Sunday, May 22, 2016

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan.

Sumber+Protein

Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat dan zat-zat besi, namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya.

Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak.

Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita.

Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita.

Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana.

Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan. Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.

Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang tidak elok untuk tubuh badan anda.

Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

BACA INI JUGA: Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Sumber: Kevin Zahri

Talasemia, Penyakit Genetik Yang Merosakkan Organ

Talasemia, Penyakit Genetik Yang Merosakkan Organ

Apa sebenarnya penyakit Talasemia? Anda mungkin kelihatan sihat, namun siapa tahu bahawa anda mungkin adalah salah seorang daripada pembawa penyakit berbahaya ini.

Talasemia

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik dan lantaran itu, adalah mustahil bagi seseorang individu yang berisiko untuk menjauhkan diri daripadanya.

Dalam satu kajian, didapati bahawa sekurang-kurangnya 4.5 peratus penduduk Malaysia mempunyai gen pembawa.

Daripada peratusan tersebut. dianggarkan bahawa potensi setiap kelahiran untuk Talasemia ialah 2.1 bagi setiap 1,000 bayi yang dilahirkan.

Jadi, adalah sangat penting bagi pasangan yang belum berkahwin supaya menjalani ujian untuk mengesan penyakit ini.

Talasemia Major

Kanak-kanak boleh menghidap Talasemia Major apabila kedua ibu bapanya merupakan pembawa gen penyakit tersebut.

Jika salah seorang sahaja pembawa, anak juga turut berhadapan dengan risiko yang sama.

Pembawa mungkin tidak bermasalah dari segi fizikal, tetapi apabila menjalani pemeriksaan darah, kandungan hemoglobinnya adalah rendah berbanding individu normal.

Talasemia adalah penyakit genetik yang melibatkan perubahan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah berfungsi untuk mengangkut oksigen ke setiap sel dalam badan.

Apabila hemoglobin tidak normal (ada perubahan pada strukturnya), kebolehannya akan terjejas.

Hemoglobin memerlukan protein untuk membina strukturnya dan bagi pesakit Talasemia, protein tersebut tidak dapat dihasilkan secukupnya ataupun langsung tidak ada.

Faktor inilah yang menyebabkan hemoglobin menjadi tidak normal, begitu juga dengan fungsinya.

Simptom

Masalahnya, ada pesakit yang menunjukkan simptom kurang jelas. Ada juga yang memperlihatkan simptom lebih serius sehingga memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.

Pucat merupakan simptom terawal dan paling ketara dikalangan pesakit, namun pucat juga boleh terjadi akibat kekurangan zat besi.

Lantaran itu, kajian 'Hemoglobin Electrophoresis' boleh dilakukan bagi mengesahkan sama ada seseorang menghidap Talasemia ataupun tidak. Selain pucat, pesakit juga cepat penat.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat pelbagai jenis Talasemia dan bergantung kepada perubahan pada protein dan struktur hemoglobin.

Beta Talasemia merupakan jenis yang paling teruk dan kerap dihidapi pesakit. Jenis yang lain pula ialah Alfa Talasemia.

Bagi pesakit Beta Talasemia, pesakitnya memerlukan pemindahan darah untuk terus hidup.

Biasanya simptom menjadi ketara dalam masa enam bulan hingga satu tahun setengah keatas.

Bagi pesakit Talasemia, sel darah bayi berbeza dengan yang dimiliki individu dewasa. Ini kerana sel darah bayi mampu menampung 'Hemoglobin filter', walau bagaimanapun ia semakin berkurangan apabila bayi meningkat dewasa.

Badan akan cuba bertindak-balas dan bekerja lebih keras apabila ia kekurangan oksigen dan lantaran itu, jantung menjadi lemah dan fungsi hati turut terjejas.

Kaedah Rawatan Talasemia

Bagi merawat Talasemia, ia bergantung kepada jenis Talasemia yang dihidapi pesakit.

Talasemia Minor ataupun pembawa kadangkala tidak memerlukan sebarang rawatan, namun berbeza pula dengan Talasemia Major.

Peakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah untuk mengekalkan hemoglobin dalam badan pada satu tahap yang selesa bagi mencegah simptom.

Jadi, pesakit mungkin perlu menjalani pemindahan darah sekali atau dua kali sebulan, bergantung kepada tahap hemoglobin.

Bagi rawatan selain dari itu, pesakit juga boleh menjalani pemindahan sum-sum tulang ataupun pemindahan sel-sel daripada uri.

Bagi pesakit Talasemia yang serius, pemindahan darah adalah penting untuk membolehkan dia terus hidup.

Walau bagaimanapun, kekerapan menjalani proses tersebut akan menyebabkan zat besi menjadi berlebihan dalam tubuh pesakit.

Untuk menyingkirkan lebihan zat besi tersebut, pesakit perlu mengambil ubat Desseraxamina (Iron Chelaping Agent) secara suntikan.

Zat besi berlebihan boleh menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terjejas.

BACA INI JUGA: Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!

-SENTIASAPANAS.COM

‘Hijrah Seks’ Untuk Kaya Di Gunung Kemukus, Jawa Tengah

‘Hijrah Seks’ Untuk Kaya Di Gunung Kemukus, Jawa Tengah

Siapa sangka, di sebalik imejnya sebagai negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, Indonesia sebenarnya ada satu rahsia yang mencetuskan kontradiksi terhadap ajaran Islam yang dianut majoriti penduduknya.

‘Hijrah Seks’ Di Gunung Kemukus

Perkenalkan, ‘haji’ seks di Gunung Kemukus, Jawa Tengah.

Lebih dikenali sebagai ‘Gunung Seks’, para ‘jemaah’ akan berkumpul di kawasan itu untuk melakukan hubungan seks rambang bersama orang yang mereka tidak pernah kenal sebelum ini sebagai salah satu ritual 'keagamaan'.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, ritual ini dihadiri oleh 8,000 pengunjung setiap tahun!

Upacara ini telah berlangsung sejak abad ke-16 lagi dan menjadi titik tumpuan para pemuja yang percaya mereka akan kaya hanya dengan melakukan hubungan seks bersama pengunjung lain.

Menurut lagenda, tradisi itu bermula apabila seorang putera raja bernama Putera Samudro telah menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu tirinya sendiri.

Mereka berdua lari ke atas Gunung Kemukus untuk melepaskan nafsu mereka, namun telah ditangkap sebelum dibunuh dan ditanam di kawasan tersebut.

Kubur putera Jawa itu seterusnya dimakamkan dan menjadi sudut pemujaan bagi pengunjung.

“Pemuja makam itu percaya oleh kerana pasangan itu tidak sempat melempiaskan nafsu mereka, jadi sesiapa yang melakukan seks di tempat itu akan serta-merta dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan yang melimpah-ruah,” kata seorang penduduk pinggir kaki gunung tersebut bernama Pak Abboud.

Katanya lagi, dia tidak pernah bertemu dengan pengunjung daripada Barat di Gunung Kemukus itu kerana rata-rata yang datang berasal daripada serata pelosok Indonesia.

“Upacara itu merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Jawa zaman lampau.

"Walaupun majoriti daripada komuniti itu kini beragama Islam, namun ianya amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan lebih kepada tradisi Hindu-Buddha,” terang Pak Abboud lagi.

Yang paling parah sekali adalah, festival ini seakan-akan menjadi alasan bagi para suami untuk curang dengan isteri mereka. Ada para isteri yang tidak tahu-menahu langsung ke mana suami mereka ‘hilang’

Meskipun dihadiri oleh ribuan orang, pihak pengurusan kawasan tumpuan itu telah menyediakan beberapa kemudahan untuk menghalalkan pengunjung untuk melakukan hubungan seks dengan membina teratak atau pondok-pondok kecil lengkap dengan kipas angin dan tilam nipis.

Tidak cukup dengan itu, jika dalam lautan manusia itu anda masih tidak berjumpa dengan pasangan yang sesuai, usah risau.

"Di situ turut disediakan para pelacur yang sanggup membiarkan tubuh mereka diperlakukan lelaki jongos demi beberapa helai rupiah.

‘Hijrah Seks’ Di Gunung Kemukus [2]

Apa yang lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan juga tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan upacara ini daripada terus menyesatkan pengunjungnya, kerana mereka juga dilaporkan ‘untung besar’ setiap kali ritual ini diadakan!

Fenomena ini merupakan sesuatu yang menarik dan menakutkan dalam masa yang sama: Bagaimanakah sebuah negara dengan purata penganut Islam seramai 200 juta, Indonesia masih mempunyai kelompok yang mempercayai kepercayaan karut-marut sehingga menyekutukan Allah SWT sebagai satu-satunya yang wajib disembah?

Hanya kerana beberapa juta rupiah, pihak pentadbiran tempatan bertindak untuk pejam mata dan membiarkan masyarakat hanyut di dalam keseronokan sementara yang hanya akan mendatangkan implikasi negatif seperti penularan penyakit kelamin, HIV/AIDS dan kehamilan luar nikah.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, May 21, 2016

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016 adalah dipelawa memohon.

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
(Jawatan lama Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3)

Syarat permohonan untuk Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; dan
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setarafnya.

Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM 836.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

2. Pemandu Kenderaan Gred H11
(Jawatan lama Pemandu Kenderaan Gred R3)

Syarat permohonan untuk Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh kerajaan;
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP / PMR atau setarafnya.
  • memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan
  • berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred H11:
  • Lesen D: RM 896.15
  • Lesen E/E1/E2: RM 942.30
  • Lesen F/H: RM 988.45
  • Lesen G/I: RM 1,034.60

Deskripsi Tugas

Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya.

Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

3. Pembantu Awam Gred H11
(Jawatan lama Pekerja Awam Gred R1/ Pekerja Awam Khas (Oktokleb/Motobot) Gred R3)

Syarat permohonan untuk Pembantu Awam Gred H11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; dan
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setarafnya.

Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM 850.00

Deskripsi Tugas

Antara tugasan Pembantu Awam H11 adalah:
  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas- tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang;
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot; dan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan sepanjang masa.

4. Pembantu Operasi Gred N11
(Jawatan lama Pembantu Am Pejabat Gred N1)

Syarat permohonan untuk Pembantu Operasi Gred N11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; 
  • dan memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setaraf.

Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM 847.99

Deskripsi Tugas

Antara tugasan Pembantu Operasi Gred N11 adalah:
  • Melaksanakan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna, cekap dan berkesan;
  • Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen;
  • Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan daripada stor pejabat;
  • Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik;
  • Membantu membawa peralatan penggambaran dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan;
  • Memastikan kebersihan dan kekemasan.

Cara Memohon
  1. Muat Turun Syarat dan Kelayakan; SINI
  2. Permohonan secara online; DAFTAR SINI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: Terbuka Sepanjang Tahun (2016)


BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang, mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin dan sebagainya.

Campuran Kunyit Dan Lada Hitam

Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan.

Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau lain-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000-2000 kali ganda.

Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit.

Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.

BACA INI JUGA: Petua Merawat Demam Selsema Tanpa Memakan Ubat

Sumber: Menshealth

Iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA Berhad (31 Mei 2016)

Iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA Berhad (31 Mei 2016)

Syarikat “Government Linked Company (GLC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya, mempelawa individu-individu yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

Jawatan Kosong Kolej FELCRA Berhad

Jawatan kosong
  1. KETUA EKSEKUTIF KOLEJ FELCRA BAND 7/KE3

Syarat Kelayakan Minimum
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Phd akan diberi keutamaan.
  • Memiliki pengalaman minimum 18 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan pendidikan dan pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi (Swasta atau Awam).
  • Mengurus atau membantu dalam urusan projek dan/ atau inisiatif bertaraf antarabangsa dalam apa-apa bidang (cth: Kerajaan, pendidikan, perubatan, pertanian).
  • Menghadiri program Pendidikan Eksekutif sebagai sebahagian daripada usaha peningkatan prestasi profesional.
  • Calon yang memiliki kelayakan profesional teknikal akan menjadi satu kelebihan (iaitu PMI,Ir., Ar.ACCA, CIMA dan lain-lain).
  • Peranan utama Ketua Eksekutif (KE) Kolej FELCRA adalah untuk membangunkan visi dan strategi dengan meletakkan kolej di barisan hadapan dalam arus inovasi pendidikan.
  • Bertanggungjawab untuk memimpin, memberi inspirasi dan membangunkan pasukan pengurusan dan kakitangan, serta sentiasa membangunkan hubungan kerja yang kukuh di antara Pengurusan tertinggi Kolej dan FELCRA Berhad.
  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan menyediakan kepimpinan kepada kakitangan kolej bagi mencerminkan misi, nilai dan aspirasi Kolej.

Muat turun syarat dan kelayakan di SINI.

Gaji adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.

Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma FELCRA Berhad, Aras 4, Bahagian Sumber Manusia.

Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mei 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Makan Sotong Kering Lebih Bahaya Dari Asap Rokok?

Makan Sotong Kering Lebih Bahaya Dari Asap Rokok?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

Bahaya+sotong+kering

Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang.

Selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta.
Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

Mazhab Hanafi Haramkan Makan Sotong

Sebenarnya banyak perkara yang berbeza dalam mazhab Hanafi berbanding mazhab Syafie dan majoriti, contohnya kaki tidak menjadi aurat bagi wanita, cara azan dan iqamah, solat jamak, cara solat, najis dan macam-macam lagi.

Sebenarnya dalam banyak-banyak mazhab, aliran Hanafi sahaja yang agak berbeza dari aspek makanan kerana mereka mengharamkan memakan makanan selain daripada ikan.

Paling ringan pun dalam mazhab Hanafi, makan udang ada yang mengatakan makruh dan kebanyakannya haram. Sotong, ketam dan lain-lain lagi sudah tentulah.

Oleh kerana itu, mereka juga menganggap industri makanan laut haram bagi mereka dan kita janganlah pula pelik dengan pandangan ini.

Kalau dikaji asas hukum ini bukan sembarangan dalil yang mereka gunakan.

Malah, tafsiran mereka dalam konteks ini dikatakan lebih konsisten berbanding mazhab Syafie.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (03 Jun 2016)

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (03 Jun 2016)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Koperasi Kakitangan UiTM Berhad seperti dibawah;

Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan UiTM Berhad

Kekosongan Jawatan
  1. AKAUNTAN

Taraf Jawatan adalah TETAP.

Kelayakan Memohon

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad

Muat turun syarat dan kelayakan di SINI.

Syarat Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat secara bertulis atau email faten@uitmkoop.com.my dengan mengemukakan butir-butir peribadi dan salinan dokumen yang berkaitan pada atau sebelum 03 Jun 2016 kepada;
Setiausaha Kehormat
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
B-13, Tingkat 1,2,3, Worlwide@7,
Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: +03 5510 4512 +603 5512 0689, +603 5519 5912
Faks: +603 5513 0540

Tarikh Tutup Permohonan: 03 Jun 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Supaya madu dapat disimpan lama, haruslah disimpan dalam keadaan tertentu kerana madu mempunyai sifat-sifat yang istimewa.

Cara+Menyimpan+Madu

Simpan madu dalam suhu bilik

Madu memiliki sifat higroskopis, dengan kata lain, madu mudah menyerap zat-zat yang ada di lingkungan sekitarnya.

Oleh itu bekas madu harus tertutup rapat dan jauh dari bahan-bahan yang berbau tajam.

Bekas yang baik untuk menyimpan madu ialah bahan daripada gelas/botol kaca.

Agar terhindar dari proses fermentasi dan kristalisasi, simpanlah pada ruangan dengan suhu sekitar 20 darjah celcius dan kelembaban udara kurang dari 65% (FAO 2007).

Tidak digalakkan untuk menyimpan madu di dalam peti sejuk (refrigerator) kerana mempercepatkan terjadinya kristalisasi dan fermentasi.

Selain itu, jauhkan dari sinar matahari secara langsung kerana dapat merosakkan kualiti madu, glucose oxidase dan menghentikan aktiviti anti-bakteria.

Madu tidak boleh disimpan dalam bekas logam

Ini adalah untuk mencegah pengkaratan dan penyerapan logam berbahaya.

Madu yang disimpan dalam suhu normal, hilang 3.6% khasiatnya pada tahun pertama dan 25.5% pada tahun kedua kerana terjadinya proses fermentasi.

Proses ini menghasilkan alkohol yang selanjutnya berubah menjadi asid asetat. Madu yang rosak rasanya menjadi masam.

BACA INI JUGA: Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Sumber: Remi Thuok

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (27 Mei 2016)

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (27 Mei 2016)

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa calon-calon waganegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti dibawah.

LPPKN

Kekosongan Jawatan

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 2 KEKOSONGAN
  • Bayaran Gaji: RM54.00 sehari
  • Tempoh Pelantikan: 3 hingga 6 bulan (maksimum). Tempoh penyambungan perkhidmatan bergantung kepada keperluan jabatan dan prestasi anggota.

SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia.

Muat turun syarat permohonan di SINI.

1. JAWATAN: FOTOGRAF
  • Sijil Pelajaran Malaysia oleh kerajaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, dan
  • Mempunyai bakat kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera.

2. JAWATAN: PEREKA
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, dan
  • Mempunyai bakat/ kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka.

CARA MEMOHON

Sila kemukakan resume serta salinan sijil ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Sektor Pengurusan Sumber Manusia
Unit Perkhidmatan,
Tingkat 19 Bangunan LPPKN 12B,
Jalan Raja Laut
50712 KUALA LUMPUR

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup penghantaran resume adalah sebelum atau pada 27 Mei 2016 (Jumaat).

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo