Thursday, June 23, 2016

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Pelik Kulit Merekah

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Pelik Kulit Merekah

Bayi perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di Nagpur, India 13 Jun lalu.

Harlequin Ichthyosis - Bayi Hantu.jpg

Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital dan Kolej Perubatan Lata Mangeshkar.

Penyakit pelik yang dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis, membuatkan kulit penghidapnya keras dan merekah. Rekahan membuatkan beberapa organ dalaman dapat dilihat.

Selain daripada mengalami rekahan pada badan, bayi tersebut juga terdedah kepada risiko jangkitan dan mengalami beberapa komplikasi lain seperti sesak nafas dan dehidrasi.

Penyakit seumpama ini merupakan penyakit genetik dan hanya berlaku sekali dalam setiap 300,000 kelahiran.

Penyakit yang dihidapi bayi perempuan ini membuatkan gambarnya tersebar di laman-laman sosial hinggalan ada segelintir netizen menggelarnya sebagai ‘bayi hantu’ meskipun ramai juga yang berasa simpati.

BACA INI JUGA: Pelik! Anak Kembar Tapi Beza Usia 11 Tahun

Sumber: Mynewshub.cc

Laman Web Khas Untuk Lelaki Islam Yang Ingin Berpoligami.

Laman Web Khas Untuk Lelaki Islam Yang Ingin Berpoligami.

Selepas laman web pertama yang diwujudkanya, iaitu "SecondWife.com" menerima sambutan yang menggalakkan, seorang ahli perniagaan di England, kembali dengan laman web terbaharu, "Polygamy.com', khas untuk lelaki Islam yang ingin berpoligami.

Polygamy.jpg

Azad Chaiwala, 33, percaya melalui laman web yang dibuatnya telah banyak membantu lelaki dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Selepas 'SecondWife.com' mencapai jumlah keahlian sebanyak 35,000, tercetus idea Chaiwala untuk membina nilai-nilai murni serta jujur dalam kehidupan berkeluarga khasnya kepada lelaki Islam.

Justeru, dengan menamakan laman web 'Polygamy.com', Chaiwala percaya ia pasti akan disukai dan diterima ramai seperti dalam laman web pertamanya itu.

Hasilnya, apa yang cukup mengejutkan Chaiwala ialah sejak dilancarkan awal tahun ini, dengan membawa slogan "Selamat datang ke Dunia Poligami", seramai 7,000 orang telah mendaftar sebagai ahli untuk mengharapkan bantuan memperolehi calon isteri baru mereka.

Kata Chaiwala, laman web ini diwujudkan khas untuk 'lelaki yang berkemampuan'.

"Laman web ini bukan berkhidmat kepada semua orang. Terdapat sesetengah lelaki yang tidak mampu dari segi tenaga batin dan kewangan untuk diberikan kepada wanita lain.

"Poligami bukan terhad kepada Muslim sahaja. Agama lain tidak mengehadkan bilangan isteri yang ingin dikahwini oleh seseorang lelaki," kata Chaiwala.

Bagaimana pun, Khalid Mahmood, seorang ahli Parlimen Islam British tidak setuju dan menyifatkannya sebagai 'perbuatan bodoh'.

Beliau turut memberikan amaran kepada golongan wanita British sekiranya setuju hidup bermadu, hak kewangan mereka akan sendirinya terhakis mengikut undang-undang yang termaktub dalam British.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Cantik Mualaf Indonesia

Sumber: SH

Minilove Gel Perangsang Nafsu Isteri

Minilove Gel Perangsang Nafsu Isteri

Bayangkan bila anda sudah melakukan pelbagai aksi dan cara untuk menaikkan ghairah dan isteri, namun ianya masih relax dan “kering” sahaja.. Tentu sekali memeningkan kepala anda.

Minilove Gel.jpg

Sebagai ISTERI pula, anda rungsing sebab sering tidak puas, suami pula sering “kantoi” awal. Tinggallah anda menyimpan perasaan sedih dan rasa tak puas itu dan macam-macam lagi perasaan.

AMARAN: Artikel ini bertujuan sebagai pendidikan dan promosi produk untuk yang sudah berkahwin sahaja. Bagi yang belum berkahwin (kecuali untuk tujuan perniagaan) ataupun masih dibawah umur, sila tutup page ini dengan segera. Terima kasih.

ATAU sebenarnya anda sendiri lambat terangsang? Lambat timbul rasa ghairah dan sensasi walaupun ada cubaan rangsangan seksual dari suami?

Perhatian: Semua pembelian adalah melalui admin blog sentiasapanas.com

Rahsia kebahagiaan rumah tangga terbongkar!

Kami ada rahsia mahu dikongsi. Ianya adalah rahsia terbaik kami. Dan ianya sungguh meyeronokkan jadi kami mahu kongsikannya dengan anda.

Anda adalah orang pertama yang mendengarnya dari kami iaitu satu revolusi sedang berlaku dan ianya membuatkan wanita seluruh dunia tersenyum kepuasan.

Kepuasan dalam hubungan seks adalah bagus buat ANDA!

Minilove gel adalah sejenis gel yang direka khas oleh wanita untuk wanita dengan menggunakan campuran bahan unik khusus untuk membantu wanita mencapai kepuasan dalam hubungan seks dengan suami.

Minilove Gel [2].png

Minilove Gel direka khas untuk wanita menggunakan teknologi pengekstrakan nano kilang dan molekul kecil formula berasaskan air, Minilove Gel sangat berkesan dalam meningkatkan perasaan seksual wanita dan keseronokan dalam hubungan seks dengan rasa ghairah yang tinggi.

Pengumuman Penting!
Kami tidak lagi membekalkan Minilove Gel. Kenapa? Kerana kini ada produk yang jauh lebih baik dan menakjubkan! Nak tahu, ketahui di sini; ANDA PASTI BERMINAT DENGAN PRODUK Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri.


CIRI-CIRI MINILOVE ORGASMIC GEL
  • Merangsang rasa ghairah di bahagian faraj.
  • Mengandungi bahan-bahan semulajadi.
  • Tidak mendatangkan kesan sampingan.
  • Mempercepatkan peredaran darah dan menaikkan ghairah serta membuatkan faraj lebih basah.
  • Sesuai untuk pasangan yang mempunyai nafsu dingin.
  • Penggunaan jangka panjang boleh meningkatkan sensitiviti klitoris.
  • Tidak berwarna & tidak berbau.

CARA PENGGUNAAN: Minilove Gel Perangsang Nafsu Isteri
  • Gunakan produk ini 5 minit sebelum hubungan seks.
  • Sapukan pada bahagian sulit anda dan urut dengan pulpa jari untuk penyerapan yang lengkap.
  • Beberapa minit selepas itu, Anda akan merasakan ghairah, rasa kehangatan dan ianya akan membuat faraj anda basah!

KANDUNGAN
  • 1 Botol = 15ML

Dapatkan SEKARANG!!
  • Harga Hanya RM100.00 Sahaja. PERCUMA POSLAJU
*Dapatkan harga ISTIMEWA jika anda membuat pesanan dari blog ini!

CARA MEMBUAT PESANAN

Berikut adalah langkah mudah yang perlu ANDA ikuti untuk membeli produk dari laman ini. Pilih produk yang ingin dibeli dan jumlahkan harganya.

ANDA hanya perlu SMS kan semua sekali dalam satu SMS (mencukupi) untuk memesan produk.

Langkah 1
  • Bank In @ Deposit jumlah amaun ke akaun bank di bawah;

Nama Akaun: Hamidi Hussin
1100-9608-5743

Langkah 2
  • Simpan slip@bukti pembayaran sehingga ANDA menerima produk yang di pesan.

Setelah membuat pembayaran mengikut harga yang telah ditetapkan, anda perlulah membuat pengesahan pembayaran melalui Whatsapp atau SMS:-
  • Nama penuh
  • Alamat lengkap
  • Nama produk
  • Jumlah produk
  • Jumlah bayaran
  • Nama Bank
  • Hari dan masa pembayaran

Hantar ke: 011-3150 7324

Nota: Jika bayaran dibuat menggunakan internet banking, sila masukkan;
  • Recipient email: sentiasapanas@gmail.com
  • Recipient reference: Nama Anda
  • Other payment details: No.Tel Anda
Ini untuk memudahkan kami mengesan bayaran tempahan yang dibuat.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POSLAJU MALAYSIA
  • 1-3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia
  • 3-5 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak
(Bergantung Kepada Poskod Kawasan & Zon Serahan Pos Malaysia)

Bungkusan-adalah-rahsia.jpg

Bungkusan pesanan adalah RAHSIA & SULIT. Tiada sebarang label produk. Privasi ANDA keutamaan kami.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 22, 2016

Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu

Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu

Saya ingin bertanya mengenai hukum memakai gincu bagi wanita, terutama ketika Ramadan. Adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?

Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan.jpg

ZIE, Puchong

Hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.

Firman Allah yang bermaksud, “...dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu...” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu dari segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.

Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.

Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembabkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.

Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.

Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa. ­

Wallahu a'lam.

Oleh: Ustaz Haslin Baharin

BACA INI JUGA: Adakah Sah Puasa Jika Tidur Sepanjang Hari?

Sumber: Lamankongsi

5 Destinasi Pelancongan Yang Mirip Cerita Dongeng!

5 Destinasi Pelancongan Yang Mirip Cerita Dongeng!

Melawat ke negara yang mempunyai tempat bagaikan alam fantasi yang menakjubkan memang menjadi impian setiap individu. Dengan alam yang tidak biasa dan pemandangan yang tidak nyata, tempat-tempat ini akan membuat anda bagaikan berada di dunia alam ghaib.

Dengan itu, jom kita lihat 5 tempat di dunia ini yang mirip dalam kisah–kisah dongeng.

Colmar, Perancis

Colmar.jpg

Daerah Colmar di Perancis merupakan kota yang paling indah di Eropah, seakan baru keluar dari negara dongeng.

Kota Kecil di Alsace ini terkenal untuk seni bina kota yang berwarna warni dan tempat ini merupakan kota terkering kedua di Perancis.

Pulau Faroe

Pulau Faroe

Sekali pandang, pulau ini seperti pulau yang dihuni para Hobits dan Elves dari “The Lord of the Rings”. Pulau ini bertempat di antara Iceland dan Norwegia, Samudra Atlantik Utara.

Terdiri dari 18 pulau, Pulau Faroe ini mempunyai pemandangan yang indah dan dramatis serta ombak yang begitu samudara.

Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschwanstein Castle

Istana yang mirip seperti ‘Istana Disneyland’ ini terletak di puncak pergunungan di Jerman dan sering menjadi inspirasi logo Disneyland yang kita lihat dalam filem- filem karya Walt Disney seperti Cinderella dan Sleeping Beauty.

Istana ini dikatakan mempunyai ruangan seperti ‘The Throne Room’ yang dihiasi dengan lukisan-lukisan di seluruh tembok dan mozaik dan ruang ‘The Singers Hall’ untuk pertunjukan musik dan drama. Macam menetap di alam sastera dan drama!

Greenland

Greenland

Greenland adalah sebuah alam liar yang terpencil dengan tiada pembinaan jalan yang lengkap dan pemandangan yang belum terjamah.

Permandangan alam yang menakjubkan ini tentu akan membuat anda menganga. Dengan jalan yang tidak lengkap dan penghuni yang tidak ramai, tempat ini bagaikan dihuni oleh Dwarf yang kita lihat dalam cereka dongeng.

Hutan Bambu, Jepun

Hutan Bambu, Kyoto

Hutan Bambu yang terletak di Kyoto, Jepun ini dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan industri filem, tetapi pemandangan hutan ini menyerupai latar belakang filem ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon or House of Flying Daggers’.

BACA INI JUGA: 10 Terowong Pohon Kayu Paling Indah Di Dunia

Sumber: Astroawani

Garfield Kini Berusia 38 Tahun Pada 2016!

Garfield Kini Berusia 38 Tahun Pada 2016!

Karakter kucing berwarna jingga dengan nama Garfield cukup dekat di hati peminat kartun. Jun ini, genaplah 38 tahun usia Garfield selepas wajah comelnya mula muncul buat kali pertama di dada-dada akhbar Amerika Syarikat (AS) pada 19 Jun 1978.

Garfield - Jim Davis.jpg
Jim Davis.

Selepas itu, watak Garfield yang merupakan seekor kucing berbulu jingga dengan sepasang mata kuyu, berbadan gemuk serta dikenali dengan sikap pemalas tiba-tiba menjadi fenomena dunia.

Bahkan komiknya yang paling banyak dibaca di seluruh dunia telah diterbitkan oleh 2,600 buah syarikat akhbar sehingga kini.

Dicipta oleh kartunis, Jim Davis, Garfield muncul selepas komik sulungnya, Gnorm Gnat gagal menarik minat pembaca kerana watak serangga yang diketengahkan menerusi naskhah berkenaan dikatakan tidak menarik.

“Komik ini berkisar tentang kehidupan seharian Garfield. Ia dibuat ringkas kerana saya mahu setiap kelompok masyarakat memahami isi kandungan komik,” ujar Davis.

Merasakan watak anjing telah terlalu banyak dalam karya-karya kartun, kartunis yang berasal dari Indiana, AS itu kemudian mencipta watak kucing Garfield yang dibela oleh seorang lelaki lurus bendul bernama Jon.

Watak tersebut dinamakan bersempena nama datuk Davis iaitu James A. Garfield Davis.

Fenomena

Garfield His 54th Book.jpg

Pada mulanya, komik tersebut lebih menekankan tentang kehidupan Jon iaitu tuan kepada Garfield.

Davis kemudian mengambil keputusan untuk menjadikan Garfield sebagai watak utama selepas merasakan karakter itu lebih mudah menambat hati pembaca surat khabar.

“Siapa sangka dalam tempoh tiga tahun sahaja, Garfield sudah mula diterbitkan di 850 buah syarikat akhbar selain mula mendapat permintaan untuk dijadikan sebagai cenderamata,” ujar Davis tentang watak ciptaannya itu.

Pada tahun 1981, Davis menu­buh­kan syarikat Paws Inc. untuk menguruskan bahagian cendera­mata. Sekitar tahun 1990an, Davis tidak lagi melukis Garfield dan menyerahkan tugas tersebut kepada pelukis lain. Davis bagaimanapun tetap menumpukan kepada isi kandungan komik tersebut.

Selain itu, Garfield juga cukup dikenali sebagai karakter kartun televisyen.

Sekitar tahun 1982 sehingga 1991, sebanyak 12 episod kartun animasi istimewa Garfield ditayangkan pada waktu puncak di saluran televi­syen seluruh dunia antaranya Garfield in The Rough, Garfield’s Halloween Adventure dan A Garfield Christmas.

Kegemilangan karakter itu tidak terhenti di situ, ia menjadi semakin popular apabila rancangan televisyen, The Garfield Show pula ditayangkan di saluran Cartoon Network pada 2008.

Ditambah dengan efek pengimejan janaan komputer (CGI) yang cukup menarik, watak Garfield terus meniti populariti tersendiri.

Filem

Garfield - Jim Davis [2].jpg

Filem Garfield pula mula ditayangkan di panggung-panggung wayang seluruh dunia pada 2004 dan 2006 iaitu Garfield: The Movie dan Garfield: A Tale of Two Kitties yang menampilkan Bill Murray sebagai pelakon suara kucing itu.

Selepas kejayaan demi kejayaan dikecapi, buku Garfield pula diterbitkan dengan kandungannya terdiri daripada himpunan koleksi komik yang telah diterbitkan sebelum ini.

Menariknya, ia dicetak dalam keadaan melintang bagi mengekalkan format komik tersebut yang dikenali sebagai format Garfield.

Semenjak kewujudannya selama lebih 30 tahun, tiada siapa dapat menyangkal karakter kartun unik itu sememangnya menjadi sebahagian daripada memori kanak-kanak kepada berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.

Selamat hari lahir, Garfield..

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Sumber: Kosmo

Gempar 'Wajah' Misteri Muncul Di Gunung Kinabalu!

Gempar 'Wajah' Misteri Muncul Di Gunung Kinabalu!

Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan puncak di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial. Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.

Misteri 'Wajah' Di Gunung Kinabalu!.JPG

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran 'wajah' dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung.

"Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara," katanya.

Misteri 'Wajah' Di Gunung Kinabalu!.JPG

Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan 'wajah' itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Yassin berkata pembentukan 'wajah' berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu. -mStar

Wajah Misteri Aki Nabalu

Gunting+Lagadan.jpg

Sebelum ini juga, semasa kejadian gempa bumi melanda Kundasang, Ranau, penampakan wajah misteri warga tempatan Sabah pertama yang mendaki Gunung Kinabalu, Gunting Lagadan, pada kawasan gunung yang runtuh pernah menggemparkan masyarakat Sabah.

Gunting+Lagadan [2].jpg

Adakah wajah misteri kali ini membawa bersama khabar yang tidak menyenangkan?

Aki+Nabalu - Gunting Lagadan.jpg
Penampakan Raut wajah iras-iras aki nabalu.

Sama-sama kita nantikan dan semoga apa pun bala malapetaka yang mungkin akan berlaku, semoga dijauhkan dari rakyat Sabah khususnya.

BACA INI JUGA: Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih

Makna Dan Sejarah Nuzul Al-Qur'an

Makna Dan Sejarah Nuzul Al-Qur'an

Allah SWT telah menurunkan Al-Qur'an sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.

NUZUL+Al-Quran+2016.JPG

Membaca Al-Qur'an serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah.

Al-Qur'an dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani.

Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah Al-Qur'an dan perkara yang berkaitan dengannya.

Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat Al-Qur'an, masanya, awalnya dan akhirnya.

Berdasarkan ilmu tersebut, kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

Pengertian Nuzul Al-Qur'an

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.

Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul Al-Qur'an ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan Al-Qur'an. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian Al-Qur'an.

Secara teknikalnya Nuzul Al-Qur'an bererti penurunan Al-Qur'an dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.

Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam Al-Qur'an sebanyak lebih kurang 290 kali.

Sebagai contoh, “Dia yang telah.. menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22)

“Dialah.. yang menurunkan Taurat dan Injil.” (Ali Imran:3)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

Cara Al-Qur'an (Wahyu) Diturunkan

‘Aishah isteri Rasulullah SAW meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah SAW menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-Ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

Peringkat Penurunan Al-Qur'an

Para ulama menyatakan penurunan Al-Qur'an berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan Al-Qur'an secara sekaligus.

Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan Al-Qur'an dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman, “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.”

Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan, “Al-Qur'an diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Qur'an mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas

Mengenai pendapat pertama mengenai Al-Qur'an diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh.

Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang Al-Qur'an dipelihara daripada sebarang pencemaran.

Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai Al-Qur'an diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut.

Kenyataan Al-Qur'an ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan, “Sudah pasti penurunan Al-Qur'an berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah SAW”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’.

Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan Al-Qur'an merujuk kepada sebuah Al-Qur'an atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204.

Allah SWT berfirman, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah SAW sebagai satu sumber menyokong pendapatnya.

Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan Al-Qur'an hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah.

Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak.

Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

BACA INI JUGA: Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

Sumber: Halaqah.net

Di Scotland, Pelajar Sentiasa Tidak Sabar Untuk Hari Esok!

Di Scotland, Pelajar Sentiasa Tidak Sabar Untuk Hari Esok!

Report card sekolah anak baru dapat minggu lepas. Tiada gred, tiada markah. Yang ada cuma laporan progres dua mukasurat.

Irwan Dahnil.JPG

“He enjoys expressing his ideas…”

“He has made some contribution to class..”

Semua laporan subjek dia berbunyi begitu. Yang baik-baik sahaja. Sampai aku kadang pun ragu dengan penilaian cikgu.

Mana tidaknya. Anak aku 9 tahun, sifir 2 pun belum hafal. Kadang-kadang sifir satu pun dia boleh konfius.

Tulisannya, Ya Tuhan! Cakar ayam. Selalu terbalik huruf B dan D. Selalu salah tulis nombor 3 jadi terbalik. Selalu cakap tergagap-gagap. Aku rasa kalau di Malaysia, mungkin dia sudah masuk ke kelas pemulihan atau kelas corot.

Irwan Dahnil [2].jpg

BARU DAPAT REPORT CARD ANAK. BERTAMBAH GARU KEPALA BAPAK. SORANG JADI MOUNTAIN RESCUER, SORANG JADI SCULPTURER. BAPAK DAH PRAKTIS GAYA JADI TUGU NI.

Pun begitu, hati aku sejuk tengok dia sekolah di situ.

Anak aku suka sangat pergi sekolah. Kelihatan mahu ke sekolah itu, seperti mahu ke theme park. Sentiasa tidak sabar untuk hari esok, dan mahu lagi ke sekolah.

Sayang sangat sekolah dan cikgunya. Patutlah bila cikgu akan bertukar sekolah, dia rasa sedih bukan kepalang.

Sedangkan masa aku tidak suka ke sekolah. Jiwa aku kacau. Lebih lagi subjek matematik. Bila part baca sifir, memanjang aku kena berdiri atas kerusi. Pusat hukuman.

Pernah satu hari aku ke sekolah mahu berjumpa dengan guru kelas, budak dalam kelas itu persilakan aku duduk sementara menunggu.

“Do you want to have a cup of coffee or tea?”

Ohoi!

Budak Darjah 5 offer aku minum. Dengan gaya konfiden. Sedangkan aku dulu mahu minta susu sekolah dari cikgu kelas pun terketar lutut.

Budak ini dilatih dan diberi kebebasan bercakap. Bercakap sampai puas, sampai letih. Kemudian belajar mendengar apa yang orang cakap.

Irwan Dahnil [3].jpg

Belajar menerima kritikan, belajar memberi pendapat, belajar mengolah fakta dan hujah. Berlapang dada dan meraikan perbezaan pendapat.

Dia tidak disekat atau diketawakan. Dia tidak marah melakukan kesilapan. Dia tidak dibash oleh kawan-kawan. Jiwa dia tidak dibunuh serta merta bila buat kesalahan.

Mungkin sebab itu anak orang putih bila bercakap macam popcorn. Petah sangat. Konfiden tahap tinggi. Sembang kemas. Cakap deras. Nampak macam pandai.

Malu juga kita yang sudah tua. Bila perangai buruk sudah jadi budaya, Bila orang buat salah je, hantam cukup rasa. Bila kawan bagi idea, olok-olok kan sahaja. Bila kawan kemuka cadangan, kita gelak suka-suka.

Berdiri depan cermin seketika itu lebih baik dari menyikat rambut selalu dan perasan hensem. Kita yang menggelakkan orang itu bukan main besar mulutnya. Sedangkan kita bukan sehebat mana.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Penggemar Susu Sekolah
Glasgow, Scotland

BACA INI JUGA: Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?

Sumber: Thevocket.com

Video Biawak Gergasi Cuba ‘Ceroboh’ Rumah!

Video Biawak Gergasi Cuba ‘Ceroboh’ Rumah!

Apa yang akan anda lakukan jika menyaksikan rumah anda sedang dipecah masuk oleh seekor biawak yang sangat besar sehingga boleh digelar gergasi?

Attanai Thaiyuanwong.jpg

Ini yang berlaku kepada seorang lelaki, Attanai Thaiyuanwong pada hari Ahad lalu apabila dia terlihat seekor biawak gergasi sedang mencuba untuk memasuki rumahnya di Nonthaburi, Thailand.

Biawak tersebut kelihatan persis seperti manusia dengan ketinggian yang dianggarkan setinggi lelaki Asia sedang berdiri tegak menggunakan kaki belakang dan mulutnya berada di tombol pintu.

Dari sudut pandangan Attanai, dia dapat melihat seolah-olah biawak tersebut sedang cuba memasuki rumahnya.

Attaanai kemudian mendapatkan bantuan dan cuba menghalau biawak tersebut dari rumahnya menggunakan kayu dan tali.

Beberapa ahli keluarga Attanai yang lain turut menyaksikan kejadian tersebut dari dalam rumah mereka menerusi tingkap yang berada bersebelahan dengan pintu rumah mereka.

Jeritan seorang lelaki boleh didengari dalam rakaman tersebut dan dia berkata, “Biawak di dalam rumah kami! Ia merupakan biawak yang sangat besar!”

Attanai Thaiyuanwong [2].jpg

Kemudian kedengaran pula suara seorang wanita yang mendakwa biawak gergasi itu akan meninggalkan tempat tersebut jika duit syiling dibaling kearahnya.

Suasana menjadi sedikit kecoh apabila reptilia itu menakutkan semua individu yang berada di rumah Attanai dengan mengibas ekornya.

Tidak dapat dipastikan jika biawak tersebut meninggalkan rumah Attanai tanpa sebarang kecederaan, tetapi melihat kepada status-status lain yang dikemaskini oleh Attanai di akaun Facebooknya selepas kejadian itu, kami menanggap biawak itu telah kembali ke tempat asalnya tanpa sebarang kecederaan.

Mengikut tradisi Thailand, kehadiran biawak dipercayai membawa ‘tuah’ kepada mereka yang berhadapan dengan haiwan tersebut.

Biawak juga dikenali sebagai Tua Ngern Tua Thong dan Hia di Thailand.

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi



Sumber: Mynewshub.cc