Thursday, June 09, 2016

Saintis Akui Puasa Mampu Mencegah Kerosakan Otak

Saintis Akui Puasa Mampu Mencegah Kerosakan Otak

“Puasa dua kali seminggu memberi pertahanan kepada otak!”. Itulah antara penemuan yang dilakukan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Mark P. Mattson.

BenefitsofFasting

Beliau yang merupakan Profesor Neurosains daripada John Hopkins University, USA telah menjalankan kajian secara selular dan molekular ke atas sel tikus makmal dan manusia yang telah melihat kesan langsung berpuasa dua kali seminggu.

Apa yang menakjubkan, amalan ini bukan sahaja memberi kesan provokasi ke atas sel supaya lebih aktif, malah ia meransang pertumbuhan sel otak yang baru.

Di samping itu, otak menjadi lebih rentan terhadap pertumbuhan plak yang menjadi pemacu kepada penyakit Alzheimer dan Parkinson yang ditakuti ramai.

“Puasa menyebabkan sel menjadi tertekan, namun pada konteks yang baik,” kata beliau sambil mengulas bahawa terdapat peningkatan dalam kebolehan menghadapi tekanan apabila seseorang itu mengamalkan puasa dua kali seminggu.

Kajian yang dilakukan Mattson ini tersiar di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience edisi Januari 2013.

Beliau turut menekankan bahawa otak yang normal, jika terlebih makan akan menyebabkan keterujaan pada peringkat selular yang sukar dikawal sehingga boleh merosakkan fungsi otak.

Mereka mendapati haiwan-haiwan eksperimental yang berpuasa dua kali seminggu ini membina pertahanan terhadap serangan strok dan mekanisma lain yang boleh merosakkan otak.

Sebelum ini, beliau turut menerbitkan artikel kajian klinikal ke atas pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan yang telah menunjukkan pengurangan simptom-simptom asma selepas mengamalkan puasa selang sehari selama dua bulan.

Walau bagaimanapun terdapat perbahasan di kalangan pengamal perubatan yang skeptikal terhadap amalan ini yang mengatakan puasa boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.

“Apa yang kami temui di dalam kajian terhadap haiwan dan manusia ini adalah baik untuk kita mencabar otak kita, terutamanya dalam jangka waktu yang singkat sebegini,” tambah beliau.

Puasa Cegah Kerosakan Otak

Secara kesimpulannya, puasa sebagaimana yang diketahui umum adalah amalan sunat yang dianjurkan agama Islam dan menjadi amalan para Nabi dan Salafussoleh, ia bukan sahaja puasa badan iaitu menahan diri daripada makan minum, namun penghayatannya adalah lebih daripada itu, merangkumi segala aspek iaitu spiritual, mental, fizikal, kimiawi, seksual dan emosi.

Kita banyak diingatkan tentang kebaikan amalan ini daripada sudut keagamaan yang mana puasa mendekatkan hamba kepada Tuhan yang menciptanya dan kini amalan mulia ini diselidiki secara empirikal di makmal-makmal dan membuktikan hikmah serta kebaikan pada amalan tersebut yang diamalkan secara patuh oleh umatnya.

Namun, penemuan kebaikan tuntutan ini secara eksperimental mengukuhkan lagi keyakinan dan melunaskan fitrah manusia yang bersifat ingin tahu.

Maha Suci Allah, besar hikmahnya yang kita dapati daripada puasa ini dan sebenarnya lebih banyak lagi yang belum dirungkaikan, menjawab kebijaksaan Allah sebagai Sang Pencipta yang mengatur urus tadbir kehidupan manusia di dunia ini.

Wallahu a’lam.

RUJUKAN
  • Michael Anft, Don’t Feed Your Head, John Hopkins magazine, Summer 2012
  • David Stipp, ScientificAmerican.com/jan2013
  • Arjun Walia, Neuroscientist Shows What fasting Does to Your Brain & Why Big Pharma Won’t Study It, Disember 2011
  • Mohd Husain Yee Abdullah, Science of Fasting: Aspect from Islam Perspective, Fasting and Sustainable Health Conference, 2010

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Diwajibkan Berpuasa?

Sumber: Majalahsains

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

Pihak berkuasa Filipina hari ini (semalam) mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April lalu telah dibebaskan kumpulan penculik berkenaan.

Mangsa culik sabah.jpg

Menurut portal berita Philstar.com yang memetik kenyataan Pengarah Polis Wilayah Sulu, Senior Superintenden Wilfredo Cayat mengesahkan pembebasan itu dan dipercayai pembebasan dibuat sebelum tengah malam Selasa namun tidak memberi maklumat lanjut.

Sementara itu, jurucakap Western Mindanao Command (Westmincom) Mej Filemon Tan Jr. yang dipetik portal berita berkenaan pula berkata empat mangsa culik rakyat Malaysia berkenaan dilaporkan dibebaskan pada awal hari ini (Rabu).

Bagaimanapun Filemon Tan berkata unit risikan mereka masih mengumpul maklumat tentang bila dan di mana kumpulan Abu Sayyaf membebaskan keempat-empat mangsa culik berkenaan.

Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik pada 1 April lalu ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas laporan media mengenai pembebasan berkenaan. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Fakta Bahawa Begitu Mudahnya Pengganas Menyerang Sabah

Bonus Raya RM500 Penjawat Awam Di Bayar 13 Jun 2016

Bonus Raya RM500 Penjawat Awam Di Bayar 13 Jun 2016

Perdana Menteri Najib Razak, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

BONUS+2016.JPG

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini,” katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016,” kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

BACA INI JUGA: MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Sumber: Mynewshub.cc

Hermes Birkin ‘Pink’, Beg Tangan Lelong Termahal Di Dunia!

Hermes Birkin ‘Pink’, Beg Tangan Lelong Termahal Di Dunia!

Sebuah beg tangan berjenama Hermes Birkin berwarna merah jambu memecah rekod “beg tangan termahal” yang pernah terjual dalam lelongan pada harga $222,912 atau RM824,083.

Hermes Birkin ‘Pink’.jpg

Beg tangan yang diperbuat daripada kulit buaya itu dijual dalam lelongan Christie’s di Hong Kong.

Sebelum ini, rekod beg termahal pernah dijual, dipegang sebuah lagi beg tangan juga jenama Hermes Birkin berharga $203,000 atau RM750,470 yang dijual di Dallas, Texas pada tahun 2011.

Menurut Christie’s, beg kilat berwarna merah jambu itu dibeli seorang pembida melalui telefon dari Asia.

“Bertatahkan berlian dan emas putih 18K, Hermès Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35 paling menonjol dan mencecah rekod jualan HK$1.72 juta,” demikian kenyataan dikeluarkan.

Beg termahal itu turut dilengkapi satu mangga dan mempunyai ketinggian 25 sentimeter dengan lebar 35 sentimeter.

Harga lelongan beg berkenaan dikatakan 15 peratus lebih tinggi daripada jangkaan Christie’s.

Dalam majlis sama, kira-kira 300 beg tangan berjenama pereka terkenal berjaya dilelong.

Jualan kutipan keseluruhan hasil lelongan beg tangan dan aksesori Christie’s kali ini mencecah $5.99 juta.

BACA INI JUGA: Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!

Sumber: Mynewshub.cc

Iklan Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (19 Jun 2016)

Iklan Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (19 Jun 2016)

Iklan Jawatan Kerja Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

JAWATAN KOSONG PERKESO - SOCSO

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
  1. Ketua Pelaburan Hartanah Gred 27
  2. Pegawai Penyelidik Ekuiti Gred 25

Panduan Permohonan
  • Muat turun syarat kelayakan SINI
  • Permohonan secara online SINI

INFO

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) ATAU melalui borang permohonan jawatan PKS (T) 70 yang boleh didapati di alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tingkat 10, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun 2016

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia


Betul Ke 2 Tahun Lagi Harga Rumah Akan Jatuh?

Betul Ke 2 Tahun Lagi Harga Rumah Akan Jatuh?

Saya ditanya tentang pandangan Prof Dr Ho Ke Ping tentang saranan beliau agar orang muda jangan beli hartanah. Tunggu harga hartanah akan jatuh 2 tahun dari sekarang.

Panduan+Beli+Rumah

Ini pandangan saya yang bukan Profesor dan hanya pelabur di kampung. Saya sarankan anak muda dengar pandangannya, kerana dia seorang Profesor. Jangan ambil pandangan saya kerana saya bukan pakar.

Izinkan saya beri sedikit pandangan bila banyak yang bertanya. Saya dan beberapa sahabat saya senantiasa menulis tentang celik hartanah sejak tahun 2013. Kita cuba beri kesedaran hartanah pada golongan muda.

Saranan ini bukan baru anak muda, tahun 2007-2008 saya pernah dengar saranan yang sama dimedia. Semua orang kelam kabut dan ‘share’ merata dunia. Jangan beli hartanah katanya.

Kita sambut ‘baik saranan’ ini dan akhirnya nilai hartanah terus kekal menaik. Hari ini heboh lagi agar jangan beli rumah atau hartanah.

Pesanan Ini Untuk Anak–Anak Muda

Anak muda yang kacak dan jelita, belian hartanah ada 3 cara. Beli dari pemaju, pasaran sekunder dan pasaran lelongan. Pasaran yang dimaksudkan oleh Profesor ini mungkin belian dari pemaju.

Ada dua pasaran lagi yang kita boleh beli, iaitu sekunder atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah terlelong. Pasaran ini sering dipandang sepi oleh golongan muda.

Kata mereka rumah ini tak cantik dan tidak wangi. Pasaran sekunder mula terjual banyak dibawah harga pasaran tahun ini, dan kadang kala harga ditentukan pembeli bila penjual terdesak.

Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita telah bersedia atau tidak. Jika kita telah bersedia untuk ada komitmen membayar pembiayaan rumah, silakan beli sahaja.

Jika kita tunggu sampainya waktu hartanah jatuh harga, waktu itu ekonomi mungkin dah caca marba dan gila.

Bank bank tentu sukar beri pembiayaan pada kita, kadar pinjaman juga pasti tinggi macam dulu kala (1997-1998). Bolehkah kita membeli?

Jangan Mula Beli Rumah Yang Mahal

Cadangan. Jangan bermula membeli rumah yang mahal, saya seringkali sarankan anak muda membeli berdasarkan median gaji kita.

Bukannya rumah yang kita suka. Rumah pertama biar kecil dan sederhana. Hitung harga rumah berdasarkan kaki persegi (psf), bukan beli yang ada kolam mandi.

Malangnya ramai orang muda tidak tahu pengiraan rumah yang layak mereka beli berdasarkan gaji. Beli bukan hanya lihat harga tetapi nisbah kemampuan kita.

Berapa harga rumah yang sesuai? Gaji tahunan x 5.5 = harga kediaman yang layak kita dibeli.

Hartanah merupakan aset yang paling lambat terkesan akibat perubahan ekonomi. Ia tidak seperti instruments pelaburan lain yang cepat berubah.

Saya selalu pesan anak muda beli hartanah pada kadar 10%-20% dibawah harga pasaran, jika perubahan berlaku kita masih tidak terkesan.

Beli hartanah ini perlu ada ilmu, jangan terlalu awal atau terlalu lewat, sebab itu kita ajar.

Pemaju juga semakin tertekan tetapi margin keuntungan mereka masih mampu menampung 3 tahun kedepan, mereka telah hitung harga paku dan simen untuk 3 tahun kedepan baru letak harga rumah.

Kebarangkalian pemaju menurunkan harga rumah agak rendah, mereka mula menawarkan pelbagai hadiah percuma dari kipas, aircond dan tv plasma agar iman kita cair dan terus beli rumah.

Menyalahkan kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah bukan langkah bijak. Mereka tidak membantu kita, kita harus bantu diri sendiri. Mereka terus rakus sebab mereka suka.

Bak kata ular dalam bangau oh bangau “dah memang makanan saya”. Skim kerajaan dan PR1MA masih dianggap mahal, pasaran sekunder jika kita bijak kita akan ada rumah pertama yang lebih murah dari yang ditawarkan.

Beli Dahulu Rumah Kos Bawah RM200,000

Panduan+Beli+Rumah [2]

Saya juga sarankan anak muda beli kediaman permulaan bawah RM200 000 sahaja, pasaran sekunder banyak kediaman jenis ini dimana mana.

Hartanah dan kouta bumiputra jika tidak terjual selepas tempoh tertentu akan dibuka kepada golongan bukan bumiputra, ia tidak kekal disitu selamanya.

Apakah kita nak biarkan tanah sekangkang kera ini dibuka kepada bukan bumiputera lagi ? Ahli akademik dan politik seringkali merungut tentang statistik hartanah di Malaysia mahal, tetapi mereka tidak sediakan jalan keluar kepada masalah ini. Mereka juga suka salahkan orang.

Apakah ia penyelesaian yang baik, bila mahal kita “jangan beli?” Rumah adalah keperluan manusia. Pelabur tegar hartanah terus kekal membeli dalam keadaan pasaran sekarang, mereka ada matlamat kewangan dan stategik yang disasarkan.

Ingat, kita tak tinggal seorang didunia ini. Jika kita tak beli ramai lagi akan membeli.

Bermula Sekarang. Elak Sesal Masa Depan

Hartanah lelong dijangka bertambah mulai tahun depan, bersedialah. Akhir kata, mengapa saranan ‘hebat’ ini hanya keluar di media Bahasa Melayu tetapi tidak dimedia bangsa lain.

Kita memang suka perkara yang bawak kita kebelakang bukan?.

“Jika air dalam cawan masih panas jangan minum ditengahnya, minumlah dibahagian tepi”.

Jika belum mampu beli yang mahal, beli yang kecil dan kawasan pinggiran dulu. Bermulalah sekarang atau 2 tahun nanti kita menyesal.

*Artikel ini dipetik hasil perkongsian tuan Azizul Azli Ahmad di Facebook.

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016



Sumber: Majalahniaga

Iklan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (2 Julai 2016)

Iklan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (2 Julai 2016)

Rakyat Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) seperti berikut:-

KERJA+KOSONG+KWAP.PNG

Jawatan Kosong
  1. Manager, Business Improvements

Permohonan boleh dibuat secara online di SINI.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah Dana Institusi Pension ditubuhkan pada 1 Mac 2007.

Fungsi perniagaan utama KWAP adalah untuk menguruskan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan serta pentadbiran, pengurusan dan pelaburan dana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan wang Persaraan Malaysia (Akta 662).

Tarikh Tutup Permohonan:- 02 Julai 2016

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Wednesday, June 08, 2016

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, “Rasulullah SAW menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah SAW maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama.”

Saf+Kanak-kanak

Ayahku berkata, “Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu”.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda, “Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri” [HR. Nasa’i no. 1141].

Pengajaran yang patut “Ultra Konservatif Melayu Nusantara” ambil dari hadis di atas:

Saf+Kanak-kanak [2]

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang

1. Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2. Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

3. Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4. Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

Saf+Kanak-kanak [3]

5. Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6. Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7. Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.

8. Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

Saf+Kanak-kanak [4]

9. Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, bertanggungjawablah terhadap anak masing-masing.

10. Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku.

Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan berlaku sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang.

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

Sumber: Mynewshub

Menurut Kajian, Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas!

Menurut Kajian, Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas!

Satu kajian terbaharu mendapati, beg tangan wanita mengandungi lebih daripada 10,000 jenis bakteria dan lebih mengejutkan, kajian di Jerman itu turut mendakwa beg tangan wanita boleh dikatakan lebih kotor daripada tandas.

Beg Tangan Wanita.jpg

Keputusan kajian yang dijalankan University of Colorado Boulder itu juga mendapati lebih 4,700 bakteria hidup ada pada tangan wanita, maka bayangkan berapa banyak pula bakteria yang berada di beg tangan mereka?

Sesetengah wanita sememangnya sering menjadikan beg tangan sebagai ‘poket ajaib’ dan ada juga yang menjadikannya ‘tong sampah’ – tisu muka, alat solek, sapu tangan, ubat dan segala macam diletakkan di dalamnya.

Kajian yang dilakukan Initial Washroom Hygiene pula mendapati, objek paling kotor yang sering disimpan wanita dalam beg tangan ialah botol krim.

Ini kerana botol krim selalu digunakan oleh wanita dan kerap dipegang lebih-lebih lagi jika ia merupakan krim pelembab kulit.

Lagi satu, perasan tak beg tangan wanita biasa diletakkan di merata tempat? Di atas lantai, di celahan kerusi, atas meja makan dan banyak lagi. Janji ada ruang, di situ diletakkan beg tangan.

Jadi, ada kemungkinan juga keputusan kajian di atas tidak dapat disanggah bukan?

BACA INI JUGA: Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Sumber: Mynewshub.cc

6 Kaedah Terbaik Minum Air Pada Bulan Puasa, Pastikan Cukup!

6 Kaedah Terbaik Minum Air Pada Bulan Puasa, Pastikan Cukup!

Apakah cara terbaik untuk terus menjaga tubuh badan dalam keadaan berpuasa yang tidak boleh makan dan minum?

Panduan Minum air ketika puasa.jpg

Ikuti tip untuk jaga kesihatan dengan melengkapkan tubuh badan dengan air yang cukup sepanjang berpuasa...

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur

Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

2. Minum Waktu Tidur

Peluang untuk minum ahnya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

3. Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi

Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

4. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka

Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. membutuhkan asupan air lebih banyak saat makan sahur, dimana tubuh anda selanjutnya tidak akan menerima asupan air untuk beberapa jam ke depan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah solusi yang tepat.

5. Berbuka Dengan Kurma Dan 2 Gelas Air

Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal?

Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi.

Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

6. Bawa Air Ketika Keluar Malam

Sudat niat nak keluar malam macam pergi terawih atau cari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Cadangan minum air ketika puasa:
  • 1 gelas selepas berbuka dengan kurma
  • 1 gelas selepas makan nasi
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawikh
  • 1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur

Ok, cara ini cukup 8 gelas air sehari walau anda berpuasa.

Nampak senang untuk lakukan, tetapi ramai yang tidak amalkan. Mungkin kerana tidak biasa dan kurang ambil tahu kesan tubuh badan yang kurang air.

Jadi ramai yang abaikan. Ingat ya, sebelum jatuh sakit jangka masa panjang, lebih baik kita memilih jalan untuk menjaga kesihatan.

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

Sumber: Mingguanwanita