Sunday, May 01, 2016

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Tak Tahu

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Khasiat Kacang Bendi

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.

Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.

Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis.

Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas).

Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.

BACA INI JUGA: Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Sumber: Majalahpama

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

Pada 1hb Mei 1886, sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka.

Rahsia 1 Mei

Pasukan polis Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh.

Sebelum peristiwa 1 Mei tersebut, di pelbagai negara juga telah berlaku mogo oleh pekerja untuk menuntut layanan yang lebih adil dari para pemilik modal (kapitalis).

Pada bulan Julai 1889, Kongres Sosialis Dunia yang diadakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei berkenaan sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan besar antarabangsa harus diorganisasikan pada satu hari tertentu di mana semua pekerja di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar kerajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari, dan juga melaksanakan semua resolusi Kongres Pekerja Antarabangsa Perancis.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, disambut oleh pekerja dipelbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari kerajaan masing-masing.

Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas, dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini muncul dari rasa ketidakpuasan hati pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal.

Setelah tidak tahan dengan mogok dan demonstrasi yang sering dilakukan, maka kerajaan telah mengambil jalan tengah (kompromi) dengan melayani tuntutan yang dibuat oleh para pekerja dan seterusnya memberi ‘pengiktirafan’ kepada perjuangan mereka dengan mengisytiharkan hari cuti untuk mereka.

Jalan tengah ini sedikit sebanyak mengurangkan desakan-desakan para pekerja. Kompromi sistem kapitalis barat inilah yang telah melahirkan Hari Pekerja Sedunia. 

Malangnya, umat Islam sekali lagi telah ‘terpukau’ dengan ‘hasil’ sistem Kapitalisme ini dan turut menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan penuh makna dan penuh harapan.

Yahudi Dan 1 Mei

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja.

Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri.

Baca seterusnya disini, Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 30, 2016

Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Panduan Permohonan Online Skim MyHome 2016

Objektif utama program MyHome adalah untuk memberikan bantuan subsidi maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama terutamanya golongan belia yang masih belum pernah memiliki rumah.

MyHome+2016

MyHome adalah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta yang telah diperkenalkan sejak 1 April 2014 oleh Perdana Menteri.

Pembeli memperoleh rebat pembelian atau potongan sehingga RM30,000 dari harga asal rumah mengikut harga semasa.

Syarat Kelayakan MyHome (2016) Skim Rumah Pertama:

  • Berumah 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bantuan Subsidi RM30,000 maksimum dari harga sebenar rumah tersebut
  • Gaji pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM6,000 sahaja.
  • Mematuhi tangga gaji seperti dibawah

Skim MyHome

MyHome 1:

  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
  • Jualan harga rumah;-
  • Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
  • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000

MyHome 2:

  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
  • Jualan harga rumah;-
  • Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
  • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000

Panduan Isi Borang Permohonan Skim MyHome 2016

1. Borang Skim Myhome Online: https://myhome.kpkt.gov.my/daftarpengguna

2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan. Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja).

3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang (Semua dokumen ini wajib di gambar atau scan dan lampirkan bersama borang secara online);

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
  • Salinan kad pengenalan anak
  • Salinan slip gaji
  • Salinan surat OKU jika ada

Aduan Mengenai Borang Skim MyHome (Tips)

Ramai mengadu gagal akses ke portal MyHome untuk dapatkan borang kerana portal MyHome bermasalah dengan isu keselamatan “security”.

Sila proceed sahaja untuk dapatkan borang MyHome secara online seperti tertera dibawah.

1. Sila gunakan Google Chrome Sahaja. Sila klik “Proceed To laman Myhome” untuk akses borang.

Borang My Home online

2. Borang MyHome sedia di isi secara online

Borang MyHome online [2]

BACA INI JUGA: MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Sumber: Melvister

PuiPui, Arnab Paling Popular Di Instagram

PuiPui, Arnab Paling Popular Di Instagram

Seekor arnab yang bergaya dengan fesyen pakaian tersendiri mencuri perhatian beribu-ribu peminat di laman perkongsian gambar, Instagram baru-baru ini.

PuiPui

Arnab daripada baka Holland Lop dan dinamakan sebagai PuiPui itu kini mempunyai lebih 24,000 pengikut di Instagram kerana sering dirakam dengan pakaian dan kostum yang menarik.

“Ini adalah arnab yang paling bergaya di dunia,” tulis pemilik haiwan itu, Mumitan pada biodata PuiPui.

Puipui sering dipakaikan dengan pelbagai kostum kreatif termasuk kot yang diinspirasikan daripada siri drama televisyen Sherlock yang lengkap dengan tali leher dan kaca mata. Kesemua pakaiannya dijahit sendiri oleh Mumitan.

Pemilik arnab itu telah menandatangani kontrak untuk mempromosikan sebuah kafe arnab pertama Australia di Melbourne. – Agensi

BACA INI JUGA: 5 Kucing Paling Popular Di Instagram

PuiPui [2]
PuiPui [3]
PuiPui [4]
PuiPui [5]
PuiPui [6]

Wajah Terkini Pelakon Power Rangers Selepas 23 Tahun!

Wajah Terkini Pelakon Power Rangers Selepas 23 Tahun!

Sesiapa yang membesar sekitar tahun 90an pasti tak pernah miss menonton siri adiwira berkumpulan The Mighty Morphin’ Power Rangers atau Power Rangers.

Mula disiarkan pada tahun 1993, Power Rangers telah menjadi sebahagian daripada memori alam kanak-kanak majoriti golongan Gen Y di seluruh dunia.

Kami akan kembalikan nostalgia lampau dengan menerjah perkembangan terbaru bekas-bekas pelakon Power Rangers ini, 23 tahun selepas rancangan lima adiwira hebat ini bersiaran di kaca televisyen.

Austin St. John
Jason Lee Scott, Red Ranger

Austin St. John (Jason Lee Scott, Red Ranger)

Sebelum ditawarkan watak sebagai Jason Scott Lee, Austin St. John memang telah lama terlibat dalam sukan seni mempertahankan diri seperti taekwondo, judo, kungfu dan kickboxing.

Selepas meninggalkan siri Power Rangers, St. Austin kembali bergiat aktif dalam seni mempertahankan diri sebagai pengajar, penulis buku dan juga berlakon dalam video tentang sukan karate.

Kini berusia 38 tahun, St. John bekerja sebagai ahli paramedik dan juga bomba di Washington D.C.

Walter Emmanuel Jones
Zack Taylor, Black Ranger

Walter Emmanuel Jones (Zack Taylor, Black Ranger)

Jones sebenarnya bekerja sebagai penari profesional apabila dia ditawarkan watak Black Ranger.

Meskipun penampilannya dalam siri itu hanya separuh jalan, Jones kembali berkhidmat sebagai Power Ranger apabila suaranya digunakan dalam siri animasi Power Rangers Lost Galaxy.

Selepas tidak lagi muncul dalam Power Rangers versi live-action, Jones meneruskan karier lakonannya dan pernah terlibat sebagai watak sampingan dalam Buffy The Vampire Slayer dan Family Matters, di samping beberapa sitkom lain.

Hari ini Jones sudah berusia 42 tahun dan mempunyai syarikat penerbitan sendiri.

David Yost
Billy Cranston, Blue Ranger

David Yost (Billy Cranston, Blue Ranger)

Yost, 44, merupakan ahli Power Ranger paling popular dalam siri tersebut.

Namun, menurut lelaki ini, kehidupannya sepanjang penggambaran tidak seindah yang disangka kerana dia teruk dicemuh oleh oleh krew akibat orientasi seksualnya sebagai seorang gay, yang menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan siri tersebut.

Walau bagaimanapun, penerbit Power Rangers menafikan bahawa Yost telah dibuli di set penggambaran.

“Saya tak tahu kenapa dia tergamak buat tuduhan kononnya berlaku serangan verbal bersifat homofobia sepanjang rakaman dilakukan,” jelas salah seorang penerbit, Scott Pagter.

“Sebab sebenar wataknya digantikan dengan orang lain adalah kerana Yost meminta bonus yang terlalu tinggi, selain sombong dengan orang lain.”

Kini Yost aktif sebagai aktivis LGBT dan juga penerbit filem.

Thuy Trang
Trini Kwan, Yellow Ranger

Thuy Trang (Trini Kwan, Yellow Ranger)

Thuy Trang,yang berketurunan Vietnam-Amerika, telah secara rela hati meninggalkan siri tersebut untuk mengikut jejak dua sahabatnya, Jones dan St. John, yang membuat perkara sama selepas berlaku sedikit salah faham antara mereka bersama penerbit.

Trang kemudiannya berlakon sebagai watak pembunuh dalam filem The Crow: City Of Angels dan juga Spy Hard.

Namun, Trang telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya pada tahun 2001. Trang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Amy Jo Johnson
Kimberly Hart, Pink Ranger

Amy Jo Johnson, (Kimberly Hart, Pink Ranger)

Johnson,42, merupakan seorang ahli gimnastik profesional sebelum berlakon sebagai Pink Ranger dan bertahan di dalam siri tersebut selama dua tahun.

Selepas meninggalkan Power Rangers, Johnson kembali melakonkan watak asalnya di dalam filem Turbo: A Power Rangers Movie, sebelum terlibat dalam siri popular, Felicity.

Johnson masih berlakon sehingga kini dan telah berlakon sebagai watak sampingan dalam beberapa siri televisyen seperti Spin City, E.R. dan Flashpoint. Dia juga sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Jason David Frank
Tommy Oliver, Green/White Ranger

Jason David Frank (Tommy Oliver, Green-White Ranger)

Jason David Frank merupakan pelakon Power Rangers paling tahan lama dalam siri tersebut sebagai Green Ranger pada awal kemunculannya dan kemudian sebagai White Ranger sebelum dia meninggalkan wataknya pada tahun 1997.

Frank,44, kini menjadi atlet sukan gusti MMA dan juga bakal muncul sebagai bintang realiti dalam rancangan This Is My Morphin’ Life.

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

Sumber: Mynewshub.cc

Digi Rampas Takhta Telco Paling Popular Di Malaysia!

Digi Rampas Takhta Telco Paling Popular Di Malaysia!

Kedudukan Maxis yang selama ini selesa sebagai syarikat telekomunikasi pilihan utama rakyat Malaysia telah dirampas oleh jenama yang popular dengan maskot orang kuning, Digi.

Digi

Carta ini diperoleh menerusi keputusan audit bagi suku pertama 2016 yang dibentangkan Digi.Com Bhd menunjukkan mereka kini memiliki 12.34 juta pelanggan (10.43 juta pengguna prabayar / 1.9 juta pascabayar) sekaligus mengalahkan Maxis.

Digital News Asia melaporkan, Digi mengalami 5.5 peratus pertambahan berbanding keseluruhan jumlah pelanggan mereka pada tahun lepas.

Maxis yang berdepan dengan pelbagai isu melibatkan pengguna kebelakangan ini pula, berada di tempat kedua dengan 12.31 juta pelanggan.

Apa yang menarik, pilihan rakyat pada masa kini diambil alih syarikat telekomunikasi yang bermula sebagai talian ‘underdog’ berbanding jenama Maxis yang lebih kukuh bertapak.

Bagaimanapun, Digi sememangnya telah melakukan penambahbaikan yang bersungguh-sungguh dan drastik terhadap khidmat 4GLTE hingga kawasan litupan mereka telah mencecah 73 peratus daripada populasi negara.

Bagi LTE-A pula kawasan litupan Digi merangkumi 33 peratus populasi negara. Pada tahun lepas Digi telah melabur sebanyak RM904 juta untuk jaringan telefon bimbit dan mengeluarkan dana RM171 juta hanya untuk perbelanjaan bagi suku pertama 2016.

Buat masa ini Digi dan Maxis sahaja yang telah mengumumkan laporan suku pertama 2016.

Sebuah lagi syarikat telekomunikasi popular negara, Celcom dicatat mempunyai 12.25 juta pelanggan pada tahun lepas.

Apakah laporan suku pertama bakal menyaksikan mereka berada di tangga pertama, kedua atau seterusnya?

Apa yang pasti ‘Kisah Maxis dan Pelanggannya’ harus dijadikan iktibar kepada pengusaha syarikat telekomunikasi pada hari ini supaya jangan terlalu galak mengejar keuntungan hingga bermain silap mata untuk menyedut duit pengguna.

Pada zaman informasi di hujung jari, para pengguna boleh menaikkan dan menjahanamkan sesuatu perniagaan dalam sekelip mata sahaja.

Bersainglah secara sihat menerusi pakej dan tawaran harga paling berbaloi dan anda pasti meraih untung besar tanpa dicerca pengguna secara beramai-ramai di alam maya.

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Sumber: Mynewshub.cc

7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!

7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!

Jangan melabur sebab orang lain melabur. Kita melabur sebab kita tahu kenapa kita perlu melabur, dan strategi yang kita akan gunakan untuk melabur.

pelaburan hartanah

Kenapa bangsa Cina begitu agresif dalam dunia perniagaan juga turut agresif dalam dunia pelaburan hartanah?

1. Instrumen pelaburan yang berisiko rendah walaupun kos tinggi

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Risiko rendah, risiko sederhana, dan risiko tinggi.

Instrumen pelaburan hartanah berada dalam kategori mana? Jawapannya: Risiko rendah.

Orang yang menganggap pelaburan hartanah sebagai instrumen pelaburan yang tinggi adalah mereka yang tidak pernah membeli 1 pun hartanah seumur hidup, atau mereka pernah beli, tetapi hartanah itu menjadikan hidup mereka lebih parah.

Apa yang menyebabkan hartanah masuk dalam kategori risiko rendah walaupun kos untuk membelinya tinggi?

Apabila membeli rumah, kita secara automatik mewujudkan dua cabang keuntungan.
  • Untung daripada sewaan rumah
  • Untung daripada peningkatan harga rumah

Apabila kita beli 1 hartanah, dan berjaya disewakan, ini bermakna kos yang buat ramai orang sakit kepala seperti bayaran pinjaman kepada bank setiap bulan, akan ditampung oleh si penyewa.
Maknanya, kalau kita mempunyai wang sewaan yang konsisten setiap bulan sehingga hutang habis dibayar kepada bank, kita akan dapat rumah itu secara percuma.

Dalam masa sama, ada kekurangan yang jelas iaitu “illiquid.” Maksudnya, ia mengambil masa yang agak lama untuk dapat wang tunai (cash) apabila menjual hartanah.

2. Bank suka pinjamkan banyak duit untuk anda beli hartanah

Rasanya, hanya 1% daripada rakyat Malaysia (khususnya bangsa Melayu) yang mampu beli hartanah 100% tunai. Tetapi, kita tidak perlu fikir tentang beli secara tunai. Ada alternatif yang lain.
Pelaburan hartanah mengizinkan kita untuk guna duit daripada pihak lain, iaitu bank. Bank sangat suka untuk bagi pinjaman sehingga 90% bagi mana-mana individu yang mahu beli hartanah.

Jika kita beli rumah berharga RM500,000, kita boleh dapat pinjaman bank sehingga RM490,000.

Berbalik pada poin pertama, jika kita dapat penyewa yang bagus, maka kita tidak pening kepala untuk bayar hutang kepada bank setiap bulan.

3. Boleh naikkan nilai hartanah (Hanya jika anda faham strategi ini)

Nilai hartanah kita boleh dinaikkan dengan sendirinya, tanpa perlu tunggu 10 hingga 20 tahun.

Dengan syarat, kita tahu apa strategi yang boleh dipakai, dan sah dipakai. Cara yang biasa pelabur hartanah berpengalaman gunakan adalah:
  • Ubahsuai rumah menjadi lebih cantik, lengkap dengan barang-barang keperluan, dan sewaktu dengannya.
  • Penyewa sanggup bayar lebih untuk duduk di rumah yang serba lengkap dan cantik, berbanding rumah yang terlalu kosong dan nampak seperti hidup segan, mati tak mahu.

Ada orang sanggup bayar 3x ganda lebih mahal di kawasan perumahan yang sama, kerana dia sangat berkenan dengan rumah itu.

Pertama, warna dinding rumah adalah warna kegemarannya. Kedua, rumah itu sudah ada kelengkapan asas seperti kipas dinding, dapur dan sebagainya.

Perubahan dalaman rumah boleh memberi kesan pada kenaikan harga hartanah, apabila ia dilakukan dengan cara yang betul.

4. Tempat melabur yang selamat

Selain risiko yang rendah, pelaburan hartanah juga adalah instrumen pelaburan yang selamat.

Pertama, harga hartanah jarang mempunyai penurunan yang terlalu drastik, khususnya di Malaysia.

Pelaburan hartanah juga mempunyai perlindungan insuran yang akan membantu kita, jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Manakala pelaburan lain seperti saham tidak mempunyai aspek perlindungan seperti ini.

Namun begitu, tidak bermaksud bahawa pelaburan saham itu merugikan. Kita cuma cerita tentang apa yang ada dalam pelaburan hartanah.

5. Kita untung masa beli hartanah. Bukan masa jual hartanah

Beli rumah bukan macam beli kereta. Sebaik sahaja kita beli kereta, dalam masa 24 jam harganya akan jatuh.

Manakala hartanah pula sebaliknya. Fokus utama kita adalah dapat keuntungan sebaik sahaja kita beli hartanah itu.

Penting untuk kita lakukan kajian dan siasatan pada kawasan luaran dan dalaman rumah sebelum buat sebarang keputusan. Pelaburan hartanah ini juga ada pantang larang yang wajib kita beri perhatian iaitu,

“Jangan teruja jika harga hartanah itu terlalu murah berbanding dengan hartanah yang lain.”

Pergi lakukan kajian, lihat situasi rumah itu dengan mata sendiri, banyakkan bertanya kepada penjual dan kenal pasti apakah yang menyebabkan harga rumah itu sangat murah berbanding kawasan lain.

6. Kalau ada banyak hartanah, ini jalan penyelesaiannya supaya tidak sakit kepala

Saya doakan agar semua pembaca artikel ini akan dapat memiliki banyak hartanah yang menguntungkan di masa akan datang.

Ramai yang tanya cara terbaik untuk uruskan banyak rumah dalam 1 masa. Lebih-lebih lagi apabila semua menggunakan strategi sewaan.

Jawapan yang paling ringkas adalah, “Beli masa orang lain a.k.a dapatkan seorang pekerja yang akan menguruskan semua hartanah kita.”

Jika duit sewaan total yang kita dapat daripada semua rumah sekitar RM5,000 sebulan, apa salahnya kita laburkan RM1,500 untuk bayar seorang pengurus yang boleh membantu menguruskan semua penyewa-penyewa.

Walaupun duit itu berkurangan, tetapi kita tidak perlu lagi sakit kepala menguruskan penyewa-penyewa yang pelbagai ragam.

7. Kiri kanan buat duit

Pelaburan hartanah ini juga boleh dijadikan sebagai kenderaan terbaik untuk kita mencapai matlamat bebas daripada segala masalah kewangan.

Kita akan dapat dua jenis cabang keuntungan iaitu keuntungan daripada sewa dan juga peningkatan nilai harga hartanah secara berperingkat.

Orang Melayu cakap, “Kiri kanan buat duit,” apabila kita aktif melabur dalam hartanah.

Kesimpulan

Majoriti bangsa Melayu mempunyai masalah yang tipikal iaitu mahu mempunyai jumlah pendapatan supaya melebihi perbelanjaan. Pelaburan hartanah dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Walaupun duit poket dari bisnes besar, tetapi duit rabak pun besar akibat daripada membeli barang-barang keperluan nafsu seperti kereta mewah, rumah mewah untuk duduk sendiri, jam mahal dan sewaktu dengannya.

Bukannya cakap benda ini tidak boleh beli, tapi kenapa tidak biarkan duit daripada hasil pelaburan hartanah yang tampung semua barang-barang impian kita?

BACA INI JUGA: 5 Things to Know Before Purchasing Real Estate at Auction

Sumber: gilahartanah

Friday, April 29, 2016

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk merawatnya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki Autisme ini. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.

Sindrom Autisme

Kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme sama seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza maka kesabaran diperlukan untuk mendidik insan istimewa ini, apa itu penyakit Autisme sebenarnya?

Tahukah anda apa itu penyakit Autisme? Sebenarnya autisme atau autistik bukanlah sejenis penyakit, tapi ramai yang mengatakan ianya suatu penyakit.

Penyakit Autisme adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.

Kanak-kanak autisme biasanya menghadapi masalah terencat akal pada tahap berbeza disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kanak-kanak yang mengalami sindrom Autisme akan menyebabkan mereka tidak memahami perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Ciri-ciri Sindrom Autisme

1. Tidak mampu Bersosial
  • Tidak menghiraukan orang lain.
  • Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
  • Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
  • Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium.
  • Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran.
  • Lebih suka bermain sendiri.
  • Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi.

2. Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
  • Lambat bercakap.
  • Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
  • Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Bercakap dalam nada yang pelik, seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
  • Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
  • Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya.

3. Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
  • Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan.
  • Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan.
  • Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
  • Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
  • Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa.

4. Masalah Tingkah Laku
  • Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
  • Bersikap positif, tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk.
  • Tidak tahu bersosial, jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan.
  • Aktif tetapi perangai pelik, kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di sekolah?

Terdapat beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak sindrom Autisme sebegini melalui pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak autisme juga akan memperoleh manfaat seperti kanak-kanak normal yang lain.

Antaranya:
  • Meningkatkan interaksi sosial
  • Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi
  • Meningkatkan perkembangan bahasa
  • Menjadi lebih berdik

Untuk pengetahuan juga, kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

BACA INI JUGA: Sindrom Menkes, Penyakit Misteri Yang Menyerang Bayi

sumber: alkindi10autisme

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat langkah ‘suplex’ di tepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Suplex+Ngeri

Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.

Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.

Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup.

Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang.

Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.

Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina


Sumber: Mynewshub.cc

Kemuncak APO2016 Dengan 20 Lagu Artis Popular!

Kemuncak APO2016 Dengan 20 Lagu Artis Popular!

Kehangatan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) kian terasa apabila beberapa artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, One Nation Emcee, Azlan, Adi Putra dan Amar Baharin mengadakan sesi latihan untuk persembahan malam kemuncak, Sabtu ini.

Mimi APO2016
Mimi (tengah) bersama anggota One Nation Emcee.

Pengarah muzik, Faizal Uzir atau Lokyu ketika ditemui berkata, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan artis dengan gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah pada era kini bersesuaian dengan transformasi digital yang diketengahkan.

Kata Lokyu lagi, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan pada malam itu termasuk gabungan Adibah Noor, One Nation Emcee dan Hazama menerusi segmen pembukaan.

"Penonton kena tunggu malam Sabtu nanti lagu apakah yang bakal dipersembahkan namun ia cukup istimewa," katanya kepada mStar Online.

Lokyu memberitahu malam kemuncak APO2016 itu nanti bakal menampilkan tujuh pemuzik yang mengiringi persembahan artis.

APO2016 bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 bertemakan Glam Digital.

Ia dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Dalam pada itu, Dayang ketika ditemui berkata, dia akan mengadakan persembahan tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang juga mentornya.

"Persembahan itu cukup bermakna dan istimewa buat saya kerana ia bakal menjadi pengalaman cukup manis dalam karier saya.

"Ia satu penghormatan buat saya kerana ia persembahan tribute untuk seorang insan yang cukup penting dalam karier saya.

"Pada masa yang sama saya gemuruh kerana ia tanggungjawab besar," ujarnya.

Mimi yang mewakili One Nation Emcee pula berkata, mereka berjanji akan memberikan persembahan bertenaga dan istimewa kepada penonton.

"Kena tunggu keistimewaan persembahan pembukaan dari kami dan beberapa artis lagi.

"Apa yang pasti kami akan menjanjikan kelainan dengan seleksi lagu-lagu terbaik," jelasnya.

Manakala pelakon Adi Putra pula bakal mempersembahkan lagu berjudul Kekal Bahagia nyanyian asal Ippo Hafiz dan Amar Baharin akan mendendangkan lagu Cinta oleh Flop Poppy.

Sementara itu, ratu rock negara, Ella pula memberitahu dia akan menyampaikan dua buah lagu secara medley iaitu Layar Impian dan Gemilang secara eksklusif buat penonton APO2016.

Ella APO2016

Kata Ella, dia memilih lagu berkenaan kerana ia mempunyai peminat yang tersendiri dan teruja untuk mengadakan persembahan.

"Saya teruja untuk buat penganjuran kerana APO2016 kali pertama diadakan dan saya kira lagu dipilih sesuai untuk meraikan malam itu tambahan ia mempunyai peminat tersendiri," ujarnya.

Azlan pula berkata dalam keghairahan untuk mengadakan persembahan tetapi berasa gemuruh kerana bakal membawakan lagu penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Pastikan.

"Ia satu lakaran sejarah buat saya dan ia sangat mendebarkan. Diharap persembahan pada malam itu nanti berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan sama, penyanyi yang dicungkil bakatnya dari YouTube iaitu Wani dan Tasha Mansahar menganggap ia platform terbaik untuk mengembangkan karier mereka.

Malah mereka teruja kerana dapat mengadakan persembahan dengan diiringi pemuzik secara langsung.

Tambah istimewa, Dayang Nurfaizah dan Hazama sekali lagi akan muncul pada penutup bagi menyampaikan lagu terbaharu mereka terbitan Suria FM buat kali pertama iaitu Bangkit.

Selain persembahan hebat daripada artis-artis baharu dan lama, APO2016 dijangka meriah dengan kehadiran penyampai-penyampai anugerah antaranya Erra Fazira, Hafiz Suip, Fattah Amin, Mia Ahmad, Chef Nik Michael dan ratu gimnas negara, Farah Anne Abdul Hadi.

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Sumber: mStar