Thursday, May 26, 2016

5 Akses Internet Yang Kena Banned Di China!

5 Akses Internet Yang Kena Banned Di China!

Pemimpin di China mahu meluaskan pasarannya kepada seluruh dunia dengan membuka ekonominya kepada semua, tetapi China masih lagi menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.

5 banned in China.jpg

Berikut adalah 5 jenis akses yang masih dilarang di China.

1. Instagram

Penggunaan laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014.

Sebab sebenar ia dilarang tidak diketahui dan tiada mana-mana lokasi di China mampu menggunakan khidmat Instagram.

2. Twitter

China melarang penggunaan Twitter kerana mempercayai Twitter merupakan antara laman sosial yang memainkan peranan penting ketika 'Arab Spring' dan Green Revolution di Iran pada 2009.

Walaupun begitu, terdapat beberapa esekutif warganegara China berkhidmat di Twitter untuk menarik keuntungan dari segi pengiklanan di Twitter.

3. Google

Google cuba 'melawan' censor yang digunakan oleh China terhadap perkhidmatannya, Gmail dan Youtube merupakan antara perkhidmatan Google yang paling dilarang.

Namun, pelayar yang masih 'degil' boleh mendapatkan akses Google, Gmail dan Youtube menggunan Virtual Private Network (VPN).

4. Facebook

Laman sosial paling popular di dunia ini mula diharamkan di China pada 2009. Kerajaan China juga tidak berminat untuk membuka akses Facebook kepada pelayarnya pada masa akan datang.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri sudah melawat China dan presidennya, Xi Jinping namun Beijing masih tidak berganjak dari keputusannya.

5. Snapchat

Laman web micro-blogging ini diharamkan supaya laman web-micro blogging milik China, mampu memikat rakyatnya sendiri.

BACA INI JUGA: Awas Jika Makan Pisang Secara 'Menggoda'!

Sumber: SH

Sebiji Burger Berharga RM704 Di Venezuela!

Sebiji Burger Berharga RM704 Di Venezuela!

CARACAS — Mengembara ke Venezuela ketika ini sama ada atas urusan kerja atau bercuti tentu bukan satu pilihan menarik ekoran negara Amerika Latin itu sedang dilanda krisis dalam pelbagai sektor kehidupan harian.

Venezuela hamburger.jpg

Krisis politik, ekonomi dan sosial terus menyelubungi negara yang dipimpin oleh Presiden Nicolas Maduro itu. Antara yang paling dirasakan rakyat Venezuela bersangkutan kos untuk urusan ekonomi dan kesihatan.

Menurut agensi berita antarabangsa AFP, harga barang keperluan asas pengguna melambung, bekalan ubat-ubatan terbatas waima hospital kerajaan penuh dengan pesakit miskin yang tidak mampu membayar caj rawatan.

Kos sara hidup di Caracas, ibu kota Venezuela atau nama rasminya, Satiago de Leon de Caracas dengan penduduk sekitar 5 juta orang pada waktu ini jauh lebih mahal daripada Tokyo, Jepun dan Zurich, Switzerland.

Tinjauan AFP mendapati, sebiji hamburger biasa dijual dengan harga 1,700 bolivar (kira-kira RM705) manakala kadar sewa penginapan bilik hotel jenis standard ialah 69,000 bolivar (RM28,578) untuk semalam.

Jika dibayar dalam bentuk tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pula, ia dikatakan lebih murah sedikit, yakni sebiji hamburger yang saiz biasa itu boleh dibeli pada harga sebanyak AS$170 (bersamaan RM700).

Untuk penginapan kamar hotel dengan tarif standard AS$6,900 (RM28,437) semalam. Nilai AS$1 setara dengan 10 bolivar. Namun, tidak ada pedagang tempatan yang menjual dengan harga di bawah kawalan mata wang rasmi.

Di pasaran gelap, AS$1 dinilai pada harga 1,000 bolivar. Sangat mahal! Inflasi melambung tinggi. Segala keperluan asas tinggi akibat banyak barangan terpaksa diimport sekali gus harga menjulang tinggi di luar kewarasan akal.

Sebahagian besar golongan kelas menengah Venezuela juga dilaporkan jatuh miskin. Mereka tidak mampu lagi hendak membeli sebiji hamburger atau membayar sewa waima untuk bilik standard di hotel-hotel biasa.

Kegagalan presiden sebelumnya, Hugo Chavez merancang masa depan ekonomi negara dengan menetapkan harga runcit petrol terendah di dunia kini ‘memakan’ Venezuela apabila kadar inflasi berada pada paras 800 peratus.

Dahulu Venezuela mewah dengan ‘minyak’ namun hari ini emas hitam itu semakin pupus. Bayangkan tambang teksi sahaja sekitar 15 minit perjalanan tanpa kesesakan lalu lintas boleh mencecah 1,572 bolivar (kira-kira RM652).

“Semua orang jatuh miskin walhal dahulunya mereka boleh hidup secara sederhana,” kata Michael Leal, 34; pengurus sebuah kedai cermin mata di Caracas sambil menambah: “Kami tidak dapat lagi bernafas pun.”

Di Chacao, sebuah kawasan kelas menengah di Caracas, para pegawai kerajaan terpaksa beratur panjang di luar sebuah kedai kacang. Untuk makan tengah hari, mereka dilaporkan hanya mampu membeli segenggam kacang.

Venezuela hamburger [2]

Semua restoran berdekatan kelihatan kosong, sunyi sepi lengang daripada pembeli. Wajah kota Caracas seperti kebanyakan kota utama di Amerika Latin, dipenuhi banyak pencakar langit moden dan kepadatan lalu lintas.

Namun, kota yang diasaskan pada tahun 1567 ini sedang mengalami kelesuan ekonomi sangat parah akibat kejatuhan nilai mata wang semasa. Banyak premis perniagaan terutama kedai elektronik, terpaksa ditutup.

“Ini cukup mengerikan kami,” kata Marta Gonzalez, 69; pengurus kedai kecantikan di salah satu sudut kota Caracas dan mendakwa: “Tidak ada orang yang mahu membeli sesuatu yang lain, kecuali hanya makanan.”

Keadaan ekonomi lesu itu memaksa di kebanyakan kedai, peniaga lebih sanggup menerima kad debit malah terpasang notis peringatan kepada pelanggan: “Kami tidak menerima kad kredit.”

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia sedang berada di alam barzakh, lalu dijemput Malaikat berjalan-jalan ke sebuah mahligai indah yang dipenuhi jam antik.

Kisah Jam Antik

Jam-jam ini bahannya diperbuat daripada emas, perak malah dari batu permata.

Lelaki ini sangat kagum dengan keadaan itu, namun dia merasakan suatu keganjilan.

Semua putaran jarum jam itu berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Malah, ada yang seolah hampir tidak bergerak langsung.

"Tuan, kenapa putaran jarum jam tidak berpusing serentak?" ujar lelaki itu.

"Ohh.. Putaran jarum jam itu adalah ukuran rasuah diseluruh dunia yang berbeza bagi setiap negara."

"Kalau cepat maksudnya kadar rasuah negara tersebut tinggi. Lambat bererti kadar rasuahnya rendah."

"Lihat jam dari negara Brunei, putaran jarum jamnya sangat perlahan. Itu menunjukkan hampir tidak ada rasuah disana."

Lalu lelaki tersebut pun mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda faham.

"Lihat jarum jam Amerika Syarikat.

"Jarumnya bergerak tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat.

"Maksudnya, rasuah berlaku tapi masih terkawal."

Mereka berkeliling melihat jam rasuah dari seluruh dunia. Eropah, Amerika Latin, Asia, Afrika..

Lelaki tadi melihat putaran jarum jam negara-negara Afrika bergerak laju disebabkan kadar rasuah yang tinggi.

Tiba-tiba lelaki tadi seolah tersentak lalu bertanya, "Kenapa saya tidak melihat jam rasuah milik Malaysia?"

Malaikat lalu tersenyum mendengar pertanyaan lelaki itu.

"Sudah tentulah anda tidak melihat jam dari Malaysia, sebab saya letakkan ditempat lain."

Malaikat kemudian menunjuk sesuatu diatas.

"Pusingannya terlalu cepat, saya gunakannya sebagai kipas syiling."

Kah Kah..

Sekadar gurauan..

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

-SENTIASAPANAS.COM

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

PASIR MAS - Susuk tubuhnya kurus, tinggi dan peramah orangnya. Itulah Pokku yang dianggap ‘hero’ dalam kalangan penduduk di Tendong dan sekitarnya.

Tengku Razlan Tengku Ismail @ POKKU

Pokku atau nama sebenarnya Tengku Razlan Tengku Ismail, 47, bekerja sendiri merupakan penyelamat kepada penduduk yang berdepan dengan ancaman ular.

Kebiasaannya apabila ular masuk ke dalam rumah, penduduk akan memanggil bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Namun, bagi penduduk di sekitar jajahan ini terutamanya di Tendong, Pokku yang digelar Raja Ular akan menjadi pilihan utama mereka bagi menangkap ular yang muncul di kediaman mahupun kawasan kampung.

Keberaniannya yang sanggup mengorbankan nyawa menangkap ular demi menyelamatkan nyawa seseorang sangat dikagumi penduduk setempat.

Pokku berkata, minatnya terhadap ular bermula ketika dia masih kecil lagi kerana sudah biasa melihat habitat tersebut di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Tepi Sungai Tendong.

“Pada waktu itu orang-orang tua ada memberi petua untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena bisa ular. Dari situlah saya cuba mengamalkan petua tersebut dan

mendapat keberanian menangkap ular dengan izin ALLAH.

“Antara amalan saya ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut,” katanya.

Menurutnya, bermula dari situ jika ada penduduk yang meminta tolong untuk menangkap ular dia tidak akan menolak.

Katanya, ia dilakukan percuma namun ada kalanya penduduk memberi sedekah di atas bantuan tersebut.

Pokku berkata, sepanjang 20 tahun dia melibatkan diri dalam menangkap ular, hanya beberapa kali dia dipatuk haiwan berbisa itu.

Dia berkata, kebiasaannya gigitan itu hanya dirasai seperti sakit luka kecil sahaja dan tidak memerlukan dia mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.

“Saya juga mengamalkan petua, apabila dipatuk, ular tersebut tidak dibunuh tetapi dibuang ke dalam sungai berhampiran.

“Sepanjang fenomena El Nino yang melanda negeri ini, boleh dikatakan setiap hari saya akan menerima dua hingga tiga panggilan daripada orang ramai untuk menangkap ular.

"Kebiasaannya pada waktu Maghrib kerana ketika inilah ular memasuki rumah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu diingatkan kadang-kadang tidak semua ular yang memasuki rumah adalah betul-betul haiwan itu, kerana banyak juga kes melibatkan jelmaan jin.

Menurutnya, disebabkan itulah sebagai seorang penangkap ular dia mengamalkan ayat al-Quran sebagai pemudah urusan.

PEMBETULAN RALAT: 'Amalan yang beliau lakukan ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut.'

Admin mohon maaf diatas kesilapan pada tajuk diatas.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Sumber: SH

Wednesday, May 25, 2016

Kes Sadis Eno Farihah Ulangi Kekejaman Kes Junko Furuta

Kes Sadis Eno Farihah Ulangi Kekejaman Kes Junko Furuta

Kes pembunuhan menyayat hati Eno Farihah, 19, yang disula dengan menggunakan cangkul di Indonesia baru-baru ini benar-benar menunjukkan kekejaman manusia nampaknya sudah tidak tercapai dek akal fikiran.

Kes Sadis Eno Farihah

Media Indonesia mendedahkan mangsa dimasukkan tombol kayu cangkul sepanjang 65 sentimeter ke dalam kemaluannya, sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang dipercayai cemburu setelah mengetahui mangsa bakal berkahwin dengan pemuda lain.

Kekejaman manusia bertopeng syaitan ini mengingatkan kepada sebuah peristiwa yang seakan sama berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Jepun, Junko Furuta, pada tahun 1989.

Permulaan kematian mereka hampir sama apabila mengatakan “No” kepada permintaan lelaki di mana Eno mengatakan “tidak” kepada teman lelakinya untuk mengadakan hubungan seks, manakala Junko mengatakan “tidak” untuk menjadi teman wanita Hiroshi.

Akibatnya, kedua-dua mangsa, Eno dan Junko dirogol beramai-ramai dan diseksa sehingga mati. Eno mati dalam keadaan yang mengerikan, tetapi Junko sebenarnya lebih mengerikan daripada Eno.

Eno mati apabila ditusuk oleh cangkul di kemaluannya sehingga menembusi rongga dada. Manakala Junko dirogol 4 lelaki (atau lebih), dikencing, dibakar bulu mata dengan lilin, kemaluan dibakar dengan rokok dan lighter, digantung disyiling dan dijadikan beg boxing, dipaksa minum air kencing sendiri dan makan lipas dan pelbagai lagi kekejaman yang sangat mengerikan.

Persamaan kedua kes ini adalah mangsa dan pemangsa, adalah dalam kalangan remaja yang berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun.

Persoalan timbul, bagaimana budak mentah sebegitu boleh jadi sebegitu kejam dan sangat sadis.

Menurut seorang profesor di Stanford University, Philip Zimbardo yang menjalankan ujikaji terhadap banduan di Stanford mengatakan penguasaan berlaku apabila orang yang berkuasa tidak lagi melihat orang yang dikuasai sebagai manusia, mereka hanya dipandang sebagai objek.

Di dalam laporan ujikajinya, dia sengaja memberi uniform dan cermin mata gelap kepada pengawal penjara sebagai olok-olok bagi memberi persepsi ‘perasaan’ kekuasaan dan mengelakkan eye-contact dengan banduan.

Manakala banduan pula diberi uniform berlainan dan diberi nombor. Mereka dipanggil nombor dan bukannya nama sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi banduan atau objek yang ingin dikawal.

Di dalam kes Eno dan Junko, mereka tidak lagi dipandang sebagai manusia, tetapi sebagai objek seks.

Ini menjelaskan kenapa mereka berdua dirogol beramai-ramai dan berulang kali diseksa secara fizikal tanpa sedikit pun perasaan kasihan ketika mendengar mangsa merayu, menjerit kesakitan dan merintih simpati.

Persoalan yang lain juga timbul, apabila salah seorang daripada mereka telah melakukan sesuatu di luar jangkaan akal, tetapi tiada seorang antara mereka menghalang atau menghentikannya.

Eno ditusuk menggunakan cangkul sehingga ke rongga dada manakala Junko diseksa selama 44 hari. Tiada seorang pun antara mereka dikatakan menghalang kejadian tersebut.

Berbalik kepada laporan uji kaji Zimbardo, pengawal penjara yang diberikan tugasan dalam kajiannya mengatakan dia sendiri mahu menjadi subjek dalam eksperimen tersebut.

“Sejauh mana mereka mampu menahan penderaan saya dan saya akan tunggu mereka menjawab ‘knock it off‘, namun pengawal lain dilihat tidak menghalang perbuatan saya.

“Mereka (pengawal) seakan ingin menyertai saya dengan melihat saya sebagai ‘ketua’, dan tiada ada seorang pun pengawal mengatakan: “awak tidak sepatutnya melakukan perbuatan ini“, kata David Eshelma.

Apabila seorang antara mereka melakukan perkara yang tidak masuk akal, yang lain akan cenderung untuk mendiamkan sahaja. Malah mereka turut serta melakukan benda yang sama apabila tiada siapa yang mempertikaikannya.

Ia boleh diperjelaskan lagi dengan kajian Ash Comformity, yang mendedahkan apabila sesuatu perkara jahat dilakukan secara beramai-ramai, individu yang selama ini mengetahui perbuatan tersebut salah akan mula di bawah pengaruh ‘merelakan kesalahan’ tersebut.

Pada mulanya mereka cuma merogol dan memukul dan yang lain pula sudah mencapai tahap conformity atau tahap merelakan apa yang berlaku di depan matanya.

Maka, salah seorang antara mereka mula akan melakukan “little experiment” sendiri dan menyebabkan tahap kerelaan keganasan yang lain naik kepada satu tahap yang lain.

Kerana itu apabila Eno diperlakukan sebegitu, suspek yang lain turut serta melakukannya. Malah Junko diseksa dengan teruk sekali dan suspek lain turut serta menyeksa dia sehingga 44 hari.

Laporan turut mengatakan mercun telah disumbat ke dalam lubang dubur Junko dan diletupkan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah mereka berdua adalah dengan mengajar anak lelaki masing-masing dan lelaki di sekeliling untuk tidak melihat wanita sebagai objek seks.

Seperti di dalam Islam, bahawa tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam mencapai kedudukan tertinggi di sisi Allah.

Didiklah mereka untuk melihat wanita sebagai manusia dan saudara mereka. Apabila seseorang wanita itu mengatakan “tidak” ataupun “no”, sila hormat dan terima secara ikhlas.

Sexy Hollywood Model.jpg
Wanita berbogel (objek seks) adalah hak asasi manusia bagi Barat.

Yang kedua adalah, untuk tidak merelakan sebarang keganasan yang berlaku di depan mata walaupun majoriti ketika itu seperti merelakan dan membiarkan sahaja.

Anda pasti pernah mendengar kes yang wanita juga dibuli secara beramai-ramai oleh wanita yang lain. Ini kerana dalam kumpulan tersebut sudah merelakan keganasan yang dilakukan walaupun di luar norma wanita yang sinonim dengan kelembutan dan kasih sayang.

Seseorang perlu bangun dan menyedarkan yang lain untuk tidak sama-sama merelakan keganasan.

Apabila terdapat pihak yang mempunyai akal dan bangkit melawan keganasan di depan mata, maka segelintir lain akan turut serta kerana secara psikologinya, manusia yang lemah akan cenderung ke arah golongan majoriti.

“Majoriti buat, jadi, tak salah la aku buat”. Jadi kena ingatkan “perkara ini salah! Mari hentikan!”

Sama-sama la kita megambil inisiatif untuk mengelakkan perkara kejam lagi menyedihkan ini agar tidak berulang di masa hadapa .

BACA INI JUGA: Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

Sumber: Mynewshub

Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Bintang Bola Sepak Dunia Yang 'Gagal' Sebagai Jurulatih

Tidak ramai pemain yang berjaya dan cemerlang pada zaman kegemilangan bola sepak mereka dan berjaya sebagai pengurus selepas bersara.

Berikut adalah antara bekas bintang dunia yang gagal.

Diego Maradona

Diego Maradona.jpg

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bertubuh rendah dari Argentina ini?

Bintang yang terkenal dengan aksi 'tangan tuhan' ini dipilih menjadi pengendali skuad kebangsaan Argentina pada 2008 yang sebelumnya mengemudi kelab kurang terkenal seperti Mandiyu dan Racing Club pada 90an.

Walaupun berjaya membawa Argentina layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, pasukan itu diaibkan Jerman 0 - 4 dalam perlawanan suku akhir.

Selepas meninggalkan kerusi panas di Argentina, Maradona berkhidmat pula dengan Al-Wasl di Emiriah Arab Bersatu dengan matlamat membawa kelab berkenaan menjadi lebih megah.

Kira-kira 14 bulan kemudian Maradona meninggalkan Al-Wasl dan kelab itu berada di tempat kelapan, ketinggalan 29 mata daripada pendahulu, Al-Ain.

Paul Gascoigne

Paul Gascoigne.jpg

Pemain serba boleh di zaman gemilangnya, namun bertukar menjadi individu bermasalah selepas bersara.

Pernah beraksi untuk England sebanyak 57 kali dan bermain dengan Newcastle, Tottenham dan Lazio, Gascoigne menguruskan sebuah kelab tidak ternama, Kettering, namun meninggalkan tugas itu 39 hari kemudian.

Di bawah Gascoigne, Kettering memenangi dua perlawanan, dua seri dan dua kalah.

Kini menetap di Poole, Gascoigne masih bergelut dengan masalah ketagihan arak serta gangguan mental.

Bobby Charlton

Bobby Charlton.jpeg

Sebagai pemain Charlton, dia memenangi tiga kejuaraan liga Inggeris, satu Piala Eropah dan satu-satunya Piala Dunia pernah dirangkul England.

Sebagai pengurus, Charlton diberi kepercayaan mengendalikan kelab Preston tetapi hanya sempat bertugas selama semusim dengan peratusan rekod kemenangan hanya 33 peratus daripada 99 perlawanan.

Dia juga sempat menjadi pengurus sementara bagi kelab Wigan Athletic pada 1983.

Di bawah Charlton, Wigan hanya menang dua daripada sembilan perlawanan. Namun dia bernasib baik kerana kemudiannya dilantik sebagai pengarah kelab berkenaan.

Lothar Matthaus

Lothar Matthaus.jpg

Seorang lagi pemenang Piala Dunia.

Pemain tengah Jerman ini dikenali sebagai atlet berwibawa dan pernah diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan kebangsaan.

Dari satu sisi, kehidupannya agak menarik. Matthaus pernah berkahwin sebanyak lima kali dan pernah membimbing lapan kelab termasuk pasukan kebangsaan, bermula dengan pasukan Austria, Rapid Wien.

Kemudian, dia melatih Atletico Paranaense (Brazil), Partizan (Serbia) serta pasukan kebangsaan Hungary dan Bulgaria adalah antara koleksi skuad yang penah mendapat bimbingannya.

Hristo Stoichkov

Hristo Stoichkov.jpg

Penjaring terbanyak Piala Dunia 1994 dan pemain terbaik dunia - pada tahun sama - Stoichkov turut dikenang sebagai pengurus panas baran.

Sebagai pengurus, Stoichkov selalu berkelahi dengan pemainnya sendiri. Stoichkov pernah mengaku secara terbuka bahawa dia "tidak percaya kepada taktik" untuk mencapai kemenangan.

Membawa imej sebagai pemain terbilang, bekas pemain kebangsaan Bulgaria itu gagal membawa pasukan negaranya layak ke Piala Dunia 2006 dan Piala Eropah 2008 selapa tiga tahun berkhidmat sebagai pengurus.

Ketika berada seketika di Celta Vigo, Stoichkov membawa kelab tersebut jatuh ke bahagian bawah liga.

Dia kemudian menabur khidmat - yang gagal dikenang sesiapa - untuk kelab Mamelodi Sundowns (Afrika Selatan), Litex Lovech dan CSKA Sofia (kedua-duanya Bulgaria).

Bobby Moore

Bobby Moore.jpg

Diketepikan daripada tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan pada 1977 dan kelab Watford pada tahun sama, Moore adalah ketua pasukan England yang mencipta sejarah memenangi Piala Dunia.

Dia kemudian bertugas sebagai pengurus kelab Oxford dengan Harry Redknapp sebagai pembantu.

Moore juga pernah bertugas dengan kelab Hong Kong, Team Eastern AA sebelum kembali ke negara asalnya untuk mencuba nasib di kelab Southend United pada 1984.

Pada musim pertama sebagai pengurus, Southend United nyaris hilang kelayakan bertanding kerana dibelenggu masalah kewangan.

Di hujung musim, kelab itu akhirnya berada di kedudukan kesembilan liga.

Pemerhati berpendapat lagenda West Ham United itu sebenarnya lebih layak menjadi pengarah kelab berbanding pengurus.

Alan Shearer

Alan Shearer.jpg

Digelar "mesin penjaring gol" untuk kelab Blackburn Rovers, Newcastle dan pasukan kebangsaan England, tiada kenangan manis untuk Shearer sebagai pengurus pada musim 2008/09.

Dan Newcastle adalah satu-satunya kelab diuruskan Shearer.

Dia dibawa ke kelab itu kononnya untuk menyelamatkan Newcastle yang berdepan nasib terumbang-ambing dalam liga.

Namun, daripada lapan perlawanan dilaluinya, kelab itu hanya mencatat satu kemenangan. Newcastle kemudian tersingkir ke liga bawah.

Paul Ince

Paul Ince.jpg

Bintang Manchester United dan Inter Milan yang disegani sebagai pemain. Dia dikenang kerana berjaya menyelamatkan kelab Macclesfield Town daripada tersingkir ke liga rendah dan membawa MK Dons naik ke liga lebih atas, tempoh perkhidmatannya di Blackburn langsung tidak memberangsangkan.

Bersama kelab itu Ince hanya mencipta enam kemenangan daripada 21 perlawanan. Seperti dijangka, dia kemudian dipecat daripada jawatannya.

Dia kembali untuk kali kedua di MK Dons dan gagal lagi. Seterusnya Ince mencuba nasib bersama kelab Notts County.

Ince ditawarkan kontrak setahun bersama Blackpool dan berjaya mengelak kelab itu terperosok ke kelab bawah pada musim pertama perkhidmatannya.

Namun dia diketepikan kemudiannya apabila Blackpool hanya mengutip dua mata daripada 12 perlawanan pada musim berikutnya.

Tony Adams

Tony Adams.jpg

Pemain pertahanan kental ini menghabiskan masa selama 22 tahun bersama Arsenal.

Di kelab itu Adam bermain 669 kali dan memenangi 10 kejuaraan utama, termasuk tiga juara liga pada tiga dekad berbeza.

Malangnya kerjaya Adams sebagai pengurus nampaknya malap.

Khidmatnya bersama Wycombe dan Portsmouth (pada musim 2008/09) gagal meninggalkan kesan ketara.

Dia mengejutkan ramai pihak apabila menerima tawaran menguruskan pasukan kebangsaan Azerbaijan. Selepas 17 bulan, dia kembali ke England.

Bryan Robson

Bryan Robson.jpeg

Kapten paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab Manchester United, rekodnya sebagai pengurus tidak sehebat sebagai pemain.

Ketika sesetengah pihak menganggap Robson berjasa selama tujuh tahun bersama Middlesbrough - termasuk menjuarai liga bahagian satu, menjadi finalis dua Piala Liga dan satu Piala FA - pemerhati berpendapat setakat itu sajalah kemampuannya.

Dalam EPL, Robson hanya mampu membawa Middlesbrough ke tempat kesembilan.

Di Bradford, Robson gagal menyelamatkan kelab itu daripada jatuh ke liga bawah. Dia hanya berjaya menyelamatkan West Brom daripada tercicir daripada EPL dan meninggalkan kelab itu pada 2006.

Khidmatnya di Sheffield United pula berakhir hanya selepas sembilan bulan kerana gagal menyinar.

Robson kemudian mencuba nasib menjadi pengendali skuad kebangsaan Thailand.

BACA INI JUGA: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United

Sumber: Malaysiakini

Gambar ‘Hero Misteri’ Lawan Penjahat Dalam Komuter Viral!

Gambar ‘Hero Misteri’ Lawan Penjahat Dalam Komuter Viral!

Nilai kemanusiaan dan sifat baik hati sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Begitulah dibuktikan dengan kejadian terbaru apabila seorang 'Hero Misteri' yang kami anggap sebagai hero dalam filem Tamil, bertarung dengan sekumpulan penjahat dan beliau menang!

Hero+misteri - Reena Peter.JPG
Gambar Hero Misteri.

Satu insiden yang menimpa wanita dikenali sebagai Reena Peter boleh dijadikan contoh, sememangnya wujud hero sebenar di dunia ini, apabila seorang lelaki yang prihatin terhadap keselamatan wanita meskipun tidak mengenali satu sama lain.

Reena menerusi status Facebooknya pada Sabtu lepas berkongsikan kisah ini. Tulisnya:

Reena Peter.png

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lelaki ini kerana menyelamatkan saya dan anak perempuan.

“Petang tadi saya dan anak pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki KTM. Memandangkan hari Sabtu tak ramai orang menggunakan KTM. Kemudian datang satu kumpulan lelaki berniat tidak baik terhadap saya dan anak memandangkan tiada penumpang lain dalam koc kami. Mereka mengugut suruh serahkan wang dan telefon bimbit.

“Tiba-tiba lelaki ini muncul lantas berlawan dengan kumpulan ‘penyangak’ terbabit dan berjaya tumpaskan mereka. Dalam keadaan trauma saya dan anak tak sempat bertanyakan nama dan mengucapkan terima kasih kepada ‘hero’ kami ini.

“Mujurlah anak sempat ambil gambarnya. Jika sesiapa mengenali beliau, tolong sampaikan padanya saya dan anak perempuan ucapkan terima kasih.”

Sikap prihatin dan saling tolong menolong yang dipraktikkan lelaki ini harus dicontohi semua golongan masyarakat.

Boleh dikatakan, inilah hero sebenar kerana beliau tidak takut mempertaruhkan keselamatan sendiri demi orang lain yang memerlukan tanpa mengharap sebarang balasan.

Syabas diucapkan buat brader ini!

BACA INI JUGA: Jet Li, Lagenda Kung Fu Master

Sumber: Mynewshub.cc

Konsert 35 Tahun Search Batal, Tiada Sebab Tipu Yazit

Konsert 35 Tahun Search Batal, Tiada Sebab Tipu Yazit

Bermula dengan harapan dan rasa teruja yang tinggi, akhirnya Search berasa mereka dirugikan oleh pertikaian yang tidak sepatutnya.

Search batal Konsert.jpg

Semuanya gara-gara salah faham mengenai aspek kewangan menjelang konsert 35 Tahun Search yang dijadual pada 30 Ogos ini.

Justeru Search mengarahkan peguam mereka mempertimbangkan apa saja pilihan undang-undang yang ada bagi membersihkan nama baik serta menebus 'kerugian' dialami.

Antara kerugian itu ialah hubungan yang rosak antara ahli kumpulan, serta kemudaratan daripada konflik sedang dialami.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus peguam Search Yusmadi Yusoff berkata dia sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneliti perkara berkenaan.

"Buat masa ini Search kelihatan seperti pihak paling rugi dan ia berlaku pada waktu mereka sepatutnya menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada peminat sempena 35 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

"Saya sedang meneliti aspek perundangan yang boleh diambil terhadap penaja berkenaan," katanya kepada Malaysiakini.

Asalnya di Stadium Merdeka

Sebelum itu dalam sidang media di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, kumpulan legenda rock itu menyatakan kekecewaan mereka apabila rancangan mengadakan konsert di Litar Antarabangsa Sepang berdepan dengan masalah.

Ekoran pertikaian yang berlaku, mereka kemudian menghantar notis untuk membatalkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kumpulan berkenaan dengan syarikat Afjets Sdn Bhd.

Sebelum ini Search dan Afjets mengumumkan rancangan mereka membuat konsert besar-besaran bagi meraikan 35 tahun pembabitan mereka dalam hiburan negara.

Pada asalnya konsert berkenaan dirancang diadakan di Stadium Merdeka namun ditangguhkan.

Ia kemudian diumum akan diadakan di Sepang.

Konflik terjadi apabila pemain dram Search, Yazid, membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan bayaran daripada penaja.

Search kemudian menafikan dakwaan itu dan memberi tempoh 48 jam kepada Yazid untuk meminta maaf secara terbuka atas tuduhan berkenaan.

Yusmadi berkata, menjelang konsert pada Ogos nanti Search sudah memainkan peranan seperti sepatutnya, termasuk menjalankan promosi di media.

"Isunya ialah tindakan pihak penaja memberi kenyataan mengelirukan sehingga menjejas nama baik Search.

"Mereka juga gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penaja seperti terkandung dalam MoU," katanya.

Sementara itu vokalis Search, Amy, berkata pihaknya berasa tawar hati dengan sikap tidak profesional ditunjuk Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Amrul Nizar Anuar dalam pertikaian dengan Yazit.

"Kami sebulat suara mengambil keputusan menarik diri daripada kerjasama itu dengan perasaan kecewa.

"Kolaborasi ini dipandang lebih memudaratkan nama baik Search dan (dibuat selepas) mengambil kira implikasi buruk yang timbul," katanya.

Duit saya berjuta, kenapa perlu tipu Yazit

Yazit.jpg

Tiada sebab untuk menggelapkan wang milik pemain dram Yazit Ahmad kerana pendapatan sedia ada sudah mencukupi, kata vokalis kumpulan Search.

Amy berkata Yazit harus berhenti melemparkan tuduhan Search tidak memberinya wang deposit konsert kerana sudah menerima banyak manfaat daripada rakan kumpulannya.

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu?

“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,” katanya kepada ProjekMMO selepas sidang media membatalkan konsert 30 Ogos ini.

Penyanyi lagu “Fantasia Bulan Madu” diminta mengulas dakwaan Yazit tidak menerima bayaran pendahuluan konsert itu, sempena ulang tahun ke-35 Search.

Dalam sidang medianya minggu lepas, Yazit juga mendakwa diabaikan ahli kumpulan itu sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Amy, 57, berkata dakwaan rakannya itu tidak benar kerana kumpulan Search tidak mahu memperlihatkan beliau dalam keadaan sakit kepada umum.

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” katanya.

Diminta mengulas cadangan Yazit agar satu konsert kebajikan diadakan bagi menampung kos perubatannya, Amy berkata ia bukan satu keperluan.

Katanya, Yazit harus bersyukur masih menjana pendapatan hasil kerja keras ahli-ahli lain Search.

“Kenapa saya nak buat konsert kebajikan untuk dia? Setiap konsert dia dapat duit.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati.

“Dia dapat RM42,000 dengan duit T shirt RM7,000. Tidakkah dia kena bersyukur? Terima kasih kepada kawan-kawan yang cari rezeki,” katanya.

Amy berkata, pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan Search bukan isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Katanya, Yazit harus bersikap matang seiring dengan usia kumpulan rock legenda itu yang sudah 35 tahun.

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

“Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang.

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini.

“Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?” soal Amy, yang ditemani Nordin, pemain gitar Search.

BACA INI JUGA: 'Saya Adalah Pengasas Kumpulan Search'

Sumber: Themalaymailonline

'Lipas' Pelik Berwarna Hitam Dan Merah!

'Lipas' Pelik Berwarna Hitam Dan Merah!

Seorang netizen, Maisy, telah berkongsi penemuan serangga pelik berwarna merah dan hitam yang menyerupai bentuk fizikal lipas.

Red Bugs.jpg

Maisy pada mulanya menyangkakan serangga itu adalah bahan pameran di cermin sebuah pusat beli belah Katong Plaza, Singapura.

Namun, selepas dia menghampiri serangga itu, dia terkejut apabila ia mula bergerak.

“Tak pernah saya lihat serangga macam tu di Singapura. Walaupun serangga ini kelihatan pelik namun ia sangat cantik.

“Hasil carian dalam talian, serangga itu dikenali sebagai Red Bugs atau nama saintifiknya Cenaeus Carnifex.

Ia bersaiz kecil dan sering ditemui hidup berkumpulan secara berpasang-pasangan dan biasanya didapati bertenggek di atas tumbuhan berbunga seperti bunga kertas dan bunga raya,” katanya.

Memang unik dan pelik, ingatkan gambar serangga ni palsu!

Dibawah ini merupakan antara spesis Red Bugs.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Red Bugs [2].jpg
Red Bugs [3].jpg

Sumber: Mynewshub.cc

13 Lagu Dangdut Diharamkan Di Jawa Barat

13 Lagu Dangdut Diharamkan Di Jawa Barat

Untuk kali pertama sejak dibentuk pada 2004, Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu dangdut daripada dimainkan di wilayah itu.

Jupe - Paling Suka 69.jpg

Lagu yang dilarang ialah:
  1. Paling Suka 69 (Julia Perez)
  2. Hamil Sama Setan (Ade Farlan)
  3. Wanita Lubang Buaya (Mirnawati)
  4. Simpanan (Zilvana)
  5. Mobil Bergoyang (Asep Rumpi dan Lia MJ)
  6. Apa Aja Boleh (Della Puspita)
  7. Hamil Duluan (Tuty Wibowo)

Turut disenaraikan:
  1. Satu Jam Saja (Zaskia Ghotic)
  2. Mucikari Cinta (Rimba Mustika)
  3. Melanggar Hukum (Moza Kirana)
  4. Merem Merem Melek (Ellicya)
  5. Gak Zaman Punya Pacar Satu (Lolita)
  6. Cowok Oplosan (Geby Go)

Sementara itu ada beberapa lagu yang diberi kelonggaran terhad, iaitu:
  1. Belah Duren (Julia Perez)
  2. Cinta Satu Malam dan Aw Aw (Melinda),
  3. Gadis Bukan Perawan (Linda Moy Moy)
  4. Berondong Tua (Siti Badriah)
  5. Janda Rasa Perawan (Varra Sahara)
  6. Geboy Mujaer (Ayu Ting Ting)
  7. Perawan atau Janda (Cita Citata)
  8. Merem Melek (Desi Ning Nong)
  9. Aku Pengen Dipacarin (Diora Anandita)
  10. Jablay (Titi Kamal)

Semua lagu itu hanya boleh disiarkan selepas jam 10 malam.

Mana-mana stesen yang melanggar arahan itu boleh dikenakan hukuman seperti amaran dan penggantungan operasi.

Bagaimanapun larangan itu tidak termasuk di pusat hiburan dan Internet.

Sementara itu panel KPID Jawa Barat, Neneng Athiatul Faiziyah, berkata lagu dangdut berkenaan dihad atau dilarang kerana dianggap mengandungi nilai lucah.

Katanya, jika tidak dikawal dibimbangi ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Perintah larangan itu diedarkan kepada semua operator radio dan televisyen di 27 daerah Jawa Barat.

Larangan itu kemudiannya mengundang reaksi yang pelbagai daripada pendengar. Ketika sebahagian pendengar memuji langkah diambil KPID, sebahagian yang lain memaki-maki sama ada di radio atau di media sosial.

Jupe kecewa Paling Suka 69 dihukum tanpa soal

Jupe - Paling Suka 69 [2].jpg

Selepas lagunya disenarai sebagai satu daripada nyanyian diharamkan, Julia Perez tampil mempertahankan dirinya.

Kata bekas isteri pemain bola sepak kelahiran Argentina itu, pihak berkuasa sepatutnya memaklumkan kepada penyanyi jika sesebuah lagu itu dianggap tidak sesuai disiarkan di media massa.

Bahkan, katanya, lagu yang dipertikaikan itu sudah diubah suai sebelum ini kerana dianggap lucah.

"Jika kita membincangkan sesuatu, ia harus bersandar kepada keadaan terkini.

"Bagaimana saya terus-terusan dihukum sedangkan saya sudah bertaubat?" katanya seperti dilapor media Indonesia hari ini.

Dia yang lebih mudah dikenali dengan panggila Jupe juga berkata sesebuah irama cinta perlu adil untuk menggambarkan suasana yang dilagukan.

"Kalau bercinta memang boleh diceritakan dalam lagu. Kita perlu adil pada semua," katanya.

Sementara itu janda isteri Gaston Castano itu berkata dia tidak pernah menyanyikan lagu Paling Suka 69 itu di televisyen.

Namun dia bersedia menyesuaikan lirik lagu berkenaan jika diarah oleh pihak berkuasa yang memantau aspek penyiaran di Indonesia.

Katanya, ia boleh dilakukan supaya lagu itu tidak diharamkan secara mutlak.

"Saya minta pihak yang berkenaan maklumkan apa yang perlu diperbaiki supaya kita nampak sama-sama cerdas," katanya.

Selain Paling Suka 69 yang termasuk antara 13 lagu diharamkan, satu lagi lagu Julia dikenakan sekatan terhad.

Belah Duren nyanyian Julia, 35, dikategorikan sebagai lagu terkawal dan hanya boleh disiarkan di radio atau televisyen selepas jam 10 malam.

BACA INI JUGA: Penyanyi Dangdut ‘Klepek-klepek’ Dituduh Pelacur Kelas Atasan?!

Sumber: Malaysiakini.com