Monday, June 06, 2016

19 Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

19 Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Umat Islam mana yang tidak gembira menyambut Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan ganjaran buat manusia yang benar-benar ikhlas mencari keredhan-Nya bukan?

Tidak+Batal+Puasa.jpg

Namun dalam keseronokan mengerjakan ibadah, terdapat beberapa persoalan berkaitan perkara yang membatalkan puasa terutama melibatkan bidang perubatan, menimbulkan tanda tanya pada sesetengah kita.

Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, seorang Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan 19 perkara yang tidak membatalkan puasa berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan.

Fatwa berkenaan 19 perkara ini juga telah disahkan oleh ulama besar, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.

1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash).

2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.

3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina; atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi); dengan syarat ia tidak ditelan.

6. Injeksi (cucuk) melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7. Menderma atau menerima darah.

8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.

9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut; dengan syarat ia tidak ditelan.

14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia); jika pesakit mahu berpuasa.

19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis.

BACA INI JUGA: Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?

-Sentiasapanas.com

Sunday, June 05, 2016

Benarkah Iblis Dan Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan?

Benarkah Iblis Dan Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan?

Kenyataan yang menyebut bahawa syaitan dan iblis dirantai pada bulan Ramadhan bukannya datang dari ayat Al-Qur'an, akan tetapi hadis Nabi Muhammad SAW.

Iblis Dan Syaitan Dirantai.jpg

Sabda Rasulullah SAW, "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Al-Bukhari 1899 dan Muslim 1079)

Menurut bekas mufti besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin, tidak semua syaitan itu diikat atau dirantai, sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain, "Datang kepada kamu Ramadhan bulan mubarak yang difardukan Allah SWT puasanya, dibukakan pintu-pintu neraka dan diikat syaitan yang kuat.." (Hadis Sahih riwayat al-Nasaa' 2105)

Syeikh Ibn Utsaimin menyatakan bahawa hanya syaitan yang kuat bernama Maarid yang dirantaikan.

Cuma beliau menegaskan bahawa hadis ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak membincangkan lebih lanjut.

Ini lebih selamat kepada akidah seseorang.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Mencari Malam Seribu Bulan, Panduan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

-SENTIASAPANAS.COM

Samsung Galaxy A7 Versi 2016 Lebih Mantap!

Samsung Galaxy A7 Versi 2016 Lebih Mantap!

Jika harganya bukan penghalang, telefon pintar berciri premium ini mungkin sesuai untuk kegunaan anda.

Samsung Galaxy A7 Versi 2016

Samsung Galaxy A7 versi 2016 ini juga tampil dengan kualiti dan gaya, berbeza dengan Samsung Galaxy A5 versi 2016 dari segi saiz (5.5 inci) dan berat 169g.

Memiliki reka bentuk tepi 2.5D yang bulat serta gabungan kaca dan bingkailogam yang tahan calar.

Setiap butang disisinya juga mudah dicapai dan digunakan sebelah tangan.

Versi ini menawarkan pilihan emas, putih dan hitam, seperti unit yang dipinjamkan kepada penguji.

Disertakan dengan perlindungan Gorilla Glass 4 dibahagian hadapan dan belakangnya yang mantap.

Skrinnya dari jenis Super AMOLED beresolusi Full HD (1920x1080 piksel, 401ppi).

Sesuai bagi permainan dan aplikasi, teks mudah dibaca, versi ini juga boleh menghasilkan warna yang kaya, mendalam dan kontras yang agak tinggi.

Saiz Memori Lebih Besar

Selain dilengkapi pemproses lapan teras Exynos 7580 1.6 GHz, storan dalaman 16GB dan slot kad SD-mikro (sehingga 128GB), memorinya (RAM) 3GB.

Model ini berasaskan Android 5.1.1 Lollipop dan Touchwiz sebagai antaramukanya seperti yang terdapat pada Samsung Galaxy A5 2016.

Aplikasi yang sedia dipasang juga tidak banyak namun anda tetap boleh memasang aplikasi tambahan jika diperlukan kelak.

Kamera

Kamera belakang agak tertonjol menggunakan penderia (sensor) 13 MP, format 4:9 dan aperture f/1.9 manakala kamera hadapan dilengkapi penderia 5 MP, aperture f/1.9.

Kamera turut dilengkapi fungsi penstabil imej optikal untuk mengelak gambar kabur.

Hayat Bateri Lebih Bagus

Baterinya yang besar, 3,300 mAh, dilengkapi pengecasan pantas dan hayatanya lebih tahan lama.

Hakikatnya, bateri yang amat besar amat sesuai dengan saiz peranti ini bagi menampung penggunaan intensif lebih lama.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

-SENTIASAPANAS.COM

Hati Wanita Itu Lembut

Hati Wanita Itu Lembut

Sesetengah lelaki menganggap wanita itu mengada-ngada dek kerana merajuk tidak henti, walhal si dia yang tidak tahu cara untuk mengambil hatinya kembali setelah melakukan kesilapan yang wanita bencikan.

Hati Wanita Itu Lembut

Lumrahnya, wanita itu sukar untuk difahami isi hatinya kerana setiap orang punya keinginan dan kemahuan yang berbeza. Mungkin bagi lelaki apa yang mereka inginkan itu boleh dilontarkan dengan hanya melalui percakapan, tetapi bukan bagi wanita yang suka memendam rasa.

***

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu, itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi, dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu, selamanya.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang amat dia sayangi, dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, tiada lagi rasa egonya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu, tolong pegang tangannya dengan pengertian. Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu, tolong jangan mempersiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah matanya.

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan, wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, di depanmu dan kerana dirimu.

Dia menangis bukan kerana dia lemah, dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Dia menangis, kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!

Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah airmata!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Renungan

Lelaki, fikirkanlah tentang hal itu. Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, dan semuanya kerana dirimu. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya.

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti, mungkin akan terlambat untuk menyesal, mungkin akan terlambat untuk sebuah perkataan, ‘MAAF’!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Saturday, June 04, 2016

Kefardhuan Dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Kefardhuan Dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang. Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

wAJIB+ZAKAT.JPG

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Qur'an dan hadith-hadith berikut:

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43: Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.

Daripada Ibn Said berkata: Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah SAW satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.

Daripada Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain.

Hukum Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya: Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya: Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah SAW: Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.

3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus. Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib. Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal. Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh. Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram. Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.

2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).

3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

BACA INI JUGA: Kisah Penciptaan Nafsu Yang Degil Dan Suruhan Berpuasa

Sumber: Maij.gov.my

Cerpen: Lama Dulu Dia Memang Wujud!

Cerpen: Lama Dulu Dia Memang Wujud!

"Beb! Kau nampak tak budak lelaki tu! Kiutnya!" Tiba-tiba Elly menepuk bahu Shiha yang sedang memilih buah-buahan disebuah gerai tepi jalan.

Lelaki+Tampan
Gambar hiasan.

Tepukan tanpa henti itu membuatkan Shiha mahu tidak mahu terpaksa menoleh. 'Mana? Kau ni pantang betul nampak budak kiut. Cepat aje kau!"

"Itu, kat gerai hujung tu.." Elly menudingkan jari. Shiha melihat ikut arah yang ditunjukkan.

Sebenarnya bukan budak tapi seorang remaja lelaki dalam lingkungan usia 16 tahun, sedang berlegar-legar dihadapan gerai paling hujung.

Tiba-tiba dia menoleh pandang ke arah Elly dan Shiha, menyedari dirinya diperhatikan remaja itu tertunduk, tersipu malu.

"Alahai.. memang kiut la weh.." secara spontan Shiha memuji.

Jarang sekali dia mahu memuji orang tapi remaja lelaki itu memang kiut, mukanya putih bersih dan rambut hitam ikal, walaupun badannya kurus.

"Ha.. kan aku dah cakap. Aku nak berkenalan dengan dia, mana tau dapat buat dia jadi adik angkat aku.." Elly tanpa segan silu menyuarakan hasratnya.

"Ish.. kau ni, jangan nak menggatal! Budak lagi tu! Shiha membantah hasrat Elly.

"Ala.. bukan nak buat pakwe pun, setakat adik angkat je. Aku pun bukannya ada adik. Eh, jom, budak tu dah nak pergi!"

Elly pantas menarik tangan Shiha bagi mengekori remaja lelaki tersebut.

Terkocoh-kocoh Shiha mengikuti langkah Elly. Sayangnya, kelibat remaja lelaki itu sudah hilang dari pandangan mereka.

"Ala.. dia hilang.." Elly mengeluh kecewa sambil mata masih meliar mencari kelibat remaja tersebut.

"Ish.. kau ni.. macam orang hilang anak pula. Jom la kita gerak sekarang, nanti malam susah. Mata aku rabun ayam." Shiha segera menarik lengan Elly dan berjalan menuju kereta.

Sebenarnya mereka dalam perjalanan menuju ke utara dan mahu bermalam di Kuala Perlis sebelum bertolak ke Langkawi untuk bercuti.

Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Elly tiba-tiba menjerit teruja.

"Shiha! Itu! Itu! Budak lelaki tadi! Berhenti! Berhenti!"

Kelam-kabut Elly memperlahankan keretanya ke bahu jalan. Tidak jauh dihadapan mereka, kelihatan sebuah gerai makan dan sebuah pondok bas. Remaja tadi duduk termenung di pondok bas.

Sebaik sahaja Shiha memberhentikan keretanya, Elly segera keluar lalu menghampiri remaja lelaki itu dengan penuh rasa teruja.

Entah mengapa, sejak pertama kali melihat wajah remaja lelaki itu tadi, Elly tidak dapat menahan rasa hati mahu mengenalinya.

"Adik.. adik buat apa kat sini? Tunggu siapa?" tegur Elly tanpa menghiraukan pandangan dari orang-orang yang duduk digerai berhampiran pondok bas itu.

Remaja lelaki itu tersentak. Dia mendongak memandang Elly dengan mata terkelip-kelip.

Tiba-tiba datang Shiha menyampuk, "Maaf ya adik.. kawan akak ni dari tadi asyik tengok adik. Suka betul dia kat adik. Beria-ia nak buat adik jadi adik angkat.."

Berasa malu, Elly segera memekup mulut Shiha sambil tersengih memandang remaja lelaki yang kebingungan itu.

"Kakak.. suka saya? tanya remaja lelaki itu.

Cepat-cepat Elly mengangguk sambil matanya tidak lepas memandang wajah remaja lelaki tersebut.

"Siapa nama adik?" tanya Elly lalu segera duduk disebelah budah lelaki itu.

Shiha sekadar mampu menggaru kepala melihat gelagat Elly. Memang muka tebal sungguh Elly, sedangkan remaja lelaki itu hanya tersipu-sipu malu.

"Nama saya Budi, saya tunggu mak saya tapi mak tak balik-balik lagi.."

Mendengar jawapan itu, serta-merta hati Elly dan Shiha tersentuh. Shiha tergerak hati mahu memberikan wang tetapi baru menyedari beg tangannya tiada.

"Alamak Elly! Aku tertinggal beg tangan kat kedai buah tadi!" Shiha menepuk dahi sambil terjerit, cemas.

"Eh, kau tunggu di sini ya.. aku nak pergi ambil beg aku semula!" Shiha kelam-kabut dan panik.

"Ya..pergilah cepat. Kang kena kebas pulak beg tangan kau tu. Aku tunggu sini dengan Budi.." Elly berkata dan kemudian memandang Budi yang hanya tersenyum manis.

Shiha bergegas ke kereta dan berpatah balik ke gerai buah tadi.

Sementara menunggu Shiha kembali, Elly berbual-bual dengan Budi. Suka betul Elly melihat muka Budi yang manis, sehingga Elly tidak sedar hari semakin merangkak senja.

"Kak..dah lama kawan kakak pergi, kenapa dia masih tak balik-balik lagi?" tiba-tiba Budi mengingatkan Elly.

Baru Elly tersedar. Tetapi apabila dia mahu menelefon Shiha, baru teringat begnya tertinggal di dalam kereta Shiha.

"Alamak.. telefon akak tertinggal dalam beg.. kat kereta Kak Shiha.."

"Habis tu, macam mana? Dah nak malam ni. Takkan Kak Shiha tinggalkan akak kat sini?"

"Kenapa? Budi dah nak balik ke?" tanya Elly sambil menelan air liur. Gerai disebelah pondok bas itu sudah kelihatan mahu ditutup. Budi mengangguk.

"Aa..ah.. rumah saya jauh ke dalam sana. Tapi takkan saya nak tinggalkan kakak seorang diri kat sini?

"Sekejap lagi gerai sebelah ni tutup, memang sunyi dan gelap kat sini. Bahaya kak. Apa lagi untuk orang perempuan cantik macam kakak ni.."

"Err.." Elly tidak terkata. Dia hanya mampu menggaru kepala. Perkataan bahaya yang disebut Budi itu agak menakutkannya.

"Tak apalah.. saya temankan akak kat sini sampai Kak Shila tu datang.." Budi menawarkan diri membuatkan Elly segera tersenyum.

Dalam remang cahaya lampu gasolin gerai sebelah yang sudah pun ditutup, mereka terus berbual-bual.

Benar seperti kata Budi. Jalan disitu sangat sunyi dan gelap. Hampir tidak ada kereta yang lalu lalang.

Elly tidak sedar bila masanya dia tertidur. Tahu-tahu sahaja dia merasakan usapan dikepalanya. Apabila Elly membuka mata, dia melihat Budi tersenyum sambil memandangnya.

"Kak.. saya rasa kawan kakak tu tak datang semula ke sini."

"Hah?" Elly terperanjat lalu melihat jam ditangannya. Sudah pukul 12 malam.

"Ish.. ke mana pulak si Shila ni pergi?"

"Kita balik ke rumah saya? Tapi rumah saya kecil. Mungkin tak selesa kalau kakak nak tumpang tidur. Kakak mahu?" tanya Budi begitu merendah diri.

Elly diam sejenak. Memikir-mikir. Daripada tinggal di pondok bas seorang diri, lebih baik dia menerima sahaja pelawaan Budi. Dapatlah dia mengenali Budi dengan lebih dekat.

"Baiklah.. kakak ikut Budi balik." Elly bangun.

Budi segera memegang tangannya dan mereka pun berjalan beriringan meredah kegelapan menuju ke rumah Budi.

Apabila sampai di rumah, Elly terkejut apabila Budi memaklumkan yang dia hanya tinggal sendirian setelah ibunya pergi tidak pulang-pulang.

Sedih rasa hati Elly lalu tanpa sedar dia memeluk Budi, lalu Budi menangis di dalam pelukannya.

"Terima kaih kak.. sebab sayang saya.. saya sayang kakak.."

Elly mengangguk-angguk dan terasa pelukan Budi semakin erat.

Hilang

Shiha menangis sambil memandu kereta. Setelah berjaya mendapatkan kembali begnya yang disimpan oleh tuan gerai yang baik hati, Shiha segera berpatah balik untuk mengambil Elly.

Tapi peliknya, dia tidak melihat sebarang gerai makan mahupun pondok bas. Rasanya sudah berpuluh kali dia berpatah balik dan melalui jalan yang sama.

Lebih malang lagi, apabila dia baru menyedari beg tangan Elly tertinggal di dalam kereta apabila terdengar bunyi deringan telefon ketika dia cuba menghubungi Elly.

"Ya Tuhan.. Elly.. mana pulak kau pergi? Takkan aku yang sesat?" Shiha sudah hilang arah. Tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

Shiha kembali ke gerai buah tadi. Disitu dia menangis-nangis meminta bantuan pemilik gerai buah tadi.

"Gerai makan dan pondok bas?" tuan gerai itu kehairanan.

"Eh.. setahu saya, tak ada gerai makan dan pondok bas di depan sana tu. Sebab kat situ kira jalan masuk ke hutan tu.."

Shiha terpelangah mendengarnya. Dia bersumpah berkali-kali mengatakan yang dia meninggalkan Elly dipondok bas itu bersama seorang remaja lelaki.

Berasa ada yang tidak kena, pemilik gerai itu meminta Shila mengikutnya pulang bagi mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Mereka beramai-ramai keluar untuk membantu mencari Elly, sehinggalah mereka tiba di kawasan yang dikatakan oleh Shiha, ada gerai makan dan pondok bas.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang arif tentang ilmu ghaib berkata sesuatu yang mengejutkan.

"Jauh dah kawan kamu ni pergi. Payah dah dia nak patah balik. Budak tu dah bawa kawan kamu pergi ke dalam. Budak tu dah tak nak pulangkan balik kawan kamu.."

Shiha terperanjat mendengarnya.

"Maknanya, budak lelaki itu memang wujud?"

"Lama dulu. Berpuluh tahun dahulu, dia memang wujud. Tapi dia dah mati. Memang ni tempat dia.

"Tapi tak sangka kamu dan kawan kamu tu boleh ternampak dia, jadi, dia tak nak pulangkan kawan kamu!"

Jawapan itu sudah cukup membuatkan Shiha pitam. Itulah padahnya buat Elly, tersangkut pada remaja yang sudah mati.

Dan kini, Elly tidak boleh pulang lagi kerana Budi benar-benar telah menguasainya..

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

-SENTIASAPANAS.COM

15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Tak Tahu

15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Tak Tahu

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Limau+Purut.jpg

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.

Jom semak nikmat lain tentang limau purut.

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.

2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.

3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.

7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.

8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.

9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.

13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

BACA INI JUGA: Tanaman Yang Patut Ditanam Untuk Menghalau Nyamuk

Sumber: Mingguanwanita

Friday, June 03, 2016

Perubahan Waktu Bekerja Penjawat Awam Sempena Ramadhan 2017

Perubahan Waktu Bekerja Penjawat Awam Sempena Ramadhan 2017

Kakitangan Awam akan dikurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadhan 2017.

WP.PNG

nota: Perubahan Waktu Bekerja Penjawat Awam Sempena Ramadhan 2017 adalah sama seperti tahun 2016 yang lalu.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan khas pada bulan Ramadan.

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT PADA BULAN RAMADHAN

Jadual 1: Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

JADUAL 1.PNG

Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat) seperti di Jadual 1.

Jadual 2: Waktu Bekerja Berperingkat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

JADUAL 2.PNG

Bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 11.45 pagi hingga 1.45 petang (Jumaat) seperti di Jadual 2.

Jadual 3: Waktu Bekerja Berperingkat di Sarawak

JADUAL 3.PNG

Bagi pejabat di negeri Sarawak, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Jumaat) seperti di Jadual 3.

Jadual 4: Waktu Bekerja Berperingkat di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

JADUAL 4.PNG

Bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, di mana hari Jumaat dan Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang (Ahad - Rabu) dan 7.30 pagi hingga 3.30 petang (Khamis).

Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Ahad-Khamis) seperti di Jadual 4.

Walau apapun WP di atas, bagi waktu bekerja selain daripada waktu bekerja pejabat, ia adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan bagi mengatur waktu bekerja pegawai terlibat.

Sekiranya pegawai hendak mengubah WP daripada WP1/WP2/WP3 kepada WP4/WP5/WP6 bagi bulan Ramadhan, pegawai perlu mengisi borang kebenaran daripada pihak jabatan masing-masing.

BACA INI JUGA: Jadual Gaji Dan Tarikh Pembayaran Kakitangan Awam 2017

-SENTIASAPANAS.COM

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO

Tidak lama lagi syarikat penyiaran baru akan menggantikan penyedia gergasi penyiaran terbesar Asia iaitu ASTRO.

Siaran+Percuma+MYTV.jpg

Dendam para warga Malaysia yang menyampah dengan yuran pembayaran ASTRO setiap bulan seakan-akan terbalas dalam sedikit masa lagi.

Namun jangan cepat berpuas hati. Mari saya terangkan bahawa MYTV tidak akan sama sekali menjamin anda mendapat siaran daripada ASTRO secara percuma. Tidak akan dapat!

Falsafah, teknologi dan ekosistem kedua-dua stesen penyaiaran ini juga amat berbeza sama sekali.

MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia.

DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah anda.

Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan.

Apa itu DTTV?

Sejujurnya, benda ini sudah ada lama di dunia dan mungkin baru sekarang kita menyedarinya. DTTV adalah satu teknologi penyampaian signal televisyen menggunakan spektrum digital berbanding analog sebelum ini yang lazimnya dikhaskan kepada spektrum 300Mhz sehingga 480Mhz.

Bermula tahun 2007 terutamanya di Amerika Syarikat, kebanyakkan stesen siaran terpaksa beralih daripada signal Analog kepada digital bukan sahaja atas alasan pembangunan teknologi HDTV, namun atas dasar kerajaan yang mahu mengosongkan spektrum analog sedia ada untuk dikhaskan kepada siaran-siaran kecemasan.

Kenapa MYTV berlainan dengan ASTRO?

Falsafah

Astro, penyedia rangkaian siaran dalam termasuk saluran "in-house" dan saluran antarabangsa berdasarkan yuran/pakej langganan yang dicaj ke atas pelanggan.

MYTV adalah stesen penyedia saluran TV Free To Air dan saluran-saluran yang dibayar oleh operator yang menyediakan kandungan (content) siaran kepada penonton.

Teknologi pemancaran

Seperti yang telah diperkatakan tadi, MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit.

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya.

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Kandungan Siaran

MYTV telah melaksanakan siaran percubaan (Trial Broadcast) kepada kumpulan sasaran pada suku pertama tahun ini dan kandungan siaran TV pula dipunggah naik daripada siaran Free To Air (FTA) iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Bernama dan TVALHijrah. MYTV bercadang akan memperluaskan siarannya kepada 30 saluran pada penghujung tahun 2016 akan datang.

Manakala disuatu sudut lain pula, Astro mempunyai saluran dan rancangan terbitan sendiri iaitu Astro RIA, PRIMA, CITRA, WARNA, MUSTIKA, WAH LAI TOI dan banyak lagi yang hak penyiarannya secara mutlak dipunyai oleh Astro.

Ekosistem 

Ini adalah faktor ultima dimana kita dapat melihat perbezaan terbesar antara MYTV dan Astro.

Jangan lupakan bahawa MYTV juga syarikat seperti Astro yang perlu menjana keuntungan bagi meneruskan kelangsungan survivalnya dalam kancah perniagaan kini.

Bahasa senangnya adalah, MYTV bertindak sebagai tuan rumah yang akan menyewakan saluran-saluran mengikut pakej mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun syarikat atau orang perseorangan yang mahu menceburi industri penyiaran ini dengan modal sebanyak RM12 juta untuk sewaan satu saluran anda boleh menyiarkan kandungan siaran anda.

Oleh yang demikian MYTV bermanafaat kepada orang ramai yakni penonton dan para usahawan/karyawan yang ingin meluaskan empayar penyiaran mereka melalui sewaan siaran di MYTV.

Fokus utama MYTV dalam industri penyiaran ini bukan sahaja memajukan teknologi untuk memberikan pengalaman menonton TV berdefinisi tinggi kepada rakyat Malaysia, bahkan juga membina satu niche baru dikalangan golongan orang bisnes untuk mengetengahkan produk dan servis mereka melalui sewaan saluran di MYTV.

MYTV juga akan menggunakan platform interaktif sama seperti Astro dengan aplikasi butang merah dan sebagainya.

Kesimpulan awalan

Seperti yang ditekankan semenjak dari awal karangan ini digarap, MYTV tidak akan menggantikan Astro kerana model, mekanisma dan falsafah bisnes kedua-dua konglomerat ini tidak sama dan mereka juga tidak berperang dalam satu balapan yang sama.

Oleh yang demikian, persepsi orang ramai mengatakan MYTV akan menggantikan Astro itu berada pada satu garisan subjektif.

Jika anda hanya menonton siaran FTA, YA! mungkin akan menggantikan, namun jika anda menonton siaran-siaran "In-house" terbitan Astro, sila jangan potong Astro anda terlebih dahulu.

BACA INI JUGA:

Sumber: Sociologicakini

Download Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Download Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti, “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Panduan-Solat-Sunat-Tarawih.jpg

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam masyarakat Islam di seluruh dunia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Terawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Berikut adalah buku online Panduan Sembahyang (Solat) Sunat Tarawih keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh dimuat turun (download), klik pada judul pautan yang disertakan.

Sama-samalah kita menghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam Lailatul Qadar.

Download panduan di SINI.

BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau