Friday, June 03, 2016

'New Nglepen', Kampung Teletubbies Yang Benar-benar Wujud Di Yogyakarta

'New Nglepen', Kampung Teletubbies Yang Benar-benar Wujud Di Yogyakarta

Kanak-kanak yang lahir pada era 1990-an pastinya masih ingat dengan siri animasi popular, Teletubbies yang menceritakan tentang empat watak bernama Tinky Winky, Dipsy, Lala dan Po.

New Nglepen.jpg

Dalam animasi tersebut, empat karakter yang berwarna merah, hijau, ungu dan kuning ini tinggal di sebuah rumah setengah bulatan di tengah bukit hijau.

Siapa sangka rupa-rupanya rumah setengah bulatan ini tidak hanya ada dalam cerita fiksyen kanak-kanak semata-mata, sebaliknya benar-benar wujud di wilayah Kabupaten Sleman, Yogyakarta, Indonesia.

New Nglepen [2].jpg

Rumah-rumah berbentuk unik yang terletak di Dusun Nglepen, Desa Sumberharjo ini dikatakan sudah berusia 10 tahun dan begitu popular dikalangan masyarakat setempat hingga digelar Kampung Teletubbies.

Rumah-rumah ini dilaporkan dibina setelah kejadian gempa bumi hebat yang terjadi di Yogyakarta pada 2006 yang lalu.

New Nglepen [3].jpg

Kampung bernama ‘New Nglepen’ ini dikatakan mempunyai 80 binaan yang terdiri 71 rumah penduduk, enam fasiliti seperti masjid dan klinik kesihatan.

Kebanyakan rumah berbentuk kubah ini berwarna putih dilengkapi dengan ruang tamu, dua bilik tidur, dapur dan bahagian atas yang berlantai kayu.

New Nglepen [4].jpg

Kerana keunikannya, kampung ini menjadi popular hingga dikunjungi oleh ramai pelancong khususnya pada hujung minggu.

Difahamkan, pengunjung yang masuk ke dalam perkampungan itu dikenakan bayaran sebanyak 3,000 rupiah (RM1) dan terdapat kostum Teletubbies untuk menghiburkan pengunjung.

BACA INI JUGA: 13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

New Nglepen [5].jpg

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, June 02, 2016

Suami Mengaku Kalah Selepas 16 Jam Ambil Alih Tugas Isteri!

Suami Mengaku Kalah Selepas 16 Jam Ambil Alih Tugas Isteri!

Jangan ingat tugas sebagai seorang ibu adalah mudah. Ia terbukti apabila seorang bapa, Brad Kearns, 27, mengaku kalah selepas terpaksa memainkan peranan sebagai `ibu’ apabila isterinya, Sarah dimasukkan ke hospital akibat kegagalan hati.

Jaga+Anak.jpg

Brad terpaksa mengambil alih menjaga dua anak kecilnya selama 16 jam sebelum ibu mertuanya datang membantu, namun dia mengakui ia bukan semudah yang disangkanya.

“Anda tahu apabila isteri anda selalu berkata `saya harap saya boleh jadi ayah’ dan anda berfikir…ia adalah perkara yang sama.

“Baiklah, duduk, berehat, sediakan minuman, bertih jagung dan kosongkan jadual anda kerana saya akan membawa anda ke perjalanan yang boleh disamakan seperti roller coaster yang melalui muntah, berak dan tangisan,” katanya yang menulis dalam Facebook sambil mendokumentasikan pengalaman menjaga anak-anaknya selama 16 jam.

Jelas Brad, dia bergegas pulang dari kerja selepas mendapat mesej dari Sarah mengenai penyakitnya dan disebabkan Sarah terpaksa dirawat di hospital, Brad terpaksa menjadi `ibu’ kepada anak-anaknya.

Brad menceritakan bagaimana dia terpaksa melayan karenah anak sulungnya Knox dan pada masa sama terpaksa menyusukan seorang lagi bayinya yang baru berusia beberapa bulan.

“Ketika malam semakin berlalu, kesabaran saya semakin tipis, Saya terpaksa membiarkan Knox meletakkan pelekat di kaki saya yang dipenuhi dengan bulu roma, untuk memastikan dia duduk diam.

“Pada masa sama saya terpaksa menukar lampin si bayi dan memberinya susu. Selepas itu saya perlahan-lahan menggosoknya untuk membuatkan dia sendawa dan ketika itu saya melihatnya begitu selesa.

“Kelopak si bayi menjadi berat dan dia mula tidur, Ketika itu anda merasakan ia detik-detik yang paling menyeronokkan hinggalah apabila dia terjaga dan menjerit sekuat-kuat hati,” kata Brad.

Brad terpaksa bangun beberapa kali pada malam itu untuk memberikan susu dan menyifatkan kekurangan tidur yang dialaminya itu merupakan satu bentuk siksaan.

Hinggalah pada keesokan harinya, apabila ibu mertuanya tiba, Brad kelihatan sangat selekeh dan masih memakai stokin semalam.

“Ia hanya 16 jam menjadi ibu dan saya gagal,” kata Brad yang turut mengakui betapa hebatnya seorang ibu .

Jelasnya sepanjang tempoh berkenaan juga dia gagal membersihkan diri apatah lagi mengemas rumah, mendidik anaknya, menyediakan hidangan untuk mereka serta menerokai aktiviti luar rumah.

BACA INI JUGA: 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc


Konspirasi Maksiat 666 vs RUU Syariah 355

Konspirasi Maksiat 666 vs RUU Syariah 355

Angka 666 melambangkan syaitan dalam digit mitos Inggeris. Digit ini berkembang menjadi legasi dalam konotatif apabila hitungan angka mahu dikaitkan dengan kuasa kejahatan.

Konspirasi 666.jpg
Gambar hiasan.

Dalam konteks artikel ini, 666 mewakili konspirasi ‘industri’ maksiat yang sedang mengatur gerak kerja untuk menyerang sebarang bentuk usaha dalam merealisasikan pindang Rang Undang-undang 355 dalam usaha mengukuhkan institusi Mahkamah Syariah.

Apa releven RUU 355 yang memerlukan pindaan? Jawapannya mudah. RUU 355 diperkenalkan pada 1965 bagi memastikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan diperkasakan melalui Mahkamah Syariah.

Apakah RUU 355 tidak berperlembagaan? Jangan mengarut! RUU 355 dibentangkan di Parlimen sebelum digazet bagi membolehkan Mahkamah Syariah dibentuk di peringkat negeri.

Malah, RUU 355 secara sejarahnya, sebelum wujud sudah pun melalui perbahasan parlimen. Ia khusus bagi perkara-perkara yang bersangkut dengan umat Islam tetapi tidak bertentangan dengan Undang-Undang Sivil Persekutuan.

Pernahkan RUU 355 ini dipinda? Jawapannya ya! Selepas wujud pada 1965, RUU ini dipinda pada tahun 1984 bagi menaikkan kadar denda, tempoh hukuman penjara dalam jumlah sebatan.

Pindaan 1984 mencipta angka unik bagi RUU 355 dengan digit 356. Iaitu hukuman denda dengan tidak melebihi RM3 ribu, penjara tidak melebihi 5 tahun dan sebat tidak melebihi 6 rotan.

Apa alasan pindaan pada 1984? Jawapannya: Supaya jumlah denda RM1 ribu, penjara setahun dan sekali rotan dapat diubah sesuai dengan perkembangan sosio-ekonomi selepas 19 tahun dilaksanakan.

Pindaan 1984 kerana keperluan meningkatkan berat hukuman supaya kaedah pencegahan terhadap khalwat, zina, fitnah zina, arak dan judi dapat dikawal agar tidak merosakkan akhlak umat Islam.

Jadi apabila pindaan usul terbaharu dibawa ke parlimen baru-baru ini, mengapa ia harus ditanggap seolah-olah langit sedang runtuh dan akan menimpa kepala rakyat Malaysia bukan Islam?

Jawapannya balik ke angka berhantu 666.

Konspirasi 666 [2].jpg

Apa relevannya? Mudah. Sekiranya hukuman lebih berat dikenakan kepada pelaku maksiat terutama umat Islam yang melanggan pelacur, ketegasan ini akan melumpuhkan “industri’ pelacur yang selama ini memanipulasi umat Islam dengan pelbagai tarikan maksiat.

Sekiranya denda yang tinggi, penjara yang lebih lama dan sebatan melebihi enam kali dikenakan, ketakutan akan menyebabkan ramai umat Islam menjauhi judi.

Bolehkah dinafikan walaupun hukuman sedia ada dalam pindaan 1984 wujud, ia gagal mengurangkan jumlah umat Islam ke agensi nombor ramalan untuk berjudi.

Umat Islam yang ingkar ini tidak takut kerana tarikan hadiah kemenangan yang besar serta hukuman denda Mahkamah Syariah yang rendah, penjara yang singkat serta sebat yang sedikit, mengabui mata mereka.

Teori yang sama akan berlaku pada premis jualan arak. Bolehkan kita nafikan, umat Islam tidak menyumbang kepada pendapatan industri minuman keras?

Malah, minuman keras dengan persekitaran pusat hiburan yang penuh tarikan sensual, menyebabkan hukuman sedia ada dilihat berbaloi untuk dipertaruhkan.

666 menentang kerana RUU 355 ini akan menjejaskan pendapatan mereka. Malah boleh melumpuhkan sama sekali ‘industri maksiat’ di negara ini. RUU 355 tiada kaitan dengan Enekmen Hudud kerana secara lateral ia sudah wujud pada 1965 dan sudah pernah dipinda pada 1984.

Sekarang setelah 32 tahun tidak dipinda bagi meningkatkan jumlah denda, tempoh penjara dan sebatan, mengapa dipertikaikan?

Ia berkait dengan umat Islam kerana undang-undang syariah dalam perlembagaan hanya tertakluk untuk diguna pakai terhadap umat Islam.

Kalau pun ada kaitan dengan yang lain, tentulah dengan mereka yang ada kepentingan dengan 666, golongan syaitan yang mempromosi maksiat, judi dan arak.

Secara relevan, hanya puak 666 sahaja yang benar-benar akan terjejas sekiranya RUU 355 diluluskan.

Jika umat Islam takut melakukan maksiat zina dengan melanggan pelacur, takut pada hukuman penjara yang lebih panjang kerana judi atau disebat lebih banyak kerana kesalahan arak, yang akan lingkup tentulah ‘industri’ maksiat.

Jadi patutlah rangkaian 666 sangat takut.

BACA INI JUGA: Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Sumber: Mynewshub.cc

8 Resipi Unik Kuih Raya 2016!

8 Resipi Unik Kuih Raya 2016!

Pernah tak terlintas dalam fikiran tiap-tiap tahun sama je kuih raya tradisional, takde yang lain ke? Apa kata tahun ini kita cuba lain dari lain. Konfirm, tetamu akan kata wow! Uniknya kuih raya ni!

Antara yang boleh dibuat secara simple dan Yummy!

1. Biskut Pepero

Biskut Pepero.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • s 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  • Satukan tepung, gula, baking powder dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.
  • Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
  • Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari.
  • Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
  • Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius.
  • Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.
  • Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler.
  • Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
  • Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

2. Biskut Lidah Kucing

Biskut Lidah Kucing.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.

Biskut Lidah Kucing [2].jpg
Dulang khas untuk bakar biskut lidah kucing.

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  • Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
  • Paipkan atas loyang lidah kucing.
  • Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

3. Biskut Oreo Penakluk Cinta

Biskut Oreo Penakluk Cinta.jpg

Bahan-bahannya:
  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180°C.
  • Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.
  • Sementara itu, hancurkan Oreo.
  • Satukan dan gaul sebati.
  • Sediakan loyang acuan silikon.
  • Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow.
  • Picit-picitkan sos karamel.
  • Bakar kembali selama 8 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.
  • Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.

4. Biskut Rainbow Styles

Biskut Rainbow Styles.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
  • 50 gm Tepung Susu 250 gm
  • Mentega / marjerin 160 gm
  • Gula Aising 1 sudu kecil
  • Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
  • Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan - dan satu bahagian tanpa warna.
  • Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
  • Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang.
  • Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.
  • Apabila telah siap disusun.
  • Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.
  • Hias dengan gula manik.
  • Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.

5. Biskut Donut

Biskut Donut.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 150 gm mentega
  • 30 gm shortening
  • 100 gm gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh emplex

Bahan B
  • 200 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 30 gm nestum - dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Hiasan
  • Coklat masakan putih
  • Manik berwarna warni

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  • Celupkan sebelah permukan biskut.
  • Taburkan manik.
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

6. Biskut Meringue

Biskut Meringue.jpg

Bahan-bahannya:
  • 3 biji telur putih
  • 3⁄4 cawan gula
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya:
  • Kalau anda mahu gula mudah digaulkan dengan putih telur, panaskan gula di dalam oven selama lima minit. 
  • Kemudian pukul putih telur sehingga menjadi warna putih.
  • Masukkan gula yang panas tadi ke dalam adunan dan terus pukul adunan.
  • Apabila telah siap, letakkan pewarna yang disukai.
  • Masukkan adunan yang telah siap dicampur dengan pewarna ke dalam piling dan buat corak seperti coklat Hersheys atau corak-corak lain yang menarik.
  • Bakar dalam oven selama 90 minit.

7. Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Biskut Sandwich Mawar Red Velvet.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 2/3 cawan shortening
  • 1 3/4 cawan guna
  • 2 biji telur
  • 1 sudu vanilla
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 sudu pewarna merah
  • 2 cawan tepung AP
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu garam

Bahan B (krim)
  • 1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
  • 4 cawan gula kasar
  • 1/2 sudu ekstrak badam
  • 13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A
  • Panaskan oven sehingga 350 C.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan.
  • Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.
  • Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam.
  • Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya.
  • Uli sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.
  • Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B
  • Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  • Masukkan ekstrak badam. 
  • Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati. 
  • Bila siap, simpan di tempat yang sejuk. 
  • Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).

8. Cupcakes Nutella

Cupcake Nutella.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan Nutella
  • 3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.
  • Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
  • Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
  • Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
  • Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama cream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.

Akhir kata, sedap itu memang sedap tapi perlu ingat jaga kesihatan!

BACA INI JUGA: Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Bolehbah

Gambar Lelaki Skodeng Skrit Gadis Viral Di China

Gambar Lelaki Skodeng Skrit Gadis Viral Di China

Seorang pelajar di sebuah universiti telah dituduh cuba `skodeng’ bawah skirt seorang gadis dengan menggunakan telefon bimbit, ketika mangsa sedang beratur untuk menaiki keretapi bawah tanah di Shanghai.

Skodeng Skrit Gadis.jpg

Perbuatan jelik berkenaan berjaya dirakamkan dan kemudiannya dimuatnaik dalam media sosial.

Sebaik sahaja gambar berkenaan menjadi viral, beberapa orang telah mengecam pelaku berkenaan sebagai pelajar di Institut Teknologi Shanghai.

Ia dirakamkan oleh seorang pengguna Weibo dikenali sebagai Philipa Vans yang memberitahu tindakannya merakamkan aksi menjengkelkan itu tidak disedari oleh lelaki berkenaan.

Namun Philipa Vans turut dikecam kerana tidak bertindak ketika perbuatan itu berlaku sebaliknya membiarkannya dan merakamkan gambar.

Tidak kurang pula yang mempertikai gambar berkenaan dan ia mungkin satu salah faham.

Dalam pada itu, Institut Teknologi Shanghai dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki berkenaan adalah pelajarnya dan ia akan bekerjasama dengan polis dalam penyiasatan yang dijalankan berhubung kes berkenaan.

“Pihak universiti menyedari entri yang dikongsi oleh Phillipa Vans dan mengesahkan bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah pelajar kami.

“Kami akan memberikan kerjasama kepada polis dan pihak universiti mengecam sekeras-kerasnya tindakan merakamkan gambar cara rahsia di stesen keretapi,” katanya.

BACA INI JUGA: Awas! Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel

Musa Ingens, Pisang Gergasi Di Indonesia!

Musa Ingens, Pisang Gergasi Di Indonesia!

Pohon pisang gergasi yang dikenali sebagai Musa Ingens dan ditemui oleh individu bernama Jeff Daniells pada tahun 1989 ini nyata telah mengejutkan banyak pihak.

Musa Ingens.jpg

Unik dan luar biasa, itulah yang dapat digambarkan mengenai sejenis pohon pisang yang ditemui di wilayah Papua, Indonesia.

Pohon pisang gergasi ini dilaporkan tumbuh pada ketinggian 1,000 hingga 2,000 meter dari aras laut.

Jika purata panjang pohon pisang biasa ialah 2 hingga 5 meter sahaja, Musa Ingens mampu mencapai ketinggian sehingga 25 meter dan mempunyai diameter batang seluas 2 meter. Daunnya pula berukuran 5 meter panjang dan 1 meter lebar.

Musa Ingens [2].jpg

Musa Ingens mampu menghasilkan setandan pisang seberat 60 kilogram dengan panjang setiap biji buahnya berukuran 18 sentimeter (cm) dan berdiameter 3 hingga 4 cm, manakala bijinya pula rata-rata bersaiz 4 hingga 10 milimeter (mm).

Difahamkan, proses pembiakan pisang gergasi ini sangat susah kerana bijinya mengambil masa selama satu tahun atau lebih untuk bercambah dan ianya merupakan tumbuhan liar yang jarang-jarang ditemui.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

Musa Ingens [3].jpg

Sumber: Mynewshub.cc

Jenis Dan Spesis Ikan Keli Di Malaysia

Jenis Dan Spesis Ikan Keli Di Malaysia

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi dan merupakan ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat, ikan keli juga disebut sebagai "ikan semilang" atau "ikan sembilang".

IkanKeli.jpg

Berikut diberikan fakta mengenai 3 spesies ikan keli yang biasa terdapat di pasaran negara kita, termasuk 2 spesies tempatan iaitu keli kayu dan keli bunga serta satu spesies keli Afrika (diperkenalkan dari Afrika dan sekarang telah banyak terdapat hibridnya diternak di negara ini).

Perhatikan rajah-rajah yang membezakan ketiga-tiga spesies ikan keli ini.

Perbezaan bentuk morfologi yang dinyatakan dalam artikel ini hanya ciri-ciri luaran semulajadi untuk membezakan antara spesies ikan keli


No. 1: Ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “U” dan bahagian atas (dorsal) badan warna hitam kelabu manakala di bahagian bawah (ventral) berwarna putih kelabu. Kadang-kadang terdapat juga bintik-bintik kelabu putih di badan.

No. 2: Ikan keli kayu (Clarias batrachus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” dan bahagian atas (dorsal) badan berwarna hitam berkilat manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna putih. Badan lebih panjang dan kurus berbanding keli bunga.

No. 3: Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” (hampir menyerupai keli kayu) tetapi badannya lebih besar, bahagian atas (dorsal) dan sisi (lateral) badan berwarna gelap/hitam manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna kelabu putih. Jika dalam keadaan stress, terdapat bintik-bintik hitam di permukaan badannya. Keli Afrika mempunyai sengat (spina) pektoral yang kurang tajam berbanding dengan ian-ikan keli tempatan.

Perlu diingat bahawa warna air dan tahap kekeruhan air mempengaruhi warna ikan keli, jika warna air hitam maka warna kulit ikan akan lebih gelap daripada biasa, namun begitu bentuk tulang supraosipital tidak akan berubah.

JENIS-JENIS LAIN KELI
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak

-Sentiasapanas.com

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Seluruh Malaysia

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Seluruh Malaysia

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016.gif

Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Dan berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa

Maksudnya: Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya

Maksudnya: Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Jenis-jenis Zakat Fitrah
  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri.

KADAR+ZAKAT+FITRAH+2016.PNG

BACA INI JUGA: 10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan.jpg

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut.

Al-Quran

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

CARA LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN

1. Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

BACAAN DOA BERBUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Bahasa rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin.

Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

BACA INI JUGA: Membuat Pahala Tapi Mengumpul Dosa

Sumber: Mysumber.com

Wednesday, June 01, 2016

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2016

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2016

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Tarikh melihat anak bulan.jpg
Gambar hiasan.

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadhan bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini adalah pada lewat petang hari Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen.

TARIKH DAN LOKASI MENCERAP ANAK BULAN RAMADAN, PENETAPAN AWAL PUASA 2016

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah Negeri Lokasi.

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2016.PNG

Selamat berpuasa..

BACA INI JUGA: Istimewanya Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Sumber: Mysumber.com