Apa sebenarnya penyakit Talasemia? Anda mungkin kelihatan sihat, namun siapa tahu bahawa anda mungkin adalah salah seorang daripada pembawa penyakit berbahaya ini.
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik dan lantaran itu, adalah mustahil bagi seseorang individu yang berisiko untuk menjauhkan diri daripadanya.
Dalam satu kajian, didapati bahawa sekurang-kurangnya 4.5 peratus penduduk Malaysia mempunyai gen pembawa.
Daripada peratusan tersebut. dianggarkan bahawa potensi setiap kelahiran untuk Talasemia ialah 2.1 bagi setiap 1,000 bayi yang dilahirkan.
Jadi, adalah sangat penting bagi pasangan yang belum berkahwin supaya menjalani ujian untuk mengesan penyakit ini.
Talasemia Major
Kanak-kanak boleh menghidap Talasemia Major apabila kedua ibu bapanya merupakan pembawa gen penyakit tersebut.
Jika salah seorang sahaja pembawa, anak juga turut berhadapan dengan risiko yang sama.
Pembawa mungkin tidak bermasalah dari segi fizikal, tetapi apabila menjalani pemeriksaan darah, kandungan hemoglobinnya adalah rendah berbanding individu normal.
Talasemia adalah penyakit genetik yang melibatkan perubahan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah berfungsi untuk mengangkut oksigen ke setiap sel dalam badan.
Apabila hemoglobin tidak normal (ada perubahan pada strukturnya), kebolehannya akan terjejas.
Hemoglobin memerlukan protein untuk membina strukturnya dan bagi pesakit Talasemia, protein tersebut tidak dapat dihasilkan secukupnya ataupun langsung tidak ada.
Faktor inilah yang menyebabkan hemoglobin menjadi tidak normal, begitu juga dengan fungsinya.
Simptom
Masalahnya, ada pesakit yang menunjukkan simptom kurang jelas. Ada juga yang memperlihatkan simptom lebih serius sehingga memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.
Pucat merupakan simptom terawal dan paling ketara dikalangan pesakit, namun pucat juga boleh terjadi akibat kekurangan zat besi.
Lantaran itu, kajian 'Hemoglobin Electrophoresis' boleh dilakukan bagi mengesahkan sama ada seseorang menghidap Talasemia ataupun tidak. Selain pucat, pesakit juga cepat penat.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat pelbagai jenis Talasemia dan bergantung kepada perubahan pada protein dan struktur hemoglobin.
Beta Talasemia merupakan jenis yang paling teruk dan kerap dihidapi pesakit. Jenis yang lain pula ialah Alfa Talasemia.
Bagi pesakit Beta Talasemia, pesakitnya memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.
Biasanya simptom menjadi ketara dalam masa enam bulan hingga satu tahun setengah keatas.
Bagi pesakit Talasemia, sel darah bayi berbeza dengan yang dimiliki individu dewasa. Ini kerana sel darah bayi mampu menampung 'Hemoglobin filter', walau bagaimanapun ia semakin berkurangan apabila bayi meningkat dewasa.
Badan akan cuba bertindak-balas dan bekerja lebih keras apabila ia kekurangan oksigen dan lantaran itu, jantung menjadi lemah dan fungsi hati turut terjejas.
Kaedah Rawatan Talasemia
Bagi merawat Talasemia, ia bergantung kepada jenis Talasemia yang dihidapi pesakit.
Talasemia Minor ataupun pembawa kadangkala tidak memerlukan sebarang rawatan, namun berbeza pula dengan Talasemia Major.
Peakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah untuk mengekalkan hemoglobin dalam badan pada satu tahap yang selesa bagi mencegah simptom.
Jadi, pesakit mungkin perlu menjalani pemindahan darah sekali atau dua kali sebulan, bergantung kepada tahap hemoglobin.
Bagi rawatan selain dari itu, pesakit juga boleh menjalani pemindahan sum-sum tulang ataupun pemindahan sel-sel daripada uri.
Bagi pesakit Talasemia yang serius, pemindahan darah adalah penting untuk membolehkan dia terus hidup.
Walau bagaimanapun, kekerapan menjalani proses tersebut akan menyebabkan zat besi menjadi berlebihan dalam tubuh pesakit.
Untuk menyingkirkan lebihan zat besi tersebut, pesakit perlu mengambil ubat Desseraxamina (Iron Chelaping Agent) secara suntikan.
Zat besi berlebihan boleh menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terjejas.
BACA INI JUGA:
Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!
-SENTIASAPANAS.COM