Kami senaraikan 2 telefon pintar terbaik untuk dimiliki dengan harga dibawah RM500 dan pastinya memuaskan hati pengguna.
Xiaomi Redmi 3S
Smartphone Bajet Dengan skrin 5.0 Inci, 13 MP Kamera serta Cip Snapdragon 430. Harga Xiaomi Redmi 3S Di Malaysia dijangka Sekitar RM499.
Xiaomi sudah memang terkenal menghasilkan smartphone berkualiti pada harga mampu milik. Terbaru, mereka menambah satu lagi model yang dinamakan Xiaomi Redmi 3S untuk pasaran 2016.
Menariknya ia dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu bermula dari CNY 699 di China atau sekitar RM499 bagi harga di Malaysia.
Spesifikasi dan reka bentuknya juga agak menarik walaupun ia dikelaskan sebagai smartphone murah. Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk emas, perak dan kelabu gelap.
Untuk paparannya, Xiaomi Redmi 3S hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD 720P. Peranti ini juga turut membawakan pengimbas cap jari di belakangnya serta antaramuka MiUi 7.0.
Tidak tamat di situ saja, Xiaomi Redmi 3S hadir dengan pemproses kelas permulaan dengan cip Snapdragon 430 dengan CPU Octa-Core. Persembahan grafik pula dikuasai oleh cip Adreno 505.
Walupun harganya yang murah, Redmi 3S hadir dengan ruang memori yang cukup besar. Terdapat dua pilihan memori iaitu 16 GB/2 GB RAM serta 32GB/3 GB RAM. Sokongan slot microSD juga terdapat untuk peranti ini.
Fungsi fotografi pula dimuatkan dengan 13 Megapixel kamera beserta Phases Detection Autofocus, LED Flash dan bukaan kanta F2.0.
Di bahagian hadapan tertera kamera 5 Megapixel untuk selfie.
- Paparan IPS sebesar 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels.
- Pemproses Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430
- Memori Dalaman 16 GB/2 GB RAM atau 32 GB/3 GB RAM
- Kamera Utama 13 MP, F2.0, PDAF, HDR, Perakam 1080P
- Kamera Selfie 5 MP, F2.2
- Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
- Pengimbas Cap Jari
- Bateri Li-Ion 4100 mAh
- Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
- Warna Gold, Dark Gray, Silver
- Harga Bermula CNY 699 di China (Sekitar RM499 di Malaysia)
Untuk harganya, Xiaomi Redmi 3S hadir dalam dua versi. Harga Xiaomi Redmi 3S versi 16 GB dijual dengan harga CNY 699 (RM499) manakala versi 32 GB pula dengan harga CNY 899 (RM599).
Buat masa ini, ia hanya dijual untuk pasaran China sahaja.
Huawei Honor 5A
Smartphone Yang Hadir Dengan 13 MP Kamera, Skrin 5.5-Inci, 16 GB Memori Dan 2 GB RAM. Harga Huawei Honor 5A Di Malaysia Dijangka Sekitar RM499.
Baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan model mampu milik yang dinamakan Huawei Honor 5A yang mengfokuskan untuk remaja dengan harga yang sangat mampu milik.
Di China, Smartphone ini akan dijual pada harga RMB699 atau sekitar RM499 untuk pasaran Malaysia.
Huawei Honor 5A membawakan reka bentuk yang agak menarik. Ia hadir dengan enam pilihan warna termasuk putih, kuning, merah jambu, hitam, emas dan azure.
Tiada pengimbas cap jari untuk smartphone murah ini. Di depannya, terdapat paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels yang membawakan ketumpatan skrin kepada 267 PPI.
Di bahagian dalamnya, peranti ini bawakan dua model dengan pemproses yang berbeza. Model dengan CPU Snapdragon 617 mungkin untuk pasaran China sahaja manakala pasaran lain mungkin akan menerima versi HiSilikon Kirin 620.
Selain itu, peranti ini turut menyediakan 16 GB memori dalaman yang hadir bersama 2 GB RAM dan juga sokongan microSD sehingga 256GB.
Huawei Honor 5A turut hadir dengan kamera 13 Megapixel dibahagian belakangnya yang menyokong fungsi autofokus, LED Flash, Mod Panorama dan juga HDR.
Telefon pintar ini juga mampu membuat rakaman video 1080P. Bagi yang gemar berselfie, Honor 5A menyediakan 8 Megapixel kamera untuk itu.
Di China, Huawei Honor 5A telah mula dijual sejak 17 Jun 2016 dengan harga RMB 699. Di Malaysia, Honor baru sahaja memperkenalkan Honor 5C dengan harga RM799.
Untuk model Honor 5A ini masih lagi tidak diketahui bila ia akan dipasarkan di Malaysia.
Samsung Galaxy J1
Samsung Malaysia telah melancarkan tiga model smartphone dari siri Samsung Galaxy J 2016 untuk pasaran Malaysia.
Model-model tersebut ialah Samsung Galaxy J1 2016, Samsung Galaxy J5 2016 dan Samsung Galaxy J7 2016. Ketiga-tiga model tersebut akan mulakan jualan pada 16 Jun 2016 dengan harga dari RM449, RM848 dan RM1049.
Di Malaysia, siri Galaxy J merupakan antara siri yang popular terutamanya untuk model Samsung Galaxy J7. Ini kerana ia menawarkan smartphone premium pada harga yang lebih rendah. Rekaannya juga agak kemas dan menarik dengan pilihan warna emas, putih dan hitam.
Sedikit mengenai spesifikasinya, Model Samsung Galaxy J1 2016 akan menyertai pasaran mampu milik dengan harga jualan serendah RM449.
Ia merupakan sebuah peranti kecil dengan saiz paparan sebesar 4.5 inci. Didalamnya pula hadir dengan cip Exynos 3475 dengan Quad-Core 1.3 Ghz CPU, 1 GB RAM, 8 GB Memori terbina, 5 MP kamera utama serta 2 MP kamera selfie.
Seperti yang telah diumumkan, Harga Samsung Galaxy J1, J5 dan J7 2016 di Malaysia dijual dengan harga RM449, RM849 dan RM1049.
Model-model ini boleh didapati dari pengedar sah Samsung dan juga di atas talian melalui Lazada Malaysia bermula hari ini, 16 Jun 2016 lalu.
BACA INI JUGA:
5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300
Sumber: Mesramoblie.com