Friday, April 15, 2016

Penyanyi Cantik Buat Laporan Polis Di Belasah Teman Lelaki!

Penyanyi Cantik Buat Laporan Polis Di Belasah Teman Lelaki!

Seorang penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu.

Shazia Mohd. Rozaini

Perkara tersebut didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd. Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.

Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.

Shazia Mohd. Rozaini [2]

Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah tetapi dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.

BACA INI JUGA: Bintang Terkenal Kanak-kanak Disney Yang Kini Menjadi Simbol Seks Dewasa!

Sumber: Berita Harian

HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

HTC telah melancarkan model terbaru untuk siri perdana mereka iaitu HTC 10 dan HTC 10 Style, hadir Dengan 12 MP Kamera, Skrin 5.2 Inci dan Speaker BoomSound.

HTC 10 Terbaru

Untuk model perdana terbaru ini, HTC bukan sahaja mengubah namanya, malah merekah menambah baik keseluruhan smartphone dengan rekaan yang lebih kemas, prestasi yang ditingkatkan, kamera yang mantap serta antaramuka yang lebih menarik.

Terdapat dua variasi yang diperkenalkan iaitu HTC 10 yang menggunakan cip Snapdragon 820/4 GB RAM serta HTC 10 Lifestyle dengan cip Snapdragon 652 / 3GB RAM. Selebihnya, spesifikasi kedua-duanya hampir sama.

Untuk rekaannya, HTC telah melakukan sedikit perubahan pada bahagian luar dimana dibahagian sisinya dibuat Chamfer untuk kelihatan lebih kemas serta genggaman yang lebih ergonomik.

Pada bahagian hadapan hanya terdapat satu speaker BoomSound dibahagian atas manakala BoomSound kedua diubah di bahagian bawah selari dengan port pengecasan. Tempat asalnya telah digantikan dengan pengimbas cap jari.

Untuk model baru HTC ini, anda boleh dapati dengan tiga pilihan warna iaitu Carbon Gray, Topaz Gold dan juga Glacier Silver.

Untuk skrinnya, HTC telah menyediakan paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD) bagi kedua-dua variasi HTC 10 ini.

Spesifikasi HTC 10 dan HTC 10 Lifestyle

Sebelum ini HTC telah memperkenalkan teknologi Ultrapixel pada kamera untuk barisan HTC One.

Walaupun hanya menggunakan sensor 4 Megapixel, kameranya cukup baik untuk mengambil gambar atau merakam video walaupon dalam suasana kekurangan cahaya.

Untuk HTC One, HTC telah membawakan teknologi yang sama namun dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 12 Megapixel untuk gambar yang lebih terperinci, jelas dan berkualiti.

Tambahan pula, HTC turut membawakan fungsi OIS, Laser Autofokus serta bukaan Aperture F1.8 untuk kualiti gambar yang lebih mengkagumkan.

Selain itu, Peranti premium ini boleh mengambil gambar dalam format 12bit-RAW untuk memudahkan suntingan akhir menggunakan aplikasi komputer. Smartphone ini juga berkebolehan dalam merakan video 4K dengan kualiti Audio yang tinggi.

Dibahagian hadapan pula, HTC telah melakar sejarah yang pertama menggunakan Penstabilan Imej OIS untuk kamera 5 Megapixel di bahagian hadapan.

OIS digunakan untuk mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar dan memberikan gambar yang lebih tajam, jelas dan cantik.

Spesifikasi Utama Pada HTC 10
  • Paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels (Quad-HD)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 32/64 GB, 4 GB RAM – (HTC 10)
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 32 GB, 3 GB RAM – (HTC 10 Lifestyle)
  • Kamera Utama 12 Megapixel, F1.8, 26mm, OIS, Laser Autofocus, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 5 Megapixel, F1.8, 23mm, OIS
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Dilengkapi dengan pengimbas cap jari, USB Type-C
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Carbon Gray, Topaz Gold dan Glacier Silver

Untuk HTC 10, kedua-dua model ini tersedia dipasang dengan Android 6.0 MarshMallow. Ia turut hadir dengan port USB Type-C, Bateri Li-Ion 3000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas (Quick Charge 3.0), Pengimbas cap jari, sokongan Dual-SIM dan sebagainya.

Harga HTC 10 Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

HTC 10 Terbaru [2]

Seperti yang kita tahu, HTC 10 akan hadir dalam dua variasai iaitu HTC 10 dengan pemproses Snapdragon 820 dan HTC 10 Lifestyle dengan pemproses Snapdragon 625.

Menurut HTC, kedua-dua model ini memiliki rekaan, sistem audio, kamera, paparan yang sama termasuk antaramuka serta jangka hayat bateri.

Bagi harganya, HTC 10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan April dengan harga jualan USD699 atau sekitar RM2999 untuk pasaran Malaysia.

Harga rasmi dan tarikh jualan di Malaysia masih lagi belum diketahui. Bagi Harga HTC 10 Lifestyle pula masih lagi belum didedahkan. Namun sudah tentunya memiliki harga yang lebih murah berbanding HTC 10.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Sumber: Mesramobile

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016

Kakitangan awam akan menerima gaji permulaan minima sebanyak RM1,200, melebihi paras gaji minimum kebangsaan di bawah langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam.

Gaji Minimum Kakitangan Awam

Skim tersebut yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai ini akan memperlihatkan kakitangan Gred 11 akan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1,200 berbanding RM837 sebelum ini.

Digabungkan dengan elaun sedia ada, kakitangan gred ini akan menikmati gaji bulanan kira-kira RM1,500.

Gaji minimum kebangsaan adalah RM900 hingga RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala RM800 hingga RM920 untuk Sabah dan Sarawak.

Pekeliling yang diedarkan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pada Khamis turut menyatakan Gred 17 dan Gred 27 akan dihentikan dan kakitangan bagi kedua-dua gred itu masing-masing akan dinaikkan ke Gred 19 dan 29.

Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Gred 27 kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma.

Mereka yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19.

Bagi penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29.

"Langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan perkhidmatan tersebut mempunyai tenaga kerja yang kompeten selain mampu membantu merealisasikan visi dan agenda negara.

"Ini juga bertujuan untuk memperkemas pengurusan skim perkhidmatan tersebut dalam usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik, untuk mewujudkan beberapa fleksibiliti dalam pengurusan perkhidmatan awam dan juga menyediakan peluang dalam kemajuan kerjaya," kata Mohamad Zabidi dalam pekeliling tersebut.

Skim saraan baharu itu juga memperlihatkan 252 skim perkhidmatan awam sedia ada di naik taraf.

Beliau berkata langkah merasionalkan skim itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pekerja sedia ada tetapi juga mereka yang akan menyertai perkhidmatan awam pada masa akan datang dengan gred dan gaji permulaan lebih tinggi.

Langkah rasionalisasi itu juga melihat pengiktirafan yang lebih baik terhadap pelatih Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Di bawah skim baru, mereka yang mempunyai sijil politeknik akan diiktiraf setanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan Diploma atau STPM.

Sebelum ini, mereka yang mempunyai sijil politeknik diletakkan pada tahap yang sama dengan lepasan SPM.

"Kami mahu memberi peluang lebih besar kepada mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang kemahiran untuk menyertai perkhidmatan awam dengan memasukkan TVET dalam skim perkhidmatan tertentu," kata Mohamad Zabidi.

BACA INI JUGA: Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Sumber: mStar

Arab Saudi Akui 'Derma' RM2.6 Bilion Kepada Najib!

Arab Saudi Akui 'Derma' RM2.6 Bilion Kepada Najib!

Akhirnya, pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 Bilion negara itu yang menjadi kontroversi kepada Perdana Menteri Malaysia merupakan sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan pun apa-apa balasan.

RM2.6+BILION+Derma Ikhlas+ARAB SAUDI

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengakui bahawa sumbangan derma mewah itu terus kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang bersumberkan daripada negara tersebut sendiri.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu.

“Dan akhirnya Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mendapati memang tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu sebenarnya sudah pun ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Adel dilaporkan gembira apabila berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia di luar daripada Persidangan Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Turki.

Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan kes terhadap SRC International Sdn. Bhd. dan dana misteri RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Peguam Negara malah berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah sebenar yang dimasukkan ke dalam akaun itu ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga kerabat diraja Saudi pada 2013.

Bagaimanapun RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan semula kepada penderma pada tahun yang sama dan pendedahan Mohamed Apandi itu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Malangnya pembangkang tidak berpuas hati dengan pencerahan itu namun ‘senyap seribu bahasa’ apabila Najib melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Arab Saudi awal Mac lalu sambil melakukan ibadah umrah lagi.

Secara logik jika benar penjelasan Mohamed Apandi tidak benar, mana mungkin beliau sanggup ‘cakap’ perkara itu kepada seluruh dunia bahkan Najib berani menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi menghadap Raja Salman.

Pada waktu sama, pembangkang cuba menyembunyikan rahsia bagaimana jentera kempen politik mereka selama ini menerima dana mewah daripada pelbagai pihak tertentu dalam usaha ‘menggulingkan’ kerajaan Malaysia.

BACA INI JUGA: 'Bagaimana Wang 'Beku' Boleh Dipulangkan?' - Tun Mahathir

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Woo Nina Grace, Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik

Detik 12.05 malam Khamis menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di sini.

Woo Nina Grace

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu dan yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata malah juga hadirin yang hadir.

Sementara itu selepas selesai menyampaikan ceramah bertajuk 'Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan' dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr Zakir dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi 'saudara baru'. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Peruntukan RM2 Juta Tapi Hadiah Juara RM30!

Peruntukan RM2 Juta Tapi Hadiah Juara RM30!

Gara-gara menyediakan replika cek bersaiz besar dengan nilai RM30, RM20 dan RM10 bagi hadiah kejohanan berbasikal kategori bawah 9 tahun, acara Kriterium Basikal oleh Junior Cycling Malaysia (JCM) yang berlangsung Sabtu lalu mencuri tumpuan netizen.

KJ [2]

Penganjuran acara itu menerima pelbagai komentar pengguna laman sosial kerana dakwaan nilai hadiah yang disediakan pihak penganjur tidak memadai berbanding saiz replika cek.

Malah ada segelintir pengguna Facebook secara menyindir mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada dana mencukupi selepas wujudnya dakwaan rasuah RM100 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Sarjan Tulang berkata, apa yang penting peserta kategori kanak-kanak itu gembira selepas berjaya memenangi dalam acara itu.

"Kau orang kena faham, kos buat mock check (replika cek) itu pun sudah mahal. Janji adik-adik itu gembira menang tempat pertama, kedua dan ketiga.

"Baik bagi (hadiah) hamper kalau macam ini. Hamper CNY (Tahun Baru Cina) pun paling tidak RM48. Mungkin mereka teringat filem (P Ramlee) Labu-Labi, budak-budak tak boleh pegang duit banyak," katanya dengan nada menyindir.

Tambahnya, dia bukan marah sebaliknya menasihati.

"RM100 juta aku mana Pah (Saripah)?" soalnya meniru gaya dialog P Ramlee dalam filem Madu Tiga dan ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

KJ berkata di ruangan FBnya;

Terima kasih atas segala pandangan yang diberi tentang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN).

JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini.

Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiahdisebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.

Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.

We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let's not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour.

Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai.

Rata-rata parents yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. And they were happily there supporting their kids.

Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.

JCM creates a pathway for champions. Who want to win because of honour. For more information please check out www.jcm.my

Difahamkan, kerajaan telah memperuntukan sebanyak 2 juta untuk menganjurkan acara tersebut.

RM2 MILION - KJ

Rujuk SINI.

2 juta dan iklan tentang hadiah pula;

IKLAN+Hadiah+KJ

Cara mereka mengiklankan hadiah seolah-olah membayangkan hadiahnya ribu-ribuan padahal;

5%+KJ

Semua ciput-ciput je. Bahkan kalau menang negatif pun ada tau. Menang RM10.00 tapi yuran penyertaan RM20.00. Sampai yang hantar anak masuk bertanding pun rasa tak berbaloi;

TIADA+SIJIL+KJ

Rujuk SINI

Harga basikal cecah 15,000. Hadiah galakan paling tinggi 40.00 untuk peserta junior?

Budak kecik tak boleh pegang duit banyak? Setakat 500 biasa la wei. Budak-budak tu bagi pada mak bapak yang dah bertungkus lumus keluar modal untuk pastikan hobi dan minat anak-anak mereka tercapai.

Tu pun tak boleh fikir ke KJ? 2 juta kot modal kau. Tu modal kau je. Belum kira peruntukan dari sponsor-sponsor lain.

KEDEKUT NAK MAMPOS.

BACA INI JUGA: 10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Sumber: Amenoworld/Anaksungaiderhaka

Siapa Dr. Zakir Naik?

Siapa Dr. Zakir Naik?

Siapa yang tidak kenal Dr. Zakir Naik. Seorang ulama India, penulis dan da’i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah secara debat dan ceramah di seluruh dunia.

Siapa Dr. Zakir Naik

Nama lengkap beliau adalah Zakir Abdul Karim, lahir pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai (Bombay pada waktu itu).

Dr. Zakir Naik merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

Dr. Zakir Naik merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberikan jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Qur'an, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr. Zakir Naik telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

Pada tahun 2012, Dr. Zakir Naik pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Dr. Zakir Naik pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia.

Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

BACA INI JUGA: Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Sumber: Astroawani

Penjawat Awam Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Skim Baru!

Penjawat Awam Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Skim Baru!

Penjawat awam diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

252 skim baru perkhidmatan awam

Beliau yang mengulas rasionalisasi skim perkhidmatan awam itu berkata, penambahbaikan itu akan memberi kesan kepada kenaikan gaji dan gred termasuk gaji permulaan minima sebanyak RM1,200 dalam sektor awam.

"Namun saya tidak nampak sebarang sebab untuk mereka menolaknya," kata beliau kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta logo 'My High Speed Rail' (MyHSR) di sini hari ini.

Penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan, katanya.

"Ini satu berita terbaik untuk penjawat awam dan berharap mereka akan meningkatkan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Katanya walaupun hasil negara pada tahun ini berkurangan disebabkan faktor seperti penurunan harga minyak dunia, kerajaan tetap menunaikan janjinya untuk memberi kenaikan gaji seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016, sebelum ini.

Mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mengkaji semula kadar gaji yang ditawarkan supaya selaras dengan keperluan hidup penjawat awam, Ali menyifatkan ia permintaan yang menarik.

"Namun, kita juga mengharapkan Cuepacs turut sama memberi idea bagaimana untuk meningkatkan hasil negara di samping menggalakkan penjawat awam meningkatkan produktiviti mereka...itu yang sangat penting," katanya. -Bernama

BACA INI JUGA: Muat Turun Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim SPA

Thursday, April 14, 2016

P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

P. Ramasamy Bekas AJK Pertubuhan Pengganas LTTE!?

Panas sejak semalam beberapa page pro politik terutamanya pro Dr. Zakir Naik giat mengcopy paste satu cerita panas di laman sosial.

P. Ramasamy vs Zakir Naik

Kisahnya begini, Prof Ramasamy dulu pada 2003 pernah menjadi ahli jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). (Rujuk: Tamilnet.com)

Tahu tak apa LTTE? LTTE adalah puak pemisah yang berjuang untuk kemerdekaan utara dan timur Sri Lanka pada tahun 1976-2009.

Puak pemisah ini telah diharamkan oleh 30 negara termasuk US, Kanada, India dan 27 negara dalam EU.

Nak lihat senarai serangan LTTE boleh pergi di sini, Wikipedia.

Serangan LTTE yang paling sadis adalah di masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat isyak.

Mereka membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan.(Rujuk: Nytimes.com)

Dan sekarang ni, P. Ramasamy adalah timbalan ketua menteri pulau pinang. Dia juga timbalan setiausaha kebangsaan DAP!

Siapa yang syaitan sekarang?

Kenali siapa P. Ramasamy

Meera Jumma Killed by LTTE

Beliau pernah menjadi AJK Hal Ehwal Perlembagaan LTTE pada tahun 2003 dan LTTE merupakan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Pada tahun 1990, 72,000 populasi muslim dihalau secara paksa dari kawasan yang dikawal LTTE di Wilayah Utara.

Ini termasuk 38,000 orang dari Mannar, 20,000 dari Jaffna dan Kilinochchi, 9,000 dari Vavuniya dan 5,000 dari Mullaitivu.

Rujukan:

Macam mana P. Ramasamy, penyokong pengganas LTTE malah berada dalam jawatan kuasa perlembagaan LTTE boleh bergerak bebas di malaysia malah menjadi timbalan ketua menteri dan timbalan setiausaha kebangsaan DAP?

Polis tak buat kerja ke?

Dr. Zakir Naik

Prof. Ramasamy - AJK LTTE

Antara alasan Dr. Zakir Naik dilarang membuat program di Malaysia ialah kerana Dr. Zakir Naik dikatakan menyokong keganasan.

Hujah mereka ialah kes Dr. Zakir Naik cakap andai OSAMA membunuh pengganas maka aku sokong OSAMA.

Ada juga point Dr. Zakir Naik bahawa dunia menggunakan media untuk menunjukkan ISLAM agama pengganas.

Ada banyak point Dr. Zakir Naik tetapi satu dua ayat dipetik sebagai hujah bahawa ZAKIR PRO PENGGANAS.

Apa mereka nak fikir itu lantak diorang la. Pemikiran kita tak sama pun. Cuma kita tak nampak point Dr. Zakir Naik tu nampak macam dia pro PENGGANAS.

Tapi jika mereka mengatakan ucapan tersebut memperlihatkan Dr. Zakir Naik sebagai pro PENGGANAS macam mana pula kes P.Ramasamy dengan LTTE?

Ini Malaysia bro. Pemimpin kau sendiri gagal perjuangkan nasib kaum sendiri, kau sibuk nak gebang bab LTTE plak. Menakutkan. Organisasi yang bunuh sana bunuh sini aiyoo..

Dan DAP di mana? Memang P. Ramasamy bercakap atas dasar individu bukan mewakili parti tetapi sebagai parti yang dianggotai oleh P. Ramasamy yang mempunyai jawatan besar di Penang, takan DAP boleh buat bodoh je..

Dalam parti mesti ada tindakan tatatertib ke atas mana-mana anggota yang mencemar imej parti ke DAP pun sependapat dengan tindakan P. Ramasamy?

Yang buat statement seolah-olah macam pro Osama ke atau pun yang directly ada link dengan pertubuhan keganasan ialah SYAITAN?

Kalau tanya aku, dua-dua ialah manusia. Tapi ada satu manusia tu tak sedar diri.

Dia yang sokong keganasan dia nak tuduh-tuduh orang lain pula..KAH KAH

BACA INI JUGA: False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!

#Artikel ini telah disiarkan di blog amenoworld.net.

Muat Turun Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim SPA

Muat Turun Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim SPA

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia sudah boleh dimuat turun oleh penjawat awam.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu adalah bersifat menyeluruh yang diharap akan disambut baik oleh seluruh warga perkhidmatan awam.

Penambahbaikan skim itu merupakan usaha baik kerajaan dalam meningkatkan mutu sektor awam yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Selepas pekeliling itu diumumkan, sesi penerangan mengenai penambahbaikan skim berkenaan akan dilakukan oleh pihak JPA.

Dalam Malaysia menuju ke arah status menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, penjawat awam berhadapan dengan gelombang cabaran dan realiti baharu.

Peranan perkhidmatan awam dan sumbangan penjawat awam merupakan satu daripada penentu kejayaan agenda besar negara.

Walaupun tuntutan global dan persekitaran pada masa dahulu dan kini mungkin telah berbeza, namun begitu, akar tanggungjawab perkhidmatan awam tetap tidak berganjak iaitu sebagai pemelihara kepentingan rakyat.

Kerajaan kini bukan sekadar mentadbir untuk rakyat, tetapi juga mentadbir bersama-sama rakyat, membina rangkaian, memudah cara perkhidmatan dan memfokus kepada keberhasilan yang besar serta pantas.

Era kerajaan mengetahui segalanya sudah berlalu, memasuki era yang meraikan pertembungan idea ini, memerlukan penjawat awam bergerak dalam trajektori yang tidak pernah dilalui oleh mereka sebelumnya. –BERNAMA

Muat Turun @ Download Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, SINI.

BACA INI JUGA: Pekerjaan Bergaji Tinggi Tanpa Ijazah Di Malaysia!