Friday, May 13, 2016

'Saya Adalah Pengasas Kumpulan Search'

'Saya Adalah Pengasas Kumpulan Search'

Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, bertegas tidak akan membuat permohonan maaf terhadap anggota kumpulan Search yang lain berhubung isu pertikaian mengenai pembayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos ini.

Yazit Ahmad - Kumpulan Search

Terdahulu, dalam sidang media yang diadakan oleh Search, anggota kumpulan, Amy, Nasir, Hamzah dan Din meminta Yazit menarik balik kenyataan beliau mengenai tuduhan pecah amanah yang tidak berasas dalam masa 48 jam dan memohon maaf kepada individu yang beliau kaitkan dalam laporan tersebut.

"Saya rasa tidak perlu untuk saya meminta maaf kerana mereka memaki dan saya ditipu. Malah saya kecewa dan sedih kerana mereka menuduh saya memalukan Search.

"Saya akan teruskan dengan laporan saya sebelum ini malah selepas sidang media ini saya akan buat satu lagi laporan di Balai Polis Wangsa Maju, namun buat masa ini saya tidak akan mendedahkan sebab saya buat laporan itu" katanya pada sidang media khas bagi menghuraikan kemerlut isu tersebut, bertempat di Ampang Park, pada Khamis.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah peguam yang mewakili Yazit iaitu Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Dalam pada itu, Yazit meluahkan rasa kecewa dan menganggap ada antara anggota Search lain yang bertindak sebagai dalang tercetusnya konflik ini.

"Selepas 35 tahun dan saya sekarang sakit jatuh sakit, mereka terus mengenepikan saya dan tidak pernah berbincang dengan saya mengenai konsert 35 Tahun itu. Saya hidup lagi tapi mereka layan saya macam dah mati.

"Saya dapat tahu MOU yang ditandatangani dengan Afjets pada mulanya dengan lima nama tetapi ianya telah ditukar kepada empat nama kerana ada pihak yang meminta nama saya dibuang dalam MOU itu.

"Individu itu berjanji dengan Afjets bahawa mereka akan berbincang dengan saya namun tiada langsung khabar berita daripada mereka.

"Hakikatnya saya adalah pengasas kumpulan itu, saya yang kutip Amy, Kid, Din dan Nasir.

"Saya yang perjuangkan band ini. Search ni ibarat nyawa saya. Saya tak.pernah ada niat nak memalukan Search," katanya.

Yazit Ahmad

Bagaimanapun Yazit mengakui telah menerima sebanyak RM10,000 daripada pihak Afjets pada Mac lalu.

"Pada sekitar Mac lalu, saya ada menerima panggilan daripada Afjets meminta nombor akaun saya, kerana memasukkan duit.

"Saya terkejut dan bersyukur, itu rezeki dan saya ingatkan itu adalah bayaran pertama. Rupanya itu bayaran kedua.

"Saya juga dapat tahu keempat anggota lain telah mendapat bayaran pertama sebanyak 30 peratus yang berjumlah RM75,000.

Terdahulu, media melaporkan, pada 4 Mei lalu Yazid membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa isteri Amy yang dikenali sebagai Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan hal ehwal keewangan untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu. Yazid juga mendakwa berlaku pecah amanah. -mD

BACA INI JUGA: Pemain Gitar Kidal Terkenal Dunia

Pemandu Tanpa Lesen Akan Di Dakwa Serta-merta!

Pemandu Tanpa Lesen Akan Di Dakwa Serta-merta!

Tahukah anda bahawa, jika anda ditahan oleh polis kerana memandu tanpa lesen, anda akan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen!

Nora+Danish+Kena+Saman
Gambar hiasan.

Memetik laporan The Sun Daily, tiada lagi kompromi diberikan kepada mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Dilaporkan, polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015.

Mereka dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Tindakan drastik itu diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

“Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensi.

“Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan.

“Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan,” katanya.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Percayakah Anda Wanita Ini Berusia 69 Tahun?

Percayakah Anda Wanita Ini Berusia 69 Tahun?

Agak-agak anda, berapakah usia wanita ini? 30-an, 40-an atau 50-an? Jika jawapan anda berada dalam kategori usia berkenaan, maka anda silap. Ini kerana usia wanita itu adalah 69 tahun, hanya setahun sahaja lagi sebelum menginjak 70 tahun.

Wendy Ida

Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana Wendy Ida, yang berasal dari California ini boleh menjadi awet muda. Jawapannya adalah kerana Wendy melibatkan diri dalam sukan bina badan.

Malah anaknya, Sky yang berusia 41 tahun berkata, ramai orang menganggap ibunya itu lebih muda daripadanya sendiri..

Wendy yang juga seorang nenek berjaya menurunkan berat badannya dengan melakukan senaman di gim selama dua jam setiap hari.

Menurut Wendy, dia mula ke gim ketika berusia 43 tahun selepas mengakhiri hubungan dengan kekasihnya, yang juga seorang kaki dera.

“Saya mahu mengosongkan fikiran dan senaman membantu saya melarikan diri daripadanya,” kata Wendy.

Dia mula ke gim ketika beratnya 88 kilogram dan kini berat badannya telah berkurangan kepada 57 kilogram sahaja.

“Ada orang menyangka saya berusia 30 tahun dan setiap kali saya keluar dengan Sky, ramai yang menyangka saya adiknya. Saya hanya ketawa,” katanya yang mahu wanita berusia 40-an tahu bahawa mereka juga boleh kelihatan seksi dan menjalani kehidupan yang menarik.

BACA INI JUGA: Wanita Kuat Seks 12 Tahun Lebih Muda?

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, May 12, 2016

Padah Selfie Berahi, Polis Wanita Dipecat!

Padah Selfie Berahi, Polis Wanita Dipecat!

Seorang polis wanita dipecat selepas tindakannya melakukan aksi selfie ‘berahi’ dengan hanya berseluar dalam sambil pakaian seragam polis, lalu memuatnaiknya di laman sosial.

Polis+Selfie+Berahi

Biro keselamatan awam melaporkan, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti, bekerja sebagai polis bantuan di bandar Dandong wilayah Liaoning telah diberhentikan daripada jabatannya, setelah gambar selfienya itu tersebar luas di laman sosial Weibo.

“Setelah dimaklumkan mengenai gambar tersebut, kami telah mengambil tindakan segera dengan memecat anggota terbabit.

“Kami juga akan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi disiplin dan undang-undang sedia ada agar hal seperti ini tidak akan berualang pada masa akan datang,” kata Biro tersebut.

Polis+Selfie+Berahi [2]

Gambar tersebut menerima pelbagai kritikan netizen akibat tidak menghormati institusi dan etika pakai seorang anggota polis.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang mengatakan pihak polis telah mengambilkan tindakan yang begitu berat sehingga memecat polis muda terbabit.

“Perkara ini sudah menjadi normal, jika polis dengan mudah mengambil tindakan memecat anggota mereka, maka mungkin tidak akan ada lagi anggota polis yang baru,” kata seorang netizen.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Sumber: Shanghaiist/Mynewshub.cc

Kapak Purba Australia Berusia 50,000 Tahun Tertua Di Dunia!

Kapak Purba Australia Berusia 50,000 Tahun Tertua Di Dunia!

Sebiji batu purba ditemui di Australia dipercayai sebagai kapak tertua di dunia yang dianggarkan dicipta sejurus manusia pertama mendarat di benua tersebut kira-kira 50,000 tahun lalu, lapor media tempatan pada Rabu.

Kapak Australia Tertua Di Dunia

Batu sebesar saiz ibu jari manusia dewasa itu dijumpai di bahagian utara negeri Australia Barat iaitu di wilayah kurang penduduk, Kimberley yang terletak hampir 3,000 kilometer dari arah tenggara ibu negara, Canberra.

“Tanpa ragu, kapak ini memang dicipta menggunakan teknologi paling purba dan amat nadir sekali gus tertua di dunia,” kata penyelidik batu tersebut di Universiti Sydney, Peter Hiscock kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Ia ditemui sekitar 1990-an namun gagal dikenal pasti ketika itu sehinggalah saintis arkeologi mula mengguna pakai teknologi terbaharu pada masa ini yang kemudian mengesahkan batu tersebut sebenarnya ialah sejenis kapak.

“Sekali imbas, saiznya relatif agak kecil, hanya kira-kira lebih satu sentimeter panjang, tetapi di hujungnya diasah tajam hasil buatan tangan manusia sendiri,” kata Hiscock yang menggunakan mikroskop digital untuk ujian analisis.

Kapak Australia Tertua Di Dunia [2]
Penyelidik batu purba di Universiti Sydney, Peter Hiscock.

Serpihak ini dianggarkan berusia antara 46,000 sehingga 49,000 tahun iaitu zaman manusia terawal tiba di tanah besar Australia kira-kira 50,000 tahun dahulu. Penemuan itu juga dilaporkan oleh jurnal Australian Archaeology.

Hiscock berkata, kapak tersebut bukan dibuat di Afrika atau Timur Tengah, sekali gus menunjukkan bahawa manusia yang berhijrah keluar dari dua kawasan itu tidak mencipta kapak sehinggalah tiba di benua Australia.

“Saya fikir kapak purba ini memberitahu kita ia direka peneroka terawal, moyang kaum pribumi Aboriginal dan membuktikan manusia primitif tersebut amat bagus mencipta peralatan harian diperlukan,” kata beliau lagi.

Prof. Sue O’Connor dari Australian National University (ANU) yang mula menjumpai kapak itu pada 1990-an bersetuju, ia merupakan penemuan alat perkakasan terawal yang boleh dipegang dengan tangan di dunia.

Kapak Australia Tertua Di Dunia [3]

“Setakat ini belum ada lagi kapak sebegini dijumpai di seluruh dunia, malah yang paling awal direkodkan iaitu di Jepun pun berusia 35,000 tahun dan kapak purba di banyak negara cuma berumur 10,000 tahun,” kata wanita ini.

Beliau menjelaskan, kapak tersebut ditemui dalam satu ekspedisi arkeologi di kawasan terpencil Carpenter’s Gap, Windjana Gorge National Park iaitu dipercayai tempat kumpulan manusia pertama mendarat di Australia.

Serpihan tersebut dipercayai datang daripada bahagian hulu kapak sebelum terbelah dua dan pensyarah ANU itu menjelaskan, ia mungkin diasah dengan pasir lembut untuk menajamkannya. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Artifak Purba Yang Terus Menjadi Misteri Di Zaman Moden

Rodrigo Duterte, Presiden Baru Filipina Celupar Macam Donald Trump!

Rodrigo Duterte, Presiden Baru Filipina Celupar Macam Donald Trump!

Ingat nama ini – Rodrigo Duterte. Inilah nama yang akan anda dengar dengan lebih kerap lagi pada minggu dan bulan mendatang, malah beliau boleh dikatakan sebagai seseorang yang penuh ‘warna warni’.

Rodrigo Rody Roa Duterte [2]

Berusia 71 tahun, Duterte juga dikatakan seorang yang celupar kerana tidak takut menggunakan kata-kata kesat semasa berucap di hadapan umum, dan juga suka lepas cakap secara terbuka tanpa langsung perasaan bersalah.

Ini menyebabkan beliau disamakan dengan Donald Trump atau digelar sebagai ‘Trump sebelah Timur’. Ia mungkin tidak akan langsung terjadi di negara-negara Asia yang lain dalam sebarang kempen pilihan raya mereka sendiri.

Namun dalam kempennya, Duterte bercerita tentang pil seks Viagra, malah berjanji kepada pengundi bahawa ramai wanita simpanannya tidak melibatkan banyak kos, kerana hanya tinggal di hotel murah untuk kegiatan seks dirinya.

Duterte juga sebelum itu mendapat jolokan ‘Duterte Harry’, sempena nama ‘Dirty Harry‘ iaitu watak filem Hollywood terkenal lakonan aktor Clint Eastwood, seorang lelaki yang dikatakan tidak suka mengikut peraturan.

Walau apapun, Duterte – yang menjanjikan dua perkara, iaitu menghapuskan jenayah dan membasmi kemiskinan – kini dengan rasminya diumumkan oleh pihak suruhanjaya pilihan raya sebagai Presiden Filipina yang baharu.

Ini setelah dua calon utama pencabar terdekat beliau, Manuel Roxas dan Grace Poe, mengaku kalah.

Agensi berita AFP melaporkan, ada lima faktor utama yang menyumbang kepada populariti dan seterusnya kemenangan Duterte:

1. TEGAS

Ramai rakyat Filipina menantikan pemimpin tegas bagi menghuraikan banyak masalah negara yang sudah berakar umbi.

Duterte dengan gaya ala koboi, semasa berkempen berikrar akan bunuh puluhan ribu penjenayah, dan mahu cabar cengkaman golongan elit kaya raya ke atas ekonomi Filipina. Taktik ini memaparkannya sebagai ‘penyelamat’.

2. POPULIS

Memaparkan dirinya sebagai rakyat yang sama-sama marah dengan pelbagai masalah dan ketidakadilan dihadapi rakyat. Beliau juga ahli politik yang penuh karisma dan pandai berpidato.

Beliau mungkin satu-satunya calon Presiden yang ‘cakap besar’ tentang sikapnya yang ‘kaki perempuan’, serta suka memaki hamun semasa berucap.

Anehnya, ini menambahkan ‘kredibiliti’ Duterte sebagai tokoh lawan golongan berkuasa (anti-establishment).

Yang pasti, beliau berjaya memukau hati pengundi kerana Duterte mempunyai kemahiran luar biasa untuk bercerita dan bergurau. Serta jangan lupa, beliau memang pandai buat kelakar menerusi pelbagai cerita lucunya.

3. UNDANG-UNDANG

Duterte dengan tepat dapat ‘membaca’ perasaan dan rasa hati pengundi, lantas menjadikan isu ‘undang-undang dan ketenteraman awam’ sebagai teras utama kempen.

Beliau berjanji mahu menamatkan jenayah dalam tempoh 6 bulan sahaja setelah menjadi Presiden! Malah Duterte berikrar akan membunuh ribuan penjenayah terkenal.

Ini satu perkara yang ternyata disokong oleh ramai pengundi. Umumnya rakyat Filipina berasa langkah-langkah ekstrem perlu diambil untuk menumpaskan kejadian jenayah dan rasuah yang kini berleluasa sehingga gagal ditangani oleh presiden sedia ada, Benigno Aquino Junior sendiri.

4. ANTI-AQUINO

Walaupun presiden sebelumnya, Aquino, berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi selama 6 tahun, ramai pengundi berasa mereka tidak mendapat sebarang limpahan daripada ekonomi yang baik itu.

Para pengkritik pula menyifatkan gaya pemerintahan Aquino sebagai lemah dan tidak cekap. Disinilah Duterte atau nama penuhnya Rodrigo Rody Roa Duterte yang lahir pada 28 Mac 1945 serta mantan Datuk Bandar Davao City, mengambil kesempatan dan berjanji menjadi sebaliknya. Iaitu seorang presiden yang tegas dan kuat.

5. CALON LAIN ENGGAN BERSATU

Di Filipina, pemenang calon pilihan raya Presiden dipilih berdasarkan siapa mendapat undi terbanyak. Tinjauan menunjukkan ‘Duterte Harry’ mendapat sekitar 39 peratus undi.

Pesaing terdekat beliau sendiri iaitu Mar Roxas dan Grace Poe, kalau digabungkan sokongan kepada mereka, dijangka sudah mampu raih 45 peratus undi.

Lantaran itu, Aquino cuba mendesak Roxas dan Poe supaya bergabung serta berkempen sebagai Presiden dan Naib Presiden. Poe namun enggan menerimanya.

Jika mereka berdua berbuat demikian, dijangka mengatasi undi popular Duterte, dan hanya perlu memilih jawatan Presiden atau Naib Presiden sesama mereka.

KESIMPULANNYA

Rodrigo Rody Roa Duterte

Sebaik sahaja berita kemenangan Duterte tersebar, ia nampaknya disambut positif oleh pasaran saham dan kewangan Filipina. Saham-saham Filipina yang jatuh 5.2% antara 21 Mac hingga 6 Mei, menjulang 2.6%.

Ini lonjakan tertinggi dalam sehari dalam tempoh 15 minggu, bagi bursa Filipina. Nilai mata wang peso Filipina juga meningkat naik lebih tinggi berbanding dolar Amerika. Ia kenaikan tertinggi dalam sehari, sejak 17 Mac tahun ini.

Seorang pakar strategi pasaran kanan bagi Asia, dari National Australia Bank, Julian Wee memberitahu Dow Jones, reaksi positif pasaran antaranya disebabkan oleh nada berbaik-baik yang disuarakan Duterte.

Duterte antara lain memberi ‘isyarat’ bahawa beliau sebagai presiden ke-16 mungkin melantik golongan teknokrat dan anggota Kabinet yang pernah berkhidmat dalam pentadbiran bekas presiden Corazon Aquino dan Fidel Ramos.

Huluran tangan sebegini dipercayai melembutkan lagi imej beliau yang juga mesra disebut Digong sebagai ‘orang luar’ untuk diterima dalam arus perdana negara Asia tenggara tersebut sendiri. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Adolf Hitler: Rahsia Besar Yang Disembunyikan

Wanita Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anjing Ditangkap!

Wanita Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anjing Ditangkap!

Seorang wanita dari Queensland, Australia bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak polis berjaya menahannya atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap anjing peliharaannya.

Jenna

Pada mulanya, Jenna hanya ditahan kerana disyaki menjual bahan terlarang dadah jenis kanabis namun selepas memeriksa telefon bimbitnya, pihak polis menemui tiga rakaman video menunjukkan dia sedang melakukan hubungan seks dengan binatang tersebut.

Dia kini sedang menghadapi kedua-dua pertuduhan melakukan hubungan seks dengan anjing dan mengedar dadah.

Menurut wakil pusat penjagaan haiwan peliharaan RSPCA Queensland, perbuatan jijik yang dilakukan Jenna adalah sama sekali tidak masuk akal.

“Perbuatannya bukanlah satu perkara yang biasa, ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

“Dalam Akta Perlindungan Haiwan Peliharaan, serangan seksual tidak termaktub dalam akta itu.

"Maka untuk memindahkan anjing milik Jenna kami perlukan bukti bahawa suspek pernah mendera ataupun mengabaikan binatang peliharaanya itu.

“Kami akan cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan anjing terbabit (daripada pemilik yang tidak bertanggungjawab).”

BACA INI JUGA: 6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

Sumber: Mynewshub.cc

Bagaimana Mendapat Pekerjaan Selepas Keluar Kolej Atau Universiti?

Bagaimana Mendapat Pekerjaan Selepas Keluar Kolej Atau Universiti?

Universiti atau kolej tidak semestinya menyediakan anda untuk kehidupan yang sebenar. Jika anda seorang pelajar sepenuh masa, anda mungkin tidak mempunyai banyak peluang atau masa untuk menyertai sebarang kerja sambilan masa dalam jadual sibuk anda.

Pelajar+Universiti+Cari+Kerja

Walaubagaimanapun, pinjaman pelajaran membuatkan ianya mustahil bagi anda untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas kerana hutang tinggi yang wajib dibayar selepas tamat pengajian, menyebabkan anda merasa begitu miskin.

Dengan masa tamat pengajian menjadi semakin hampir, pelajar biasanya mula panik. Bagaimana sekarang? Apa yang saya perlu lakukan?

Berhutang begitu banyak wang, bagaimana saya akan membayar balik pinjaman ini?

Menurut satu tinjauan, hanya 16% daripada graduan kelas 2013 mendapat tawaran kerja sebulan sebelum tamat pengajian.

Walaubagaimanapun, peratusan ini telah meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 8% dalam tempoh dua tahun yang lepas.

Rahsianya, menyelesaikan latihan industri atau co-op dengan cemerlang sebelum tamat pengajian.

Pada tahun 2013, hampir separuh daripada graduan mendapat pekerjaan melalui latihan industri ini.

Oleh itu, kelas 2015 telah menggenggam idea ini disebabkan oleh hakikat bahawa lebih daripada 70% siap menyelesaikan latihan industri, perantisan atau co-op semasa masih berada di dalam universiti atau kolej.

Ianya benar-benar terpulang kepada pelajar untuk mencari pekerjaan selepas tamat universiti atau kolej.

Kerja idaman anda tidak akan muncul seperti silap mata. Anda sebenarnya perlu berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Ironinya!

Anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan pekerjaan, terutama yang memenuhi jangkaan serta impian dalam bidang pilihan anda.

Tetapi harapan lagi belum hilang, masih ada cahaya di hujung terowong.

Kerjaya

Jangan lupa, kita adalah generasi milenium, kita sentiasa dikelilingi oleh teknologi.dan peranti elektronik  yang tersedia di zaman ajaib ini.

Terdapat banyak agregator pencarian kerja dan papan pekerjaan di web, aplikasi dan blog yang boleh membantu anda dalam carian kerja. Kebanyakannya menyenaraikan semua pekerjaan atau latihan industri di bandar anda.

Anda boleh mula mencari mengikut lokasi, syarikat atau kata kunci. Internet penuh dengan kemungkinan yang belum diterokai!

Anda juga boleh melawat pusat kerjaya kolej anda untuk meminta nasihat daripada profesional dan bagaimana untuk mencari pekerjaan. Hanya tahu bahawa anda perlu bersedia untuk apa yang akan datang.

Jadi, untuk mendapat keputusan yang baik, anda harus sentiasa mempunyai Resume lengkap tentang butir-butir dan pengalaman anda, menyediakan pakaian yang sesuai untuk situasi itu, melakukan kajian tentang syarikat sebelum temuduga dan yang paling penting, pencarian pekerjaan anda bermula di sini, my.neuvoo.com

BACA INI JUGA: 10 Tabiat Buruk Ketika Temuduga Anda Wajib Elakkan

-SENTIASAPANAS.COM

Doktor Digantung Kerja Selepas Bagi MC Tak Cukup Kepada Pesakit!

Doktor Digantung Kerja Selepas Bagi MC Tak Cukup Kepada Pesakit!

Gara-gara memberi sijil cuti sakit atau MC yang tidak mencukupi, seorang doktor di Singapura digantung khidmatnya selama enam bulan.

DOKTOR+MC

Ini berikutan, doktor yang bekerja di Hospital Raffles ini hanya memberi cuti sakit selama dua hari kepada seorang buruh binaan yang tulang tangannya retak.

Selain itu, Dr. Wong Him Choon juga mengesahkan pesakit terbabit sebagai sihat untuk kembali bertugas seperti biasa setelah sehari menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, pekerja tersebut kemudian terpaksa dimasukkan semula ke ke hospital selama 19 hari ekoran berasa sakit di bahagian tangannya itu.

HOSPITAL+SINGAPURA

Insiden tersebut mengakibatkan Dr. Wong berdepan dengan tuduhan salah laku kerana tidak wajar mengesahkan pesakit itu sihat untuk bertugas dan memberi MC yang tidak mencukupi.

Namun, Dr. Wong mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

BACA INI JUGA: Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, May 08, 2016

Mereka Pengemis Bertuah Yang Akhirnya Menjadi Jutawan!

Mereka Pengemis Bertuah Yang Akhirnya Menjadi Jutawan!

Jika kita pernah menonton filem Slumdog Millionaire yang diarah oleh pengarah filem Inggeris, Danny Boyle pada 2009 sudah pasti akan menganggap ia hanyalah satu khayalan.

Slumdog Millionaire

Ini kerana ia menceritakan tentang Jamal Malik, seorang kanak-kanak jalanan di kawasan setinggan di India yang baru kehilangan ibunya yang bergelut untuk meneruskan hidup bersama abangnya, Salim.

Jamal kemudian menyertai program Who Wants To Be A Millionaire? dan akhirnya telah menjadi jutawan setelah berjaya menjawab semua soalan dengan betul walaupun tidak berpelajaran.

Kisah dalam filem ini dikatakan diambil daripada kisah benar (Yahoo Answer).

Dan sememangnya, di alam nyata, banyak kisah bekas pengemis yang akhirnya menjadi jutawan setelah bekerja bersungguh-sungguh dan bukan semata-mata hanya mengharapkan sumbangan orang ramai atau mendapat 'rezeki terpijak'.

He Rongfeng

He Rongfeng
He Rongfeng (Kiri), Dai Xingfen (Tengah).

He Rongfeng, adalah seorang pengemis di China yang kisahnya pernah didedahkan oleh laman web, Oddity Central.

Kisah itu menarik perhatian seluruh dunia selepas Rongfeng yang kini merupakan pengerusi syarikat perusahaan perabot dan cat, Shenyang Jiu Jiu Li Feng Group bertindak menghadiahkan wang tunai satu juta yuan (RM530,000) bagi membalas jasa seorang wanita budiman, Dai Xingfen.

Pada 1993, iaitu kira-kira 21 tahun lalu, Rongfeng yang ketika itu berusia 17 tahun bersama dua rakan terpaksa mengemis di bandar Taizhou, wilayah Zhejiang untuk menyara kehidupan.

Xingfen yang mengusahakan kedai menjual mi bersama suaminya bertindak menjadi penyelamat apabila membantu mereka yang sedang kelaparan kerana tidak makan sejak beberapa hari dibawa pulang ke rumahnya.

Walaupun kediamannya hanya mempunyai satu bilik dan dinasihatkan oleh jiran supaya tidak menolong orang tidak dikenali, dia tetap memberi mereka makan dan tempat untuk tidur.

Wanita itu juga telah menghubungi beberapa orang kenalan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada remaja terbabit di bandar lain. Sebelum berpisah, dia juga memberikan mereka duit untuk membeli tiket kereta api.

Xingfen turut memberi nasihat yang telah menyebabkan Rongfeng berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasibnya.

Kata wanita itu, "Tidak mengapa jika tidak mempunyai wang banyak, tetapi haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi orang baik dan sentiasa menolong orang lain. Orang baik akan diberi ganjaran."

Walaupun ditawarkan duit yang cukup banyak, Xingfen menolak wang berkenaan sambil menegaskan dia tidak pernah mengharapkan sebarang balasan di atas setiap pertolongan yang dihulurkannya.

Sebagai alternatif, Rongfeng menghadiahkan plak yang tertera perkataan, 'Rasa terhutang budi sama beratnya dengan sebuah gunung' kepada wanita itu.

Ted William

Ted William

Seorang lagi pengemis yang bertukar menjadi jutawan ialah Ted William, yang kisahnya pernah disiarkan media massa pada 2011.

Dia menjadi jutawan setelah ditawarkan pelbagai jawatan sebagai juruhebah radio dan pengacara televisyen di Amerika Syarikat (AS) serta sebagai artis suara latar.

Dia turut menulis sebuah buku mengenai pengalaman hidupnya sebagai pengemis bertajuk, A Golden Voice: How Faith, Hard Work and Humility Brought Me from the Streets to Salvation.

Lelaki bertuah itu yang digelar 'pengemis bersuara emas' oleh media massa mula dikenali ramai setelah video pendek memaparkan dia yang sedang mengemis di tepi jalan raya di Colombus, Ohio dimuat naik dalam laman YouTube dan ditonton sebanyak 12 juta kali.

Ted William [2]

Dia dipaparkan memegang papan iklan bertulisan tangan menawarkan perkhidmatan untuk berlagak sebagai juruhebah radio jika diberi sumbangan oleh orang ramai.

Ketika mengulas perubahan nasibnya, William berkata, dia sentiasa berharap akan ada pihak mengesan bakatnya dan memberikannya kerja tetapi tidak menjangka akan menerima terlalu banyak tawaran dan mendapat perhatian media massa.

"Saya merasakan seperti telah menang loteri dan ia adalah sesuatu yang cukup luar biasa," ujarnya.

Chris Gardner

Chris Gardner

Kisah hidup Chris Gardner, yang pernah menjadi gelandangan di Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelakinya yang ketika itu berusia dua tahun pada 1980-an telah dijadikan filem bertajuk The Pursuit of Happyness pada 2006.

Aktor terkenal Hollywood, Will Smith membawa watak Gardner dan anak pelakon itu, Jaden Smith sebagai anak lelaki itu, Christopher Jr.

Filem yang diadaptasi daripada buku autobiografi tulisannya dengan tajuk sama telah meraih kutipan sebanyak AS$307 juta.

The Pursuit of Happyness

Ia memaparkan kisah benar bagaimana Gardner tidak pernah berputus asa walaupun tidak berumah selama setahun dan terpaksa tidur di tandas awam.

Ketika itu, dia terus belajar bagaimana untuk menjadi broker saham dan akhirnya berjaya menubuhkan syarikat, Gardner Rich & Co di Chicago, Illinois dan membuat keuntungan berjuta-juta dolar hasil jual beli saham.

Jan Koum

Jan Koum

Walaupun tidaklah sampai ke tahap menjadi seorang pengemis tetapi pengasas bersama aplikasi WhatsApp ini yang kini termasuk dalam golongan bilionaire memang hidup susah pada zaman remaja berikutan statusnya sebagai imigran di Amerika Syarikat (AS).

Jan Koum, berketurunan Yahudi telah berhijrah dari Kiev, Ukraine pada 1992 bersama ibu dan neneknya pada usia 16 tahun untuk mencuba hidup baharu di AS.

Beliau pernah memberitahu pihak media bagaimana dia dan ibunya beratur bersama semata-mata mahu mendapat kupon makanan yang diedarkan kerajaan AS kerana tidak cukup wang untuk makan.

Kehidupannya bagai jatuh ditimpa tangga setelah ibunya disahkan menghidap kanser dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan orang hilang upaya daripada kerajaan AS.

Untuk menyara hidupnya, Koum bekerja sebagai pencuci lantai dan dalam masa sama belajar komputer dengan membeli buku di kedai buku terpakai.

Beliau akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke San Jose State University, California dan setelah itu, bertugas sebagai jurutera di Yahoo sehingga 2007.

Apabila permohonannya untuk bekerja di Facebook ditolak oleh syarikat itu, dia bersama-sama rakannya, Brian Acton telah menubuhkan WhatsApp pada 2009.

Setelah Facebook membeli WhatsApp dengan harga AS$19 bilion, dia telah menandatangani kontrak penjualan itu di luar bangunan pejabat kebajikan di Mountain View, California yang pernah menjadi tempat dia dan ibunya beratur untuk mengambil kupon makanan.

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: Utusan