Friday, April 08, 2016

Madihah, Pemilik Wajah Comel Penghias Botol F&N!

Madihah, Pemilik Wajah Comel Penghias Botol F&N!

Seorang gadis cantik, Madihah, 18 tahun, akhirnya merungkai persoalan milik siapa sebenarnya wajah comel yang selama ini menghiasi botol F&N melalui satu posting di laman Instagram dan Twitter miliknya.

F&N+MADIHAH

Sebelum ini dikatakan heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa itu.

Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.

Memang benar seperti tanggapan ramai, jika diimbas sepintas lalu, wajah budak perempuan itu mirip penyanyi kecil molek Liyana Jasmay.

Madihah F&N [2]

Namun tiada sebarang reaksi dari selebriti berasal dari Melaka itu berkaitan teka-teki yang melanda netizen negara ini.

Akhirnya persoalan dan teki-teki itu terjawab apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol kordial jenama F&N itu adalah dirinya.

Madihah F&N [3]

Wanita yang dikenali sebagai Madihah telah merungkai persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naik ke dalam laman Instagram dan Twitter miliknya.

Biodata Madihah Binti Mohd Firdaus Model Botol F&N

Madihah F&N [4]
Madihah F&N [5]

Nama Penuh: Madihah Binti Mohd Firdaus

Umur: 18 Tahun (2016)

Asal: Kelantan

Tempat Tinggal Terkini: Ampang Selangor

Sekolah: SMK Bukit Indah, Ampang Selangor

Pekerjaan Terkini: Model dan Jurujual Online

Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/dihahmfrds

Instagram: https://www.instagram.com/douxx.co/

Laman sosial Instagram miliknya juga bahkan ada lebih 6 ribu pengikut dan hampir satu ribu pengikut di Twitter.

Madihah Binti Mohd Firdaus
Madihah Binti Mohd Firdaus [3]
Madihah Binti Mohd Firdaus [2]

Siapa sangka anak kecil ini sudah pun dewasa, malah rupa parasnya cantik dan ayu menawan..:)

BACA INI JUGA: Gambaran Kecantikan Luarbiasa Bidadari Syurga

Sumber: Mynewshub/Melvister

6 Jenis Riak Tanpa Sedar Di Laman Sosial

6 Jenis Riak Tanpa Sedar Di Laman Sosial

Jom lihat dan kenali antara riak zaman moden di laman sosial yang ramai orang buat tanpa disedari dan mungkin memang berniat nak bersikap riak.

BAHAYA SIFAT RIAK

Sifat-sifat dibawah ini bukan sahaja riak, malah memualkan rakan, follower malah pembaca.

Check In

RIAK - Check In

Check in hospital lepas tu siap ambil gambar dengan caption berbunga-bunga kononnya sedih mengalahkan drama kat TV.

Padahal motif utama nak bagitahu check in dekat hospital swasta yang gah dan nak tunjuk bilik hospital yang macam hotel.

Kongsi Gambar

RIAK - Kongsi Gambar

Snap gambar dalam rumah untuk tunjuk perabot dan segala perhiasan dalam rumah. Caption yang tidak berapa sesuai dengan gambar.

Gambar tunjuk tangga, cermin besar ala-ala dalam TV tetapi caption ‘letihnya balik kerja’ bla bla bla…

Sentiasa Bersyukur

RIAK - Sentiasa Bersyukur

Bersyukur tak henti-henti di media sosial. “Syukur rezeki masuk tak henti-henti”, terus nak ucap Alhamdulillah untuk segala benda yang terjadi. Padahal macam menunjuk betapa kaya dan mewahnya.

Kalau betul nak bersyukur, bukanlah dekat media sosial, direct terus dengan Pencipta, tak perlu guna facebook sebagai orang tengah.

Mengeluh Tapi Menayang

RIAK - Mengeluh Tapi Menayang

Tangkap gambar dalam kereta dan tak boleh tertinggal, mesti nampak stereng sekali. Caption macam biasa, jalan jem, ucap selamat pagi, luahkan rasa letih dan seangkatan dengannya.

Tetapi, memang sengaja nak tayang stereng tu. Mahal kononya…

Gambar Shopping

RIAK - Gambar Shopping

Perkara biasa untuk yang suka pusing shopping mall. Mula-mula mesti kena check in dengan status nak canang bahawasanya saya sedang membeli belah.

Lepas tu mulalah nak tayang gambar barangan yang dibeli, nak bergambar pun kena pastikan beg barangan tu interframe sekali.

Keluarga Bahagia

RIAK - Keluarga Bahagia

Sifat nak berlagak anak dan suami sebab nak tunjuk suami dan anak dia yang paling bagus. Anak dia paling comel, paling pandai, paling buat itu ini macam dia seorang sahaja yang ada anak dalam dunia.

Kalau suami pun sama, suami dia the best, suami orang lain semua tak best.

Memanglah itu akaun sosial sendiri dan siapa tak suka boleh block, tetapi beragak lah sikit jangan sampai ada yang menyampah.

Bukan semua yang berada di laman sosial mempunyai sikap seperti ini dan secara mudah untuk dihadam, riak adalah satu perbuatan yang dilakukan semata-mata untuk mengharapkan pujian, penghormatan dan sanjungan dari orang lain.

BACA INI JUGA: 'Maafkan Saya Bro' Kisah Lelaki Bohong Demi Keluarga

Sumber: Mynewshub.cc

Bagaimana Sebenarnya Menilai Orang Itu Baik Atau Tidak?

Bagaimana Sebenarnya Menilai Orang Itu Baik Atau Tidak?

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila aku amalkan akan masuk syurga."

ORANG+BAIK

Jawab Rasulullah SAW, "Jadilah orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana untuk mengetahui aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah SAW, "Tanyakan kepada jiranmu, maka bila mereka berkata engkau baik, maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sememangnya jahat."

Atau, cuba saudara-saudari sekalian tanyakan kepada rakan-rakan sekerja yang telah lama kenal dan selalu bersama-sama.

Adakah kita orang yang baik?

BACA INI JUGA: Janji Terbaik Allah Untuk Insan Bergelar Wanita

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 07, 2016

Siapa Sebenarnya Dalang Punca Proton Bermasalah?

Siapa Sebenarnya Dalang Punca Proton Bermasalah?

Apa sebenarnya masalah yang berlaku sehingga Proton mengalami masalah kewangan yang begitu serius setelah pencetus ideanya, Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kerugian PROTON

Disebalik serangan bertubi-tubi oleh balaci-balaci Najib terhadap Tun Mahathir, bermula dari Petronas hinggalah terkini Proton, muncul pula Armin Baniaz Pahamin, berkongsikan pendapat serta pengalaman beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

Alhamdulillah masih ada insan waras dan normal, yang tidak termakan dedak, yang sudi berkongsikan pengalaman serta pendapat ikhlas beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

DISINI ADMIN KONGSIKAN PENDAPAT SERTA PENGALAMAN BELIAU.

Armin Baniaz Pahamin;

Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya, KHAZANAH NASIONAL TO BE BLAMED FOR PROTON'S DOWNFALL.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

Langkah itu mengakibatkan wujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu.

Armin berkata demikian menjawab dakwaan menteri Datuk Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Mahathir merupakan penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya dalam muat naik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik.

DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset habis!

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Ekskeutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.

“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya.

TAMAT.

Sekadar nota tambahan, secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24,095 juta, bailout RM14,000 juta. Rugi kan?

Soalan, siapa sebenarnya yang menyebabkan PROTON RUGI?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Sumber: Kluangmanexpress
5 Sebab Date Dengan Wanita Pendek Awesome!

5 Sebab Date Dengan Wanita Pendek Awesome!

Selain daripada comel, ada banyak kelebihan andai bercinta dengan perempuan rendah ni sebenarnya. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi, dia mungkin ‘bersaiz poket’ tetapi tetap hangat!

Berikut 5 sebab mengapa jejaka di seluruh pelosok dunia harus merasa bertuah sekiranya mempunyai pasangan yang kecil. rendah dan comel;

1. Perangsang Ego

Perangsang Ego

Wanita rendah sebenarnya sangat bergantung harap kepada pasangan yang tinggi dan menganggap mereka sebagai ‘penyelamat’.

Bukan apa, dia tak perlu lagi terjengket-jengket untuk mencapai sesuatu kerana ada ‘pembantu’ yang sentiasa bersedia untuk capaikan untuknya!

Ini sebenarnya sangat bagus untuk merangsangkan ego lelaki kerana mereka akan merasakan diri mereka diperlukan dan penting.

2. Senang Peluk

Senang Peluk

Mempunyai pasangan yang kecil molek memang syok kerana dia akan sentiasa rasa dilindungi dan selamat di sisi anda.

Dada atau bahu dijadikan tempat bermanja dan anda pula secara automatik berasa seperti lelaki paling berkuasa dan ‘macho’ sekali pada pandangan matanya. Best kan?

Lelaki gay je yang cakap tak best ok!

3. Jimat!

Jimat!

Ini mungkin pendapat kurang popular, tetapi ramai lelaki mengaku bahawa keluar dating wanita rendah ni menjimatkan wang poket kerana perut mereka juga bersaiz comel!

Selalunya apabila makan di luar pasti berkongsi sepinggan dua orang, kan tak bazir duit tu? Ada duit lebih bolehlah pergi tengok lampu di iCity Shah Alam atau tonton wayang.

Berbaloi-baloi sangat!

4. Senang Dukung

Senang Dukung

Bersesuaian dengan tingginya, wanita bertubuh rendah sudah tentu lebih ringan berat badannya.

Lelaki yang lebih tinggi berbanding isteri selalu suka menyakat pasangannya dengan mengacah-acah dukung dan sebagainya.

Yalah, perempuan kan kanak-kanak yang tidak pernah membesar, jadi wanita mana yang tidak rasa istimewa apabila dilayan sebegitu?

Pasti dia akan sayang anda lebih selepas ini. Win-win situation!

5. Gaduh-gaduh Manja

Gaduh-gaduh Manja

Tak dinafikan, perempuan zaman sekarang lebih berani mengekspresikan kemarahan mereka secara fizikal.

Bayangkan jika teman wanita anda ganas macam ahli gusti WWE. Tak ke naya tu!

Dengan wanita yang rendah, perselisihan faham antara anda berdua pasti lebih ‘manis’ dan kelakar apabila dia cuba tunjuk kuat dengan memukul-mukul tubuh anda kerana terlalu marah. Ingat sakit sangat la tu?

Apa-apa yang dilakukan oleh perempuan kecil molek ini memang dipandang comel sentiasa, sejuk je hati.

Jadi apa tunggu lagi, praktikkan artikel apresiasi terhadap wanita comel ini sekarang juga!

BACA INI JUGA: 'Sekeping' Ciuman Untuk Terus Bernyawa

Sumber: Mynewshub.cc

5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

Pasti ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk mengasingkan kegunaan dengan telefon peribadi atau ingin memberikan hadiah kepada mereka yang tertentu.

Tetapi masalah terbesarnya tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jadi, kami senaraikan 5 telefon pintar terbaik untuk dimiliki dengan harga bawah dibawah RM300 dan pastinya memuaskan hati pengguna.

Lenovo A616
Harga Import/Ap: RM199

Lenovo A616

Peranti ini menyediakan paparan skrin seluas 5.5 inci yang menjamin kepuasan bagi mereka yang menyukai paparan yang besar dan jeas.

Bukan itu sahaja, ia merupakan satu-satunya telefon dalam senarai ini yang hadir dengan sokongan LTE untuk pelayaran pantas, 4G.

Lenovo A1000
Harga Original: RM249

Lenovo A1000

Telefon ini merupakan peranti yang cukup laju bagi sebuah peranti bajet. Ia hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai kapasiti memori dalaman sebanyak 8GB.

Pengguna telefon ini dijamin mendapat penggunaan terbaik kerana Lollipop memerlukan hardware yang cukup berkuasa untuk beroperasi.

Microsoft Lumia
Harga Original:RM250

Microsoft Lumia

Telefon ini hadir dengan antaramuka Live Tiles yang ringkas dan sangat minimalis. Ia juga terkenal dengan pengoperasian yang lancar walaupun mempunyai spesifikasi yang rendah.

Telefon ini mempunyai masalah kemaskini kerana tidak diberikan sistem kemaskini selari dengan android dan iOS.

Asus Zenfone C
Harga Original: RM288

Asus Zenfone C

Zenfone C merupakan telefon pintar yang menduduki tempat pertama kerana mempunyai keseimbangan dari segi spesifikasi, fungsi, rekaan dan nilai harga penjualannya.

Zenfone C lebih berkuasa dari segi kamera dengan fungsi autofokus dan kebolehan merakam video setinggi 1080p.

Samsung Galaxy V Plus
Harga Original: RM289

Samsung Galaxy V Plus

Samsung merupakan jenama telefon yang cukup gah masa kini dan juga merupakan jenama paling popular dengan pegangan market share sebanyak 22.5%.

Peranti Galaxy V Plus ini merupakan keluaran terkini yang membawa ciri-ciri asas dan hadir dengan paparan skrin seluas 4.0 inci.

BACA INI JUGA: Aplikasi AndroidLost, Mampu Mengesan Smartphone Dicuri

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, April 06, 2016

Kenapa Skandal 'Panama Papers' Dianggap Sebagai Jenayah?

Kenapa Skandal 'Panama Papers' Dianggap Sebagai Jenayah?

Dunia masih lagi dikejutkan dengan skandal terbesar yang melibatkan beberapa pemimpin dunia yang dikenali sebagai ‘Panama Papers’.

Scandal

Tapi, apa sebenarnya skandal Panama Papers ini? Kenapa ianya dikatakan menjadi satu kesalahan? Apa sebenarnya kesalahan mereka ini?

Bagi memudahkan kita semua memahami skandal Panama Papers ini, DanGLiesack dan Vox menerangkan skandal ini dalam bentuk kartun.

1. Katakan anda menyimpan wang dalam tabung di bilik anda.

Scandal

2. Tetapi ibu anda sering memeriksa berapa yang anda masukkan dan bawa keluar dari tabung itu. Anda tidak suka perkara itu.

Scandal

3. Jadi anda beli satu tabung baru.

Scandal

4. Dan bawanya ke rumah rakan anda, Johnny.

Scandal

5. Emak Johnny sibuk dan beliau tidak ada masa untuk memeriksa tabung anda. Jadi anda boleh menabung tanpa ada orang kacau.

Scandal

6. Kanak-kanak lain di kejiranan anda merasakan ianya satu perkara yang bijak.

Scandal

7. Jadi mereka semua turut meletakkan tabung mereka di bilik Johnny.

Scandal

8. Tetapi satu hari, emak Johnny akhirnya tahu berkenaan tabung-tabung itu.

Scandal

9. Beliau marah dan membuat panggilan ke semua ibu bapa kepada budak yang menyimpan tabung di bilik Johnny.

Scandal

10. Tidak semua yang menabung itu membuat kesalahan. Contohnya, anda hanya mahu privasi dari emak anda sahaja pada mulanya.

Scandal

11. Akhirnya kegiatan anda terbongkar juga.

Scandal

Diadaptasikan kes ini kepada Panama Papers, ramai individu yang berkuasa menyimpan tabung di rumah Johnny di Panama.

Anda mungkin tidak bersalah dalam soal ini. Tetapi rakan anda, Michael mencuri wang ibunya dan memasukkannya ke dalam tabung di rumah Johnny. Jacob pula mengambil duit poket pelajar lain dan menyimpannya di rumah Johnny supaya ibunya tidak tahu.

Wartawan seluruh dunia sedang membaca Panama Papers untuk lebih mengetahui tentang aktiviti yang berlaku di rumah Johnny di Panama; Sama ada segala urusan itu sah atau melanggar undang-undang, mereka tetap akan menghadapi masalah kerana memiliki tabung rahsia adalah perbuatan yang salah.

Buat masa ini, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Gunnlaugsson telah meletak jawatan selepas namanya dikaitkan dengan skandal Panama Papers ini.

Pemimpin lain seperti Vladimir Putin, Perdana Menteri Pakistan, Raja Arab Saudi dan Presiden Azerbaijan yang turut dikaitkan dalam skandal ini masih belum membuat kenyataan balas.

Ada yang menyatakan ini adalah agenda Amerika untuk melemahkan dan memburukkan nama pemimpin-pemimpin dunia ini.

Jadi kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terbaru tentang skandal ini.

BACA INI JUGA: Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Sumber: thevocket

Apa Sebenarnya 'Panama Papers'?

Apa Sebenarnya 'Panama Papers'?

Panama Papers adalah suatu siri pembongkaran dokumen dan aktiviti rahsia milik golongan elit dari seluruh dunia.

Skandal Panama Papers

Kesemua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia me­lalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Skandal Panama Papers 'meletup' apabila kumpulan media mula mendedahkan keputusan siasatan selama setahun mengenai 11.5 juta dokumen daripada firma guaman Panama, Mossack Fonseca, yang pakar dalam mewujudkan syarikat luar pesisir.

Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca, sebuah firma guaman berpangkalan di Panama yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.

Berikut adalah beberapa fakta ringkas tentang Panama Papers

1. Apa itu Panama Papers?

Penerbitan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.

Ia mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia dari tahun 1970-an hingga 2015.

2. Siapa terajui siasatan?

Pada 2015, terdapat sumber memberi dokumen dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca kepada akhbar Jerman Süddeutsche Zeitung.

Akhbar berkenaan serah dokumen kepada Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ), sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa.

Dokumen itu kemudian dianalisis oleh 400 wartawan dari 107 organisasi media.

3. Siapa dan negara manakah yang dikaitkan dengan Panama Papers?

Panama Papers mendedahkan beberapa transaksi kewangan oleh bekas pemimin, pemimpin kini, pegawai kerajaan dan ahli keluarga dan orang terdekat pemimpin negara dari lebih 40 negara.

Antara pemimpin yang dikaitkan adalah Presiden Rusia Vladmir Putin, Presiden Argentina Mauricio Macri, Presiden Ukraine Petro Poroshenko, Presiden Emiriah Arab Bersatu Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Perdana Menteri Iceland Sigmundur Davíð Gunnlaugsson.

Antara selebriti yang dikaitkan dalam laporan ini adalah bintang Bollywood Amitabh Bachan, Aishwarya Rai Bachan, pelakon Hollywood Jackie Chan dan bintang sukan Lionel Messi.

4. Reaksi Mossack Fonseca

Memetik laporan CNN.com, Mossac Fonseca dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa industri mereka tidak difahami oleh orang umum dan pendedahan dokumen ini akan mengelirukan lagi orang ramai.

"Jelas sekali, tiada siapa yang suka mempunyai harta mereka dicuri, dan kami berhasrat untuk melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk memastikan pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan,” kata firma Mossack Fonseca.

Pengasas bersama, Mossack Fonseca Ramon Fonseca Mora, berkata bahawa terdapat maklumat yang tidak tepat dalam laporan ICIJ dimana beberapa pihak bukan dan tidak pernah menjadi pelanggan Mossack Fonseca.

5. Laporan penuh pada Mei

Panama Papers mula didedahkan pada 3 April.

Pihak ICIJ bakal menyiarkan senarai penuh kesemua syarikat yang terlibat pada Mei.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Astroawani/Kosmo

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Dalam tulisan terbaru diblog chedet, Tun Mahathir menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton.

Proton Dan Fitnah Terhadap Tun Mahathir

Tun Mahathir turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.

Sebelum itu, apa kata kita ketahui dulu segala fitnah-fitnah dan dakyah-dakyah yang telah digarap terhadap Tun dalam isu Proton dalam usaha untuk menanamkan kebencian rakyat terhadapnya.

Apa kata Datuk Abdul Rahman Dahlan?
  1. Dr Mahathir perlu perjelas masalah melanda Proton.
  2. Tun (Dr Mahathir) perlu tampil ke hadapan dan menjawab mengapa Proton dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat telah disalurkan kepada Proton.
  3. Sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.
  4. Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Proton perlu berani untuk menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh bekas pengerusi.

Apa pula fitnah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Anuar Musa terhadap Tun?
  1. Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif.
  2. Kerajaan sukar untuk memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain.
  3. Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah."
  4. Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.
  5. Walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
  6. Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
  7. Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat, bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.
  8. Justeru, katanya, pengunduran Mahathir dilihat sebagai peluang terbaik kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan syarikat kereta nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.

Lihatlah bagaimana busuknya fitnah yang ditabur dalam memfitnah dan menghentam Tun Mahathir dalam usaha mempertahankan seseorang?

Tun Mahathir dengan begitu selamba, walaupun Tun bukanlah seorang pahlawan Bugis yang sauhnya tersangkut, menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-
  • RM1.320 bilion dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.
  • RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.
  • RM12.533 bilion insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif.

Secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan (BAILOUT?) kerajaan kepada Proton ialah RM14.63 bilion!!!!! GILA!

MALANGNYA..

Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-
  • duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11.785 bilion.
  • cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9.470 bilion.
  • cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1.410 bilion.
  • duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1.403 bilion.
  • cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

Secara keseluruhannya SUMBANGAN Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24.095 BILION.

JOM KIRA

BAYAR KEPADA KERAJAAN RM24.095 bilion
BAILOUT RM14.63 bilion
JAWAPAN = Kerugian BESAR, menurut kiraan menteri-menteri dedak!???

Patutlah 1MDB tak pandai selesai-selesai, sebab ramai Menteri BENGONG!

Selain itu, menurut Tun Mahathir, suntikan dana sebanyak RM400 juta oleh kerajaan kepada Proton juga sudah pun dibayar serta dalam masa yang sama telah membiayai sepenuhnya kilang di Tanjung Malim bernilai RM1.8 bilion dengan menggunakan tabungannya sendiri.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 secara tidak langsung kepada rakyat.

Kepada MENTERI-MENTERI DEDAK, pengkritik Proton dan pemuja 1MDB, cuba bandingkan antara kedua-duanya?

Berapakah sumbangan 1MDB kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan, meskipun kerajaan menyediakan modal awal sebanyak RM1 juta dan menyerahkan tanah TRX dan Bandar Malaysia dengan harga paling murah kepadanya?

Apa jadi kepada tanah-tanah itu sekarang?

Berapa sumbangan cukai dan jumlah pekerja yang telah mendapat nikmat daripada 1MDB?

Siapa yang kaya kerana Proton dan siapa pula yang mendapat laba daripada 1MDB?

Jika ada perbandingan lain selain "antara langit dengan bumi", apa agaknya yang sesuai untuk membezakan Proton dengan 1MDB? Syurga dan Neraka? ERKK..

Kalau ada rakyat Malaysia ingin berbangga kerana 1MDB hanyalah barangkali popularitinya yang telah 'melonjakkan' nama Malaysia dan Najib menjadi semakin 'fofular' di seluruh dunia.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Sumber: Shahbudindotcom

Video Pentas Universiti Runtuh Libatkan Pelajar Malaysia Tidak Benar!

Video Pentas Universiti Runtuh Libatkan Pelajar Malaysia Tidak Benar!

Video pentas yang runtuh dalam satu sesi bergambar yang didakwa melibatkan pelajar Malaysia di sebuah Universiti di Mesir adalah tidak benar.

Video pentas runtuh

Jurucakap Kementerian Luar berkata video yang menjadi viral di laman sosial itu merupakan kejadian lama yang berlaku di sebuah universiti di Baghdad, Iraq dan tidak melibatkan pelajar dari negara ini.

“Video itu adalah tidak benar dan ia hanya satu video lama yang sengaja diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Ikraam Abdul Latif berkata video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira 8 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia).

“Saya kemudian menerima panggilan bertalu-talu dari rakan-rakan lain, yang ingin bertanya kesahihan maklumat yang tersebar kerana khuatir ada yang mengalami kecederaan disebabkan kejadian itu,” kata pelajar tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah, Mesir.

Muhammad Ikraam kemudian menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Namun katanya pihak kedutaan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Muhammad Ikraam berkata beliau turut menghubungi wakil persatuan itu di tujuh universiti yang menempatkan pelajar dari Malaysia.

“Saya dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak pernah terlibat dalam sebarang situasi seperti dilaporkan,” katanya.

Semakan Bernama di laman sosial YouTube mendapati video yang diviralkan itu dimuat naik ke laman berkenaan pada 27 Mac 2016 dan difahamkan kejadian terbabit berlaku sehari sebelumnya. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Reaksi Spontan Apabila Dipuji Cantik