Monday, May 23, 2016

Viral Telur Halal Keterlaluan – Jakim

Viral Telur Halal Keterlaluan – Jakim

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap ‘keterlaluan’ isu yang diviralkan di media sosial berkenaan “telur halal” baru-baru ini.

Telur Halal

Dalam kenyataan hari Sabtu, Jakim berkata syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur adalah bercanggah dengan peraturan melabel logo tersebut.

“Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak meragukan,” katanya. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Manfaat Dan Kebaikan Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Manfaat Dan Kebaikan Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Walaupun kedengaran remeh, sebenarnya mengurut kaki sebelum tidur pada waktu malam mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.

Manfaat Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Berikut antaranya..

Memberikan tidur yang lebih nyenyak

Mengurut kaki sambil mendengar lagu kesukaan akan menimbulkan rasa tenang dan mengembalikan tenaga. Rasa tenang dan nyaman itu akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Melancarkan aliran darah

Gaya hidup dan kasut yang dipakai seharian boleh menghambarkan aliran darah dalam badan. Menutup hari dengan mengurut kaki boleh membantu melancarkan semula pengaliran darah yang sudah terganggu sepanjang hari.

Menghilangkan lenguh pada kaki

Masalah kelenguhan kaki boleh diatasi dengan cara urutan yang betul. Masalah bau pada kaki juga boleh menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.

Menstabilkan tekanan darah

Beberapa kajian mendapati urutan kaki dapat menstabilkan tekanan darah terutamanya jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi.

BACA INI JUGA: Sentuhan Berahi Untuk Isteri

Sumber: Mynewshub.cc

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Pelakon terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi dua lagi francais filem perisikan popular, James Bond.

Daniel Craig 007

Aktor berusia 48 tahun itu berkeras menolak walaupun dipujuk menerima tawaran lumayan tersebut.

Craig sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi menjadi agen 007 selepas Spectre namun pihak produksi dikatakan beranggapan dia akan tertarik sekiranya ditawar habuan lumayan.

Namun ternyata, aktor itu berpegang pada prinsipnya enggan meneruskan watak selaku agen perisikan popular itu.

Keengganan Craig telah mencetuskan spekulasi bahawa watak Bond terbaharu bakal digalas pelakon British, Tom Hiddleston.

Tom Hiddleston 007

Sehingga kini, pihak penerbitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan mengenai siapakah aktor yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Craig selepas ini.

Craig telah menggalas watak Bond dalam empat filem iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

BACA INI JUGA: Resepi Kejayaan Luar Biasa Filem James Bond

Sumber: Mynewshub.cc

Ketahui Rahsia Warna Untuk Kesihatan

Ketahui Rahsia Warna Untuk Kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut. Jadi, cuba hilangkan rasa sakit anda dengan warna-warna ini.

Ketahui Rahsia Warna Untuk Kesihatan
Gambar hiasan.

Warna Merah
(Hilangkan Masalah Sakit Kepala)

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala.

Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal.

Warna Biru
(Mengurangkan Tekanan Di tempat Kerja)

Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.

Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah.

Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.

Warna Merah Jambu
(Elakkan Insomnia)

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini, hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu.

Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik.

Warna Jingga
(Ceriakan mood anda)

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaa-Allah pasti mood anda akan berubah.

Warna Hijau
(Lenyapkan keletihan)

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

BACA INI JUGA: Ketahui Semua Info Personaliti Diri Anda

Sumber: 1001rahsiadiri

Aqua Perkenal Mesin Basuh Khas Cuci Tudung Di Indonesia!

Aqua Perkenal Mesin Basuh Khas Cuci Tudung Di Indonesia!

Jika sebelum ini kaum wanita berasa amat payah untuk mencuci tudung yang mempunyai labuci dan perincian gunakan mesin basuh biasa, kini tidak perlu risau lagi!

Mesin basuh Cuci tudung
Gambar hiasan.

Jenama pengeluar alat elektronik terkemuka Jepun, Aqua telah menghasilkan satu ciptaan mesin basuh inovasi yang dikhaskan untuk mencuci tudung sahaja tanpa perlu risau kehilangan sebutir pun manik pada helaian tudung kegemaran anda.

Pengarah Pemasaran Aqua Jepun di Indonesia memberitahu, mesin basuh itu dilancarkan di negara tersebut memandangkan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia terdapat di situ.

Bagaimana pun dream.co.id melaporkan, mesin basuh tersebut hanya akan dilancarkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

Aqua Mesin Cuci Tudung

Sumber: Mynewshub.cc

Mengapa Perniagaan Kecil Mesti Bermula Dengan Blog?

Mengapa Perniagaan Kecil Mesti Bermula Dengan Blog?

Jika anda ingin membuka sebuah perniagaan kecil, pemasaran adalah perkara yang paling utama supaya dapat meningkatkan jumlah pelanggan.

Blog+Untuk+Bisnes

Salah satu pemasaran yang mudah untuk dilakukan adalah dengan mewujudkan blog.

Namun begitu, dengan adanya blog secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil jualan, dan ia adalah satu proses dimana untuk menarik perhatian daripada pelanggan.

Oleh itu, penting untuk anda menghasilkan satu blog yang mempunyai pengisian tepat dan padat bagi memudahkan pembaca mendapatkan maklumat.

1. Mengapa Orang Ramai Lebih Gemar Menggunakan Internet?

Percaya atau tidak, kebanyakkan pengguna tidak membaca blog semata-mata. Tetapi, apa yang mereka lakukan adalah, untuk mencari lebih banyak maklumat yang mereka tidak ketahui.

Namun, apa yang kita lihat ada juga blog yang mempamerkan terlalu banyak produk, tetapi kurang dari segi maklumat.

Kerana, maklumat yang tepat dan menarik, memudahkan pelanggan untuk mencari apa yang mereka inginkan.

2. Anda Perlu Lebih Banyak Memberi

Sebagai seorang usahawan, jangan sesekali anda kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada. Sentiasa didik hati untuk banyakkan memberi supaya lebih banyak anda menerima.

Dengan itu, pelanggan akan mudah untuk mendekati anda dan melahirkan pelanggan yang berpotensi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali merasa kecewa jika mereka belum bersedia untuk membeli produk anda.

Kerana, jika anda rajin berkongsi ilmu, secara tidak langsung produk tersebut akan sentiasa berada dalam ingatan mereka.

3. Menggunakan ‘Search Engines’

Zaman teknologi yang semakin canggih kini, lebih banyak pengetahuan yang akan anda perolehi. Dengan hanya menggunakan ‘search engines’ ia merupakan satu pilihan yang bijak.

Kerana, apabila anda menulis blog, dan jika anda menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul, secara tidak langsung blog anda akan mendapat gred yang lebih tinggi.

Namun begitu, penting untuk anda menggunakan kata kunci supaya memudahkan pengguna mencari blog tersebut.

Jadi, sebelum berhasrat untuk memulakan blog, anda perlu mengenali siapakah potensi pelanggan supaya mudah untuk mereka mencari maklumat.

Blog yang menarik dan memberikan banyak pengetahuan yang padat, dapat membuatkan pelanggan setia dengan barangan anda.

4. Patutkah Anda Menulis Blog?

Jika anda berniat mahu membuka perniagaan kecil, patutkah anda membuka blog? jawapannya adalah ya.

Ini kerana, laman web anda akan cenderung untuk muncul di ‘search engine’, serta lebih mudah buat pelanggan untuk mengenali produk anda.

5. Berapa Kerap Anda Perlu Menulis Artikel Di Blog?

Apabila anda menulis artikel dengan kerap, ia juga dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada dan juga dapat memberi lebih banyak maklumat kepada pembaca.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahniaga

Anzalna Nasir Berhijab Bukan Untuk Bisnes!

Anzalna Nasir Berhijab Bukan Untuk Bisnes!

“Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat.

Anzalna Nasir Berhijab

“Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, jika sudah pakai tudung saya tidak mahu buka lagi.

"Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila,” jelas Anzalna kepada mStar Online.

Menurut pelakon jelita ini, tujuannya menceburi bisnes tudung bukanlah mendapat keuntungan semata-mata sebaliknya ingin membuka peluang kepada orang lain membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis.

Anzalna Nasir Berhijab [2]

Sama-sama kita doakan hijab keluaran Anzalna mampu berdiri sebaris dengan jenama-jenama hijab terkemuka lain di pasaran selepas ini, selain terbuka hati Anzalna untuk segera berhijrah menjadi muslimah sejati!

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, May 22, 2016

Misteri Manuskrip Voynich, 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'

Misteri Manuskrip Voynich, 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'

Sebuah buku yang dikenali sebagai Manuskrip Voynich, adalah buku misteri yang dilabel sebagai 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'.

Manuskrip Voynich

Menurut pengkaji dari Universiti of Arizona, ia dipercayai ditulis pada awal abad ke 15, bukan seperti yang didakwa pengkaji sebelum ini iaitu sekitar penghujung abad ke 15 dan 16.

Manuskrip Voynich, buku dengan 23.5 sentimeter panjang, 16.2 sentimeter lebar dan setebal 5 sentimeter, mengandungi hampir 240 muka surat - sebahagian daripada muka suratnya sudah hilang.

Manuskrip Voynich [2]

Kandungan manuskrip ini dipercayai terbahagi kepada enam seksyen iaitu;
  1. Botani. Berdasarkan lukisan tumbuh-tumbuhan yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya.
  2. Astronomi dan Astrologi. Berdasarkan simbol-simbol.
  3. Biologi. Berdasarkan lakaran tubuh manusia dan lakaran-lakaran lain.
  4. Huraian sistem sembilan kosmologi. Sistem cakrawala Puak Norse-qasar Scandinavia.
  5. 'Pharmaceutical Drawing'. Berdasarkan lakaran herba-herba serta akar-akar kayu.
  6. Seksyen terakhir dipercayai lampiran-lampiran resepi.

Seksyen ini dibahagikan oleh pengkaji berdasarkan susunan lakaran pada setiap muka surat manuskrip ini. Namun, hanya ini yang pengkaji mampu huraikan.

Manuskrip Voynich [3]

Segala tulisan di dalamnya tidak mampu ditafsir sehingga kini sekalipun pakar 'Code breakers & Decipher' tentera, pakar crytograph, pakar matematik dan pakar bahasa telah mencubanya, namun gagal menafsirkannya walaupun satu perkataan.

Manuskrip Voynich [4]

Ada teori mengatakan ia adalah bahasa 'Glossolalia', iaitu satu bahasa seni yang halus dalam berbicara atau menulis yang tiada sesiapapun diantara kita mampu membaca atau menuturkannya kerana dipercayai hanya dituturkan oleh tuhan atau makhluk asing. Erk!

Manuskrip Voynich [5]

Manuskrip ini telah didermakan kepada Yale University's Beinecke Rare Book and Manuscript Library pada tahun 1969 dan disimpan sehingga kini di sana.

Mahu mencuba untuk menafsirkannya?

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan.

Sumber+Protein

Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat dan zat-zat besi, namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya.

Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak.

Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita.

Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita.

Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana.

Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan. Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.

Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang tidak elok untuk tubuh badan anda.

Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

BACA INI JUGA: Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Sumber: Kevin Zahri

Talasemia, Penyakit Genetik Yang Merosakkan Organ

Talasemia, Penyakit Genetik Yang Merosakkan Organ

Apa sebenarnya penyakit Talasemia? Anda mungkin kelihatan sihat, namun siapa tahu bahawa anda mungkin adalah salah seorang daripada pembawa penyakit berbahaya ini.

Talasemia

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik dan lantaran itu, adalah mustahil bagi seseorang individu yang berisiko untuk menjauhkan diri daripadanya.

Dalam satu kajian, didapati bahawa sekurang-kurangnya 4.5 peratus penduduk Malaysia mempunyai gen pembawa.

Daripada peratusan tersebut. dianggarkan bahawa potensi setiap kelahiran untuk Talasemia ialah 2.1 bagi setiap 1,000 bayi yang dilahirkan.

Jadi, adalah sangat penting bagi pasangan yang belum berkahwin supaya menjalani ujian untuk mengesan penyakit ini.

Talasemia Major

Kanak-kanak boleh menghidap Talasemia Major apabila kedua ibu bapanya merupakan pembawa gen penyakit tersebut.

Jika salah seorang sahaja pembawa, anak juga turut berhadapan dengan risiko yang sama.

Pembawa mungkin tidak bermasalah dari segi fizikal, tetapi apabila menjalani pemeriksaan darah, kandungan hemoglobinnya adalah rendah berbanding individu normal.

Talasemia adalah penyakit genetik yang melibatkan perubahan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah berfungsi untuk mengangkut oksigen ke setiap sel dalam badan.

Apabila hemoglobin tidak normal (ada perubahan pada strukturnya), kebolehannya akan terjejas.

Hemoglobin memerlukan protein untuk membina strukturnya dan bagi pesakit Talasemia, protein tersebut tidak dapat dihasilkan secukupnya ataupun langsung tidak ada.

Faktor inilah yang menyebabkan hemoglobin menjadi tidak normal, begitu juga dengan fungsinya.

Simptom

Masalahnya, ada pesakit yang menunjukkan simptom kurang jelas. Ada juga yang memperlihatkan simptom lebih serius sehingga memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.

Pucat merupakan simptom terawal dan paling ketara dikalangan pesakit, namun pucat juga boleh terjadi akibat kekurangan zat besi.

Lantaran itu, kajian 'Hemoglobin Electrophoresis' boleh dilakukan bagi mengesahkan sama ada seseorang menghidap Talasemia ataupun tidak. Selain pucat, pesakit juga cepat penat.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat pelbagai jenis Talasemia dan bergantung kepada perubahan pada protein dan struktur hemoglobin.

Beta Talasemia merupakan jenis yang paling teruk dan kerap dihidapi pesakit. Jenis yang lain pula ialah Alfa Talasemia.

Bagi pesakit Beta Talasemia, pesakitnya memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.

Biasanya simptom menjadi ketara dalam masa enam bulan hingga satu tahun setengah keatas.

Bagi pesakit Talasemia, sel darah bayi berbeza dengan yang dimiliki individu dewasa. Ini kerana sel darah bayi mampu menampung 'Hemoglobin filter', walau bagaimanapun ia semakin berkurangan apabila bayi meningkat dewasa.

Badan akan cuba bertindak-balas dan bekerja lebih keras apabila ia kekurangan oksigen dan lantaran itu, jantung menjadi lemah dan fungsi hati turut terjejas.

Kaedah Rawatan Talasemia

Bagi merawat Talasemia, ia bergantung kepada jenis Talasemia yang dihidapi pesakit.

Talasemia Minor ataupun pembawa kadangkala tidak memerlukan sebarang rawatan, namun berbeza pula dengan Talasemia Major.

Peakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah untuk mengekalkan hemoglobin dalam badan pada satu tahap yang selesa bagi mencegah simptom.

Jadi, pesakit mungkin perlu menjalani pemindahan darah sekali atau dua kali sebulan, bergantung kepada tahap hemoglobin.

Bagi rawatan selain dari itu, pesakit juga boleh menjalani pemindahan sum-sum tulang ataupun pemindahan sel-sel daripada uri.

Bagi pesakit Talasemia yang serius, pemindahan darah adalah penting untuk membolehkan dia terus hidup.

Walau bagaimanapun, kekerapan menjalani proses tersebut akan menyebabkan zat besi menjadi berlebihan dalam tubuh pesakit.

Untuk menyingkirkan lebihan zat besi tersebut, pesakit perlu mengambil ubat Desseraxamina (Iron Chelaping Agent) secara suntikan.

Zat besi berlebihan boleh menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terjejas.

BACA INI JUGA: Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

-SENTIASAPANAS.COM