Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang membuat pinjaman untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sekarang orang ramai juga sudah boleh membuat pinjaman untuk melabur dalam ASB2.
Persoalannya ialah, adakah ia satu langkah menguntungkan apabila kita meminjam untuk melabur? Ini kerana apabila kita meminjam, pasti ada kos tambahan seperti kadar faedah yang perlu dibayar sedangkan apabila melabur menggunakan wang sendiri, kita menerima agihan pendapatan secara seratus peratus.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan pelaburan menggunakan pembiayaan bank seperti pinjaman ASB boleh membantu pelabur membina tabungan kukuh dengan syarat ia ia diurus dengan bijak untuk tempoh jangka panjang.
Penasihat Kewangan, Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai PakDi dalam blog perancangan kewangannya, PakDi.net berkata, berdasarkan prestasi agihan pendapatan ASB setakat ini adalah tidak mustahil pelabur memiliki tabungan berjumlah kira-kira RM2 juta sekiranya mereka membuat pembiayaan selama 30 tahun untuk pinjaman maksimum RM200,000.
“Bagaimanapun jumlah tabungan RM2 juta itu hanya mampu dimiliki sekiranya pelabur tidak mengeluarkan agihan pendapatan yang diterima sepanjang tempoh itu,” katanya.
Suzardi berkata, ramai tidak nampak bahawa agihan pendapatan/dividenlah sebenarnya yang membantu pelabur membina tabungan kukuh.
Jika ia tidak dikeluarkan, modal pelaburan boleh berkembang lebih dua kali ganda selepas 10 tahun.
“Dalam sepuluh tahun pertama, kita akan rasa pengembangan pelaburan kita itu sangat perlahan, tetapi selepas sahaja tempoh itu, kita akan melihat ia berkembang dengan pantas.
"Syaratnya hanya satu, jangan mengeluarkan dividen/agihan pendapatan yang diterima,” katanya pada program Santai Labur PNB: Salah Faham dalam Pelaburan ASB – Jom Jadi Bijak yang diadakan baru-baru ini.
Pinjaman ASB dan ASB2 merupakan satu alternatif pelaburan untuk mereka yang kurang berdisiplin apabila melabur menggunakan wang sendiri.
Ia ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, BSN dan Affin Bank. Pembiayaan ini biasanya ditawarkan dengan caj pembiayaan antara 4.0-5.0 peratus setahun dan pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 untuk tempoh 30 tahun.
Suzardi berkata, selagi agihan pendapatan ASB lebih tinggi berbanding caj pembiayaan pihak bank, pelabur akan terus memperoleh keuntungan.
“Justeru dengan menggunakan Pinjaman ASB ini, pelabur sebenarnya berpeluang membina tabungan kukuh terutamanya untuk persaraan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengeluarkan langsung agihan pendapatan,” katanya.
Sayangnya ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan menerusi kemudahan pinjaman ASB ini untuk membina tabungan yang kukuh terutamanya untuk hari persaraan mereka.
Dengan melabur menggunakan Pinjaman ASB, pelabur boleh memulakan pelaburan dengan modal yang besar dan ini membolehkan pelaburan mereka berkembang lebih pantas berbanding sekiranya mereka melabur sendiri setiap bulan.
Namun begitu, ramai yang membuat keputusan mengambil pinjaman ASB tanpa memikirkan keupayaan untuk membayar ansuran bulanan dan akhirnya bergantung kepada agihan pendapatan tahunan untuk membayarnya.
Langkah ini agak berisiko kerana sekiranya agihan pendapatan ASB kurang daripada caj pinjaman, pelabur perlu mengeluarkan wang sendiri.
Bagaimana jika pelabur tiada kemampuan untuk berbuat demikian? Ia mungkin menyebabkan mereka gagal melunaskan pinjaman dan menyebabkan rekod mereka tercalar.
Selain itu, mereka juga tidak memikirkan komitmen masa depan hingga menyebabkan ada yang terpaksa menamatkan pinjaman lebih awal dan ini menyebabkan impian untuk memiliki tabungan kukuh apabila bersara tidak menjadi kenyataan.
Ada pula yang menamatkan pinjaman lebih awal bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana mengambil jalan mudah untuk mendapatkan pulangan kecil yang tidak mampu bertahan lama.
Suzardi berkata, apabila kita membuat Pinjaman ASB, agihan pendapatan perlu diurus dengan baik supaya matlamat pelaburan jangka panjang dapat dicapai.
“Sebagai contoh, kita mengambil pinjaman untuk tempoh 30 tahun tetapi menamatkannya selepas 5 tahun kerana inginkan keuntungan segera daripada agihan pendapatan sebanyak RM50,000.
“Kita mungkin gembira kerana menerima RM50,000, tetapi sebenarnya kita melepaskan peluang untuk memiliki kira-kira RM2 juta sekiranya pinjaman itu diteruskan sehingga tamat tempohnya,” katanya.
Suzardi berkata, walaupun selepas itu kita mengambil semula pinjaman ASB, jumlah yang terkumpul di akhir tempoh pembiayaan adalah tidak sama kerana masa dan agihan pendapatan terkumpul merupakan faktor penting yang membolehkan kuasa faedah kompaun menggandakan modal pelaburan.
“Kalau pun kita perlu mengeluarkan agihan pendapatan berkenaan, jangan keluarkan semuanya, sebaliknya hanya jumlah yang perlu dan untuk tujuan baik seperti membeli rumah.
“Jika tiada keperluan, lebih baik jika ia dibiarkan berkembang,” katanya.
BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!
Sumber: MalaysiaGazette