Sunday, April 17, 2016

Saintis Buktikan Minum 6 Cawan Kopi Baik Untuk Kesihatan

Saintis Buktikan Minum 6 Cawan Kopi Baik Untuk Kesihatan

Bagi penggemar kopi, meminum secawan kopi pada waktu pagi adalah rutin wajib diamalkan setiap hari kerana dikatakan boleh memberi kesegaran pada peminumnya.

Minum+Kopi

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat kopi tidak baik untuk kesihatan kerana dikatakan boleh mengakibatkan beberapa penyakit seperti kanser.

Di sebalik pelbagai info bahaya kopi yang sering dibicarakan orang ramai, ternyata meminum kopi sebenarnya banyak manfaatnya.

Para penyelidik dari Universiti Harvard telah menemui bukti bahawa meminum kopi sekurang-kurangnya enam cawan memberi kesan yang baik kepada kesihatan.

Menurut mereka, individu yang minum dua hingga lima cawan kopi sehari mempunyai risiko lebih rendah diserang penyakit kardiovaskular, penyakit saraf, diabetes, Alzheimer dan depresi yang boleh menyebabkan bunuh diri.

Selain itu, uji kaji telah dijalankan terhadap tikus putih menunjukkan kopi memberi kesan baik kepada kesihatan hati dan tidak meningkatkan berat badan haiwan tersebut.

Terdahulu, sainstis telah mengesahkan bahawa kopi boleh menyembuhkan masalah berkaitan penyakit Non-Alcoholic Fatty Liver (NAFLD).

Oleh itu, berhentilah berasa bersalah ketika meminum kopi kerana ianya baik kepada kesihatan.

BACA INI JUGA: Benarkah Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur?

Sumber: Mynewshub.cc

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Seorang pengarah yang pernah dicalon untuk Anugerah Oscar kini menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menghubungkan penerbit karya Hollywood Wolf of Wall Street dengan dakwaan skandal berbilion ringgit 1MDB.

The Master and His Wolf

Penerbit filem British itu, Mike Lerne bercita-cita membongkar dakwaan skandal melibatkan pembiayaan filem lakonan bintang layar perak Leonardo DiCaprio itu, menurut laporan eksklusif The Hollywood Reporter.

Lerner dicalonkan untuk Anugerah Oscar selepas menerbitkan Hell and Back Again, The Square dan Pussy Riot: A Punk Prayer.

Filem terbaru beliau The Master and His Wolf (tajuk sementara) dikatakan akan cuba menghubungkan Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan wang AS$100 juta yang membiayai filem terbitan Red Granite Pictures.

Ia juga mungkin mengheret DiCaprio yang dilapor mendapat bayaran awal $25 juta untuk membintangi filem arahan pemenang lima kali Anugerah Akademi Martin Scorsese itu.

Red Granite, yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz sebelum ini menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mendakwa mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”

1MDB dan Najib dalam kenyataan mereka sering mempertahankan diri daripada dakwaan salah laku.

The Hollywood Reporter melaporkan penggambaran filem telah selesai dibuat di Malaysia dan akan bersambung di Amerika Syarikat, Luxembourg, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi – yang masih menyiasat dakwaan sekitar 1MDB.

Selain DiCaprio, pengarah filem itu juga berharap dapat bercakap dengan Jho Low, hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan terkenal selepas berparti dengan aktres Hollywood Paris Hilton. -Malaysiakini

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Islam Melarang Kritik Agama Lain, Dr. Zakir Naik

Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Dr Zakir Naik

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

"Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

BACA INI JUGA: P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Sumber: mStar

Saturday, April 16, 2016

MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

MyDeposit, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PERMOHONAN-SKIM_MYDEPOSIT

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit


KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

​KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN


Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut:

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

DOKUMEN SOKONGAN


Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

*Langkah-langkah untuk memohon disini, Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Sumber: Sprn.kpkt.gov.my

Y-40 Deep Joy, Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia!

Y-40 Deep Joy, Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia!

Tahukah anda, Y-40 Deep Joy merupakan kolam renang terdalam di dunia? Ianya telah direka oleh seorang arkitek terkenal yang dikenali sebagai Emanuele Boaretto.

Y-40 Deep Joy

Kolam renang yang dibina di Itali ini sebenarnya adalah milik sebuah hotel terkenal, Hotel Terme Millepini.

Kebanyakan yang berenang di kolam tersebut adalah para skuba dan freediver yang mahukan kelainan.

Sesiapa yang mahu menyelam ke dalam kolam tersebut dikatakan memerlukan kemampuan pernafasan yang baik.

Kolam yang berbentuk seakan-akan gua juga sesuai untuk perenang yang mahu belajar snorkeling.

Kolam ini juga telah disesuaikan dengan suhu mengikut paras ketinggiannya bagi membolehkan manusia menyelam ke dasar kolam.

Kolam sedalam 40 meter ini dikatakan setara dengan ketinggian bangunan 13 tingkat dan telah mendapat pengiktirafan Guinness Book of Records.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

Y-40 Deep Joy [2]
Y-40 Deep Joy [3]
Y-40 Deep Joy [4]
Y-40 Deep Joy [5]
Y-40 Deep Joy [6]
Y-40 Deep Joy [6]

Sumber: Mynewshub.cc

6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.

1MDB KANTOI LAGI

Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.

1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat.

Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.

2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat palsu

1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.

3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan

1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.

Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.

EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

5. Hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.

6. Jadi ‘anak emas’ Putrajaya, dapat banyak kelebihan

1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.

Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

Laporan lengkap PAC berkenaan 1MDB boleh dibaca di sini, lengkap dengan lima saranan untuk memperbaiki tadbir urus dana tersebut.

BACA INI JUGA: 22 Sebab Tun Mahathir Keluar UMNO Kali Kedua!

Sumber: Themalaymailonline

Bapa ‘Bangga’ Video Aksi Tari Lucah Kanak-kanak Viral!

Bapa ‘Bangga’ Video Aksi Tari Lucah Kanak-kanak Viral!

Mengucap panjang kami selepas menonton sebuah video yang memaparkan kanak-kanak berpakaian sekolah melakukan aksi tarian lucah ini!

Video Aksi Tari Lucah Kanak-kanak Viral!

Video yang dirakamkan di bandar Camaguey di pertengahan Cuba, 300 batu daripada ibu negaranya, Havana itu telah ditonton ratusan ribu kali selepas ianya dimuatnaik ke Internet.

Melakukan gerak tarian separa provokatif yang dipopularkan penyanyi kontroversi Miley Cyrus iaitu twerking, dua pasang kanak-kanak lelaki dan perempuan ini tanpa segan silu bergoyang gerudi sesama sendiri persis orang dewasa.

Kalau di Malaysia, mungkin kumpulan kanak-kanak itu akan diajar cukup-cukup oleh ibu bapa mereka kerana berkelakuan ‘terlajak bodoh’, tetapi lain pula senarionya di republik komunis itu.

Menurut media tempatan, Jorge Luiz Perez, bapa salah seorang budak lelaki yang terlibat di dalam video itu, dia amat ‘bangga’ akan kebolehan anaknya melakukan aksi tari sebegitu lalu bertindak memuat naik kejadian itu ke Internet.

Dua lagi kanak-kanak perempuan, yang tidak diketahui umur mereka, dilihat menari-nari separa lucah bersama rakan sekelas lelaki mereka, melakonkan kembali aksi yang ditonton mereka di dalam video muzik di televisyen.

Kedua-dua budak perempuan itu dilihat asyik menari twerking – membongkokkan badan sambil menggeserkan punggung mereka ke kawasan pelvis kanak-kanak lelaki tersebut.

Yang tak boleh tahan lagi, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu sempat bergaduh lagi berebutkan pasangan selepas salah seorang budak lelaki itu terjatuh ke lantai semasa sibuk menari.

Sementara itu, video asal insiden tersebut telahpun ditarik balik daripada Facebook, namun versi-versi lain rakaman itu masih tersebar luas di serata media sosial.

Salah seorang pengguna Facebook, Ricardo Hernandez berkata, “Kita sudah kembali ke zaman gelap di mana rumah pelacuran dan pemerdagangan seks menjadi satu epidemik di Cuba–wow.

Di manakah ibu bapa dan pengetua sekolah mereka dan apa nilai-nilai yang mereka pupuk di sekolah itu? Sekolah itu sangat teruk.”

Seorang lagi pengguna, Isa Monzon pula mencelah, “Mereka yang mengajar kanak-kanak berkelakuan begitu, kemudian mengadu tentang pelacuran dan rogol.

"Ini adalah sesuatu yang memalukan, adakah ini definisi zaman kanak-kanak era ini?”

Nancy Miranda pula berpendapat: “Jadual sifir pun tak lepas, tapi tarian lucah pandai pula. Mana ibu bapa mereka? Mana guru-guru mereka?”

Sepatutnya, ibu bapa perlu memantau apa ditonton kepada anak. Di zaman kapitalisme seksualiti ini, perkara lucah seakan-akan menjadi perkara biasa dan disiarkan secara terbuka kepada semua termasuklah kanak-kanak.

Betul lah apa orang cakap, kanak-kanak sekarang bukan seperti kanak-kanak dulu!

BACA INI JUGA: Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!



Sumber: Mynewshub.cc

RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

Tun Mahathir menyindir Perdana Menteri, Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.

RM14 Bilion 1MDB

"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.

"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.

"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.

IPIC Sahkan RM14 Bilion Wang 1MDB Hilang?

RM14 Bilion 1MDB [2]

Sejak pengesahan dari IPIC bahawa 1MDB telah membayar sejumlah USD3.5 bilion kepada sebuah syarikat palsu yang mana IPIC tidak punya kaitan, TIDAK ADA langsung respon dari mana-mana pemimpin kerajaan! Kenapa?

Tidakkah pemimpin-pemimpin kerajaan ini sedar impak kenyataan IPIC itu?

Tolak ke tepi dulu soal sokong atau tidak sokong 1MDB, tolak ke tepi sentimen politik, isu ini juga adalah satu isu rakyat yang mana sebagai wakil kepada rakyat, pemimpin seharusnya menyuarakan suara hati rakyat.

Kenyataan IPIC itu mengundang satu persoalan utama - Ke mana perginya hampir RM14 bilion wang rakyat yang telah diamanahkan kepada 1MDB itu?

Didakwa sebagai bayaran kepada IPIC tapi kini IPIC kata mereka tak terima. Jadi SIAPA yang terima?

SIAPA pemilik akaun bank syarikat palsu yang 1MDB telah bayar duit sebanyak itu?

Jika IPIC tidak terima pembayaran itu, adakah jumlah dana itu masih perlu dibayar kepada IPIC?

Sebab di pihak IPIC, 1MDB BELUM BAYAR lagi sebagaimana sepatutnya. Dalam akaun IPIC, 1MDB masih 'berhutang' sebanyak USD3.5 bilion (RM14 bilion).

RM14 bilion telah HILANG, DICURI dan sebanyak RM14 bilion itu terpaksa digantikan oleh 1MDB bagi memenuhi komitmen asalnya. Soal 1MDB telah ditipu dan dirompak wang, bukan masalah IPIC. Itu adalah masalah 1MDB.

Duit RM14 bilion hilang itu satu hal, adakah sekarang HUTANG 1MDB sudah bertambah sebab dalam akaun 1MDB sebelum ini telah dinyatakan RM14 bilion itu telah dibayar kepada IPIC, tapi kini IPIC kata jumlah itu masih belum diterima?

Dikatakan sebahagian besar adalah sebagai bayaran deposit dan selebihnya bayaran bagi melupuskan option (mencecah bilion-bilion ringgit juga) tapi deposit itu juga dikatakan akan dijadikan sebahagian aset pertukaran dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB dengan IPIC.

Nah... sekarang aset deposit itu sudah hilang!

Dimana lagi 1MDB nak cari RM14 bilion bagi menjelaskan hutang dan bagi menggantikan aset buat tukaran dalam Asset Swap dengan IPIC kelak?

Tinggal dua bulan lagi sebelum perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu dimuktamadkan.

Bukankah itu melibatkan duit rakyat juga? Jangan lupa, perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu adalah antara IPIC dengan 1MDB DAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

Jadi kenapa tidak ada respon langsung dari pemimpin-pemimpin kita? Adakah anda menganggap ini satu isu kecil yang hanya melibatkan 1MDB saja?

Kita tidak nampak 'kerisauan' di pihak 1MDB dalam respon mereka kepada kenyataan IPIC itu. Langsung tidak ada keinginan mahu menyiasat perkara ini selain dari mengulangi kenyataan yang 1MDB sudah bayar kepada Aabar BVI.

1MDB+SOMBONG

Nada sombong pun ada kalau di baca kenyataan itu. Sekarang bukan masanya nak menuding jari tapi seharusnya usaha dimulakan untuk menyiasat perkara ini, kalau boleh BERSAMA IPIC!

1MDB juga seharusnya telah buat laporan Polis dan meminta pihak Interpol turut bantu dalam menyiasat dalang di belakang Aabar BVI.

Dan jangan lupa siasatan dalaman 1MDB sendiri. bagaimana perkara ini boleh berlaku. Siapa yang harus bertanggungjawab? Siapa yang SAIN?

IPIC bukan syarikat kecil yang boleh dipermainkan. IPIC syarikat bertaraf global yang berdaftar dalam London Stock Exchange.

Kenyataan di LSE itu tidak akan dibuat begitu saja oleh IPIC tanpa siasatan dalaman yang rapi.

London Stock Exhange dan pelabur-pelabur di sana tidak akan menerima alasan-alasan atau jawapan-jawapan putar belit sebagaimana yang diberikan oleh pihak 1MDB ketika di soal oleh PAC!

Dari segi kredibiliti, jauh sangat bezanya antara kenyataan oleh IPIC dengan kenyataan oleh 1MDB.

Bila menteri-menteri dedak mahu bersuara?

Duit RM14 bilion hilang dan RM14 bilion perlu dicari untuk ganti. Tidakkah ini bermakna isu ini sebenarnya bernilai RM28 Bilion!?

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: SH/DTO

Friday, April 15, 2016

Penyanyi Cantik Buat Laporan Polis Di Belasah Teman Lelaki!

Penyanyi Cantik Buat Laporan Polis Di Belasah Teman Lelaki!

Seorang penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu.

Shazia Mohd. Rozaini

Perkara tersebut didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd. Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.

Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.

Shazia Mohd. Rozaini [2]

Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah tetapi dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.

BACA INI JUGA: Bintang Terkenal Kanak-kanak Disney Yang Kini Menjadi Simbol Seks Dewasa!

Sumber: Berita Harian

HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

HTC telah melancarkan model terbaru untuk siri perdana mereka iaitu HTC 10 dan HTC 10 Style, hadir Dengan 12 MP Kamera, Skrin 5.2 Inci dan Speaker BoomSound.

HTC 10 Terbaru

Untuk model perdana terbaru ini, HTC bukan sahaja mengubah namanya, malah merekah menambah baik keseluruhan smartphone dengan rekaan yang lebih kemas, prestasi yang ditingkatkan, kamera yang mantap serta antaramuka yang lebih menarik.

Terdapat dua variasi yang diperkenalkan iaitu HTC 10 yang menggunakan cip Snapdragon 820/4 GB RAM serta HTC 10 Lifestyle dengan cip Snapdragon 652 / 3GB RAM. Selebihnya, spesifikasi kedua-duanya hampir sama.

Untuk rekaannya, HTC telah melakukan sedikit perubahan pada bahagian luar dimana dibahagian sisinya dibuat Chamfer untuk kelihatan lebih kemas serta genggaman yang lebih ergonomik.

Pada bahagian hadapan hanya terdapat satu speaker BoomSound dibahagian atas manakala BoomSound kedua diubah di bahagian bawah selari dengan port pengecasan. Tempat asalnya telah digantikan dengan pengimbas cap jari.

Untuk model baru HTC ini, anda boleh dapati dengan tiga pilihan warna iaitu Carbon Gray, Topaz Gold dan juga Glacier Silver.

Untuk skrinnya, HTC telah menyediakan paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD) bagi kedua-dua variasi HTC 10 ini.

Spesifikasi HTC 10 dan HTC 10 Lifestyle

Sebelum ini HTC telah memperkenalkan teknologi Ultrapixel pada kamera untuk barisan HTC One.

Walaupun hanya menggunakan sensor 4 Megapixel, kameranya cukup baik untuk mengambil gambar atau merakam video walaupon dalam suasana kekurangan cahaya.

Untuk HTC One, HTC telah membawakan teknologi yang sama namun dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 12 Megapixel untuk gambar yang lebih terperinci, jelas dan berkualiti.

Tambahan pula, HTC turut membawakan fungsi OIS, Laser Autofokus serta bukaan Aperture F1.8 untuk kualiti gambar yang lebih mengkagumkan.

Selain itu, Peranti premium ini boleh mengambil gambar dalam format 12bit-RAW untuk memudahkan suntingan akhir menggunakan aplikasi komputer. Smartphone ini juga berkebolehan dalam merakan video 4K dengan kualiti Audio yang tinggi.

Dibahagian hadapan pula, HTC telah melakar sejarah yang pertama menggunakan Penstabilan Imej OIS untuk kamera 5 Megapixel di bahagian hadapan.

OIS digunakan untuk mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar dan memberikan gambar yang lebih tajam, jelas dan cantik.

Spesifikasi Utama Pada HTC 10
  • Paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 32/64 GB, 4 GB RAM – (HTC 10)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 32 GB, 3 GB RAM – (HTC 10 Lifestyle)
  • Kamera Utama 12 Megapixel, F1.8, 26mm, OIS, Laser Autofocus, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 5 Megapixel, F1.8, 23mm, OIS
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Dilengkapi dengan pengimbas cap jari, USB Type-C
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Carbon Gray, Topaz Gold dan Glacier Silver

Untuk HTC 10, kedua-dua model ini tersedia dipasang dengan Android 6.0 MarshMallow. Ia turut hadir dengan port USB Type-C, Bateri Li-Ion 3000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas (Quick Charge 3.0), Pengimbas cap jari, sokongan Dual-SIM dan sebagainya.

Harga HTC 10 Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

HTC 10 Terbaru [2]

Seperti yang kita tahu, HTC 10 akan hadir dalam dua variasai iaitu HTC 10 dengan pemproses Snapdragon 820 dan HTC 10 Lifestyle dengan pemproses Snapdragon 625.

Menurut HTC, kedua-dua model ini memiliki rekaan, sistem audio, kamera, paparan yang sama termasuk antaramuka serta jangka hayat bateri.

Bagi harganya, HTC 10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan April dengan harga jualan USD699 atau sekitar RM2999 untuk pasaran Malaysia.

Harga rasmi dan tarikh jualan di Malaysia masih lagi belum diketahui. Bagi Harga HTC 10 Lifestyle pula masih lagi belum didedahkan. Namun sudah tentunya memiliki harga yang lebih murah berbanding HTC 10.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Sumber: Mesramobile