Tuesday, May 17, 2016

Video Wanita Kencing Dalam Lif Viral

Video Wanita Kencing Dalam Lif Viral

Tindakan tidak senonoh seorang wanita di Hong Kong, membuang air kecil dalam lif memakan diri sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Video Wanita Kencing Dalam Lif Viral

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu



Sumber: SH

Program MyBeras Untuk Isi Rumah Miskin Tegar Bermula 1 Jun 2016

Program MyBeras Untuk Isi Rumah Miskin Tegar Bermula 1 Jun 2016

Program MyBeras merupakan program pengagihan beras secara percuma kepada golongan miskin bagi membendung ketirisan subsidi kerajaan sekaligus memastikan hanya golongan yang layak menerima bantuan 20 kilogram beras percuma setiap bulan.

Program MyBeras

Program MyBeras akan dilaksanakan pada 1 Jun 2016 dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti sebanyak 95,528 penerima MyBeras pada bulan pertama.

Ia terdiri daripada 83,294 ketua isi rumah di bawah golongan miskin tegar daripada senarai e-Kasih dan 12,234 ketua isi rumah daripada senarai eDamak yang diselaraskan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Proses pengedaran bantuan beras ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Pertubuhan Peladang Kawasan bagi penerima di Semenanjung.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bagi negeri Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak.

BACA INI JUGA: Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Sumber: BERNAMA

Bunga Citra Lestari Kini Berhijab?

Bunga Citra Lestari Kini Berhijab?

Pelakon dan penyanyi kelahiran negara seberang, Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan seronok dan berasa selesa apabila mengenakan hijab. Malah kelihatan lebih ayu dari kebiasaan.

Bunga Citra Lestari (BCL) Bertudung

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan perubahan ini, namun jelas BCL, dia berhijab adalah untuk menjayakan sebuah watak dalam filem terbarunya iaitu Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea.

Walaupun begitu, perubahan ‘sementara’ itu turut disenangi oleh suaminya iaitu pelakon yang berasal dari Malaysia, Asyraf Sinclair.

“Alhamdulillah suami senang. Teman ada yang kaget, tapi jujur, aku sendiri pas lihat di kaca pakai jilbab, aku malah senang,” ujar BCL semasa sidang media filem terbaharunya itu.

Menurut BCL kepada sebuah portal Indonesia, walaupum selesa berhijab, namun dia berasa belum tiba waktunya lagi kerana banyak perkara yang perlu dipersiapkan untuk tampil berhijab sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti.

“Masih ada banyak proses sebelum saya sampai ke tahap itu,” katanya.

Tambahnya aktres berusia 33 itu lagi, semasa mengenakan tudung, dia terasa seakan melihat sisinya yang lain.

Di dalam filem itu, BCL memegang watak Raina seorang wanita bertudung yang mengembara ke Korea Selatan untuk melanjutkan pelajaran.

Sepanjang berada di negara asing itu, Rania mengalami banyak rintangan, daripada masalah kewangan hinggalah penyakit yang dihidapinya.

Dalam masa sulit itu Rania bertemu seorang pemuda Korea bernama Hyun Gen. Pertemuan itu membibitkan kisah cinta antara dirinya dan pemuda kelahiran negara ‘kimchi’ itu.

Namun BCL pun menegaskan bahawa siapa pun Raina, ianya berbeza dengan dirinya di dunia realiti.

“Buat saya, begitu start set, nah, berarti itu bukan BCL lagi. Aku sudah jadi Raina. Raina berbeda sama BCL,” jelasnya.

Bagi peminat-peminat BCL di Malaysia, kami hidangkan anda dengan trailer filem baru lakonan BCL. Selamat menonton.

BACA INI JUGA: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, May 16, 2016

Astro Menipu, Pelanggan 'Ajar' Macamana Nak 'Lawan'!

Astro Menipu, Pelanggan 'Ajar' Macamana Nak 'Lawan'!

Kes yang dialami seorang wanita, Novianti Mohd Zain menjadi viral baru-baru ini dan perkongsiannya mendapat perhatian daripada netizen.

Astro+Penipu

Kisah pelanggan teraniaya bukanlah kisah baharu, sebaliknya ada sahaja kes lebih kurang begini dilaporkan terjadi setiap hari.

Ceritanya, Novianti sudah membatalkan langganan bulanannya dengan Astro tetapi bil bulanan selepas itu tetap juga datang.

Menurutnya, tindakan pusat khidmat pelanggan Astro yang sering melengah-lengahkan aduannya membuatkan dia terpaksa membawa hal itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Hanya selepas dilaporkan, barulah kesnya dipandang pihak Astro dan mereka mengambil keputusan memadamkan bil tertunggak yang dihantar kepadanya sebelum ini.

Di bawah merupakan perkongsian Novianti yang mengharapkan kisahnya dapat menjadi pengajaran kepada individu yang pernah ‘dibuli’ oleh mana-mana peniaga atau syarikat sebelum ini.

23 Februari 2016

Saya telah menghubungi Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya dimaklumkan bahawa saya perlu menjelaskan bayaran 1 bulan notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Februari 2016

Saya menyelesaikan bayaran 1 bulan notis dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet, CIMBClicks sebanyak RM46.20. Bererti saya masih boleh menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac.

*Sila rujuk gambar yang dilampirkan.

6 @ 7 Mac 2016

Wakil Astro telah menghubungi saya dan bertanya:

"Adakah puan masih menerima bil Astro?"

Saya jawab tidak dan ketika ini saya tidak menerima sebarang bil dari Astro.

"Adakah puan pasti ingin menamatkan langganan Astro?"

Saya jawab Ya.

*Panggilan ini dibuat ketika saya berada di pejabat.

Sebaik saya pulang ke rumah, saya mendapati servis Astro sudah ditamatkan kerana televisyen gelap seperti tidak menerima sebarang isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu dekoder menyala.

Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis, perkhidmatan Astro saya telah ditamatkan.

Namun saya mendiamkan diri sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan membuang masa untuk menelefon Astro Call Centre.

Saya juga telah mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder kerana saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro.

3 April 2016

Tiba-tiba saya menerima bil Astro bagi bulan April. Bil bagi bulan Mac pula tiada. Bil bulan April berjumlah RM39.45.

Saya menghubungi pihak Astro untuk bertanyakan tentang status akaun saya dan mereka menyatakan bahawa akaun saya diaktifkan semula.

Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menghubungi saya sebelum ini untuk tujuan penamatan servis langganan.

Pegawai perkhidmatan pelanggan berkenaan menyatakan bahawa mereka akan menyemak kembali dakwaan saya itu dan akan menghubungi saya semula dalam tempoh 48 jam.

Jika dakwaan saya tidak benar, saya perlu melunaskan bil yang telah dihantar.

Malangnya, selepas 48 jam, tiada seorang pun wakil Astro yang telah menghubungi saya.

28 April 2016

Saya menghubungi pihak Astro. Mereka mengesahkan bahawa saya memang ada membuat panggilan pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya hanya menjawab tiada.

Sekali lagi mereka berjanji akan menghubungi saya dalam tempoh 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Namun, selepas 48 jam tiada sebarang panggilan dari pihak Astro.

5 Mei 2016

Saya menerima bil bagi bulan Mei yang berjumlah RM81.80

11 Mei 2016

Saya telah memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasakan diri telah dianiaya oleh pihak Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.

Dalam tuntutan itu juga saya memohon agar saya diberikan pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini diselesaikan.

*Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil

Saya menyerahkan borang tuntutan kepada Tribunal Pengguna dan menghantar satu salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).

Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016 di mana saya akan bersemuka dengan wakil Astro.

12 Mei 2016

24 jam selepas membuat aduan pada Tribunal Pengguna, saya mendapat panggilan dari wakil Astro yang menyatakan bahawa akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan.

Alhamdulillah.

Tujuan saya berkongsi pengalaman ini adalah supaya mereka yang sedang mengalami situasi seperti saya, tolong jangan biarkan kita dianiya dan dibuli oleh syarikat ternama hanya kerana takut (takut ada macam-macam jenis takut.

Takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut banyak kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pada akhirnya kita juga yang terkena balik dan macam-macam jenis takut lagi).

Kita ada hak sebagai pengguna walaupun saya hanya melanggan pakej yang paling murah. Fight for your right.

Bawa semua bukti dan halakan kekecewaan kita kepada pihak yang betul.

InshaAllah, jika rezeki kita Alhamdulillah.

Tetapi jika tiada rezeki, tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha membela diri kita dan tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.

~Tamat

Inilah tindakan paling tepat, gunakan hak sebagai pengguna untuk mengelakkan diri kita daripada dianiaya mahupun dibuli pihak kapitalis.

BACA INI JUGA: Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Sumber: Novianti Mohd Zain|PIXEL MEDIA|BeritaPantas

Cara Mudah Mengenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak!

Cara Mudah Mengenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak!

Pernahkah anda terbeli emas palsu? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas pasti akan mendatangkan kerugian kepada pembeli.

Kenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak

Waima 1 gram emas harganya mencecah ratusan ringgit, bayangkan jika terbeli seutas rantai sebesar ibu jari tetapi palsu, mahu diserang strok serta merta.

Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan magnet. Kaedahnya, anda hanya perlu dekatkan emas itu kepada magnet tersebut. Sekiranya terdapat daya tarikan atau tindak balas maka ianya palsu.

Ini kerana emas tidak mempunyai sifat magnetik. Namun terdapat juga bahan yang tidak bertindak balas dengan magnet seperti tembaga, tungsten dan sebagainya.

Selain magnet, jarum juga boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas sebelum dibeli. Caranya adalah dengan mencucuk jarum itu pada emas tersebut, sekiranya tidak patah, ia adalah asli, ini kerana emas bersifat lembut.

Salah satu cara lagi ialah dengan mencium baunya. Emas tulen tidak mempunyai bau. Kaedahnya ialah dengan menggosok emas itu pada kain kasar seperti jeans atau seangkatan dengannya sehingga panas.

Sekiranya terhasil bau seperti ferum maka ianya palsu. Selain kaedah di atas, terdapat banyak lagi kaedah pengesanan awal yang boleh digunakan untuk mengelak dari ditipu.

Nasihat kami, kenal pasti dahulu emas yang hendak dibeli, atau dapatkan dari kedai-kedai emas yang bertauliah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!

Sumber: FOBN

Pistol Dirampas Polis Bukan Milik Safee Sali!

Pistol Dirampas Polis Bukan Milik Safee Sali!

Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Pistol Dirampas Polis Bukan Milik Safee Sali!

BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

Sumber: SH

Scooter, Kucing Paling Tua Di Dunia Berusia 137 Tahun!

Scooter, Kucing Paling Tua Di Dunia Berusia 137 Tahun!

Seekor kucing dari Amerika Syarikat (AS) merangkul takhta sebagai kucing paling tua di dunia serta memecah rekod Guinness selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-30 (137 tahun kiraan umur manusia) pada 26 Mac lalu.

Scooter

Kucing yang diberi nama Scooter itu adalah dari baka Siam berasal dari Mansfield, Texas, AS. Gelaran yang disandang oleh Scooter sebelum ini dimiliki oleh Corduroy, 26 tahun; jenis Maine Coon dari Oregon.

Menurut pemiliknya, Gail Floyd kepada pihak Guinness World Records, rahsia Scooter memiliki umur yang panjang ialah kerana sifatnya yang lincah dan aktif.

Scooter - Gail Floyd

Tambah Floyd lagi, Scooter gemar melancong dan telah mengunjungi 45 daripada 50 negeri yang terdapat di Amerika Syarikat.

“Scooter suka melihat tempat baru dan berkenalan dengan orang baru,” kata Floyd.

Selain hidup yang aktif, Floyd turut menjaga kebersihan dan pemakanannya. Scooter tidak seperti kucing lain yang takutkan air, ia gemar apabila bulunya dikeringkan selepas mandi dan ayam adalah makanan kegemarannya.

Corduroy
Corduroy.

Selain Scooter dan Corduroy, terdapat beberapa lagi kucing pernah mendapat gelaran kucing paling tua di dunia antaranya Creampuff juga berasal dari Texas, namun mati pada tahun 2005 pada usia 38 tahun 3 hari.

Kalkulator Pengiraan Umur Kucing




BACA INI JUGA: Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Sumber: Mynewshub.cc

'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

Melalui tulisan terbaru Tun Mahathir di blog beliau chedet, Tun memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO, bahawa pengkhianatan mereka akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Najib Pengkhianat Bangsa
Gambar hiasan.

Mari kita hayati dan fikirkan bersama.

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasukkan wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Peguam Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan oleh Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salah laku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

BACA INI JUGA: Melayu Tidak Di Hormati Golongan Cina Kerana Suka Terima Rasuah

Misteri 10 Ayam Hutan Mati Berjemaah ‘Bunuh Diri’?

Misteri 10 Ayam Hutan Mati Berjemaah ‘Bunuh Diri’?

Kecoh apabila beberapa keping gambar yang memaparkan 10 ekor ayam hutan ditemui mati ‘berjemaah’ di kawasan sebuah kilang di Tangkak, Johor, tersebar menjadi viral di laman Facebook.

10+Ayam+Hutan+Bunuh+Diri

Difahamkan, kesemua ayam hutan berkenaan mati gara-gara merempuh pintu kaca kilang berkenaan.

Insiden yang berlaku itu sekali gus mengundang tanda tanya ramai termasuklah ada yang beranggapan itu adalah salah satu petanda yang tidak baik.

Susulan itu, seorang jurucakap kilang yang enggan dikenali tampil mendedahkan bahawa kejadian seumpama itu tiada yang aneh.

10+Ayam+Hutan+Bunuh+Diri [2]

Ia berikutan kilang itu terletak berhampiran hutan paya bakau dan kebiasaannya berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu.

“Tiada kemalangan lain berlaku kecuali 10 ayam hutan berkenaan, namun kebanyakan pekerja kilang menganggap perkara itu biasa dan sedar mengenainya.

“Ramai pekerja kilang pernah melihat ayam hutan mati dilanggar kereta atau motosikal di kawasan berhampiran,” katanya kepada Harian Metro.

10+Ayam+Hutan+Bunuh+Diri [3]

Tambahnya, kejadian ayam hutan mati itu berlaku pada waktu pagi dan petang namun, kebanyakan mereka tidak mengetahui punca kejadian sebenar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar Daerah Ledang memberitahu, pihaknya memandang serius kejadian itu dan akan mengambil sampel untuk mengetahui punca haiwan berkenaan mati.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

Sumber: mynewshub

Friday, May 13, 2016

Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

Ada beberapa cara bagi pesalah mahupun individu untuk memeriksa saman trafik PDRM dan JPJ yang boleh dibuat sama ada melalui online ataupun SMS.

Cara+Semak+Saman+Online+Sms

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG
  1. Sila Masuk ke laman web http://www.myeg.com.my/
  2. Sebelum anda menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
  3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
  4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
  5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Semak Saman Trafik PDRm dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services
  1. Masuk ke laman web: https://www.rilek.com.my/rilek/users/login
  2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
  3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
  4. Semak saman melalui menu yang diberikan.
  5. Selain itu, anda boleh membuat bayaran terus melalui pekhidmatan perbankan online seperti Maybank2u, Cimbclick dan Rhbonline.

Semak Saman Melalui JPJ

Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula adalah khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ.

Ini bermaksud, anda tidak boleh menyemak saman PDRM dan polis trafik.

Cara semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:
  1. Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  2. Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
  3. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
  4. Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
  5. Dan Klik Semak.

Paparan semakan adalah seperti di bawah ini;

Semakan+Saman+PDRM

Semakan melalui portal ini juga bolehlah dikatakan sebagai semakan yang tidak memerlukan anda mendaftart seperti semakan pada portal lain.

Secara peribadi, kami lebih menyukai semakan saman melalui portal ini. Akan tetapi, kekurangannya adalah, ia cuma boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ

Semak Saman Polis Melalui SMS

Selain melalui online, anda juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888 atau 32728.

Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.

Semakan+Saman+PDRM [2]

Contoh:
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>891020103453 atau
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>BGW1234

Mengenai pengurangan bayaran saman, pihak JPJ di laman web mereka menyatakan bahawa saman yang dikenakan tidak boleh dikurangkan jumlah bayarannya.

Selamat menyemak saman trafik PDRM dan JPJ anda.

Semoga anda dapat membayar saman tanpa sebarang masalah dan seterunsya dapat mengelakkan anda daripada dimasukkan ke dalam senarai blacklist PDRM dan juga JPJ.

BACA INI JUGA: Bayar Saman Anda Jika Tidak Mahu Lesen Memandu Di Batalkan!

sumber: semaksaman