Friday, June 24, 2016

3 Jenis Universiti Awam Di Malaysia

3 Jenis Universiti Awam Di Malaysia

Pelajar Malaysia yang ingin memohon masuk ke Universiti Awam (kecuali Ijazah Pertama di USM, UiTM dan UM) mestilah mendaftar melalui UPU.

Universiti awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis.

1. Universiti Penyelidikan

Universiti Penyelidikan.jpg

Sejak tahun 2015, lima universiti di Malaysia telah dianugerahkan autonomi penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi:
  • USM – Universiti Sains Malaysia*
  • UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
  • UM – Universiti Malaya*
  • UPM – Universiti Putra Malaysia
  • UTM – Universiti Teknologi Malaysia

Universiti penyelidikan bertanggungjawab untuk secara aktif meneroka idea baru, bereksperimen dengan kaedah yang inovatif, dan mengambil inisiatif ilmiah dalam mencari dan mengembangkan pengetahuan.

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti penyelidikan adalah 50:50.

Antara misi utama universiti penyelidikan adalah menghasilkan pemenang anugerah Nobel dan menyediakan dana ujikaji dari industri berkaitan.

2. Universiti Berfokus

Universiti Berfokus.jpg

Universiti berfokus adalah institusi yang memberi perhatian terhadap industri-industri khusus seperti kejuruteraan, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.
  • UTM – Universiti Teknologi Malaysia
  • UUM – Universiti Utara Malaysia
  • UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • UTem – Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • UniMAP – Universiti Malaysia Perlis
  • UniSZA – Universiti Sultan Zainal Abidin
  • UMT – Universiti Malaysia Terengganu
  • UMP – Universiti Malaysia Pahang
  • USIM – Universiti Sains Islam Malaysia
  • UMK – Universiti Malaysia Kelantan
  • UPNM – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti berfokus adalah 50:50.

3. Universiti Komprehensif

Universiti Komprehensif.jpg

Institusi yang dikenal sebagai universiti komprehensif menyediakan program dalam pelbagai bidang pengajian.
  • UiTM – Universiti Teknologi MARA*
  • UIAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • UMS – Universiti Malaysia Sabah
  • UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti komprehensif adalah 70:30.

*Calon mahasiswa yang memohon Ijazah Pertama dari USM, UiTM dan UM mestilah memohon langsung ke institusi berikut dan bukan melalui UPU.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mendapat Pekerjaan Selepas Keluar Kolej Atau Universiti?

Sumber: Afterschool

Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

"Mereka tidak memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." Surah Al-Ghaasyiyah: 6-7

Ahli Neraka.jpg
Gambar hiasan.

Kalam Allah dalam ayat di atas bermaksud ahli-ahli neraka itu amat dahsyat keadaannya.

Mereka tidak akan memperoleh makanan yang enak, sebaliknya dihidangkan dengan nanah, darah dan buah-buahan berduri yang dipanggil buah Zaqum.

Sudahlah diseksa sedemikian rupa, ahli-ahli neraka yang kehausan ini dihidangkan dengan air minuman yang mendidih dan panas tidak terkata.

Bahawasanya Allah SWT telah berfirman, wajah mereka yang menjadi ahli neraka itu hitam legam, akal fikiran mereka lenyap, mereka tidak mati dan tidak pula hidup.

Setiap daripada mereka memiliki 70 kulit dan dari kulit yang satu kepada kulit yang lainnya berupa 70 lapisan dari neraka.

Dalam perut mereka bergelumang berpuluh-puluh ekor ular yang berasal dari dalam neraka dan ular-ular ini mengeluarkan suara yang amat menakutkan.

Mereka diikat, dirantai serta dipukul dengan besi, kemudian wajah mereka diseret-seret. Alangkah sedihnya keadaan ahli-ahli neraka,

Diriwayatkan juga, mereka ini dalam keadaan yang tersangat hina dan menakutkan.

Mereka meronta-ronta menjerit-jerit sambil meminta pertolongan dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, semoga engkau melindungi kami daripada seksaan ini."

Biarpun dalam keadaan meminta belas ihsan, namun mereka tetap dihumban ke dalam neraka untuk dimamah oleh api neraka yang panas sehingga luluh segala isi dan tulang-temulang.

Ditambat dalam neraka selama-lamanya dengan perasaan menyesal dan mengalami seksaan yang maha dahsyat, ahli-ahli neraka ditempatkan diruangan yang begitu sempit tanpa seurat benang.

Badan mereka berlumuran darah serta bernanah, kulit hangus kerana dibakar api neraka yang sangat panas.

Dalam kesakitan yang mengazabkan ini, ahli-ahli neraka merayu-rayu kepada Allah supaya dilepaskan seksaan tersebut sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Qur'an; "Mereka berdoa, "Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab ini (jika engkau telah melenyapkannya) sesungguhnya kami akan beriman. (Ad-Dukhaan: 12)

Tapi sudah terlambat!

Bahawasanya Allah SWT telah berfirman, dijadikan gunung-gunung untuk ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya; "Dakilah!" Lalu mereka mendaki gunung itu dengan wajah mereka selama 1,000 tahun. Akan tetapi setelah sampai ke puncak, maka gunung itu melemparkan mereka ke dalam keraknya yang jahanam.

Ahli-ahli neraka ini tersangatlah menderita dan apabila mereka meminta daripada Allah untuk diturunkan hujan, maka dibukalah awan yang hitam.

Mereka gembira, tapi yang mencurah turun bukannya air sebaliknya batu-batu dari neraka. Batu-batu panas itu terjatuh di atas kepala mereka dan tembus melalui dubur!

Mereka memohon lagi kepada Allah selama 1,000 tahun agar diberi hujan, maka nampaklah mendungnya awan dan turunlah hujan.

Namun hujan yang turun bukannya air, tapi ular! Jika ular itu menggigit, satu gigitannya saja sakitnya tidak akan hilang selama 1,000 tahun!

Semiskin-miskin ahli neraka adalah yang sering merintih kepada malaikat Malik selama 70,000 tahun, namun rintihan mereka tidak dihiraukan.

Lalu mereka mengadu kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, bahawasanya Malik langsung tidak menghiraukan kami."

Lalu Allah SWT berkata, "Wahai Malik, jawablah rintihan ahli neraka itu." Maka Malik pun berkata, "Wahai orang yang dimurkai Allah, tetaplah kalian sebagai ahli neraka."

Ahli-ahli neraka merayu lagi, "Wahai Malik, berilah kami air, kami akan istirehat sambil minum. Api telah memakan daging-daging dan tulang-tulang kami. Kulit kami menjadi masak, tulang-tulang kami koyak dan hati kami terputus."

Maka Malik memberikan minuman kepada mereka berupa seteguk minuman yang jika mereka memegang dan meminumnya, maka hancurlah jari-jemarinya, jika sampai ke perutnya maka putuslah usus-usus dan hatinya.

Ahli-ahli neraka ini begitu menginginkan makanan yang enak-enak, namun nanah, darah dan pohon berduri sahaja yang menjadi hidangan mereka.

Kerana tiada pilihan, mereka terpaksa memakan makanan yang dihidangkan, namun bila sampai ke dalam perut, maka berkecailah segala isi dan kulit dari tubuh mereka.

Ahli-ahli neraka ini diberikan pakaian daripada tembaga yang apabila dikenakan pada tubuh, maka kulitnya akan terbakar.

Setiap orang yang lapar pastinya menghendaki makanan kecuali ahli neraka.

Setiap orang yang telanjang pasti memerlukan pakaian kecuali ahli neraka.

Dan setiap mayat tentu menginginkan kehidupan, kecuali ahli neraka yang hanya menghendaki mati.

Demikianlah dahsyatnya seksaan yang akan dihadapi oleh ahli-ahli neraka seperti yang digambarkan dalam Al-Qur'an, hadis dan pendapat alim ulama.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri

-SENTIASAPANAS.COM

Jadual Perlawanan Pusingan 2 'Fasa Kalah Mati' Euro 2016

Jadual Perlawanan Pusingan 2 'Fasa Kalah Mati' Euro 2016

Perlawanan Euro 2016 akan memasuki fasa kalah mati yang dijadualkan bermula pada 25 Jun 2016 dan perlawanan akhir pada 10 Julai 2016 dengan perlawanan akhir di Stadium Saint-Denis, Perancis.

Euro 2016.jpg

Berikut Adalah Jadual Perlawanan Bagi Fasa Kalah Mati Euro 2016

Jadual perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir Final Euro 2016.

Jadual Perlawanan Fasa Kalah Mati Euro 2016.jpg

1. Pusingan 16 Pasukan (Waktu Malaysia)

Switzerland vs Poland
25 Jun 2016. 9.00pm
Stadium: Stade Geoffroy-Guichard, Saint-Étienne
Keputusan perlawanan: 1-1 (Penalti 4-5)

Wales vs Northern Ireland
26 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium: Parc des Princes, Paris
Keputusan perlawanan: 1-0

Croatia vs Portugal
26 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium: Stade Bollaert-Delelis, Lens
Keputusan perlawanan: 0-1

France vs Republic of Ireland
26 Jun 2016 jam 9.00pm
Stadium: Parc Olympique Lyonnais, Lyon
Keputusan perlawanan: 2-1

Germany vs Slovakia
27 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium: Stade Pierre-Mauroy, Villeneuve-d'Ascq
Keputusan perlawanan: 3-0

Hungary vs Belgium
27 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium :Stadium Municipal, Toulouse
Keputusan perlawanan: 0-4

Italy vs Spain
28 Jun 2016 jam 12.01am
Stadium :Stade de France, Saint-Denis
Keputusan perlawanan: 2-0

England vs Iceland
28 Jun 2016 jam 3.00am
Stadium: Allianz Riviera, Nice
Keputusan perlawanan: 1-2

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Bagi anda yang biasa memuat turun video dari internet, istilah BRRip, DVDRip, DVDSCR, CAM, TS, TC, dan R5 adalah format biasa pada setiap video.

Maksud Format Download.jpg

Tapi tahukah anda apakah maksud bagi setiap format ini? Ia sebenarnya adalah nama kualiti video dan supaya anda boleh mendapat kualiti video yang lebih baik, akan saya jelaskan lebih detail tentang erti BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, dan R5 tersebut.

Bluray/BRRip/BDRip

Resolusi besar iaitu 1920x1080 atau 1280x720 (bergantung failnya). Sesuai dengan namanya, filem jenis ini di rip dari media Blueray dimana kualitinya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan DVDRip.

DVDRip

Adalah filem hasil copy dari DVD original. Kualiti gambar dan suaranya sangat baik (DVD Quality), mendownload filem jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD original.

DVDScr atau DVD Screener

Adalah filem hasil copy dari PROMO DVD yang keluar sebelum DVD original dipasarkan. Video jenis ini biasanya akan terdapat pelbagai kelemahan dalam videonya seperti tanda air/watermark dalam video (hanya sebahagian layar), teks berjalan tanda preview atau di beberapa bahagian.

Video juga sering berubah warna yang asalnya full color menjadi hitam putih. Untuk kualiti suara biasanya sangat baik.

WEB DL

Filem berkualiti Web-DL biasanya diperolehi dari iTunes Store atau laman web lain yang menyediakan siaran TV melalui jaringan internet. Kemudian, filem-filem tersebut diubah suai dengan pelbagai cara yang kemudian kita download semula.

HRHDTV, HRHDTV, HDTV, HDTVrip, HDTC, HDTS

Adalah video hasil copy dari sebuah channel HDTV (High Definition Television). Untuk kualiti gambar dan suara sangat baik namun biasanya pada bahagian atas atau bawah layar dipotong untuk menutup sumber channel tempat dirakam.

Kualitinya hampir menyamai WEB DL.

Untuk HDTC, ia adalah rakaman menggunakan peralatan sebelum disalin semula ke format digital atau biasa disebut Telecine dalam kualiti HD. Kualiti audio dan videonya sangat memuaskan.

CAM Atau CAMRip

Adalah kualiti video yang bersumber dari video/filem yang dirakam menggunakan kamera tangan. Untuk kualiti, gambarnya sangat teruk dibandingkan dengan DVDRip, DVDScr dan R5.

TS Atau Telesync

Sama seperti kualiti CAM, ia juga berasal dari rakaman kamera tangan. Kelebihannya adalah, pada masa rakaman dibuat, perakam meletakkan alat audio recording dekat dengan sumber suara dan kemudian suara tersebut disatukan dengan hasil rakaman video menggunakan software video editor sehingga kualiti suara yang dihasilkan dari jenis video ini lebih baik daripada kualiti CAM.

Dan untuk kualiti gambar, sama saja dengan kualiti CAM dan bergantung kepada kedudukan kamera diletakkan pada saat merakam.

TC

Adalah proses rakaman video menggunakan alat untuk menyalin filem dari projector ke format digital atau biasa disebut Telecine. Untuk kualiti, audio dan videonya sangat baik.

R5

Adalah video yang dirilis di negara tertentu atau biasanya diseludup. Kualitinya sangat baik kerana di copy secara langsung dari DVD asli.

BACA INI JUGA: Top 10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Muat Turun

Sumber: marimaribelajar

Thursday, June 23, 2016

6 Punca Bisnes Restoran Mudah Lingkup Dari Pengalaman Saya

6 Punca Bisnes Restoran Mudah Lingkup Dari Pengalaman Saya

Kalau tiada ilmu jangan nak ‘try-test’ buka restoran. Lesap semuanya nanti. Orang yang cenderung buka restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.

Restoran selebriti.jpg
Gambar hiasan.

Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.

1. Modal

Buka restoran modalnya besar. Bajet renovasi+peralatan mungkin setel tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet ‘rolling’ untuk 6 bulan ‘survive. Bajet promosi dan marketing belum masuk lagi.

2. Taukeh lepas tangan

Biasanya orang yang berduit buka restoran akan ‘deliver’ banyak benda kepada ‘orang harapan’ untuk aturkan segalanya. Mungkin taukeh ambil tugas dalam pembelian (kononnya kawal dan jaga bajet). Perkara lain dia tak jaga.

3. Tidak sediakan ‘cara kerja’ atau SOP

Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin ok sikit tetapi bila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu.

4. Tamak

Bisnes restoran tak perlu tamak sangat. Bila dah dikuasi benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macamana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk. Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.

5. Terlampau berambisi

Kebanyakan orang berduit ini jenis yang berambisi dan ber ‘nafsu besar’. Bila restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah ‘idea’ hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?

6. Tak ‘upgrade’ ilmu

Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar saja sedangkan ilmu pengurusan restoran ini luas dan kena ‘upgrade’ kan selalu. Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.

BACA INI JUGA: Kisah Kolonel Sanders (KFC) Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sumber: Thevocket

Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?

Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?

Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) semalam tampil menjawab isu RM70 juta untuk 70 asnaf yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Jutawan+Zakat.jpg
Dakwaan yang viral di media sosial.

Melalui akaun Facebook PPZ, pihaknya menegaskan zakat fitrah yang dikutip akan diagihkan dan tidak pernah berlaku mana-mana jumlah yang terkumpul disimpan untuk kepentingan sesiapa.

“Viral baru-baru ini satu status Facebook maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan. Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan.

“Pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.

"Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami menyimpannya untuk sebarang kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Status yang menjadi viral itu mendakwa hasil kutipan zakat berjumlah RM 70 juta itu jika diagihkan kepada 70 orang asnaf RM 1 juta setiap seorang, Malaysia bakal memiliki 70 orang jutawan dan dalam tempoh 10 tahun, negara bakal memiliki 700 jutawan Islam.

Menyentuh soal dakwaan itu, PPZ menjawab, jika hanya 70 asnaf yang menerima, nasib 30,000 lagi penerima secara bulanan tidak ada terbela.

“Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru Kafa?

"Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk belajar?

“Sungguh luas ilmu zakat itu. Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bukan Ilmu zakat. Kita ada al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan Matematiknya,” katanya.

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Secara Online

Sumber: Dialograkyat

Apa Itu Penyakit Difteria, Punca, Gejala Dan Rawatannya?

Apa Itu Penyakit Difteria, Punca, Gejala Dan Rawatannya?

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Difteria.jpg

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteria.

Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri
  • Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
  • Sakit tekak dan suara serak
  • Sakit ketika menelan
  • Kelenjar di leher membengkak
  • Kesukaran bernafas dan nafas cepat
  • Keluar cairan dari hidung
  • Demam dan menggigil
  • Malaise
  • Kanak-kanak tidak mahu bercakap
  • Batuk-batuk
  • Sakit kepala serta keluar air mata

Awas Jika Anda Lambat Bertindak
  • Pernafasan terhenti
  • Radang pada otot jantung
  • Kegagalan jantung
  • Lumpuh saraf

Langkah-langkah Pencegahan Difteria
  • Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
  • Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
  • Rehat secukupnya
  • Elak dari menghirup udara yang kotor
  • Elak dari bakteria
  • Amalkan minum madu/air asam jawa
  • Jangan minum minuman berkafien
  • Jauhi minuman yang beralkohol

Jika Defteria Berlanjutan
  • Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.
  • Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Semoga sedikit informasi ini bermanfaat kepada semua.

BACA INI JUGA: Punca Penyakit Paru-paru Berair, Pencegahan Dan Rawatan

Sumber: Info-kesihatan-terkini

Pilih Universiti Atau Matrikulasi, Keputusan Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Pilih Universiti Atau Matrikulasi, Keputusan Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Bulan Jun adalah bulan dimana rata-rata pelajar lepasan SPM mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Pilih Universiti Atau Matrikulasi.jpg
Gambar hiasan.

Waktu ini adalah saat yang paling kritikal bagi seseorang pelajar ingin membuat keputusan apabila mendapat tawaran lebih daripada satu tempat.

Teringat saya akan satu situasi yang berlaku kepada anak buah saya bulan lepas. Anak buah saya bernama Aslam telah berasa keliru untuk membuat pilihan dan keputusan.

Sebenarnya itu adalah perkara normal bagi seorang pelajar yang baru melepasi pengajian di peringkat menengah.

Saya juga mengalami perkara yang sama lebih kurang 12 tahun lepas. Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku kepada Aslam mahupun sesiapa sahaja. Oleh kerana jarak kami yang berjauhan, Aslam menghubungi saya melalui Whatsapp.

“Assalamualaikum Uncle, Aslam dapat tawaran Matrik,” tulis anak saudara saya.

Lalu saya menjawab dengan perasaan yang sangat teruja “Waalaikumussalam, Wow, Tahniah!! So macam mana? Nak pergi ke?.”

Aslam membalas, “Tak tahu la. Tengok dulu lah kot-kot dapat U. Kalau dapat kos yang OK kat U, Aslam tak nak pergi marik.”

Kemudian saya membalas ringkas, “Ok, we’ll see later, pastu kita buat keputusan.”

Setelah hampir sebulan kemudian, jawapan Univeriti dan Politeknik diumumkan. Sekali lagi Aslam whatsapp saya, “ Assalamualaikum Uncle, Aslam dapat UiTM. Kos kejuruteraan Awam.”

Saya membalas, “ Waalaikumussalam… Wahhh..Tahniah sekali lagi. Rezeki Aslam la tu. Biasanya kalau dah dapat Matrik, tak akan dapat U. Then, macam mana? Nak pilih matrik ke Uitm?.”

Saya bermonolog sendirian di dalam hati, mohon Allah bukakan hati Aslam agar pilih matrikulasi kerana dia mengikuti pengajian bidang akaun semasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dulu dan matrikulasi pun mendapat tawaran bidang yang sama.

Sedangkan jika Aslam pilih Uitm, dia kena belajar benda baru dan juga bukan minat dia yang sebenar.

Perbualan kami tidak berhenti disitu. Aslam mebalas lagi, “Uncle rasa yang mana terbaik? Aslam rasa nak pilih Uitm la.”

Mendengar akan pertanyaan yang seakan meminta pendapat saya, membuatkan saya gembira sekurang-kurangnya saya boleh bagi pendapat, tetapi bila baca kenyataan kedua yang menyatakan hendak pilih Uitm itu membuatkan saya sedikit kecewa.

Berpandangan 10 Tahun Ke Depan

Pertanyaan Aslam tadi saya tidak menjawab dengan satu jawapan yang berunsurkan keputusan tatapi lebih kepada nasihat.

“Macam ni la Aslam, uncle tak nak paksa Aslam pilih matrik mahupun uitm. Sebab kedua-dua ada pro and cons.

Tetapi uncle nak Aslam renung balik diri sendiri, fikir untuk 10 tahun akan datang. Keputusan yang Aslam bakal buat akan menentukan masa depan Aslam sendiri. Bagi pendapat uncle, kita pilihlah apa yang kita minat.

Jangan pilih disebabkan ikut kawan mahupun title IPT itu. Uncle faham sebab uncle dulu pernah mengalami benda yang sama.

Susah untuk membuat keputusan sebab perkara pertama yang uncle set dalam otak adalah nak masuk ‘Universiti’ bukan nak belajar apa yang minat. Dulu Uncle dapat tawaran accounting dan engineering.

Mulanya uncle pilih accounting walaupun uncle tak minat langsung tapi sebab ikut kawan dan sebab nak masuk ‘Universiti’ uncle ketepikan minat dalam kejuruteraan.

Sekolah dulu uncle ambil bidang kejuruteraan. Tapi disebabkan tawaran kejuruteraan itu daripada Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), yang mana taka ada title universiti kat depan, uncle buat keputusan nak masuk uitm.

Tapi nasib baiklah masa tu, Ayah Long bagi nasihat. Akhirnya uncle pilih kejuruteraan bidang yang uncle minat dan selari dengan bidang masa uncle sekolah menengah dulu.”

Perbualan kami secara tidak langsung mengembalikan kembali memori saya sewaktu mula-mula hendak menapak ke menara gading dulu.

Dengan nasihat arwah abang long saya, akhirnya saya membuat keputusan yang betul dan sekarang saya telah menjadi Pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Perbualan kami sangat panjang. Saya meminta Aslam supaya fikir baik-baik, buat solat sunat istikharah agar Allah tunjukkan yang terbaik untuk dia membuat pilihan.

Selepas beberapa hari daripada perbualan kami, Aslam menghubungi saya untuk menyatakan dia telah pilih matrikulasi.

Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana saya rasa Aslam telah membuat keputusan yang terbaik tanpa paksaan mana-mana pihak.

Bagi saya pilihan samaada matrikulasi mahupun universiti itu adalah tidak salah, tetapi yang menjadi kesalahan adalah matlamat dan tujuan kita.

Kita kena pastikan pemilihan sesuatu tempat pengajian itu berdasarkan minat kita dan bukannya berdasarkan kawan atau title ‘universiti’ itu sendiri.

Tidak dinafikan sangat berat untuk membuat sesuatu keputusan baik kecil apatah lagi susuatu yang besar.

Walau bagaimanapun, sebagai umat islam kita seharusnya memohon dengan pencipta kita yakni Allah SWT untuk membuka pintu hati kita dan diberikan hidayah supaya senang dan jelas untuk membuat keputusan.

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan.

BACA INI JUGA: Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Sumber: Thevocket

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Pelik Kulit Merekah

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Pelik Kulit Merekah

Bayi perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di Nagpur, India 13 Jun lalu.

Harlequin Ichthyosis - Bayi Hantu.jpg

Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital dan Kolej Perubatan Lata Mangeshkar.

Penyakit pelik yang dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis, membuatkan kulit penghidapnya keras dan merekah. Rekahan membuatkan beberapa organ dalaman dapat dilihat.

Selain daripada mengalami rekahan pada badan, bayi tersebut juga terdedah kepada risiko jangkitan dan mengalami beberapa komplikasi lain seperti sesak nafas dan dehidrasi.

Penyakit seumpama ini merupakan penyakit genetik dan hanya berlaku sekali dalam setiap 300,000 kelahiran.

Penyakit yang dihidapi bayi perempuan ini membuatkan gambarnya tersebar di laman-laman sosial hinggalan ada segelintir netizen menggelarnya sebagai ‘bayi hantu’ meskipun ramai juga yang berasa simpati.

BACA INI JUGA: Pelik! Anak Kembar Tapi Beza Usia 11 Tahun

Sumber: Mynewshub.cc

Laman Web Khas Untuk Lelaki Islam Yang Ingin Berpoligami.

Laman Web Khas Untuk Lelaki Islam Yang Ingin Berpoligami.

Selepas laman web pertama yang diwujudkanya, iaitu "SecondWife.com" menerima sambutan yang menggalakkan, seorang ahli perniagaan di England, kembali dengan laman web terbaharu, "Polygamy.com', khas untuk lelaki Islam yang ingin berpoligami.

Polygamy.jpg

Azad Chaiwala, 33, percaya melalui laman web yang dibuatnya telah banyak membantu lelaki dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Selepas 'SecondWife.com' mencapai jumlah keahlian sebanyak 35,000, tercetus idea Chaiwala untuk membina nilai-nilai murni serta jujur dalam kehidupan berkeluarga khasnya kepada lelaki Islam.

Justeru, dengan menamakan laman web 'Polygamy.com', Chaiwala percaya ia pasti akan disukai dan diterima ramai seperti dalam laman web pertamanya itu.

Hasilnya, apa yang cukup mengejutkan Chaiwala ialah sejak dilancarkan awal tahun ini, dengan membawa slogan "Selamat datang ke Dunia Poligami", seramai 7,000 orang telah mendaftar sebagai ahli untuk mengharapkan bantuan memperolehi calon isteri baru mereka.

Kata Chaiwala, laman web ini diwujudkan khas untuk 'lelaki yang berkemampuan'.

"Laman web ini bukan berkhidmat kepada semua orang. Terdapat sesetengah lelaki yang tidak mampu dari segi tenaga batin dan kewangan untuk diberikan kepada wanita lain.

"Poligami bukan terhad kepada Muslim sahaja. Agama lain tidak mengehadkan bilangan isteri yang ingin dikahwini oleh seseorang lelaki," kata Chaiwala.

Bagaimana pun, Khalid Mahmood, seorang ahli Parlimen Islam British tidak setuju dan menyifatkannya sebagai 'perbuatan bodoh'.

Beliau turut memberikan amaran kepada golongan wanita British sekiranya setuju hidup bermadu, hak kewangan mereka akan sendirinya terhakis mengikut undang-undang yang termaktub dalam British.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Cantik Mualaf Indonesia

Sumber: SH