemahan teks dan gambar serta mencipta animasi GIF.

Kamera

Kamera Samsung Galaxy Note 7 adalah yang terbaik, kerana ia menggunakan modul yang sama seperti Galaxy S7 edge.

Kamera belakang dilengkapi sensor dwi-piksel 12MP f/1.7, dan kamera depan pula 5MP f/1.7.

Pada bahagian optikal, ia mewarisi kamera yang sama daripada Samsung Galaxy S7.

Hal ini bermakna, pengguna akan menerima kamera terbaik dalam pasaran telefon pintar hari ini dan menerima perakuan DxOMark selaku kemara telefon paling baik setakat ini.

Sensor sebesar 12MP beserta teknologi Dual Pixel beserta OIS dan apertur F1.7 adalah ciri-ciri kamera belakangnya manakala kamera hadapannya pula sekuasa 5MP, juga dengan apertur F1.7.

Bateri

Bateri Galaxy Note7 lebih besar, dengan kapasiti 3,500mAh. Kali ini, Samsung menggunakan sambungan USB jenis-C untuk pengecasan, yang boleh mengecas penuh 100% dalam masa 100 minit. Ia juga menyokong pengecasan wayarles pantas.

Peranti ini dikuaskan oleh bateri sebesar 3,500mAh. Untuk mengisi ruang tenaga yang besar, Samsung memberikan fungsi pengecasan pantas padanya.

Tenaga boleh diisi daripada kosong ke penuh dalam masa 100 minit sahaja.

USB Type-C yang ada pada Note kali ini adalah yang pertama dalam kalangan peranti Samsung.

Lebih menarik, ia juga boleh dicas secara wayarles dan menyokong piawaian pengecasan daripada WPC dan PMA.

Tempahan Dan Harga Samsung Galaxy Note 7

Salah satu laman e-dagang terkemuka Malaysia, 11street mulai 3 Ogos, telah membuka tempahan Samsung Note 7, jauh mendahului tarikh 8 Ogos yang ditetapkan Samsung Malaysia.

Harga jualan Samsung Galaxy Note 7, RM3,199 sahaja termasuk GST.

Malah, 11street menawarkan hadiah misteri untuk 100 tempahan pertama. Apa agaknya hadiah misteri ni. Tetapi tarikh penghantaran ditetapkan pada 19 Ogos.

Bolehlah lawati laman 11Street Malaysia dan membuat tempahan Galaxy Note7 di sana.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Sumber: Theskop