Monday, July 04, 2016

Siapa Yang Mencipta Macis?

Siapa Yang Mencipta Macis?

Macis atau mancis dicipta oleh seorang tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan di dalam sebuah sel gelap dalam bawah tanah di Istana Hohenasperg, Karlsruhe, Jerman.

Macis.jpg

Dikatakan bahawa Ludwig menggunakan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api.

Bagaimanapun, tidak diketahui tarikh tepat bila macis ini dicipta.

Ada juga yang beranggapan, macis mula dicipta oleh ahli kimia Hungry bernama Janos Irinyi.

Bagaimanapun, dia kemudian menjual hasil ciptaannya itu dengan harga yang murah.

Janos kemudian membuat sebuah kilang macis tetapi mati pada tahun 1895 dalam keadaan papa kedana.

John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England, dipercayai orang pertama mencipta macis batang seperti yang ada sekarang.

John Walker
John Walker.

Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang macis itu dikedainya pada 7 April 1827.

Harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya.

Untuk memercikkan api, seseorang perlu mencarik batang macis pada kertas pasir yang dilipat.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Kehebatan Senjata AK-47

-SENTIASAPANAS.COM

Euro 2016, Perancis Akhiri ‘Cerita Dongeng’ Iceland

Euro 2016, Perancis Akhiri ‘Cerita Dongeng’ Iceland

Perancis ternyata terlalu sukar untuk ditundukkan Iceland yang tewas dengan jaringan besar 5-2 pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade De France.

Perancis vs Iceland

Hakikat itu terpaksa diakui Iceland yang melangkah ke suku akhir dengan menyingkirkan England di peringkat 16 terakhir apabila gawang mereka dirobek sebanyak empat kali pada babak pertama.

Perancis jelas enggan membiarkan kebangkitan Iceland yang meledak gol pertama pada babak kedua dengan menambah gol kelima, tiga minit kemudian.

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud cemerlang pada perlawanan terbabit dengan menyumbangkan gol pada setiap babak permainan.

Selepas membuka tirai jaringan seawal minit ke-13, Giroud meledak gol kedua peribadinya pada perlawanan itu pada minit ke-59 sebelum dikeluarkan, seminit kemudian.

Tidak mahu mimpi ngeri yang melanda England berulang, Perancis menambah gol kedua menerusi pemain sensasinya, Paul Pogba pada minit ke-20 diikuti gol ketiga Dimitri Payet pada minit ke-43.

Penyerang berbisa Perancis, Antoine Griezmann kemudian menambah gol keempat pada minit ke-45 untuk tuan rumah menuju ke bilik persalinan dengan tenang.

Berbeza dengan aksi separuh masa pertama yang jelas dikuasai Perancis, Iceland berjaya mengimbangi permainan pada babak kedua dengan Kolbeinn Sigthorsson merapatkan kedudukan pada minit ke-58.

Tetapi, Perancis pantas melebarkan kembali jurang kedudukan menerusi jaringan Giroud yang juga gol terakhir tuan rumah pada perlawanan itu.

Ketika permainan hampir ke penghujung, Iceland sekali lagi melakukan kejutan dengan meledak gol kedua menerusi Birkir Bjarnason pada minit ke-84.

Gol itu begitupun sudah terlambat buat Iceland yang mencipta rekod penampilan terbaik sehingga ke suku akhir pada kempen Euro 2016.–Agensi

BACA INI JUGA: Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland Di Peringkat Dunia!

Ayat Paling Sentap Buat Semua Pejabat Zakat Di Malaysia!

Ayat Paling Sentap Buat Semua Pejabat Zakat Di Malaysia!

Artikel oleh saudara Saff Rainz beberapa tahun lalu ini kami kongsikan semula buat semua bagi menyelami perkara yang berlaku berkaitan peranan pejabat-pejabat zakat diseluruh negara.

Saff Rainz

Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat di seluruh negara, aku minta maaf sebab dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ya, aku tahu kau orang terpaksa ikut prosedur, masuk jam 7 pagi balik jam 5 petang.

Masuk kerja pagi, semak nama-nama asnaf di komputer, main telefon kejap, lepas tu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak, kemudian naik balik.

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.

Bukan aku tak tahu yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai, sorry, aku tak percaya.

Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur, itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak.

Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

Kalau kau nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaik taraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, manakala gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal!

Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat tetapi berpada-padalah.

Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah lembab, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta!

Kau orang boleh rujuk, kebanyakan bantuan bukan dari pusat zakat tetapi hasil dana orang awam dan persendirian.

Kau tahu organisasi apa yang datang seawal 12 jam pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana.

Mesti ada orang Islam yang tukar agama. Nampak tak kesan dia?

Yang duduk dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan, sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia, orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat.

Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2, "Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikan dan janganlah kamu berlumba-lumba melakukan dosa dan maksiat."

Kalau ulama-ulama dan ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati.

Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat dimana-mana sahaja ada pengemis Islam. Jauh sekali nak bantu pengemis bukan Islam. Kan?

Macamana benda ini berlaku? Aku bukan menyalahkan pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu.

Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan?

Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini.

Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham.

Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam, bukan sebaliknya. -Saff Rainz

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Sumber: Kertassputih

Friday, July 01, 2016

Tips Hebat Cara Bantu Isteri Buat Keputusan Ketika Bershopping!

Tips Hebat Cara Bantu Isteri Buat Keputusan Ketika Bershopping!

Setiap kali menemani isteri, sudah tentu si isteri akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan dan ia adalah 'nightmare' untuk setiap lelaki.

Lutfi Lokman.jpg

Namun, kini anda mungkin boleh 'memotong' masa menemani isteri anda shopping jika anda mengikuti tips yang genius dari seorang pengguna Facbeook ini.

Tips tersebut dikongsi oleh Lutfi Lokman di Facebook dan mendapat lebih dari 11,000 perkongsian.

Jom ikuti perkongsian dari beliau.

Tengahari tadi melayani isteri yang ingin membeli kasut di sebuah pasaraya di Gurney, Penang.

Saya mengambil inisiatif menjaga anak-anak sementara beliau pergi membeli kasut raya bagi menggantikan kasutnya yang sudah rosak. Maklumlah dah lama sibuk. Masa ni lah nak bagi peluang buat isteri.

"Teettt.." Mesej Whatsapp masuk.

Sekeping gambar di dalamnya ada 2 pasang kasut. Sebelah kasut asal beliau pun masuk dalam frame juga.

Saya sudah tahu jawapan. Tapi saya tidak terus menjawab. Cuma perhati apa soalannya.

"Yang mana cantik dan sesuai dengan saya ya?" tu dia soalan mai maut punya.

Saya tarik nafas dan mula menaip.

"Hmm.. Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak," ujar saya yang sudah bersedia.

"Ok! Thanks!"

Padat dan tak sampai 10 minit dia keluar dengan memakai kasut baharunya sambil tersenyum.

Tangan pun tak sempat lenguh dukung kembar lagi. Amacam?

Saya sangat berterima kasih pada siapa entah yang bagi tips supaya kau jangan jawab pendek sangat bila isteri tanya. Jawab seolah-olah kau berfikir walau hakikatnya otak kau tepu.

Cuba kita jawab, "Mana-mana je.."

Mau lagi 4 jam dia keluar. Itupun kalau jumpa jalan yang benar dan tak lalu poster sale 70%.

ikhlas,
Lutfi Lokman
‪#‎mutalis‬ beristeri 1.
Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Yang Suami Mahukan Ketika Di Ranjang!

Sumber: Siakapkeli.my

Jose Mourinho Faktor Utama Zlatan Ibrahimovic Ke Manchester United?!

Jose Mourinho Faktor Utama Zlatan Ibrahimovic Ke Manchester United?!

Dunia bolasepak sekali lagi menjadi ‘gila’ apabila Zlatan Ibrahimovic mengumumkan perpindahan beliau ke Manchester United dan bukannya Manchester United yang mengumumkan beliau terlebih dahulu.

Zlatan Ibrahimovic - Manchester United

Zlatan Ibrahimovic menggunakan platform media sosial beliau dengan kapsyen; ‘Masa untuk dunia tahu, destinasi saya seterusnya adalah Manchester United’

Zlatan Ibrahimovic mengambil keputusan ini setelah meninggalkan Paris St Germain pada akhir musim lalu.

Beliau mengakui, banyak tawaran datang kepada beliau namun pilihan muktamad beliau adalah Manchester United.

Zlatan Ibrahimovic - Manchester United [2]

Sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic telah menggemparkan dunia dengan persaraan daripada arena antarabangsa pada usia 34 tahun walaupun peminat tahu beliau masih memiliki kualiti hebat diperingkat antarabangsa.

Pencapaian

Ini adalah serba sedikit tentang pencapaian Zlatan setakat ini:

  • Zlatan Ibrahimovic membuat penampilan pertama untuk kelab kampung halaman beliau, Malmo pada tahun 1999.
  • Kemudian beliau berhijrah ke Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan & PSG.
  • Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 392 gol daripada 677 perlawanan. Musim lalu (2015/2016) adalah musim paling prolifik beliau dengan 50 gol daripada 51 perlawanan.
  • Beliau juga mencipta satu rekod untuk liga Perancis dengan 38 gol pada musim lepas.
  • Beliau telah memenangi trofi setiap musim dalam kariernya sejak 2001, termasuk 13 gelaran liga daripada 6 kelab berbeza.
  • Dalam empat musim di PSG, Zlatan Ibrahimovic memenangi 12 trofi, termasuk kejuaraan 4 piala (quadruple) sebanyak 2 kali.


Rekod Trofi

  1. Ajax: Eredivise (2001-02, 2003-04), 
  2. Dutch Cup (2002) 
  3. Dutch Super Cup (2003)
  4. Juventus: Serie A (2004-05, 2005-06) *kejuaraan Juventus kemudian ditarik balik
  5. Inter Milan: Serie A (2006-07, 2007-08, 2008-09) 
  6. Italian Super Cup (2006, 2008)
  7. Barcelona: La Liga (2009-10)
  8. Spanish Super Cup (2009, 2010)
  9. Uefa Super Cup (2009)
  10. Fifa Club World Cup (2009)
  11. AC Milan: Serie A (2010-11) 
  12. Italian Super Cup (2011)
  13. PSG: Ligue 1 (2012-13, 2013-14, 2014-15, 2015-16)
  14. French Cup (2015, 2016)
  15. League Cup (2014, 2015, 2016) 
  16. French Super Cup (2013, 2014, 2015)


Faktor Mourinho

Zlatan+Mourinho

Zlatan Ibrahimovic ada “banyak pilihan” untuk bermain pada musim depan terutama sekali di Itali dan Zlatan Ibrahimovic telah menganggap Itali sebagai rumah kedua beliau.

Namun, hubungan beliau dengan Mourinho nyata mengatasi segalanya. Mourinho adalah individu yang menjadikan karier Zlatan Ibrahimovic begitu cemerlang pada 2008-09.

Beliau dan Mourinho berjaya menjuarai Serie A pada tahun tersebut sebelum menyertai Barcelona yang disifatkan beliau sebagai antara langkah paling malang dalam kariernya.

Dalam bukunya I Am Zlatan Ibrahimovic, beliau menyifatkan Mourinho adalah pengurus yang beliau sanggup korbankan apa sahaja demi beliau.

Pada hari United mengumumkan Mourinho sebagai pengurus baru mereka, Zlatan terus berkata, “Dia adalah orang yang akan membawa mereka kembali ke atas, saya mempunyai masa yang hebat bekerja dengan beliau. Mungkinkah kami akan bekerjasama semula, saya tak tahu..”

Ianya menjadi petanda awal bahawa Zlatan Ibrahimovic akan ke United kerana Mourinho.

Manchester Derby paling panas dalam sejarah?

Zlatan+Jose+Pep Guardiola

Manchester United vs Manchester City, Mourinho vs Pep, Zlatan vs Pep. Ia adalah gambaran awal kepada suhu derby di bandar Manchester musim hadapan.

Zlatan Ibrahimovic dalam buku autobigrafi beliau melabel Pep Guardiola sebagai pengecut.

Presiden Barca sendiri mengakui, Zlatan Ibrahimovic mungkin akan menumbuk Pep Guardiola jika mereka berterusan bertentangan.

Jadi ia adalah ego yang akan menjadikan Zlatan ada misi peribadi untuk dirinya dan pada masa yang sama ia akan lebih indah kerana akan diselesaikan di dalam derby setempat.

Aset dan permasaran

Pakar kewangan bolasepak Rob Wilson, daripada Universiti Sheffield Hallam, menyatakan Zlatan Ibrahimovic akan menjadi pemain yang paling banyak dipasarkan United sejak Cristiano Ronaldo,

Jualan baju sahaja mungkin akan melebihi £50 juta. Ia sudah cukup untuk menampung kos gagal melayakkan diri pada kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Zlatan Ibrahimovic mempunyai profil global dan permintaan global,” kata Wilson.

“Peminat akan membeli baju dengan Zlatan Ibrahimovic di belakang mereka terutamanya Afrika, Asia Tenggara dan pasaran Amerika.”

“Hanya beberapa pemain tertentu yang ada nilai sebegitu, Gareth Bale, Neymar, Lionel Messi dan Ronaldo.” – Rob Wilson

Ego dan United

Zlatan Ibrahimovic adalah figura ikonik yang terkenal kerana ego beliau. Namun kini dia adalah sebahagian daripada Manchester United. Kelab yang besar dan berprestij.

Zlatan Ibrahimovic pernah menolak untuk bermain dengan Arsenal kerana ‘Zlatan tak akan melakukan audition’ ketika Arsene Wenger mengarahkan beliau menyertai sesi pemilihan.

Akhirnya beliau menyertai Ajax Amsterdaam pada tahun 2000.

Pada 2014, selepas Sweden gagal melayakan diri ke Piala Dunia Brazil, Zlatan berkata, ‘Satu perkara yang pasti, piala dunia tanpa saya maksudnya tiada apa untuk ditonton.’

Selamat datang ke Liga Inggeris

Welcome Zlatan Ibrahimovic to MU

Walaupun sudah berusia 34 tahun, Zlatan Ibrahimovic masih ada kualiti sebagai penyerang yang memiliki penyudah berbisa.

Fizikal yang kuat antara faktor dia sesuai dengan suasana di Liga Inggeris.

Dan pastinya, ramai peminat tertunggu-tunggu, apa yang akan bakal berlaku pada musim hadapan di kelab Manchester United nanti!

BACA INI JUGA: Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Sumber: Semuanyabola

Pak Lah Perdana Menteri Yang Tiada Pencapaian Langsung!?

Pak Lah Perdana Menteri Yang Tiada Pencapaian Langsung!?

Dakwaan Najib Razak bahawa bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad gagal membangunkan pengangkutan awam umpama “meludah ke langit”, kata seorang bekas pengarang kanan New Straits Times.

NAJIB+LUDAH+MUKA+SENDIRI.PNG

"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun, tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam.

"Oleh kerana itu, terdapat kekosongan, Pelaburan tidak mencukupi dan terdapat sistem yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak pihak," kata Najib pada ucapannya.

Setelah hampir 20 tahun, sudah pasti banyak pembangunan pesat berlaku, makanya penambaikan serta laluan baru perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa.

Tun Mahathir lah yang telah memulakan kesemua projek canggih yang dapat kita lihat sekarang, LRT, Monorel, Komuter, ERL, KLIA dsb. Najib hanya menambah baik apa yang sedia ada.

Setelah cubaan HIJACK projek kereta nasional Proton baru-baru ini, kini sekali lagi Najib cuba HIJACK projek LRT pula. Itu sajalah yang Najib tahu buat iaitu HIJACK projek Tun untuk ambil kredit buat dirinya!

Najib mungkin sudah sedar yang rakyat mula mempertikaikan apakah sumbangan beliau kepada pembangunan negara sejak 6 memerintah.

Cakap berdegar-degar kononnya Najiblah yang terhebat, duit negara berpuluh bilion dah habis dek 1MDB, lancar itu ini tapi kenyataannya, habuk pun tarak!

Nak tak nak, terpaksa Najib HIJACK apa saja projek zaman Tun Mahathir untuk diambil kredit buat dirinya sebab nak hijack projek Pak Lah, tak nampak apapun.

Tapi yang peliknya, kenapa Najib boleh buat-buat lupa zaman Pak Lah yakni pendahulu beliau yang sebenar? Boleh pulak main skip dan lompat terus ke Tun Mahathir?!

Nampak sangat yang Najib berdendam dengan Tun. Sama juga dengan kes Proton baru ni, amatlah tidak professional bagi seorang PM mengungkit menyalahkan PM terdahulu (apalagi dengan melompat sorang lagi PM sebelumnya).

Jelas Najib tidak punya idea sendiri untuk membangunkan negara, oooops maaf.. Najib ada ideanya yang tersendiri yang begitu idealistik tapi ternyata semuanya HAMPEH!

Maka terpaksalah Najib tumpang idea lama Tun Mahathir, namun masih relevan walaupun selepas berbelas tahun Tun bersara. Kemudian Najib cuba HIJACK idea Tun itu. Memang low class Najib ni..

Rasanya lepas ni akan ada lagi cubaan hijack projek-projek Tun Mahathir oleh Najib. Itu sajalah yang Najib mampu buat. Kesian..

BACA INI JUGA: Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Sumber: DinturtleOri

Kecacatan Akhlak Penentang Maryam Lee?

Kecacatan Akhlak Penentang Maryam Lee?

Perkongsian kali ini merupakan tulisan FAISAL TEHRANI, pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maryam Lee.JPG

“Gunting rambut?” tanya Heath.

“Cuci saja,” balasku ringkas. Aku duduk, memandang cermin memantul wajah sendiri. Heath menenyeh hujung rokok ke piring habuk, beredar membasuh tangan dan kembali. Dia juga membuka jendela.

“Maaf, rasa gian nak merokok datang lagi.”

Aku angguk.

“Sudah panjang.” Dia memegang hujung rambutku.

“Cuci saja.”

Selang beberapa lama dia menggentel kulit kepalaku, seorang perempuan berpurdah masuk. Dia ditemani seorang lagi teman yang mengenakan tudung Adijuma bercorak bunga lily.

Mereka memandangku dengan pandangan mengecam. Heath melaung nama Felicity. Gadis Tionghua asal Muar itu keluar dan menjemput kedua-dua perempuan ke kamar gunting yang terlindung, malah tertutup terus.

Sebuah bilik yang direnovasi dan kemudian ditirai di hadapan pintunya demi memastikan pelanggan tersebut mendapat privasi.

Aku melihat Heath dari cermin, “Sejak bila ada bilik untuk gunting rambut perempuan Melayu (yang kumaksudkan tentunya Muslim)...”

Heath memicit-micit kepala, membelai-belai rambutku. Barangkali dia satu-satunya lelaki gay Cina yang aku benarkan mengelus dan memintal rambutku begini. Aku sukakan Heath yang pandai menggayakan rambut.

Pernah sekali aku meminta menukar gaya rambutku persis Justin Timberlake. Dan tahun lalu, aku memintanya mewarnakan rambutku. Heath akur kehendakku sebagai pelanggan dan dia sentiasa menghormati permintaanku sebagai orang yang meraikan bisnesnya.

“Eh kan dah lama ada. Sejak ramai pelancong Arab datang. Mereka mahu bilik gunting yang tertutup. Kemudian perempuan Melayu pun mahu. Kami gajikan hair stylist perempuan.”

“Kenapa layan permintaan mereka?”

Heath tampak berkerut. “Err…” gumam panjang, seolah-olah musykil mengapa aku menanya soalan sedemikian.

“Kenapa layan permintaan perempuan Arab dan Melayu yang mahukan bilik tertutup untuk digunting rambut mereka?” aku melanjutkan pertanyaan.

“Sebab, mereka pelanggan saya loo..” terhenti sebentar dia mensyampu rambutku.

Aku menggesa lagi, kurang berpuas hati dengan jawapan niaga itu.

Heath menarik nafas, “Itu kan kepercayaan masing-masing. Orang Islam, perempuan, ada yang pakai tudung, tutup habis… mereka bilang aurat. Saya hormati lo. Saya sediakan tempat supaya mereka boleh buka tudung. Tak ada orang lain boleh nampak.”

Jadinya, seorang Cina gay, menggaji seorang Cina perempuan, merenovasi salon agar ada sebuah kamar untuk perempuan Islam melepaskan kerudung dan mendapatkan layanan sesuai dengan hukum-hakam agamanya.

Tidakkah itu keindahan sesama manusia?

“Kamu lakukan itu kerana memenuhi haknya sebagai pelanggan, sebagai perempuan Islam. Begitu bukan?”

Heath agak berhati-hati. Dia khuatir tersilap cakap. “Ya Pak Teh, kenapa?”

“Tak apa-apa.”

Aku memejam mata, menikmati tangan besar dan padat seorang lelaki Cina yang mengganyang belakang kepalaku. Kemudian memicit tengkukku. Sedap.

Ingatanku kepada Maryam Lee, temanku yang dikatakan hilang moral adab akhlak dan etis, perempuan yang dikatakan tiada common sense, kerana memilih makan ‘secara terbuka’ lantaran hilang syarat kelayakan untuk berpuasa.

Perempuan yang dituduh melakukan stunt, mengada-ngada, mereka-reka cerita, tak ada otak, attention seeker, tak cantik tapi berlagak lawa dan tiada malu.

Mengapa dia tidak melakukannya secara tertutup?

Mengapa itu pula harus salah dia?

Aku membuka mata, “Heath…”

“Ya Pak Teh…”

“Katakan kamu buka restoran dan bukan salon. Dan ada wanita Melayu-Islam yang tak puasa kerana datang uzur, dia minta nak makan di bulan Ramadhan di kedai ini, kamu jual makanan dan layani dia atau tidak?”

Heath diam agak lama, seakan memikir ke mana arahnya pertanyaanku, “Ya saya jual.”

“Biarkan dia makan di kedai?”

“Kalau macam ini salon ada bilik tertutup, saya beri mereka masuk makan di situ. Kalau tiada, saya tariklah bidai rotan saya di belakang tu. Tapikan…”

“Ya, tapi?”

“Nanti Jabatan Agama datang kacau, mungkin saya dapat susah.”

Aku angguk, “Jadi dua hal berbeza kan?

"Satu, kamu akan penuhi hak perempuan uzur itu untuk makan di sini, malah meraikannya dengan menyediakan sebuah ruang peribadi.

"Kedua, satu hal lain, adanya undang undang yang akan menghalang kamu melakukan itu?”

“Ya Pak Teh. Em, mari kita cuci rambut di belakang. Dengan air sejuk seperti selalu.”

Tatkala membayar upah tenaga kerjanya aku memberitahu Heath, “Terima kasih Heath. Kamu orang baik.”

“Selamat hari raya Pak Teh,” balasnya sopan.

Awal minggu itu aku masuk ke kamar kerja di institut. Seorang pelajar datang mengetuk pintu. Dia datang dari Fakulti Islam.

“Maryam itu jahil. Nasihatkan dia sikit Dr.”

Aku ketawa.

“Makanya kalau dia jahil, hukum yang kalian ingin paksakan itu tercicir sama sekali.

"Hukum fikah kan mengecualikan orang uzur, orang gila, dan orang jahil.

"Kalau yang dimaksudkan jahil itu bodoh menunjuk di sini, makanya dia tergolong orang yang tertindas, kerana dia tidak mendapat maklumat tepat oleh orang semacam kamu yang mempromosi agama marah, dan bukan agama ramah.

"Apa pun secara sosiologisnya, pabila orang bertengkar mengenai moral policing, berakhlak atau tidak perbuatannya; Maryam telah mencapai hasil atau objektif 'eksperimen' nya - iaitu mencetus perbincangan di media sosial, tentang siapakah pemegang moral, dan apakah definisi moral, adab, akhlak dan etis.

“Dia harus berakhlak Dr… dia hilang malu.” Pelajar itu memancing kemarahanku.

“Sebagai pengarang novel, saya dikenal sebagai orang yang pernah dan masih menggelumangi pelbagai pendekatan dan kefahaman sekolah pemikiran dalam Islam.

"Jadi hujah kononnya dia tidak ihsan, tidak adab dan tidak cukup etis jangan ditujah kepada saya. Kerana, kerana kecilnya saya, telah saya tempuh semua jalan itu.”

Pelajar itu diam.

Kebetulan saja kitab Zubdat al-Asrar nukilan Sheikh Yusuf al Makasari memang ada di atas mejaku. Beliau adalah ulama tasawuf agung Nusantara abad ke-17 yang berjihad memerangi Belanda sehingga dibuang negara ke Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Nelson Mandela pernah memuji sumbangan beliau dalam salah satu ucapannya. Aku mencapai kitab tersebut, dan membaca halaman 91 dari Zubdat al Asrar fi Tahqiq Ba’d Masyarib al-Akhyar: Teks Bahasa Arab Naskah A 101 Terjemahan Bahasa Indonesia’:

[Ahli-ahli ilmu dan hikmah berkata, “Yang dimaksud dengan akhlak mulia terhadap sesama makhluk ialah menyenangkan mereka, intim dengan mereka dan tidak menjauhkan diri dari mereka.”

Dalam hal ini Sayyidina Ali Ibn Abi Talib karrama Allah wajhah berkata, “Sebaik-baiknya perbuatan adalah menggembirakan hati teman-teman.”]

Tidak aku menanti pelajar itu membantah, aku membuka halaman lain, di muka 89:

[Barang siapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin kafir biarlah ia kafir, wassalam.

Kerana Rasulullah SAW pernah ditanya, “Siapakah orang yang paling dekat denganmu pada hari kiamat hai Rasulullah? Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, (Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia).

Oleh sebab itu berkata sebagian ahli tasawuf RA, “Tasawuf itu adalah akhlak yang baik (mulia), barang siapa tidak berakhlak mulia ertinya ia tidak bertasawuf. Fahamilah itu.

Akhlak yang mulia itu tercakup juga dalam sabda Rasulullah SAW sebagai berikut, (Tempatkan manusia sesuai dengan darjat mereka masing-masing), dan sabdanya: (Barang siapa telah beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka ia harus menolak orang meminta-minta kerana ia adalah hadiah dari Tuhan kepada makhluk-Nya).

Sabda Rasulullah SAW, (Semua makhluk adalah ibarat keluarga, dan yang paling dekat pada Allah adalah orang yang paling bermanfaat untuk keluarganya).]

Pelajar itu bagai ingin bersuara, mencelah. Aku membuat isyarat tangan, tanda masih ingin membaca petikan dari muka 81 dan 82 kitab tersebut. Dia mesti belajar bersabar.

[Diwajibkan pula atas hamba agar selalu berbaik sangka terhadap semua orang walaupun mereka selalu jatuh berbuat maksiat, apalagi orang lain yang tidak bersalah; sesungguhnya rahmat Allah lebih luas daripada kemaksiatan tersebut.

Firman Allah taala dalam hadis qudsi: (Sesungguhnya kasih sayang-Ku mendahului kemarahan-Ku). Tidak diragukan lagi bahawa semua dosa itu termasuk di antara sesuatu, dan segala sesuatu itu dapat diampuni oleh kasih sayang Allah, sesuai dengan firman ilahi-Nya, ketahuilah itu.]

Aku mengangkat muka dan memandang pelajar tersebut. Dia hanya duduk pegun membelai janggutnya yang kian memanjang.

“Anjuran agama adalah kasih sayang. Ajaran besar Sheikh Yusuf al Makasari yang memukau ramai di Sri Lanka dan Cape Town adalah berakhlak dengan akhlak Allah, supaya manusia mencontohi akhlak Allah dan menerapkan semua sifat Tuhan kecuali kesombongan yang menjadi milik mutlak-Nya.

Akhlak luhur yang didorong beliau terjelma bukan setakat kerana kemanusiaan dan rasa perkongsian makhluk yang munasabah tetapi ia tercurah dari kesedaran yang lebih besar dan hebat iaitu rasa kongsi kemakhlukan itu kerana kita sedar apa saja di semesta ini adalah makhluk Allah.”

Aku menutup kitab berjilid merah. Mata kami bertentangan. Entah mengapa aku merasakan Heath jauh lebih Islam berbanding Muslim yang menghujahkan soal akhlak untuk membantai Maryam Lee.

Manipulasi komponen tasawuf untuk serangan sedemikian, menjengkelkanku serta-merta. Ia tidak bertanggungjawab.

“Maryam, Asiah, Khadijah dan Fatimah menjadi penghulu wanita di syurga kerana pertama, keingkaran sosial dan politik yang luar biasa terhadap pihak berkuasa ketika zaman mereka; dan kedua, kerana mereka mempertahankan risalah kebenaran.”

Pelajar itu masih mahu menghujahkan, “Ya, perempuan suci itu melakukannya dengan etis.”

“Tahukah kamu apa itu etis?”

Dia diam.

"Aku tidak sampai kepada Allah dengan banyaknya solat dan puasa, namun dengan kesabaran, kebersihan, kerendahan, kelembutan dan kemurahan hati."

"Itu kata-kata Abdul Qadir al-Jailani. Dia ahli sufi, orang akhlak, orang Ihsan, orang yang berendam tasawuf. Sepertinya Sheikh Yusuf Makasari.”

Pelajar itu beredar, tidak berganjak dari pendiriannya.

“Maryam itu attention seeker,” Hujahnya lagi, ingin mempeluruku.

“Dalam era globalisasi simultan tidakkah kita semua begitu, kamu sebagai contoh mengejar likes di Facebook dan Instagram.”

Dia hanya tersengih, memandangku dengan mata tidak berkenyit.

Dia fikir dia lebih etis dari Maryam Lee, atau dariku tentunya. Dia fikir dia lebih tahu berbanding Sheikh Makasari atau Abdul Qadir Jailani.

Tidakkah sikap arogan dan non-toleransi sedemikian itu satu kecacatan akhlak? Mengapa agama harus keras? Mengapa agama harus menghukum?

Heath mungkin tertakluk sebagai kafir harbi dari kaca mata agamawan tertentu. Tetapi kelihatannya dia cukup menyantuni permintaan perempuan Islam, berusaha memahami keperluan mereka.

Saat pelajar itu menutup pintu kamar kerjaku, aku membuka kembali kitab Sheikh Yusuf Makasari. Dan aku mulai menulis catatan yang sedang kalian baca ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Apa Dan Siapa Sebenarnya Kafir Harbi?

Rasuah Halal Dan Rasuah Haram Di Malaysia?

Rasuah Halal Dan Rasuah Haram Di Malaysia?

Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.

Lim Guan Eng.PNG

Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.

Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tanpa perlu bermalam di lokap SPRM?

Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.

Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng.

Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.

Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.

Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.

Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.

Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.

Tetapi, seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, jika dulu rasuah berlaku secara sorok-sorok dan dibawah meja, sebaliknya di era ini ia sudah terang-terangan berlaku di atas meja.

Sebab itu, dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja.

Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini.

Berbanding dalam kes Lim Guan Eng di mana Peguam Negara mengetuai pendakwaan, beliau sebaliknya menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dengan mengarahkan ia ditutup dan dihentikan penyiasatan.

Pendeknya, apa yang berlaku melibatkan Najib, 1MDB dan kaitan kedua-duanya dengan Najib jauh lebih besar dan mengancam negara berbanding kes Lim Guan Eng yang tidak melibatkan kerugian kepada penjual banglo tersebut.

Jika tidak cukup besar, mana pernah sebuah syarikat milik kerajaan sampai disiasat oleh tujuh buah negara dan menyebabkan sebuah cawangan bank yang berusia ratusan tahun ditutup akhirnya di Singapura.

Membesar-besarkan nyiru kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai skandal yang lebih besar dan sudah berbau ke seluruh dunia.

Malah, jika 1,000 orang sekali pun didakwa dan dihadapkan ke mahkamah serta diperbesar-besarkan seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu, keadilan tetap tersembunyi selagi Najib bebas lepas dan merdeka seperti sekarang.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Kesalahan Najib?

Sumber: Shahbudindotcom

Harga Petrol Dan Diesel Julai Naik 5 Sen

Harga Petrol Dan Diesel Julai Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Julai masing-masing naik sebanyak 5 sen berkuatkuasa 1 Julai 2016.

Harga Minyak Petrol Dan Diesel.jpg

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak ketika mengesahkan kenaikan itu, berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter (termasuk GST 6 peratus).

Harga runcit bagi diesel pula naik 5 sen kepada RM1.60 seliter.

Harga runcit petrol sejak April lalu adalah RM1.70 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter.

Peningkatan harga ini adalah yang pertama sejak April 2016. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

Al-Fudhail, Seorang Pencuri Yang Menjadi Ulama Besar

Al-Fudhail, Seorang Pencuri Yang Menjadi Ulama Besar

Ini adalah kisah Al-Fudhail Ibn Iyad, seorang pencuri yang sangat ditakuti dan disegani yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk berubah dan menjadi seorang ulama besar.

Al-Fudhail.jpg

Nama Al-Fudhail sangat di takuti oleh para pedagang yang mana pada masa itu mereka berdagang dengan menaiki kuda dan unta untuk memasuki Kota Mekah.

Al-Fudhail mencuri dan merompak sesiapa sahaja yang dia suka tidak kiralah pedagang itu berseorangan mahupun datang dengan kumpulan.

Al-Fudhail bukan sahaja merompak di jalanan, malah dia akan memecah masuk rumah-rumah penduduk dengan menaiki atap rumah.

Pada suatu malam, ketika Al-Fudhail sedang bersiap untuk melakukan satu lagi kemungkaran kepada Allah SWT, sedang dia meniti atap sebuah rumah mangsanya, dia ternampak tuan rumah itu sedang melakukan solat Tahajjud.

Dalam solat itu, tuan rumah itu membaca surah Al-Hadid ayat 16 yang berbunyi, "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran Al-Quran, yang diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka)."

Al-Fudhail yang ketika itu berada di atas atap rumah mendengar jelas ayat Al-Quran ini tersentak, seolah-olah dia faham bahawa Allah SWT menurunkan ayat itu kepada orang-orang sepertinya.

Ayat ini seolah-olah menyeru dirinya untuk berubah!

Kemudian Al-Fudhail berkata, "Ya Rabb! Inilah waktunya!"

Dan pada ketika dan saat itulah, Al-Fudhail Ibn Iyad berubah serta-merta. Dia menginsafi segala perbuatan kejinya pada Allah SWT. Dia tidak lagi mencuri.

Dari seorang pencuri jalanan yang sangat ditakuti, Allah SWT mengangkat Al-Fudhail Ibn Iyad menjadi salah seorang ulama yang disegani dalam dunia Islam.

MasyaAllah..

Pernahkah kita terfikir dalam diri kita untuk berubah ke arah kebaikan, menuju ke jalan Allah?

Mengapa kita hanya mengharapkan Allah SWT memberikan hidayah dan taufik dahulu baru kita ingin berubah? Kenapa bukan kita yang mencari hidayah dan taufik itu?

Sesungguhnya dugaan dari syaitan itu sangatlah kuat. Setiap kali kita berazam atau terdetik dalam hati kita untuk berubah ke jalan Allah SWT, pasti syaitan yang dilaknat akan datang membisikkan di telinga dan di hati kita, "Kamu tidak mampu berbuat demikian, kamu tidak mampu untuk berubah."

Tapi adakah kita akan kalah dengan godaan syaitan yang dilaknat Allah ini? Tanyalah pada diri kita masing-masing.

Firman Allah SWT, "Hati mereka akan menjadi lembut kerana mengingati Allah."

Jadi lakukanlah apa sahaja yang boleh mengingatkan kita pada Allah dengan harapan Allah akan melembutkan hati kita untuk berubah ke jalan-Nya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Membolak-balikkan Hati manusia. Baca, dengar dan fahamilah ayat-ayat suci Al-Qur'an.

Lihat sahaja apa yang Allah SWT telah berikan kepada Al-Fudhail Ibn Iyad. Hidayah Allah datang melalui ayat Al-Qur'an.

Sekeras-keras hati Al-Fudhail, sehitam-sehitam hatinya yang dipenuhi oleh dosa-dosanya pada Sang Pencipta, akhirnya dibasuh dengan ayat suci Al-Qur'an.

Allah SWT mampu memberikan kepada sesiapa sahaja hidayah-Nya, dalam apa jua keadaan mereka sekalipun.

Tetapi Allah SWT akan memelihara orang-orang yang sentiasa meminta petunjuk dan hidayah dari-Nya.

Semoga kita memperoleh pengajaran yang baik dari kisah Al-Fudhail Ibn Iyad ini.

InsyaAllah..

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

-SENTIASAPANAS.COM