Wednesday, June 01, 2016

Alasan Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib!

Alasan Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib!

Memakai tudung dan menutup aurat merupakan kewajiban bagi wanita Islam yang sudah lumrah dan diketahui seluruh dunia.

Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib!.jpg

Seorang wanita dalam Islam haram menampakkan auratnya di depan orang asing atau bukan muhrim (selain suami, saudara kandung, ayah, pakcik dan yang menurut hukum).

Namun, bagaimana pula halnya seperti gambar dibawah ini yang menjadi viral apabila seorang wanita lengkap bertudung tapi memakai tanda salib di leher?

Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib! [2].jpg

Ketika ditanya, wanita ini menerangkan bahawa dia memang beragama Kristian tetapi menyatakan bahawa tiada yang salah dengan pakaian yang dikenakannya untuk menutup aurat.

Apabila ditelusuri, perintah menutup aurat bukan hanya wujud dalam Islam, tetapi juga pada ajaran Nasrani (Kristian).

Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib! [3].jpg

Alkitab@Bible sebenarnya dengan tegas memerintahkan wanita Nasrani untuk bertudung atau menutup aurat.

"Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau menubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya." (1 Korintus 11:5).

Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib! [4].jpg

"Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menutupkan tudung ke kepalanya." (11:6)

"Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat." (11:10)

“Pertimbangkanlah sendiri: patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala tidak bertudung.” (11: 13)

Wanita Barat Objek Seks

Wanita Barat Objek Seks.jpg

Disebalik kecaman dunia barat terhadap wanita Islam yang menutup aurat, ironiknya, wanita-wanita mereka dieksploitasi sebagai objek seks.

Wanita-wanita mereka memakai baju yang seperti tidak berbaju dimana-mana, dengan pakaian yang menunjuk lurah payudara mereka (cleavage), supaya terserlah bentuk punggung, membuat gaya-gaya ataupun “pose” yang mengghairahkan kaum lelaki, sebagai tanda kebebasan diri dan hak asasi manusia?!

Wanita Bertudung Memakai Tanda Salib! [5].JPG

Mereka sebenarnya telah lupa kepada ajaran yang terkandung dalam Al-Kitab mengenai perintah menutup aurat terhadap wanita-wanita mereka.

Benar, ramai wanita Islam sendiri tidak menutup aurat tetapi yang jelas sentiasa ada pihak dikalangan Islam yang bertegas dalam menjalankan hukum Allah utnuk menutup aurat!

BACA INI JUGA: Wanita Islam Umpama Gula-gula!

Sumber: Hotmagz.com

Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia

Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia

Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ikan+Keli+Menjijikkan.jpg
Gambar hiasan.

Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut.

Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut ditemui, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.

Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik, rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.

"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.

Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.

"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.

Jadi ternyata apa yang disebarkan dan menjadi viral sebelum ini hanyalah khabar angin dan rekaan semata-mata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

BACA INI JUGA: 9 Makanan Paling Trending Sepanjang Tahun 2015

Sumber: Siakapkeli.my

Dahsyatnya Kesan Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak

Dahsyatnya Kesan Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak

Anak-anak yang kerap dipeluk akan tampil menjadi anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penuh dengan kasih sayang dan kurang tekanan.

Pelukan Ibu.jpg

Mereka akan menjadi anak yang lebih tenang di mana keadaan ini akan membantu perkembangan diri mereka.

Namun jika perkara ini jarang dilakukan hubungan ibu bapa dan anak-anak akan menjadi sangat dingin.

Fitrah diri mereka yang amat memerlukan sentuhan dan kehangatan kasih sayang terpaksa mengharungi satu keadaan yang amat tegang dan penuh dengan emosi yang keras.

Cuba semak antara 7 kebaikan yang anak akan terima daripada sebuah pelukan...

1. Memeluk anak-anak dapat meningkatkan rasa tenang dan percaya diri dalam diri mereka. Kebiasaan ini secara tidak langsung dapat menjaga kualiti hubungan anda sekeluarga.

2. Sebuah pelukan ternyata mempunyai khasiat luar biasa. Ini mampu membuat rasa cemas dan juga tekanan darah menurun.

3. Memeluk orang-orang tersayang adalah cara paling sederhana dapat membuat mereka merasa bahagia.

4. Saat anak-anak bermasalah dan tertekan, pelukan merupakan ubat paling mujarab membantu menenangkan fikiran dan jiwa yang bergolak.

5. Pelukan daripada ibu bapa mahupun keluarga anak membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.

6. Kebiasaan memeluk anak-anak membuatkan bukan sahaja kehidupan anak-anak, tetapi juga ibu bapa menjadi lebih seimbang. Ini memberi kita kekuatan untuk mengendalikan emosi agar lebih tenang dan bahagia.

7. Apa yang dirasakan memang selayaknya disuarakan. Namun meskipun tanpa bicara pelukan dapat menjadi cara terbaik untuk menyampaikan isi hati dan perasaan.

BACA INI JUGA: Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya

Sumber: Mingguanwanita

Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Pada bulan Jun setiap tahun, beratus pelancong dan peminat sukan lasak berkumpul di satu padang tanah di Piazza Santa Croce di bandar Florence, Itali.

Calcio Storico
Pertandingan tradisi ini dianggap sukan paling ganas di dunia.

Mereka bukannya mahu menonton perlawanan bola sepak tetapi mahu menyaksikan satu pertandingan tradisi yang dianggap sukan paling ganas di dunia.

Temasya tahunan yang dikenali sebagai pertandingan Calcio Storico yang bermaksud bola sepak bersejarah itu disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence.

Setiap pasukan disertai 27 pemain yang dibenar menggunakan apa saja cara untuk membawa bola ke hujung kawasan lawan.

Pemain dibenarkan menumbuk, menendang dan bergelut dengan lawan untuk menjaringkan gol.

Calcio Storico [2]
Suasana di Piazza Santa Croce sebelum pertandingan berlangsung.

Setiap pasukan berlatih sepanjang tahun untuk menghadapi pertandingan ini yang berlangsung 50 minit tanpa rehat.

Sekiranya ada pemain cedera, mereka akan diusung keluar pasukan perubatan.

Setiap pasukan mempunyai empat penjaga gol, tiga pemain pertahanan, lima pemain tengah dan 15 penyerang.

Pertempuran mula tercetus sejurus wisel permulaan ditiup dan setiap pemain akan menumbuk, menendang serta bergelut dengan pemain lawan bagi merampas bola.

Calcio Storico [3]
Seorang pemain dihalang.

Objektif perlawanan ini adalah memasukkan bola ke dalam satu kawasan di belakang kawasan lawan tetapi biasanya pergaduhan beramai-ramai berlaku.

Walaupun ganas namun terdapat seorang pengadil dan enam penjaga garisan yang cuba mengekalkan perjalanan perlawanan.

Sejarah pertandingan Calcio Storico tidak diketahui secara tepat tetapi sukan itu hampir sama dengan perlawanan yang dimainkan tentera Rome sebelum Florence ditubuhkan pada 59 Masihi.

Sukan itu dipercayai dimainkan di Florence sepanjang kurun ke-15 dan perlawanan pertama yang direkodkan berlangsung pada 1530.

Calcio Storico [4]
Pemain boleh menggunakan tangan dan kaki untuk menewaskan lawan.

Raja Perancis, Henry III yang menonton sukan itu pada 1574 menyatakan perlawanan berkenaan terlalu kecil untuk digelar satu peperangan dan terlalu kejam untuk dipanggil acara sukan.

Pertandingan moden sukan itu berkembang dari satu perlawanan yang berlangsung pada 1930 ketika sambutan ulang tahun peristiwa Florence dikepung tentera Perancis.

Sejak itu pertandingan berkenaan disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence iaitu Santa Croce yang memakai jersi berwarna biru, Santa Maria Novella berwarna merah, Santo Spirito berwarna putih dan San Giovanni berwarna hijau.

Calcio Storico [5]
Pergaduhan beramai-ramai sering tercetus sepanjang perlawanan.

Bagi mengekalkan tradisinya, padang di hadapan gereja Piazza Santa Croce ditabur dengan tanah dan setiap pasukan memakai uniform seperti era pemerintahan beraja Itali.

Semua perlawanan berlangsung mengikut format kalah mati dan dua pasukan yang menang akan bertanding di peringkat akhir.

BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!

Sumber: hmetro.com.my

Tuesday, May 31, 2016

Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

Selain Amerika Syarikat, dikatakan bahawa Brazil merupakan negara yang menjadi kegemaran untuk dilawati oleh makhluk asing atau UFO.

UFO in Brazil [2]

Bukan hanya disebabkan banyaknya kemunculan UFO di Brazil tetapi 'kualiti' kes yang sungguh mengagumkan.

Jika kita hanya mampu menonton serangan makhluk asing di televisyen, ternyata kejadian makhluk asing di Brazil benar-benar berlaku!

Malah, di Brazil, kehadiran makhluk asing turut dikaitkan dengan kemuculan Chupacabre, makhluk pelik dengan duri di leher hingga ke pangkal ekor.

Tidak seperti negara lain, kunjungan UFO ke Brazil nampaknya cukup 'agresif'. Dan sebagai bukti betapa seriusnya ancaman UFO di sana, kerajaan Brazil menangani masalah ini dengan kekuatan tentera!

Pada tahun 1996, dua makhluk asing telah ditangkap ketika berada di bandar Varginha. Kes ini menggegar dan dihebahkan keseluruh dunia.

The Varginha, Brazil Entity
Lakaran entiti makhluk asing yang dilihat saksi mata.

Malangnya, kerajaan menafikan kejadian ini. Seolah-olah dengan sengaja cuba menutup sesuatu daripada tersebar kepada umum, walhal ada beberapa saksi yang menyaksikan peristiwa ini.

Wikipedia menjelaskan ketika itu media massa menyebutkan, makhluk pelik itu pertama kali dilihat oleh tiga orang wanita, Liliane, Valquiria Fatima Silva dan Katia Andrade Xavier.

Mereka melihat makhluk asing ini pada suatu petang pada 20 Januari 1996, tingginya 1.6 meter, kepalanya besar dan tubuhnya sangat nipis. Kulitnya berwarna coklat dan matanya merah, besar serta berbau.

Menurut mereka lagi, makhluk asing itu kelihatan lemah, seperti cedera atau sakit.

Penampilan menakutkan makhluk asing ini membuatkan mereka lari lintang pukang, ketakutan, lantas menceritakan kepada orang lain.

Apa yang mampu mereka katakan? Mereka telah melihat syaitan!

Kemudian, seperti dijangka, berita itu kemudiannya menjadi gempar! Heboh diperkatakan bahawa ada makhluk asing dibandar mereka.

The Varginha, Brazil Entity [2]

Dua hari kemudian, ada berita menggemparkan lagi. Ada makhluk asing ditemui mati diatas jalan yang kemudiannya diangkut oleh anggota keselamatan ke hospital tentera, kemungkinan untuk dikaji.

Pelbagai spekulasi timbul, namun menemui jalan buntu kerana akses mengenai kejadian ini dirahsiakn oleh kerajaan.

Sehinggalah akhirnya satu testimoni muncul daripada Vitorio Paccini, pemerhati UFO Brazil.

Vitorio mengatakan bahawa seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu namanya disebutkan, mengakui peristiwa tersebut benar-benar berlaku.

Vitorio menyatakan bahawa orang pertama yang menemui makhluk asing tersebut bukanlah tiga orang wanita tadi, tetapi petugas pemadam kebakaran.

Sebelum itu, pada 20 Januari, mereka menemui sekumpulan kanak-kanak sedang membaling batu kepada makhluk asing tersebut. Mereka kemudiannya menangkap makhluk tersebut, kemudian dibawa pergi.

Official UFO Night in Brazil

UFO in Brazil
Dikatakan bahawa ini adalah kapal makhluk asing yang berjaya dirakam.

Sejak kejadian tersebut, Bandar Varginha menjadi sangat terkenal di dunia dan dikunjungi ramai pelancong. Pelbagai cenderamata berbentuk 'ET' dan makhluk asing dijual kepada pelancong.

Namun, kini kerajaan Brazil tidak lagi tertutup mengenai fenomena UFO, malah sedia berkongsi maklumat dan rahsia tentang kemunculan-kemunculan UFO, termasuk data-data rahsia kejadian pada 19 Mei 1986 yang dikenali sebagai 'Official UFO Night in Brazil'.

Dalam kejadian ini, ramai saksi menyaksikan 21 objek misteri berbentuk lingkaran, dianggarkan masing-masing berdiameter 100 meter, melayang di udara Brazil.

Objek misteri ini dikesan oleh juruterbang awam dan menjadikan trafik udara terutamanya di Sao Paolo dan Rio de Janeiro terganggu.

Pesawat pejuang tentera, Mirage F-5 turut mengejar objek misteri ini.

Menteri pertahanan Udara, Brigadier Ovtavio Moreira, turut menyebut kejadian itu secara terbuka di televisyen, termasuklah juruterbang yang melakukan pemburuan yang berlangsung selama beberapa jam itu.

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai isniden itu, ia boleh diakses di arkib nasional Brazil. Pada tahun 2004, Brazilian Committee of UFO Researchers ditubuhkan.

Brazil adalah negara pertama di dunia yang secara rasmi dan terbuka mengakui realiti fenomena UFO.

Brazil juga merupakan negara pertama yang melakukan kajian terhadap UFO secara terbuka.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

Hossein Askari, seorang ahli politik dan pakar bisnes antarabangsa di Universiti George Washington, AS, melakukan sebuah kajian yang sangat unik.

Ireland No 1 Islamik In The World

Hossein melakukan kajian untuk mengetahui di negara manakah di dunia ini nilai-nilai Islam paling banyak diaplikasikan.

Hasil kajiannya meliputi 208 negara itu ternyata sangat mengejutkan kerana tiada satu pun negara Islam menduduki kedudukan 25 teratas.

Bukan Arab Saudi. Bukan Palestin. Bukan Malaysia. Bukan Indonesia. Bukan Brunei. Tapi Ireland?

Relevankah kajian ini?

London: Seorang ahli akademik Amerika Syarikat kelahiran Iran menganggap Ireland negara paling Islamik di dunia.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) baru-baru ini, Profesor Perdagangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti George Washington itu berkata, Denmark, Sweden dan United Kingdom menyusuli Ireland.

Menurut Hossein, kajian yang dilakukan bersama rakannya Dr Scheherazde S Rehman juga mendapati Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Qur'an, berbanding negara yang ramai penduduk Islam.

Tidak ada satu pun negara yang mempunyai majoriti penganut Islam berada di 25 tempat teratas senarai itu dan tidak ada negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas.

Katanya, apabila ‘indeks keislaman’ mereka diguna pakai, hanya Malaysia (33) dan Kuwait (42) sebagai negara Islam tersenarai dalam 50 negara teratas.

Amerika Syarikat menduduki tangga ke-15, Belanda juga di tempat ke-15 dan Perancis, 17.

Saudi berada di kedudukan ke-91 dan Qatar, 111.

Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.

“Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk,” katanya sambil menuduh negara berkenaan mengguna agama sebagai alat untuk berkuasa.

Hossein berkata, “Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.

“Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium menduduki tempat 10 teratas.

“Dalam ‘Indeks Keislaman Menyeluruh,’ ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.

Dan sekali lagi, hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) menduduki kelompok 50 teratas dalam kalangan negara Islam. -Hmetro

Tiadakah arak di Ireland? Ada.

Kilang arak bukan faktor utama yang mempengaruhi kedudukan Malaysia. Jika kilang arak ialah sebab utama, kenapa Arab Saudi pun kalah dibandingkan dengan Malaysia.

Di Malaysia, polemik kilang arak adalah disebabkan;

1. Diluluskan oleh orang melayu + islam atas nama menjana keuntungan.

2. Dibiarkan tanpa pengawasan dengan membiarkan arak-arak tersebut dijual secara berleluasa tanpa kawalan.

3. Pemilik sahamnya juga ada yang dimiliki oleh orang-orang islam.

Arak digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai. Memang la orang marah. Kalau nak penuhi hak orang-orang bukan islam minum arak, boleh aje.

Tiada masalah, yang penting dibuat peraturan-peraturan tertentu yang menjamin juga hak-hak mereka yang tak minum arak.

Mengenai laporan di atas;

1. Yang membuatkan Irealand no 1 adalah disebabkan stuktur pentadbiran negara, pengurusan ekonomi dan kebajikan sosial.

2. Ireland, UK, Denmark dan Sweden memang terkenal sebagai negara yang hak asasi rakyat mereka seringkali diutamakan.

Seseorang tidak akan dihukum hanya kerana tidak mempunyai idelogi politik yang menyokong kerajaan.

Anda bebas mendakwa, mengkritik, bercakap, lantang bersuara, berdemo berhari-hari lamanya tanpa menganggu urusan orang awam jika merasakan kerajaan mereka kejam dalam satu-satu polisi yang perkenalkan oleh kerajaan.

3. Kadar rasuah juga sangat kurang di negara-negara tersebut.

4. Rakyat dinilai berdasarkan 3 perkara utama; merit, kerajinan dan usaha.

5. Rakyat mereka juga kurang mengamalkan sikap diskriminasi meskipun pada pendatang asing.

6. Seseorang diiktiraf berdasarkan kepada bakat dan usaha, idea dan plan yang strategik. Bukannya ikut kaum jauh sekali agama. Pernah tengok dokumentari Islam di UK.

Pengalaman orang-orang Islam Malaysia yang hidup di UK, memang best tengok. Tiada diskriminasi jauh sekali racist.

Hitam, putih, gemuk, kurus, bangsa apa, agama apa semua diterima seadanya. Di Malaysia lain gayanya. Yang jongang pun kena ejek dalam drama. Hadoi..

7. Menariknya juga laporan di atas, Malaysia lebih baik dari Arab Saudi. Orang-orang kita kan suka sangat agungkan Arab Saudi.

Padahal Arab Saudi dulu bukanlah Arab Saudi yang sekarang. Dalam semua peringkat ujian keislamikkan;

a. Mengamalkan nilai-nilai Islam sejajar dengan apa yang digariskan oleh Alquran = Malaysia 33

b. Indeks keislaman menyeluruh = Malaysia 38

Kita tak semestinya perlu mahir berbahasa arab bagi menjadi seorang muslim yang baik.

Juga tak perlu berserban bagai semata-mata mahu dianggap lebih Islamik berbanding orang lain.

Tahniah dan terbaik buat Ireland.

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

'Nenek, nenek, sibongkok tiga.. Siang mengantuk, malam berjaga.. Mencari cucu dimana ada.. nenek ku kahwin dengananak raja..

Cucu, cucu, tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. sekarang nenek nak cari ganti.. siapa kena, dia yang jadi.."

Nenek sibongkok tiga
Gambar hiasan.

Nadiya menyanyikan lagu tradisi itu berulangkali sambil menghayun buaian dengan hujung kakinya.

Begitulah Nadiya setiap petang menghabiskan masa bersendirian ditaman permainan kanak-kanak itu.

Tiada siapa yang mahu bermain dengannya kerana kebanyakan kanak-kanak yang datang ke situ berusia sekitar lima hingga enam tahun, sedangkan Nadiya sudah darjah tiga!

Masakan dia yang sudah berusia sembilan tahun mahu bermain dengan kanak-kanak kecil!

Sudahnya Nadiya hanya duduk dibuaian itu dan memerhatikan sahaja kanak-kanak tersebut bermain disekitar taman.

Sambil memerhati, dalam tidak sedar, Nadiya sering menyanyi lagu tradisi 'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Teringat dia pada sepupu-sepupunya di kampung. Mereka beramai-ramai bermain permainan itu.

Tapi sekarang Nadiya hanya sendirian ditempat baru kerana terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah sekolah, tempat mereka mengajar. Bosannya Nadiya Tuhan saja yang tahu.

"Kenapalah kat sini tak ada budak sebaya Nadiya?" keluhnya sendirian.

Kemudian dia menyanyikan lagi lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' itu.

"Cu.. buat apa duduk sini seorang diri?"

Nadiya tersentak mendengar teguran itu. Spontan dia terlompat dari buaian dan berpaling ke belakang.

Kelihatan seorang nenek tua berambut putih, berbadan bongkok dan bertongkat sedang tersenyum memandangnya.

Nadiya gugup, takut-takut memandang nenek tua itu.

"Janganlah takut cu..nenek bukannya makan orang pun. Nenek ni tertarik dengar suara cucu tu. Sedap, merdu.." nenek tua itu memuji Nadiya sambil tersengih menayangkan giginya yang merah kehitaman.

Nadiya tidak tahu mahu berkata apa. Teringat pesan ibunya supaya tidak bercakap dengan orang tidak dikenali. Lalu Nadiya segera mahu angkat kaki beredar dari situ.

"Nak balik ya? Esok datang sini lagi ya!" kata nenek tua itu.

Dalam takut-takut, Nadiya mengangguk, kemudian segera berlari pulang ke rumah. Nenek tua itu pula hanya memandang sambil tersengih.

Malam itu Nadiya tidak boleh tidur. Walaupun sudah diberi milo panas oleh ibunya, Miza, Nadiya tetap berjaga.

Jam ketika itu sudah menunjukkan 1 pagi dan kerana mahu menghilangkan kebosanan, Nadiya menggumam lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Baru saja habis rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain. Entah dari mana, menyamuk secara tiba-tiba..
Cucu, cucu tak dapat lari..
Nenek tua banyak sakti..
Sekarang nenek nak cari ganti..
Siapa kena, dia yang jadi..
Hihihihihi...

Nadiya tergamam diatas katil. Bunyi ketawa halus dihujung nyanyian itu membuatkan bulu roma Nadiya meremang.

Saat itu juga dia melihat pintu biliknya terkuak perlahan-lahan, sehingga mengeluarkan bunyi berkeriut yang memecah kesunyian malam.

Kerana menyangka ibunya yang menolak pintu, Nadiya turun dari katil mahu menerpa.

Tetapi baru separuh jalan, langkah Nadiya terhenti. Bukan ibunya yang muncul. Sebaliknya nenek tua yang dilihatnya di padang petang tadi!

Nenek itu menapak perlahan-lahan sambil tersengih-sengih memandang Nadiya.

"Ne.. Nenek? Macam mana nenek boleh masuk dalam rumah?" tanya Nadiya dengan suara ketakutan.

"Cucu tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. hihihi.." sahut nenek tua itu.

Matanya bersinar memandang tepat ke mata Nadiya. Ketika itu Nadiya hanya terpaku. Terpukau. Tegak berdiri tanpa suara dengan pandangan kosong.

"Sekarang nenek dah dapat ganti.. cucu dah kena.. cucu yang jadi.."

Nenek tua itu menyanyi sambil mendekati Nadiya yang kebingungan.

Nenek tua menarik tangan Nadiya. Tanpa membantah, Nadiya mengikut nenek tua berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik.

Apabila pintu kembali tertutup, nenek tua dan Nadiya lenyap ditelan kegelapan malam.

Hilang

Miza hairan apabila mendapati Nadiya tidak keluar dari bilik walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Biasanya tidak susah mahu mengejutkan anak tunggalnya itu bangun tidur kerana Nadiya sudah pandai mengunci sendiri jam dan akan keluar dari bilik bagi bersarapan tepat jam 6:15 pagi.

Merasa curiga sesuatu telah berlaku kepada Nadiya, Miza segera masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Alangkah terkejutnya Miza apabila mendapati Nadiya tiada di dalam bilik. Kelam kabutlah dia mencari di dalam bilik air, dibawah katil, bahkan di dalam almari, namun kelibat Nadiya tidak kelihatan.

"Abang! Anak kita dah hilang!!" teriak Miza sekuat hati.

Suami Miza, Adnan, bergegas mendapatkan isterinya. Adnan mula panik. Mereka mencari disegenap ruang rumah. Jangankan kelibat, mendengar suara Nadiya pun tidak.

Fikiran mereka mula berkecamuk dengan telahan buruk. Miza tidak mampu lagi menahan perasaan. Dia meraung-raung memanggil nama Nadiya.

Raungan Miza di pagi hari menarik perhatian jiran tetangga. Mereka segera ke rumah Adnan dan Miza, ingin tahu apa yang sudah berlaku kepada keluarga itu.

Setelah mendengar cerita tentang kehilangan Nadiya, mereka semua berpakat mencari Nadiya disekitar kawasan perumahan.

Hasil bawaan cerita dari mulut ke mulut, semakin ramai jiran turun memberikan bantuan.

Menolak ke tepi kerja lain semata-mata mahu mencari Nadiya, namun sehingga ke petang mereka masih belum menemui Nadiya walaupun sudah mencari ke serata ceruk.

"Ya Allah.. mana ada anak kita bang?" Miza bertanya dengan mata bengkak, muka sembab.

Adnan sudah tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan Miza kerana dia sendiri berasa hairan bagaimana Nadiya boleh keluar dari rumah sedangkan pintu pagar berkunci?

Masakan Nadiya mampu memanjat pagar berjeriji tajam itu?

Apabila semua orang semakin buntu, mulalah timbul bermacam-macam saranan. Ada yang menyuruh Adnan membuat laporan polis sahaja. Tak kurang menyuruh Adnan meminta bantuan bomoh. Terkejut sungguh Adnan mendengarnya.

Namun, beberapa orang bersetuju dengan cadangan menggunakan khidmat bomoh itu. Tidak mahu mengecilkan hati, Adnan bersetuju sahaja.

Seorang jiran kemudiannya menawarkan diri untuk membawa seorang bomoh yang dikenalinya. Sangka Adnan, bomoh itu orang Melayu tetapi rupanya sami berbangsa Siam!

Ketika sampai, bomoh itu menggumam tidak tentu hala dalam bahasa Siam sambil matanya melingas memandang ke sana ke mari.

Tanpa dipelawa, dia terus masuk ke dalam rumah Adnan, terus ke bilik Nadiya.

Selepas beberapa minit berada disitu, bomoh Siam itu bergegas keluar dari bilik Nadiya, terus meluru ke taman permainan.

Semua orang mengekori dengan rasa hairan. Kenapa pula bomoh itu mahu ke taman permainan? Bukannya ada apa pun disitu.

Bomoh Sami itu berdiri tegak menghadap terowong konkrit bulat ditengah taman permainan. Dia membacakan mentera dan serapah dalam bahasa Siam.

Tiba-tiba mereka semua melihat Nadiya sedang duduk memeluk lutut di dalam terowong tersebut.

Nadiya yang menyedari mereka semua sedang memerhatikannya, segera meluru mendapatkan Miza.

"Ibu! Kenapa tadi ibu tak nak ambil Nadiya? Nadiya panggil ibu tapi ibu pergi macam tu je?" teriak Nadiya menangis ketakutan.

Miza hairan mendengarnya kerana bukan dia saja, semua yang lain langsung tidak melihat kelibat Nadiya di situ walaupun sudah berkali-kali mereka berlegar di kawasan tersebut.

"Nadiya.. jangan nangis.. ibu ada ni.. tapi macam mana Nadiya boleh ada kat sini?" Miza bertanya.

"Nenek tua tu bawa Nadiya ke sini. Dia tak bagi Nadiya balik.."

Semua yang mendengar tercengang sambil memandang ke arah Nadiya, ke arah terowong dan ke arah sami tersebut yang seperti sedang bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dilihat.

Selepas kelihatan bertengkar, marah dan menampar-nampar udara, sami itu mendekati. Dia bercakap kepada jiran Miza yang membawanya datang tadi.

Selepas mendengar apa yang diperkatakan, jiran Miza menerangkan apa yang berlaku.

Memang Nadiya dibawa pergi oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu adalah penunggu kawasan itu sebelum tempat tersebut dibangunkan lagi.

Nenek itu tidak mahu melepaskan Nadiya sebagai ganti kepada cucunya yang mati ketika kawasan itu dibuka sebagai penempatan manusia.

Lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' yang sering dinyanyikan Nadiya pula bagaikan menyeru nenek tua itu muncul dan mengambilnya sebagai ganti!

~Tamat

BACA INI JUGA: Koleksi Novel Anda

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, May 30, 2016

Asal-usul Dan Maksud Nama 7 Bandar Popular Dunia

Asal-usul Dan Maksud Nama 7 Bandar Popular Dunia

Setiap nama bandar memiliki maksud dan sejarah tersendiri termasuk nama-nama bandar popular di dunia. Nama yang diberikan itu juga bukanlah nama sembarangan.

Malah ia mempunyai peranan dari faktor pemimpin wilayah dan tempat terletaknya bandar tersebut. Berikut merupakan nama bandar yang popular di dunia dan maksud kenapa nama tersebut dipilih.

Rom, Itali

Rom, Itali

Bandar Roma diberi nama sama sempena raja pertama yang memimpin bandar tersebut. Romulus dan Romus, dua saudara diyakini sebagai pengasas Persekutuan Itali. Namun, Romulus lebih dominan berbanding Romus.

Athens, Greece

Athens, Greece

Athens, ibu kota Yunani yang dipenuhi dengan mitos. Athens merupakan nama puteri kesayangan Dewa Zeus yang juga raja para dewa. Dalam mitologi Greek, Athens adalah dewi kebijaksanaan, strategi dan perang.

New York, Amerika Syarikat

New York, Amerika Syarikat

Bandar New York sempat berganti-ganti nama sebelum tahun 1664. Namun kini kawasan ini diberi nama yang diambil dari English, Duke of York sehingga dinamakan sebagai ‘New York’.

Shanghai, China

Shanghai, China

Shanghai merupakan gabungan dari dua kata, Shang dan Hai. Dalam bahasa tempatan, Shang bermaksud ‘di atas’ dan Hai bermaksud “laut”. Shanghai boleh dikatakan sebagai kota yang berada di atas laut.

Singapura

Singapura

Singapura berasal daripada ‘Singa’ dan ‘Pura’. Singa berasal dari bahasa Melayu yang bermaksud singa dan Pura bermaksud bandar. Kota ini juga disebut sebagai kota Singa.

Tokyo, Jepun

Tokyo, Jepun

Pada masa ini Tokyo menjadi antara bandar popular di dunia. Nama Tokyo sendiri merupakan gabungan daripada dua kata, iaitu To dan Kyo. To bermaksud ‘timur’, sedangkan Kyo bermaksud ‘modal’.

Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar.

Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.

Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur.

BACA INI JUGA: Top 10 Masjid Yang Paling Indah Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Telefon pintar Samsung Galaxy A5 versi 2016 ini tampil lebih berkualiti dan bergaya. Peranti seberat 135g ini memiliki reka bentuk tepi 2.5D yang bulat selain mengadunkan kaca dan kerangka logam. Selesa dipegang dan bingkai logamnya lebih tahan calar.

Samsung-Galaxy-A5-(2016)

Setiap butang disisinya juga mudah dicapai dan digunakan sebelah tangan.

Versi lebih baik ini menawarkan pilihan emas, putih dan hitam, unit yang dipinjamkan kepada penguji.

Bahagian hadapan dan belakangnya terasa mantap dengan perlindungan Gorilla Glass 4. Sskrin bersaiz 5.2 inci jenis Super AMOLED beresolusi Full HD (1920x1080 piksel, 424ppi).

Selain bagus untuk memaparkan permainan dan aplikasi, teks senang dibaca, Samsung Galaxy A5 versi 2016 dikatakan lebih baik berbanding versi 2015.

Spesifikasi

  • Dilengkapi pemproses lapan teras Exynos 7580 1.6Gz.
  • Memori (RAM) 2GB.
  • Storan dalaman 16GB.
  • Slot kad SD-mikro (Sehingga 128GB).
  • Berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.
  • Kamera belakang agak tertonjol menggunakan penderia (sensor) 13 MP, format 4:9 dan aperture f/1.9.
  • Kamera hadapan dilengkapi penderia 5 MP, aperture f/1.9.
  • Penstabil imej optikal untuk mencegah imej daripada kabur.
  • Bateri 2,900 mAh.
  • Dual Sim.


Touchwiz sebagai antaramukanya yang ada beberapa kelebihan dan mudah digunakan.

Apps yang siap dipasang juga tidak banyak. Meskipun pengurangan apps, pengguna boleh menambah apps lain yang diperlukan.

Hayat Bateri Memuaskan

Baterinya hanya mengambil masa kira-kira satu jam untuk dicas penuh dengan bantuan pengecasan pantas.

Kuasanya pula agak tahan lama meskipun dengan penggunaan yang intensif.

Contohnya, penguji melayari laman web, mengaktifkan beberapa apps, menonton video lebih sejam dan memainkan beberapa permainan.

Melalui mod penjimatan tenaga bersepadu, penguji boleh menentukan apps apa yang beroperasi dalam mod bersedia.

Bergantung kepada penggunaan, baterinya mampu bertahan sehingga dua hari.

Pakej Seimbang

Kelebihan dan kelemahan telefon pintar ini agak seimbang. Semasa diuji dengan melayari web dan membuka beberapa apps, telefon pintar ini tidak menunjukkan sebarang kelembapan prestasi atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu penggunaannya.

Permainan dengan grafik yang terperinci juga berfungsi dengan lancar.

Kelebihan lain termasuk paparan yang menarik, warna yang tajam dan kontras tinggi.

Pasti ramai yang ingin memilikinya kerana ianya berbaloi!

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

-SENTIASAPANAS.COM

Lelaki Biadap Jadikan Al-Qur'an Sebagai Bahan Seks!

Lelaki Biadap Jadikan Al-Qur'an Sebagai Bahan Seks!

Aksi seorang lelaki ‘selamba’ menghina kitab suci umat Islam, al-Qur'an dengan perlakuan tidak senonoh malah menjijikan kini menjadi sensasi menerusi laman maya di seluruh dunia.

Lelaki+Hina+Al-Qur'an

Kelakuan kurang ajar individu berkenaan bukan sahaja mampu mencetuskan kemarahan umat Islam, malah boleh menjejaskan keharmonian agama antara masyarakat majmuk di sesebuah negara.

Rakaman klip video berdurasi 47 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang berbaju warna jingga seolah-olah tidak waras atau dalam erti kata lain tidak sihat dari segi mentalnya.

“Allah is going to kill me, hidayah, hidayah”
“No, no Allah no”
” I love the Quran, look, look I love the Quran”
“Look at me as I lick the Quran”
“Look at me as I read the Quran”
“Look at me as I make love to the Quran.”

Menerusi klip video itu juga, lelaki tersebut dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Qur'an. Tambah biadap lagi, individu berkenaan menjadikan al-Qur'an sebagai ‘bahan seks’.

Tindakannya itu secara terang-terangan menghina agama orang lain. Tidak ada seorang pun manusia sanggup lihat agamanya diperlekeh oleh mana-mana individu, bahkan dinasihatkan untuk menghormati antara satu sama lain.

Tidak dapat dipastikan latar belakang kewarganegaraan individu berkenaan. Walau bagaimanapun, kita pastinya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seumpama ini.

Diharapkan tiada lagi individu seperti penulis blog kontroversi Alvin Tan yang menjadikan agama lain sebagai bahan cercaan dan penghinaan.

Demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum terutamanya di Malaysia, sikap toleransi antara masyarakat berbeza agama, budaya dan pegangan harus diamalkan dan dipraktikkan.

[Kemaskini 29/9/2016]

Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran Mengaku Salah Hina Islam

Amos Yee

Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di sebuah mahkamah tempatan terhadap tiga dakwaan sengaja menyakiti perasaan golongan Muslim.

Belia berusia 17 tahun itu yang turut dianggap seumpama Alvin Tan di Malaysia itu mengaku menerbitkan serta menaikmuatkan gambar dan dua rakaman video jelik yang sengaja untuk niat menyakiti perasaan umat Islam.

Bagaimanapun dia hanya akan dijatuhi hukuman oleh pihak mahkamah republik tersebut pada pagi 29 September, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini.

Pada bulan lalu, Yee mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan iaitu sengaja menyakiti perasaan penganut Islam dan Kristian serta dua dakwaan kerana didapati gagal hadir melaporkan diri di balai polis ditetapkan.

Semasa perbicaraannya, mahkamah difahamkan sebanyak 24 aduan polis dibuat terhadapnya, berhubung kait dengan enam dakwaan yang dihadapinya kerana menyakiti sensitiviti perasaan berbaur keagamaan.

Yee kemudian didapati berjaya meninggalkan Singapura pada 13 Disember tahun lalu, selepas mendapat notis. Dia bagaimanapun bertemu dengan pihak polis bagi urusan soal siasat dua hari selepas itu.

Dia memberi alasan perlu pergi ke Hong Kong, China konon untuk menerbitkan beberapa catatan mengenai notis yang dikenakan oleh pihak berkuasa republik tersebut ke atas dirinya itu.

Selepas dia pulang April tahun ini, polis mengeluarkan satu lagi notis terhadapnya. Yee cuba meninggalkan negara ini sehari sebelum soal siasat itu namun akhirnya berjaya ditangkap pada 11 Mei lalu.

Dia pernah didakwa atas tuduhan yang sama tahun lalu dan dihukum penjara selama empat minggu. Bagi menyakiti perasaan tentang keagamaan, Yee boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Bagi tidak mengendahkan perintah untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi siasatan pula, dia boleh dihukum penjara sebulan secara maksimum, didenda sebanyak S$1,500 (RM4,600), atau kedua-duanya.

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan video paparan lucu menerusi lama itu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

Pada 28 Mei lalu, pihak Mynewshub ada berkongsi sebuah klip video kontroversi yang dibuat oleh Yee sendiri berniat biadap untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.

Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Yee dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran sebelum tambah kurang ajar lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai bahan seks dengan ‘merogolnya’.

Pada 1 April tahun lalu, Yee ditangkap polis kerana menghina negarawan Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang baru sahaja meninggal dunia selain menyinggung perasaan penganut Kristian di republik itu.

Kes Yee turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk ada juga yang menyokong remaja itu sebagai ikon dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan lantang antikerajaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Nota Editor: Rakaman video kontroversi Amos Yee tidak boleh disiarkan atas arahan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

BACA INI JUGA: Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

Sumber: Mynewshub.cc