Monday, June 20, 2016

Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Nama aku ***, berumur 24 tahun. Dari kecil atuk dan nenek yang jaga aku, besarkan aku, sekolahkan aku. Masa tingkatan 4, arwah nenek meninggal.

Selfie hantu.png

Nenek yang jaga aku dari kecil, sayang aku macam anak dia sendiri telah pergi buat selamanya. Betu cakap orang, langit tak selalunya cerah. Masa tu aku tak tahu dah nak buat apa tanpa dia.

Aku jenis yang dimanjakan dari kecil oleh arwah. Bab masak, kemas rumah semua memang dia tak pernah suruh. Cuci baju semua memang dia yang buat.

Ok, kembali kepada cerita. Lepas arwah nenek meninggal, aku tinggal dengan makcikku yang nombor dua.

Lepas tu dengan makcik yang nombor 3 sebelum tinggal bersama makcikku yang bongsu dan berpindah ke Sabah untuk tinggal bersama ibu. Ibu aku orang Dusun manakala bapaku bangsa Iban.

Kejadian 2011

Hari kejadian, ibu pergi kerja macam biasa meninggalkan aku dan adik kecilku di rumah. Kebetulan masa tu anak-anak buah aku ada jadi semua berkumpul. Salah seorang dari anak buahku baru bertunang pada masa tu.

Tunang dia muslim jadi masa tu ada banyak tudung aku tengok di tepi dinding. Tergerak pula dalam hati ni untuk selfie guna tudung tu.

Selfie Dengan Tudung Hitam

Tudung tu warna hitam. Selfie punya selfie, semua join sekali. Macam-macam ragam, macam-macam style.

Akhir sekali aku selfie depan cermin seorang diri, menghadap cermin besar depan pintu rumah. Masa selfie tu tak nampak apa-apa, sikit pun tak ada rasa pelik apa-apa.

Diorang pun ketawa tengok aku selfie. Lepas semua selesai, kami semua lepak di dalam bilik tu.

Tengok Balik Gambar, Ada 'sesuatu' rupanya

Lepas habis bercerita, tiba-tiba rasa nak tengok balik semua gambar-gambar tadi. Mula-mula semua tak perasan ada 'sesuatu' di dalam gambar tu.

Tapi lepas tengok elok-elok, terbang telefon. Semua takut masa tu. Nak kata edit memang taklah, sebab masa tu telefon aku sony biasa ja, yang ada cuma kamera di belakang ja. Bukan boleh edit-edit macam sekarang ni.

Semua dah pucat

Selfie hantu [2].jpg

Budak-budak lain semua muka pucat, apatah lagi aku. Terus semua terdiam seribu bahasa. Muka benda tu memang betul-betul menyeramkan, walaupun tak nampak penuh tapi mata dan mulut dia kelihatan. Memang menyeramkan.

Rambut panjang kusut macam tu, jubah putih panjang berdarah. Dada sebelah kiri dan rusuk kira tu ada darah (masa tulis ni pun meremang bulu roma). Aku cepat-cepat balik rumah.

Demam, Fobia Tengok Cermin

Petangnya, aku tunjukkan kepada ibu selepas dia pulang. Semua terdiam seribu bahasa.. Lepas kejadian, aku demam, seminggu takut tengok cermin.

Sekarang, sudah lima tahun kejadian tu berlaku. Kenapa dan mengapa aku sendiri tak ada jawapan namun aku takkan lupa kejadian ini seumur hidup aku.

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

sumber: siakapkeli

Sunday, June 19, 2016

5 Perkara Yang Suami Mahukan Ketika Di Ranjang!

5 Perkara Yang Suami Mahukan Ketika Di Ranjang!

Adakalanya suami atau isteri tidak mengetahui, apakah pasangannya sudah betul-betul puas ataupun belum puas sewaktu melakukan hubungan intim. Namun, masalah ini tidak dihadapi berseorangan kerana majoriti pasangan terutamanya lelaki tidak pernah pun mengetahuinya.

Ranjang Suami Isteri.jpg

Bahkan ketika melakukan hubungan intim kebanyakan isteri berfikir bahawa suami hanya menginginkan kepuasan semata-mata. Tanggapan itu salah! Lelaki sebenarnya mengharapkan perkara lain.

Nak tahu apakah kehendaknya, baca artikel ini sampai habis.

1. Suami Mahu Isteri Yang Memulakannya

Kebanyakan isteri mungkin berfikir bahawa hubungan ranjang suami isteri hanya boleh dimulakan oleh si suami.

Sedangkan, ramai juga suami yang mengharapkan si isteri yang memulakan langkah pertama sehingga keinginan untuk melakukan hubungan intim terasa lebih semimbang.

Tak jadi masalah pun jika anda yang memulakan dan mengakhirinya, sama seperti yang sering dilakukan oleh suami anda.

2. Suami Juga Mahu Kata-Kata Berbaur Seksual Daripada Isteri

Ketika berasmara, para suami juga mengharapkan adanya kata-kata berbaur seksual daripada isterinya.

Selain itu, ada di antara suami yang mahu isterinya berterus-terang tentang bahagian mana yang dirasakan paling asyik untuk dinikmati dan juga sebaliknya.

Perkara ini dianggap penting bagi sang suami demi memberikan kepuasan yang sebaik mungkin buat isterinya.

3. Beritahu Suami Apa Yang Sebaiknya Dia Lakukan

Walaupun lelaki mempunyai keinginan serta nafsu yang kuat ketika diranjang, itu tidak bermakna sang suami tahu apa yang anda mahukan.

Jadi, sebab itulah, sebagai isteri sebaiknya anda beritahu suami apa yang perlu dilakukan ketika di ranjang suami isteri.

Anda boleh melakukan komunikasi secara verbal ataupun melalui bahasa tubuh, terpulang kepada keselesaan anda.

4. Cuba Beraksi Sebaik Mungkin. Buktikan Anda Isteri Yang Hebat!

Menjadi isteri yang hebat di ranjang suami isteri tentu sahaja membahagiakan para suami. Jangan tak percaya, lelaki sering berimaginasi dan membayangkan pelbagai teknik ataupun aksi panas yang boleh dilakukan bersama isterinya.

Oleh sebab itulah, ketika berada di ranjang suami isteri, sebagai isteri pastikan anda mempamerkan aksi yang cukup hebat dan bertenaga buat suami anda.

5. Jangan Takut Untuk Mencuba Teknik Baru

Melakukan hubungan intim dengan teknik yang sama tentu sahaja boleh membuatkan suami berasa bosan.

Jadi, sebaik-baiknya sebagai isteri, tak kira baru atau lama usia perkahwinan tersebut, anda tetap perlu mencuba teknik-teknik baru untuk menghangatkan lagi aksi ranjang suami isteri.

Secara tak langsung, kebahagiaan serta keutuhan rumahtangga anda akan terpelihara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Salam Browser, Pelayar Web Khas Buat Pengguna Muslim

Salam Browser, Pelayar Web Khas Buat Pengguna Muslim

Buat pertama kali, sebuah pelayar web yang mematuhi syarak dan mesra ajaran Islam dicipta khas buat pengguna Muslim.

Salambrowser.PNG

Pelayar web yang dikenali sebagai ‘Salam Web’ ini dikatakan dapat menghalang pengguna daripada terlihat perkara-perkara yang dilarang Islam.

Antaranya, pengguna tidak boleh melayari laman-laman lucah, judi, hal-hal membahayakan dan sebagainya.

Ini kerana pelayar web ini akan membuang hasil berunsur lucah dan ganas itu termasuk di bahagian gambar dan video.

Pelayar web ini juga sesuai untuk anak-anak kecil agar mereka tidak dapat mengakses perkara-perkara yang menjerumus mereka ke arah maksiat.

Malah, anda juga dilindungi daripada spam-spam iklan yang mengganggu apabila menggunakan pelayar web ini.

Salam Browser yang dibina berasaskan Chromium hanya boleh digunakan di dalam sistem operasi Windows, buat masa ini.

Mari kita beralih kepada Salam Browser khsususnya untuk keselamatan penggunaan internet anak-anak di rumah.

Untuk pengetahuan anda, Salam Browser merupakan hasil ciptaan rakyat Malaysia.

Hebat kan!

BACA INI JUGA: Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Sumber: Mynewshub.cc

Menurut Kajian, Terlalu Kuat Bekerja Tanda Sakit Mental

Menurut Kajian, Terlalu Kuat Bekerja Tanda Sakit Mental

Di Britain, banyak syarikat mendapati semakin ramai pekerjanya tidak mengambil cuti tahunan kerana kononnya gemar bekerja atau workaholic.

Working+Hard.jpg

Hakikatnya, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang terlalu kuat bekerja sebenarnya mempunyai satu masalah mental.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Begen di Nottingham, England mendapati, seseorang pekerja yang sering dibebani dengan kerja yang banyak, panggilan telefon serta e-mel tanpa henti menyebabkan mereka mengalami gangguan kurang tumpuan atau disebut sebagai adult attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Kajian tersebut dijalankan ke atas 6,000 orang individu dewasa yang menunjukkan tanda-tanda kuat bekerja melebihi perkara lain seperti keluarga, hubungan cinta dan keseronokan hidup.

Golongan itu bagaimanapun tidak mengaku mereka kuat bekerja, mereka menyifatkan mereka suka pekerjaan yang dilakukan.

Menurut seorang pakar psikologi dari sebuah klinik di Birmingham, Dr. Michael Drayton, orang yang kuat bekerja juga cenderung mendapat kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan sentiasa penuh dengan tekanan.

“Mereka tidak menyedari bahawa kecenderungan mereka untuk bekerja sebenarnya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam diri masing-masing kerana mereka sebenarnya terlalu tertekan,” katanya.

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!

Sumber: Kosmo

Adakah Muntah Menyebabkan Batal Puasa?

Adakah Muntah Menyebabkan Batal Puasa?

Jika seseorang muntah dengan sengaja maka batal puasanya. Dan jika muntah dengan tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.

Hukum+Muntah+Ketika+Puasa.jpg

Dalil dari masalah ini adalah hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang muntah dengan sengaja hendaklah dia mengqadha’ dan barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, maka tidak ada qadha’ baginya.” (HR. Abu Dawud)

Jika anda muntah dengan tidak sengaja, maka puasa tidak batal. Jika seseorang merasakan perutnya mual dan akan keluar sesuatu, maka katakan kepadanya, jangan dicegah dan jangan dipaksa-paksa untuk muntah.

Jika anda memaksakan diri memuntahkannya, maka batal puasa dan jika dicegah akan membahayakan diri.

Jadi, biarkan muntah itu keluar dan tanpa dipaksa, maka perkara itu tidak akan membahayakan dan tidak membatalkan puasa.

BACA INI JUGA: Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

Sumber: Konsultasisyariah

Saturday, June 18, 2016

Cerpen: Cinta Sate

Cerpen: Cinta Sate

Berkali-kali Bada menilik diri di cermin. Belum puas dengan penampilan dirinya biarpun sudah hampir setengah jam dia bersiap. Ada saja yang tidak kena dimatanya.

Cinta Sate

Pakaian baru yang dikenakannya bagai tidak sempurna. Matanya melirik jam dipergelangan tangan. Dia harus bergerak sekarang supaya tidak terlewat.

Sebelum keluar, sempat lagi Bada membetulkan tali leher agar betul-betul kemas.

Kemudian, Bada tersenyum membuktikan bahawa dia telah benar-benar berpuas hati.

Buat pertama kali di dalam hidupnya, Bada mengenakan kot dan tali leher. Pakaian yang ditempah khas itu disesuaikan dengan majlis yang akan dihadirinya.

Bukan majlis biasa kerana ia diadakan disebuah hotel bertaraf lima bintang dan bakal dihadiri oleh orang kenamaan, bukan orang kebanyakan seperti dirinya.

Tiba di jalan raya, Bada hampir-hampir membuat kesilapan. Mujurlah dia sempat sedar bahawa dengan penampilan dikenakan sekarang tidak sesuai untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Dia harus membuang sedikit duit untuk menaiki teksi, itu pun kalau diikutkan hati, masih belum setaraf.

Sepatutnya dia menempah limousin, malangnya dia tahu bahawa kalau dia berbuat demikian, bermakna dia terpaksa makan meggi untuk beberapa bulan.

Setelah menahan teksi, Bada duduk dibelakang memaklumkan destinasi yang dituju. Sesekali pemandu teksi melirik cermin belakang melihat penampilan Bada.

Bada tahu dirinya sedang diperhatikan, tetapi dia sekadar buat muka selamba. Bukan semua orang bertuah seperti dirinya.

Bada mengenang kembali rentetan peristiwa yang berlaku sehingga membawa ke hari ini. Episod cinta dan kasih sayang bermula kira-kira enam bulan yang lalu.

Pekerjaannya sebagai penjual sate membawa kepada perkenalan dengan seorang gadis cantik. Bukan saja cantik tetapi kaya raya.

Sungguh tidak diduga kerjayanya sebagai penjual sate akan menemukannya dengan seorang bidadari.

"Pandailah cik ni bakar sate. Garing dan rangup."

Pujian itulah yang menjadi titik mula sebuah perkenalan. Sejak hari itu, gadis bernama Melissa itu sering datang ke warung tempatnya bekerja.

Bada bangga dengan kepakarannya membakar sate. Tidak sia-sia dia hanya bersekolah setakat darjah enam.

Melissa sering datang dengan beberapa orang kawan. Lelaki dan perempuan. Dan pada pengamatan Bada, gadis itu tidak pernah membawa teman lelakinya.

Seringkali kawan-kawannya bertukar ganti. Tidak ada yang tetap. Setiap kali datang, sate dipesan dan semestinya dia sendiri yang membakar.

Dari perasaan bangga, tumbuh perasaan cinta dihati Bada. Betapa gadis itu telah memikat hatinya.

Melissa pula sering datang berkunjung. Acap kali juga mengajak Bada duduk bersamanya, bergurau dan ketawa. Bada benar-benar berada dipuncak kebahagiaan.

Namun demikian, dia mula menyedari bahawa perbezaan diantara mereka bagaikan langit dan bumi. Sukar untuk bergandingan.

Seringkali dia meratapi nasib, kenapalah taraf mereka jauh berbeza.

Hari berganti hari, Melissa semakin mesra dan akrab. Diantara mereka tiada lagi batas untuk bergurau dan ketawa bersama.

Perhubungan mereka bukan sekadar antara pelanggan dan penjual, tetapi sebagai kawan baik.

Kadang-kadang Melissa datang seorang diri dan memintanya menemani.

Semua itu menjadikan Bada semakin yakin bahawa kunjungan Melissa bukan lagi sekadar hendak makan sate, tetapi sebenarnya mahu mendekatinya.

Cuma, Melissa seorang gadis, mustahil hendak meluahkan isi hatinya terlebih dahulu. Bada yakin apa yang dirasainya sama seperti apa yang dirasai oleh Melissa.

Setiap saat mereka bersama, tidak pernah diselangi dengan kebosanan. Melissa seakan tidak mahu pulang, sedangkan Bada pula seperti tidak mahu lagi pelanggan lain datang.

Sebabnya, kalau pelanggan lain datang, dia terpaksa meninggalkan Melissa buat sementara waktu kerana perlu membakar sate.

"Bulan depan harijadi Lis tau. Awak mesti datang. Kedatangan awak diwajibkan.

"Lis beritahu awal-awal supaya senang awak minta cuti. Kalau last minute nanti, awak ada alasan tak nak datang.

"Jangan tak datang, nanti Lis nangis.."

Hampir-hampir Bada diserang heart attack sewaktu mendengar suara manja Melissa mengalunkan permintaan dengan suara mendayu. Selembut angin semilir.

Bada bagai terbuai-buai di awang-awangan. Kakinya bagai tidak berpijak di bumi nyata.

Kehadirannya adalah satu kewajipan. Bermakna dia adalah seseorang yang amat penting dalam hidup Melissa.

"Bila hadijadi awak?" tanya Melissa.

Bada tersipu. Seumur hidupnya tidak pernah dia meraikan harijadi. Malah, dia tidak pernah ambil tahu tentang perkara itu.

Seringkali dia terlupa tarikh lahirnya sendiri. Seperti sekarang, dia termangu bila Melissa menanyakan soalan itu.

"Saya tak pernah sambut harijadi saya."

Melissa memandang Bada dengan pandangan simpati. Bada menunduk, malu kerana direnung begitu.

"Tak apalah, tapi Lis nak tahu bila tarikhnya."

Terpaksalah Bada mengeluarkan kad pengenalan. Segera Melissa menarik dari tangannya.

"Wow! Lagi tiga hari. Nasib baik Lis cepat tanya."

Tiga hari kemudian, Bada menerima kejutan paling mengejutkan dalam sejarah kehidupannya.

Melissa muncul bersama beberapa orang kawan. Bukan itu saja, mereka membawa sebiji kek.

Berlinangan air mata Bada ketika meniup lilin, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak dilahirkan.

"Apa ni?" tanya Bada sewaktu Melissa menghulurkan sebuah bungkusan.

"Selamat ulang tahun. Ini hadiah dari Lis. Semoga panjang umur dan murah rezeki."

Pulang dari bekerja, Bada terus berkurung dalam bilik. Membuka hadiah yang diberikan oleh Melissa dan menangis semahu-mahunya.

Keharuan tidak dapat membendung sebak menyebabkan matanya mengalir tanpa henti. Layanan Melissa terhadapnya melebihi dari seorang kawan biasa.

Lalu Bada membuat kesimpulan bahawa diantara mereka sudah terjalin sesuatu yang lebih hebat dari biasa, membuktikan bahawa selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Melissa telah menunjukkan kasih sayangnya dengan pemberian dan perhatian. Tidak mungkin Melissa meluahkannya dengan kata-kata kerana Melissa adalah seorang gadis yang masih diselimuti ciri-ciri gadis timur.

Sebagai lelaki, Bada tahu bahawa tanggungjawab untuk meluahkan perasaan menjadi tanggungjawabnya.

Teruna dan dara
Gambar hiasan.

Dia yang harus memulai. Kemudian barulah Melissa akan meluahkan perkara yang sama.

Bada memegang kemas hadiah yang diberikan kepada Melissa. Sebuah hadiah istimewa yang melambangkan isi hatinya terhadap gadis itu. Malam ini dia akan membisikkan sebuah luahan cinta.

Lamunan Bada terhenti bersamaan terhentinya teksi yang membawanya di depan sebuah hotel.

Selepas membuat bayaran, Bada melangkah keluar dengan senyuman bangga. Terus saja dia menanyakan tempat berlangsungnya majlis Melissa.

Setelah dimaklumkan, segera Bada menuju ke dewan yang bakal menjadi saksi luahan perasaan cintanya terhadap Melissa.

Salah seorang petugas menyambut kehadiran Bada. Melissa tidak kelihatan dimana-mana. Demikian juga dengan tetamu lain.

Bada memang memaklumi perkara itu kerana Melissa sudah memberitahu agar datang dua jam lebih awal.

Sudah tentu Bada tidak bertanya lebih lanjut kerana pasti kehadirannya paling diutamakan.

Melissa pasti mahu bergandingan dengannya untuk menyambut kehadiran tetamu lain. Pendek kata, dia bukanlah tetamu biasa.

"Saya Bada, mana Cik Melissa?" kata Bada pada petugas yang menyambutnya.

"Ooo.. Cik Bada. Saya memang ditugaskan untuk menyambut Cik Bada. Sila ikut saya."

Bada menyangka akan dibawa ke bilik khas. Bilik VIP untuk orang yang istimewa sepertinya. Dan tentunya Melissa sedang menuju ke situ.

Namun begitu, Bada mula berasa kurang seronok apabila petugas itu membawanya ke bahagian dapur hotel tersebut.

"Cik Melissa cakap, Cik Bada memang pakar dalam soal bakar sate. Sebab itulah saya diarahkan untuk membawa Cik Bada ke sini.

"Pihak hotel hanya menyediakan sate sahaja, tetapi soal membakarnya, diamanahkan kepada Cik Bada saja.

"Cik Melissa kata, tentang bayaran akan diuruskan kemudian. Sekian, terima kasih."

Malam itu, sekali lagi air mata Bada mengalir laju. Lebih laju dari air matanya sebelum ini.

Orang yang melihatnya menyangka kerana asap masuk ke mata sewaktu membakar sate, tetapi sebenarnya Bada menangis kerana malu pada diri sendiri. Cis!

BACA INI JUGA: Cerpen: Raja Melawak

-SENTIASAPANAS.COM

Keajaiban Fingal's Cave Di Pulau Tiang!

Keajaiban Fingal's Cave Di Pulau Tiang!

Di Scotland, ada sebuah pulau tidak berpenghuni yang mungkin boleh disebut sebagai 'Pulau Tiang' (Pillars Island).

Fingal's Cave.jpg

Sekali pandang, gua pinggir laut yang disebut Fingal's Cave di Pulau Staffa ini bagaikan hasil pahatan tangan.

Ia terdiri daripada kolum-kolum batu pilar atau vertikal berbentuk heksagon yang saling tersusun antara satu sama lain.

Formasi batuan ini terbentuk hasil kesan letusan gunung berapi pada zaman purba.

Bagi rakyat Scotland pula, lagenda kuno mereka menyebut kononnya gua ini dibina oleh raksasa purba untuk mengalahkan musuhnya.

BACA INI JUGA: Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

Fingal's Cave [2].jpg
Fingal's Cave [3].jpg
Fingal's Cave [4].jpg
Fingal's Cave [5].jpg
Fingal's Cave [6].jpg
Fingal's Cave [7].jpg
Fingal's Cave [8].jpg
Fingal's Cave [9].jpeg
Fingal's Cave [10].jpg

-SENTIASAPANAS.COM

Puasa Nabi Daud Paling Disukai Allah

Puasa Nabi Daud Paling Disukai Allah

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash, Rasulullah SAW bersabda, "Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Sedangkan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari."

Puasa Nabi Daud.jpg

1. Hadis ini menerangkan keutamaan puasa Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) keesokan harinya. Inilah puasa yag paling dicintai di sisi Allah SWT dan tidak ada lagi puasa yang lebih baik dari itu.

2. Diantara faedah puasa Nabi Daud adalah menunaikan hak Allah SWT dengan melakukan ketaatan kepada-Nya dan menunaikan ketaatan kepada-Nya dan menunaikan hak badan iaitu dengan mengistirehatkannya (dari makan).

3. Ibadah begitu banyak ragamnya, begitu pula dengan kewajiban yang mesti ditunaikan seorang hamba begitu banyak. Jika seseorang berpuasa setiap hari tanpa henti, maka pasti ia akan meninggalkan beberapa kewajiban.

Sehingga dengan menunaikan puasa Daud (sehari berpuasa, sehari tidak), seseorang akan lebih memerhatikan kewajipan-kewajipannya dan ia dapat meletakkan sesuatu sesuai dengan posisi yang benar.

4. Abdullah bin 'Amr sangat bersemangat melakukan ketaatan. Dia ingin melaksanakan puasa setiap hari tanpa henti dan ingin solat malam semalam suntuk. Disebabkan itu, Nabi SAW melarangnya dan memberikan jalan penyelesaian padanya dengan cara yang lebih baik.

Untuk puasa disarankan kepadanya untuk berpuasa tiga hari setiap bulan. Namun Abdullah bin 'Amr tetap berkeras ingin mengerjakan lebih dari itu.

Lalu Rasulullah SAW memberi jalan penyelesaian agar berpuasa sehari dan tidak berpuasa keesokan harinya. Lalu tidak ada lagi yang lebih afdal dari itu.

Begitu pula dengan solat malam, Nabi SAW memberi petunjuk seperti solat Nabi Daud. Nabi Daud tidur dipertengahan malam pertama hingga sepertiga malam terakhir. Lalu beliau bangun dan mengerjakan solat hingga seperenam malam terakhir.

Setelah itu beliau tidur semula untuk mengistirehatkan badannya supaya semangat melaksanakan solat Fajr, berzikir dan beristigfar diwaktu sahur.

5. Berlebih-lebihan hingga melampaui batas dari keadilan dan bersederhana dalam beramal ketika beribadah termasuk dalam amalan ghuluw (berlebih-lebihan) yang tercela.

Perkara ini disebabkan menyelisihi petunjuk Nabawi dan juga boleh melalaikan dari pelbagai kewajipan lain.

Amalan ini dapat menyebabkan seseorang malas, kurang semangat dan lemah ketika melaksanakan ibadah lain. Ingatlah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi SAW.

6. Syeikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin rahimahullah mengatakan, "Puasa Daud sebaiknya hanya dilakukan oleh orang yang mampu dan tidak merasa sulit ketika melakukannya. Jangan sampai ia melakukan puasa ini hingga membuatnya meninggalkan amalan yang disyariatkan lainnya. Begitu pula jangan sampai puasa ini membuatnya terhalang untuk belajar ilmu agama. Kerana ingat disamping puasa ini masih ada ibadah lain yang mesti dilakukan."

7. Tidak mengapa jika puasa Nabi Daud bertepatan pada hari Jumaat atau hari Sabtu kerana ketika yang diniatkan adalah melakukan puada Daud dan bukan melakukan puasa hari Jumaat atau hari Sabtu secara khusus.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

-SENTIASAPANAS.COM

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Sinki tersumbat sering mendatangkan masalah buat suri rumah yang tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Elak Sinki Tersumbat.jpg

Tanpa perlu menggunakan khidmat tukang paip dan berhabis wang ringgit yang banyak, kami kongsikan di bawah cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Bahan utama yang diperlukan mudah sahaja iaitu garam.

Ya, garam bukan sahaja digunakan dalam masakan malah banyak lagi kegunaan lain yang pasti ramai tidak mengetahuinya.

Caranya, campurkan garam dengan soda bikarbonat kemudian tuang ke dalam saluran yang tersumbat.

Elak Sinki Tersumbat  [2].jpg

Biarkan seketika sebelum dituang air panas secara perlahan-lahan, sehingga sisa kotoran yang melekat pada saluran larut dan aliran air menjadi lancar.

Di samping menjadi agen pelarut, garam juga boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kerak yang terdapat pada kuali atau periuk.

Ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan tompok pada pakaian serta kesan hangit yang terdapat pada seterika.

Elak Sinki Tersumbat  [3].JPG

Semoga tips yang dikongsikan dapat meringankan kerja-kerja suri rumah di luar sana.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Saintis Temui Cara Baru Masak Nasi Yang Kurangkan 50% Kalori!


Sumber: Mynewshub.cc

Panduan Memohon Skim Rumah MyDeposit Secara Online

Panduan Memohon Skim Rumah MyDeposit Secara Online

Sekiranya anda mempunyai semua ciri-ciri yang tertera di bawah dan memenuhi kriteria dan layak memohon, anda boleh memohon skim ini secara online.

MyDeposit

Siapakah yang layak memohon skim ini?

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan bagi menentukan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim ini.

Pemohon hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas (tiada umur maksimum).
  • Pembeli kediaman pertama di dalam suatu isi rumah.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar dibawah RM10,000 sebulan (ini merangkumi semua pendapatan termasuk gaji, untung perniagaan, upah, komisyen, bonus dan lain-lain elaun).
  • Kediaman yang dibeli hendaklah berharga RM500,000 dan kebawah.
  • Layak untuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana bank di Malaysia (mempunyai rekod kewangan yang baik dan tidak disenarai hitamkan atau diisytiharkan muflis).

Dokumen-dokumen sokongan yang anda perlu sediakan untuk permohonan skim ini adalah:
  • Satu salinan MyKad anda
  • Satu salinan MyKad pasangan anda
  • Satu salinan MyKid atau sijil lahir anak-anak anda atau tanggungan anda
  • Satu salinan sijil perkahwinan, sijil penceraian atau sijil kematian
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini anda
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini pasangan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan pasangan anda
  • Akuan mengenai pendapatan perniagaan anda dan pasangan anda yang telah diperakui oleh pesuruhanjaya sumpah
  • Surat pengesahan majikan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan anda
  • Surat pengesahan majikan pasangan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan pasangan anda
  • Surat pengesahan kurang upaya bagi diri sendiri, pasangan anda dan tanggungan (sekiranya berkaitan)

Berikut adalah panduan permohonan langkah demi langkah:

1. Kunjungi laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara

2. Klik PERMOHONAN BARU yang terletak pada bahagian atas tepi kanan laman sesawang tersebut.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit.jpg

3. Lengkapkan borang dengan nama penuh, nombor MyKad, alamat emel dan kata laluan. Seterusnya, klik PENDAFTARAN PERMOHONAN dibahagian bawah borang tersebut.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [2].jpg

4. Setelah anda sudah membuka akaun tersendiri, anda akan di log masuk secara automatik. Gerakkan kursor anda ke tab MYDEPOSIT, dan klik PERMOHONAN BARU di menu drop-down.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [3].jpg

5. Apabila anda masuk ke BORANG PERMOHONAN MYDEPOSIT, anda perlu melengkapkan maklumat diri dan memuat naik salinan MyKad anda.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [4].jpg

6. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda juga perlu memuat naik salinan sijil perkahwinan anda.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [5].jpg

7. Pemohon yang sudah berkahwin hendaklah melengkapkan maklumat mengenai pasangan mereka dan memuat naik salinan MyKad pasangan mereka.

8. Lengkapkan semua ruangan dibawah borang, termasuk maklumat mengenai pendapatan, tanggungan, kediaman yang telah dipilih, dan akhir sekali, anda perlu memuat naik laporan CCRIS anda dan pasangan anda.

9. Apabila anda telah melengkapkan borang dan memuat naik semua dokumen yang dikehendaki, klik HANTAR bagi menghantar permohonan.

PERMOHONAN BARU - MyDeposit [6].jpg

10. Anda boleh menyemak permohonan anda dengan menggerakkan kursor ke tab MYDEPOSIT, dan klik SEMAKAN PERMOHONAN di menu drop-down.

11. Setelah proses tapisan dibuat, sekiranya permohonan anda diluluskan, pihak kementerian akan mengeluarkan surat kelulusan permohonan dengan syarat perjanjian jual beli hendaklah ditandatangai dalam masa 30 hari.

12. Syarat Perjanjian skim MyDeposit adalah seperti berikut:

12a. Bagi projek perumahan perlesenan baru, pemaju hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

12b. Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman daripada pasaran kedua , penjual hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

13. Pembeli dan penjual kediaman hendaklah menandatangani perjanjian jual beli kediaman dan pembeli juga menandatangani surat tawaran kelulusan pembiayaan pembelian rumah.

14. Pembeli juga hendaklah mengemukakan permohonan bagi bayaran pendahuluan daripada kerajaan. Ini mesti disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
  • Surat tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara.
  • Surat penerimaan tawaran pembiayaan pembelian rumah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Surat akuan bersumpah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Perjanjian jual beli.
  • Surat tawaran pembiayaan yang disahkan.
  • Maklumat akaun simpanan pemaju perumahan atau firma guaman yang menguruskan pembelian bagi pihak penjual.

15. Pembayaran wang pendahuluan di bawah skim MyDeposit di buat melalui;
  • 15(a). Bagi projek perumahan perlesenan baru, wang pendahuluan akan dibayar terus ke akaun pemaju.
  • 15(b). Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman yang dibeli daripada pasaran kedua, wang pendahuluan akan dibayar ke akaun firma guaman yang menguruskan urusan pembelian bagi pihak penjual.

16. Projek tersebut akan dimantau oleh pihak kementerian dan moratorium akan berkuat kuasa dan disertakan di dalam perjanjian jual-beli.

Apakah syarat bagi pembelian hartanah di bawah skim ini?

Untuk mengelakkan skim ini disalahgunakan oleh peramal hartanah yang ingin mengaut keuntungan melalui penjualan semula hartanah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi hartanah yang dibeli melalui skim MyDeposit:
  1. Hartanah yang dibeli hendaklah dalam bentuk kediaman yang dibina menerusi projek pembangunan berlesen.
  2. Skim ini juga merangkumi kediaman di dalam pasaran kedua.
  3. Harga hartanah tersebut mestilah RM500,000 dan ke bawah.
  4. Hanya boleh digunakan untuk pembelian kediaman di bawah projek swasta yang tidak menerima subsidi, insentif atau bantuan kewangan lain daripada kerajaan.
  5. Hartanah yang dibeli di bawah skim tidak boleh dijual untuk jangkamasa 10 tahun, berkuat kuasa daripada tarikh perjanjian jual-beli. Syarat ini akan dimasukkan ke dalam perjanjian jual beli.

Siap-sedia dengan proses-proses pembelian yang lain, kerana ianya adalah penting untuk memastikan anda tidak membazir masa setelah permohonan skim anda diluluskan.

Berdasarkan RM200 juta yang telah diperuntukkan, sebanyak 6,666 pemohon boleh menikmati skim ini. Ini sepastinya jalan ke arah yang betul.

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Sumber: Astroawani.com