Monday, April 11, 2016

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Video Ini Punca Ketakutan Hindraf Terhadap Dr. Zakir Naik?

Berikutan saranan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, yang menyarankan Hindraf datang secara intelek sesi soal jawab dengan Dr. Zakir Naik, kita tertanya-tanya, apa yang mereka takut sebenarnya?

Wanita+Hindu+Masuk+Islam

Apa yang sangat jelas, ceramah Dr. Zakir Naik bukannya mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicaranya bersifat ‘intelectual discourse’, perdebatan secara FAKTA dan ILMIAH.

Bukannya perdebatan sebelah pihak yang tidak boleh dibuktikan, juga bukan pula sesi ejek-mengejek, melainkan menyeru kepada kebenaran.

Dalam video dibawah ini, ketika Dr. Zakir Naik dalam sesi soal jawab dengan seorang wanita, terbongkarlah bahawa selama ini Ilmuwan Hindu telah menyembunyikan kebenaran bahawa akan datang seorang Nabi dan Rasul pada akhir zaman bernama, Ahmad@Muhammad, iaitu Rasul besar terakhir yang diutus kepada umat manusia, Nabi Muhammad SAW.

Apa yang mungkin menakutkan Hindraf disebalik alasan dangkal mereka menentang kehadiran Dr. Zakir Naik adalah, wanita ini telah mengucap dua kalimah syahadah diakhir video, selepas kebenaran diberikan kepadanya.

Subhaanallah.

Saksikan..

BACA INI JUGA: Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?


Tonton di YouTube.

-SENTIASAPANAS.COM

10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

Tidak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata pelajar perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.

Graduan

Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?

Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.

Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)
Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

2. Sains Veterinar (85.3%)
Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)
Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)
Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)
Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.

Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan dan pengurusan.

6. Sains komputer (59.1%)
Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

7. Pendidikan (59.1%)
Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia.

Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

8. Pengajian perniagaan (49%)
Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

9. Sains matematik (47.1%)
Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

10. Pengajian sosial (44.9%)
Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

BACA INI JUGA: Pekerjaan Bergaji Tinggi Tanpa Ijazah Di Malaysia!

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, April 10, 2016

7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Bagi yang gemar mengikuti kisah-kisah penggodam komputer, mereka tentu mengenali nama-nama seperti Kevin Mitnick, Kevin Poulsen, Gary McKinnon, LulzSec dan ramai lagi.

Namun, antara kesemuanya, terdapat beberapa penggodam yang dikenal pasti sebagai ‘ancaman’ buat sesebuah negara disebabkan kepakaran ‘melampau’ mereka.

Di sini kami senaraikan tujuh penggodam paling bahaya dan pada masa yang sama paling ‘bernilai’ di dunia.

Kevin Mitnick

Top+Hackers+Kevin Mitnick

Mitnick, 53, adalah penjenayah siber paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Menggelarkan dirinya sebagai “Hacker Poster Boy“, dia merupakan penggodam paling kontroversi pernah direkodkan.

Di usia remaja, Mitnick pada mulanya hanya mempunyai pengalaman asas menggodam telefon awam sebelum melakukan kesalahan besar yang membuatkan dirinya terkenal.

Ketika berumur 15 tahun, dia telah mengeksploitasi sistem punch kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan.

Kemudian, seperti salah seorang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, Mitnick ketika berusia 16 tahun ‘menceburi’ bidang pergodaman telefon selular di mana dia disabitkan kesalahan atas kes menggodam dan mencuri perisian dalam rangkaian Digital Equipment Corporation (DEC) yang dianggarkan bernilai berbillion dollar.

Mitnick ditangkap pada Februari 1995 setelah pihak FBI bekerjasama dengan seorang pakar komputer terkenal, Tsutomu Shimomura bagi memerangkap Mitnick dan menurut penulis majalah New York Times, dia mengatakan Mitnick diibaratkan sebagai ‘hantu’ kerana begitu sukar dijejak sehingga memaksa pihak FBI meminta bantuan seorang pakar.

Pada hari ini, Mitnick memainkan peranan sebagai penggodam ‘topi hitam’ legenda dan kini menjadi ahli masyarakat yang produktif serta seorang penulis dan perunding keselamatan komputer.

Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan mengenai kegiatannya.

Michael Calce

Top+Hackers+MICHAEL CALCE

Lagak gaya Michael Calce bak seorang aktor ini adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy”.

Pada tahun 2000, pihak FBI telah menamakan Mafiaboy sebagai suspek utama yang telah melumpuhkan gergasi perniagaan internet dan enjin carian terkenal pada Yahoo!, EBay, Amazon, CNN dan E-Trade. Enjin carian terkenal, Google masih belum dikenali ramai pada waktu itu.

Kesemua gergasi internet itu mengalami gangguan capaian oleh pengguna sebelum lumpuh sepenuhnya beberapa jam akibat serangan penafian perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Denial of Services, (DOS).

Serangan beberapa jam tersebut menyebabkan kerugian yang dianggarkan sekitar AS$18 juta.

Dia dihadapkan ke mahkamah pada 18 ​​Januari 2001 di Montreal, Kanada di mana dia mengaku bersalah di atas 55 tuduhan menggodam.

Jonathan Joseph James

Top+Hackers+JONATHAN JOSEPH JAMES

Jonathan terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam.

Pada usia 16 tahun, dia telahpun dijatuhkan hukuman penjara di mana sewaktu wawancara, Jonathan memberitahu alasanya hanya disebabkan ingin mencari keseronakan.

Jonathan mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi untuk digodam.

Dia memasang peranti backdoor ke dalam pelayan di sebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA.

Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat e-mel sensitif serta mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.

Jonathan menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi.

Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai AS$1.7 juta dan apa yang lebih memalukan, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang menelan belanja sebanyak AS$41,000.

Jonathan menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming, tetapi menegaskan, “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai AS$1.7 juta seperti yang didakwa.”

Adrian Lamo

Top+Hackers+Adrian Lamo

Digelar sebagai “penggodam homeless,” dia menggunakan sambungan internet di kafe dan perpustakaan untuk menggodam.

Adrian menggodam organisasi-organisasi utama seperti syarikat akhbar The New York Times dan firma perisian Microsoft.

Teknik pengodaman Adrian adalah penetration testing yang menguji penembusan sekuriti di mana beliau mendapati kelemahan dalam sistem keselamatan Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular.

Adrian turut menggodam akaun syarikat sekuriti komputer terkenal Lexis Nexis Times dan telah diarahkan membayar kira-kira AS$65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun kerja amal yang telah tamat pada 16 Januari, 2007.

Kini Adrian bekerja sebagai wartawan serta pernah memenangi beberapa anugerah dan juga wakil rakyat.

Owen Thor Walker

Top+Hackers+OWEN WALKER

Owen Thor Walker merupakan seorang penghidap penyakit Sindorm Asperger yang menetap di New Zealand.

Walaupun mempunyai penyakit, dia telah ditahan beberapa kali atas kesalahan aktiviti pergodaman yang bernilai jutaan dolar New Zealand.

Pada 2008, dia mengaku bersalah atas kesalahan menjadi ‘ketua’ dalam sebuah organisasi yang menggodam institusi kerajaan dengan nilai kerugiaan sebanyak AS$26 juta.

Dia ditahan di bawah seksyen 248-252 akta jenayah New Zealand dan sewaktu disoal-siasat FBI, dia memberitahu, sewaktu menggodam sistem sekuriti Universiti Pennsylvania, server yang digunakan adalah dari Malaysia.

Albert Gonzalez

Top+Hackers+ALBERT GONZALEZ

Albert Gonzalez, mungkin seorang ‘Raja Godam’ kad kredit paling terkenal di seantero dunia.

Pada 2009, Gonzalez telah ditahan dalam kes penipuan kad kredit terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan kecurian lebih 130 juta nombor kad kredit.

Sejak Oktober 2006, Gonzalez menggunakan teknik penggodaman yang canggih untuk memecahkan firewall dan mencuri informasi dari sistem pangkalan data di AS.

Syarikat yang menjadi sasaran termasuk pemproses sistem pembayaran kad yang berpusat di New Jersey, Heartland Payment Systems, rangkaian seluruh kedai serbaneka yang berpusat di Texas, 7-Eleven Inc. dan rangkaian pasar raya yang berpusat di Maine, Hannaford Brothers Co. Inc.

Gonzalez memindahkan data yang dicuri ke server komputer yang beroperasi di Latvia, Belanda, AS dan Ukraine bagi menutup jejak serta mengelak daripada dikesan oleh software anti-virus yang digunakan oleh mangsa mereka.

Astra

Top+Hackers+ASTRA
Gambar tidak didedahkan oleh kerajaan Perancis.

Astra atau nama gelaran medianya, Withheld, merupakan seorang penganalisis matematik di sebuah universiti.

Dia dilaporkan telah menggodam sistem sekuriti kerajaan Perancis selama lima tahun di mana dia berjaya memperoleh data berkenaan teknologi senjata dan cetakan aplikasi 3D yang kemudian dijual di pasaran gelap di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika dan juga negara-negara Arab.

Menurut polis Perancis, mereka telah menjejak Astra sejak dari tahun 2012 namun sering menemui jalan buntu setelah ‘dipermainkan’ olehnya di mana beberapa rumah yang diserbu sering sahaja ditinggalkan notis ‘cuba lagi’.

Astra akhirnya ditangkap pada tahun 2008, dan dilaporkan kerugian yang ditanggung Perancis dianggarkan bernilai AS$250 ke AS$350 juta.

Penggodam legenda itu telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun sejak 2008.

BACA INI JUGA: Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Sumber: mynewshub

Moosham Castle, Istana Ahli Sihir!

Moosham Castle, Istana Ahli Sihir!

Tidak ramai yang mengetahui wujudnya sebuah istana indah, Istana Moosham yang terletak di Salzburg, Austria.

Moosham-Castle

Kepada yang pernah berkunjung ke Austria, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke istana yang megah berdiri sejak abad ke-13 ini.

Istana ini dibina oleh Putera Biskop Salzburg dan dibina 1,079 meter dari aras laut.

Bagaimanapun, istana indah ini menyimpan sejarah yang aneh dan jahat.

Menurut sejarah, istana ini dikatakan menjadi lokasi pembunuhan kejam ke atas ribuan wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir pada zaman tersebut.

Pada masa itu, wanita-wanita hidup ketakutan kerana bimbang dituduh mengamalkan ilmu sihir oleh pemerintah mereka.

Penganiayaan yang sangat kejam ini berlaku antara tahun 1675 dan tahun 1690.

Sejarah mengatakan, sesiapa sahaja yang ditangkap dan dituduh sebagai ahli sihir akan dibicarakan di istana tersebut.

Ada di antara mereka yang mati dirantai di dalam kurungan, selebihnya akan mati ketika diseksa atau ketika hukuman mati dilaksanakan.

Moosham Castle [2]

Wanita-wanita yang dituduh sebagai ahli sihir akan diarahkan kepalanya dipenggal.

Mangsa termuda yang dituduh sebagai ahli sihir adalah seorang budak miskin yang merupakan seorang pengemis jalanan.

Dia tidak mampu membela dirinya dalam perbicaraan, menyebabkan dia diseksa sebelum dijatuhi hukuman.

Kaedah yang digunakan untuk menyeksa mangsa-mangsa pula dianggap sangat mengerikan dan meninggalkan kesan ke atas diri mereka sepanjang hayat mereka.

Ada yang dipotong jari dan tidak kurang juga ditekap besi panas di bahagian tubuh badan bagi menandakan mereka pernah dituduh sebagai ahli sihir.

Akibat tidak dapat menahan derita dan mahu kesakitan dihentikan, kebanyakan mereka terpaksa mengaku mengamalkan ilmu sihir.

Kini Istana Moosham diubah menjadi muzium dan buka kepada umum untuk lawatan harian.

Moosham Castle [3]

Ramai di antara pengunjung dan pekerja muzium mendakwa pernah mengalami beberapa siri aneh di dalam istana tersebut.

Menurut Pemilik semasa istana, Theresita Wilczek berkata, Bilik Toni adalah bilik yang paling menyeramkan bagi semua pengunjung yang pernah melawat istana tersebut.

Katanya, bilik tersebut pernah dihuni oleh lelaki yang bertanggungjawab menyeksa wanita-wanita berkenaan sebelum menjalankan hukuman mati ke atas mereka.

Istana Moosham juga dipanggil Istana Ahli Sihir kerana sejarahnya yang hitam dan panjang.

BACA INI JUGA: Top 10 Rekaan Bangunan Yang Sangat Pelik

Sumber: SH

Serangga Yang Membantu Malaysia Jimat Lebih RM40 Bilion!

Serangga Yang Membantu Malaysia Jimat Lebih RM40 Bilion!

Sekali pandang, serangga ini sama seperti kumbang yang lain, namun tahukah anda kumbang kelapa sawit Afrika ini atau nama saintifiknya Elaeidobius kamerunicus telah membantu Malaysia menjimatkan AS$10 bilion (RM41.87 bilion)?

Elaeidobius kamerunicus

Ketika industri kelapa sawit masih lagi di peringkat awal, kumbang ini diimport dari Cameroon dan diperkenalkan dalam sektor perladangan tempatan bermula pada tahun 1981.

Kumbang ini memainkan peranan dalam proses pendebungaan pokok kelapa sawit yang sebelum ini terpaksa dilakukan sendiri oleh tenaga kerja manusia.

Pengenalan kumbang ini telah merangsang pengeluaran kelapa sawit negara di samping menjimatkan kos.

Sejak tahun 1982 sehingga 2015, penjimatan dianggarkan bernilai sekitar AS$10 bilion dolar.

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

Sumber: Astroawani

Saturday, April 09, 2016

Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Kaki!

Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Kaki!

MENGGERIKAN. Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka ‘urat’ pada kakinya itu sebenarnya adalah cacing yang bersarang di situ.

Cacing dalam kaki

Lelaki berkenaan pada mulanya mengunjungi doktor di kolej perubatan Peking Union kerana mahu menghilangkan ‘urat’ terbabit.

Namun sangat mengejutkan apabila ia sebenarnya adalah seekor cacing.

Dia 'mendapat' cacing tersebut selepas bercuti di Nigeria.

Cacing itu juga bergerak-gerak beberapa milimeter setiap hari, menurut doktor yang menulis mengenainya dalam New England Journal of Medicine.

Menurut doktor terbabit, parasit itu memasuki kaki lelaki berkenaan menerusi larva dan larva berkenaan selalunya berada pada najis kucing atau anjing.

Kemungkinan lelaki itu mendapat parasit tersebut kerana dia tidak memakai kasut ketika berada di pantai dan terpijak najis yang mengandungi larva.

Dia diberikan ubat anti-parasit albendazole dan selepas dua minggu, cacing itu hilang.

BACA INI JUGA: Timun Berkesan Merawat Kanak-kanak Yang Mengalami Kecacingan

Sumber: Mynewshub.cc

5 Jenama Tudung Paling Popular Di Malaysia

5 Jenama Tudung Paling Popular Di Malaysia

Lambakan pelbagai jenama tudung dan selendang di pasaran terus mendapat sambutan — dijual di butik atau dalam talian — sehingga mampu mencipta kumpulan pengikut setianya sendiri.

Berikut lima jenama tudung yang paling dikejar-kejar peminat:

1. Naelofar Hijab
Harga: RM53-RM89

Tudung Naelofar Hijab

Dimiliki oleh Neelofa, seorang pelakon dan pengacara program “MeleTOP.” Selebriti ini memanfaatkan popularitinya untuk melonjakkan lagi jenama ini, khususnya di kalangan peminatnya.

Beliau juga sering menggayakan tudung keluaran terbaharunya setiap kali muncul di kaca televisyen atau majlis rasmi. Hijab lilit siap pakai, ciri utama rekaan Naelofar Hijab, sesuai digayakan semua peringkat umur.

Butik tudungnya terletak di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur. Produk-produknya juga boleh didapati di kebanyakan vendor dan butik fesyen muslimah.

2. Fareeda
Harga: RM80-RM200

Tudung Fareeda

Diasaskan Faridah Zakaria, yang mempunyai minat mendalam sejak 10 tahun dulu ketika masih di Pulau Pinang, jenama ini antara yang terawal menggunakan Internet sebagai saluran jualan.

Selain harganya mahal sehingga mencecah ratusan ringgit, tetapi masih dicari-cari peminatnya, jenama ini membawa kelainan apabila ia disertai aksesori kerongsang kristal Swarovski pada tudung.

Peminatnya sanggup bermalam di hadapan kedai dan beratur panjang semata-mata kerana tidak ingin terlepas peluang jualan potongan harga.

Beberapa hari lalu, Fareeda memperkenalkan Amyra Rosli, pelakon utama drama sensasi “Suamiku Encik Sotong,” sebagai model jenama tersebut. Pembeli boleh berkunjung ke cawangannya di Bangi, Putrajaya, Subang, Shah Alam, Kubang Kerian, Permatang Pauh dan Johor Bahru.

3. Sugarscarf
Harga: RM39-RM200

Tudung Sugarscarf

Bermula dengan jualan dari pintu ke pintu, kemudian melalui blog, siapa sangka dunia media sosial yang berkembang pesat menjadikan jenama selendang ini popular di kalangan gadis.

Selain fabriknya lembut dan berkualiti, rekaan warnanya pula menarik dan ceria sesuai mengikut peredaran masa.

Pada September lalu, timbul isu apabila pemiliknya Eyqa Sulaiman mendakwa rekaannya diciplak Naelofar Hijab. Tetapi Naelofar Hijab menafikannya.

Mula bertapak di Shah Alam, Sugarscarf kini meluaskan cawangannya ke United Kingdom.

4. Radiusite
Harga: RM39-RM89

Tudung Radiusite

Ringkas tetapi menarik, dua elemen utama itu menjadi asas perniagaan selendang dan skaf di Radiusite. Golongan muda dan remaja kebanyakannya menggemari jenama ini yang diusahakan oleh A'tikah Ash'ari, graduan pengurusan pelancongan.

Seperti butik jenama-jenama terkenal yang lain, jenama ini turut menjual baju kurung dan busana muslimah. Selain di Shah Alam, Radiusite juga memiliki butik di Rawang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Bangi.

5. Aidijuma
Harga: RM10-RM45

Tudung Aidijuma

Berbeza dengan jenama lain, Aidijuma menumpukan kepada koleksi jualan tudung bawal atau empat segi. Pemiliknya Norjuma Habib, bekas pengacara Nona TV3.

Apa yang menjadi kegilaan pemakai hijab jenama ini? Coraknya yang mengikut trend, ringkas dan menawarkan harga serendah RM10.

Jenama ini memiliki kiosk di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Pahang, dan Kuala Lumpur, selain dijual melalui vendor dan butik fesyen muslimah.

Menarik kan?

Semoga ia menjadi rujukan anda untuk menutup aurat.

BACA INI JUGA: Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?

Sumber: tmo

Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Pelakon baru, Ruhainies, mengakui dirinya sering kali disamakan dengan Nora Danish sejak dari bangku sekolah lagi tetapi dia tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki oleh aktres comel itu.

Ruhainies [2]

Ruhainies mengambil perkara tersebut sebagai satu pujian yang tinggi dan dia merasakan dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan bersama Nora Danish.

“Sudah lama persamaan ini diperkatakan oleh orang. Sejak dari bangku sekolah lagi, ramai yang mengatakan wajah saya seakan sama dengan Nora Danish.

"Lepas dah masuk dunia seni juga perkara demikian diperkatakan lagi.”

“Pujian itu sudah terlalu tinggi untuk saya.

"Nora merupakan idola saya sejak dahulu kagi dan dia adalah pelakon yang hebat.

"Nora sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seni.”

"Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini,” jelasnya kepada BH Online.

Ruhainies juga menegaskan biarpun dirinya sering disamakan dengan Nora Danish, tetapi dia sesekali pun tidak menggunakannya untuk menumpang populariti pelakon tersebut.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

Ruhainies
Ruhainies [3]
Ruhainies [4]
Ruhainies [5]
Ruhainies [6]
Ruhainies [7]

Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Tubuh?

Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Tubuh?

Kesan ‘high’ kerana menghisap ganja hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja (dalam 6 jam jika ianya dimakan), tetapi kesan tetrahydrocannabinol atau THC kekal di dalam badan pengguna dengan lebih lama.

Wanita Hisap Ganja
Gambar hiasan.

Marijuana atau dalam bahasa kita ganja baru-baru ini menjadi bualan apabila ada usul untuk ‘menghalalkan’ penggunaan ganja di Malaysia.

Tetapi timbalan menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menegaskan ganja tetap dadah dan ianya berada di bawah akta dadah berbahaya.

Persoalannya, berapa lama kesan ganja akan berada di dalam badan kita?

Ganja boleh dikesan melalui ujian darah dan air kencing. Jika disedut, ganja akan masuk ke sistem darah melalui alveoli pada paru-paru.

Jika ganja dimakan (biasanya dalam bentuk brownies), hati akan menukar THC ini kepada non-psychoactive marijuana metabolites, di mana ianya akan berlegar dalam badan dan disimpan dalam tisu lemak.

Ada metabolit THC yang cuma berada dalam badan selama 20 jam dan ada metabolit seperti THC-COOH boleh berada dalam badan sehingga 13 hari.

Dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 2014, penghisap ganja akan mempunyai kesan ganja dalam air kencing mereka selama dua minggu dan kesan ganja ini tetap ada dalam darah walaupun penghisap ganja tidak menghisapnya untuk beberapa minggu.

Untuk penghisap ganja yang tidak aktif, kesan ganja boleh dikesan dalam air kencing dalam masa seminggu atau lebih dan ujian darah pula boleh mengesan level THC dalam badan selama 24 jam.

Tetapi jika anda seorang penghisap ganja yang aktif, ujian air kencing anda akan menunjukkan anda positif ganja selama lebih 100 hari selepas kali terakhir anda menghisap ganja dan ujian darah pula selama seminggu.

Rakyat tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara-negara luar yang menghalalkan ganja seperti Holland dan beberapa negeri di Amerika.

Kita ada standard tersendiri untuk perkara ini dan ganja bukan budaya kita.

Jadi, jika anda merancang atau sedang mengambil ganja, berhentilah sebelum anda dikenakan tindakan undang-undang.

Syarikat atau tempat anda bekerja berhak melakukan random drug test kepada setiap pekerjanya.

Banyak perkara yang perlu difikir sebelum boleh nak legalize weed ni. Yang paling penting perlu ubah mentaliti dahulu.

Masyarakat kita masih belum bersedia untuk perkara yang high ini dan akhir sekali, kena tanya diri sendiri, perlu ke ganja dalam kehidupan?

BACA INI JUGA: The Devil's Breath, Pohon Durjana Nafas Syaitan

Sumber: Thevocket

Friday, April 08, 2016

Mr. Os Meninggal Dunia Selepas Tunaikan Solat

Mr. Os Meninggal Dunia Selepas Tunaikan Solat

Dunia hiburan tanah air hari ini menerima berita sedih apabila pelakon komedi popular, Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat.

Mr. Os+Meninggal+Dunia

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap kanser paru-paru di Hospital Selayang, Selangor dalam usia 55 tahun.

Berita duka tersebut turut disahkan sendiri oleh seorang anak sulungnya, Nor Haryatie, 28, menerusi laman Facebook miliknya.

“Allah… Allah… Allah… Perginya seorang seniman Mohd. Yusof bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya.

“Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

“Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi.

“Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan Abah di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya lagi menerusi akaun Facebook.

Difahamkan, Mr. Os mengembuskan nafas terakhir dalam keadaan berwuduk selepas selesai solat Zohor.

Pada Mac tahun lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil.

Filem pernah dibintangi beliau antaranya Balik Kampung (1986), Mr. Os (1987), Kembar Siam (1988), Awang Spanar (1989), Orang Kampung Otak Kimia (1990), Cikgu Romantik (1993) dan Senario The Movie (2011).

Mr. Os dan Abon

Mr. Os dan rakan seperjuangannya, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad pernah membentuk kumpulan Osbon serta muncul menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro pada tahun 2011.

Allahyarham pernah menjadi pemandu teksi selain juruhebah sambilan stesen radio Perak FM ketika tidak aktif dalam dunia seni.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun.

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Sumber: Mynewshub.cc