Friday, June 17, 2016

Selepas 18 Tahun Akhirnya Yahoo Messenger 'Sign Out' Selamanya!

Selepas 18 Tahun Akhirnya Yahoo Messenger 'Sign Out' Selamanya!

Sebelum wujudnya aplikasi seperti Facebook, Whatapps, Gtalk, WeChat, Telegeram dan pelbagai lagi, Yahoo Mesengger merupakan pilihan ramai netizen untuk berhubung dengan rakan atau rakan baru.

Yahoo Messenger 'Sign Out'.jpg

Perkataan ASL (Age, Sex, Location) dengan 'avatars' amat sinonim bagi pengguna Yahoo Mesengger atau lebih dikenali sebagai YM.

Mereka yang lahir tahun 90an atau awal tahun 2000 pasti akan terkenang semua ini di mana ruangan chat YM dan MIRC menjadi platform pilihan netizen ketika itu.

Namun, seiring dengan pekembangan media sosial Facebook dan Twitter, pihak Yahoo telah mengambil keputusan untuk menamatkan penggunaan YM lama ini untuk digantikan dengan aplikasi baru milik mereka yang berkonsepkan media sosial di mana ia turut menyertakan aplikasi emel di dalamnya dan juga ruangan untuk untuk mesengger, pada 5 Ogos 2016 ini.

"Walaupun kami menggunakan pengendalian asas dari Yahoo Mesengger, pengguna digalakkan untuk mendaftar produk baru yang kami akan lancarkan pada 5 Ogos ini," jelas ketua Arkitek Yahoo, Amotz Maimon melalui blognya.

Dengan penamatan khidmat Yahoo mesengger ini, ternyata menghibakan ramai orang.

Yahoo Messenger 'Sign Out' [2].PNG

Selamat tinggal Yahoo Mesengger kerana mewarnai kehidupan kami sebelum ini, selamat datang kepada aplikasi baru.

BACA INI JUGA: Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes

Sumber: Siakapkeli.my

Kisah Bermulanya Nabi Adam Diturunkan Ke Bumi

Kisah Bermulanya Nabi Adam Diturunkan Ke Bumi

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [Surah Al-Baqarah Surah 2 Ayat 37]

Kisah Nabi Adam.JPG

Hanya ada segulung sepi dan setumpuk penyesalan yang bermukim di lubuk hati Nabi Adam a.s., tatkala dia harus menerima 'hukuman' diturunkan dari Syurga.

Itulah yang dirasakan Adam a.s. saat menjejakkan kaki diatas muka bumi ini. Sejauh mata memandang, dia hanya melihat hamparan tanah, bahkan tanaman yang sangat asing.

Tanah dan pepohonan yang tak seindah suasana syurga dan sepi itu pun mengoyak jiwanya.

Adam a.s. berdiri, diliputi perasaan bersalah seraya mencari-cari kehadiran Hawa a.s., isterinya yang tercinta. Tetapi pencarian itu hanya sia-sia.

Sebab, syahdan, Adam dan Hawa memang diturunkan ke bumi secara terpisah, berasingan.

Bahkan, jaraknya cukup jauh. Adam a.s. di sebuah tempat yang dalam sebuah riwayat menyebutkan di Shifa, dipuncak Bukit (Sri Pada) Sri Lanka.

Tetapi, dalam riwayat lain, dikisahkan Adam a.s. diturunkan di Gunung Sarandib, di Pulau Ceylon, juga berada di Sri Lanka dan riwayat lain ada yang berpendapat, Adam a.s. diturunkan di India, sedangkan Hawa a.s. diturunkan di Marwa, Mekah.

Perasaan sepi itu kian membuatkan Adam a.s. diterpa duka yang mendalam. Dia tidak dapat menepis rasa bersalah dan berdosa atas apa yang telah dia lakukan di Syurga.

Adam’s Peak Sri Lanka
Adam’s Peak, Sri Lanka, dipercayai tempat Nabi Adam diturunkan.

Dulu, dia mendapat tempat istimewa di Syurga dan menikmati kehidupan yang aman damai, menyenangkan dan tanpa sebarang gangguan.

Dalam satu riwayat, diceritakan Adam a.s. menghuni Syurga lebih kurang seratus tahun, tetapi riwayat lain mengatakan enam puluh tahun dan ada pula yang berpendapat empat puluh tahun.

Pada mulanya Allah SWT menciptakan Adam a.s. seorang diri, lalu ditempatkan di Syurga.

Adam a.s. juga diberi wahyu berupa 'ilmu pengetahuan'. Allah SWT mengajar Adam a.s. nama-nama benda yang ada di alam semesta, ilmu pengetahuan yang sebelumnya tidak pernah diajarkan kepada para Malaikat.

Sejak awal lagi, Adam a.s. diciptakan sebagai makhluk yang mulia, makhluk yang beradab, kerana memiliki ilmu pengetahuan tinggi.

Dengan kelebihan itulah Allah lalu memerintahkan Malaikat dan Iblis untuk bersujud kepadanya kerana kelak Adam a.s. akan dijadikan 'Khalifah' di muka bumi.

Tetapi di Syurga, Adam merasa kesepian lalu Allah SWT kemudian menciptakan Hawa a.s. untuk mendampingi Adam a.s., juga untuk meneruskan keturunannya.

Namun, kerana Adam a.s. dan Hawa a.s. kemudiannya terbujuk rayuan Iblis laknatullah, akhirnya mereka melanggar larangan Allah SWT dengan memetik dan memakan buah Khuldi, Adam a.s. dan Hawa a.s. kemudiannya diusir dari Syurga, lalu diturunkan dari Syurga.

Menangis

Doa taubat Nabi Adam.png
Doa taubat Adam dan Hawa.

Hukuman itulah yang membuatkan Adam a.s. diliputi perasaan berdosa. Dan ketika sepi itu kian menyesakkan dadanya kerana harus terpisah dari Hawa a.s., Adam a.s. pun semakin merana.

Bahkan, sejak diturunkan dari Syurga, Adam a.s. menangis tanpa henti kerana sungguh menyesal.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, Adam a.s. menangis selama tujuh puluh tahun kerana telah melakukan kesalahan sehingga diusir dari Syurga.

Kerana sangat menyesalnya, Adam a.s. bersujud sepanjang hari kepada Allah dengan tekad dan niat untuk bertaubat. Dan Allah SWT akhirnya mengampunkan Adam a.s.

Secuil harapan pun bersemayam di hati Adam a.s. Dia teringatkan Hawa lalu berjalan dan terus berjalan, dengan tujuan untuk mencari dimanakah Hawa berada.

Adam a.s. berjalan melewati tanah tandus, gunung-ganang dan hamparan bumi yang luas, sambil dicengkam rasa sepi dan hanya mampu melayan perasaan sendiri.

Harapan yang dihembuskan dari gelombang cinta seperti menuntun langkahnya menyusuri jalan ke Mekah. Gerak hatinya merasakan bahawa dia akan menemui Hawa di tempat tersebut.

Sementara itu, ditempat lain, dimana Hawa a.s. diturunkan, Hawa juga sedang menanti kedatangan Adam. Dia tahu Adam pasti akan mencarinya.

Dia akan ke puncak bukit, melihat ke hamparan luas di bawah bukit dengan harapan akan menemui Adam. Hawa a.s. akan mendaki dari satu bukit ke bukit yang lain demi menunggu Adam.

Hinggalah pada akhirnya apa yang dinantikan pun tiba. Disebuah puncak bukit, setelah dia mengedarkan pandangan mata ke segenap arah, dari kejauhan Hawa melihat ada seseorang datang ke arahnya.

Dia tahu dan yakin bahawa itu tidak lain adalah Adam! Lantas, Hawa menuruni bukit dengan perasaan bahagia dan berlari ke arah orang itu.

Dari kejauhan, Adam pun melihat Hawa. Dia juga berlari dengan pantas kepada Hawa.

Setelah berpisah cukup lama, akhirnya kedua-dua insan ini pun bertemu semula. Tempat pertemuan itu terjadi di sebuah tempat yang sekarang ini dikenali sebagai Jabal Rahmah, di padang Arafah.

Jabal Rahmah - Padang Arafah
Jabal Rahmah, Padang Arafah.

Setelah bertemu, kedua-duanya pun menangis lantaran begitu bahagia, lalu keduanya menadah tangan ke langit dan bersyukur kepada Allah kerana telah menyatukan mereka semula setelah dipisahkan begitu lama.

Setelah ditemukan semula, dalam riwayat dikisahkan, Adam dan Hawa kemudiannya menetap di Sri Lanka.

Tetapi, Adam dan Hawa merasakan hidup di bumi tidak seindah kehidupan di Syurga. Adam teringat kehidupan yang penuh nikmat di Syurga lalu dia pun menangis.

Hidup di dunia menuntut Adam perlu bekerja. Harus menghadapi musim sejuk dan panas. Perlu mencari makanan untuk terus hidup.

Hari yang mententeramkan jiwa di Syurga kini tinggal kenangan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

-SENTIASAPANAS.COM

 Adakah Sah Puasa Jika Belum Mandi Wajib?

Adakah Sah Puasa Jika Belum Mandi Wajib?

Berpuasa tetapi belum mandi wajib hukumnya adalah sah dan tidak batal. Jadi, bagi siapa saja diantara kita atau ada rakan yang bertanya adakah sah puasa tetapi belum mandi wajib, maka jawapan adalah sah puasanya.

Mandi Junub.jpg

Ada pun dalil yang menyatakan bahawa sah puasa jika tidak mandi wajib adalah hadis dari Aisyah r.a., dia berkata bahawa, "Nabi SAW memasuki waktu subuh sementara Baginda sedang junub selepas berhubungan dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa." (HR. Bukhari 1962 dan Turmudzi 779).

Dalil kedua adalah seperti yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.a., dia berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah masuk subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan mimpi, kemudian baginda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasa sah)." (Riwayat Muslim 2/780).

Walau bagaimanapun, semua penyebab yang mewajibkan mandi junub baik hubungan suami isteri, onani atau masturbasi dan sebagainya, terjadi pada malam hari, bukannya pada waktu siang.

Ini kerana, jika ianya terjadi pada waktu siang (selepas subuh) maka puasanya batal.

Perkara ini berbeza dengan mimpi basah pada waktu siang, tidak batal puasanya kerana kejadian tersebut adalah diluar kehendaknya.

Jadi, berdasarkan dalil yang disampaikan oleh Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. diatas, dapatlah diambil kesimpulan bahawa sah puasa jika belum mandi wajib dan sah puasa dalam keadaan junub.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 16, 2016

Video Misteri Penghadang Masjid Di Melaka Bergerak Sendiri!

Video Misteri Penghadang Masjid Di Melaka Bergerak Sendiri!

Pengerusi Lembaga Masjid Baru Tedong di Serkam, Melaka, mempelawa mana-mana pakar makhluk halus untuk mengkaji kesahihan insiden pelik yang berlaku di masjid itu baru-baru ini.

Misteri+Ppan+Bergerak+Melaka.jpg

Datuk Akhbar Ali berkata, insiden dua papan penghadang bergerak dengan sendiri itu berlaku pada 28 Mei lalu sekitar jam 3.20 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penghadang itu seperti digerakkan sesuatu.

“Pihak Lembaga Masjid Tedong bersedia berkongsi rakaman di dalam CCTV kami kalau ia boleh dikaji. Untuk mengkaji lebih mendalam apa sebenarnya yang berlaku.

“Jika ada pihak yang berminat sedia menghubungi kami untuk kita berkongsi hasil kajian itu berkongsilah pula dengan masyarakat.

"Supaya kita sedia memahami. Pihak yang kita izinkan pihak yang berkuasa supaya hasil kajian itu tadi ada,” katanya.

Tambahnya, netizen turut memberi pelbagai pandangan mengenai apa yang berlaku antaranya atas faktor angin.

Namun katanya, pada malam kejadian angin tidak terlalu kuat dan peghadang berkenaan agak berat.

Bagaimanapun beliau berharap apa yang berlaku tidak menimbulkan kontroversi negatif selepas rakaman kejadian berkenaan mula viral di media sosial.

Masjid Baru Tedong mula digunakan pada awal April.

Saksikan videonya dibawah atau muat turun video di sini (mediafire).

BACA INI JUGA: Misteri Keranda Bergerak Di Makam Chase Vault


Sumber: kitabantai

OnePlus 3, Harga Dan Spesifikasi

OnePlus 3, Harga Dan Spesifikasi

Seperti dijangka, OnePlus telah melancarkan satu lagi model untuk pasaran smartphone premium. Ia dipanggil sebagai OnePlus 3 dan di bawah ini merupakan spesifikasi rasminya.

OnePlus 3.jpg

Mengenai rekaan OnePlus 3, ia seolah-olah model HTC One apabila dipandang dari belakang dengan jalur dibahagian atas dan bawah.

Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, hitam dan emas.

Spesfikasi

Port microUSB lama telah digantikan dengan USB Type-C dengan sambungan dua hala serta penghantaran data yang lebih pantas.

Di bahagian hadapan, One Plus 3 dilengkapi dengan skrin Optic AMOLED 5.5 inci pada resolusi HD 1080P dengan perlindungan daripada Corning Gorilla Glass 4.

Di bahagian hadapannya juga terdapat pengimbas cap jari untuk ciri-ciri keselamatan yang lebih efektif.

Peranti ini turut menyertai model perdana yang lain dengan menggunakan pemproses Snapdragon 820 dengan kebolehan 4-Teras CPU dan Cip grafik Adreno 530.

Di bahagian dalamnya juga tertera ruangan memori yang cukup besar iaitu 64 GB serta 6 GB RAM untuk fungsi Multitasking yang lebih lancar. Namun peranti ini tidak disertakan dengan slot tambahan microSD.

Kamera
  • OnePlus 3 menawarkan sesuatu yang cukup baik untuk fotografi.
  • Ia dimuatkan dengan 16 Megapixel kamera utama yang hadir bersama F2.0 Aperture.
  • Penstabilan Imej OIS.
  • Phase Detection Autofocus.
  • LED Flash.
  • Kameranya juga menggunakan sensor bersaiz 1/2.8 inci model Sony IMX298 yang berkemampuan membuat rakaman video 4K.

Selfie
  • Untuk selfie pula terdapat lensa 8 Megapixel Sony IMX179 yang turut disertakan dengan Penstabilan Imej Elektronik EIS untuk gambar selfie yang lebih jelas.

Ciri Utama

OnePlus 3.PNG

Antara ciri-ciri utama lain yang terdapat pada OnePlus 3 seperti di bawah.
  • Paparan Optic AMOLED sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Memori Dalaman 64 GB serta 6 GB RAM, Tiada slot microSD
  • Kamera Utama 16 MP, F2.0, OIS, PDAF, HDR, Perakam 4K
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.0
  • Sambunga 4G LTE, Dual-SIM, USB Type-C
  • Pengimbas Cap Jari
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Gray, Black, Gold

OnePlus 3 telah mulakan jualannya bermula hari ini untuk pasaran Amerika, Kanada, Eropah, China, India dan beberpa negara lain, namun Malaysia tidak pula disenaraikan.

Mungkin pihak telko atau Lazada akan membawa masuk peranti ini untuk pasaran Malaysia seperti model OnePlus sebelum ini.

Untuk harganya pula, OnePlus 3 dijual dengan harga USD399 atau bersamaan RM1,699 untuk pasaran di Malaysia.

BACA INI JUGA: HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

Sumber: Mesramobile

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

'Baking powder' atau serbuk penaik selain di gunakan dalam masakkan ia juga sangat berguna untuk keperluan membersihkan kediaman. Antaranya boleh di gunakan untuk cuci lantai, cuci singki dan sebagainya.

Baking powder.jpg

Namun sebenarnya masih banyak lagi kegunaan 'baking powder' ini yang mungkin anda tidak tahu. Semak 8 perkara ini.

1.Bersihkan Permaidani

Taburkan 'baking soda' ke atas permukaannya dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah anda bersihkan menggunakan vacuum cleaner. Cara ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sedap pada permaidani.

2.Hilangkan Bau Dalam Almari

Letakkan satu mangkuk terbuka yang berisi baking soda baking soda dalam almari tersebut. Biarkan sahaja beberapa hari dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.

3.Bersihkan Permainan Anak-Anak

Campurkan baking soda dengan air panas kemudian campuran tersebut gunakan untuk mencuci mainan anak-anak yang diperbuat daripada plastik.

4. Bersihkan Permukaan Dapur

Baking soda di campur dengan air panas kemudian menggunakan span bersihkan permukaan dapur.

5.Hilangkan Bau Di Tong Sampah

Taburkan 'baking soda' ke dalam tong sampah. Seminggu sekali anda boleh basuh tong sampah dengan merendam isinya dengan menggunakan baking soda dan air.

6. Hilangkan Kotoran Degil Di Permukaan Plastik

Rendam barang plastik tersebut selama 15 minit pada di dalam bekas yang disi campur baking soda dan air panas. Setelah 15 minit gosok kemudian keringkan.

7. Hilangkan Sisa Kotoran Di Bekas Loyang Kuih

Anda hanya perlu menaburkan baking soda ke permukaan loyang kemudian rendam dengan air panas selama 15 minit, kemudian cuci bersih.

8.Hilangkan Kesan karat

Campurkan cuka dan baking soda. Gosok dan bersihkan.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kegunaan Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!

Sumber: Impiana

13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Lelaki

13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Lelaki

Hingga hari ini, kita tidak terlepas dari mengorek rahsia seseorang yang kita minat melalui tahi lalatnya. Bagi lelaki yang mempunyai tahi lalat di sekitar wajahnya, pasti manis!

Rahsia Tahi Lalat Lelaki.JPG

Jadi, anda ingin tahu rahsia disebalik tahi lalat teman lelaki anda? Jom baca..

1. Bibir atas kanan

Lelaki yang mempunyai tahi lalat di bibir atas kanan dikatakan murah rezeki. Wah, bukan itu sahaja, mereka juga paling pandai dikalangan teman-temannya!

2. Bibir atas kiri

Si dia ini pasti mempunyai sikap yang menyenangkan kerana mereka mempunyai ramai kawan. Kebaikan si dia juga menyebabkan ramai yang menyenangi keperibadiannya.

3. Bibir bawah kanan

Lelaki ini disegani orang mungkin disebabkan beberapa faktor samaada kejayaan beliau atau apa sahaja.

4. Bibir bawah kiri

Teman lelaki ini seorang yang pandai berbicara, sama ada untuk kebaikan atau keburukan, kita tidak tahu! Si dia juga seorang yang tidak mudah menyerah kalah dalam apa yang dihajatinya.

5. Leher kanan

Seorang yang cerdas dan jujur. Si dia ini berani menanggung setiap tindakan yang dilakukannya walaupun akhirnya akan memberi kesan yang menderita,

6. Leher kiri

Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan.

7. Leher di tengah

Seorang lelaki yang mudah mencapai kejayaan dan cita-cita.

8. Biji mata kanan

Mempunyai pandangan yang serong terhadap sesorang dan pembohong. Hati-hati ya!

9. Biji mata kiri

Pembohong tetapi baik hati. Biarpun dia baik hati, anda tetap perlu berhati-hati ya.

10. Telapak kaki kanan

Tidak mudah mengeluh walaupun dilanda pelbagai masalah yang membebankan.

11. Telapak kaki kiri

Baik budi pekerti dan disenangi keperibadiannya.

12. Siku tangan kanan

Sesorang yang kuat berusaha untuk memiliki kejayaan.

13. Siku tangan kiri

Lelaki yang baik hati dan suka menolong orang walaupun dalam situasi yang menyesakkan. Untungnya memiliki dia.

Kesimpulan

Ketahui rahsia ini sebagai ilmu pengetahuan. Janganlah terlalu percaya kerana tidak semua keperibadian seorang lelaki itu diukur melalui rahsia tarikh lahir.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Tahi Lalat Anda

Sumber: Wom

7 Cara Mengatasi Wajah Tak Berseri Di Bulan Puasa

7 Cara Mengatasi Wajah Tak Berseri Di Bulan Puasa

Wajah tak berseri sekalipun berpuasa, itu tidak bermakna kita harus biarkan muka tak berseri! Sebenarnya menjaga kesihatan kulit agar muka tak berseri itu dapat disembunyikan ketika berpuasa sangat mudah dan mudah.

7 Cara Mengatasi Wajah Tak Berseri Di Bulan Puasa.jpg
Gambar hiasan.

Biarpun kita berpuasa, terpaksa menahan diri daripada lapar dan dahaga selama beberapa jam, namun ia tidak menyebabkan kulit menjadi kering.

Hilangkan muka tak berseri yang terpamer di wajah anda ketika berpuasa ini dengan mengikuti beberapa tips yang di bawah. Semoga kulit anda tetap sihat, segar dan cantik sepanjang masa!

Atasi Muka Tak Berseri Di Bulan Puasa dengan langkah mudah ini;

1. Makan Buah & Sayur-Sayuran

Pastikan anda mengambil buah-buahan dan juga sayuran yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa.

Pengambilan buah-buahan dan sayuran secara rutin sepanjang bulan puasa akan membantu anda menjaga kulit agar tetap sihat, segar dan cantik.

Sebaiknya pilih buah-buahan yang mengandungi vitamin C sewaktu berbuka.

Selain baik untuk kulit, vitamin C juga membantu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Supaya tubuh terhindar daripada masalah dehidrasi ketika berpuasa, anda disarankan untuk memakan buah-buahan yang banyak mengandungi air seperti buah tembikai, anggur, betik, dan anggur supaya keperluan cecair dalam tubuh dapat dipenuhi.

Cecair dalam tubuh adalah sumbangan terbesar untuk menjaga kesegaran dan kelembapan kulit tubuh dan wajah anda.

2. Jangan Lupa Pakai Pelembab

Selain itu, merawat kulit dari luar juga boleh dilakukan dengan pemakaian pelembab. Gunakan pada setiap hari dan pilih yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda supaya tidak meninggal efek yang tidak baik untuk kulit sehingga muka tak berseri.

Di samping itu, cubalah lakukan perubahan gaya hidup sederhana – menjaga stres sebaik mungkin dan bersenam.

3. Elakkan Kosmetik Yang Mengandungi Sulfur

Sebaiknya hindari pemakaian produk kosmetik yang banyak mengandungi sulfur kerana ia boleh membuatkan kulit anda menjadi kering, nampak kusam sehingga muka jadi tak berseri.

4. Minum Air Putih Secukupnya

Air putih sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan kulit. Minumlah air putih yang secukupnya pada waktu bersahur dan berbuka puasa.

Di samping itu, elok juga jika anda ambil vitamin tambahan seperti vitamin C, E,D dan A agar badan dan kulit anda menjadi lebih segar dan mantap.

5. Boleh Juga Jika Mahu Buat Facial!

Jika anda mahu wajah anda dibelai-belai, boleh juga anda luangkan waktu untuk melakukan facial agar perawatan kulit anda lebih optimum.

Namun, anda disarankan melakukan facial secara rutin untuk mengatasi kulit kering serta kusam pada ketika menjalankan puasa.

6. Ambil Produk Whole Wheat

Selain itu, anda juga digalakkan mengambil produk-produk whole wheat yang kaya dengan selenium. Selenium yang banyak terkandung dalam produk whole wheat mampu meregenerasi kulit agar cepat mengganti sel-sel kulit yang mati. Selenium juga elok untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan bebas jerawat.

7. Atasi Lingkaran Hitam

Untuk mengurangi lingkaran hitam pada kawasan mata, anda disarankan makan daging merah. Ia sangat bagus untuk mengurangi masalah lingkaran hitam dan lebam yang membuatkan muka tak berseri!

Ketika cuaca, pastikan anda menggunakan shades untuk melindungi kulit halus di sekitar mata anda.

BACA INI JUGA: Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

Sumber: Wow

RM12 Juta Untuk Bebaskan 4 Mangsa Culik Abu Sayyaf!

RM12 Juta Untuk Bebaskan 4 Mangsa Culik Abu Sayyaf!

Keluarga empat mangsa culik di Sarawak mengakui menyerahkan RM12 juta wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf pada 24 Mei lalu.

Mangsa+Culik+Sabah.jpeg

Harian Metro melaporkan, wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.

Bapa saudara kepada kepada salah seorang tebusan, Datuk Lau Cheng Kion berkata, wang tebusan itu diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.

"Kami serahkan amaun itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam sebuah beg sebelum diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.

"Semua wang itu sudah diserahkan kepada mereka (kumpulan militan Abu Sayyaf) dan kami tidak mengambilnya walau satu sen pun," katanya yang merupakan bapa saudara kepada tebusan Johnny Lau Jung Hien.

Lau berkata, selepas keluarga mangsa membuka akaun Facebook merayu bantuan orang ramai, mereka menerima maklum balas positif.

"Sumbangan diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia. Ada individu yang memberikan amaun besar dalam sumbangan itu, namun tidak mahu namanya didedahkan.

"Sesiapa yang ingin penjelasan lanjut mengenai wang tebusan ini, mereka boleh berhubung Cawangan Khas dan Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah sumbangan orang ramai, kami tiada hak terhadapnya," katanya.

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Pada 1 April lalu, adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, diculik dari kapal tunda MV Massive 6 oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Sabah.

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!

Sumber: Bernama

182 Skim Pelaburan Terbaru Di Haramkan Bank Negara 2016

182 Skim Pelaburan Terbaru Di Haramkan Bank Negara 2016

Mula-mula biasanya sedap bila merasa duit masuk, lama-lama ranap. Impian yang diimpikan menjadi mimpi menakutkan kerana buta ditabur janji manis dengan harapan untuk menjadi ‘I’m Millionaire’ over the world.

Skim-cepat-kaya.jpg

Orang kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan Skim Cepat Kaya, tetapi akhirnya menjadi kayap.

Tapi sayang, sampai satu tahap terperangkap dengan kerugian sesuatu pelaburan di atas pilihan memilih jalan yang salah, padahal negara kita sudah diuar-uarkan kesan dan akibatnya serta turut diberi peringatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai pelabur yang bijak, antara benda asas yang perlu tahu adalah latar belakang pelaburan, syarikat adakah berlesen atau tidak dan cara pengurusan keuntungan.

Jangan main terjah sahaja, akhirnya badan binasa.

Kemaskini Dari Bank Negara Sehingga 27 Mei 2016

Berikut adalah senarai skim yang telah dikenal pasti TIDAK diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.
  1. Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd
  2. Pioneer Forest Sdn Bhd
  3. MX3 World Wide
  4. Instagroup Resources
  5. FXUnited Power Sdn Bhd
  6. Pok Din Empire Sdn Bhd
  7. Pok Din Consultant & Services

    Nama-nama pelaburan tidak sah yang terkini dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia sehingga Mac 2016 adalah:
    1. Ostim Academy
    2. Safeena Gold Gallery
    3. DBB Star Sdn. Bhd.
    4. Aziera Gold Enterprise (NS0133976-K)
    5. GGT Golds Sdn. Bhd.
    6. Global Golds Trading
    7. Triple One Management Pte. Ltd. (T1FX)
    8. www.t1fx.com
    9. HiFX Asia
    10. Mecca Fund Global
    11. Highway Group Resources
    12. HG Resources Sdn. Bhd.
    13. Zenith Gold International Limited
    14. www.zenithgolds.com zenithgoldrocks.wordpress.com zenithgoldpowerteam.blogspot.my https://www.facebook.com/zenithgolddotcom

    Inilah 12 daripada 182 pelaburan yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

    Skim-skim ini biasanya bersembunyi disebalik pelaburan emas dan perniagaan mata wang asing.

    Walaupun telah diberi amaran oleh Bank Negara, dialog-dialog biasa menyedapkan hati yang keluar dari mulut para pelabur skim-skim sebegini:
    “Bila kita maju mesti ada cabaran dan dugaan menanti…”
    “Itu baru tersenarai, maknanya dalam pemerhatian BNM je…”

    Boleh dapatkan senarai 182 pelaburan telah diharamkan di Portal Rasmi Bank Negara Malaysia.

    Lebih beribu-ribu tertipu dengan scammers’ sehingga sanggup mengeluarkan hampir semua simpanan dan menggadaikan tanah pusaka kononnya boleh dapat pulangan yang tinggi sebanyak 0.1-2.0% SEHARI? Wow! (siap menjanjikan ganjaran BMW).

    Bak kata Mentor Kewangan, Azizi Ali; “Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim-skim yang pelik-pelik ini?

    Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia. Ini termasuklah ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid.

    Tuan Hj. Mohd Asri.JPG
    Tuan Hj. Mohd Asri.

    Mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini?

    Masih ingat Genneva Malaysia? Pada yang tidak ingat tidak mengapa sebab orang kita memang semulajadi mudah lupa.

    Genneva Malaysia diserbu oleh pihak polis dan BNM pada Oktober 2012 dan operasinya pun runtuh selepas itu. Seperti insiden Swisscash, ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian.

    Beberapa pengarah syarikat Genneva dan syarikat sekutu didakwa di mahkamah dan kes-kes masih dalam perbicaraan sehingga hari ini.

    Jadi, jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar wang, kereta mewah yang mempesona.

    Jangan sampai tersontot, baik lari jauh-jauh!

    BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

    Sumber: Mynewshub.cc