Friday, July 01, 2016

Perkahwinan Pelik Aaron Chervenak Pilih iPhone Sebagai Isteri!

Perkahwinan Pelik Aaron Chervenak Pilih iPhone Sebagai Isteri!

Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

Aaron Chervenak

Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles, California melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya.

Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

Aaron Chervenak [2].jpg

Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

Aaron Chervenak [3].JPG

“Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

“Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya.

BACA INI JUGA: Wasiat Mendiang Isteri Mahu Batu Nisan Diukir Bentuk Kemaluan

Sumber: Agensi/myMetro Online

Thursday, June 30, 2016

Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Zlatan Ibrahimovic telah mengumumkan persaraan beliau daripada arena bolasepak antarabangsa. Ia diumumkan sebelum perlawanan terakhir Sweden di Piala Eropah 2016.

Zlatan Ibrahimovic Score.jpg

Walaupun beliau kadangkala menjadi antagonis dalam arena bolasepak kerana ego, angkuh, dan cakap besar. Namun sangat sukar untuk peminat bolasepak untuk membenci beliau secara total.

Latar belakang

Zlatan Ibrahimovic dilahirkan dalam keluarga yang ayahnya adalah Muslim Bosnia dan ibu yang berbangsa Croatia di kawasan pekan kecil Rosengard terletak di Malmo.

Bandar yang ketika itu ada kadar pengangguran tinggi sekitar 62% serta berdepan dengan isu imigran yang tinggi. Latar belakang yang sukar ini mungkin menjadi sebab kenapa Ibrahimovic kerap memberontak.

Ia adalah perjalanan yang sangat indah apabila seorang budak dari pekan yang penuh dengan pergolakan dan masalah sosio-ekonomi berjaya menjadi kapten untuk negara beliau.

“Siapa sangka, lelaki dari pekan kecil Rosengard akan menjadi kapten Sweden.” kata Ibrahimovic dalam wawancara dengan BBC pada 2013.

Si angkuh Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic The King.jpg

“Saya sentiasa terbaca bahawa orang fikir saya seorang yang angkuh.”

“Mereka mengatakan saya angkuh, watak yang tidak baik. Saya memang memiliki karakter ini sejak kecil lagi.

"Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya secara berdepan, mereka berkata ‘imej yang digambarkan media adalah tidak tepat.'”

“Anda tidak boleh menghakimi seseorang itu sehingga anda bertemu dengan mereka. Saya tidak akan berbuat demikian.”

Definisi kejayaan bagi Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic Trophies.jpg

Bagi Zlatan, kejayaan akan sentiasa telah menjadi pengembaraan dan bukan satu destinasi. Maknanya, kita harus sentiasa mencari kejayaan yang baru, bukannya berpuas hati dengan satu titik kejayaan.

Beliau mebuktikannya dengan 13 gelaran liga di enam kelab yang berbeza serta deretan kejuaraan cup competitions serta pelbagai anugerah individu.

Beliau sudah bermain bersama kelab gergasi seperti Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan PSG sebelum menjadi free agent.

Zlatan masih ada nilai yang tinggi dan masih dikaitkan dengan minat oleh berberapa kelab besar termasuk Manchester United. Namun Zlatan buat masa ini masih belum mengesahkan destinasi beliau yang seterusnya.

Tersingkir dari Piala Eropah, Zlatan tetap Zlatan

Zlatan Ibrahimovic Frusted.jpg

Walaupun Sweden gagal untuk layak ke peringkat kalah mati, Ibrahimovic berkata beliau tidak akan pernah kecewa dengan rumusan karier antarabangsanya.

“Untuk mengakhirinya dengan rasa kecewa? Tidak pernah sama sekali. Ini kerana saya amat berbangga menjadi kapten Sweden dan apa yang saya telah berjaya melakukannya.”

“Saya datang dari satu tempat yang dipanggil ‘ghetto Rosemary’, kemudian menawan Sweden, dan jadikannya negara saya. Dengan cara saya. Sayalah Sweden.”

“Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua penyokong, kerana mereka menjadikan apa yang saya miliki hari ini mampu digapai, “katanya.

“Bagi saya kekecewaan tidak wujud, hanya kebanggaan, bersyukur dan berterima kasih.”

Beliau juga mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro walaupun beliau telah dinamakan dalam skuad bayangan Olimpik Sweden.

Kehilangan besar untuk Sweden

Zlatan Ibrahimovic - Ronaldo.jpg

Ibrahimovic merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah bolasepak Sweden. Beliau menamatkan tugasan di peringkat antarabangsa dengan 62 gol daripada 116 penampilan bersama Sweden.

Jurulatih Sweden, Erik Hamren mengiktiraf sumbangan Ibrahimovic kepada bolasepak Sweden sangat besar.

“Beliau adalah bintang terbesar yang kita miliki dan ia akan menjadi satu kehilangan yang besar,” kata Hamren.

Tambah beliau lagi, “Kami mempunyai seorang pemain antarabangsa yang benar-benar sama taraf dengan bintang seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan itulah Zlatan Ibrahimovic.”

Hamren berkata Ibrahimovic telah pun membincangkan pelan persaraan ini dengan beliau dalam bulan Januari atau Februari lalu.

“Saya rasa Sweden memang mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak, tetapi kita juga kehilangan Zlatan Ibrahimovic yang akan menjadi satu kehilangan besar.

“Beliau memang penjaring gol. Tetapi, beliau juga individu yang telah benar-benar membantu bola sepak Sweden.”

Selepas perlawanan terakhir menentang Belgium Ibrahimovic berkata, “Saya berasa berat hati. Ia agak mengecewakan tetapi pada masa yang sama saya menikmatinya.

"Kami mempunyai kemampuan bermain dalam Kejohanan Eropah, saya mewakili Sweden pada kejohanan ini.”

Selamat tinggal Ibrahimovic Sweden

Zlatan Ibrahimovic Good Bye.jpeg

Zlatan menamatkan tugasan terakhinrya untuk Sweden pada 23 Jun 2016 lalu. Ia adalah satu perasaan yang berat untuk kita melihat persona seperti Ibrahimovic meninggalkan pasukan seperti Sweden.

Sebastian Larsson turut berpendapat, ia adalah perpisahan yang terlalu awal dikala Ibrahimovic masih kompeten di arena tertinggi.

Antara aksi beliau dengan Sweden yang pasti diingati kita semua adalah ketika menewaskan Joe Hart dengan bicycle kick dari tengah padang.

Beliau juga menjadi inspirasi Sweden untuk menewaskan Denmark dalam play off Piala Eropah 2016.

BACA INI JUGA: Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Sumber: Semuanyabola

Banyak Sangat Palsu Di China, Terbaharu Universiti Palsu!

Banyak Sangat Palsu Di China, Terbaharu Universiti Palsu!

Sebut sahaja China, bagi masyarakat antarabangsa negara itu cukup terkenal dengan pelbagai produk tiruan jenama global malah kadang-kala lebih hebat pula daripada yang original.

Universiti Palsu China.jpg

Daripada telefon pintar ternama, produk elektronik dan gajet canggih, sehinggalah pakaian, baju jersi atau kasut sukan, aksesori wanita, telur ayam waima beras pun boleh dipalsukan setanding dengan produk versi sebenar.

Terbaharu dan paling mengejutkan dunia akademik, China bukan sahaja mampu mengeluarkan ijazah termasuk doktor falsafah palsu, bahkan lebih dahsyat, terdapat ratusan buah universiti palsu wujud di negara tersebut.

Kerajaan China baru-baru ini dilaporkan telah membongkar sejumlah 30 buah institusi pendidikan tinggi ‘hantu’ ketika jutaan pelajar sekolah menengah sedang bersiap sedia untuk mendaftar ke peringkat pengajian universiti.

Agensi berita rasmi Xinhua mendedahkan, sejak 2013 sebanyak 400 buah universiti palsu sudah disenaraikan sdaxue.com, satu laman web yang dikenali kerana keberanian membongkar institusi pendidikan palsu di China.

Pengasas laman tersebut, Xia Xue menyatakan kepada Xinhua, nama-nama universiti yang mencurigakan itu biasanya disebarkan menerusi jaringan e-mel atau media sosial tempatan sebelum mereka akan menyiasatnya.

“Sangat mudah untuk mengetahui helah yang mereka gunakan jika memalsukan nama sebuah universiti terkenal, namun lebih sukar untuk mengenal pasti jika yang dipalsukan adalah institusi kecil yang kurang ternama,” ujar Xue.

Terdapat lebih 2,000 buah universiti di seluruh China yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 15 juta orang termasuk hampir 400,000 pelajar antarabangsa dari 200 buah negara.

Beliau merujuk taktik digunakan penjenayah ini agar ‘universiti’ mereka dilihat meyakinkan. Institusi palsu ini ujar Xue, biasanya memakai nama dan laman web yang mirip institusi terkenal agar mudah menyelinap di dunia maya.

Meskipun demikian, setelah beberapa tahun mendedahkan senarai universiti palsu itu, Xue mengesan muslihat terkini sebahagian besar menggunakan nama institusi swasta dengan pengkhususan pengajian sepanjang hayat.

Universiti Palsu China [2].jpg

Kerajaan China, terutama pihak polis, kini turut menggunakan senarai daftar nama institusi pendidikan yang diterbitkan oleh sdaxue.com untuk mereka dapat melakukan proses penyiasatan forensik dengan lebih lanjut.

Perkembangan semasa menunjukkan laman web tersebut berjaya membantu hampir 10 juta pelajar lepasan sekolah menengah yang mahu mengikuti ujian kemasukan ke pengajian tinggi yang dikenali di China dengan istilah gaokao.

Pada masa sebeginilah lazimnya ramai pelajar berada dalam tekanan berat terutama daripada keluarga untuk lulus ujian saringan ketat itu dan seterusnya diterima melanjutkan pendidikan tinggi ke mana-mana institusi ternama.

Keadaan sengit tersebut menyaksikan ada kalangan calon yang sanggup melakukan pelbagai cara ‘kotor’ termasuk cuba menipu dalam ujian untuk memastikan mereka mendapat tempat menyambung pengajian peringkat tinggi.

Pada tahun ini, untuk kali pertama, pelajar yang didapati lulus dalam peperiksaan gaokao secara penipuan akan disabitkan atas dakwaan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

BACA INI JUGA: Pilih Universiti Atau Matrikulasi, Keputusan Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland Di Peringkat Dunia!

Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland Di Peringkat Dunia!

Iceland pernah mencapai ranking ke-23 dunia dari Julai 2015 sehingga Oktober 2015 sebelum kini menghuni rangking ke-34 (FIFA) dunia ketika artikel ini ditulis.

Iceland Euro2016.jpg

Dengan populasi penduduk kurang dari setengah juta orang, Iceland membuktikan saiz populasi negara mereka yang kecil bukanlah penghalang untuk mencari 23 pemain yang mampu bersaing secara kompetitif dalam kempen kelayakan EURO 2016.

Fakta menarik tentang Iceland

1. Iceland mempunyai musim bola sepak terpendek di dunia iaitu dari 20 Mei sehingga 30 September akibat musim sejuk yang amat ekstrem.

Ketika musim sejuk, Iceland hanya mendapat 3 jam cahaya matahari. Suhu pula boleh mencecah -30 darjah selsius.

2. Dengan populasi lebih kurang sama dengan bandar Kajang (332,529), liga bola sepak Iceland mempunyai 5 level.

3. Liga teratas Iceland, Úrvalsdeild karla, mempunyai 12 pasukan. Ia adalah liga semi-pro.

4. Pemain bola sepak Iceland lebih banyak menyasarkan peluang bermain di luar Iceland untuk menjadi pemain profesional. Ketika ini Iceland mempunyai 58 pemain profesional senior dan 23 pemain muda yang bermain di luar Iceland.

5. Iceland mempunyai 639 jurulatih berlesen UEFA B dan 196 jurulatih berlesen UEFA A dan 13 jurulatih berlesen UEFA Pro. Ini menjadikan Iceland antara negara yang mempunyai antara nisbah jurulatih:pemain yang tertinggi di Eropah.

6. Pemain bola sepak Iceland yang mempunyai profil paling besar adalah Eidur Gudjohnsen, yang pernah menyertai pasukan Barcelona dan Chelsea.

Ciri-ciri positif pemain Iceland

Pemain bola sepak Iceland dikatakan mempunyai ciri-ciri positif berikut sehingga menyebabkan mereka menjadi pilihan pasukan luar Iceland.

Ciri-ciri tersebut adalah:
  • Mendengar kata pengurus, jurulatih.
  • Bekerja keras.
  • Mudah menyesuaikan diri di negara luar.
  • Boleh mempelajari bahasa baru.
  • Mempunyai kepimpinan yang tinggi. Sebagai contoh, ramai pemain Iceland dipilih sebagai kapten pasukan seperti Eidur Gudjohnsen (Chelsea), Ivar Ingimarsson (Reading), Hallgrímur Jónasson (Odense BK), Kári Árnason (Malmö FF).

Bagaimana Iceland mewujudkan ramai pemain bola sepak profesional?

1. Iceland mempunyai ramai anak muda yang bercirikan atlet

kelas berenang.jpg

Kerajaan Iceland mewajibkan kelas berenang sekali seminggu di setiap sekolah di Iceland. Ini membolehkan anak muda yang berumur dari 6 hingga 17 tahun di Iceland sentiasa cergas dari segi fizikal.

2. Semua pihak terlibat sama dalam membangunkan bola sepak Iceland

Persatuan Bola Sepak Iceland.jpg

Pembangunan akar umbi merupakan bajet terbesar Persatuan Bola Sepak Iceland. Kerja Persatuan Bola Sepak Iceland turut dimudahkan dengan kerjasama ibu bapa, ahli politik, sekolah dan lain-lain.

3. Jurulatih berpendidikan tinggi

Jurulatih berpendidikan tinggi.jpg

Di Iceland, hanya jurulatih yang berkelayakan dan dibayar sahaja boleh melatih pemain 5 tahun dan ke atas. Kebanyakan guru pendidikan jasmani di sekolah biasa merupakan jurulatih bola sepak yang berkelayakan.

Hampir 50% daripada jurulatih di Iceland telah mempunyai lesen kejurulatihan UEFA B dan ke atas.

Info peribadi semua jurulatih (berlesen dan tak berlesen) di Iceland seperi nama penuh, nombor IC, nombor telefon, alamat, nama kelab, peringkat umur pemain yang dilatihnya dan alamat email disimpan dalam database Persatuan Bola Sepak Iceland.

Jurulatih juga sentiasa diberitahu mengenai kursus baru dan pengumuman penting dari semasa ke semasa.

Trivia: Jurulatih termuda di Iceland berumur 16 tahun.

4. Kelab tempatan mengamalkan polisi ‘buka pintu’

Kelab-kelab bola sepak Iceland sentiasa menerima pemain dari pelbagai peringkat umur (5-34 tahun) namun bukan untuk first team. Hal ini bermakna semua orang boleh menyertai pasukan kegemaran mereka!

5. Pemain yang berlatih bersungguh-sungguh tanpa gaji atau elaun

Iceland+No+Salary.jpg

Disebabkan Iceland tidak mempunyai kelab profesional, manakala kelab-kelab yang bertanding dalam liga teratas mereka hanyalah pemain semi-pro, banyak pemain mereka bermain tanpa gaji dan elaun.

6. Mereka berlatih di dalam ‘kubah’

kubah+iceland.jpg

Hasil pelaburan besar Persatuan Bola Sepak Iceland, mereka telah membina sebilangan stadium tertutup, padang tiruan, dan padang mini di setiap sekolah.

Fakta Menarik Pasukan Iceland Euro 2016

Sebelum kejayaan yang tidak disangka itu, Iceland telah mengalahkan Austria, Belanda, Turki dan Republik Czech sebelum berjaya menempatkan dirinya di dalam tangga kelapan teratas.

Namun, apakah faktor yang membawa kepada kemenangan Iceland tempoh hari? Mari kenali pasukan ini dengan lebih dekat!

1. Salah seorang pengurusnya merupakan doktor gigi

Heimir Hallgrimsson.jpg

Heimir Hallgrimsson bekerja sebagai seorang pakar ortodontik dan juga menjadi pengurus bersama pasukan bola sepak negaranya.

Beliau bekerja di sebuah pulau berkeluasan 13 km persegi bernama Heimaey dengan populasi kurang daripada 5,000 orang dan jutaan burung puffin.

Hallgrimsson juga bakal menjadi pengurus sepenuh masa pasukan bola sepak Iceland selepas Euro 2016 tamat.

2. 10 peratus populasi Iceland ke Perancis untuk menyokong pasukan mereka

Iceland footballer fan.jpg

Iceland mempunyai bilangan penduduk yang lebih kurang sama dengan sebuah bandar kecil di England, iaitu lebih kurang 332,529 orang, jadi jika 10 peratus daripada bilangan ini, bermakna lebih 33 ribu penonton daripada Iceland sama-sama turun padang bagi memberi sokongan moral kepada skuad bola sepak mereka!

3. Mereka berlatih di dalam ‘kubah’

Oleh kerana suhu yang agak sejuk di negara itu, suhu paling tinggi yang pernah dicatatkan setakat ini adalah 10 hingga 13 darjah Celcius.

Namun, apa yang lebih menyukarkan keadaan adalah tempoh masa siang dan malam mereka yang unik, iaitu tempoh 20 jam pada waktu malam pada bulan Disember.

Jadi, sudah tentulah keadaan ini tidak sesuai untuk berlatih bermain bola sepak.

Oleh itu, Iceland telah membina fasiliti indoor khas untuk latihan sukan tersebut selama lebih 15 tahun.

4. Penjaga golnya merupakan pengarah filem

Hannes Halldorsson

Hannes Halldorsson mengarah filem sebelum menjadi penjaga gol skuad bola sepak Iceland. Antara hasil kerja beliau adalah mengarahkan klip video wakil Iceland semasa pertandingan nyanyian Eurovision 1012.

Kesimpulan

Walaupun Iceland merupakan negara berpopulasi kecil, mereka mampu menjadi pencabar di bola sepak Eropah dengan:
  • pengurusan Persatuan Bola Sepak Iceland yang berkualiti dan kerjasama daripada semua pihak
  • membuat pelaburan besar untuk memajukan infrastruktur dan pembangunan akar umbi dan
  • menaikkan jumlah jurulatih berlesen di peringkat akar umbi.

Bagaimana negara kita yang memiliki hampir 30 juta orang tetapi berada di ranking sekarang adalah sesuatu yang memalukan.

Jika sebuah negara kecil seperti Iceland boleh melakukannya, mengapa agaknya Malaysia tak boleh?

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih


Sains Membuktikan Larangan Hadis Bahaya Tidur Meniarap!

Sains Membuktikan Larangan Hadis Bahaya Tidur Meniarap!

Lama sebelum masyarakat dunia mula mempersoalkan bahaya tidur meniarap, ramai percaya cara ini adalah sangat baik.

Bahay tidur meniarap.jpg

Sebelum ini juga, sains percaya tidur dengan dada dan perut dibawah baik untuk mengurangkan masalah dengkur dan apnea, suatu keadaan dimana pernafasan terhenti seketika ketika sedang tidur.

Pada tahun 1958, Dr. Benjamin Spock, seorang pakar kanak-kanak telah berkongsi ilmu dalam bukunya yang berjudul The Common Sense Book of Baby and Child Care.

Dalam buku yang laris terjual itu, dia memberi amaran terhadap amalan menidurkan bayi dalam keadaan terlentang.

Kerana katanya, pada posisi itu, jika bayi muntah, si kecil cenderung tercekik sehingga menyekat saluran pernafasan.

Namun, melalui kajian ramai saintis telah melahirkan penemuan-penemuan yang bercanggah.

Saintis dari American Academy of Paediatrics misalnya, menyatakan bahawa posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara terlentang dan bukan meniarap.

Bahkan, statistik kes kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) telah berkurangan sebanyak 50 peratus sejak posisi tidur bayi secara terlentang dicadangkan pada tahun 1992.

Bukti Bahaya Tidur Meniarap

Ilmuwan Islam, Dr. Zafir Al-Attar menjelaskan bahawa seseorang yang tidur diatas perutnya dalam tempoh tertentu akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ini kerana ketika seseorang sedang tidur meniarap, bebanan badan akan menekan dada sehingga menghalang untuk ia merenggang ketika bernafas.

Halangan ini boleh menjejaskan kesihatan jantung dan kecergasan otak kerana kekurang oksigen untuk sampai ke bahagian tersebut.

Menerusi kajian Mayo Clinic, tidur diatas perut bukan sahaja akan menyebabkan masalah pernafasan, malah ia juga boleh mencetuskan beberapa kesakitan dibahagian leher, belakang dan sendi.

Dr. Jan Lefkowitz dari Body In Balance Chiropractic juga senada dengan perkara itu.

Menurut Dr. Jan, tidur secara meniarap merupakan satu perbuatn yang paling berbahaya.

Katanya lagi, seseorang yang menghabiskan waktu tidur dengan posisi begini boleh mengakibatkan tulang belakang beralih dan mencetuskan sakit teruk pada bahagian belakang dan leher.

Bukan itu saja, tidur meniarap dengan kepala ke satu sisi juga terbukti boleh menyebabkan masalah juling kerana ia memberikan tekanan yang lebih pada bahagian leher.

Panduan Cara Tidur Dalam Islam

Daripada Ya'isyh bin Takhfah al-Ghifari meriwayatkan bahawa ayahnya pernah berkata, "Ketika aku sedang tidur meniarap di dalam masjid kemudian seorang lelaki datang menggerakkan aku dan berkata, "Sesungguhnya tidur meniarap seperti ini tidak disukai oleh Allah." Lalu aku memandang kepadanya dan mendapati bahawa lelaki tersebut ialah Nabi Muhammad SAW." Hadis riwayat Abu Daud.

Hadis diatas merupakan tegahan yang bersifat makhruh, dengan kata lain perbuatan tidur meniarap tidak akan mendatangkan dosa jika dilakukan, tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.

Adapun tidur meniarap kerana disebabkan sakit atau uzur, ia tidaklah menjadi makruh.

Posisi tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu mengiring ke sebelah kanan telah terbukti secara saintifik antara posisi tidur yang terbaik.

Kajian sains mendapati bahawa tidur mengiring ke kanan mampu membantu melancarkan aliran darah sehingga dapat mengurangkan tekanan pada jantung, saluran pencernaan dan hati.

Ulama turut menyatakan bahawa tidaklah menjadi masalah jika pada saat tidur nanti posisi kita berubah ke sebelah kiri, asalkan tidak tidur meniarap.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!

-SENTIASAPANAS.COM

Jadual Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Akhir Euro 2016

Jadual Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Akhir Euro 2016

Perlawanan Euro 2016 akan memasuki fasa Suku Akhir yang dijadualkan bermula pada 1 Julai 2016 dan perlawanan akhir pada 11 Julai 2016 dengan perlawanan akhir di Stadium Saint-Denis, Perancis.

Jadual Euro suku akhir 2016.jpg

Jadual perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir Final Euro 2016.

Tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia.

1. SUKU AKHIR

Poland vs Portugal (Marseille)
Jumaat (1 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 3-5 (Penalti) (Video)

Wales vs Belgium (Lille)
Sabtu (2 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 3-1 (Video)

Jerman vs Itali (Bordeaux)
Ahad (3 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 6-5 (Penalti) (Video)

Perancis vs Iceland (St-Denis)
Ahad (4 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 5-2 (Video)

2. SEPARUH AKHIR

Wales vs Portugal
Khamis (7 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 0-2

Jerman vs Perancis
Khamis (8 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 0-2

3. AKHIR

Portugal vs Perancis
Isnin (11 Julai 2016) 3am
Keputusan Perlawanan: 1-0

BACA INI JUGA: Lionel Messi Bersara Dari Arena Bola Sepak Antarabangsa?

Wednesday, June 29, 2016

Kisah Wafatnya Adam a.s. Dan Pembunuhan Pertama Di Muka Bumi

Kisah Wafatnya Adam a.s. Dan Pembunuhan Pertama Di Muka Bumi

Setelah menjalani kehidupan di muka bumi yang menuntut perjuangan, akhirnya Adam dan Hawa pun melahirkan zuriat.

Habil dan Qabil.jpg
Gambar hiasan.

Anak pertama mereka ialah pasangan kembar Qabil dan Iqlima dan setelah itu Hawa melahirkan anak lagi yang juga kembar, Habil dan Labuda.

Waktu pun berlalu dengan pantas. Setelah keempat-empatnya meningkat dewasa, Adam a.s. pun mendapat petunjuk dari Allah SWT agar menikahkan keempat-empat anaknya secara bersilangan.

Tapi, Qabil menolak pernikahan itu sebab di matanya, Iqlima jauh lebih cantik dari Labuda.

Dihadapkan dengan suasana itu, Adam menyerahkan persoalan itu kepada Allah SWT.

Pembunuhan Pertama Di Muka Bumi

Akhirnya, Allah SWT memerintahkan Habil dan Qabil untuk berkorban dan siapa yang korbannya diterima, maka dia yang berhak memilih jodohnya.

Dalam pelaksanaan korban itu, Habil memilih mengorbankan seekor kambing yang paling dia sayangi diantara haiwan-haiwan peliharaannya.

Sementara itu, Qabil mengambil sekarung gandum yang paling buruk dari gandum yang dimilikinya.

Kedua-duanya pun pergi ke atas bukit untuk melaksanakan perintah korban. Dan Allah menerima korban Habil, sedangkan korban Qabil ditolak Allah.

Maka, Habil lebih berhak menentukan pilihan dengan siapa dia akan berkahwin, tetapi Qabil tidak menerima keputusan itu.

Maka, dengan diliputi dendam dan kedengkian, Qabil akhirnya membunuh Habil dan inilah peristiwa pembunuhan pertama di muka bumi!

Kejahatan yang telah dilakukan Qabil itulah yang semakin menambah kedukaan Adam. Akibatnya, Adam menangis hampir setiap hari.

Sehinggalah pada akhirnya, Allah memberikan khabar gembira, mengurniakan Adam keturunan lagi.

Anak itu kemudianmya diberi nama Syith. Dan selain Syith, Adam diceritakan dalam sebuah riwayat, telah dikurniakan Allah empat puluh anak lelaki dan empat puluh anak perempuan.

Selain menjadi anak yang cukup dibanggakan oleh Adam dan Hawa, Syith juga diangkat Allah sebagai seorang Nabi.

Dan Allah SWT mewahyukan dan menurunkan kepada Syith sebanyak lima puluh ajaran (risalah).

Setelah Nabi Syith dewasa sementara Adam dan Hawa semakin tua, dan tatkala menjelang ajal yang hampir tiba, Nabi Adam mewaris dan mengajarkan kepada Nabi Syith tentang waktu-waktu pada malam dan siang, beserta amalan ibadah yang harus dilakukan pada waktu-waktu tersebut.

Nabi Adam a.s. Wafat

Hingga akhirnya, pada suatu hari, Nabi Adam a.s. jatuh sakit dan meminta sesuatu kepada anaknya, Syith.

"Wahai anakku, aku ingin beberapa biji anggur."

Syith memenuhi permintaan ayahnya itu. Syith meninggalkan Nabi Adam a.s. dan keluar untuk mengambil beberapa tangkai anggur.

Dengan perasaan gembira kerana dapat memenuhi permintaan ayahnya, Syith segera kembali dengan harapan agar ayahnya dapat segera menikmati buah anggur tersebut.

Tapi takdir ternyata berkata lain, sebab anggur yang dipetik Syith tidak sempat dimakan oleh Nabi Adam a.s.

Sewaktu Syith kembali semula, Nabi Adam a.s. sudah tidak bernyawa. Nabi Adam a.s. sudah meninggalkan dunia yang fana ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kisah Bermulanya Nabi Adam Diturunkan Ke Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

Awas! 7 Perkara Penting Isu Beg Udara 'Pembunuh' Takata

Awas! 7 Perkara Penting Isu Beg Udara 'Pembunuh' Takata

Kira-kira beberapa hari lalu, pihak Honda Malaysia telah memanggil semuala kira-kira 147,894 unit kereta keluaran mereka bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.

Krisis beg udara Takata

Tiba-tiba kita telah dikejutkan dengan kejadian pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.

Honda menerusi satu kenyataan berkata kereta berkenaan merupakan antara yang terlibat dalam kemaskini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015 di mana ia memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti.

Krisis beg udara Takata

Krisis beg udara Takata [2]

Mesti ada yang masih keliru, apa sebenarnya berlaku. Apakah kecacatan beg udara ini sebenarnya serius?

Jawapannya YA!, beg udara anda berisiko menyebabkan kecederaan parah atau maut, beg udara Takata yang mempunyai peletup yang rosak boleh menyebabkan anda atau keluarga anda yang memandu kereta anda terbunuh.

Ia seolah-olah meletakkan sepucuk pistol di depan muka anda dan pemicunya disambung kepada satu batu yang tergantung, jika batu itu tersentap, pistol mungkin meledak.

Untuk lebih anda faham jom baca pengerangan ringksa dan padat yang dari portal pandulaju ini mengenai beg udara Takata.

1. APAKAH ISU BEG UDARA TAKATA?

Beribu-ribu beg udara Takata disahkan mengalami defektif atau kecacatan yang membabitkan bahagian pemandu, penumpang dan sisi depan.

Secara spesifik pula, bahan kimia yang digunakan untuk mengembungkan beg udara itu sudah terjejas dan menyebabkan degredasi.

Kesannya, apabila kemalangan berlaku dan beg udara Takata mengembung, tindak balas bahan kimia yang sepatutnya mengembungkan beg udara menjadi terlampau kuat dan menyebabkan ia pecah hingga serpihan material di sebalik roda stereng menembak pemandu atau penumpang seperti peluru.

Serpihan material inilah yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Menurut laporan polis di Amerika Syarikat (AS), keadaan mangsa-mangsa kemalangan beg udara Takata yang terselamat tidak ubah seperti ditembak atau ditikam.

2. BAGAIMANA BEG UDARA BEKERJA?

Krisis beg udara Takata [3]

Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid.

Isyarat daripada sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia.

Bahan kimia itu kemudian akan mengurai dan bertindakbalas pantas untuk menjana gas nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar dari roda stereng, papan pemuka atau panel sisi.

Proses pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas 1/25 saat (40 milisaat).

3. APAKAH INFLATOR BEG UDARA?

INFLATOR BEG UDARA

Ada tiga bahagian beg udara; beg, sensor (yang membuatkan beg mengembung) dan inflator.

Inflator beg udara terdiri daripada sebuah kanister nitrogen, iaitu kandungan gas yang akan mengisi beg udara, termasuk papan elektronik yang berfungsi mengaktifkan gas untuk mengembang dan mengisi beg.

4. APAKAH ITU SERBUK PUTIH?

Serbuk putih yang dibebaskan apabila beg udara mengembung ialah tepung jagung atau serbuk talkum (bedak) yang digunakan pengeluar sebagai bahan pelincir supaya beg udara sentiasa berada dalam bentuk terbaik apabila diaktifkan.

5. APA SEBENARNYA BERLAKU KEPADA BEG UDARA TAKATA?

Krisis beg udara Takata [4]

Buat masa kini, kecacatan dipercayai berpunca daripada wafer inflator Takata berbentuk lengan kelawar (batwing) yang membolehkan lembapan meresapi masuk ke dalam peranti dan mengubah struktur kimia dalam peledak (propellant).

Akibatnya, peledak itu diaktifkan terlalu pantas hingga menyebabkan tindakbalas melampau yang memecahkan beg udara dan meledakkan serpihan material dalam kereta.

Beberapa persoalan juga dibangkitkan seperti penggunaan sejenis bahan kimia, ammonium nitrat sebagai peledak.

6. APA ITU PANGGIL BALIK?

Notis panggil balik (recall) dibuat apabila pengeluar seperti Takata menggesa pembeli memulangkan semula produk disebabkan isu keselamatan atau kecacatan yang boleh membahayakan pengguna.

Panggilan balik beg udara Takata itu menjejaskan 34 juta kenderaan dan mencatatkan rekod panggil balik automobil terbesar dalam sejarah AS.

7. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU BEG UDARA BERMASALAH DAN PERLU RECALL?

Krisis beg udara Takata [5].jpg

Sesetengah pengeluar akan membuat panggilan langsung kepada pelanggan mereka, dan ada pula yang mengeluarkan notis panggil balik di media massa seperti Internet dan media cetak.

Namun, dalam kes beg udara Takata, pengeluar lebih menumpukan kepada hebahan media massa disebabkan jumlah kenderaan yang terjejas terlampau banyak.

Anda pula perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Walaupun bukan pemilik jenama kereta terlibat, tetapi jika anda mengetahui ada kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan yang memandu kenderaan terjejas itu, anda sepatutnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat panggil balik yang dikeluarkan.

Bagi yang sudah mengetahui, anda boleh terus saja menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar masing-masing untuk menetapkan temujanji dan mengesahkan status beg udara kereta anda.

Pemilik kenderaan lama (2002 ke atas) ialah kumpulan paling berisiko mengalami masalah kecacatan beg udara Takata. Bertindak segera!

Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata.

Jenama: Honda

Model yang terlibat : Accord (2003 – 2011), City (2009 – 2011), Civic (2007 – 2011), CR-V (2008 – 2011), Freed (2009 – 2011), Insight (2011), Jazz (2009 – 2011), Odyssey (2004 -2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my

Jenama: Toyota

Model yang terlibat : Vios (2007 – 2008), Corolla Altis (2007 – 2008), Yaris (2007 – 2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my

Jenama: Mazda

Model yang terlibat : Mazda BT-50 (2006 – 2011), Mazda 6 (2003 – 2007)

Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my

Jenama: Nissan

Model yang terlibat : X-Trail (2002 – 2007), Teana (2004), Liberty (2003)

Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my

Jenama: Suzuki

Model yang terlibat : Swift 1.4 CKD dan CBU (2012 – 2014)

Hubungi talian 1-300-88 6699

(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)

Jenama: Mitsubishi

Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)

BACA INI JUGA: 10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Funtasticko/Siakapkeli

Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

Jika anda peminat cerita seram, tentunya legenda kisah seram sebuah rumah di Amityville, New York, terpahat dalam fikiran sebagai antara yang paling seram yang pernah diceritakan.

Amityville.JPG

Kisah yang kemudiannya diadaptasi ke filem menggunakan tajuk The Amityville Horror itu memaparkan kejadian misteri dan menakutkan yang menghantui rumah besar dengan lima buah bilik itu.

Dan kini, rumah itu diletakkan dalam senarai untuk dijual oleh firma hartanah, Coldwell Banker, dengan harga AS$850,000 (RM3.4 juta).

Menurut laman web hartanah, zillow.com, rumah tersebut 'sedang dalam pemerhatian' lebih 600 orang bakal pembeli.

Kali terakhir rumah itu dijual adalah pada tahun 2010 dengan harga AS$1.1 juta (RM4.5 juta).

Sejarah ngeri rumah berhantu itu bermula pada tahun 1974, apabila seorang penghuni menembak mati kesemua ahli keluarganya.

Dalam pengakuannya di mahkamah, Ronald DeFeo berkata dia bertindak demikian kerana mengikuti arahan satu suara yang meminta dia membunuh semua ahli keluarganya.

Banyak portal penyiasatan kes misteri melaporkan 'suara' yang didakwa didengari DeFeo itu berkemungkinan besar kerana tanah rumah itu dimiliki oleh seorang pengamal ilmu hitam, John Ketchum, sekitar tahun 1920an.

The Conjuring 2
The Conjuring 2.

Ketchum dikatakan disemadikan di tapak rumah itu, dan sehingga kini jasadnya dipercayai berada di situ.

Kali terakhir rumah itu merekodkan kejadian misteri adalah pada tahun 1975, di mana penghuni ketika itu, George dan Kathleen Lutz, terpaksa melarikan diri dari rumah itu hanya selepas 28 hari mendiaminya.

Rumah itu kemudiannya didiami sekurang-kurangnya empat keluarga, namun tiada laporan kejadian aneh.

Pasangan penyiasat Ed dan Lorraine Warren (watak dalam filem The Conjuring 1 dan 2), antara yang pernah menyiasat kes misteri di rumah itu.

BACA INI JUGA:

sumber: aa

Kisah Luarbiasa Euro 2016, Media British 'Belasah' Skuad England

Kisah Luarbiasa Euro 2016, Media British 'Belasah' Skuad England

Kisah luar biasa Iceland di Euro 2016 terus mencuri perhatian apabila skuad itu bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan England 2-1 di Nice, sekaligus menempah tempat suku akhir untuk menentang Perancis.

iceland vs england.jpg

Pada awalnya, kelibat pasukan kerdil yang mendapat sokongan padu itu diramal akan berakhir apabila bertemu skuad Roy Hodgson di peringkat 16 pasukan terbaik, namun ia benar-benar meleset.

Kemenangan Iceland ke atas negara bola sepak, England, bukan sahaja mengejutkan ramai pemerhati bola sepak, tetapi turut membuatkan jurulatih lawan itu meletak jawatan akibat terlalu kecewa.

Apabila Wayne Rooney meletakkan England di depan di minit keempat, Iceland dilihat seperti mendaki gunung untuk kekal beraksi di Perancis.

Tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan Ragnar Sigurdsson dua minit kemudian kembali membuka harapan.

Gol tunggal England itu diperolehi selepas menerima hadiah sepakan penalti daripada pengadil apabila Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti, manakala jaringan Ragnar Sigurdsson dilakukan menerusi tandukan.

Di minit ke-18, Kolbeinn Sigthorsson, pula menjaringkan gol hasil rembatan deras, dengan penjaga gol England, Joe Hart, hanya sempat menyentuh sahaja.

Selepas jaringan itu, walaupun Iceland seolah-olah sudah menutup aksi bola sepaknya apabila hanya bermain bertahan, namun kubu England masih lagi jarang-jarang diuji.

Penyerang Harry Kane turut mencuri tumpuan apabila melakukan voley menarik, bagaimanapun ia menuju tepat ke arah penjaga gol lawan untuk mudah diselamatkan.

Bersambung babak kedua, England membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Jamie Vardy (ganti Sterling) dan Marcus Rashford (ganti Rooney), tetapi tiada perubahan kedudukan berlaku.

Media British belasah skuad Roy Hodgson

Skuad England

Isu kekalahan 2-1 England di tangan Iceland di Euro 2016 menjadi bahan muka depan kebanyakan media di United Kingdom, dengan pelbagai tajuk dan gambar digunakan lebih terarah kepada ejekan dan mempersenda.

Dalam portal popular, The Sun, mereka menggunakan tajuk 'DUMBS GONE TO ICELAND: Roy Hodgson quits after England team humiliated by minnows at Euro 2016'.

The Sun yang menganggap ia keputusan memalukan dengan membuat ulasan, sebuah negara yang terkenal dengan memancing ikan kod mengecewakan skuad superstar jutawan di Euro 2016 dengan cara memalukan.

Dalam laporannya, pelbagai wajah kecewa penonton digunakan dan yang menarik perhatian gambar seorang kanak-kanak yang memakai jaket England sedang memegang kepala.

Sementara itu, portal Independent yang menggunakan tajuk "Roy Hodgson resigns as England crash out of Euro 2016 in embarrassing fashion" menulis, Hodgson dan pemainnya kini menghadapi stigma sepanjang hayat akibat terlibat dalam detik hitam sejarah bola sepak Inggeris.

iceland vs england [3].jpg

Portal berkenaan turut mempersoalkan, tewas kepada Amerika Syarikat pada 1950 adalah satu perkara buruk, tetapi bagaimana pula apabila kalah kepada Iceland dalam pusingan kedua di kejohanan besar?

Satu lagi laman berita, Dailymail, menyatakan: "Shocking England become a laughing stock as manager Hodgson quits after Three Lions are booted out of Euro 2016 in humiliating 2-1 defeat by plucky Iceland (population 332,000)".

Perenggan pertama dalam laporan artikel ini begitu sinis:"Pemain bola sepak England yang gagal akan pulang hari ini selepas mengalami kekalahan paling memalukan negara dalam sejarah, menjadikan mereka bahan ketawa di seluruh dunia."

BACA INI JUGA: Persoalan Terjawab! Kenapa Bolasepak Bermain 45 Minit!

Sumber: Astroawani