Thursday, April 28, 2016

Wang Kertas New Zealand Dinobat Tercantik Di Dunia

Wang Kertas New Zealand Dinobat Tercantik Di Dunia

Wang kertas NZ$5 (RM13.52) dinobat sebagai pemenang anugerah Bank Note of the Year 2015, pada Selasa.

NZ$5

Pemilihan itu dibuat oleh Persatuan Wang Kertas Antarabangsa (IBNS) sekali gus menewaskan 19 pencalonan wang kertas lain.

Menurut Mashable, antara pencalonan lain ialah wang kertas 20 kronor Sweden, wang kertas 100 ruble Rusia, dan wang kertas 5 pound Scotland.

Pemenang anugerah Bank Note of the Year dipilih berdasarkan nilai artistik, ciri keselamatan inovatif, dan masih lagi digunakan.

Dalam pada itu, Timbalan Gabenor Reserve Bank of New Zealand, Geoff Bascand menyifatkan kemenangan wang kertas milik negara itu adalah bukti usaha dan inovasi bank tersebut dalam menghasil wang kertas itu.

NZ$5 [2]

“Kami bangga dengan semua wang kertas New Zealand, tetapi apabila wang NZ$5 ini diiktiraf di peringkat antarabangsa, ini sesuatu yang istimewa.

“Wang kertas ini mempunyai beberapa ciri keselamatan termaju di dunia namun masih lagi indah dan memaparkan sejarah, budaya, dan warisan New Zealand,” katanya.

Wang kertas NZ$5 memaparkan wajah salah seorang pendaki Gunung Everest terawal, Sir Edmund Hillary dan penguin bermata kuning atau hoiho yang wujud di Kepulauan Campbell, pulau subantartik New Zealand.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: Mynewshub.cc

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan

Pernah digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan.

Ummi Nazeera

Lapor sebuah portal berita, kedua-dua pelakon ini bertemu untuk membincangkan gosip yang tersebar itu. Malah selepas tersebarnya gosip itu Ummi Nazeerah dan Zizan Razak lebih berhati-hati untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Menurut Ummi Nazeerah, 26, dalam pertemuan itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak banyak menasihatinya agar tidak menghiraukan perkara berkenaan dan itu merupakan lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” jelas Ummi kepada portal tersebut.

Lakonan aktres ini bersama Zizan dalam filem Angin Cinta menyebabkan tercetusnya gosip ini. Namun Ummi tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan.

Ummi Nazeera vs Zizan

“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

“Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.

Tambah Ummi lagi kepada portal itu, dia masih belum fikir akan soal cinta dan baginya karier lakonannya adalah menjadi keutamaannya.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

Wednesday, April 27, 2016

Gambar Supercar Pertama Buatan Malaysia Yang Tidak Kesampaian!

Gambar Supercar Pertama Buatan Malaysia Yang Tidak Kesampaian!

Kira-kira 11 tahun lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, nama yang dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Venere

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya dirancang untuk dipertontonkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2006 dan diuji ketika Le Mans 24 Hours Endurance Race, juga pada tahun yang sama.

Esna Venere [2]

Kereta ini dikatakan dihasilkan dalam kuantiti terhad 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan dan dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.

Bagaimanapun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere ditamatkan serta merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

Esna Venere [3]

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.

Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porsche dan Ferrari.

Esna Venere [4]

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder supercharged dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon.

Esna Venere [5]

Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.

Mungkinkah ada anak Malaysia yang mampu menyambung visi Esmail Naziadin ini suatu hari nanti?

BACA INI JUGA: 10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Autobuzz/Mynewshub

Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Melalui tulisan terbaru di dalam blog beliau, Tun Mahathir berkata, IPIC mengakui Aabar Investments PJS adalah syarikat kumpulan itu, tetapi bukan Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima wang daripada 1MDB.

1MDB+PENIPUAN

Mari kita baca tulisan Tun;

Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.

Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian.

Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.

Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.

Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB.

Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambarkan banyak manakah satu bilion, dan empat puluh dua billion.

Bagaimanakah wang berbilion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.

Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit.

Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.

Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan.

Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).

Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar.

Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.

Memang hebat Malaysia dizaman Najib!!

BACA INI JUGA: 6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

Sumber: Chedet.cc

Muhammad Ibrahim Gabenor BNM Baharu Mulai 1 Mei 2016

Muhammad Ibrahim Gabenor BNM Baharu Mulai 1 Mei 2016

Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei, 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Muhammad Ibrahim

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010.

Beliau memegang sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM yang ketujuh,” kata Najib. –Bernama

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

Ular 'Menyerang' Makmal Sekolah Dan Tandas Rumah!

Ular 'Menyerang' Makmal Sekolah Dan Tandas Rumah!

Melalui perkongsian di laman Facebook oleh Sharonng Eng Shan, dia telah memuat naik beberapa keping gambar seekor ular tedung sedang 'berendam' dilubang tandas.

Ular+Dalam+Tandas

Menurut Sharonng, gambar itu diperoleh daripada kawannya yang mengalami kejadian itu ketika hendak membuang ‘hajat’.

Reptilia itu dikatakan masuk ke dalam lubang tandas itu melalui saluran paip najis berkenaan.

Menurut Sharonng, kawannya bertindak bijak apabila menuang air panas ke dalam lubang tandas tersebut sebelum digunakan.

Ular+Dalam+Tandas [4]

Tidak dapat dibayangkan sekiranya reptilia berbisa ini mematuk ketika sedang ‘menunaikan hajat’ kan.

Peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin membuang hajat supaya beringat terlebih dahulu supaya perkara malang tidak berlaku.

Memang ngeri apabila mengenangkan ular berbisa itu boleh berada di dalam lubang jamban. -Mynewshub

Tedung Masuk Makmal Sekolah Di Labuan

Ular Tedung Masuk Makmal

Beratus-ratus pelajar di sebuah sekolah menengah di sini kelam-kabut apabila mengetahui bahawa seekor ular tedung ditemui di dalam makmal sekolah pada selasa.

Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar SMK Pantai di sini ketika mereka sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi tadi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa bilik gerakan jabatan itu menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

"Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.

Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera," katanya.

Beliau berkata pasukan berkenaan mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar. -Bernama

BACA INI JUGA: Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Gempar Hantu Terakam Di Foto Song Joong Ki?!

Gempar Hantu Terakam Di Foto Song Joong Ki?!

Gambar pelakon drama popular Descendants of the Sun, Song Joong Ki menjadi gempar apabila dikatakan terakam gambar makhluk lain.

Song Joong Ki

Media China melaporkan, perkara tersebut menjadi perbualan netizen yang melihat ada wajah wanita berambut panjang.

Bagaimanapun, segelintir peminat menganggap ia hanya pantulan cahaya.

Song Joong Ki [2]

"Bukan manusia sahaja yang demam, malah makhluk lain juga meminati aktor tersebut.

"Saya cemburu dengan hantu berkenaan kerana dapat mendekati Soong Joong Ki," ujar netizen.

BACA INI JUGA: Gambar Hantu Melutut Di Wad Gila Berjaya Dirakam!

Sumber: mStar

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Sejak dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular dan reaksi spontan biasanya menjadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.

Snake group

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang.

Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular.

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.

Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman.

Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama.

1. Keluarga Elapidae

Ular Tedung Selar

Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.

Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:

1.1 Jenis tedung:
  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.

1.2 Jenis katam tebu
  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

1.3 Ular matahari
  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis terjadi pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.

2. Ular Keluarga Viperidae

Ular kapak

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

3. Ular keluarga Hydropidae

Ular laut

Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: prn.usm

Kerjaya Elda Susanti Malap Selepas Pakai Tudung?!

Kerjaya Elda Susanti Malap Selepas Pakai Tudung?!

Penyanyi dangdut yang pernah popular menerusi lagu Yang Ku Sayang, Elda Susanti menjelaskan punca dia meninggalkan dunia seni ketika namanya sedang memuncak iaitu 15 tahun lalu disebabkan keputusannya berhijrah dan memakai tudung.

Elda Susanti

Elda yang kini berusia 34 tahun berkata, selepas menutup aurat karier nyanyiannya mula malap kerana pihak promoter enggan mengambilnya mengadakan persembahan apabila dimaklumkan dia sudah bertudung.

"Saya memakai tudung ketika berusia 18 tahun dan ketika itu juga karier nyanyian saya semakin suram dan tidak banyak undangan persembahan.

"Penerimaan pihak penganjur dan peminat terhadap penyanyi bertudung ketika itu sangat berbeza dengan hari ini jadi saya akur.

"Bagaimanapun saya tidak kecewa kerana menutup aurat adalah kehendak diri sendiri dan sudah bukan rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi berasal dari Johor itu pernah merakamkan dua buah album iaitu Yang Ku Sayang pada tahun 1997 dan Semakin Sayang (1999).

Elda bakal membuat kemunculan semula menerusi program terbaharu iaitu Dangdut Star yang bakal bersiaran pada Rabu ini, pukul 9.30 malam di Astro Prima dan Mustika HD.

Dalam pada itu, Elda berkata, faktor kesuraman irama dangdut ketika itu menyebabkan dia nekad meninggalkan dunia seni dan menyambung pengajiannya ke peringkat universiti.

"Masuk tahun 2001 genre dangdut semakin dilupakan dan ia menyukarkan lagi perjalanan karier saya sebagai seorang artis bertudung.

"Jalan terbaik adalah melupakan seketika bidang nyanyian dan memberikan fokus pula kepada pelajaran," katanya yang kini ibu kepada lima cahaya mata.

Masih mengikuti perkembangan dunia seni, Elda berkata, dia bersyukur apabila melihat industri seni mula mengalami evolusi terutamanya terhadap penerimaan artis bertudung.

Malah kata Elda, itu juga antara sebab dia tergerak hati untuk mencuba nasib menerusi pertandingan Dangdut Star.

"Sebetulnya penyanyi Salwa Abd Rahman yang memberitahu saya tentang program berkenaan dan suruh saya mencuba nasib.

"Selepas mendapat keizinan suami saya nekad mencuba tambahan pula industri kini lebih terbuka terhadap artis bertudung dan Alhamdulillah saya diterima," katanya.

Sementara itu, Elda berkata, menerusi Dangdut Star dia berharap dapat memperkenalkan kembali dirinya kepada peminat sekaligus mewarnai kembali irama dangdut.

"Walaupun saya pernah merakamkan album tetapi dalam program ini saya meletakkan diri pada tahap sama seperti mana peserta lain dan tujuan saya hanya satu iaitu untuk merancakkan kembali irama dangdut," jelasnya.

BACA INI JUGA: 2 Corak Tudung Terbaru Khas Untuk Si Comel Anda!

Sumber: mStar

Tuesday, April 26, 2016

Pesta Jualan Murah Buku Online BookCafe!

Pesta Jualan Murah Buku Online BookCafe!

Buat pembaca yang menghadapi masalah untuk membeli bahan bacaan, novel dan sebagainya, susah nak dapat buku yang dicari, cuba cari di Bookcafe.

Pesta_Buku_Online

Ada lebih 2,000 judul buku berbahasa melayu terpilih daripada pelbagai genre yang pastinya memuaskan hati anda.

Bookcafe selalu menawarkan potongan harga sehingga 70% terutamanya dari genre buku-buku agama, buku yang dijual semuanya buku-buku baru!!

Jadi, kalau ada orang tanya, dimana tempat best nak beli buku online?

Saya akan cadangkan, "Belilah buku di BOOKCafe!" Sebab murah, mudah, memilih secara santai hanya melalui online.

Senarai Kategori BookCafe
  • Penulis
  • Agama
  • Kanak-Kanak & Remaja
  • Keluarga & Perhubungan
  • Non Fiksyen
  • Novel & Fiksyen
  • Remaja
  • Resipi
  • Rujukan Sekolah
  • Kamus
  • Kombo Buku Terbaik Bookcafe
  • BESTSELLER

Kalau anda nak join program affiliate pun boleh. Disamping mendapat tawaran murah giler, anda juga boleh menjana pendapatan samping, boleh berdaftar DISINI.

Selamat membeli-belah..;)

BACA INI JUGA: Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Berusia 1,370 Tahun!

-SENTIASAPANAS.COM