Wednesday, May 18, 2016

iPhone 7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Melengkung?

iPhone 7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Melengkung?

Ura-ura mengenai peranti iPhone 7 yang bakal menggunakan kaca AMOLED untuk skrinnya telah sedia tersebar dan dilaporkan bakal hadir ke pasaran pada tahun hadapan.

iPhone 7 Melengkung

Namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja, sebuah syarikat penganalisa terkemuka telah mengesahkan iPhone keluaran baharu itu turut dikhabarkan akan hadir dengan rekaan seumpama iPhone 4.

Ia bakal muncul dengan bingkai berasaskan logam dan bingkai kaca melengkung. Secara tidak langsung ia menawarkan rekaan yang lebih selesa di tangan dan bahagian tepi bingkai yang lebih nipis.

Laporan portal 9to5mac turut mendedadahkan iPhone 7 akan hadir dengan saiz yang dijangka berukuran 4.7 dan 5.8 inci dan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Biarpun ini hanya sekadar jangkaan daripada penganalisa sahaja, tetapi beberapa perkara yang didedahkan oleh portal tersebut telah diperkatakan sejak sebelum ini.

Ia sekali gus memberikan kemungkinan besar untuk Apple mengimplementasikannya.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Sumber: Kompas/Mynewshub

TPPA Dan Sejarah Penjajahan Melalui 'Perdagangan Bebas'

TPPA Dan Sejarah Penjajahan Melalui 'Perdagangan Bebas'

Penjajahan tidak boleh disempitkan sekadar kehilangan kedaulatan secara mutlak seperti Palestin yang dirampas banyak hak asasi mereka.

TPPA penjajahan bentuk baru

Penjajahan boleh difahami dalam dua bentuk:
  1. Penjajahan Langsung (Formal)
  2. Penjajahan tidak langsung (Informal)

Penjajahan “informal” selalunya timbul melalui pintu ekonomi khususnya melalui jalan perdagangan. Dan kebiasaanya dalam sejarah, penjajahan “informal” ini akan berubah menjadi penjajahan “formal” yang lebih mencengkam.

Penjajahan “informal” juga sering hadir dalam bentuk di mana kedaulatan sesebuah negara menjadi semakin longgar bilamana kuasa mengurus tadbir dan membuat keputusan menjadi semakin lemah akibat tekanan daripada penjajah “informal” ini.

Kes terbaru ialah negara Greece. Biarpun ianya masih wujud sebagai sebuah negara berdaulat, masalah hutang negara yang menggila telah menjadikan Greece seperti sebuah “negara tawanan” (vassal state) kepada peminjam Greece yang terdiri daripada bank-bank Eropah yang turut sama dikawal selia oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank – ECB) yang berpusat di Frankfurt, Jerman).

Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara Greece kini tidak lagi boleh ditentukan oleh kerajaannya di Athens kerana banyak syarat-syarat ketat yang dipaksa oleh ECB ke atas Greece demi memastikan Greece tidak lagi gagal melunaskan hutang tertunggak (defaulted).

Maka banyak aset negara Greece seperti pulau, lapangan terbang dipaksa gadai oleh ECB melalui dasar pengswastaan kepada syarikat asing agar kerajaan Greece dapat menjana tunai untuk membayar hutang.

Bukan itu saja, kerajaan Greece ditekan oleh ECB untuk memotong bajet negara mereka seperti pemotongan subsidi dan catuan pengeluaran tunai oleh bank tempatan Greece kerana keutamaan bajet negara adalah untuk melangsaikan hutang kepada bank-bank Eropah yang memberi pinjaman kepada Greece.

Hal yang sama pernah berlaku kepada banyak negara-negara Latin Amerika, Afrika dan jiran kita Indonesia kerana gagal membayar hutang.

Demi melangsaikan hutang, mereka mengambil pakej bantuan kewangan IMF dan Bank Dunia yang meletakkan syarat bahawa kerajaan mereka harus membuka pasaran dan memotong subsidi agar syarikat dan produk swasta dari luar dapat membeli aset-aset negara mereka dengan harga yang murah.

Akhirnya negara-negara ini walaupun masih punya kedaulatan politik, dari segi ekonomi mereka tidak dapat kawalan sepenuhnya kerana perjanjian yang dimeterai amat merugikan mereka.

Negara-negara tertawan secara “informal” (vassalages) selalunya mempunyai “penawan ‘informal’” yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai “suzerain”.

Contoh terbaik “vassalages” moden ialah Jerman dan Jepun yang kalah Perang Dunia Ke-2 dan menerima Amerika Syarikat sebagai “suzerain” mereka.

Apa buktinya?

Jerman dibawah Perjanjian Postman 1945 yang dipersetujui tiga kuasa besar Bersekutu (Allied) iaitu Amerika, Britiain dan Kesatuan Soviet (kini Russia) telah menubuhkan “Allied Control Council” bagi merencana semula Jerman khusus proses “penyah-Nazi-an” (denazification) dan penyah-ketenteraan (demilitarization).

Jepun juga menerima nasib yang sama bilamana perlembagaan baru mereka pasca Perang Dunia ke-2 disusun oleh Supreme Commander Bersekutu dari Amerika Syarikat iaitu General Douglas MacArthur.

Jerman dan Jepun dikawal secara perundangan (perjanjian bersama Amerika Syarikat) juga melalui perlembagaan mereka untuk tidak boleh memiliki badan ketenteraan yang agresif; hanya untuk pertahanan.

Jerman di kawal oleh NATO secara kolektif sebagai pertahanan Eropah dan Jepun secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat melalui perjanjian “Anpo jōyaku”.

Kedua-dua negara ini dipaksa menerima pengkalan dan kemudahan (facilities) tentera Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh jumlahnya.

Banyak kumpulan yang membantah TPPA khususnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang menentang IMF dan Bank Dunia iaitu Tun Mahathir menyatakan bantahan mereka kepada TPPA atas dasar ini iaitu penjajahan “informal” yang datang melalui pintu ekonomi.

Rakyat di negara sendiri merempat kerana peluang ekonomi telah diambil oleh orang asing akibat syarat-syarat yang menghalang daripada perlindungan pasaran yang dikenakan pihak yang memberi pinjaman kepada negara.

SEJARAH GELAP PERDAGANGAN BEBAS YANG MENATIJAHKAN PENJAJAHAN LANGSUNG

Benarkah “Perdagangan Bebas” (Free Trade) yang menjadi asas hubungan dagang TPPA ini benar-benar bebas dan adil?

Adakah padang permainan yang peraturannya dilakar oleh Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA ini mampu memberi keadilan kepada semua?

Yang tersurat, 'YA'. TPPA adalah adil dan lebih banyak manfaat daripada mudarat.

Pandangan sebegitu adalah versi “sanitized” yakni gambaran yang terlampau optimis dan tidak menggambarkan hakikat sejarah perdagangan bebas.

Untuk memahami hakikat sebenar, kita haruslah faham yang tersirat berhubung peranan perdagangan bebas sebagai alat pengacah untuk menjajah ekonomi seterusnya negara yang kalah dalam berdagang.

Bila bercakap tentang sejarah perdagangan bebas kita tidak dapat lari daripada mengkaji sejarah Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company – BEIC).

Britain menjadi kuasa imperial dunia pada satu ketika dahulu kerana mereka merajai laut (controlling the seas) yang merupakan laluan perdagangan utama dunia.

Britain tidak menghantar askar untuk menjajah India, juga Tanah Melayu sebaliknya yang pertama sekali datang dan dihantar oleh keluarga diraja Britain ialah para pedagang BEIC.

Sosok seperti Francis Light yang ambil Pulau Pinang daripada Kedah dan Stamfford Raffles yang ambil Singapura [dulu Temasik] daripada Kesultanan Johor adalah pedagang yang berkait dengan BEIC bukannya askar diraja Inggeris.

Keluarga diraja Britain hanya ada kuasa tidak langsung (indirect control) ke atas BEIC yang diberi piagam (charter) seperti satu lesen untuk mereka berdagang ke seluruh dunia khususnya kuasa memonopoli jalan perdagangan di sebelah Timur bagi pihak kerajaan British.

BEIC juga diberi lesen untuk memiliki tentera persendirian (private armies) untuk mengawal selia aktiviti perdagangan mereka.

Ringkasnya modus operandi BEIC adalah mendapatkan lesen berdagang juga tempat berniaga yang khusus (trading post) di pelabuhan-pelabuhan penting di Timur.

Dari kebenaran inilah mereka mendapat “market access” sama seperti mana yang DS Mustapa kerap pertahankan akan kepentingan TPPA buat Malaysia.

Bermula dengan “trading post”, para pedagang BEIC membiasakan diri dengan budaya, bahasa dan perundangan setempat baik di India, China dan Alam Melayu.

Lama kelamaan mereka mendapat hati para pembesar tempatan dan membina jaringan persahabatan sampailah kepada istana.

Daripada “trading post” mereka diberi keizinan untuk membina kilang-kilang untuk pengeluaran produk. Bila perniagaan dan perdagangan mereka bertambah maju, askar persendirian mereka juga makin meningkat.

Kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang ada pada BEIC ini akhirnya menjadi asas kepada kerjasama erat antara BEIC dan golongan istana dan pembesar.

Masing-masing daripada golongan ini cuba mendapatkan bantuan perlindungan daripada BEIC untuk menjaga mereka daripada golongan pemberontak dalam istana mahupun diluar.

Seperti contoh golongan Nawab (pembesar Muslim di India) yang mendapatkan bantuan perlindungan BEIC akan memberi konsesi perdagangan kepada BEIC sebagai bayaran perlindungan.

Persaingan Syarikat Hindia Timur daripada negara Eropah lain seperti Perancis yang turut sama memberi perlindungan kepadada pembesar tempatan yang lain.

Persaingan sengit antara syarikat-syarikat ini akhirnya menimbulkan permintaan daripada BEIC untuk menaik tarafkan kilang-kilang mereka menjadi kubu-kubu pertahanan (forts – seperti contoh Fort Cornwallis di Pulau Pinang) dengan alasan melindungi kepentingan perdagangan mereka.

Para pedagang BEIC ini juga licik dalam melagakan sesama pembesar tempatan dan istana agar kebergantungan mereka kepada BEIC semakin mengukuh. Bilamana konflik yang dileraikan oleh BEIC untuk pembesar tempatan menunjukkan hasil rasa keberhutangan kepada BEIC menjadi lebih besar.

Persaingan antara BEIC dan Syarikat Hindia Timur Perancis (FEIC) akhinya mencetuskan Pertempuran Palashi (Battle of Plassey) di Bengal pada 1757.

BEIC pantas menghidu peluang untuk melemahkan pembesar Bengal Siraj al-Dawlah yang banyak persoalkan keuntungan luar biasa syarikat-syarikat Eropah ini yang menggunakan kekayaan perdagangan mereka untuk memperbesarkan lagi kubu-kubu mereka atas alasan melindungi kepentingan mereka di India.

Ada banyak pertempuran lanjutan dan jalan cerita yang kompleks tetapi peristiwa penting ialah BEIC tidak akan mengalah dengan Siraj al-Dawlah. BEIC merasuah Mir Jafar yang merupakan komander tentera Siraj al-Dawlah dan juga berjanji melantik Mir Jafar sebagai pengganti Siraj al-Dawlah maka berlakukah pertempuran sengit dan panjang sehingga akhirnya Siraj al-Dawlah dikalahkan melalui pakatan BEIC dan Mir Jafar.

Seperti kisah pengkhianatan yang biasa kita dengar, Mir Jafar dijatuhkan oleh BEIC dan melantik pemimpin boneka Mir Qasim.

Bermula daripada saat itu BEIC berjaya menguasai politik dan ekonomi (melalui kerahan cukai) sehinggalah tiba Akta Kerajaan India 1858 yang diluluskan Parlimen British untuk “mencairkan” (liquidate) BEIC dan mengambil alih India daripada BEIC untuk diletakkan di bawah wilayah jajahan Permaisuri Victoria.

Hal yang sama berlaku kepada China yang kehilangan Hong Kong melalui Perjanjian Nanking 1842. Semuanya bermula kerana atas alasan “perdagangan bebas” untuk mengimbangi semula perdagangan antara China dan Britain.

Barangan China seperti sutera, teh dan porselin sangat diminati di Eropah tetapi barangan Eropah langsung tidak diminati oleh China yang tidak bergantung dengan dunia luar untuk hidup.

Maka banyak aliran duit perak dari Eropah masuk ke China. China mengawal ketat perdagangan mereka menggunakan “Sistem Kanton” yang menyekat peluang pedagang asing.

Untuk memecah sekatan ini BEIC menjual candu (opium) yang ditanam di India untuk dieksport seludup ke China yang mengawal ketat perdagangan candu.

Bilamana candu semakin menjadi ketagihan orang China begitu juga dengan aliran keluar duit perak, kerajaan China di bawah Dinasti Qing telah mengambil tindakan tegas menutup perdagangan dan merampas candu yang diseludup oleh BEIC.

Kerajaan British mengambil langkah drastik menggunakan alasan sekatan perdagangan bebas oleh China untuk melancarkan serangan ketenteraan laut yang memulakan Perang Candu Pertama (1839-42).

Kekalahan China di tangan British inilah menatijahkan Perjanjian Nanking yang berat sebelah yang memaksa China membuka pelabuhannya untuk Britain, perlindungan perundangan khusus untuk warga Britain juga hilangnya Hong Kong kepada Britain.

Selepas Perang Candu Kedua, perdagangan Candu telah dipaksa halalkan (legalized) melalui Perjanjian Tianjin 1858 yang bukan saja membuka lebih luas ruang pasaran untuk kuasa Eropah, meningkatkan kadar kemasukan candu ke China yang merosakkan masyarakatnya tapi juga membuka jalan kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian di China secara rasmi!

Malah bank tersohor dunia iaitu Hong Kong and Shaghai Banking Corporation (HSBC) muncul selepas Perang Candu Kedua untuk mengurus simpanan kekayaan BEIC hasil dagangan candu. Disinilah bermula saat pengubahan wang haram (money laundering) melalui bank!

Apa kesannya kepada China? 100 tahun penuh kehinaan yang membuka kepada kejatuhan Dinasti Qing, penjajahan Jepun sampailah kepada Revolusi Budaya Mao Zedong. Semuanya bermula dengan alasan “Perdagangan Bebas”.

APA JADI PADA BEIC?

BEIC memang luput dari segi rupa dan bentuk bilamana kerajaan British mengambil alih jajahan mereka di Timur tetapi semangat dan citra mereka masih mekar di The City of London dan seterusnya mula bertapak di Wall Street, Amerika Syarikat.

BEIC adalah benih dan model “Joint Stock Company” (JSC) kepada lahirnya syarikat multinasional gergasi (MNC) yang ada pada hari ini.

Dan syarikat-syarikat inilah yang merangka agenda “Perdagangan Bebas” (Free Trade) dunia bermula dengan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) pada 1947, sampailah kepada NAFTA, WTO dan kini TPPA.

Mereka inilah yang melobi dan mendanai kongres Amerika yang dipimpin oleh Presiden Obama. Maka agenda TPPA ini sebenarnya adalah agenda pewaris BEIC.

Mereka ada pengalaman yang panjang dan luas, kelicikan yang tajam dan kepandaian untuk menggunakan jalan perundangan untuk mengaut keuntungan secara tidak adil dengan berselindung di balik nama “Free Trade”.

Merekalah yang menjadi “fronts” kepada para bankers di Wall Street dan The City of London.

Mereka juga yang menjadi tiang seri Trilateral Commission dan Bildeberg.

Maka dengan ini saya mengajak para pembaca dan juga DS Mustapa untuk menilai semula hujah bahawa TPPA tidak membawa kepada penjajahan itu adalah satu “underestimation” akan kemampuan pengatur cara perjanjian TPPA yang terdiri daripada pewaris BEIC yang menjajah 2/3 dunia pada satu ketika – termasuklah di Alam Melayu.

Perdagangan adalah peperangan. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa “al-Ḥarb Khadʿah” (peperangan itu adalah tipu daya).

Berperang pada zaman moden tidak semestinya dengan senjata tetapi juga melalui “lawfare” iaitu jalan perundangan seperti TPPA.

BACA INI JUGA: TPPA, Cara Merompak Kekayaan Secara Sah!

Sumber: Rausyanfikir

Posisi Hubungan Intim Mampu Kuruskan Badan!

Posisi Hubungan Intim Mampu Kuruskan Badan!

Tiada masa untuk ke gim mahupun bersenam? Bagaimana kalau anda boleh turun berat badan ketika sesi intimasi bersama suami? Ya, melakukan hubungan intim boleh membantu dalam membakar kalori dalam tubuh badan. Segalanya bergantung kepada posisi seks yang dikatakan mampu untuk memberi efek pada fizikal tubuh.

Posisi suami isteri
Gambar hiasan.

Dipercayai ada beberapa posisi dapat membantu tetapi bergantung kepada kesesuaian kerana ia bergantung kepada keselesaan serta amalan gaya hidup setiap pasangan.

Jika tidak sesuai, jadikan info ini sebagai maklumat tambahan saja ya.

1. Posisi Cowgirl

Posisi seakan menunggang kuda dianggap sebagai salah satu senaman yang di mana bahagian bawah badan wanita mendapat pendedahan maksimum.

Punggung akan turut sama bersenam dalam memberikan bentuk yang lebih cantik dan padat. Untuk menambah lagi keseronokkan dan peluh, lakukan squat di atas tubuh badan suami anda dan seimbangkan tubuh anda di bahagian badan atas dan jadikan ia sebagai satu senaman yang seksi.

2. Posisi Lotus

Satu posisi seks yang sangat memberikan kehangatan peluh adalah posisi lotus. Posisi ini dilakukan dengan kedudukan di mana isteri duduk di atas riba suami serta berhadapan dengannya.

Suami turut sama dalam kedudukan duduk. Tatkala kalian bersedudukan dengan menghayati ritma ketika sesi intimasi, punggung dan paha akan mendapat senaman yang maksimum.

Teruskan melakukan posisi ini kerana ia pasti buatkan anda terus menghentikan yuran gim.

3. Posisi Lama (Diperbaharui)

Ternyata posisi yang sudah usang di dalam buku intimasi sangat efektif dalam memberikan punggung yang mantap.

Isteri dalam kedudukan baring dan postur kaki menegak ke langit manakala suami dalam kedudukan melutut mengikut paras ketinggian tubuh isteri.

Apabila isteri menegakkan kakinya pelvik akan turut berada sedikit lebih tinggi dengan posisi ini yang mana tulang belakang turut menegak.

4. Posisi berdiri

Posisi ini ternyata agak mencabar kerana suami memerlukan tenaga yang lebih untuk mengangkat isteri sepenuhnya.

Lakukan pada kedudukan suami dan isteri berhadapan satu sama lain. Suami perlu mengimbangi isteri dengan sepenuhnya serta isteri perlukan kekuatan yang lebih untuk berpaut sepenuhnya pada tubuh suami.

Posisi ini mampu memberikan stamina dan mengurangkan berat badan pada kedua-duanya sama ada isteri atau pun suami.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Teknologi Membaca Minda!

Teknologi Membaca Minda!

Teknologi membaca minda tidak lagi terhad dalam kisah fiksyen sains atau fantasi. Sebaliknya, teknologi ini makin hampir direalisasikan.

Teknologi Membaca Minda!

Menerusi sains, imej di dalam otak manusia dapat dicipta semula menggunakan teknik pengimbas yang popular dalam bidang perubatan.

Proses membaca minda ini melibatkan fungsi pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pengimejan resonans magnetik kefungsian (fMRI), sejenis alat pengimbas yang sering diaplikasikan bagi pendiagnosisan tumor dan anomali otak.

Terkini, fMRI dan model simulasi pengkomputeran digunakan oleh ahli sains bagi mencipta semula imej dinamik yang dilihat oleh manusia secara visual.

Hal ini bermakna apa-apa yang dilihat dan difikirkan oleh manusia dapat dinyahkodkan dengan bantuan sains dan teknologi.

MRI merupakan alat diagnostik yang digunakan bagi menangkap imej organ di dalam tubuh. Antaranya termasuklah otak, sumsum tulang belakang, saraf, dada, perut, pembuluh darah dan jantung.

Alat ini kerap dipilih oleh doktor kerana medan magnet dan gelombang frekuensi radio yang digunakan tidak memudaratkan pesakit.

Malah MRI didapati sesuai digunakan bagi pesakit yang menderitai penyakit pada tahap kronik, seperti kanser.

Hal ini dikatakan demikian kerana sebarang pembedahan atau pendedahan terhadap radiasi sinar-X tidak diperlukan.

BACA INI JUGA: MK Ultra, Projek Rahsia Kawalan Minda CIA

Sumber: Dwnkosmik

Panduan Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

Panduan Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya.

Rumah Lelong

Untung Besar, Risiko Pun Besar. Ini adalah hakikat di dalam dunia pelaburan! Tiada siapa yang boleh menafikannya!

Pelaburan yang memberikan keuntungan kecil, risikonya adalah kecil, manakala pelaburan yang memberikan keuntungan yang besar, maka risikonya pun adalah besar!

Namun begitu, RISIKO ini sebenarnya boleh dikurangkan!

Bercakap tentang RISIKO, saya gemar merujuk kepada kata-kata dari Pelabur Terkaya di dunia! iaitu Warren Buffett.

Kata beliau... "Risk comes from not knowing what you're doing." Bermaksud, "Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan!"

Disebabkan itulah, jika anda ingin melakukan sesuatu seperti menceburi bidang pelaburan hartanah yang lumayan ini!

Anda perlulah terlebih dahulu belajar, menuntut ilmu dan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum melakukannya. Dengan mengetahui apa yang anda lakukan, kadar RISIKO dapat dikurangkan!

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko tersebut, adalah belajar daripada orang-orang yang pernah melakukannya.

Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-

BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
  • 6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
  • 5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
  • 7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
  • 7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
  • Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh irbu ringgit.

BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
  • Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
  • Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.

BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
  • Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
  • Apakah dokumen yang diperlukan? Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
  • Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
  • Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
  • Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

"Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan!"

Muat turun panduan ebook ini di SINI!

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 17, 2016

Buat 5 Perkara Ini Kalau Nak Bakar Kalori Dengan Cepat!

Buat 5 Perkara Ini Kalau Nak Bakar Kalori Dengan Cepat!

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisma merupakan perkara yang sangat penting kerana ia memberi kesan kepada badan anda dalam proses membakar kalori.

Bakar Kalori Dengan Cepat

Semakin tinggi tahap metabolisma, semakin banyak kalori yang akan dibakar oleh badan anda, jadi jika ingin membakar kalori dengan cepat, anda perlu mengamalkan 5 cara ini:

1. Minum air kosong

Cara ini dibuktikan secara saintifik mampu meningkatkan metabolisma badan. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak membuatkan anda berhidrasi dengan baik dan akan membakar lemak secara berkesan.

2. Membentuk otot

Membentuk otot juga akan bantu meningkatkan metabolisma badan dan latihan selang intensiti tinggi seperti senam robik dan zumba akan membakar kalori dengan lebih cepat.

3. Tidur yang berkualiti

Beberapa kajian membuktikan terdapat hubungan yang berkait antara tidur dan kadar metabolisma. Mereka yang tidak mendapatkan tidur yang berkualiti mempunyai tahap metabolisma yang lebih lambat dan akan membantutkan proses pembakaran kalori dalam badan.

4. Makan makanan tinggi protein

Makanan yang tinggi dengan protein dikenali mempunyai kesan yang besar terhadap peratusan membakar lemak dalam tubuh badan. Makanan yang tinggi protein antaranya ikan, gandum dan buah oren.

5. Minum teh hijau

Teh hijau merupakan pengambilan bebas kalori dan mempunyai antioksidan dan menurut kajian, ia akan mempercepatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan metabolisma dengan cepat.

BACA INI JUGA: 10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Pantas

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Kamera Smartphone Ketika Pertarungan Mike Tyson!?

Misteri Kamera Smartphone Ketika Pertarungan Mike Tyson!?

Sebuah video mencetuskan viral di laman sosial apabila seorang YouTuber, Eagle-eyed, berkongsikan sesuatu yang misteri sewaktu pertarungan di antara lagenda tinju, Mike Tyson menentang Peter McNeeley pada tahun 1995.

Mike Tyson fight 1995 Mystery

Perkara yang menjadi persoalan di kalangan netizen ialah seorang penonton dilihat merakam perlawanan itu menggunakan telefon bimbit berkamera sedangkan ia masih belum wujud ketika itu.

Kebanyakan telefon bimbit pada ketika itu bukan sahaja tidak mempunyai kamera malah bersaiz besar dan mempunyai antena.

Perkara ini menimbulkan tanda-tanya di kalangan orang ramai, bagaimanakah penonton berkenaan boleh memiliki telefon bimbit berkamera pada ketika itu?

Memandangkan telefon bimbit dengan aplikasi kamera hanya mula dikeluarkan pada tahun 2000, mungkinkah mesin merentas masa benar-benar wujud?

BACA INI JUGA: Mike Tyson Dedah Rahsia 12 Gaya Liar Ketika Bernafsu



sumber: mynewshub

Sekotak Rokok Di Australia Berharga RM117

Sekotak Rokok Di Australia Berharga RM117

Penganalisis kesihatan di Australia berharap kenaikan tinggi cukai rokok bakal menurunkan jumlah perokok domestik secara drastik sehingga negara itu langsung menjadi bebas daripada asap rokok.

rOKOK+mAHAL

Jumlah perokok tegar di Australia khasnya golongan muda terus menurun selama beberapa dekad terakhir, daripada kira-kira 25 peratus jumlah penduduknya awal 1990-an lalu kepada hanya sekitar 13 peratus ketika ini.

Penurunan dahsyat itu disebabkan trend naik berterusan cukai tembakau, diikuti dengan semakin ketatnya perintah larangan merokok di pelbagai tempat awam dan peraturan bungkusan rokok dengan label cukup mengerikan.

Dalam pengumuman rasmi bajet nasional Australia yang terbaharu, pemerintah pusat kembali dijangka mula meningkatkan tarif cukai semasa tembakau sehingga 12.5 peratus selama tempoh empat tahun ke hadapan.

Menerusi peningkatan duti cukai ini, harga jualan runcit sebungkus rokok dengan 20 batang di Australia boleh mencecah A$40 (kira-kira RM117) menjelang 2020 dan peningkatan ini menerima keluhan ramai perokok.

Samantha, seorang penuntut universiti berusia 21 tahun, menyatakan, semakin mahalnya harga rokok bakal membuatkan sebilangan perokok muda terpaksa memutuskan untuk langsung berhenti tabiat merokok.

“Ini bererti saya harus langsung berhenti merokok. Tidak mampu untuk membeli A$40 sekotak, terlalu luar biasa harganya. Saya nanti perlu menghabiskan A$200 (RM586) hanya untuk keperlua merokok sebulan,” ujarnya.

Yalcin, warga Australia berdarah Jerman pula menyatakan, harga rokok di Australia lebih mahal dibandingkan di negara asalnya sendiri. Tidak hanya itu, dia berasa Australia pun kurang menerima baik kehadiran perokok.

“Saya bahkan menerima kesan bahawa merokok ganja jauh lebih diterima masyarakat dibandingkan merokok tembakau biasa. Anda dianggap sebagai orang jijik jika merokok di Australia,” katanya yang berumur 25 tahun.

Namun, lain halnya dengan Joanne, warga emas berusia 52 tahun yang telah merokok selama lebih 40 tahun. Dia bangga mengatakan bahawa kenaikan harga runcit tidak akan menghentikan dia daripada tabiat merokok.

“Pemerintah menyasarkan tempat salah. Saya fikir perokok hanya dijadikan ‘kambing hitam’ untuk meningkatkan pendapatan negara,” katanya sambil menegaskan akan tetap merokok dan mengurangkan bajet untuk berlibur.

Sementara itu, Sanchia Aranda, Pengarah Eksekutif Dewan Kanser Australia, menjelaskan bahawa harga jualan menjadi faktor penting bagi pengguna khasnya remaja untuk memutuskan sama ada mahu merokok atau tidak.

“Sekitar 320,000 perokok akan muncul dan kemungkinan besar berhenti… cukai tinggi ini halang 40,000 remaja berpotensi jadi perokok. Dalam jangka panjang bererti puluhan ribu kematian akibat barah dapat dicegah,” katanya.

BACA INI JUGA: 'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Awas Jika Makan Pisang Secara 'Menggoda'!

Awas Jika Makan Pisang Secara 'Menggoda'!

Pihak berkuasa di China telah memperkenalkan peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk larangan makan pisang secara 'menggoda'.

Awas jika makan pisang secara 'menggoda'

Peraturan baru itu bermakna laman web video atas talian perlu berwaspada untuk memastikan tiada seorang pun daripada pengguna mereka merakamkan video makan pisang secara menggoda, menurut media tempatan.

Pada bulan April, Kementerian Kebudayaan mengumumkan pihaknya sedang menyiasat beberapa laman web popular yang menyiarkan bahan "membahayakan moral sosial".

Disebalik larangan itu, laman-laman tersebut semakin popular di China, terutamanya sesi webcam melibatkan wanita muda atau kadang-kadang di bawah umur.

New Express Daily mendakwa, tiga suku pengguna adalah lelaki dan 26% berusia di bawah 18 tahun.

Bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan peraturan pelik itu dan berkata pengharaman itu dilihat sesuatu yang sukar dikuatkuasakan.

Kerajaan China di bawah Presiden Xi Jinping mempunyai salah satu dasar Internet paling ketat di dunia.

Laman media sosial kerap dipadam jika mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan dan laman web berita asing seperti New York Times turut disekat.

BACA INI JUGA: Tips Puaskan Suami Diranjang

Sumber: SH

Abang Long Fadhil, Gengster Yang Bertaubat Selepas Mimpi Kiamat!

Abang Long Fadhil, Gengster Yang Bertaubat Selepas Mimpi Kiamat!

Gara-gara mimpi hari kiamat seorang gengster dari negara jiran yang dikenali dengan nama 'Abang Long Fadhil' atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT.

Muhd Fadhi - Abang Long Fadhill

Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.

“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.

“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati.

“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan Ar-Rahman TV.

Fadhil turut memberitahu beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah.

“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.

“Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati... sayunya semacam,” katanya.

Bercerita kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dicacah pada tubuhnya seawal usia 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya.

“Tatu pertama nama saya, Fadhil di tangan. Tapi paling sakit di dahi dan leher ini. Ini semua kawan-kawan tolong buatkan.

“Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya,” katanya.

Mengakui ramai rakan-rakan lamanya yang berbangsa Cina terkejut dengan perubahannya, namun, mereka masih beri sokongan moral meskipun sudah tidak lagi bersama mereka.

Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya dan jalan baharu dipilihnya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan si ibu.

Sementara itu, ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak ‘membuangnya’.

“Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.

“Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang,” katanya mengalirkan air mata.

BACA INI JUGA: Ketua Gangster Wanita Yang Sangat Terkenal

Sumber: SH