Monday, August 01, 2016

Biskut Cream Crackers Terbakar Sebab Dicampur Plastik?

Biskut Cream Crackers Terbakar Sebab Dicampur Plastik?

Sebuah video amatur berdurasi 1 minit 45 saat telah viral dan kini tersebar di laman-laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Cream Crackers Terbakar

Seorang individu mendakwa bahawa biskut jenama Cream Crackers yang dijual di pasaran kononnya mengandungi plastik.

Menerusi pencarian di laman Facebook, individu yang dikenali sebagai Zuraini Kassim telah memuat naik video berkenaan.

Video itu telah dikongsi dengan kapsyen berbunyi, “Jangan beli dah biskut, lebar patutlah tak lemau. Sentiasa garing saja.

“Apabila makan merosakkan usus dalam perut. Tepung + plastik, serbuk plastik. Dengan pihak mana dipersalahkan? Ujian itu bangsanya sendiri yang menguji biskut tersebut. Awas bahan makanan bahaya,” tulisnya.

Bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Zuraini itu.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali Nurul ShafiQah Ainz berkata, “Haha bongoknya yang viral tak belajar sains ke? Basic la wooi.. nak tahu lebih belajar food tech... belajar apa itu damage starch apa itu farighno graph… kalau nak ikutkan setiap makanan ada unsur chemical cuma peratusannya rendah.

“Even pokok kalau daun dah kering pon boleh terbakar… it about starch (kanji) dude…meh sini masuk lab (makmal) kakak ajar semua benda bukan setakat biskut sahaja akak ajar kau dari sebiji gandum tu kau kaji.”

Manakala seorang lagi netizen berkata, “Bahan makanan kering memang akan terbakar sebab dalam makanan ada tenaga.

“Bila tinggi kalori lagi lama la dia terbakar sebab tenaga kimia berubah kepada haba dan cahaya,” kata Julia Romeli berkongsi info dari individu yang dikenali sebagai Cikgu Anese.

Oleh itu, para netizen dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan apa yang sering diviralkan jika tiada penjelasan yang kukuh.

Adalah lebih bak untuk menyiasat atau selidik dahulu kebenaran sesuatu cerita atau berita sebelum disebarkan.

UPDATE!
(4/8/2016)

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.

“Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

“Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut.

"Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan,” kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.

“Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan ‘plasticizers’ sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima,” katanya.

BACA INI JUGA: Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?

Sumber: Mynewshub/mStar

Wak Doyok Selamat Bertunang Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim

Wak Doyok Selamat Bertunang Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim

Selebriti fesyen popular, Wak Doyok dilaporkan sudah bertunang dengan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim pada 23 Julai lalu.

Azrinaz Mazhar Hakim Dan Wak Doyok Bertunang

Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur, dan telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Difahamkan, pasangan ini belum menetapkan tarikh pernikahan mereka.

Memetik sumber yang menyampaikan khabar gembira itu kepada akhbar, “Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja.

Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tiada ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana.”

Tahniah diucapkan buat Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim.

(Kemaskini)

Wak Doyok, Azrinaz Enggan Ulas Gosip Bertunang

Wak Doyok, Azrinaz

Bagaimanapun, kedua-duanya masing-masing dilihat tidak mengesahkan apatah lagi menafikan gosip yang hangat tersebar itu.

“Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain,” kata Wak Doyok atau atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Mohd. Nor.

Manakala, Azrinaz pula enggan mengulas lanjut berita pertunangannya itu.

“Saya enggan memberi sebarang komen,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan ini telah bertunang secara tertutup di sebuah kediaman Azrinaz di kawasan perumahan elit di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.

Malah, ibu Wak Doyok juga dikatakan turut hadir di majlis itu untuk me­nya­rungkan cincin ke jari Azrinaz.

Azrinaz merupakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan memiliki sepasang cahaya mata.

Sementara, Wak Doyok pula masih bujang.

BACA INI JUGA: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia

'Dengan Petik Epal, Dapatlah RM2,000 Seminggu'

'Dengan Petik Epal, Dapatlah RM2,000 Seminggu'

Dari sisi lain, tidak semua pemetik buah di Australia hidup menderita dan ditipu ejen, kerana masih ada juga bernasib baik dan berpeluang mengumpul wang yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air.

Zaquan Ahmad Petik Epal

Seorang bekas penjual kereta terpakai, Zaquan Ahmad, 28, dari Jitra, Kedah, kini sudah tiga bulan bergelar pemetik buah di benua Australia tanpa sebarang masalah.

Malah dia kini dalam proses mendapatkan visa pekerja bagi melanjutkan lagi tempoh mencari rezeki di sana untuk dua atau tiga tahun akan datang.

Berkongsi kembaranya, Zaquan berkata, hasrat berhijrah ke Australia timbul selepas perniagaan kereta terpakainya merudum akibat GST.

“Lepas perniagaan kereta terpakai susah nak laku tiga bulan lepas, saya dan rakan sekampung nekad berhijrah ke Australia menjadi pemetik buah. Kami tidak gunakan khidmat ejen, pergi sendiri guna visa pelancong.

“Buat masa ini, masih guna visa pelancong tapi sekarang dalam proses dapatkan visa pekerja dan visa perlindungan.

"Kalau dapat visa Kelas A, tidak perlu mohon visa bekerja sebab automatik dapat, tetapi kalau dapat visa Kelas C kena la mohon permit kerja," katanya.

Bersyukur kerana tidak ditipu “Alhamdulillah, pendapatan mingguan diperoleh biasanya sekitar AU$500 hingga AU$700 (RM1,500- RM2,140) bergantung kepada kerja.

Kadang-kadang dibayar ikut jam, ada juga dibayar secara kontrak,” kongsinya.

Kata Zaquan, jika kerja mengikut jam dia dibayar AU$14 (RM42), manakala kontrak ia tidak menentu dan bergantung tahap kerajinan.

“Kalau kutip (petik) anggur harganya berbeza kerana ikut jenis buah. Dalam tiga bulan di sini, sudah tiga kali pindah ladang... habis satu tempat pindah tempat lain pula.

“Waktu kerja biasanya jam 8 hingga 5 petang. Di sini, jam 4 petang sudah gelap. Kalau hujan lebat memang tidak boleh kutip langsung,” katanya.

Zaquan yang kini berada di daerah Victoria berkata, kerjanya kini kurang rancak kerana musim memetik buah sudah tamat.

“Sekarang masa pulling and rolling atau bersihkan ranting dan dahan anggur kering serta betulkan kedudukan pokok.

"Kerja ini teruk sikit dan dibayar murah tapi mahu atau tidak kenalah kerja. Di negara sendiri pun kita kerja kan?" soalnya.

Bagaimanapun katanya, apabila tiba musim petik buah, upah dalam tempoh seminggu mencecah A$1,000 (RM3,000) boleh menyimpan RM3,000 sebulan.

"Di Malaysia, nak simpan duit sebanyak tu dalam tempoh dua bulan belum tentu lagipun harga barangan di sini murah,” katanya.

Tips Dan nasihat buat pemetik buah

Untuk bekerja di negara orang, hati mesti kental, tahan lasak dan tidak manja.

“Hati kena kental, mula-mula kerja memang susah nak buat duit tapi dah lama, OK la. Kalau rasa tidak boleh buat kerja teruk sikit, lupakan hasrat mahu jadi pemetik buah.

“Buat masa sekarang, tak ada masalah sangat, lagipun bila dah dapat visa pekerja boleh lanjut lagi tempoh bermastautin di sini untuk dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Jelasnya, kerja memetik buah lasak dan perlukan individu itu berdiri serta jalan jauh.

“Sekarang musim bersihkan ladang dan pokok anggur, upah bulanan RM6,000 sebulan.

"Kebanyakan pemetik buah yang guna khidmat ejen mesti tak tahan lama, ada ditipu datang pada bukan musim buah jadi tak ada kerja,” katanya.

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Sumber: SH

Sunday, July 31, 2016

Ini Cara Jawapan Paling Sentap Bila Orang Tanya 'Bila Nak Kahwin?'

Ini Cara Jawapan Paling Sentap Bila Orang Tanya 'Bila Nak Kahwin?'

Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin, tapi adakalanya prihatin yang tak bertempat.

Bila Nak Kahwin

Lebih-lebih lagi dengan musim perayaan ini, bagi yang bujang, pasti selalu akan mengadap soalan: “Bila Nak Kahwin?”, “Bila nak berumahtangga?”

Kadang-kadang penat juga hendak melayan soalan yang tak ada penutupnya ini.

Tetapi anda jangan pening kepala, ini kerana menerusi perkongsian video di bawah, ia merupakan jawapan paling ‘logik’ yang boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh saudara mara anda.

Atau mungkin itulah kali terakhir soalan tu korang akan dengar.

Heh, selamat berhibur.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin


Sumber: Mynewshub.cc

'Time-Out Punishment' Kaedah Yang Sangat Berkesan 'Menghukum' Anak

'Time-Out Punishment' Kaedah Yang Sangat Berkesan 'Menghukum' Anak

Sebelum ini ramai kita diluar sana memukul anak kita sendiri apabila mereka melakukan kesalahan, walaupun mereka dipukul sedikit atau rotan, percayalah selepas itu mereka akan rasa sebasalah dan menyesal kerana memukul anak kesayangan.

Time-Out Punishment

Pelbagai tips telah kami sendiri kongsikan hasil dari perkongsian orang ramai, tetapi kali ini akan 'rare' hukumannya, tanpa menyentuh anak untuk diajar apabila melakukan kesalahan, tetapi iainya amat berkesan.

Jom kita baca perkongsian dari Tuan Mohd Yazid Ismail ini.

Bashir, Dhia dan Fina kena denda tengok dinding lagi, kali ni 7 minit. Sebab bergaduh.

Dah banyak kali saya guna kaedah ni. Senang dan berkesan. Denda macam ni namanya time-out punishment.

Saya dapat rasa banyak kelebihan time-out ni..

1. Senang nak laksana dan sangat berkesan.

2. Dapat bagi masa pada anak-anak untuk muhasabah. Ini boleh membina sedikit emosi kedewasaan pada mereka.

3. Ibu bapa boleh guna masa tengah time-out tu untuk bertenang.

4. Senang nak bagi tazkirah, anak-anak betul-betul dengar masa tengah denda.

5. Senang nak 'ugut' balik pada anak-anak, ugutan yang real. "Kalau Fina bergaduh lagi nanti kena mengadap dinding". Dulu ugutan tipu macam "nanti polis tangkap Fina". Ugutan tipu menyebabkan mereka jadi makin kurang percaya kat kita.

6. Perasaan anak-anak tidak terlalu terganggu dengan time-out, berbeza kalau kena pukul atau kena tengking.

7. Ibu bapa tak tidak terbeban dengan perasaan bersalah atau menyesal.

8. Hubungan anak-anak dengan ibubapa senang kembali normal macam sebelum kena denda.

9. Mudah nak tambah dos denda, kalau berulang kesalahan yang sama maka tempoh denda bertambah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jangan Sesekali Mahu Anak-Anak Cepat Membesar! Kenapa?

Sumber: Siakapkeli.my

Fenomena Pokémon Go Bukan Kejayaan Satu Malam!

Fenomena Pokémon Go Bukan Kejayaan Satu Malam!

Seumpama cerita kisah seribu satu malam, bukannya mudah buat pencipta permainan Pokémon Go, John Hanke untuk mengecapi kejayaan seperti hari ini.

John Hanke Pokémon Go Creator

Dia mengambil masa selama 20 tahun untuk Pokémon Go menjadi kegilaan baharu dunia.

Baru-baru ini, aplikasi Pokémon Go memecah rekod dengan 10 juta muat turun dalam tempoh seminggu sehingga trending di Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Bagaimana Hanke boleh meraih kejayaan itu?

Hakikatnya, kejayaan itu bukan datang dalam tempoh satu malam. Hanke melalui 10 peringkat dalam memastikan Pokémon Go berjaya menjadi fenomena.

Pada peringkat pertama iaitu pada 1999, ketika masih bergelar seorang pelajar, Hanke antara individu yang mencipta permainan dalam talian secara besar-besaran (MMO), yang diberi nama Meridian 59.

Peringkat seterusnya pula, Hanke melancarkan ‘Keyhole’, menghubungkan peta melalui kamera udara dan mencipta permainan dalam talian, GPS yang menghubungkan peta dunia.

Kejayaan ‘Keyhole’ itu menarik minat Google untuk membelinya pada 2004.

Dengan bantuan Hanke, ‘Keyhole’ berubah kepada ‘Google Earth’.

Kemudiannya, Hanke bertanggungjawab mengendalikan Google Geo dari 2004 hingga 2010. Bersama pasukannya, beliau mencipta Google Map dan Google Street View.

Dalam tempoh itu juga, beliau sudah memulakan gerak kerja untuk membangunkan Pokémon Go.

Pada 2010, Hanke melancarkan Niantic Labs sebagai permulaan buat Google mencipta permainan berdasarkan peta.

Dua tahun kemudian, Hanke melalui Niantic Lab mencipta permainan MMO berasaskan GPS yang dinamakan Ingress.

Selepas itu, semuanya menjadi sejarah gemilang yang mengubah wajah dunia hari ini. Hebat!

BACA INI JUGA: 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: SH

Saturday, July 30, 2016

Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Akhirnya Yahoo! Dijual Pada Harga $4.8 Billion

Lama dulu sebelum Google berjaya mendominasi arena search engine, Yahoo merupakan rujukan pelbagai pihak. Buka sahaja mana-mana komputer, Yahoo pastinya merupakan homepage utama.

Verizon buy Yahoo

Langit tak selalu cerah, teknologi semakin berevolusi, akhirnya Yahoo semakin jatuh dan akhirnya Verizon mengumumkan pembelian Yahoo dengan harga $4.83 bilion secara tunai.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook.

Servis search, news, sports, email serta Tumblr antara yang terlibat dalam pembelian ini.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib Marissa Meyer selaku CEO Yahoo selepas ini.

Menerusi New York Times, Marissa Mayer berharap beliau masih dikekalkan di dalam syarikat tersebut serta bersedia untuk cabaran seterusnya menerusi kerjasama ini.

Marissa Meyer

Nasib beliau bersama Tim Armstrong sebagai CEO AOL bakal ditentukan seawal 2017 ini selepas termeterainya perjanjian pembelian ini.

Marissa Meyer bakal menerima pampasan sebanyak $57 juta jika kontrak beliau ditamatkan menjadikan beliau bakal menerima hampir $218 juta secara total selama bekerja dibawah Yahoo.

Pastinya bukanlah hari yang sedih buat seorang yang bakal kehilangan pekerjaan.

Mungkin tidak terkejar untuk menyaingi persaing terdekat mereka iaitu Facebook dan Google, Verizon berharap dengan data yang ada ditambah pula dengan gandingan Yahoo dan AOL, syarikat mereka bakal menjadi yang pencabar ketiga terbaik menerusi digital advertising.

Verizon

Perjanjian ini juga menandakan tamatnya 22 tahun Yahoo sebagai syarikat persendirian sebelum dibeli oleh Verizon.

Kami ingin mengucapkan goodluck kepada Yahoo untuk menempuh cabaran seterusnya. Terima kasih atas jasa Yahoo untuk search engine yang sememangnya awesome suatu ketika dahulu.

Kami sertakan beberapa #throwback laman web Yahoo suatu ketika dahulu yang mungkin mengingatkan anda tentang nostalgia bermulanya zaman awal internet.

BACA INI JUGA: Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Old+Yahoo
Old+Yahoo [2]
Old+Yahoo [3]

Sumber: Thevocket

Anak-Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Anak-Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Bila membaca kenyataan bahawa nanti murid tahun 3 akan belajar basic programming, hati saya jadi sedih.

Anak berbakat

Sedih bukan sebab anak-anak kena belajar seawal usia begitu, tak!

Bagus juga, ilmu harus diterokai.

Saya jadi sedih, sebab dunia ini tidak adil.

Sebab apa?

Kenapa anak-anak kita tiada pilihan ya? Adakah pembuat dasar di Kementerian Pelajaran semua bijak pandai dan ahli sains belaka?

Kenapa tidak dipandang nilai sastera, seni dan kebudayaan di situ?

Mana hak anak-anak kita seawal usia 9 tahun yang berbakat dalam bidang seni? Kena tunggu umur 12 tahun baru boleh memohon masuk sekolah seni. Itu pun sekolahnya amat-amat terhad. Saingan sengit.

Kenapa hak kanak-kanak yang berbakat begini sering dinafikan hak mereka? Tidak boleh orang dewasa berlaku adil?

Ada kanak-kanak sejak umur 3-4 tahun berbakat dalam bidang seni. Cuba tengok Youtube atau page kanak-kanak cilik yang berbakat macam anak Aziz M. Osman. Petah bercakap, sekarang sudah buat channel Youtube, ada pillow talk, ‘Kids to kids’, kita yang dewasa pun terhibur dengan kepetahan mereka.

Ada kanak-kanak usia bawah 10 tahun mampu menulis cerpen dengan baik, mampu menggarap puisi dengan baik, cuba lihat nukilan mereka dalam majalah kanak-kanak?

Ada kanak-kanak berbakat dalam bidang seni tarian tradisi, ini anak-anak yang ibu bapa berduit akan menghantar anak-anak ke kelas-kelas persendirian yang bukan murah yurannya.

Pernah lihat kanak-kanak umur 7 tahun yang melukis kartun, komik, potret dengan sungguh cemerlang?

Pernah kalian lihat kanak-kanak seawal 7-8 tahun licik di padang bola? Handal berlari atau berenang?

Pernah tak kalian merasa kuih, kek atau masakan sedap yang dimasak kanak-kanak usia 8-9 tahun?

Anak-anak macam ini akhirnya ke mana?

Di sekolah harian, mereka ini tidak dipandang pun, paling-paling cuma diberi perhatian bila sekolah nak cari wakil pelajar ke acara seni, penulisan dan sukan.

Habis pertandingan, budak tu ke mana? Bakat menulis pergi begitu sahaja..

Cikgu mengajar BM pula terpaksa kejar silibus, tak boleh fokus pada anak murid yang hebat bakatnya.

Kalau dalam dunia perniagaan, kita memang ada kapitalis yang kerjanya mengira untung rugi dan memikirkan untung semata. Ini dunia pendidikan bhai. Nasib anak-anak kita kita.

Berilah keadilan kepada anak-anak kita seawal usia untuk mereka belajar bidang yang mereka sukai. Sama seperti kalian memaksa kanak-kanak belajar programming diusia 9 tahun?

Tidak bolehkah kanak-kanak ini diberi ruang ekspresi dalam bidang penulisan? Seni? Sukan? 20 tahun akan datang, kita mampu melahirkan mereka ini sebagai profesional dalam bidang mereka.

Beri ruang dan peluang mereka berkarya, dan berjaya, jangan peram bakat mereka, yang akhirnya mereka dipandang sepi dalam sistem pendidikan kita yang memandangkan bidang seni ini pilihan terakhir, dan tidak bemanfaat, lalu tertinggal dan tercicirlah anak-anak yang berbakat besar ini ditelan sistem pendidikan ‘ala kapitalis’ ini.

Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun tanpa fokus kecenderungan yang khusus. Paling-paling ada kelas muzik seminggu sekali. Masuk sekolah menengah kelas muzik tidak ada dah.

Lihat ramai anak muda kita berbakat besar dalam bidang keseniaan, akhirnya bakat mereka sepusar bertayang di Youtube dan Facebook sahaja.

Pada emak bapa yang ada anak yang berbakat dalam bidang seni dan tercicir dalam pelajaran, tenang, bantu dan sokong mereka, mereka akan berjaya kalau kena gayanya.

Kalau mereka dipandang sepi di sekolah, di rumah pandanglah mereka dengan kejayaan, bukan kegagalan.

Tambahan

Sebagai penulis skrip, saya mahu berkongsi. Ramai penulis skrip kaya dan berjaya, kalau beringatlah dan kena rajin bekerja. Ada penulis senior yang saya kenali, hanya mensasarkan menulis 3 drama bersiri dan 5 telemovie setahun.

Satu drama bersiri 13 episod. 1 jam dibayar RM1,500 (paling kurang) kalau setahun dapat 3 drama bersiri 13 episod?

(RM1500 x 13episod = RM19,500)

RM19,500 x 3 drama bersiri = RM58,000.

Satu telemovie, paling kurang dia di dibayar RM5000. Kalau 5 sudah RM25,000.

RM25,000 + RM58,000 = RM83,000.

RM83,000 bahagi 12 bulan, Sebulan lebih kurang RM6,958.

Koman tak gaji RM6000 sebulan?

Kerja menulis duduk di rumah saja, gamak boring, keluar lepak mamak.

Ada seorang kawan penulis skrip masih muda, umur 26 tahun, kumpul duit beli rumah flat RM40 ribu, (cash okey) pakai kereta Honda apa tah macam sports car tu.

Ada kawan penulis boleh beli tanah harga RM120k tanpa sesen berhutang dengan bank.

Ada orang pandang?

Tak…

Orang pandang doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan lain-lain..

BACA INI JUGA: Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Sumber: Thevocket

Harga Dan Spesifikasi Xiaomi ‘Mi Notebook Air’, Laptop Canggih Dengan Harga Tidak Masuk Akal

Harga Dan Spesifikasi Xiaomi ‘Mi Notebook Air’, Laptop Canggih Dengan Harga Tidak Masuk Akal

Xiaomi telah melancarkan laptop pertama mereka dengan nama Mi Notebook Air dengan spesifikasi yang canggih serta harga yang rendah.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’

Rekabentuk

Sekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook Air juga sudah mengigatkan kami tentang laptop keluaran Apple.

Malah, Xiaomi dilihat lebih obvious meniru rekabentuk ini apabila menggunakan nama ‘Air’ pada model mereka.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [2]

Dalam pada itu, kami salute Xiaomi berjaya menghasilkan laptop pertama mereka dengan rekaan logam, bezel yang nipis serta skrin HD penuh.

Keyboard dengan backlit keys antara features yang tidak kami sangkakan untuk harga yang diumumkan.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [3]

Xiaomi juga berjaya menyediakan sebuah laptop yang 13% lebih nipis dan 11% lebih kecil berbanding Apple Macbook Air yang pada kami sebuah kerja yang hebat.

Meskipun tidak senipis Apple Macbook, kami lebih berminat dengan Xiaomi Mi Notebook Air yang masih mengekalkan port USB 3.0 yang pada kami masih penting dan releven.

Spesifikasi

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi

Dari segi spesifikasi Xiaomi seakan-akan bersedia untuk bersaing dengan laptop-laptop high spec yang lain. Setidaknya untuk bersaing bersama ultrabook yang lain.

Xiaomi Mi Notebook Air 13.3”

  • Dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5
  • Kad grafik Nvidia GeForce 940 MX
  • RAM 8 GB DDR4
  • Storan SSD PCIe bersaiz 256 GB
  • Dicas sepenuhnya menggunakan satu port USB-C
  • Jangka hayat untuk satu cas penuh tahan 9.5 jam


Xiaomi Mi Note 12.5”

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi [2]

Hadir dengan variant yang lebih rendah spesifikasinya. Dalam pada itu bukanlah bermakna laptop ini tidak mampu beroperasi dengan baik cuma tidak memfokuskan kepada kerja-kerja yang berat.

  • Menggunakan Intel Core M3
  • RAM 4 GB
  • Storan SSD-SATA 128 Gigabyte
  • Hanya seberat 1.07kg
  • Jangka hayat bateri selama 11.5 jam untuk satu pengecasan penuh


Terbaik untuk pengguna yang kerap menggunakan mobile office dan kerja-kerja ringan.

Harga

Menyentuh tentang harga, Xiaomi sekali lagi mengumumkan peranti keluaran terbaru mereka ini dibawah harga yang dijangkakan.

Untuk spesifikasi yang canggih serta rekabentuk yang boleh dikatakan premium, harga yang diumumkan boleh dikatakan agak rendah.

Harga bagi Xiaomi Mi Notebook Air 12.5” adalah RMB 3499 (RM 2140) manakala bagi versi 13.3” pula adalah RMB 4999 (RM 3054).

Harga mungkin sedikit berbeza apabila laptop ini mula dijual di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah laptop dengan spesfikasi yang power sebegini.

Memandangkan laptop ini adalah keluaran China serta dikeluarkan dengan harga rendah, kami yakin pasti ramai yang agak skeptical dengan ketahanan produk keluaran ini.

Nampaknya Xiaomi seakan sudah bersedia dengan persoalan ini dengan menyediakan ketahanan Xiaomi Mi Notebook Air yang dilihat mampu bertahan dengan baik.

Kesimpulan

Adakah Xiaomi Mi Notebook Air sebuah pembelian yang berbaloi? Sejujurnya jika diukur melalui harga, spesfikasi dan rekabentuk pembelian laptop ini merupakan pilihan yang terbaik.

Tahniah buat Xiaomi kerana berjaya mengeluarkan sebuah laptop dengan unique selling point yang sangatlah memikat hati pengguna.

Dari segi spesifikasi, rekabentuk serta aspek yang terpenting harga semuanya dititikberatkan oleh Xiaomi.

Kami yakin Mi Notebook Air dapat dijual dengan pantas dan banyak. Malah, dengan kualiti yang ada pada laptop ini mungkin tidak tertanding dengan laptop lain yang mempunyai range harga yang sama.

Walau bagaimanapun, kami masih menantikan review daripada website atau Youtuber terkemuka untuk mengatakan laptop ini berbaloi dibeli.

Hal ini disebabkan kami masih ragu-ragu dengan keupayaan Xiaomi memandangkan ini adalah laptop pertama keluaran Xiaomi.

BACA INI JUGA: Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Sumber: Thevocket

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

Bagi masyarakat Greek purba, neraka disebut Hades, sempena nama Tuhan Kematian. Dikatakan bahawa neraka adalah tempat kediaman Hades, letaknya di dalam perut bumi dan terbahagi kepada dua bahagian.

Greek Erebus
Gambar hiasan.

Erebus, tempat berkumpulnya roh orang mati sejurus meninggal dunia.

Tatarus, sebuah tempat yang lebih dalam, tempat orang-orang yang jahat dan keluarga gergasi Titan diseksa serta dipenjarakan.

Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang sangat gelap, dihuni sama oleh makhluk-makhluk menakutkan dan dipenuhi sungai.

Ditempat yang terdapat banyak pintu gerbang itulah Hades tinggal.

Pintu-pintu gerbang itu dikawal oleh raksasa yang mempunyai tiga kepala dan anjing yang mempunyai ekor naga.

Yahudi

Jews Gahenna
Gambar hiasan.

Di dalam kepercayaan purba Yahudi, orang-orang yang mati akan dimasukkan ke dalam Sheol yang terletak di dalam bumi.

Bagaimanapun, pada abad kedua Sebelum Masihi, konsep ini diubah dengan mewujudkan Sheol untuk manusia yang baik dan yang jahat.

Kemudian, neraka dalam kepercayaan Yahudi purba ini disebut Gahenna, iaitu sebuah tempat penyeksaan yang abadi dan dipenuhi api yang marak menyala.

Istilah Gahenna ini muncul daripada dua perkataan 'ge' dan 'hinno', iaitu sebuah lembah berdekatan Jerusalem yang pernah menjadi tempat manusia dijadikan korban untuk berhala Moloch.

Disitulah juga tempat orang yang jahat, dibenci masyarakat dan penjenayah dibakar.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Soalan Yahudi Tentang Solat

-SENTIASAPANAS.COM