Tuesday, June 14, 2016

Gambar Neelofa Berubat Dengan Haron Din Cetus Isu Di Instagram!

Gambar Neelofa Berubat Dengan Haron Din Cetus Isu Di Instagram!

Sesiapa yang mengikuti perkembangan Neelofa menerusi laman Instagramnya tentu perasan pelakon dan pengacara ini telah bertemu dengan pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, beberapa hari lalu.

Haron Din & Neelofa.jpg

Perkara ini diketahui kerana Neelofa telah memuat naik video dirinya sedang berubat cara Islam dengan Haron Din.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi hingga ratusan komen menghujani ruangan komen posting ini.

Ini gara-gara, ketika proses ruqyah itu kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dek kerana itulah, ramai mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa memuatnaik video tersebut.

Haron Din & Neelofa [2].png
Haron Din & Neelofa [3].jpg
Haron Din & Neelofa [4].jpg

Ramai berpendapat Neelofa sengaja mencari publisiti dan video tersebut tidak patut dikongsi kepada umum kerana boleh menimbulkan fitnah.

Bagaimanapun, sesetengah peminat mempertahankan bintang itu kerana berasakan tiada yang salah atau haram kerana Haron Din melakukan demikian untuk tujuan berubat dan ianya jelas berlapik.

Tambahan pula, ia dapat memberi gambaran kepada peminat di luar sana tentang bagaimana proses ruqyah berlangsung.

Dalam pada itu, Neelofa dilihat turut memuat naik video pesanan Haron Din dan antara intipati ucapannya adalah tentang ‘bersangka baik’.

Haron Din & Neelofa [5].jpg

Apa pun, bertuah Neelofa kerana dapat bertemu dengan salah seorang ahli agama yang begitu dihormati dan disanjungi di Malaysia.

Sebelum ini Neelofa pernah mencetuskan kontroversi lebih kurang serupa apabila memuat naik gambar seorang qari memegang ubun-ubunnya.

UPDATE!
(16/62016)

Kontroversi Dengan Haron Din, Ini Penjelasan Neelofa

Neelofa.jpg

Dalam pada itu, video tersebut turut menimbulkan persoalan peminatnya sama ada bintang kesayangan mereka itu terkena buatan orang.

Bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan hal itu dan mendakwa hubungan keluarganya dengan pengamal perubatan Islam itu sememangnya rapat.

“Video itu tidak bermaksud apa-apa. Saya tidak terkena buatan orang (sihir) seperti mana yang difikirkan ramai.

“Hubungan keluarga saya dan ustaz (Haron Din) agak rapat. Malah, keluarga kami selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.

“Jadi ia sudah menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga untuk meminta khidmat kepakaran ustaz apabila beliau berkunjung ke rumah kami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Neelofa, Haron Din yang juga mursyidul am PAS itu, selalu menyediakan air pendinding pada setiap kali mengadakan kunjungan ke rumahnya.

Dalam pada itu, jurucakap pusat perubatan Darussyifa yang didirikan oleh Haron Din turut menjelaskan rawatan yang dilakukan kepada pengacara Meletop itu.

“Memang terdapat kaedah meletakkan tangan di tempat sakit. Jika wanita hanya diletakkan di bahagian belakang sahaja namun tidak semua rawatan perlu menyentuh pesakit.

“Ayat ruqyah adalah ayat daripada sumber al-Quran yang digunakan dengan cara tersusun, amalan sunnah Rasulullah serta kaedah lain sebagai ikhtiar merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau rohani yang selaras dengan kehendak syarak,” katanya.

BACA INI JUGA: Ayam Cemani, Pengeras Upacara Memanggil Syaitan

Sumber: Mynewshub.cc

Ucapan Paderi Ketika Pengebumian Muhammad Ali Yang Mendapat Tepukan Gemuruh!

Ucapan Paderi Ketika Pengebumian Muhammad Ali Yang Mendapat Tepukan Gemuruh!

Seorang paderi Yahudi menerima tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir dalam majlis pengebumian legenda tinju dunia, Muhammad Ali Jumaat lalu ketika berucap mengenai Islam.

Pengebumian Muhammad Ali.jpg

Michael Lerner, 73, seorang aktivis politik Amerika Syarikat (AS) memuji tindakan Ali semasa ha­yatnya yang berani untuk ‘me­nyayangi orang kulit hitam ketika mereka berdepan masalah untuk menyayangi diri sendiri.’

Pada masa yang sama, Lerner yang juga pengarang progresif untuk majalah Tikkun menyeru supaya kebencian terhadap Islam atau ‘Islamophobia’ dihentikan segera.

“Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli politik atau sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan Islam dan me­nyalahkan orang Islam terhadap apa yang terjadi ketika ini,” kata­nya seperti yang dilaporkan oleh portal Independent.co.uk.

Pengebumian Muhammad Ali - LERNER.JPG

Dalam pada itu, Lerner juga menunjukkan rasa prihatinnya terhadap Palestin apabila menyeru kerajaan AS supaya bangkit menentang penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap negara itu.

Ribuan sahabat, ahli keluarga, selebriti serta tokoh politik hadir dalam majlis pengebumian Ali yang diadakan di Louisville, Kentucky itu.

Ali meninggal dunia ketika berusia 74 tahun akibat komplikasi ekoran penyakit Parkinson yang dihidapinya sejak bersara daripada dunia tinju.-AP

BACA INI JUGA: Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Bahaya Diet Tinggi Protein Untuk Mengurangkan Berat Badan

Bahaya Diet Tinggi Protein Untuk Mengurangkan Berat Badan

Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain.

Diet Tinggi Protein

Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino.

Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan.

Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-

1. Masalah buah pinggang

Pengambilan protein yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah terhadap buah pinggang anda. Hal ini kerana apabila protein berubah menjadi asid amino, keton dilepaskan ke dalam sistem anda.

Keton diproses oleh buah pinggang. Ia akan mengakibatkan peningkatan aktiviti di buah pinggang yang sekaligus membuatkan buah pinggang anda ‘bekerja lebih’ dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada buah pinggang anda seperti terjadinya batu karang.

Selain daripada itu, ia boleh mengakibatkan buah pinggang anda tidak berupaya untuk memproses asid urik dengan cepat yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit gout, sejenis artritis.

Asid urik yang berkumpul di sendi, dengan itu menyebabkan kesakitan dan ketegangan. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi dimana pengumpulan keton dalam darah yang dikenali sebagai ketosis akan membuat buah pinggang mengusir protein berlebihan bersama-sama dengan air, dan dengan itu membuat anda berasa lemah dan letih.

2. Peningkatan kolesterol

Seperti yang kita tahu, jenis makanan protein adalah seperti daging dan telur. Kebanyakannya adalah dari sumber haiwan yang sangat tinggi lemak yang boleh membawa risiko kepada peningkatan kolesterol dan jika lebih teruk boleh mengakibatkan penyakit jantung.

Selain daripada itu, sumber lemak tepu tersebut juga berisiko untuk pertambahan berat badan.

3. Osteoporosis

Pengambilan protein berlebihan juga akan mengakibat jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan meningkat.

Jika tulang anda kurang mendapat kalsium, ia akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang cenderung untuk menjadi rapuh dan memutuskan mudah.

Terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti terjadinya kepada wanita yang mengambil protein berlebihan akan lebih cenderung untuk mempunyai pergelangan tangan patah, berbanding dengan wanita yang kurang makan protein.

Oleh itu, anda seharusnya mengimbangkan sumber makanan yang diambil didalam kalori harian anda kerana jika mengambil salah satu sumber dengan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan.

Kesannya mungkin tidak terjadi sekaligus, ianya mungkin mengambil masa. Jadi, pengawalan pemakanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.

BACA INI JUGA: Posisi Hubungan Intim Mampu Kuruskan Badan!

Sumber: Kevin Zahri

Ketahui Rahsia Bentuk Bibir Wanita

Ketahui Rahsia Bentuk Bibir Wanita

Disebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri dan rahsia tentang bibir wanita yang sememangnya penuh daya tarikan. Di sini kami kongsikan misteri bibir wanita yang lelaki patut tahu.

Bibir segar dan kemerahan

Bibir segar dan kemerahan.jpg

  • Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.
  • Sifat mereka juga terbuka dan periang.
  • Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.
  • Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.
  • Secara umumnya, wanita ini suka dimanjakan dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
  • Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya.
  • Biasanya mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra.

Bibir yang biru (pucat)

Bibir yang biru (pucat)

  • Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
  • Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
  • Kata-katanya tidak boleh dipegang.
  • Selalu bersifat ingkar.
  • Cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya.
  • Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangan.
  • Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasi atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Bibir yang tipis

  • Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar.
  • Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa memperdulikan apa kata orang lain.
  • Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya.
  • Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.
  • Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Bibir yang mungil

  • Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
  • Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja.
  • Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan.
  • Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain.
  • Tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.
  • Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya.
  • Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.
  • Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal

Bibir yang tebal

  • Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat.
  • Sukakan kemesraan dan kehangatan.
  • Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks.
  • Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.
  • Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. 
  • Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.
  • Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.
  • Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama.
  • Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros.
  • Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
  • Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Bibir sentiasa terbuka

  • Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks.
  • Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan.
  • Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya.
  • Optimis dan bermatlamat.
  • Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya.
  • Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan.
  • Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik serta pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Diri Anda

Sumber: 1001rahsiadiri

Elly Mazlein Nafi Bercerai Kerana Curang!

Elly Mazlein Nafi Bercerai Kerana Curang!

Penyanyi Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi masih belum mendedahkan punca perceraiannya bersama Azmi Hatta pada tahun lalu sehingga menyebabkan ada pihak yang mendakwa dia sebenarnya berlaku curang sehingga menyebabkan perceraian itu berlaku.

Elly Mazlein.JPG

Namun, bagi Elly, dia cuba menjauhkan diri dari segala gosip dan khabar angin kerana mahu menjaga aib diri dan aib bekas suami yang juga merupakan bapa kepada anak sulongnya, Putri Sara Sefhia.

“Saya cuba mengelak dari sebarang publisiti yang tidak bermanfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. tetapi, makin saya mendiamkan diri, makin banyak tohmahan yang dilemparkan kepada saya.

“Baru-baru ini terdapat fitnah yang mengatakan bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya bersama lelaki lain di Pulau Langkawi ketika menjalani penggambaran untuk sebuah drama.

“Saya teringin nak tahu siapa lelaki yang ditangkap bersama saya ketika itu kerana masa itu bekas suami datang memberikan kejutan di hotel penginapan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Elly juga mengakui dberasa terkilan dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya dan tambah Elly dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suaminya dan menghalalkan wang hantaran berjumlah RM11,111,11.00 yang masih belum diterimanya sehingga kini.

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc

Tahukah Anda Negara Pembekal Pisang Utama Dunia?

Tahukah Anda Negara Pembekal Pisang Utama Dunia?

Tahukah anda makanan yang paling banyak tersebar di bumi adalah pisang dan Ecuador merupakan pembekal utama pisang di dunia!

Pembekal Pisang Utama Dunia.JPG

Berdasarkan rekod negara-negara pengeksport pisang, Ecuador dilaporkan memenuhi keperluan dunia sebanyak 23.7 peratus dengan nilai dagangan sebanyak 2.6 bilion dolar Amerika.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, antara 10 buah negara pengeksport pisang dunia pada tahun 2014, Filipina merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia dengan nilai dagangan 1.1 bilion dolar Amerika.

Walaupun iklim di Asia Tenggara merupakan faktor penting penanaman pisang, namun cuma Filipina saja yang berjaya menjadi pemain utama eksport pisang dunia dari Asia Tenggara.

Lain-lain negara dirantau ini diklasifikasikan sebagai pengguna pisang.

Buah Yang Paling Banyak Tersebar

Uganda and Banana.jpg

Sehingga ke hari ini, saintis belum mendapat fakta yang jelas, bagaimana pisang tersebar ke seluruh dunia.

Ada teori mengatakan ia dibawa oleh makhluk asing dalam keluarga Ape, namun tiada rekod yang menunjukkan perkara itu.

Apa yang pasti, belum ada mana-mana catatan yang menceritakan dengan jelas mengenai negara asal pisang dan masyarakat pertama yang memakan pisang.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa penduduk Uganda merupakan pengguna pisang terbesar di dunia.

Dianggarkan setiap penduduk negara ini memakan sebanyak 240 kilogram pisang setahun!

Berdasarkan rekod, terdapat seribu jenis variasi pisang diseluruh dunia.

Hebat kan!

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, June 13, 2016

Solar Paper, Powerbank Pengecas Solar Paling Nipis Di Dunia!

Solar Paper, Powerbank Pengecas Solar Paling Nipis Di Dunia!

Penggunaan 'Powerbank' sudah semestinya menjadi perkara utama bagi sesiapa yang memiliki gajet. Selain telefon, tablet juga antara alat penting yang memerlukan pengecas bagi menambah semula cas bateri.

Solar Paper.jpg

Persoalannya, sejauh manakah powerbank dapat menampung bekalan bateri elektronik?

Untung jika berada dirumah sebab mudah untuk mengecas, namun bayangkan pula jika anda sedang berada diluar rumah! Di hutan misalnya. Aduh!

Kini anda tidak perlu lagi risau. Dengan adanya pengecas solar paling nipis, anda tidak akan mengalami masalah kekurangan cas bateri lagi.

Ciptaan yang dinamakan sebagai 'Solar Paper' ini telah dihasilkan di Seoul, Korea pada tahun 2015 oleh dua pereka muda, Sen Chang dan Lim Sam.

Solar Paper (Note Book).jpg

Memiliki ketebalan 0.15 inci menyebabkan alat pengecas ini dikenali sebagai pengecas paling nipis di dunia.

Uniknya, teknologi kreatif ini memiliki saiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana.

Keunikannya dapat dilihat dengan jelas kerana 'Solar Paper' boleh disimpan di dalam buku nota dan hanya perlu dikeluarkan apabila mahu menggunakannya.

Cara penggunaan 'Solar Paper' juga amat mudah. Asalkan ada port USB, apa saja barangan elektronik boleh disambungkan.

Kepingan kertas solar pula direka dengan satu bahagian asas yang kemudiannya disambungkan dengan beberapa keping panel lain untuk menyesuaikan tenaga bagi setiap gajet.

Misalnya, telefon pintar Iphone 6 boleh dicas dengan bateri penuh dalam masa dua jam setengah.

Jumlah tenaga yang diperlukan pula adalah sebanyak 5 watt bersamaan dengan sekeping panel.

Solar Paper 2.jpg

Bagi peralatan elektronik lain pula, jumlah tenaga yang digunakan adalah berbeza.

Pengguna hanya perlu menambahkan kepingan 'Solar Paper' mengikut kesesuaian gajet.

Selain 5 watt, 'Solar Paper' turut didatangkan dengan dua jumlah tenaga lain iaitu 7.5 watt dan 10 watt.

Masing-masing mempunyai kepingan yang berlainan, dua, tiga dan empat panel setiap watt.

Bagaimana pula sekiranya cuaca tidak panas terik? Usah risau, 'Solar Paper' masih boleh berfungsi.

Solar Paper Outside.jpg

Caranya, dengan menambahkan kepingan panel bagi menguatkan tenaga semasa mengecas.

Pengecas paling nipis ini juga memiliki sifat kalis air. Ini bermakna tempias air dan hujan tidak akan merosakkan ciptaan unik ini.

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

-SENTIASAPANAS.COM

Vantablack, Warna Paling Hitam Di Dunia!

Vantablack, Warna Paling Hitam Di Dunia!

Berita baik buat penggemar warna hitam! Apabila menyebut tentang warna ini, umum hanya membayangkan satu jenis warna saja.

Vantablack.jpg

Kini, tidak lagi dengan adanya penemuan terbaru mengenai warna paling hitam di dunia oleh sekumpulan saintis.

Kajian mengenai warna paling hitam di dunia telah dijalankan oleh sekumpulan saintis daripada Surrey Nanosystems dan diketuai oleh Ben Jensen dan penemuan baru ini pada mulanya telah ditemui oleh The National Physical Laboratory (NPL).

Dikenali dengan nama 'Vantablack' dan disebut sebagai warna paling hitam di dunia, agak mustahil sebenarnya untuk memikirkan kewujudan warna yang lebih hitam daripada hitam.

Jadi, apakah perbezaan 'Vantablack' dengan warna hitam biasa yang kita sering temui?

Sudah tentulah kepekatan ton yang dimiliki oleh penemuan baru ini lebih tinggi daripada biasa.

Dengan kata lain, jika kita berada didalam sebuah ruang yang dipenuhi 'Vantablack', kita tidak akan dapat melihat sebarang cahaya. Terlalu gelap!

Sekiranya bulatan 'Vantablack' diletakkan pada dahi, ia membuatkan seseorang itu kelihatan memiliki dahi berlubang.

Vantablack_Laser

Bagi membuktikan kelainan wrna 'Vantablack', satu ujian khas telah dilakukan oleh saintis.

Dalam ujian tersebut, cebisan 'Vantablack' telah diletakkan didalam kepingan kertas timah.

Saintis kemudiannya memancarkan sinaran laser ke atas permukaan warna 'Vantablack'.

Sangat mengejutkan, cahaya inframerah tidak lagi kelihatan, sedangkan apabila ia diuji ke atas warna hitam biasa, pancaran cahaya laser dapat dilihat dengan jelas.

Dianggarkan, sebanyak 99.9% cahaya mampu diserap 'Vantablack'!

Eksperimen itu benar-benar membuktikan kelainan yang dimiliki warna hitam 'Vantablack'.

Disebabkan memiliki kehitaman warna yang sangat luarbiasa, 'Vantablack' telah mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Records yang dicatatkan secara rasmi pada 19 Oktober 2015, sebagai warna paling hitam di dunia.

Vantablack - Anish-Kapoor-Descension-2015.jpg
Anish Kapoor, Descension, 2015.

Malangnya, penemuan baru ini bukanlah bahan yang boleh dimiliki umum sewenang-wenangnya.

'Vantablack' buat masa ini hanya untuk kegunaan pihak NASA yang digunakan dalam kajian penerbangan angkasa lepas dan seorang artis terkenal, Anish Kapoor, namun mendapat kririkan ramai pihak.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Warna Untuk Kesihatan

-SENTIASAPANAS.COM

Bahagian Atas Dan Bahagian Bawah!

Bahagian Atas Dan Bahagian Bawah!

Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.

Unique Birthday Cake.jpg
Gambar hiasan.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ini encik?" tanya gadis yang bertugas mengambil pesanan di kaunter.

"Mmm.. tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Ketika kek itu di buka di depan isteri, anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan.

Kemudian, isteri lelaki itu turut pengsan selepas melihat sendiri kek itu.

Diatas kek itu tertulis perkataan, "Sayang Tidak Bertambah Tua Di Bahagian Atas, Sayang Cuma Bertambah Cantik Di Bahagian Bawah."

Sekadar hiburan..

Kah Kah..

BACA INI JUGA: Suami Mengaku Kalah Selepas 16 Jam Ambil Alih Tugas Isteri!

-SENTIASAPANAS.COM

Adakah Sah Puasa Jika Tidur Sepanjang Hari?

Adakah Sah Puasa Jika Tidur Sepanjang Hari?

Menurut Imam Syafie dan Imam Ahmad, berpuasa bagi seseorang yang pengsan, tidur berpanjangan, koma dan sebagainya mempunyai 2 senario.

Puasa tapi tidur

1. Tidak sedar diri dari sebelum fajar sehinggalah terbenam matahari

Puasa begini tidak sah. Ini disebabkan konsep berpuasa adalah menahan diri didalam keadaan sedar, dengan niat melakukannya dan dilakukan kerana Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana-Ku." (Hadis riwayat Bukhari 1894; Muslim 1151)

2. Terjaga disebahagian waktu

Sama ada pada awal, pertengahan atau hujung waktu, maka puasanya sah.

Menurut Al-Hafiz Imam al-Nawawi setelah meneliti kesemua pandangan, beliau berkata bahawa, "Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari."

"Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari."

Alasannya adalah kerana seseorang yang bangkit pada siang hari puasa dapat menahan diri dari makan, minum dan syahwat di dalam keadaan sedar.

Kesimpulan

Jika seseorang itu tidak sedarkan diri berpanjangan (dari sebelum fajar hingga terbenam matahari), maka puasanya batal dan dikehendaki menggada' puasanya.

Bagi seseorang yang sedarkan diri disebahagian harinya, maka puasanya sah.

Ini adalah pandangan Syafie dan Ahmad dan juga disukai oleh Syeikh Utsaimin (lihat al-Majmui, 6/346; al-Mughni, 4/344; al-Sharh al-Mumtii, 6/365.

Bagi keadaan yang disebabkan pengsan hanya kira-kira 10-30 minit, maka puasanya masih sah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

-SENTIASAPANAS.COM