Wednesday, May 25, 2016

Siasatan Skandal 1MDB, Singapura Tutup Cawangan Bank BSI

Siasatan Skandal 1MDB, Singapura Tutup Cawangan Bank BSI

Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diseleweng daripada dana syarikat itu.

BALA+1MDB.PNG

Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatan terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.

Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.

Minggu ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB.

Mengikut Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

BALA+1MDB [2].PNG

"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.

Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.

Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.

Alasan penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.

CEO Bank BSI Switzerland Letak Jawatan Serta-merta

Stefano Coduri.jpg

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

1MDB Bala Besar

BALA+1MDB [3].PNG

Nah, lihatlah.. besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya!!

Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB?

Kiranya apa yang berlaku melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga ditutup berpunca daripadanya.

Daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat Malaysia selepas ini?

Sudahlah dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak ditemui di negara kita sendiri.

Tentunya juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat pelaburan itu.

Di negara kita, siapa agaknya yang sudah mula kepanasan ketika ini? (SH 25/05/2016).

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Sumber: Shahbudindotcom

11 Fakta Dan Hakikat Sebenar Kerja Petik Buah Di Australia

11 Fakta Dan Hakikat Sebenar Kerja Petik Buah Di Australia

Seringkali kita mendengar ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk mencari rezeki dan bekerja sebagai pemetik buah. Kadang-kadang kita pula jadi excited dan teringin untuk bekerja di sana kerana kita sering dikhabarkan bahawa gaji yang ditawarkan juga agak lumayan.

Kerja Petik Buah Di Australia.jpg

Dan kalau anda lihat kini di blog-blog dan laman sosial sudah banyak agensi yang menawarkan peluang pekerjaan seperti ini.

Yelah, orang kata gaji yang diberikan lebih lumayan daripada gaji seorang eksekutif di Malaysia. Betul ke?

Kali ini kami akan kongsikan kepada anda 10 fakta dan hakikat sebenar bekerja sebagai pemetik buah di Australia.

Sebelum itu, anda perlu mengetahui dahulu 2 term di bawah untuk memudahkan anda faham apa yang anda baca nanti.

1. Farmer: Tuan empunya tanah ladang di Australia. Beliau merupakan majikan atau bos besar yang akan menentukan segalanya.

2. Kontraktor: Segala urusan kebajikan pekerja, skop kerja adalah di bawah tanggungjawab kontraktor. Mereka telah dibayar oleh farmer untuk menguruskan pekerja-pekerja di bawahnya.

Okay, sudah jelas? Jom scroll down dan baca sehingga habis.

1. Gaji mingguan

Kerja Petik Buah Di Australia [2].jpg

Perkara yang paling ramai sekali nak tahu semestinya bab gaji. Gaji bekerja sebagai pemetik buah di Australia sebenarnya dibayar secara mingguan.

Maknanya, anda akan menerima gaji anda pada hujung minggu. Bagaimana pula bayaran gaji dikira?

Seperti biasa, gaji dibayar mengikut jam. Purata bayaran diberi adalah 12 hingga 14 dollar sejam mengikut kontraktor masing-masing.

Jadi jika dikalikan dengan duit Malaysia paling kurang anda akan terima RM35-RM41 satu jam.

2. Kerja 10 jam sehari

Kerja Petik Buah Di Australia [3].jpg

Bekerja sebagai pemetik buah di Australia memerlukan anda untuk bekerja selama 10 jam sehari. Manakala, cuti paling kurang pun sekali seminggu dan kebiasaannya pada hari Ahad.

Para pekerja di sana akan mula bekerja pada jam 7 pagi hingga 5 petang. Jadi jika dikira-kira pekerja di sana akan peroleh RM350 sehari bersamaan RM2100 seminggu. Jika sebulan? Anda kiralah sendiri.

3. Pergi kerja menaiki van

Kerja Petik Buah Di Australia [4].jpg

Bab transportation pula, kebiasaannya kenderaan disediakan oleh kontraktor kepada pekerja. Kontraktor akan menyediakan beberapa van yang bertugas untuk mengambil semua pekerja pada setiap pagi untuk ke ladang.

Sekiranya kawasan tempat tinggal pekerja agak jauh dari ladang, pekerja akan diambil seawal jam 4 pagi. Ya, memang awal.

4. Melalui kontrak atau bukan kontrak

Kerja Petik Buah Di Australia [5].jpg

Mungkin anda juga pernah dengar, bekerja di sini memerlukan kontrak. Ternyata tidak sama sekali, ianya bergantung kepada farmer dan kontraktor anda.

Ada yang mengambil kontrak selama 6 bulan malah ada juga yang tidak mengambil kontrak langsung. Mereka hanya bekerja mengikut jam dan dibayar gaji mingguan.

Mereka juga tiada masalah jika ingin berhenti on the spot tetapi semuanya adalah bergantung kepada budi bicara pekerja dan kontraktor.

5. Tempat tinggal disediakan

Kerja Petik Buah Di Australia [6].jpg

Tempat tinggal buat pekerja juga disediakan oleh farmer atau kontraktor. Tetapi ianya bukan percuma. Bayaran sewa akan dikenakan oleh kontraktor pada setiap minggu atau bulan.

Terdapat dua cara pembayaran. Pertama, bayaran sewa akan dipotong secara automatik daripada gaji yang diberi. Kedua, sama seperti di Malaysia bayaran sewa dibayar secara bulanan.

Ada juga yang mengenakan bayaran sewa secara mingguan. Purata bayaran sewa adalah 70 hingga 100 dollar seminggu bersamaan RM200 hingga RM300 seminggu. Ianya bergantung pada jenis rumah yang disewa.

Jika bernasib baik, sesetengah majikan juga menyediakan makanan harian buat para pekerjanya.

6. Bukan setakat petik buah sahaja

Kerja Petik Buah Di Australia [7].jpg

Ramai yang salah anggap bahawa bekerja di sana adalah memetik buah semata-mata. Selain buah, tanaman seperti sayur juga ada di sana.

Sebagai pekerja, mereka juga akan melakukan beberapa tugas lain seperti membersihkan ladang, membawa traktor dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti pruning (buang daun dan tanam pokok) juga dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Senang kata, setiap inci kerja yang ada di ladang itu juga merupakan tugas pemetik buah.

7. Makanan halal mudah didapati

Kerja Petik Buah Di Australia [8].jpg

Selain soal gaji dan kerja, pasti anda juga tertanya-tanya mengenai makanan di sana. Adakah senang untuk mendapat makanan halal dan bagaimanakah caranya?

Menurut sumber yang ada di sana, mereka sungguh mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat banyak kedai atau mini supermarket yang menjual barangan halal di sana.

Lazimnya, peniaga kedai merupakan peniaga muslim yang berasal dari Afghanistan. Jadi tidak menjadi masalah buat pekerja-perkerja di sana untuk mendapatkan daging sembelihan yang halal.

8. Senang peroleh makanan Malaysia

Kerja Petik Buah Di Australia [9].jpg

Anda jangan terkejut. Ini memang benar. Di sana juga agak mudah jika anda ingin mendapatkan makanan produk Malaysia.

Contohnya mi segera dan sos berjenama Maggi, kicap berjenama Kipas Udang dan banyak lagi. Segalanya boleh didapatkan di gerai jualan produk Asia, salah satunya di Hong Kong Supermarket.

Menurut info, Hong Kong Supermarket sememangnya begitu mudah ditemui di sana. Selain Hong Kong Supermarket, terdapat juga beberapa supermarket lain yang menjual produk Malaysia.

Kebiasannya, kontraktor akan membawa para pekerja ke pekan untuk shopping barang keperluan seminggu sekali.

9. Bekerja dengan masyarakat berbilang bangsa

Kerja Petik Buah Di Australia [10].jpg

Bukan sahaja rakyat Malaysia, kebanyakan mereka yang bekerja di sana adalah masyarakat Asia. Antaranya, Burma, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Menurut sumber, mereka yang datang dari Burma kebanyakannya adalah pelarian.

Malah, latar belakang pekerja-pekerja di sana juga berbeza-beza. Sesetengah di antara mereka juga mempunyai Ijazah dan Sarjana tetapi berhijrah ke sana untuk memperoleh gaji yang lebih lumayan.

10. Mengganggur apabila musim sudah tamat

Kerja Petik Buah Di Australia [11].jpg

Inilah perkara yang paling ditakuti semua pekerja di sana. Kemungkinan untuk menganggur juga agak besar kerana apabila satu-satu musim tamat, mereka akan kehilangan kerja. Tiada lagi buah yang boleh dipetik.

Bagi mereka yang sudah sedia maklum dan well-prepared dengan keadaan ini, peluang ini diambil oleh mereka untuk melancong.

11. Berhijrah ke daerah lain atau pulang ke tanah air

Kerja Petik Buah Di Australia [12].jpg

Terdapat beberapa daerah dan kawasan ladang yang terkenal di Australia. Antaranya, Springvale, Shepparton, Bendigo dan banyak lagi.

Jadi, keputusan yang diambil oleh pekerja-pekerja di sana, mereka akan berhijrah ke daerah lain bagi mencari peluang pekerjaan. Ini juga sudah menjadi perkara biasa di sana.

Biasalah, kata orang rezeki itu tak datang bergolek. Tetapi, sesetengah daripada mereka ada juga yang mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air.

good+luck.gif

Jadi macam mana? Sudah berimpian mahu bekerja ke sana? Buat yang berhasrat untuk ke sana kami ucapkan SELAMAT MAJU JAYA!

BACA INI JUGA: Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

-Sentiasapanas.com

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016

Bagi warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan bagi mengisi jawatan kosong di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jawatan Yang Boleh Di Pohon Serta Syarat Kelayakan
  1. Inspektor Gred YA 13
  2. Sarjan Gred YA 5
  3. Konstabel Gred YA 1
  4. Konstabel Sokongan Gred YT 1
  5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):

Maklumat lanjut, hubungi talian: 03-2266 8350/8344/8347 (Unit Pengambilan PDRM).

Tarikh Tutup Permohonan: Terbuka Sepanjang Tahun 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Tuesday, May 24, 2016

Tudung Neelofa Terjual RM1.3 Juta Dalam Masa 3 Minit!

Tudung Neelofa Terjual RM1.3 Juta Dalam Masa 3 Minit!

Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja.

Tudung+Neelofa

Neelofa mengakui tudung jenamanya hanya mengambil masa yang sangat singkat untuk habis dijual.

Pengacara terkenal Malaysia ini, memberitahu perniagaan tudung yang dilancarkannya mendapat sambutan yang luarbiasa daripada pelanggan, malah rezeki perniagaan juga datang juga tidak putus-putus.

Neelofa juga mempunyai lebih 400 stokis bukan sahaja di Malaysia, malah turut ada di luar negara seperti Brunei, Singapura Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia.

Menurut Neelofa lagi, tudung jenamanya juga akan dijual di Turki dan London pada penghujung bulan Jun ini.

Tudung di Luar negara tidak sama seperti di Malaysia, Jadi pelanggan di sana agak terkejut dengan koleksi yang dibawa oleh Neelofa dan mereka menganggap ianya unik dan sesuatu yang baharu buat mereka.

Jelas Neelofa, pelanggan di luar negara tidak biasa melihat tudung berhias manik dan mereka hanya pakai tudung kosong yang perlu dililit dan banyak pin.

Jadi, tidak benar jika kita fikir Malaysia sebuah negara yang banyak ketinggalan sedangkan negara Malaysia maju dan lebih moden daripada mereka.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

Sumber: MalayMail/Lokmanamirul

Saintis Temui Cara Baru Masak Nasi Yang Kurangkan 50% Kalori!

Saintis Temui Cara Baru Masak Nasi Yang Kurangkan 50% Kalori!

Sedia maklum, nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ia bukan saja mudah untuk didapati malah sesuai dimakan dengan apa jenis masakan. Makanlah dengan lauk apa sekalipun, pasti akan tetap berselera!

Nasi+Kurang+Kalori

Namun, kalau diperhatikan kini sesetengah masyarakat Malaysia juga cuba mengelak daripada memakan nasi kerana dikatakan mengandungi kalori yang tinggi.

Selain itu, pengambilan nasi yang banyak juga boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan penyakit serius seperti diabetes.

Tetapi tahukah anda baru-baru ini, para saintis telah menemui cara baru memasak nasi yang boleh merendahkan kalori yang terkandung di dalamnya?

Seorang pelajar sarjana muda di Kolej Sains Kimia di Sri Lanka, Sudhair James bersama mentornya telah menemui cara baru untuk memasak nasi yang boleh mengurangkan kalori sebanyak 50 peratus.

Bukan itu saja, cara tersebut juga mampu memberi beberapa manfaat kesihatan terhadap tubuh badan manusia. Cara ini adalah manipulasi kimia ringkas yang melibatkan beberapa langkah mudah yang juga cukup senang diamalkan.

Sedikit berbeza dengan cara memasak nasi biasa, air terlebih dahulu perlu dididihkan dan ia perlu dimasak di atas dapur menggunakan api.

Sudhair James
Sudhair James.

"Caranya mudah, apabila air mendidih, sebelum menambah beras mentah, anda perlu menambah minyak kelapa kira-kira 3 peratus daripada berat beras yang anda akan masak," kata Sudhair James, yang membentangkan kajian awal beliau dalam Mesyuarat Negara & Ekspo Persatuan Kimia Amerika.

Beliau berkata lagi, setelah siap dimasak, biarkan ia di dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum dihidangkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia berlaku? Untuk memahami apa yang berlaku, anda perlu memahami sedikit mengenai konsep kimia makanan.

Tidak semua kanji terhasil sama. Sesetengah daripadanya dikenali sebagai digestible starch, yang mana mengambil hanya sedikit masa untuk dihadam. Ia akan bertukar dengan menjadi glukosa, dan kemudian glikogen setelah dihadam.

Sementara itu, kanji yang dipanggil resistant starch mengambil masa yang lama untuk diproses oleh badan. Ia tidak bertukar menjadi glukosa atau glikogen kerana kita tidak mempunyai keupayaan untuk mencernanya.

Menurut Profesor Dr. Pushparajah Thavarajah yang merupakan penyelia kepada penyelidikan tersebut, jika digestible starch dalam sesuatu seperti nasi kukus boleh dikurangkan, maka jumlah kalori nasi tersebut juga boleh dikurangkan.

Nasi+Kurang+Kalori [2]

James dan Thavarajah menguji lapan resipi yang berbeza pada 38 jenis nasi yang ada di Sri Lanka. Apa yang mereka dapati adalah bahawa dengan menambah lipid (minyak kelapa) sewaktu memasak nasi, dan kemudian menyejukkannya serta-merta selepas ia siap dimasak, ia dapat mengubah composition nasi tersebut menjadi lebih baik.

"Minyak ini berinteraksi dengan kanji beras dan mengubah bentuknya, " kata James kepada The Washington Post semasa ditemuramah.

Tambahnya lagi, proses menyejukkan nasi tersebut mempercepatkan penukaran kanji. Hasilnya adalah hidangan menjadi lebih sihat , walaupun anda memanaskan ia semula.

BACA INI JUGA: 10 Khasiat Beras Perang Yang Sangat Menakjubkan

Sumber: Says

Asal-usul Tarian Dan Budaya Ravers

Asal-usul Tarian Dan Budaya Ravers

Perkataan RAVE dalam Kamus Dewan bererti 'kegilaan terbaru' atau 'ulasan yang tinggi melangit'. Istilah yang menggambarkan keghairahan dan keterujaan terhadap sesuatu.

Budaya tarian RAVE

Dari segi istilah budaya RAVE yang sedang melanda anak-anak muda, perkataan RAVE adalah singkatan daripada Radical Audio Visual Experience atau dalam bahasa Melayu, 'Pengalaman Radikal Audio Visual'.

Istilah RAVE mula digunakan pada penghujung tahun 1950an lagi oleh Barat untuk menggambarkan parti liar Bohemian.

Pada awal tahun 1960an, budaya RAVE menjadi popular dikalangan generasi remaja Barat untuk menggambarkan pesta liar dikalangan mereka.

Kemudian, sehinggalah pada penghujung tahun 1960an, budaya RAVE mula terpinggir apabila budaya Hipi pula mengambil tempat dihati anak-anak muda ketika itu.

Namun, budaya RAVE meletup semula sekitar tahun 1980an bagi menggambarkan salah satu sub budaya Hipi yang mula berkembang melalui tarian.

Budaya tarian RAVE

Tarian RAVE dahulu dikenali sebagai salah satu cabang tarian jalanan (street dance) dan orang yang menarikan tarian ini disebut RAVER.

Budaya tarian RAVE menggambarkan satu pesta yang diketuai seorang deejay yang akan memutarkan lagu-lagu irama rancak tanpa henti. Antaranya irama techno dan trance.

Pesta RAVE akan dimulakan pada waktu malam bersama muzik rancak tanpa henti yang akan dimainkan berserta pertunjukan lampu, ala-ala disko.

Tarian RAVE adalah tarian bebas mengikut alunan muzik yang dipasang oleh deejay.

Tarian ini juga dikenali sebagai muzik tanpa henti, Non-stop music!

Pada pertengahan tahun 1980an, budaya RAVE menjadi hangat semula apabila aliran muzik electronik dance mula mendapat perhatian.

Syurga Dunia

Ibiza Island Spain - RAVE

Penghujung tahun 1980an, istilah RAVE juga merujuk suasana pesta muda mudi di Ibiza, sebuah bandar di Pulau Ibiza, Sepanyol.

Pulau Ibiza sangat terkenal dan digelar sebagai 'Syurga Dunia' dan ramai warga Eropah juga dari seluruh pelosok dunia datang ke sini untuk bercuti dan berpesta.

Kelab-kelabnya bertaraf mewah, setiap hari berparti tanpa henti!

Budaya Parti Liar

Parti Liar RAVE

Oleh kerana budaya Non-stop music RAVE, penggunaan dadah dan pil khayal sering dikaitkan kerana ianya memerlukan stamina tinggi untuk betahan lama ketika menari.

Budaya RAVE sememangnya adalah budaya berparti di kelab-kelab atau bersuka ria sehingga ke awal pagi dengan muzik rancak yang dimainkan deejay.

Apabila berparti, minum sampai mabuk, kemudian terjadilah pergaduhan. Sebab itulah semasa era 80an dan 90an, banyak negara Barat mengharamkan anjuran parti RAVE.

Pengikut RAVE pada masa itu terpaksa mengadakan parti rahsia secara tersembunyi.

Jika rahsia terbongkar, mereka akan ditangkap polis dan penganjur pula akan didenda!

Kematian angkara RAVE

Danielle McCallum Death - RAVE
Danielle McCallum, salah seorang mangsa kematian budaya RAVE.

Pada bula Jun 2014, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati selepas menghadiri parti RAVE di selatan London. Punca kematian, overdose dadah!

Bulan Mei tahun 2015 juga, seorang pemuda berusia 20 tahun pun mati akibat overdose dadah semasa hadir ke parti RAVE di Tacoma, Washington.

Ogos tahun 2015 juga, di Califoria, berlangsung sebuah festival muzik yang dibanjiri pengikut Ravers. Tiga gadis belasan tahun mati. Juga sebab overdose dadah.

Kesian. Tak sempat kahwin, dah mati dalam parti liar.

Los Angeles Times juga pernah melaporkan, dalam setahun berbelas remaja berusia belasan tahun dan awal 20an mati selepas menyertai parti RAVE.

Perangkaan itu hanya untuk tempoh setahun, bayangkan kalau sudah berpuluh tahun, agak-agak sudah berapa banyak nyawa anak muda yang hilang sebab budaya RAVE ni.

Budaya BBBNU

Budaya tarian RAVE [2]

Malangnya, bagi mereka yang dah berusia 25 tahun keatas, dikatakan sudah terlalu 'tua' untuk join budaya liar RAVE ni.

Budak-budak Ravers kata, budaya RAVE hanya untuk mereka yang berumur 24 tahun kebawah sahaja.

Senang cakap, ini budaya BBBNU -- 'Budak-budak Baru Nak Up'.

Anda dah tak layak?

Memang lu dah veteran la, kah kah!

BACA INI JUGA: Asal-usul Budaya Skinheads

-SENTIASAPANAS.COM

5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila gambar pameran kartun kartunis terkenal, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar dimuatnaik di Facebook yang mana karya tersebut 'menceritakan' keadaan politik di negara kita

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar)

Sebagai penerima "2016 cartooning For Peace Award", karya-karya Zunar telah dipamerkan di dalam satu pameran di Lake Lac Leman, Geneva, Switzerland yang dianjurkan 'Cartooning For Peace' selama sebulan.

Setelah gambar-gambar tersebut dimuat naik di Facebook, ternyata ia mendapat perhatian begitu ramai pihak. Pelbagai komen telah dilontarkan para netizen.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [2]

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan beliau itu dianggap memalukan negara

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata selain didakwa memalukan negara, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur gabungan yang mahu menjatuhkan perdana menteri.

"Saya kesal dengan perbuatannya. Kalau ada pun perbezaan pendapat dan sebagainya, uruslah dalam Malaysia," katanya.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [3]

Tambahnya lagi, Malaysia adalah negara demokrasi yang tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah

"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dan dialog kementerian berkenaan. -SH

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [4]

Sambungnya lagi, tindakan tersebut bukan sahaja memberi gambaran negatif tentang Malaysia kepada negara luar, malah ia juga dilihat mensabotaj ekonomi negara yang secara tidak langsung membantutkan keyakinan pelabur ke Malaysia.

Setelah mendapat kritikan tersebut, nampakanya kartunis Zunar tidak hanya mendiamkan diri dan memberi jawapan balas pada setiap komen dan kritikan yang telah dilemparkan Salleh Keruak

Jawapan balasnya itu dibuat di laman Facebook miliknya.

Kenyataan balas Zunar kepada Salleh:

1. SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM

ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.

2. SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul

ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Mahkluk asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [5]

Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?

Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?

3. SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?

ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 Cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Foundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [6]

Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Antara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Perancis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.

Sebagai Menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat.

Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.

Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia.

Kerana itu juga Perdana Menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [7]

Adakah kamu telah melihat pameran saya, Salleh? Jika tidak, biar saya beritahu kamu bahawa isu yang terkandung ialah Rasuah, Kebebasan Bersuara, Konspirasi terhadap Anwar dan National Security Council.

Adakah ada diantara kartun ini tidak menceritakan kebenaran? Kalau kamu masih tak jelas mengenai kartun-kartun saya, dipersila datang ke pelancaran buku baru saya, WASABI (Wa Sapu Billion) hari Sabtu ini (14 Mei) dan beli satu.

Sila ke link ini untuk maklumat lengkap https://wp.me/p3l0XP-1Hr. Tidak, kamu tidak boleh mendapatkannya di kedai buku kerana kerajaan 'demokratik' kamu telah mengharamkannya.

4. SALLEH: Pameran Zunar adalah satu penghinaan kepada pemimpin yang dipilih rakyat

ZUNAR: Ketika di Geneva, orang-orang di sana telah mengetahui mengenai isu rasuah di Malaysia kerana ia telah disiarkan secara besar-besaran oleh media antarabangsa.

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [8]

Soalan popular ialah, "Kenapa RM2.6 billion dikatakan sebagai derma?". Jadi sebenarnya Perdana Menteri dan seluruh kabinet telah memalukan diri mereka sendiri dan negara. Bukan saya.

Saya ingin mengulangi bahawa menjadi tanggungjawab seorang kartunis untuk mendedahkan korupsi dan saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir!

5. SALLEH: Disamping memberi imej buruk kepada negara, pameran Zunar juga dilihat sebagai sabotaj kepada ekonomi negara dan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia

ZUNAR: Lebih dari RM42 billion wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB, kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi. Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!

Zulkifli Anwar Ulhaque (Zunar) [9]

Zunar
Kartunis Politik 13 Mei 2016

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: Says

Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

Ini adalah rahsia besar UBER yang tidak di gunakan oleh sesiapa di Malaysia! Teknik Sekelip Mata Yang 100% Halal dan Menurut Undang-Undang Malaysia!

RAHSIA+UBER

Saya akan bocorkan 100% satu rahsia dan bagaimana untuk mempergunakan kelebihan Uber Malaysia.

INGAT! BUKAN dengan menjadi seorang pemandu Uber atau menjadi seperti memandu teksi.

Anda tidak perlu lakukan apa-apa, tidak perlu tinggalkan rumah. Duit ini akan datang sekelip mata dan atas angin sahaja.

"Orang paling teruk untuk dilayan ialah orang yang miskin minda. Apabila bagi percuma, mereka akan berkata, itu perangkap." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Goyang kaki sahaja dan duit akan bertubi-tubi masuk terus ke akaun bank anda dalam sekelip mata sahaja dari Uber... ini jaminan saya.

Tak caya... potong tangan saya!

Berikan saya 2 minit sahaja dari masa anda yang amat berharga ini untuk saya menerangkan segala-galanya seperti di bawah.

Hari ini adalah hari bertuah anda! Saya ingin memberikan anda sekarang juga semua rahsia saya 100% khas kepada anda seorang sahaja dan akan memberikan keuntungan terus ke akaun Maybank/CIMB atau mana-mana akaun bank anda.

"Apabila diberitahu, ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangan sikit sangat. Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Tidak perlu memandu, tidak perlu keluar rumah atau berjumpa sesiapa. Ini adalah sistem rahsia yang berfungsi hanya untuk mengkayakan anda sahaja. Ia akan 100% berjalan sendiri dan memenuhkan akaun bank anda.

Jika selama ini anda hanya melihat orang lain dan jumlah pendapatan mereka yang banyak, kini anda juga boleh menjadi salah seorang dari mereka.

Anda tidak perlu memerah otak dan tenaga bekerja siang malam dengan bos yang anda benci selama ini atau keluar berniaga atau mengambil risiko pelaburan forex, pelaburan skim cepat kaya dan lain-lain. Teknik ini adalah 100% HALAL dan di jamin menurut undang-undang Malaysia.

Paling penting adalah – anda tidak perlu keluar rumah. Bekerja dari bilik tidur anda sahaja dengan hanya smartphone anda dengan teknik rahsia Uber ini.

"Daripada berfikir tak habis–habis, lebih baik buat sesuatu. Orang miskin ada satu persamaan. Hidup mereka hanya tunggu dan lihat." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Anda juga tidak perlu untuk menulis E-Book, membina laman Facebook, membina friends, membina laman web yang rumit, mempelajari bahasa komputer yang sukar dan yang paling penting anda boleh jana pendapatan tak henti-henti dalam masa kurang 48 jam dari sekarang. Saya sumpah kepada anda!

Bayangkan Diri Anda 48 Jam Selepas Belajar Rahsia!

RAHSIA+UBER [2]

Saya ingin meminta jasa baik anda untuk membayangkan bagaimana hidup anda akan berubah dalam masa 48 jam lagi. Tutup mata anda dan bayangkan sekarang.

Anda hanya perlu duduk rumah menonton rancangan kegemaran anda di TV atau bermain dengan anak siang malam. Tidak perlu lakukan apa-apa.

"Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Apa yang saya minta dari anda ialah untuk luangkan hanya dalam 15 minit setiap hari di depan komputer atau smartphone anda.

Duduk diam sahaja dan Uber akan memberikan hadiah bonanza RM60 ribu setiap bulan tanpa perlu lakukan apa-apa.

Bayangkan sekarang apa yang anda boleh beli dengan pendapatan yang tetap sebegini setiap bulan...

Tak mahukah anda melihat akaun bank dengan jumlah nombor yang berkembang setiap kali anda memeriksa baki? Saya jamin anda akan tersenyum lebar dan merasa satu perasaan yang amat teruja setiap kali anda ke bank.

"Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata tiada pengalaman. Apabila diberitahu ini bisnes tradisional, mereka kata susah." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Kini anda boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengaut keuntungan berkali ganda terus ke akaun bank sendiri.

Dan ingat duit anda boleh tekan bila-bila masa di mana-mana mesin ATM anda.

Untuk membantu anda, saya telah tulis sebuah buku panduan lengkap Rahsia Uber saya ini. Saya berikan langkah demi langkah. Ikut segala-galanya.

Buku ini hanya beberapa muka surat sahaja dan tidak susah mana pun. Baca dalam masa beberapa minit dan gunakan terus sahaja.

Siapa yang sesuai membeli buku panduan Rahsia Uber ini?
  • Mereka yang menghadapi masalah kewangan
  • Mereka yang mahu menambah pendapatan tambahan
  • Mereka yang tidak mahu bekerja keras atau tidak mahu memandu kereta Uber
  • Mereka yang tidak mahu lakukan sebarang pelaburan risiko lagi
  • Mereka yang mahu duduk sahaja, dan duit masuk ke akaun bank...
  • Mereka yang mahu bebas kewangan buat selamanya!

Anda Tak Percaya?

RAHSIA+UBER [3]

Masa depan anda sekarang bergantung samada anda sanggup atau berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mengubah hidup anda hari ini.

"Tolong beritahu anak–anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu." -Jack Ma, Pengasas Alibaba.com

Anda boleh tunggu dan lihat keuntungan oleh orang lain atau anda boleh merebut peluang untuk menjadi salah seorang yang menerima keuntungan.

Keputusan adalah di tangan anda sendiri!

ps. Hanya pemastautin tetap dan rakyat Malaysia sahaja dibenarkan membeli dan menggunakan “teknik rahsia Uber” saya ini. Ini kerana saya kurang kepastian tentang perundangan di negara selain dari Malaysia.

pps. Anda tidak perlu risau kerana teknik ini memang diketahui oleh pihak Uber. Bagaimanapun, anda perlu rebut peluang ini dengan segera sebelum pihak Uber menutup pintu kepada sumber pendapatan lumayan ini.

ppps. Teknik ini cukup sesuai dengan orang “blacklist”, “muflis” dan lain-lain. Anda boleh membuka akaun Al-Rajhi jika anda dalam situasi seperti ini. Dengan teknik rahsia ini, anda boleh keluar dari keadaan muflis anda! Tidak perlu bayar cukai, GST atau apa-apa!

Muat turun panduan RAHSIA UBER di SINI sekarang!

BACA INI JUGA: Panduan Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

Cara Pelajar ā€˜Uā€™ Buat Duit Tanpa Ikat Perut

Cara Pelajar ‘U’ Buat Duit Tanpa Ikat Perut

Mungkin buat sebahagian pinjaman PTPTN bukanlah satu pilihan tetapi adalah satu-satunya kaedah membayar yuran pengajian dan sebagainya.

Buat+duit+online

Namun, duit pinjaman sahaja ada kalanya tidak cukup untuk menampung pelbagai perbelanjaan semasa di kampus.

Buku-buku rujukan, tambah nilai prabayar (topup prepaid) serta duit makan minum dan sebagainya memerlukan sejumlah peruntukan wang yang bukan sedikit, tambah-tambah lagi sejak ada cukai barangan dan perkhidmatan.

Pelajar yang tidak hidup biasa-biasa dan kreatif akan ligat mencari peluang masa yang terluang untuk mencari duit poket lebih. Berdasarkan pemerhatian kami, berikut merupakan antara idea yang boleh diikut:

1. Jual Makanan & Minuman

Bisnes ini pasti untung.

Sila jual dari bilik ke bilik. Kebanyakan pelajar di kampus gemar memerap di bilik (sebab poket kering), kadang-kadang ada yang sanggup berlapar disebabkan banyak assignment, malas nak turun tangga hostel pun ada.

Tak perlu makanan yang berat-berat, boleh jual burger, nasi lemak, sandwich pun sudah memadai. Kalau minuman pula boleh cuba jual kopi-kopi hispster yang memang tengah popular sekarang.

2. Perkhidmatan ‘Uber’

Dulu namanya ‘kereta sewa’, sekarang dah moden dipanggil pula Uber.

Bagi pelajar yang memiliki kereta (mungkin pemberian dari ibu bapa), ini memang cara terbaik untuk tambah duit poket. Hanya buat perkhidmatan menghantar pelajar lain ke hostel, fakulti dan seumpamanya.

Perkhidmatan jenis ini memang mudah tersebar dalam kalangan pelajar, jadi jimat, tidak perlu buat marketing.

3. Kerja di Kedai Fotokopi

Menawarkan diri untuk kerja part time pada waktu semester yang kurang waktu kuliah memang berbaloi.

Kedai fotokopi ni biasanya akan wajib ada dalam kampus, jadi kalau berhajat tambahkan duit poket boleh kerja di sini.

4. Khidmat Cetakan (Printing)

Tidak semua pelajar mampu beli printer sendiri.

Sesiapa yang mempunyai mesin pencetak memang sesuai untuk tawarkan perkhidmatan ini di hostel.

Tampalkan sahaja iklan di papan kenyataan hostel. Percayalah, mesti ada pelajar yang berminat untuk dapatkan khidmat ini, silap haribulan pukul 12 pagi ada yang datang ketuk pintu bilik.

Boleh caj sekitar 10-30 sen sehelai.

5. Dropship

Ini adalah bisnes tanpa modal.

Bisnes model yang tak perlukan modal untuk berniaga dan tak perlu pegang stok, namanya dropship. Hanya perlu promosikan barang atau produk orang lain (biasanya produk kecantikan) dan ambil tempahan.

Pelajar zaman sekarang yang mahir dalam media sosial memang boleh buat duit dengan bisnes ini.

Jika anda berminat dengan bisnes Dropship tudung online, anda boleh mulakan disini, Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia. Semuanya menawarkan program DROPSHIP!

6. Jual Kad Prepaid

Susah nak jumpa mahasiswa yang tak pakai handphone.

Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau jual benda yang sama.

Sebab apa? Sebabnya pukul 12 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik beli topup.

Jadi bisnes jual kad prepaid ini memang sesuai sangat dibuat di kampus. Paling popular sekarang adalah Tone Excel/ONEXOX.

Ini adalah program referral yang membayar komisen atas ahli yang menggunakan kad prepaid ini.

7. Jual Beli Saham di Bursa Malaysia

Bisnes ini paling berisiko tetapi berbaloi. Orang yang sanggup menuntut ilmu saja boleh sertai.

Memang rare. Tak ramai yang tahu pasal benda ni mungkin sebab kurangnya publisiti dari Bursa Malaysia sendiri.

Tapi kalau skim-skim cepat kaya yang modus operandinya ambil duit kita dan kononnya laburkan ke tempat lain ramai pula yang tahu.

Dengarnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia siap ada Bursa Young Investor Club mereka sendiri.
  • Bursa Young Investor Club – BYIC, Universiti Malaya: https://www.facebook.com/bursayounginvestorclubunimalaya
  • Bursa Young Investor Club – BYIC, UKM: https://www.facebook.com/byicukm

Bukan sikit-sikit untung yang mereka buat, kalau kena gaya memang ribu-ribu! Dengar memang best, perlu ingat perkara wajib perlu sebelum rancang nak terlibat dalam bursa saham adalah ilmu.

Kesimpulan

Melalui satu kaji selidik dijalankan dua penyelidik terhadap 118 pelajar secara rawak yang menginap di kolej 17 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menunjukkan sebanyak 51.8% pelajar mengalami masalah kewangan untuk beli buku teks yang menyebabkan proses pembelajaran terganggu seperti kurang tumpuan belajar.

Akibatnya 50.8% pelajar memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang untuk membiayai pelbagai perbelanjaan seperti buku, yuran dan sebagainya.

Namun, kekangan kewangan dalam kehidupan sebagai pelajar dapat dihadapi dengan lebih baik melalui idea-idea di atas.

Jangan hanya berharap, jangan salahkan sesiapa. Untuk terus hidup ubahlah nasib anda sendiri.

BACA INI JUGA: 9 Perkara Biasa Kita Buat Dengan Cara Yang Tidak Betul

Sumber: Mynewshub.cc

'Ustaz Kata Semua Orang Boleh Bahagia. Betul Ke?'

'Ustaz Kata Semua Orang Boleh Bahagia. Betul Ke?'

Tidak pernah mengecap bahagia sejak kecil hingga melangkah ke alam pekerjaan dan percintaan, seorang wanita bangsa Cina akhirnya memilih agama Islam.

Wanita berdoa
Gambar hiasan.

Menurut perkongsian seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, wanita tersebut menangis ketika menceritakan kisah hidupnya.

"Saya balik dari program Keluarga Sunnah, ada seorang wanita berbangsa Cina telefon saya. Akhir perbualan dia nak masuk Islam. Saya berhenti kereta tepi jalan dan menangis. Setelah pelbagai ujian datang minggu ini, rupanya ALLAH nak hadiahkan seorang wanita memeluk Islam.

"Dia menangis ceritakan masalahnya. Dia kena tipu dengan teman lelakinya merangkap bosnya," katanya melalui perkongsian di Facebook.

Wanita itu sempat bertanya kepada Ebit Lew, ruang untuk dia bahagia sedangkan tidak merasa bahagia sejak kecil.

"Katanya, 'Kenapa semua orang mesti tipu saya? Dari kecil saya tak bahagia. Mak ayah saya asyik marah saya.

"Di sekolah saya pun asyik kena tindas. Sampai kerja dan bercinta pun macam itu. Bolehkah saya bahagia?

"Ustaz kata semua orang boleh bahagia. Betul ke?'

"ALLAH Tuhan kita, sayang adik ini. ALLAH sayang adik. ALLAH sayang. Betul saudari nak bahagia? Tak perlu tunggu esok atau tahun depan. Sekarang adik akan rasa bahagia," ceritanya.

Setelah berbual seketika, wanita itu akhirnya memilih untuk memeluk Islam.

"Tuhan cuma minta satu saja. Serahkan hati kepadaNYA. Serah hati kepada Tuhan, adik akan bahagia. Caranya, percaya dan mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan mengaku Nabi Muhammad hamba ALLAH dan pesuruhNYA.

"Dia janji siapa sahaja ingat ALLAH pasti bahagia. Setelah berbual sekejap dia setuju untuk ucap syahadah dulu sebelum kami berjumpa," katanya.

Ceritanya lagi, usai mengucap dua kalimah syahadah, wanita itu menangis.

"Saya ajar beberapa kali. Dia menangis dalam telefon. Saya rasa hati saya teramat tenang. Kalimah itu biasa tetapi kesan begitu kuat kepada yang pertama mengucapkannya.

"Terasa sebak menangis dan perasaan bahagia datang menyelubungi hati. Selepas ini terus minta petunjuk ALLAH dalam solat lima kali sehari. Belajarlah Islam ini dan cintainya," katanya.

Ebit Lew berjanji akan terus membantunya untuk mendalami Islam.

"Cuma satu terasa sedih betapa bahagianya dia ucap syahadah. Ramai lagi orang di luar sana dahagakan bahagia.

"Serahkan hati kepadanya. Sujud padanya. Bahagia milik semua orang," katanya.

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Sumber: sinarharian