Wednesday, June 08, 2016

Pakar Sahkan Sandal Crocs Tak Sesuai Dipakai Sehari Suntuk

Pakar Sahkan Sandal Crocs Tak Sesuai Dipakai Sehari Suntuk

Sandal getah Crocs telah terjual melebihi 300 juta pasang di 90 negara seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 2002 di Florida.

Sandal getah Crocs [2].jpg

Walaupun ramai yang menggemari kasut getah berwarna-warni ini, doktor pakar kaki telah megesahkan ia tidak sesuai digunakan sehari suntuk atau dalam jangka masa yang panjang.

Seorang pakar dari Institut Tulang dan Sendi Illinois di Chicago, Dr Megan Leahy memberitahu bahawa pemakaian Crocs untuk jangka masa panjang adalah tidak sesuai kerana ia hanya memberikan sokongan yang baik pada lengkungan kaki dan tidak memberikan sokongan yang mencukupi di bahagian tumit.

“Crocs boleh dipakai di tepi pantai atau kolam renang, namun ia tidak sepatutnya dipakai ketika berjalan jauh.

"Saya juga sedar bahawa kanak-kanak malah orang dewasa juga cenderung untuk tersadung dan terjatuh ketika memakai Crocs,” kata Leahy.

Tambahnya, apabila tumis berada dalam keadaan tidak stabil, ibu jari kaki lebih cenderung untuk mencangkam dan ini boleh menyebabkan penyakit tendinitis, kecacatan pada ibu jari kaki, masalah kuku dan kulit kering yang menebal.

Sandal getah Crocs.jpg

Masalah yang sama juga boleh berlaku jika seseorang kerap memakai selipar atau kasut jenama lain tanpa sokongan di bahagian tumit, lapor Huffington Post.

Presiden Akademi Perubatan Sukan Kaki Amerika, Dr Alex Kox juga mengatakan bahawa ciri paling penting bagi sepasang kasut ialah jenis kasut yang dipanggil ‘shank’, iaitu satu struktur yang menyokong antara bahagian tumit dan ibu jari.

BACA INI JUGA: Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Sumber: Mynewshub.cc

Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa

Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadhan ataupun tidak.

Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa.jpg

Menurut Dr. Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya menerusi kemaskini status di laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, Dr. Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah SAW yang mengatakan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.

Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin.jpg

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.

“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.

BACA INI JUGA: 12 Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan

Sumber: SH

Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

Antara naskah tulisan tangan Melayu yang masih terpelihara pada hari ini ialah manuskrip Tok Pulai Chondong.

Manuskrip Tok Pulai Chondong.jpg

Siapa sangka naskah tulisan tangan Melayu lama ini menjadi rebutan orang ramai kerana isi kandungan di dalamnya yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan tidak ada di dalam mana-mana manuskrip lain di dunia.

Secara tidak langsung, ia menjadi artifak yang cukup berharga dalam misi membongkar misteri ketamadunan masyarakat Melayu terdahulu.

Difahamkan, manuskrip Melayu lama ini tersimpan rapi di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Soalnya, siapakah penulisnya dan dari manakah asal naskah tulisan tangan ini ditemui?

Apa yang menjadi tanda tanya lagi, kenapa isi kandungannya dianggap sangat istimewa?

Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latiff, sehingga hari ini masih tertanya-tanya, dimanakah penulis asl manuskrip ini boleh mendapat ilham untuk menghasilkan manuskrip yang hebat ini.

Beliau sendiri begitu kagum dengan perkataan-perkataan yang ditulis dalam bahasa Jawi yang cukup mendalam maksudnya.

Mula ditulis sekitar awal abad ke-19, manuskrip Melayu lama ini berasal dari negeri Kelantan.

Ia ditulis oleh Abdul Samad Faqih Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Chondong yang juga merupakan seorang ulama terbilang negeri tersebut.

Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, manuskrip tersebut merupakan sebuah manual lengkap ilmu pertukangan keris.

Dan dipercayai, manuskrip ini merupakan satu-satunya naskah tulisan tangan terawal yang menjelaskan kepada kita bagaimana peralatan ini dibuat.

Keris Hang Tuah Dan Hang Jebat

Manuskrip Tok Pulai Chondong [2].jpg

Selain tatacara membuat keris, naskah tulisan tangan ini turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka lama.

Ia tertera dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi;

'Keris Hang Tuah harga sebuah negeri, cerita Taming Sari. Keris Hang Jebat harganya sebelah negeri, cerita Pengkarang namanya.'

Manuskrip ini juga turut menerangkan jumlah besi yang digunakan untuk membuat dua bilah keris tersebut.

Bagi Keris Taming Sari, sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri daripada dua jenis besi utama iaitu campuran besi kursani dan tahi bintang.

Manakala bagi Keris Pengkarang, ia dibuat dengan campuran 10 jenis besi dan antara besi yang digunakan ialah tahi bintang.

Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya, dari manakah Tok Pulai Chondong mendapat maklumat tentang dua bilah keris ini?

Jika diteliti tarikh asal manuskrip ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman kerajaan Melaka.

Manuskrip Tok Pulai Chondong [3].jpg

Dan setakat hari ini, tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab persoalan ini.

Menurut Dr. Pauzi, terdapat beberapa cerita lisan pernah menyentuh perkara ini namun terpaksa dirahsiakan bagi menjaga nilai sensitiviti sesetengah pihak, maklumat lisan ini terpaksa dirahsiakan.

Manuskrip ini mempunyai 38 muka surat dan selain ilmu pertukangan keris, ia turut menceritakan tentang zikir yang diberi nama Hizb al-Bahr.

Zikir ini menjadi amalan bagi Tok Pulai Chondong dan sering dibaca oleh golongan pendekar sebelum ke medan tempur.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

-SENTIASAPANAS.COM

Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Kacang tanaman moringa (moringa oleifera) atau dikenali sebagai kelor merupakan tanaman daripada keluarga Moringacaea.

Daun Moringa @ Kelor.jpg

Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manfaat kepada manusia.

Moringa mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosporus dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Vitamin-vitamin itu berguna dalam aspek lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selesema, inflamasi salur darah dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (rahang gigi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Moringa mempunyai khasiat untuk mencegah kanser, digunakan dalam rawatan barah, memulihkan ketegangan emosi dan kerisauan.

Kajian menunjukkan bahawa segelas daun moringa dapat membekalkan keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang.

Yayasan Mata Antarabangsa yang terletak di Bethesa, MD, Amerika Syarikat menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.

Dalam bidang perubatan, moringa telah dikenal pasti berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuhkan ulser gastrik, menurunkan gula dalam darah dan melegakan sistem saraf badan.

Secara saintifik, moringa ialah suatu keajaiban kerana ia menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah dan membolehkan seorang ibu yang kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

BACA INI JUGA: Peria Katak Alternatif Merawat Kencing Manis

Sumber: SH

Tuesday, June 07, 2016

Asal-usul Mesej Terkenal 'Keep Calm & Carry On'

Asal-usul Mesej Terkenal 'Keep Calm & Carry On'

Sebelum wujudnya teknologi komunikasi seperti hari ini, beberapa patah perkataan yang membawa mesej berbunyi 'Keep Calm & ...' hanya tertumpu kepada beberapa kelompok masyarakat.

Keep Calm & Carry On.jpg

Mesej ini yang disematkan pada pelbagai bentuk poster telah menggunakan ayat penuh pertama iaitu 'Keep Calm & Carry On'.

Kini, bermacam-macam kreativiti perkataan mula diolah untuk tujuan membangkitkan semangat motivasi, luahan cinta dan keadaan kehidupan seharian.

Persoalannya, dari mana asal mesej unik ini diperkenalkan? Untuk tujuan apa ia dihebahkan?

Dikatakan, mesej ini berasal dari Britain dan mula diperkenalkan sekitar 77 tahun lalu dan merupakan antara slogan paling popular dalam sejarah negara tersebut.

Kementerian Penerangan Britain atau Ministry of Information (MOI) merupakan badan yang bertanggungjawab mencipta mesej tersohor ini pada tahun 1939.

Perkara ini termuat dalam tiga siri poster yang diusulkan sewaktu era Perang Dunia Kedua iaitu 'Your Courage, Your Cheerfulness', 'Your Resolution; Will Bring Us Victory' dan 'Freedom Is In Peril; Defend It With All Your Might'.

Bagi kementerian ini, ada sebab mengapa mesej seumpama ini diutarakan.

Selain kempen perang bersama pakatan negara BERIKAT, kerajaan Britain turut menggunakan kaedah perang saraf demi mempertahankan negara daripada diserang oleh pakatan PAKSI yang diketuai oleh Jerman ketika itu.

Pada masa yang sama, frasa 'Keep Calm & Carry On' turut digunakan untuk mententeramkan emosi rakyat diseluruh negara.

Berdasarkan kepada khabar angin, Britain bakal dihujani bom daripada pihak Jerman yang diketuai oleh Adolf Hitler.

Selain bersedia dengan membina terowong bawah tanah, kerajaan Britain percaya hebahan slogan tersebut mampu mengurangkan rasa takut dikalangan rakyat mereka.

Meskipun mesej ini hanya merangkumi empat perkataan, MOI terpaksa berhadapan dengan situasi rumit sebelum slogan ini diluluskan untuk hebahan umum.

Pada peringkat awal, MOI telah mengusulkan slogan ini pada Ogos 1937 yang termaktub dibawah polisi 'Home Publicity' sebelum diluluskan kerajaan Britain pada Julai 1938.

Bagaimanapun, proses untuk hebahan umum tidak dapat dilaksanakan ekoran Perang Dunia Kedua belum tercetus lagi.

Keep Calm & Carry On [2].jpg

Keadaan itu menyebabkan MOI hanya fokus untuk mengeluarkan kenyataan rasmi dan penapisan berita di media massa.

Sehinggalah pada Mac 1939, sebuah badan yang dikenali sebagai Royal Institute of International Affairs (Chatham House) mengeluarkan arahan supaya satu laporan rahsia atau polisi propoganda dilaksanakan.

Pada 6 April 1939, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli akademik dan penerbit bagi membincangkan perkara itu.

Hasil perbincangan itu, jawatankuasa khas telah memutuskan dan memberi mandat kepada MOI untuk melaksanakan satu kempen umum sebaik tercetusnya perang.

Perhatian khusus adalah untuk menghasilkan satu siri poster bagi meyakinkan rakyat Britain.

Apa yang pasti, mesej yang disampaikan hendaklah merujuk pada usaha kerajaan bagi memastikan mereka menang dalam kempen perang nanti.

Mei 1939, sejumlah dana telah diluluskan bagi kempen tersebut. Dana berkenaan digunakan untuk tujuan proses reka bentuk oleh beberapa orang individu terpilih.

Mereka ialah Pengarah urusan Odhams Press, William Survey, Mantan ketua Penerbit Empire Marketing Board, Gervas Huxley dan seorang ejen pengiklanan bernama WGV Vaughan.

Mengiktu reka bentuk asal, dua ton warna akan digunakan iaitu merah dan putih.

Selain itu, penggunaan logo berbentuk mahkota disusun pada bahagian teks tertera 'Keep Calm & Carry On', sebagai simbol mesej dari institusi Diraja.

Bagi mendapatkan liputan diseluruh negara, agensi pengiklanan SH Benson Ltd telah diberi kontrak untuk menjayakan kempen tersebut dengan perbelanjaan sebanyak $112,000 Pound.

Bagaimanapun, jumlah tersebut dipertikaikan oleh kerajaan dan mereka membuat semakan semula kepada $45,000 Pound bagi cetakan sebanyak 2.5 juta salinan poster.

Malangnya, sejumlah besar cetakan tidak diedarkan kepada umum kerana petikan ayat dalam poster tersebut dianggap tidak memberi manfaat dan kurang patriotik untuk hebahan awam.

Keadaan itu menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melupuskan sebahagian besar poster ini.

Keep Calm & Carry On by Stuart dan Mary Manley poster.jpg

Selang beberapa tahun kemudian, slogan ini kembali muncul, seolah-olah dilahirkan semula apabila menjadi viral diseluruh dunia.

Apa pihak mendakwa fenomena ini didorong oleh sekeping poster asal disebuah kedai buku terpakai Barter Books.

Pemilik kedai ini, Stuart dan Mary Manley telah menampal poster ini sebagai daya penarik kedai mereka.

Berdasarkan cerita, poster asal ini diletakkan dibahagian kaunter buku dan tanpa disangka, ramai pengunjung tertarik dan mencadangkan agar ia dicetak semula dan dijual bagi disimpan sebagai kata-kata semangat.

Dan siapa sangka, tindakan pemilik kedai itu telah menjenamakan semula idea tersebut dan kekal hingga hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

-SENTIASAPANAS.COM

10 Jenis Kurma Paling Popular Di Malaysia

10 Jenis Kurma Paling Popular Di Malaysia

Dipercayai terdapat 1,400 spesies kurma di seluruh dunia, termasuklah 600 spesies yang ditanam di Tanah Arab.

Namun hanya beberapa jenis sahaja yang dieksport ke Malaysia berdasarkan kualiti yang paling baik dan tahan lama.

10 Jenis Kurma Paling Popular

Kurma Ajwa (Kurma Nabi)

Kurma Ajwa (Kurma Nabi).jpg

Hanya tumbuh di tanah Madinah. Ia merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Warnanya hitam, bertekstur lembut, selain rasanya seakan-akan kismis tetapi tidak terlalu manis.

Kurma Sekki

Kurma Sekki.jpeg

Ia mempunyai dua warna berbeza. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwarna coklat.

Bahagian berwarna kuning lebih keras berbanding bahagian berwarna coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

Kurma Barhi

Kurma Barhi.jpg

Bertekstur lembut seperti durian dan berwarna coklat merah. Rasanya tidak terlalu manis selain seakan-akan rasa karamel.

Kurma Kholas

Kurma Kholas.jpg

Berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma Barhi.

Kurma Khidri

Kurma Khidri.jpg

Berwarna Maroon (merah tua atau merah pulasan). Teksturnya lebih kering dan kenyal serta tidak terlalu manis.

Kurma Mactoumi

Kurma Mactoumi.jpg

Kurma ini berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.

Kurma Sokari

Kurma Sokari.jpg

Berwarna kuning bercampur coklat. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga yang keras.

Buah yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

Kurma Siraj

Kurma Siraj.jpg

Berwarna coklat kemerahan dan kebanyakannya berbentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa agak manis.

Kurma Majol

Kurma Majol.jpg

Berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal serta mudah merekah

Kurma Monief

Kurma Monief

Berwarna coklat terang. Ukurannya tidak terlalu besar. Rasanya sederhana manis dan memiliki tekstur lembut.

BACA INI JUGA: Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

Sumber: Hmetro

Muhammad Ali vs Presiden AS!

Muhammad Ali vs Presiden AS!

“Kalau seluruh kekayaan Amerika dan persahabatan mereka yang sokong perang Amerika (terhadap Vietnam) diberi kepada saya, saya tidak akan rasa tenang selagi saya tidak patuhi kehendak ALLAH!”

Muhammad Ali.jpg

Inilah kenyataan tegas daripada Muhammad Ali semasa beliau menang Juara Dunia Tinju Kelas Heavyweight di mana beliau menolak khidmat wajib sebagai askar Amerika pada 1966.

Ketika itu, Amerika sedang melancarkan serangan ke atas Vietnam yang akhirnya terbukti merupakan peperangan yang sengaja dicipta AS, dalam Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam.

“Hati saya tidak membenarkan saya menembak saudara saya yang miskin dan lapar di Vietnam demi Amerika yang berkuasa besar.

"Mereka tidak pernah hina saya yang berkulit hitam. Mereka tidak bunuh keluarga saya. Untuk apa saya menembak mereka? Masukkan saja saya ke penjara!” Ali mencabar Presiden untuk beri sebab yang kukuh tentang perang di Vietnam.

Muhammad Ali adalah petinju yang berprinsip agama dan tegas dengan prinsip agamanya walaupun ketegasannya mengancam nyawanya.

Bila seorang juara dunia tinju yang popular seperti Ali membuat kenyataan, sudah tentu ini mencabar kerajaan Amerika secara terbuka.

Bahkan Ali mencabar kerajaan semasa masih memegang status juara tinju dunia, bukan selepas menjadi mantan.

Bila-bila masa, dia akan ditembak sebagaimana Presiden JFK, Malcolm X, Martin Luther King dan Robert Kennedy ditembak mati. Tahun 60an, kejadian menembak tokoh politik dan agama adalah lumrah. Ali berdepan dengan risiko ini.

Di TV Amerika, Michael Parkinson menemu ramah Ali, “Kamu adalah public figure tetapi kamu selalu turun padang bergaul dengan orang awam, adakah kamu tidak risau ditembak?”

Ali jawab, “Kalau saya ditembak, sudah tentu orang yang tembak saya marah dengan perjuangan saya. Saya rela mati demi memperjuangkan kebenaran. Al-Qur'an sebut bahawa tiada roh yang datang dan pergi tanpa izin ALLAH.”

Michael Parkison kemudian tanya lagi, “Kamu ada berapa bodyguard?” Ali terus mengira dengan jari-jarinya dengan lucu. Ceramah Ali sentiasa diceriakan dengan sindirannya yang pedas.

“Sebenarnya saya hanya ada satu bodyguard. Dia melihat tanpa mata. Dia mendengar tanpa telinga. Apabila dia hendak mencipta, dia hanya kata jadi, maka jadilah. Dia dengar segala rahsia dalam pemikiran kita. Siapa dia? Dialah Tuhan. Dialah ALLAH. Dia adalah bodyguard saya dan kamu!”

Inilah stail ceramah Ali depan rakyat yang majoritinya bukan Muslim. Beliau akan sampaikan dakwah dengan cara yang terus terang tetapi dengan hikmah yang sesuai dengan budaya Amerika.

Soalan yang ditanya ialah tentang bodyguard. Tetapi beliau mampu kaitkan topik bodyguard dengan keyakinan kepada Tuhan.

Pada satu ceramah di TV Amerika, sekali lagi beliau ditanya soalan yang biasa tentang apa yang beliau akan buat selepas bersara daripada tinju satu hari nanti.

Beliau mulakan respons dengan membuat bunyi berdengkur, pejam mata dan jatuhkan kepala ke tepi pura-pura tidur!

Para hadirin gelak melihat telatah lucu Ali. Lalu beliau berkata, “Saya ingin bercakap sesuatu yang buat kamu berfikir tentang kehidupan.”

Kemudian beliau terus bercakap tentang pendeknya waktu untuk berseronok di dunia dan kematian. Beliau akhiri dengan menekankan betapa pentingnya bersedia untuk jumpa Tuhan. Bila dia bersara, dia akan sediakan dirinya untuk jumpa Tuhan. Inilah stail dakwah Ali.

Ali memeluk Islam selepas menang juara tinju dunia pada 60an dan berhijrah ke Mazhab Sunni pada 70an.

Anaknya, Hana, memberitahu bahawa ayahnya berusaha bersungguh-sungguh menjaga lima waktu solat dan membantu kerja-kerja kemanusiaan walaupun pada akhir hayatnya beliau mengidap Parkinson.

Beliau pernah memujuk seorang lelaki untuk tidak membunuh diri, memperjuangkan hak kulit hitam, berunding dengan beberapa ahli politik dunia tentang pembebasan tahanan politik dan bergiat membersihkan nama Islam sebagai agama keamanan, bukan terorisme.

3 Jun 2016, Muhammad Ali kembali ke rahmatullah. Bendera Amerika direndahkan. BBC beri 24 jam penghormatan.

Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson, yang sudah memeluk Islam dan banyak diinspirasikan oleh Muhammad Ali berkata, “Tuhan telah menjemput jaguh-Nya.

"Selamat tinggal, wahai yang terhebat!”

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia

Sumber: SH

Cara Solat Tarawih Bersendirian

Cara Solat Tarawih Bersendirian

Bagaimana cara terbaik untuk melakukan solat tarawih seorang diri? Apakah kita harus melakukannya sepertimana bila kita berjemaah?

Solat Tarawih Bersendirian.jpg
Gambar hiasan.

Solat tarawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan didalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadhan. Kemudian lakukan solat seperti biasa.

Bacaan-bacaan didalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Yang berbeza dalam solat tarawih ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat didalam solat, sama seperti dalam solat-solat yang lain.

Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hingga sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh dan sebagainya).

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak melakukannya.

Amalan berselawat hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu, 'Solat Tarawih'.

Ia bukanlah dari sabit amalan Rasulullah SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca Al-Qur'an, bertazkirah dan sebagainya.

Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

BACA INI JUGA: Download Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

-SENTIASAPANAS.COM

Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

Kanser, kencing manis, SLE dan banyak lagi penyakit berbahaya merupakan antara penyakit yang sukar diubati dan belum ada penawar yang benar-benar berkesan untuk merawatnya.

Daun Rerama.jpg

Justeru itu, selain rawatan moden, ramai pesakit sentiasa mencari jalan alternatif untuk mencari penawar tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubatan klinikal.

Usaha berterusan para penyelidik mungkin akan dapat merintis jalan menemui ramuan atau ubat yang berkesan untuk menangani penyakit-penyakit yang digeruni itu.

Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’ mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Khasiat+Daun+Rerama [2].jpg

Justeru, UPM akan menjalankan penyelidikan selanjutnya dengan menjalankan saringan dan ujian pra-klinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.

Kini, orang ramai berpeluang untuk mencuba ikhtiar alternatif menggunakan sejenis tumbuhan herba dikenali sebagai Daun Rerama bagi merawat bukan sahaja kanser tetapi juga penyakit-penyakit kronik tersebut, dan diyakini juga mampu merawat beberapa lagi jenis penyakit kronik lain.

Nama saintifik Daun Rerama Hijau ialah Mariposa Christia Vespertillonis dan berasal dari rantau Asia.

Daun Rerama Tidak Sesuai Untuk
  • Ibu mengandung
  • Pesakit Buah pinggang (dialisis)
  • Pesakit Paru-paru berair

Daun rerama dikatakan bukan sahaja berkesan merawat kanser tetapi juga berupaya mengubati penyakit seperti;
  • Semua jenis Kanser
  • SLE
  • Tiroid
  • Leukimia
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol/Asid Urik
  • Gout
  • Masalah berkaitan darah
  • Stroke
  • Senggugut
  • Asma
  • Migrain
  • Resdung
  • Demam campak
  • TB
  • Denggi
  • Masalah usus
  • Masalah sendi
  • HIV
  • Angin dalam badan

Pokok Daun Rerama boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam tempoh empat bulan bermula dari benih.

Pokok rerama terdapat dalam pelbagai spesis dan warna, tetapi hanya daun rerama yang berwarna hijau sahaja digunakan untuk tujuan perubatan.

Daun rerama hijau yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.

Daun Rerama Kering.jpg
Daun rerama yang sudah dikeringkan.

Dan jika pokok rerama dibiarkan tidak dipotong selama setahun, pokok Rerama boleh mencapai ketinggian sehingga 5-6 kaki.

Rebusan Daun Rerama dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit khususnya Kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan.

Cara Merebus Daun Rerama

Rebusan Daun Rerama.jpg

Rebusan air Daun Rerama mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
  • Ambil segenggam daun rerama (anggaran 50gm).
  • Basuh 2 ke 3 kali daun rerama sehingga bersih.
  • Campurkan dengan 3 liter air.
  • Jerang sehingga air mendidih.
  • Setelah air mendidih, rebus daun rerama selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, tutup api dapur.
  • Tunggu air sehingga suam.
  • Setelah air suam kelihatan, daun, batang dan akar telah tengelam dan air bertukar menjadi warna hijau.
  • Setelah suam bolehlah diminum.

Rasa herba rerama seperti teh hijau dan lazat diminum semasa suam. Air lebihan boleh dimasukan didalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

Minum segelas air rebusan rerama diwaktu pagi sebelum sarapan dan segelas pada waktu malam sebelum tidur.

Jika serasi dengan badan boleh diminum air rebusan daun rerama ini menggantikan air kosong. -Khazanahpurba

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, June 06, 2016

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Setakat ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Muhammad Ali Hollywood Walk of Fame.jpg

Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise, Marilyn Monroe dan ramai lagi.

Namun, tahukah anda dalam ramai-ramai bintang berkenaan, hanya nama bekas peninju lagenda dunia Muhammad Ali sahaja tidak ‘dipijak’ oleh jutaan pengunjung di tapak Hollywood Boulevard, California, Amerika Syarikat itu.

Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.

Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.

Alasan Ali cuma satu apabila ditanya kenapa enggan membenarkan bintangnya diletakkan di lantai seperti mana selebriti lain.

Muhammad Ali Hollywood Walk of Fame [2].jpg

“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu.

Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.

BACA INI JUGA: Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood

Sumber: Mynewshub.cc