Thursday, April 14, 2016

Semakan SMS Dan Online Keputusan STPM 2015

Semakan SMS Dan Online Keputusan STPM 2015

Berikut merupakan panduan lengkap bagi menyemak keputusan keseluruhan STPM sesi 2015 melalui SMS dan Online.

KEPUTUSAN+STPM+2015 (2016)

Semakan keputusan STPM 2015 selepas keputusan Ulangan Penggal 3 boleh dibuat pada 14 April 2016 pada jam 10 pagi.

Bagi calon yang mahu mendapatkan slip keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2015, slip boleh didapati di sekolah masing-masing bermula pada jam 12 tengah hari.

Bagi calon persendirian, slip keputusan akan dikirim melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Semakan Melalui SMS Keputusan STPM 2015

Calon boleh membuat semakan melalui SMS seperti berikut;
  • Taip: STPM <jarak> RESULT <jarak> No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULT 960805125888
  • Dan Hantar ke 15888

Semakan Secara Online Keputusan STPM 2015

Semakan secara online juga boleh dibuat dengan melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula pada jam 12:00 tengah hari pada tarikh keputusan dikeluarkan.

Sila klik pautan ini untuk semakan secara online, Sistem Semakan Online Keputusan Keseluruhan STPM 2015 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semoga berjaya!

BACA INI JUGA: Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Membosankan?

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 13, 2016

Ular Sawa Malaysia Cipta Rekod Baru Terpanjang Di Dunia!

Ular Sawa Malaysia Cipta Rekod Baru Terpanjang Di Dunia!

Seekor ular sawa bersaiz raksasa berjaya dijumpai di bawah sebatang pokok yang tumbang pada minggu lalu dipercayai memecah rekod sebagai paling panjang di dunia, menurut laporan media ternama Britain.

Ular Sawa Malaysia Terpanjang Di Dunia

Ular tersebut ditangkap di Pulau Pinang pada 7 April lalu, dan akhbar The Star melaporkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tempatan sebagai menyatakan reptilia itu mula ditemui oleh sekumpulan pekerja binaan.

Ketika itu, mereka secara kebetulan sedang sibuk menyiapkan projek pembinaan sebuah jejambat di kawasan Paya Terubong sebelum segera menghubungi pasukan JPAM daerah Barat Daya di pejabat Sungai Ara.

Pegawai JPAM dilaporkan terpaksa mengambil masa sekitar 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ular Sawa Malaysia Terpanjang Di Dunia [2]

Ukuran awal pihak berkuasa menunjukkan bahawa ular sawa itu adalah sepanjang lapan meter dan beratnya pula sekitar 250 kilogram, menurut laporan stesen antarabangsa BBC dan akhbar The Guardian dari London.

Malangnya ular betina tersebut didapati mati secara mengejut setelah haiwan liar itu mengeluarkan telurnya pada 10 April lalu, Ketua Operasi JPAM negeri berkenaan, Herme Herisyam ketika memberitahu pihak BBC.

Sebelum ini, rekod dunia bagi ular paling panjang yang berjaya ditangkap ialah ular sawa diberi nama Medusa, sepanjang 7.67 meter yang dimiliki oleh Full Moon Productions di Kansas City, Amerika Syarikat pada 2011.

Medusa

Ular itu yang masih lagi memegang rekod dunia Guinness hanya seberat 159 kilogram serta mengatasi catatan dipegang oleh ular sebelumnya, Fluffy yang sepanjang 7.3 meter dan maut pada 2010 dalam usia 18 tahun.

Ular lazim cuma sepanjang tiga hingga enam meter. Setakat ini rekod ular terpanjang di dunia pernah direkodkan ialah 10 meter yang ditemui setelah ditembak mati di Indonesia pada 1912. -Agensi/Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu



Rahsia 1400 Tahun Disebalik Kebencian Terhadap Dr. Zakir Naik

Rahsia 1400 Tahun Disebalik Kebencian Terhadap Dr. Zakir Naik

Sudah lebih 1400 tahun dua ayat Al-Quran di bawah ini diturunkan kepada umat manusia. Dan mungkin sudah puluhan kali kita membacanya, namun adakah kita dapat memahami hakikat pertembungan yang berterusan sejak zaman nabi hingga hari ini?

P Ramasamy Dr. Zakir Naik

Firman Allah SWT, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik“. Surah Al-Maidah: 59

“Dan tidaklah mereka mencela/marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!” Surah Al-Buruj: 8

Imam al-Qurtubi ketika mengolah ayat 8 Surah al-Buruj di atas menyatakan; “Maksudnya (Tidaklah mereka mencela orang beriman) melainkan kerana mereka yang beriman itu percaya dan membenarkan Allah SWT Al-`Aziz, iaitu yang Maha berkuasa dan yang tidak dapat dikalahkan, Al-Hamid iaitu yang sentiasa terpuji dalam semua keadaan”. Al-Jami` li Ahkam Al-Quran, Jil. 19, m/s. 294

Al-Hafiz al-Baghawi as-Syafi`e pula telah menaqalkan kata-kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini;

“Ibnu Abbas ra berkata: Tidakkah mereka MEMBENCI orang-orang yang beriman itu melainkan hanyalah disebabkan mereka beriman kepada Allah SWT.” (Ma`alim al-Tanzil fi Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Baghawi), Jil. 8, m/s 387)

Ya. Beriman kepada Allah, inilah punca utama mengapa orang kafir yang memusuhi Islam membenci orang yang beriman dan sanggup buat apa saja terhadap kita.

Hari ini Allah bongkar sikap mereka melalui kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Hakikatnya, mereka yang beriya-riya menentang program ceramah Dr Zakir Naik ini adalah kerana mereka terasa dicabar.

Takut-takut rakyat Malaysia berpaling daripada mereka dan mula sedar akan kebenaran Aqidah Islam.

Sebab itu DAP – melalui Ramasamy – sangat berani menggelar Zakir Naik sebagai “Satan”.

Sebab itu jugalah MIC dan Hindraf sejak awal lagi sangat bersungguh-sungguh menghalang kehadiran dan penganjuran program Zakir Naik di Malaysia ini.

Kerana, mereka tidak mahu Allah SWT diimani oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak mahu kalimah Allah dijulang tinggi.

Bagi mereka, demokrasi dan kebebasan bersuara hanyalah untuk selain isu Aqidah Islam sahaja. Jika tidak, kedudukan mereka akan tercabar kerana manusia tidak lagi tunduk kepada mereka, tetapi tunduk kepada Allah SWT.

Sangatlah tepat pandangan As-Syahid Sayyid Qutb yang menyatakan bahawa Maqasid Asasi (Tujuan tertinggi & utama) Al-Quran adalah perjuangan di dalam pertempuran Aqidah (معركة العقيدة), melawan musuh-musuh Umat Islam, dan menetapkan umat Islam di atas jalannya. (Tafsir fi Zilal Al-Quran, jil. 1, m/s. 3541)

Al-Quran di sisi Sayyid Qutb bukanlah bercerita mengenai peristiwa yang berlaku pada sesuatu tempoh zaman tertentu yang telah berlalu dan berakhir begitu sahaja.

Bukan juga mengisahkan tentang pertembungan dengan Jahiliyyah lalu yang telah hapus di mamah zaman.

Tetapi ia bercerita mengenai segala Jahiliyyah-Jahiliyyah yang wujud tidak kira masa dan zaman. Tentang pertembungan dengan realiti yang terpesong tidak kira zaman, dan membawa realiti tersebut pulang ke Jalan Allah yang lurus. (Tafsir fi Zilal Al-Quran, Jil. 3, m/s. 1219)

Peristiwa hari ini juga sepatutnya dalam masa yang sama menyedarkan kita bahawa Aqidah Islam merupakan sesuatu yang sangat mahal tidak ternilai.

Sangat mahal apabila kita betul-betul memahami hakikatnya. Apabila kita tahu bahawa Aqidah ini mampu menggoncang kedudukan kuasa dunia yang sedang bermaharajalela menyesatkan manusia saat ini.

Ustaz Ahmad bin Khairuddin
BA (Hons) Syariah, Fiqh & Usul Fiqh, Jordan
Ahli Majlis Ulama Isma

Artikel ini telah disiarkan di laman web Majlis Ulama Isma (MUIS) www.muis.org.my.

BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?

Nasihat 'Pedas' Seorang Penganut Hindu Buat P.Ramasamy!

Nasihat 'Pedas' Seorang Penganut Hindu Buat P.Ramasamy!

Tindakan P. Ramasamy yang menggelar Dr. Zakir Naik dengan gelaran “Syaitan” nampaknya menerima kecaman hebat khususnya dari masyarakat Islam di negara ini.

P.Ramasamy Rasis

P. Ramasamy bukan sahaja dianggap ‘rasis agama’ oleh segelintir pemerhati politik malah sesetengah individu yang seagama dengannya turut mempersoal sikap kurang ajarnya yang dilihat begitu bersungguh ingin menghalau perceramah yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah itu.

Walaupun dianugerahkan Profesor dan memakai gelaran Doktor, Ramasamy nyata kurang budi bahasa dalam menyampaikan teguran.

Mungkin status Facebook seorang pemuda beragama Hindu, Risimaran Subramaniyam, yang tampil mempertahankan penceramah antarabangsa tersebut boleh dijadikan panduan oleh Timbalan Menteri itu bagaimana caranya untuk kita meluahkan pandangan terhadap sesuatu isu atau seseorang dengan berhemah.

Menurut Risimaran yang juga merupakan seorang pelajar Psikologi di Universiti Malaysia Sabah, beliau begitu mengagumi Dr Zakir Naik dan mula mendengar ceramah Dr Zakir di saluran youtube sejak dia berumur 14 tahun lagi.

Kelebihan Dr Zakir menghafal kitab-kitab seperti Al-Qur'an, Hagavad Gita, Bible The Old & New Testament, Tripitaka serta lain-lain lagi amat dikagumi pemuda ini.

Risimaran mengakui dirinya seorang Hindu sejati yang datang dari keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Hindu.

Namun begitu beliau turut belajar mengenai agama Islam bagi memahami dan menghormati agama lain.

P.Ramasamy Rasis [2]

Menurutnya, ceramah Dr. Zakir amat mudah dan sangat tepat dalam pengisian fakta, di mana memudahkan pendengar untuk memahami dengan lebih terbuka mengenai Islam.

Oleh itu, berkenaan ceramah Dr Zakir bertajuk “Similarities between Hinduism & Islam” yang sepatutnya diadakan Ahad ini di Melaka, Risimaran merasa amat berbangga apabila seorang bukan Hindu dapat menghuraikan dengan baik berkenaan agamanya.

Katanya, rakyat Malaysia patut berbangga seorang ulama’ hebat seperti Dr Zakir sanggup datang ke negara ini.

Selain daripada itu, Risimaran merayu agar jangan ada pihak menghalang orang untuk berdakwah yang mana tugas Dr. Zakir hanya menyampaikan ilmu.

Beliau bukannya menyebarkan ajaran sesat, perlu ditekankan di sini bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang ulama’ yang ulung, katanya.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Manusia Sebelum Adam

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 12, 2016

2 Corak Tudung Terbaru Khas Untuk Si Comel Anda!

2 Corak Tudung Terbaru Khas Untuk Si Comel Anda!

Kita pastinya suka memakaikan pakaian dan tudung yang cantik-cantik untuk anak-anak kita kan.

Tudung Putri UMMI Premium
Tudung Putri UMMI Premium.

Jadi, jangan bertangguh lagi, belikan anak anda tudung yang comel, selesa, menarik serta sesuai dengan saiz kepala anak.

Tudung yang comel akan membuatkan anak anda lebih seronok untuk sentiasa memakai tudung.

Segera dapatkan rekaan terbaru Tudung Si Comel untuk anak-anak anda. Harga yang ditawarkan pun amat-amat berpatutan.

Instant Shawl Nadeera
Instant Shawl Nadeera.

Tudung Putri UMMI Premium dan yang sedang hot di pasaran sekarang; Instant Shawl Nadeera.

Untuk melihat harga Istimewa dan maklumat lanjut berkaitan tudung-tudung cantik ini, klik pada gambar atau SINI..

BACA INI JUGA: Perkara Menyentuh Hati Tentang Seorang Isteri

-SENTIASAPANAS.COM

SPA Bakal Mansuhkan Gred 17 Dan 27!

SPA Bakal Mansuhkan Gred 17 Dan 27!

Pengenalan gred baharu dan pemansuhan beberapa gred lama adalah antara penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan diumumkan kerajaan, Khamis ini.

Gred 17 Dan 27 Dimansuh

Selain perkhabaran baik untuk kakitangan awam yang sedia ada, penambahbaikan itu juga akan membawa manfaat kepada kakitangan baharu yang akan dilantik.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, dalam penambahbaikan itu, gred 17 dan 27 akan dimansuhkan dan digantikan dengan gred yang lebih tinggi.

"Gred 17 dinaikkan ke gred 19, manakala gred 27 menjadi 29. Begitu juga dengan gred 22 akan dinaikkan ke gred 26. Gred 41 dikekalkan.

LAIN-LAIN ELAUN MASIH KEKAL

"Susulan penambahbaikan itu juga, tangga gaji pokok turut meningkat selaras dengan kenaikan gred mereka. Namun lain-lain elaun masih dikekalkan," katanya kepada Berita Harian.

Gred 17, adalah kakitangan yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gred 27 (kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan pemegang Diploma).

Azih berkata, kakitangan awam juga akan diberi pilihan sama ada menerima skim baharu atau mahu kekal dengan gred lama.

Katanya, penambahbaikan itu juga akan mewujudkan laluan kerjaya yang lebih baik berdasarkan tangga gaji maksimum terbaru.

Beliau mengulas pengumuman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Pulau Pinang, bahawa kakitangan awam akan menerima pelbagai manfaat baharu hasil penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam di bawah SSM yang akan diumumkan Khamis ini.

Mohamad Zabidi menyifatkan penambahbaikan skim itu sebagai yang paling menyeluruh dan memberi banyak faedah kepada penjawat awam dan berkuatkuasa 1 Julai depan.

Katanya, penambahbaikan itu turut membabitkan peluang kenaikan pangkat lebih luas bagi penjawat awam selain langkah menarik bakat baharu bagi berkhidmat dalam bidang utama perkhidmatan awam.

"Penambahbaikan ini dibuat selepas kita mengambil kira pelbagai pandangan daripada 87 rundingan bersama semua kesatuan dan kumpulan sekerja berkaitan bagi menjamin kebajikan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

PEKELILING DIMUAT NAIK MULAI KHAMIS

"Perkeliling mengenai penambahbaikan ini akan mula dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi rujukan semua pihak, Khamis ini," katanya.

BACA INI JUGA: Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Sumber: Berita Harian

Semakan SMS Dan Online Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2016

Semakan SMS Dan Online Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2016

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi sesi tahun 2016 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh dibuat bermula pada 14 April 2016.

Semakan kemasukan tingkatan 6 2016

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Sesi 2016 ini adalah untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015.

Semakan juga boleh dibuat secara online dan SMS.

Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan secara online boleh dibuat melalui aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di pautan berikut; www.moe.gov.my/my/pemberitahuan

Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara SMS
  • Taip: MOE <jarak> T6 <jarak> No kad pengenalan dan hantar ke 15888
  • Taip: MOE <jarak> T6 <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh: MOE T6 980404035543
  • Hantar ke 15888

Info

Calon lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam tahun 2016 tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu sebaliknya akan layak dan ditawarkan secara automatik.

Semakan tawaran (pelajar terpilih) serta cetakan surat tawaran bagi calon yang ditawarkan ke tingkatan 6 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam yang akan dibuka kepada capaian calon.

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Tingkatan Enam

Syarat am (kecuali pelajar bekeperluan khas) adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bagi melayakkan pelajar ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2016.

Syarat khas mengikut jurus boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Maklumat Lengkap Kemasukan Ke Tingkatan 6.

Semoga berjaya.

-SENTIASAPANAS.COM

Tabung Haji Dedah Penyebar Fitnah Isu RM30,000 'Diambil' PTPTN!

Tabung Haji Dedah Penyebar Fitnah Isu RM30,000 'Diambil' PTPTN!

Viral sejak semalam, sekeping gambar yang mendakwa duit simpanan seorang mahasiswi di Tabung Haji sebanyak RM30,000, lesap diambil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa sebarang notis.

Penipu Isu Tabung Haji

Benda yang nyata bersifat fitnah itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Gambar screenshot mesej perbualan antara mangsa dan bapanya yang dimuat naik di laman Facebook mula tersebar pantas sehingga menerima perkongsian melebihi 3,000, tidak sampai 24 jam dimuat naik.

“Abah, kakak nak beritahu abah, duit Tabung Haji kakak dah hilang RM30,000. Bila diselidik dengan Tabung Haji, PTPTN ambil.

"Tak apa, mungkin ada hikmah dan rezeki lain yang Allah nak bagi. Abah dan mak titipkan doa buat kakak, abang dan Husna di sini ya.

“Kakak belum kerja lagi, sambung belajar master syariah. PTPTN bertindak kasar. Bila call PTPTN, mereka kata kakak dah bayar RM30,000.

"Itu pun sebab kakak kemas kini buku Tabung Haji. Kalau tak, tak tahu sebab surat tak sampai,” katanya seperti di dalam perbualan whatsApp tersebut.

Rata-rata netizen mempersoalkan dakwaan itu benar atau semata-mata fitnah bagi memburukkan imej perbadanan tersebut.

Penipu Isu Tabung Haji [2]

Merujuk kepada gambar perbualan berkenaan, Tabung Haji tampil mengeluarkan kenyataan penafian mengenai dakwaan itu.

Menerusi laman Facebook rasmi mereka, pihak Tabung Haji memuat naik gambar memaparkan mesej penuh perbualan yang turut memaparkan pemilik nombor 019-3311238 yang tertera nama, Ahmad Rodzi.

“Merujuk kepada mesej pendebitan sejumlah wang dari akaun simpanan Tabung Haji bagi membayar pinjaman PTPTN yang tersebar di media sosial, segala maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

“Tabung Haji ingin menegaskan bahawa tiada sebarang usahasama di antara TH dengan pihak PTPTN,” kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji.

Kenyataan terbaru Tabung Haji itu sekaligus menafikan dakwaan PTPTN menganiaya peminjam seperti yang tersebar di media sosial.

Inilah gaya fitnah yang menyebarkan perkara yang membuakkan kemarahan orang ramai sedangkan tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu sebenarnya.

Namun, ramai di kalangan anggota masuarakat kita merendahkan tahap pemikiran sendiri dengan menelan penipuan seperti ini tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

Sumber: Mynewshub.cc

Bahaya Dan Punca Penyakit Strok

Bahaya Dan Punca Penyakit Strok

Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan gangguan bekalan darah ke bahagian-bahagian otak yang mengakibatkan bahagian tersebut tidak mendapat cukup oksigen.

Bahaya Dan Punca Penyakit Strok

Biasanya penyakit ini menyerang seseorang secara tiba-tiba sehingga boleh menyebabkan kematian ataupun lumpuh separuh badan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan strok. Faktor ini terbahagi kepada dua jenis iaitu faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti usia yang lanjut dan jantina manakala faktor yang boleh diubahsuai di antaranya ialah tekanan darah tinggi, tabiat merokok, paras kolesterol yang tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.

95% daripada semua serangan strok melibatkan mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan 2/3 strok berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun.

Dengan peningkatan faktor usia, risiko seseorang menemui ajal sekiranya diserang strok juga turut meningkat.

Walaubagaimanapun strok boleh menyerang pelbagai peringkat umur termasuk janin. Faktor jantina juga memainkan peranan yang penting; iaitu kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita yang putus haid (menopaus).

Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa lelaki mempunyai kemungkinan 1.25 kali ganda lebih berisiko untuk diserang strok berbanding wanita.

Walau bagaimanapun, 60% punca kematian yang diakibatkan oleh strok berlaku di kalangan wanita.

Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah.

Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2.

Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.

Strok boleh dikategorikan kepada dua iaitu iskemia (salur darah tersumbat) dan strok pendarahan. Strok iskemia lebih cenderung berlaku ke atas individu yang berusia 60 tahun ke atas.

Ianya terjadi apabila salur darah ke otak tersumbat yang menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan gumpalan akan terbentuk serta ianya menghalang pengaliran darah ke otak.

Hampir 80% daripada strok adalah strok iskemia. Manakala strok jenis pendarahan adalah jarang berlaku iaitu antara 15-20%.

Ianya adalah sejenis strok yang terjadi apabila salah satu daripada salur darah di dalam otak pecah atau berdarah. Ianya lebih berbahaya dan boleh menyebabkan ajal serta peluang pemulihan sepenuhnya agak tipis.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, lemak LDL adalah berlebihan di dalam pesakit strok yang menyebabkan ianya melekat pada dinding salur darah dan akan menyempitkan saluran darah tersebut yang menyumbang kepada strok.

Paras kolesterol yang normal sepatutnya tidak melebihi 5.2 mmol/L atau 200 mg/dL.

Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada faktor penyebabnya. Walaubagaimanapun, mendapat terapi rehabilitasi adalah kemestian bagi pesakit ini.

Jurupulih anggota dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk “mempelajari semula” fungsi-fungsi yang telah hilang dan pesakit harus bersedia untuk menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.

Terdapat kajian yang melibatkan eksperimentasi menggunakan agen vasodilasi, ubat yang mengembangkan salur darah dan meningkatkan pengaliran darah ke otak.

Ubat vasodilator ini sudah lama digunakan bagi merawat banyak jenis penyakit, termasuklah penyakit jantung.

Penyelidik berharap dapat membantu rehabilitasi mangsa strok dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak.

Malangnya, buat masa ini kejayaannya adalah terhad, mungkin kerana ianya tidak diberi lebih awal sebaik sahaja pesakit mendapat strok.

Kajian-kajian asas juga memfokuskan kepada aspek genetik strok dan faktor risiko strok. Satu bahagian kajian melibatkan genetik adalah terapi gen.

Ianya dilakukan dengan memasukkan gen bagi protein yang dikehendaki ke dalam sel badan.

Pencegahan merupakan satu faktor kesihatan awam yang penting. Oleh itu kita haruslah mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari daripada strok.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

Sumber: Majalahsains

Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri.

Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan.

Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

  • Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
  • Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah.

Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan April 2016.

Dalam perkembangan sama, bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan.

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan.

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

  • Permohonan skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas talian (Mengisi Borang Permohonan Online) bermula pada tarikh 7 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 melalui laman web rasmi KPKT, sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/
  • Sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/ (Daftar akaun) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya.
  • Setelah pendaftaran disahkan berjaya sila klik http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk melengkapkan butiran yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online.

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Skim MyDeposit – Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) boleh diperolehi di laman web berkenaan atau layari https://www.facebook.com/Jabatan-Perumahan-Negara-JPN-194769760599590/

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Sumber: Klxpress