Thursday, May 19, 2016

Temuduga Terbuka Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM Sesi 1/16, Sabah, 21-22 Mei 2016

Temuduga Terbuka Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM Sesi 1/16, Sabah, 21-22 Mei 2016

Warganegara Malaysia khususnya warga Sabah yang berkelayakan dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga terbuka pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM Sesi 1/16 KD SRI LIKAS.

PSSTLDM

Unit Simpanan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) akan mengadakan satu sesi Temuduga Terbuka dan Pemilihan Awal Pegawai dan Askar Laskar PSSTLDM, pengambilan ke 6 seperti ketetapan berikut;
  • Tarikh: 21 dan 22 Mei 2016
  • Tempat: Dewan SMK Lok Yuk, Likas
  • Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Pakaian: Pakaian Sukan

1. Syarat Kelayakan Pegawai dan Askar Laskar PSSTLDM

a. Pegawai PSSTLDM
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun.
  • Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100 kilometer.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.

b. Askar Laskar PSSTLDM
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun.
  • Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100 kilometer.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPM(V) atau setaraf.

2. Dokumen yang diperlukan
  • Kad Pengenalan - 1 salinan disahkan oleh JPN
  • Kad Pengenalan Ibu dan Bapa - 1 salinan disahkan oleh JPN
  • Sijil Kelahiran - 1 salinan disahkan oleh JPN
  • Sijil Tamat Sekolah - 1 salinan
  • Sijil SPM/SPM(V)/Diploma/Ijazah - 1 salinan
  • Gambar Berukuran Pasport - 1 salinan
  • Sijil-sijil Pencapaian - 1 salinan

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

IKLAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Huruf Awalan Baharu Untuk Plat Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Huruf Awalan Baharu Untuk Plat Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Menurut laporan The Sun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, huruf F akan diletakkan untuk Putrajaya setelah menerima permintaan dari Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.

F DAN V

"F" bermaksud persekutuan dan mulai 1 Jun, F akan menjadi huruf baru bagi Putrajaya", kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

"Bagi Kuala Lumpur, JPJ akan memperkenalkan huruf V selepas Hari Raya, bagi menyenangkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta membida nombor keemasan, nombor cantik (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Huruf depan baru bagi nombor plate untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diperkenalkan mulai Jun dan Julai ini.

Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan turutan awalan mudah dan nombor dari 1 ke 9999, tidak seperti urutan sekarang.

F DAN V [2]

“Ini berdasarkan kepada penurunan dalam bidaan bagi urutan nombor plat semasa KL. Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.

Dengan awalan baru Putrajaya itu, Aziz menjangkakan 'kemeriahan' dalam membida 'F 1'.

Timbalan Menteri itu berkata: "Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu untuk membeli plat pendaftaran 'F 1' yang dibeli pada harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) untuk Bugatti Veyronnya pada tahun 2008. "

Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu depan.

BACA INI JUGA: 10 Tips Mudah Jimatkan Minyak Kenderaan Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Siakapkeli.my

Iklan Jawatan Kosong Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) Sebelum 30 Mei 2016

Iklan Jawatan Kosong Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) Sebelum 30 Mei 2016

Warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) seperti berikut;

Jawatan+Kosong ASWARA

Kekosongan Jawatan
  1. Pembantu Keselamatan KP17
  2. Pengawal Keselamatan KP11

Cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di pautan dibawah.

Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama;
  • sekeping gambar terbaru berukuran passport
  • salinan sijil kelahiran
  • salinan kad pengenalan
  • salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan
  • resume dan
  • dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan

Muat turun borang dan syarat kelayakan SINI

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm.

Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon dan dihantar ke alamat di bawah:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464. Jalan Tun Ismail.
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel : 03-2697 5258/5448/1209/1128

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mei 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

IKLAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

Memiliki umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat merupakan impian setiap orang, namun tidak semua orang mampu mencapai umur sehingga ratusan tahun dan hanya segelintir sahaja yang mampu mengatasi kenormalan itu.

Emma Morano

Inilah rahsia wanita tertua di dunia iaitu Emma Morano yang tidak diketahui ramai.

Menurut sebuah portal antarabangsa, Emma Morano, 116 tahun; telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu selepas kematian penyandangnya iaitu Susannah Mushatt Jones.

Jones meninggal dunia pada Khamis lalu juga pada usia 116 tahun di New York, Amerika Syarikat.

Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu.

Menurut Morano, rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.

Tambah portal itu lagi, Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.

“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.

Susannah Mushatt Jones
Susannah Mushatt Jones.

Tambah Morano lagi, petua mengamalkan telur mentah sebagai diet harian itu disaran oleh doktornya setelah didignosis menghidap penyakit anemia.

Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.

Semasa Morano dimaklumkan tentang pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh Rekod Guinness, dia memberitahu laman Telegraph menerusi penjaganya, “Saya seusia dengan gunung ganang.”

Kata penjaga Morano iaitu Rosi Santoni, walaupun dia telah lanjut usia, namun kesihatan Morano berada pada tahap yang memberangsangkan.

BACA INI JUGA: Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Sumber: Mynewshub

Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad Tudung SiComel

Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad Tudung SiComel

Instant Shawl Kupu-kupu Edisi Terhad adalah Instant Shawl Hybrid Istimewa TudungSiComel yang dijahit secara Dwi Tone menggunakan materiel Cotton Prada Original berkualiti Korea Istimewa Lembut dan Selesa.

INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD
Instant Shawl Kupu-Kupu Edisi Terhad (Klik gambar).

Edisi Terhad. Hanya 40 helai sahaja dihasilkan bagi setiap warna (10 warna) untuk menjamin ianya kekal Eksklusif.

Jadi yang sempat memilikinya hanyalah Si Comel yang istimewa sahaja (^_^).

Ianya mampu membuatkan Si Comel tampak lebih kemas dan selesa namun tetap bergaya (^_^)

Bunga-bunga tepi dijahit terus dan dihasilkan khas dengan potongan istimewa kanak-kanak. Ini bagi memastikan ianya MUDAH dipakai, TIDAK PERLU menggunakan pin. Mudah dibasuh, LEMBUT dan pastinya SELESA (^_^)

Saiz

INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD [2].gif
INSTANT SHAWL KUPU-KUPU EDISI TERHAD [3].gif
Klik gambar.

Instant Shawl ini dihasilkan dengan 3 saiz khas untuk Si Comel berusia 5-8 tahun, 8-12 tahun dan Ibu (Free saiz).

Bersaiz badan sederhana:
  • Size SS 5-8 tahun
  • Size S 8-12 tahun
  • Saiz Dewasa/Free saiz (TERHAD)

Cuba bayangkan sekiranya Si Comel puan menggayakannya nanti, pasti comel sangat dan pastinya ramai yang akan berkata, woww...comelnya Si Comel awak bertudung, shawl lagi tue (^_^)

Untuk melihat koleksi klik SINI

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Iklan Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sebelum 26 Mei 2016

Iklan Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sebelum 26 Mei 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) seperti berikut:-

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan

Kekosongan Jawatan
  • Bendahari (Pegawai Kewangan) W54

Syarat Kelayakan
  • Muat turun syarat dan kelayakan SINI

Cara memohon:

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Universiti Awam (UA) yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan dan perniagaan, teknologi kreatif dan warisan dan agro-industri dan sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Permohon perlu mengemukakan surat permohonan rasmi beserta Resume/Curriculum Vitae ke alamat berikut:-

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01, 16300 Bachok
Kelantan

Tel: 09-7797051
E-mel: pauzi@umk.edu.my

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Mei 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

IKLAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Wednesday, May 18, 2016

Tonton Sekuel Terbaru Transformers: The Last Knight

Tonton Sekuel Terbaru Transformers: The Last Knight

Tajuk terbaru filem kelima Transformers baru sahaja diumumkan dengan tajuk The Last Knight. Tajuk yang diumumkan agak mirip jika dibandingkan dengan filem kedua Batman arahan Christopher Nolan, The Dark Knight.

Transformers - The Last Knight

Transformers, arahan Michael Bay merupakan antara siri filem yang paling banyak menjana keuntungan di Hollywood.

Meskipun menerima kritikan negatif daripada peminat Transformers sejak dari awal pembikinan filem Transformers, keuntungan yang diterima oleh syarikat Paramount Pictures amatlah memuaskan.

Setakat ini, masih belum ada lagi info tentang plot terbaru filem Transformers ini memandangkan produksi filem terbaru hanya akan mula dijalankan pada 6 Jun 2016.

Filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pada 23 Jun 2017.

Mark Wahlberg selaku pelakon utama bagi filem ini bakal berganding bersama Isabela Moner selaku heroin bagi filem ini.

Terima kasih kepada Paramount Pictures atas teaser pertama filem terbaru Transformers: The Last Knight.


-SENTIASAPANAS.COM

Julia Roberts Berkaki Ayam, Aishwarya Rai Pakai Gincu Pelik!

Julia Roberts Berkaki Ayam, Aishwarya Rai Pakai Gincu Pelik!

Pelakon gred A Hollywood, Julia Roberts meraih perhatian ramai apabila tampil berkaki ayam ketika berjalan melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69, baru-baru ini.

Julia Roberts Berkaki Ayam

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut.

Menurut sumber, biarpun telah melanggar peraturan pemakaian Festival itu, namun disebabkan dia adalah Julia Roberts, perkara itu ditutup sebelah mata oleh pihak penganjur.

Julia hadir pada majlis itu ditemani rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

Pakai Gincu Pelik, Aishwarya Rai Disabotaj Jurusolek?

Aishwarya Rai Weird

Selebriti Bollywood, Aishwarya Rai menerima tohmahan dan kritikan dari peminat terhadap penampilannya pada acara karpet merah Festival Filem Cannes 2016.

Dia menerima kritikan itu kerana memakai gincu bewarna ungu yang dikatakan ganjil dengan penampilan biasanya sehingga menyebabkan wajahnya menjadi hodoh.

Ramai peminat beranggapan bahawa pelakon jelita itu telah disabotaj oleh jurusolek yang sengaja mahu menjatuhkan imejnya.

“Kasihan gincu yang dipakainya tidak sesuai, ia seperti memakai pensel warna milik anaknya.

“Dia mungkin disabotaj oleh jurumekapnya yang sengaja mahu menampakkannya hodoh,” ujarnya.

Bukan sahaja kritikan dari peminat, malah media India juga mengkritik penampilan wanita itu yang dikatakan serba tidak kena dan menampakkannya hodoh dan pelik.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: mStar/Mynewshub

Iklan Jawatan Kosong PERKESO Sebelum 23 Mei 2016

Iklan Jawatan Kosong PERKESO Sebelum 23 Mei 2016

Iklan Jawatan Kerja Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

JAWATAN KOSONG PERKESO - SOCSO

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
  1. Ketua Pelaburan Hartanah Gred 27
  2. Pegawai Penyelidik Ekuiti Gred 25

Panduan Permohonan
  • Muat turun syarat kelayakan SINI
  • Permohonan secara online SINI

INFO

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) ATAU melalui borang permohonan jawatan PKS (T) 70 yang boleh didapati di alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tingkat 10, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mei 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

IKLAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

'Bapa Ayam' Selebriti Terkenal Indonesia Dedah Rahsia!?

'Bapa Ayam' Selebriti Terkenal Indonesia Dedah Rahsia!?

Lelaki yang didakwa menjadi bapa ayam kepada ramai selebriti Indonesia sudah bebas dari Penjara Cipinang beberapa hari lalu.

Nikita Mirzani

Meskipun baru menghirup udara segar di luar penjara, Robby Abbas tidak mengambil langkah berdiam diri, malah mula membuka 'pekung' banyak selebriti yang diuruskannya.

Kata Robby, Nikita Mirzani bukanlah salah seorang selebriti yang mendapatkan khidmatnya mencari pelanggan.

"Nikita tidak pernah datang meminta 'kerja' dengan saya, tapi dia ada kes yang lain, kan?" katanya kepada media.

Sebelum ini Nikita mengancam untuk menyaman Robby jika lelaki itu mengaitkan namanya dengan jaringan sindiket pelacuran dikendalikannya.

Namun Robby menjawab bersahaja, "Saya tak takut dengan ancaman Nikita. Saya ada tuhan," katanya.

Cuma bukan itu saja cerita Robby. Di luar penjara kini Robby bebas bercerita tentang beberapa artis yang menjadi 'anak didiknya' dalam aktiviti berkenaan.

Dia ada 'kunci'

Amel Alvi
Amel Alvi.

Jika dulu dia hanya merujuk beberapa artis wanita yang mendapatkan khidmatnya, AA, TM dan SB, kini dia mendedahkan mereka ialah Amel Alvi, Tyas Mirasih dan Shinta Bachir.

Walaupun ketiga-tiga artis itu segera membuat penafian, Robby sebaliknya mendakwa dia memiliki banyak bukti untuk membuat orang ramai terkejut.

"Saya akan tunjukkan bukti pembabitan mereka. Bukan kerana sakit hati disebabkan penafian demi penafian dibuat tetapi kerana saya sudah berjanji kepada orang ramai.

"Nantilah, saya dedahkan. Ada rahsia besar yang lain lagi. Saya ada kuncinya," kata Robby.

Tyas Mirasih
Tyas Mirasih.

Sementara itu Tyas menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam rangkaian sindiket pelacuran dikendalikan Robby.

Bukan itu saja, malah Tyas mendakwa langsung tidak mengenali Robby, walaupun Robby sebaliknya mengaku mereka saling berkawan sejak lebih lima tahun lalu.

Pada masa sama orang ramai berpeluang melihat imej Tyas sebagai duta beberapa produk dengan sebahagiannya dalam keadaan berpakaian seksi.

Selebriti berusia 29 tahun itu pernah bergaya di depan kamera untuk mempromosi vila mewah di Seminyak.

Shinta Bachir
Shinta Bachir.

Kelihatan berbikini, isu yang menjadi perbincangan netizen malah bukan pakaian itu sebaliknya mereka 'menyelidik' sama ada Tyas memang berpakaian baju renang atau cuma pakaian dalam.

Ia kemudian dibalas Tyas, "Kepada yang tidak tahu, ini namanya bikini fesyen higwaist. Aduuhh.."

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Sumber: Kitabantai/Malaysiakini