Thursday, May 05, 2016

Israk Dan Mikraj, Kekejian Orientalis Memutar Belit Kebenaran

Israk Dan Mikraj, Kekejian Orientalis Memutar Belit Kebenaran

Musuh-musuh Islam terutama di kalangan orientalis Barat telah memasukkan jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW.

ISARA&MIKRAJ [2]

Ia agar seluruh masyarakat dunia terutamanya umat Islam terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Gerakan orientalis Barat yang kononnya berpaksikan pelbagai sumber ilmu secara akademik cuba memberitahu dunia bahawa umat Islam tidak ada hak ke atas Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa itu dengan menafikan berlakunya Israk dan Mikraj.

Sebelum ini, mereka telah mencari dari pelbagai sudut bagi menafikan berlakunya kejadian yang wajib dipercayai dan diyakini benar itu.

Ia termasuk tampil dengan pendapat bahawa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda. Iaitu hanya roh baginda sahaja yang mengembara dan bukannya dengan jasad sekali.

Mereka juga cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan bahawa Masjid Aqsa itu sebenarnya tidak wujud di zaman Nabi Muhammad dan sewaktu 'perjalanan malam' itu berlaku.

Pendapat itu dinyatakan oleh seorang orientalis Barat yang mengaku dirinya banyak melakukan penyelidikan kehidupan kaum Yahudi di zaman pertengahan Islam iaitu Shelomo Dov Goitein (3 April 1900 - 6 Febuari 1985, berbangsa Yahudi Jerman).

Menurut Goiten, jika masjid itu sendiri tidak wujud bagaimana boleh berlaku peristiwa yang sangat bersejarah itu. Di samping itu, dia juga memberikan alasan perkataan Masjid Aqsa itu diterjemah oleh pentafsir pertama, iaitu Mutatis @ Mutatis Ibnu Sulaiman yang disifatkan sebagai terlalu lewat. Iaitu hanya selepas 150 tahun kewafatan Nabi Muhammad.

Dengan alasan tersebut di samping makna al-Aqsa itu sendiri bermaksud sangat jauh, orientalis Barat mendakwa masjid paling jauh yang pernah wujud di zaman Rasulullah adalah Masjid Nabawi dan bukannya Masjid Aqsa.

Mereka turut mempersoalkan perkataan Jurusalem sebagai tidak pernah disebut oleh Allah dalam al-Qur'an. Sekaligus ia dijadikan alasan Nabi Muhammad sebenarnya tidak pernah sampai ke Palestin.

Alasan kedua pihak orientalis Barat menafikan Masjid Aqsa sebagai destinasi utama sebelum baginda dimikrajkan sehingga naik ke Siddratul Muntaha menemui Allah SWT adalah tidak ada sebarang binaan masjid berbentuk fizikal wujud di tapak yang didakwa oleh umat Islam sebagai tapak Masjid Aqsa itu sendiri.

Yang ada hanya binaan oleh Khalifah Abdul Malik Marwan (tahun 646 M-705M) iaitu Khalifah kelima dalam Kerajaan Bani Umayyah dan binaan tersebut itu adalah Dome Of The Rock atau Kubah Batu (Kubbatul Syakhrah). Ia bukannya Masjid Aqsa.

Lalu dengan alasan ini orientalis meminta kita percaya bahawa Israk Mikraj hanyalah ciptaan dan rekaan semata-mata.

Ia juga menunjukkan Islam tidak berhak terhadap Palestin kerana umat Islam tidak mempunyai hak dan asas yang kukuh sama ada dalam aspek agama, dalil dan hujah, sejarah dan sebagainya.

Kononnya, yang paling berhak ke atas Palestin terutamanya Baitul Maqdis adalah bangsa Yahudi dengan alasan kawasan suci itu pernah diperintah oleh Raja-raja Yahudi yang terkenal iaitu King Soloman (Nabi Sulaiman) dan King David (Nabi Daud).

Walaupun tiada sebarang bentuk binaan berbentuk masjid seperti yang didakwa oleh orientalis itu namun, uniknya Masjid Aqsa adalah mengikut apa yang diasaskan oleh Islam mengenai makna masjid itu sendiri.

Ia tidak semestinya memerlukan sebarang struktur binaan seperti berbumbung dan berdinding.

Tetapi cukup memenuhi tiga syarat utama iaitu lokasi atau kedudukan kawasan masjid, sempadan masjid dan arah kiblat masjid yang mengadap Kaabah di Masjidil Haram.

Israk Dan Mikraj

Yang dimaksudkan sebagai Masjid Aqsa itu sendiri tegas Mohd Roslan adalah seluruh kawasan suci Al-Haram Asy Syarif yang meliputi kawasan seluas 144 meter persegi.

Masjid Aqsa didirikan sebagai Masjid Jamek bagi membolehkan umat Islam mendirikan solat Jumaat.

Al-Haram asy-Syarif bermaksud tanah suci yang mulia adalah kompleks bangunan suci umat Muslim yang dikelilingi tembok (Wall City) berbentuk empat segi panjang di bahagian timur dalam wilayah Kota Lama Jerusalem yang termasuk kawasan Jerusalem Timur di mana terdapat dua bangunan iaitu Kubah Batu dan Masjid Aqsa.

Jadi, ketika Rasulullah sampai ke Masjid Aqsa, ia merupakan sebuah tempat ibadat terbuka yang dikelilingi tiang-tiang di bawah bukit (Al-Haram Asy-Syarif).

Maka, tidak timbul dakwaan Masjid Aqsa itu tidak wujud. Sedangkan pihak orientalis tidak pernah membuat kajian empirikal.

Mereka sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat orientalis berdarah Yahudi yang melakukan apa sahaja untuk mengaku bahawa Palestin adalah tanah suci mereka secara mutlak.

BACA INI JUGA: Adakah Sekadar Meraikan Israk Mikraj?

sumber: utusan

Koleksi Shawl Terbaik Tudung Online!

Koleksi Shawl Terbaik Tudung Online!

Tudung Online merupakan butik online yang menampilkan koleksi shawl terbaik yang menggabungkan fesyen kontemporari, kesederhanaan dan kreativiti.

Tudung Online

Tudung Online menjual rangkaian koleksi shawl bukan sahaja berkualiti tinggi, malah mampu dimiliki.

Terpenting bagi Tudung Online adalah perniagaan yang patuh shariah Islam yang menuntut kaum Hawa berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.

Dilancarkan pada tahun 2013, Tudung Online menjual dan mengedar shawl serta pakaian muslimah kontemporari dan bersederhana. Namun masih mengutamakan nilai estetika dan keperluan budaya para muslimah di Malaysia.

Tudung Online juga mempunyai aspirasi untuk menjadi sebuah perniagaan online, mengetengahkan nilai-nilai Islamik sejati serta mengambil kira kualiti tanpa mengenepikan fesyen terkini.

Tudung Online juga amat menekankan serta mengamalkan sistem jual beli dan pelaburan berlandaskan ajaran Islam.

Tudung Online [2]

Setiap shawl yang dipilih untuk diperagakan oleh Tudung Online semestinya memberikan kesan elegan, keselesaan dan menepati citarasa fesyen muslimah kontemporari yang terkini.

Semoga perjalanan anda ke Studio Muslimah, pasti memberi 1000 manfaat kepada diri anda serta insan-insan yang mendampingi anda.

InsyaAllah.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, May 04, 2016

Dulu Hero Bantu CIA Bunuh Osama, Kini 'Mereput' Dalam Penjara!

Dulu Hero Bantu CIA Bunuh Osama, Kini 'Mereput' Dalam Penjara!

Lima tahun selepas program penvaksinan palsunya membantu Amerika Syarikat menjejak dan membunuh Osama bin Laden, doktor Shakil Afridi terbiar di penjara.

Doktor Shakil Afridi - Osama Bin Laden
Doktor Shakil Afridi.

Doktor Pakistan itu, dipercayai dalam lingkungan 50-an, tidak mendapat khidmat peguam dan rayuannya untuk meringankan hukuman penjara 23 tahun tergendala.

“Saya sudah hilang harapan untuk berjumpa dengannya, tiada lagi harapan menggapai keadilan,” kata abangnya Jamil kepada agensi berita AFP.

Bekas pakar bedah berpengalaman itu terpenjara seorang diri di dalam bilik kecil, menurut peguamnya, dibenarkan berjumpa keluarga tidak lebih enam kali setahun.

Peranan Afridi dalam pembunuhan paling tersohor dalam dekad-dekad mutakhir ini, sebagai alat kepentingan Agensi Perisikan Pusat (CIA) memburu Osama, memang kabur dan kelam.

Laporan dari Pakistan membayangkan pegawai NGO sejagat Selamatkan Kanak-Kanak bertindak sebagai orang tengah walaupun badan kebajikan itu menafikan mereka terlibat.

Osama Bin Laden - Team 6
Lakaran komputer ketika pembunuhan Osama.

Cuma diketahui, Afridi ditugas menjalankan program penvaksinan palsu bagi penyakit Hepatitis C dengan niat mendapat sampel genetik dari Abbottabad, bandar pertahanan yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan.

Di situ tokoh utama al-Qaeda, Osama, dan keluarganya menetap sejak pertengahan tahun 2000-an, dalam pengawasan — atau perlindungan — pegawai kanan tentera Pakistan.

Pada awal pagi 2 Mei 2011, dua helikopter dengan askar elit Navy Seals Team 6, menyerbu kediaman Osama, kira-kira satu kilometer dari akademi tentera tersebut.

Serbuan mengejut pasukan elit Amerika Syarikat itu menggemparkan Osama dan keluarganya dalam operasi yang disiarkan secara langsung didepan Presiden Barack Obama.

Mereka berjaya menembak kepala Osama dan melarikan mayatnya, kemudian dibuang di tengah laut tanpa diketahui sesiapa. Sebuah helikopter Black Hawk yang terhempas dibiarkan saja.

Pembunuhan Osama kejayaan besar buat Washington sejak serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001. Tetapi ia mengundang krisis dengan Islamabad.

Osama Bin Laden - Team 6 [2]
Mayat Osama Bin Laden.

Amerika Syarikat mencurigai Pakistan, disyaki sengaja melindungi ketua pengganas yang paling dikehendaki di dunia. Pakistan pula geram terhadap Afridi yang membantu CIA mengesan Osama.

Beberapa minggu selepas serbuan di Abbottabad, doktor itu ditahan dan dicampak ke dalam penjara atas tuduhan ada kaitan dengan pengganas. Afridi menafikan tuduhan kerajaan negaranya.

Pemerhati melihat Pakistan terpaksa mengambil tindakan itu sebagai membalas tindakan Amerika Syarikat.

Pakistan tidak boleh mendakwa Afridi sebagai pengkhianat, membantu negara asing, kerana pertuduhan seumpama itu menunjukkan negara itu melindungi Osama.

Afridi pada mulanya dihukum penjara selama 33 tahun tetapi Amerika Syarikat campur tangan, termasuk mengugut ingin memotong bantuan ketenteraan US$33 juta (RM130 juta) bagi setiap tahun hukuman.

Pakistan berlembut dan mengurangkan hukumannya selama 10 tahun, menjadikan hanya 23 tahun. Tetapi pengurangan ini tidak membawa kelegaan kepada doktor tersebut.

Osama Bin Laden - Black Hawk.jpg
Helikopter Black Hawk yang terhempas.

Sebaliknya apabila ketegangan antara Amerika Syarikat dan negaranya mula mengendur, antaranya kerana rundingan dengan pengganas di Afghanistan, nasibnya diabaikan.

Amerika Syarikat mahukan bantuan Pakistan dalam rundingan dengan Taliban. Oleh itu, mereka tidak mahu menimbulkan isu-isu yang boleh mencetuskan ketegangan.

Afridi akhirnya meringkuk sendirian di penjara kecil. Isteri dan anak-anaknya diizinkan melawat setiap dua bulan sekali.

Peguamnya sudah dua tahun dilarang bertemu doktor itu, lelaki yang dulunya pemegang kunci kejayaan operasi sulit CIA menjejak Osama bin Laden, tetapi kini mereput di penjara.

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Sumber: TheMalayMail

Berkat Niaga Tudung, Bawal Exclusive Kini Ada Bangunan Sendiri

Berkat Niaga Tudung, Bawal Exclusive Kini Ada Bangunan Sendiri

Bermula kecil-kecilan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini sejak 19 tahun lalu, Bawal Exclusive kini berbangga apabila memiliki bangunan sendiri di Puchong.

Bawal Exclusive

Bermula di ruang kecil tingkat satu di jalan tersebut, juga popular dipanggil Jalan TAR, syarikat tudung itu mampu memiliki bangunan tiga tingkat seluas lebih 5,000 kaki persegi.

Wisma Bawal Exclusive menempatkan semua koleksinya di situ, daripada harga serendah RM46 hingga mencecah ribuan ringgit, kata pengasasnya Haliza Maysuri.

“Seperti tidak percaya hari ini Bawal Exclusive mempunyai bangunannya sendiri setelah hampir 19 tahun yang lalu kami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya di majlis pelancaran bangunan itu di Bandar Bukit Puchong.

“Setelah bertahun-tahun lamanya dan sejak kami mula beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman, kami merasakan cukup terharu kerana terus mendapat sokongan padu daripada pelanggan sedia ada mahu pun pelanggan baru.”

Bawal Exclusive [2]

Haliza, 39, berkata premis asal syarikatnya di sini bagaimanapun masih dibuka, selain cawangan-cawangan Kelantan, Johor, Sabah, Perlis dan Kedah.

Walau pernah dikritik kerana harga tudungnya mahal, tambahnya, kritikan itu tidak menjejaskannya, malah permintaan pelanggan semakin baik dan di luar jangkaan.

Selain pasaran tempatan, produk Bawal Exclusive juga dilaporkan dieksport ke China dan Thailand.

Tudung yang bertatahkan kristal Swarovski menampilkan dua koleksi terbaru sempena Hari Raya dan Anne Ngasri by Bawal Exclusive.

“Seiring dengan peredaran zaman, tudung bawal tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi industri busana muslimah apabila tampil dengan pelbagai warna yang menarik dan ditambah pula dengan perincian yang bergemerlapan daripada kristal Swarovski.

Bawal Exclusive [3]

“Kerjasama yang terjalin selama ini menjadikan Bawal Exclusive pemborong terbesar Swarovski di Asia Tenggara,” kata Haliza lagi di majlis tersebut.

“Dengan adanya rakan kongsi yang bagus seperti Swarovski, saya berharap hari ini adalah permulaan perjalanan yang baik untuk kami martabatkan lagi wanita muslimah ke peringkat antarabangsa.”

Bangunan tersebut menyediakan ruang Crystal Lounge yang dihiasi dengan batu kristal Swarovski untuk tatapan pelanggan, katanya.

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: Themalaymailonline

Ketahui 7 Rahsia Cara Berjalan Wanita

Ketahui 7 Rahsia Cara Berjalan Wanita

Cara seorang wanita berjalan saja sudah mampu diungkap rahsia pada dirinya! Jadi, buat semua wanita, berjaga-jagalah ketika berjalan, mungkin ada orang sedang mengintai tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua.

Cara Berjalan Wanita

Kalau anda nak tahu apa rahsia tersirat mengenai cara berjalan wanita, bacalah artikel ini hingga habis.

1. Jika Berjalan Dari Arah Belakang, Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya wanita ini adalah wanita yang tidak jujur.

Kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain juga wanita yang berjalan seperti ini terkenal dengan sikap egonya.

Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya masih banyak keperluannya untuk perkara lain.

Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki!

2. Jika Berjalan, Sering Menoleh Ke Kiri Dan Kanan

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya, namun ramai lelaki yang berusaha untuk menakluki hatinya.

Kononnya, wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika Berjalan, Suka Menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.

Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.

Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan.

Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.

4.  Jika Berjalan, Memandang Lurus Ke Hadapan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya.

Jangan sekali-kali menentang apa yang dikatakannya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.

Dan kerana pendiriannya yang teguh, dia selalu berselisih pendapat.

Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.

5. Jika Berjalan, Badan Bergerak Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.

Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggapnya perkara kecil, padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.

Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika Berjalan, Badan Tampak Tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain.

Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dengan wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang dilakukannya.

Dia menyukai lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika Berjalan, Seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kakinya, dia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.

Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.

Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita jenis ini mudah mengalirkan air mata.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: 1001rahsiadiri

Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?

Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?

Beberapa tahun lalu, saya ada bagi latihan praktikal untuk anak-anak berniaga di taman rekreasi (Jual sticker, dengan mendekatkan diri kepada prospect, berbanding hanya menunggu).

Mendidik Anak Berniaga [2]

Kemudiannya, mereka bawa ke sekolah untuk jual. Sekadar nak latih mereka agar berani mendekatkan diri kepada prospect, mampu bercakap untuk keyakinan diri, pandai mengira jualan dan untung.

#1 – Mula Berniaga Sejak Kecil

Alhamdulillah. Beberapa hari lepas, saya mendapat tahu Ali Zubair Ooi yang berusia 11 tahun ada buat aktiviti jualan. Saya dapatkan penjelasan mengenai cara dia berniaga.

Ali bermula dengan 2 ringgit. (Duit poket saya kepadanya dalam RM1.50 ke RM2 sehari). Dia beli ‘coklat’ dengan harga RM2 sebungkus.

Kemudiannya, dia jual kepada kawan pada harga RM3. Untung RM1. Esoknya, RM3 + RM1 (duit saku), dia beli 2 bungkus. Jualan RM6. Untung RM2. Keesokan beli 3 bungkus. Jualan RM9. Dia tambah RM1. Beli 5 bungkus.

#2 – Sokongan Dari Ibu Bapa

Mendidik Anak Berniaga

Kali ini, saya bagi nasihat sekiranya jual 5 bungkus. Jualan RM15 – Kos RM10 bersamaan untung RM5. Setiap pusingan, simpan keuntungan RM5. Ambil RM10 untuk dijadikan modal pusingan. Kalau mampu jual banyak, terpulang kepada dia.

Untuk elakkan dia terbawa-bawa dengan kecenderungan beli barang ikut suka (macam kita orang dewasa juga), saya tawarkan diri untuk tolong dia simpan.

Jumlah terkumpul akan dimasukkan ke Tabung Haji. Selepas diceritakan dividen Tabung Haji, Ali bertambah suka. Kami sebagai ibu bapa gembira dan puji sifat kreatifnya dalam berniaga.

Asalnya, dia nak kad dalam bungkusan coklat itu saja. Kiranya, dia ambil kad, dia jual coklat saja.

Saya katakan, saya sokong aktiviti business dia. Cumanya perlu fokus 90% ke pelajaran, 10% ke business. Sekadar nak fahamkan dia agar tidak terlalu seronok sehingga lupa tugas hakiki dia.

#3 – Pastikan Ada Logo Halal Jakim

Mendidik Anak Berniaga [3]

Petang ni, Ali ceritakan pada ibunya, dia sudah dapat jualan melebihi RM20. Dia jual 1 minyak rambut Code10 nya. Dia ada 3 botol. Itulah duit untung awalnya yang digunakan untuk ‘berfoya-foya’ beli minyak rambut.

Dia jual Code10 RM10. Dia jual pula card yang diperolehi secara percuma dalam bungkusan coklat itu, 4 keping bersamaan RM2. (asalkan ada permintaan, batu pun boleh dijual). Jumlah dapat lebih RM20.

Macam-macam akal dia nak berniaga. Saya pesan, pastikan jual beli makanan ada logo halal Jakim. (Dia sendiri bagi tahu, coklatnya ada logo halal).

Pastikan tidak jual benda yang menyalahi peraturan sekolah dan negara. Alhamdulillah, Ini pengalaman yang bagus untuk Ali dan kami. Abangnya juga tercabar nak berniaga pula.

Mudah-mudahan cerita ini ada manfaat untuk kalian semua.

BACA INI JUGA: Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Sumber: Majalahniaga

Video Viral Pelanggan Fareeda Berasak Lagi, Kali Ni Demi Kopi Free!

Video Viral Pelanggan Fareeda Berasak Lagi, Kali Ni Demi Kopi Free!

Kali ini, kopi percuma yang ditawarkan pula dikatakan jadi punca, Mawar Fareeda sekali lagi hangat diperkatakan apabila dilihat membiarkan orang ramai berasak-asak berebut lagi, di premis tudung mereka.

Pelanggan Fareeda Berasak [2]

Kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar. Rakaman insiden tersebut kini viral di laman sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelanggan berasak-asak di luar pagar yang dikawal oleh pasukan RELA.

Bagaimanapun, ada antara mereka bertindak ganas untuk masuk ke kawasan kilang Fareeda Group dengan merempuh anggota RELA, sehingga ada yang tertanggal tudung dan terhimpit di celah pagar.

Penyebaran video berkenaan mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari.

Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Pelanggan Fareeda Berasak

Terdahulu, video viral memaparkan pelanggan Fareeda berebut lelaki perempuan demi mendapatkan nombor giliran membeli tudung terbaharu Fareeda dengan harga lebih murah telah mencetuskan sensasi internet dan dikecam hebat netizen.

Pengacara Wardina Safiyah antara yang menegur insiden berkenaan dan meluahkan perasaan kesal kerana ia menampakkan seolah-olah pelanggan dilayan seperti lembu.

Setakat ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

BACA INI JUGA: Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?



Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Bulan Mei, nampaknya didominasi oleh filem bergenre seram, dan kami senaraikan beberapa buah filem yang anda boleh tonton sepanjang bulan Mei ini.

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai filem-filem ini dipilih berdasarkan pandangan peribadi penulis yang mungkin ada yang setuju dan sebaliknya.

Harmonika
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Harmonika

Selepas kejayaan filem "Ophilia", Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bakal muncul dengan sebuah naskhah terbarunya berjudul "Harmonika".

Mukhriz bagaimanapun akan tampil berbeza dengan filem terdahulu kerana mengarah sebuah filem seram kali ini.

Ternyata pengarah merupakan seorang yang berani apabila mempertaruhkan barisan pelakon baru seperti Elizad Sharifuddin, Ahya Rosli dan dua pelakon kanak-kanak sebagai peneraju.

Mother's Day
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Mother's Day

Bulan Mei juga adalah bulan sambutan Hari Ibu, dan oleh itu jika anda tidak tahu mahu menonton filem apa bersama ibu tercinta, apa kata anda tonton filem komedi berjudul "Mother's Day" ini.

Ia berkisarkan tentang seorang hos televisyen yang merupakan seorang janda sedang mencari cinta, seorang gadis yang tidak tahu siapa ibunya dan seorang wanita yang mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ibunya.

Filem yang diarahkan oleh Garry Marshall ini pastinya tidak akan mengecewakan anda kerana ia dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Jennifer Aniston, Kate Hudson, Julia Roberts, Jason Sudeikis dan Shay Mitchell.

The Angry Birds Movie
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

The Angry Birds Movie

Rasanya ramai yang tergila-gila bermain permainan video Angry Birds beberapa tahun lalu bukan? Ya, selepas berjaya menjadi salah satu permainan video popular, akhirnya ia diangkat ke layar perak pula.

Ia mengisahkan tentang Red, seekor burung yang tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island. Dia tidak mampu mengawal kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya yang mana dia kemudian bertemu dengan burung lain yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb.

Kehidupan di pulau menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard. Red, Chuck dan Bomb sertai misi mencari penyelamat lagenda Great Eagle untuk menyelamatkan pulau.

Apabila mereka mendapati usaha mereka sia-sia, kini terserah kepada Red untuk merancang untuk menyerang Piggy Island.

Filem animasi arahan Fergal Reilly dan Clay Kaytis ini akan menyaksikan Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage menyumbang suara untuk watak-watak dalam "Angry Birds Movie" ini.

Bangkok 13
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

Bangkok 13

Kepada peminat filem seram, jangan risau kerana bulan April juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13", sebuah filem seram dari Thailand.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal.

Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana mereka telah bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok.

Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

X-Men: Apocalypse
Tarikh tayangan: 19 Mei 2016

X-Men: Apocalypse

Jika bulan April filem "Marvel's Captain America: Civil War" ditayang, bulan Mei pula menyaksikan filem "X-Men: Apocalypse".

Kali ini pasukan X-Men terpaksa berdepan dengan musuh baru yang tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse adalah mutan purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.

Filem arahan Bryan Singer ini akan menyaksikan pelakon berbeza yang akan membawa watak sebagai X-Men iaitu James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy dan Kodi Smit-McPhee.

Warcraft: The Beginning
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Warcraft: The Beginning

Selepas kejayaan permainan video "Warcraft" yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari kaki-kaki permainan video, nampaknya ia juga akan diangkat ke layar perak.

Ia akan berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, manusia dan adiwira Orc. Apabila Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor, tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

Filem aksi pengembaraan fantasi arahan Duncan Jones ini akan dibintangi oleh Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper dan Tobby Kebbell.

Adakah filem ini mencetuskan fenomena seperti permainan videonya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Demolition
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Demolition

Jika anda ingin menonton sebuah filem ringan dan terhibur, filem "Demolition" adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Ini kerana filem komedi ini mengisahkan tentang seorang pelabur bank bergelut untuk memahami emosinya selepas kematian isterinya dalam satu kemalangan.

Dia mula mencari di mana salahnya, dan akhirnya diselamatkan oleh seorang wanita yang ditemui secara tidak sengaja.

Filem arahan Jean-Marc Vallee ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat termasuk Jake Gyllenhaal, Naomi Watts, Chris Cooper dan Judah Lewis.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: Cinema

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk yang disediakan juga lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik namun bukanlah cantik yang meletop-letop.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Semua produk muslimah yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti yang ditetapkan dan hanya produk terbaik dipasaran khusus dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

SweetMuslimah juga menyediakan Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

Koleksi Tudung SweetMuslimah


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Koleksi ini adalah bagi membantu pelanggan SweetMuslimah mendapatkan tudung yang terkini dari pelbagai jenama secara MUDAH dan Selamat.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 03, 2016

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Pelakon Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, mengimpikan adik baharu.

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Menurut aktres comel itu, Rayqal sudah lama teringin mempunyai adik baharu lebih-lebih lagi adik perempuan bagi menceriakan kehidupannya.

“Rayqal teruja kerana sudah lama mengimpikan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya.

"Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan.

“Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar.

"Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang mengandung.

"Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” ujar Nora dipetik menerusi BH Plus.

Percintaan di antara Nora dan Nedim bukan lagi rahsia malah kedua-duanya dikatakan sedang dalam fasa untuk mendirikan rumah tangga selepas beberapa tahun bercinta.

Nedim, duda anak satu merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Sumber: Mynewshub.cc