Friday, June 10, 2016

10 Golongan Manusia Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

10 Golongan Manusia Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

Setiap Muslim bercita-cita untuk menghuni syurga al firdaus di akhirat kelak. Namun, sebilangan mereka jauh terpesong daripada menuju jalan yang lurus ke syurga Allah.

Syurga.jpg

Mereka lalai untuk menuju kejayaan dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Manakala hamba-Nya yang taat dengan suruhan dan larangan-Nya akan berusaha sedaya mungkin mengejar kenikmatan di dunia dan di akhirat.

Menurut hadis sahih yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad SAW yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diazab oleh Allah SWT.

10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai wajah bercahaya seperti bulan purnama dan hati mereka semuanya sama.

Mereka beriman dan sentiasa istiqamah menuruti segala suruhan Allah swt dan baginda Nabi Muhammad SAW hingga ke hari kiamat.

"Siapakah 10 Golongan Manusia Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab? Siapakah golongan yang beruntung ini?"

Mereka adalah..

1. Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan). Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.

2. Ahli As-Sabr (ahli kesabaran). Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.

3. Berjiran kerana Allah. Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5. Golongan yang sentiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, wanita yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’, “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan dan termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa dihisab.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Bagaimana Sebenarnya Menilai Orang Itu Baik Atau Tidak?

Sumber: Infokini

Ngerinya Tapak Tangan Terbelah Akibat Mercun!

Ngerinya Tapak Tangan Terbelah Akibat Mercun!

Baru empat hari berpuasa di bulan Ramadan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan terbelah tapak tangan kanannya dan putus tiga jari akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Adam Haikal Mohd Sabri.jpg

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Adam Haikal Mohd Sabri dikatakan keluar bermain mercun setelah menerima ajakan rakannya sementara menunggu waktu berbuka.

Insiden dipercayai berpunca gara-gara mangsa tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, sebelum meletup dalam tangannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

“Dia masih dirawat di Hospital Taiping,” kata nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, kepada BH Online.

Adam Haikal Mohd Sabri [2].jpg

Difahamkan, ketika kejadian jiran dikatakan telah menasihati mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

Namun, tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran disusuli dengan jeritan mangsa yang dalam kesakitan akibat mercun meletup pada tangannya.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Sumber: Mynewshub.cc

Amalan Yang Lebih Utama Daripada Sedekah Dan Puasa!

Amalan Yang Lebih Utama Daripada Sedekah Dan Puasa!

Seorang sahabat Nabi SAW yang mulia iaitu, Abu Darda r.a, meminta pandangan daripada para sahabatnya yang lain, "Adakah saya akan memberitahu anda semua tentang satu amalan yang lebih utama dan bernilai di sisi Allah SWT daripada memberi sedekah dan puasa?"

Stop fighting

Semua sahabat Nabi SAW sangat berminat untuk mengetahui tentang amalan terbaik di sisi Allah SWT yang boleh didapati secara berlipat kali ganda ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka nanti.

Namun, amalan hebat apakah itu? Tidakkah memberi sedekah adalah suatu amalan yang mulia dan juga merupakan sifat terpuji yang disyorkan oleh Nabi SAW?

Bukankah balasan untuk amalan bersedakah boleh didapati dengan ganjaran sebanyak 700 kali ganda?

Bukankah jika kita bersedekah dengan ikhlas yang sebenar-benarnya, meskipun hanya separuh daripada buah kurma, boleh menjadi penghalang bagi seseorang hamba Allah itu ke neraka?

Bukankah juga amalan bersedekah dijamin oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang boleh mencegah si pemberi sedekah itu daripada mendapat bahaya atau bencana?

Sedekah juga terbukti sebagai satu cara untuk mengubati penyakit yang dialami oleh seseorang hamba sama ada penyakit hati, hasad dengki dan sebagainya.

Puasa pula dikategorikan sebagai separuh daripada kesabaran. Ia boleh memberi syafaat bagi si pelaku di hari kiamat. Ianya juga boleh menjadi penghalang dosa, maksiat, dan seksaan neraka.

Puasa juga dijamin sebagai salah satu cara utama bagi mereka yang memerlukan kesihatan fizikal dan rohani.

Jadi, apakah jenis amalan yang disebut sebagai amalan yang lebih penting daripada amalan berpuasa dan bersedekah?

Kata Abu Darda, "Iaitu..." Sambungnya pula, "Mendamaikan mereka yang tengah berselisih faham (bergaduh). Sebabnya adalah kebencian merupakan penghalang bagi seseorang itu untuk mendapatkan pahala."

Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam sebuah kitab Adab al-Mufrad.

Dalam riwayat yang lain oleh Imam at-Tirmidzi yakni sejenis hadis hasan yang disahihkan oleh Imam Abu Isya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Mahukah aku memberitahu kepada anda semua satu amalan yang lebih utama daripada darjat orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah?"

"Sudah tentu, wahai Rasulullah," jawab para sahabat.

Sabda Rasulullah SAW, "(Ialah) mendamaikan seseorang yang bersengketa (bergaduh). Kerana sesungguhnya, kerosakan daripada persengketaan akan terhalang bagi seseorang daripada mendapat pahala."

ntuk menerangkan lagi maksud hadis yang mulia ini, Dr Muhammad Ali Hasyimi menjelaskan ulasannya seperti berikut, "(Kerana) kebencian dapat menghapuskan segala amal perbuatan bagi seseorang itu, dijauhkan segala pahala baginya dan mampu melenyapkan segala kebaikan yang dibuatnya."

Oleh itu, ini adalah salah satu sifat mulia yang digalakkan dalam Islam yang patut kita amalkan sesuai dengan kemampuan kita.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Nukeufo89.com

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia 2017

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia 2017

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI dan PEREMPUAN yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KADET ATM 2017.PNG

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Jawatan Kosong
  • Pegawai Kadet Graduan 2017

Panduan Permohonan
  • Syarat kelayakan di SINI.
  • Permohonan dan pendaftaran secara online di SINI.

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

Thursday, June 09, 2016

3 Perbezaan Gaya Belajar Anak Lelaki

3 Perbezaan Gaya Belajar Anak Lelaki

Pasti ibu bapa dan guru tertanya-tanya mengapa susah sangat nak ajar anak lelaki. Soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah, anak lelaki cepat jemu, selalu hilang fokus dan tak boleh duduk diam serta mudah hilang keyakinan diri.

Anak Lelaki Belajar.jpg

Berikut adalah tiga perkongsian perbezaan gaya belajar ANAK LELAKI berbanding anak perempuan yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan juga guru.

1. Anak lelaki minat kepada benda dan objek

Jadikan benda dan objek sebagai bahan pengajaran dan pembelajarannya. Pasti anak lelaki tidak cepat jemu untuk belajar sesuatu.

2. Otak anak lelaki adalah otak monotrek - Otaknya fokus pada satu perkara dalam satu masa

Apabila memberi aktiviti atau tugasan kepada anak lelaki, pastikan berikan satu perkara atau satu tugasan dalam satu masa.

Setelah mereka selesai melakukan tugasan tersebut, barulah ditambah satu lagi tugasan yang lain. Cara ini membantu anak untuk fokus.

3. Strategi memotivasikan anak lelaki adalah berikan penghargaan dalam bentuk kata pujian, tepukan di bahu, high five, stickers bintang kepada mereka apabila mereka:
  • Mencuba menjawab soalan walaupun jawapan tidak tepat.
  • Menolong ibu bapa, guru atau rakannya (walaupun sekecil-kecil pertolongan).
  • Berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
  • Menyimpan alatan mainan selepas digunakan.

Mudahnya membantu anak lelaki seronok belajar jika tahu caranya. Jom ‘Helping boys, nurturing girls’!

BACA INI JUGA: 6 Jenis Riak Tanpa Sedar Di Laman Sosial

Sumber: Ameeneducare

Kisah Jin ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman

Kisah Jin ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman

Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT.

Jin+Ifrit.jpg
Gambar hiasan.

Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya.

Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan.

Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut.

Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan.

Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup.

Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati, “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian.

"Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya.

"Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda.

"Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!”

Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata, “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.”

Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata, “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.”

Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat.

Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seseorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata, “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya, “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur sebab keletihan.

Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya, “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun.

Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya.

Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman.

Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan mereka pun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal bersama nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda.

Nabi Sulaiman a.s. tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman a.s. memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia.

Berpunca dari amarahnya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan.

Ifrit meninggalkan takhta kerajaan dan ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah SWT yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman a.s. keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya.

Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman a.s. ke dalam pukat mereka.

Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman a.s. dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan.

Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu.

Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda.

Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintahkan itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya Ifrit ditemui bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman a.s. dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya

BACA INI JUGA: Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat

Sumber: Islam2u

5 Babak Paling Menyeramkan Filem 'The Conjuring' Dan 'Annabelle'

5 Babak Paling Menyeramkan Filem 'The Conjuring' Dan 'Annabelle'

Apabila "The Conjuring" keluar di pawagam pada 2013, ia menjadi filem seram yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu berjumlah USD318 juta berbanding bajetnya sekitar USD20 juta.

Annabelle.jpg

Diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia, James Wan yang sememangnya terkenal dengan filem-filem seramnya ("The Saw", "Insidious"), filem itu mengisahkan tentang penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren yang membantu keluarga Perron untuk mengusir roh jahat dari kediaman mereka.

Penerimaan postif terhadap filem seram di Amerika telah menyaksikan filem 'spin-off' "Annabelle" pada tahun 2014, yang memaparkan patung yang dirasuk pada filem tahun 2013 itu, dimana sekuel terbaru akan ditayangkan pada Jun 2016.

Filem "Annabelle" yang diarahkan oleh pengarah fotografi "The Conjuring", John R. Leonetti, tidak menerima ulasan baik seperti sebelumnya. Walaupun ia berjaya mendapat kutipan pecah panggung USD256.9 juta dari bajet USD6.5 juta, ia sudah cukup untuk tampil dengan sekuel yang dijadualkan ditayangkan pada 2017.

Sekiranya anda sudah lupa mengapa filem ini membuatkan orang mengigil ketika menontonnya,  kami akan mengimbas semula dengan memilih 5 babak paling menyeramkan dalam filem "The Conjuring" dan "Annabelle".

5. 'Benda asing' dalam rumah ("Annabelle")

Annabelle [5].gif

Tiada siapa yang suka melihat 'orang' asing di rumah mereka, tambah-tambah lagi apabila 'orang' asing tersebut dibaluti kain putih dan rambut panjang tidak terurus dan juga dengan wajah yang menyeramkan yang mana sudah pastinya ia adalah hantu.

Bagaimanapun, melihat 'benda' itu adalah cukup menakutkan, tetapi bagaimana pula bila hantu itu mula menyerang?

Tidak ada yang lebih menakutkan daripada seorang budak perempuan (entiti paranormal) bertukar menjadi seram dan menakutkan yang menyerang anda.

4. Wajah syaitan ("Annabelle")

Annabelle [4].jpg

Antara satu ketidak puasan hati penonton terhadap filem ini adalah penggunaan teknik 'jump scares' yang terlalu banyak.

Walaupun strategi menggunakan teknik itu kelihatan 'over', bagaimanapun ia mempunyai babak yang paling diingati dalam tempoh beberapa saat sahaja iaitu ia menunjukkan wajah Syaitan.

Teknik yang digunakan telah memberikan impak besar kepada penonton. Syaitan dalam "Annabelle" ditonjolkan dalam satu babak di mana ia muncul di belakang patung yang terapung, memegangnya dan menunjukkan bagaimana dia memanipulasikan patung itu untuk bergerak.

3. Lif yang menakutkan ("Annabelle")


"The Conjuring" dipuji di atas kemampuannya untuk menakutkan tanpa menggunakan babak yang menjijikan, sebaliknya ia bergantung kepada ketakutan psikologi.

Ini adalah satu factor yang kurang dalam filem 'spin-off' ini, tetapi ada juga babak dalam "Annabelle" yang menanam ketakutan dalam jiwa protagonis (dan penonton juga).

Ini apabila Mia mendapati dirinya terperangkap dalam lif, dan tidak dapat keluar dari kegelapan di bilik bawah tanah yang membuatkan penonton yang berada di dalam pawagam merasai apa yang ditonton.

2. Sembunyi dan Tepuk ("The Conjuring")

The Conjuring [2].gif

Sudah pastinya kedudukan teratas akan dikuasai oleh "The Conjuring", kerana ia bergantung pada kualiti berbanding kuatiti.

Filem ini tidak memaparkan terlalu banyak syaitan, tetapi apabila dia muncul, dia tahu bagaimana untuk meninggalkan impak besar kepada penonton.

Dalam filem ini dimana keluarga bermain permainan Sembunyi dan Tepuk (sembunyi dan cari dengan tambahan mata ditutup dan menepuk tangan), anda tidak akan melihat banyak kelibat entiti, sebaliknya, penggunaan bunyi mudah yang anda berdepan setiap hari akan meninggalkan kesan yang akan menghantui anda.

1. Ahli sihir dan almari pakaian ("The Conjuring")

The Conjuring [1].gif

Malangnya, ini tidak seperti novel "Narnia" oleh C.S. Lewis, kerana almari pakaian ini tidak akan membawa anda ke dunia magis, sebaliknya, ia mempunyai sihir hitam!

Kuasa magik yang ada pada ahli sihir ini bukan hanya keluar dari almari pakaian antik dan menakutkan budak kecil.

Sebenarnya, ia melakukan lebih teruk dari itu, jika tidak ahli sihir Bathsheba tidak akan menghantui rumah dan akhirnya merasuk ibu Carolyn.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: Cinema

4 Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Muhammad Ali

4 Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Muhammad Ali

Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat masalah pernafasan selain bertarung selama lebih 30 tahun dengan penyakit parkinson.

Muhammad Ali.jpg

Sepanjang penglibatannya dalam sukan tinju, kejayaan Ali banyak didorong oleh wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati beliau.

Ketika hayatnya, Ali mengahwini empat wanita cantik yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.

Hasil perkahwinan, Ali mempunyai tujuh cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Jom kita kenali, wanita-wanita yang pernah singgah di kamar hati bekas peninju tersohor ini..

1. Sonji Roi (1964-1966)

Sonji Roi (1964-1966).jpg

Ali berkahwin dengan isteri pertama, Sonji Roi, seorang pelayan bar pada tahun 1964 hanya selepas sebulan berkenalan.

Namun, disebabkan Sonji enggan mengikut beberapa ajaran Islam seperti yang diamalkan suaminya, pasangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka pada Januari 1966.

Mereka tidak mempunyai anak sepanjang dua tahun berkahwin.

2. Belinda Boyd (1967-1977)

Belinda Boyd (1967-1977).jpg

Tiga tahun kemudian, Ali mengahwini seorang gadis sunti berusia 15 tahun, Belinda Boyd yang kemudiannya memeluk Islam dan menukar nama kepada Khalilah Ali.

Mereka berkenalan ketika Khalilah bekerja di kedai roti di Los Angeles, Amerika Syarikat yang diusahakan oleh Nation of Islam.

Pasangan ini mempunyai empat cahaya mata iaitu Maryum, Jamilla, Rasheda dan Muhammad Ali Jr.

Perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas 10 tahun mengecap bahagia bersama.

Muhammad Ali Jr..jpg

Ali Jr, 43, berkata sepanjang kehidupan, dia diabaikan oleh bapanya dan mengaku sering dibuli di sekolah hanya kerana dia merupakan anak juara tinju dunia.

Khalilah dipercayai sedang menyiapkan satu buku memoir menceritakan pengalaman hidupnya sepanjang bergelar isteri Allahyarham.

3. Veronica Porsche (1977-1986)

Veronica Porsche (1977-1986).jpg

Perkenalan Ali dengan Veronica dikatakan bermula ketika dia masih lagi bergelar suami Khalilah.

Sebaik berpisah dengan isteri kedua, Ali terus mengikat tali perkahwinan dengan Veronica yang merupakan model dan pelakon.

Ali dan Veronica mempunyai dua anak perempuan, Hana dan Laila.

Hana dan Laila.jpg
Hana dan Laila.

Laila, 37, kini meneruskan legasi bapanya dalam sukan tinju dan merupakan antara peninju wanita paling disegani masa kini.

Perkahwinan ketiga Ali juga tidak kekal lama apabila dia bercerai selepas sembilan tahun hidup bersama Veronica.

4. Yolanda ‘Lonnie’ Williams (1986-2016)

Yolanda ‘Lonnie’ Williams (1986-2016).jpg

Pada November 1986, Ali berkahwin dengan kenalan lamanya, Yolanda ‘Lonnie’ Williams.

Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki, Assad Amin yang diambil ketika bayi itu berusia lima bulan.

Sejak disahkan menghidap penyakit Parkinson, kehidupan Ali bergantung sepenuhnya pada Lonnie dan kakak Ali, Marilyn.

Difahamkan, Lonnie merupakan pewaris tunggal yang mewarisi semua harta dan kekayaan yang dimiliki Ali.

Jenazah Ali akan disemadikan di tanah kelahirannya di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

Sumber: Mynewshub.cc

Saintis Akui Puasa Mampu Mencegah Kerosakan Otak

Saintis Akui Puasa Mampu Mencegah Kerosakan Otak

“Puasa dua kali seminggu memberi pertahanan kepada otak!”. Itulah antara penemuan yang dilakukan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Mark P. Mattson.

BenefitsofFasting

Beliau yang merupakan Profesor Neurosains daripada John Hopkins University, USA telah menjalankan kajian secara selular dan molekular ke atas sel tikus makmal dan manusia yang telah melihat kesan langsung berpuasa dua kali seminggu.

Apa yang menakjubkan, amalan ini bukan sahaja memberi kesan provokasi ke atas sel supaya lebih aktif, malah ia meransang pertumbuhan sel otak yang baru.

Di samping itu, otak menjadi lebih rentan terhadap pertumbuhan plak yang menjadi pemacu kepada penyakit Alzheimer dan Parkinson yang ditakuti ramai.

“Puasa menyebabkan sel menjadi tertekan, namun pada konteks yang baik,” kata beliau sambil mengulas bahawa terdapat peningkatan dalam kebolehan menghadapi tekanan apabila seseorang itu mengamalkan puasa dua kali seminggu.

Kajian yang dilakukan Mattson ini tersiar di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience edisi Januari 2013.

Beliau turut menekankan bahawa otak yang normal, jika terlebih makan akan menyebabkan keterujaan pada peringkat selular yang sukar dikawal sehingga boleh merosakkan fungsi otak.

Mereka mendapati haiwan-haiwan eksperimental yang berpuasa dua kali seminggu ini membina pertahanan terhadap serangan strok dan mekanisma lain yang boleh merosakkan otak.

Sebelum ini, beliau turut menerbitkan artikel kajian klinikal ke atas pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan yang telah menunjukkan pengurangan simptom-simptom asma selepas mengamalkan puasa selang sehari selama dua bulan.

Walau bagaimanapun terdapat perbahasan di kalangan pengamal perubatan yang skeptikal terhadap amalan ini yang mengatakan puasa boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.

“Apa yang kami temui di dalam kajian terhadap haiwan dan manusia ini adalah baik untuk kita mencabar otak kita, terutamanya dalam jangka waktu yang singkat sebegini,” tambah beliau.

Puasa Cegah Kerosakan Otak

Secara kesimpulannya, puasa sebagaimana yang diketahui umum adalah amalan sunat yang dianjurkan agama Islam dan menjadi amalan para Nabi dan Salafussoleh, ia bukan sahaja puasa badan iaitu menahan diri daripada makan minum, namun penghayatannya adalah lebih daripada itu, merangkumi segala aspek iaitu spiritual, mental, fizikal, kimiawi, seksual dan emosi.

Kita banyak diingatkan tentang kebaikan amalan ini daripada sudut keagamaan yang mana puasa mendekatkan hamba kepada Tuhan yang menciptanya dan kini amalan mulia ini diselidiki secara empirikal di makmal-makmal dan membuktikan hikmah serta kebaikan pada amalan tersebut yang diamalkan secara patuh oleh umatnya.

Namun, penemuan kebaikan tuntutan ini secara eksperimental mengukuhkan lagi keyakinan dan melunaskan fitrah manusia yang bersifat ingin tahu.

Maha Suci Allah, besar hikmahnya yang kita dapati daripada puasa ini dan sebenarnya lebih banyak lagi yang belum dirungkaikan, menjawab kebijaksaan Allah sebagai Sang Pencipta yang mengatur urus tadbir kehidupan manusia di dunia ini.

Wallahu a’lam.

RUJUKAN
  • Michael Anft, Don’t Feed Your Head, John Hopkins magazine, Summer 2012
  • David Stipp, ScientificAmerican.com/jan2013
  • Arjun Walia, Neuroscientist Shows What fasting Does to Your Brain & Why Big Pharma Won’t Study It, Disember 2011
  • Mohd Husain Yee Abdullah, Science of Fasting: Aspect from Islam Perspective, Fasting and Sustainable Health Conference, 2010

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Diwajibkan Berpuasa?

Sumber: Majalahsains

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

Pihak berkuasa Filipina hari ini (semalam) mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April lalu telah dibebaskan kumpulan penculik berkenaan.

Mangsa culik sabah.jpg

Menurut portal berita Philstar.com yang memetik kenyataan Pengarah Polis Wilayah Sulu, Senior Superintenden Wilfredo Cayat mengesahkan pembebasan itu dan dipercayai pembebasan dibuat sebelum tengah malam Selasa namun tidak memberi maklumat lanjut.

Sementara itu, jurucakap Western Mindanao Command (Westmincom) Mej Filemon Tan Jr. yang dipetik portal berita berkenaan pula berkata empat mangsa culik rakyat Malaysia berkenaan dilaporkan dibebaskan pada awal hari ini (Rabu).

Bagaimanapun Filemon Tan berkata unit risikan mereka masih mengumpul maklumat tentang bila dan di mana kumpulan Abu Sayyaf membebaskan keempat-empat mangsa culik berkenaan.

Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik pada 1 April lalu ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas laporan media mengenai pembebasan berkenaan. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Fakta Bahawa Begitu Mudahnya Pengganas Menyerang Sabah