Wednesday, April 06, 2016

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Dalam tulisan terbaru diblog chedet, Tun Mahathir menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton.

Proton Dan Fitnah Terhadap Tun Mahathir

Tun Mahathir turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.

Sebelum itu, apa kata kita ketahui dulu segala fitnah-fitnah dan dakyah-dakyah yang telah digarap terhadap Tun dalam isu Proton dalam usaha untuk menanamkan kebencian rakyat terhadapnya.

Apa kata Datuk Abdul Rahman Dahlan?
  1. Dr Mahathir perlu perjelas masalah melanda Proton.
  2. Tun (Dr Mahathir) perlu tampil ke hadapan dan menjawab mengapa Proton dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat telah disalurkan kepada Proton.
  3. Sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.
  4. Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Proton perlu berani untuk menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh bekas pengerusi.

Apa pula fitnah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Anuar Musa terhadap Tun?
  1. Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif.
  2. Kerajaan sukar untuk memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain.
  3. Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah."
  4. Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.
  5. Walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
  6. Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
  7. Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat, bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.
  8. Justeru, katanya, pengunduran Mahathir dilihat sebagai peluang terbaik kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan syarikat kereta nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.

Lihatlah bagaimana busuknya fitnah yang ditabur dalam memfitnah dan menghentam Tun Mahathir dalam usaha mempertahankan seseorang?

Tun Mahathir dengan begitu selamba, walaupun Tun bukanlah seorang pahlawan Bugis yang sauhnya tersangkut, menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-
  • RM1.320 bilion dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.
  • RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.
  • RM12.533 bilion insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif.

Secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan (BAILOUT?) kerajaan kepada Proton ialah RM14.63 bilion!!!!! GILA!

MALANGNYA..

Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-
  • duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11.785 bilion.
  • cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9.470 bilion.
  • cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1.410 bilion.
  • duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1.403 bilion.
  • cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

Secara keseluruhannya SUMBANGAN Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24.095 BILION.

JOM KIRA

BAYAR KEPADA KERAJAAN RM24.095 bilion
BAILOUT RM14.63 bilion
JAWAPAN = Kerugian BESAR, menurut kiraan menteri-menteri dedak!???

Patutlah 1MDB tak pandai selesai-selesai, sebab ramai Menteri BENGONG!

Selain itu, menurut Tun Mahathir, suntikan dana sebanyak RM400 juta oleh kerajaan kepada Proton juga sudah pun dibayar serta dalam masa yang sama telah membiayai sepenuhnya kilang di Tanjung Malim bernilai RM1.8 bilion dengan menggunakan tabungannya sendiri.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 secara tidak langsung kepada rakyat.

Kepada MENTERI-MENTERI DEDAK, pengkritik Proton dan pemuja 1MDB, cuba bandingkan antara kedua-duanya?

Berapakah sumbangan 1MDB kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan, meskipun kerajaan menyediakan modal awal sebanyak RM1 juta dan menyerahkan tanah TRX dan Bandar Malaysia dengan harga paling murah kepadanya?

Apa jadi kepada tanah-tanah itu sekarang?

Berapa sumbangan cukai dan jumlah pekerja yang telah mendapat nikmat daripada 1MDB?

Siapa yang kaya kerana Proton dan siapa pula yang mendapat laba daripada 1MDB?

Jika ada perbandingan lain selain "antara langit dengan bumi", apa agaknya yang sesuai untuk membezakan Proton dengan 1MDB? Syurga dan Neraka? ERKK..

Kalau ada rakyat Malaysia ingin berbangga kerana 1MDB hanyalah barangkali popularitinya yang telah 'melonjakkan' nama Malaysia dan Najib menjadi semakin 'fofular' di seluruh dunia.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

Sumber: Shahbudindotcom

Video Pentas Universiti Runtuh Libatkan Pelajar Malaysia Tidak Benar!

Video Pentas Universiti Runtuh Libatkan Pelajar Malaysia Tidak Benar!

Video pentas yang runtuh dalam satu sesi bergambar yang didakwa melibatkan pelajar Malaysia di sebuah Universiti di Mesir adalah tidak benar.

Video pentas runtuh

Jurucakap Kementerian Luar berkata video yang menjadi viral di laman sosial itu merupakan kejadian lama yang berlaku di sebuah universiti di Baghdad, Iraq dan tidak melibatkan pelajar dari negara ini.

“Video itu adalah tidak benar dan ia hanya satu video lama yang sengaja diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Ikraam Abdul Latif berkata video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira 8 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia).

“Saya kemudian menerima panggilan bertalu-talu dari rakan-rakan lain, yang ingin bertanya kesahihan maklumat yang tersebar kerana khuatir ada yang mengalami kecederaan disebabkan kejadian itu,” kata pelajar tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah, Mesir.

Muhammad Ikraam kemudian menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Namun katanya pihak kedutaan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Muhammad Ikraam berkata beliau turut menghubungi wakil persatuan itu di tujuh universiti yang menempatkan pelajar dari Malaysia.

“Saya dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak pernah terlibat dalam sebarang situasi seperti dilaporkan,” katanya.

Semakan Bernama di laman sosial YouTube mendapati video yang diviralkan itu dimuat naik ke laman berkenaan pada 27 Mac 2016 dan difahamkan kejadian terbabit berlaku sehari sebelumnya. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Reaksi Spontan Apabila Dipuji Cantik



Video Penyanyi Dangdut Irma Bule Maut Dipatuk Ular!

Video Penyanyi Dangdut Irma Bule Maut Dipatuk Ular!

Tidak dinafikan dangdut merupakan antara genre muzik yang paling mendapat perhatian tinggi daripada peminat di Indonesia.

Irma Bule Dipatuk Ular

Kebanyakan penyanyi yang memilih genre dangdut pasti nama mereka akan boom dan meletup bak pisang goreng panas.

Salah seorang daripadanya ialah Irma Bule yang terkenal dengan gimik menampilkan ular sawa dalam setiap persembahan pentasnya.

Namun, gimiknya itu membawa padah apabila dia disahkan mati selepas dipatuk ular ketika menjayakan persembahan di Jawa Barat, Ahad lalu.

Ketika mendendangkan lagu kedua, Irma dikatakan telah memijak ekor ular King Cobra secara tidak sengaja hingga menyebabkan ular itu bertindak mematuk peha Irma.

Dipercaya ular yang dijadikan props persembahan itu masih lagi berbisa dan gigitannya membawa maut.

Setelah digigit, Irma tidak segera mendapatkan rawatan sebaliknya dia terus melakukan persembahan seperti biasa.

Namun, 45 minit selepas insiden dipatuk ular, Irma rebah dan akhirnya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital untuk menerima rawatan.

BACA INI JUGA: Rahsia Penciptaan Kucing Yang Menakjubkan



Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 05, 2016

Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?

Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?

Susulan kekecohan peminat tudung jenama Fareeda yang menjadi viral baru-baru ini, timbul soalan apa sebenarnya keistimewaan tudung Fareeda sehinggakan orang ramai sanggup berebut-rebut mahu mendapatkannya?

Tudung Fareeda Latest Edition

Tudung Fareeda berjaya mendapat perhatian ramai kerana mereka ada personal shopper yang akan membeli bagi pihak-pihak tertentu yang kemudian akan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi daripada yang dipasarkan oleh jenama itu sendiri.

Personal shopper menyediakan perkhidmatan jualan dan memberikan nasihat dan rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang mahir tentang selok belok barangan berjenama dan ada di antaranya adalah peminat tegar barangan tersebut.

Pelanggan+Tudung+Fareeda

Contohnya, personal shopper itu mungkin membeli sehelai tudung dengan harga RM150, kemudiannya mereka akan menjual sebagai contoh sebanyak RM200 kepada pelanggan mereka.

Jadi, jumlah keuntungan sebanyak RM50 sudah berjaya diperoleh oleh personal shopper terbabit.

Sebab yang kedua kenapa tudung Fareeda ini begitu mendapat sambutan ialah kerana setiap kali keluaran terbaharunya, ia adalah koleksi terhad yang mana pengusahanya akan mengeluarkan model tudung terbaharu itu dalam jumlah-jumlah terhad sahaja.

Pelanggan+Terhad+Tudung+Fareeda
Dipercayai butik Fareeda hanya membenarkan seramai 20, 30 pelanggan dalam satu-satu masa.

Jika Fareeda mengeluarkan sebanyak 100 helai, hanya itu sahaja yang akan dijual dan mereka tidak akan mengulang cetak corak dan rekaan yang sama bagi mengekalkan eksklusiviti buat pelanggan mereka (Ye ke?).

Selain itu juga, pengusaha butik Fareeda turut mengamalkan konsep seperti butik-butik terkenal seluruh dunia yang mengamalkan pengambilan nombor giliran untuk membeli-belah dalam premis mereka dalam satu-satu masa tertentu.

Itu pasal peminat Fareeda tidak pernah jemu berasak-asak demi mengejar nombor giliran dan difahamkan insiden bertolak-tolakan di antara mereka bukan kali pertama berlaku malah hampir setiap keluaran terbaharu, ada sahaja berlaku kejadian berasak-asak.

Tidur bergelimpangan demi Tudung Fareeda
Rela tidur bergelimpangan demi mendapatkan stok tudung kegilaan mereka.

Sebelum ini juga, ada peminat yang terlalu ‘taksub’ dengan Fareeda sanggup tidur di kaki lima butik dalam usaha tidak mahu ketinggalan memiliki tudung koleksi terbaharu yang bakal dilancarkan pada keesokan harinya.

Itu antara sebab-sebab kenapa tudung jenama Fareeda digemari ramai walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran jualan tudung.

BACA INI JUGA: 7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

Sumber: Mynewshub.cc

Tudung Fareeda Latest Edition Ciplak Jenama Lain?

Tudung Fareeda Latest Edition Ciplak Jenama Lain?

Masih lagi mengenai kehebatan tudung Fareeda yang mendapat sambutan hangat daripada peminatnya sehinggakan video mereka sanggup berasak-asak di hadapan premis tersebut menjadi viral baru-baru ini.

Tudung Fareeda Latest Edition

Ini semua gara-gara penangan koleksi terbaharu Fareeda, Sweet Luv yang hadir dalam pelbagai warna dan corak menarik yang baharu sahaja dilancarkan pada 2 April lalu (Sabtu).

Namun, yang tak sedapnya terdapat beberapa gadis hijabista mula berkongsikan gambar tudung mereka yang sama dengan koleksi terbaharu Fareeda.

Tudung Fareeda Latest Edition [3]
Tudung Fareeda Latest Edition [4]
Tudung Fareeda Latest Edition [5]

Yang menariknya, ada di antara gambar itu diambil beberapa tahun lepas..

Sekarang persoalannya di sini, siapa yang tiru siapa dalam menghasilkan rekaan tudung tersebut?

Kalau ikut logik, mestilah pihak yang keluarkan dahulu merupakan pencipta yang sebenarnya, ataupun memang tidak ada hak cipta yang telah dipaternkan oleh pengeluar terdahulu menyebabkan pihak lain boleh senang-senang meniru dan mencetak kembali design mereka?

Kalau dah macam ni, rasa-rasanya berbaloi ke tidak peminat Fareeda bergaduh, berasak dan bertolak-tolakan demi memiliki hijab yang sama rekaannya dengan jenama lain yang terlebih dahulu sudah memasarkannya?

Sekadar informasi tambahan, di bawah kami kongsikan lingkungan harga tudung mengikut jenama yang ada dalam pasaran tempatan.

Harga 20 jenama tudung popular di malaysia

Jika dilihat daripada keratan akhbar ini, dapat dilihat jenama Bawal Exclusive mengungguli carta tudung paling mahal sehingga mencecah harga RM7,000 sehelai.

Harga Fareeda pula berada dalam lingkungan harga RM80 hingga RM200.

BACA INI JUGA: Gadis Bertudung Bangga Tayang Lidah Ditindik

Sumber: Mynewshub.cc

Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

Apa sebenarnya istilah gila meroyan yang sangat menakutkan ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan sebenarnya masih boleh berlaku walaupun selepas beberapa tahun melahirkan anak?

Gila Meroyan

Gila meroyan ataupun angin beranak sememangnya penyakit yang jika tidak dirawat segera, boleh membawa mudarat kepada ibu bersalin dan anaknya sendiri.

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak.

Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.

Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.

Gila meroyan

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang.

Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan.

Mungkin elok untuk saya kongsi pengalaman daripada kajian kami 10 tahun lepas di Kelantan terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.

Daripada kajian kami ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin.

Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

Gangguan perasaan

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang.

Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan).

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin.

Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.

Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar.

Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung.

Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin.

Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin.

Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang.

Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah.

Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka sendiri.

Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

Panduan

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang.

Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

BACA INI JUGA: Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita

Sumber: Utusan

Senarai Filem Wajib Tonton April 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton April 2016!

Jika bulan Mac anda disajikan dengan filem blockbuster Hollywood "Batman V Superman: Dawn of Justice", bulan April juga tidak kurangnya apabila turut mempunyai filem blockbuster dari Hollywood.

Jadi kami sajikan kepada pembaca senarai filem-filem menarik yang boleh anda tonton sepanjang bulan April ini!

The Bodyguard
Tarikh tayangan: 1 April 2016

The Bodyguard

Filem aksi China tidak pernah mengecewakan penonton dan terbaru, filem "The Bodyguard" arahan Sammo Hung ini juga pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya.

Ia berkisarkan tentang seorang pengawal peribadi yang telah bersara, bertemu dengan seorang gadis muda. Apabila mendapat tahu nyawa gadis itu diancam oleh ketua penjenayah, dia bertindak untuk menyelamatkan gadis itu.

Jika anda seorang peminat tegar filem aksi China, pastinya anda pernah menonton filem-filem lakonan Sammo Hung sebelum ini yang ternyata tidak pernah mengecewakan.

Malah untuk menyakinkan lagi anda untuk menonton filem ini adalah barisan pelakon yang membintanginya, antaranya Andy Lau, Jacqueline Chan, Li Qin Qin dan Zhu Yuchen.

10 Cloverfield Lane
Tarikh tayangan: 7 April 2016

10 Cloverfield Lane

Jika anda seorang peminat filem-filem ngeri (thriller), filem "10 Cloverfield Lane" adalah filem untuk anda. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang terjaga di sebuah bilik di bawah tanah selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Wanita itu bimbang yang dia sebenarnya diculik oleh lelaki yang telah membantunya. Menurut lelaki tersebut, dia telah menyelamatkan wanita itu dari serangan kimia yang telah menyebabkan dunia luar tidak lagi selamat untuk didiami.

Wanita itu yang tidak mempercayai kata-kata lelaki itu cuba melarikan diri tanpa mengira bahaya yang bakal dihadapinya.

Filem arahan Dan Trachtenberg ini dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, John Gallagher dan ramai lagi.

Showdown The Movie
Tarikh tayangan: 7 April 2016

Showdown The Movie

Siapa yang pernah tengok rancangan realiti tarian "Showdown", pastinya akan teruja untuk menunggu tayangan filem "Showdown The Movie" yang akan memaparkan sekumpulan penari yang menggelar diri mereka sebagai "Battle Crew" dan memasang impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia.

Filem arahan Khairil M.Bahar ini akan menampilkan barisan pelakon lama dan baru seperti Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jasmin, Reza Hasbi dan ramai lagi.

The Jungle Book
Tarikh tayangan: 7 April 2016

The Jungle Book

Rasanya ramai yang tidak sabar hendak menyaksikan filem yang adaptasi dari kisah dogeng Disney yang mana ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Mowgli yang dibesarkan oleh serigala di dalam hutan.

Mowgli berkawan dengan seekor beruang bernama Baloo, dan seekor harimau kumbang bernama Bagheera.

Filem animasi arahan Jon Favreau ini akan menyaksikan Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson dan beberapa lagi sebagai penyumbang suara dalam filem ini.

Redha
Tarikh tayangan: 14 April 2016

Redha

Filem "Redha" diangkat dari kisah sebenar yang mana ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki mengidap autism yang telah membuatkan ibu bapanya terpaksa bergelut, sebagaimana bapanya tidak dapat menerima hakikat yang anaknya berbeza daripada kanak-kanak lain, manakala ibunya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

Ibunya kemudian menjumpai orang yang boleh membantu hidup anaknya itu.

Kisah menyentuh hati arahan Tunku Mona Riza ini akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Namron, Junainah, Harith Haziq, Nadiya Nisaa, Remy Ishak dan ramai lagi yang pastinya akan memberikan impak besar kepada penonton.

Bangkok 13
Tarikh tayangan: 14 April 2016

Bangkok 13

Kepada peminat filem seram, jangan risau kerana bulan April juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13" sebuah filem seram dari Thailand.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal.

Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana mereka telah bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok.

Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

The Huntsman: Winter's War
Tarikh tayangan: 14 April 2016

The Huntsman: Winter's War

Prequel filem "Snow White And The Hutsman" ini mengisahkan tentang pertelingkahan yang berlaku di antara dua ratu adik beradik. Ratu Jahat Ravenna telah mengkhianati adiknya, Freya dan menyebabkan Freya berundur ke sebuah negara di utara.

Dengan hatinya tidak lagi boleh menyayangi, Freya memberi arahan supaya pemburu-pemburu elitnya tidak jatuh cinta.

Apabila kedua-dua ratu mula bertempur untuk mendominasi, pemburu elit Eric dan rakan seperjuangannya, Sara, adalah wira di antara kedua-dua ratu.

Filem arahan Cedric Nicolas-Troyan ini pastinya menjadi filem yang dinanti-nantikan berikutan barisan pelakon yang membintanginya seperti Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain dan ramai lagi.

Midnight Special
Tarikh tayangan: 14 Mac 2016

Midnight Special

Jika anda seorang peminat filem sains fiksyen, "Midnight Special" adalah filem untuk anda. Ia mengisahkan tentang seorang bapa Roy yang perlu melindungi anaknya Alton yang mempunyai kuasa luar biasa.

Bersama, bapa dan anak itu melarikan diri daripada penganut agama ekstrim dan kerajaan yang merancang untuk menyalahgunakan kuasa Alton yang boleh mengubah dunia.

Filem yang dibintangi oleh Michael Shannon, Kirsten Dunst, Adam Driver dan Joel Edgerton ini diarahkan oleh Jeff Nichols.

Marvel's Captain America: The Civil War
Tarikh tayangan: 28 April 2016

Marvel's Captain America: The Civil War

Selain filem "The Jungle Book" dan "The Huntsman: Winter's War", filem yang paling dinanti-nantikan bulan ini adalah filem "Marvel's Captain America: The Civil War".

Filem ketiga "Captain America" ini adalah kesinambungan dari kejadian dalam "Avengers: Age of Ultron" yang mana Captain America berdepan masalah baru apabila pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira.

Captain America dan Iron Man tidak sependapat, dan ini telah mencetuskan perang saudara di antara mereka.

Filem arahan Joe Russo dan Anthony Russo ini akan menyaksikan Chris Evan, Robert Downey Jr, Scarlett Johansson dan beberapa lagi kembali menggalas watak sebagai adiwira dalam filem-filem terdahulu.

BACA INI JUGA: 6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

Sumber: Cinema

Monday, April 04, 2016

8 Sindiran Pedas TMJ, #No2 Nak Beli Perdana Menteri!

8 Sindiran Pedas TMJ, #No2 Nak Beli Perdana Menteri!

TMJ menerusi kemaskini terbaharu di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger menjawab lapan tuduhan yang dilemparkan kepadanya yang antaranya mendakwa baginda ‘membeli pengadil’, ‘menang sebab kaya’ selain bersikap menunjuk kekayaan.

TMJ

Ikuti jawapan penuh daripada TMJ.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

5. JDT tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.

MJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.

6. JDT mencuri pemain.

TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.

7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.

TMJ: Bukan, RM100 juta serta banyak lagi wang telah hilang dalam negara dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

8. TMJ suka tunjuk harta.

TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan seluruh dunia paling suka. Kerana anda buta.

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Mynewshub.cc

Wak Doyok Bercinta Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei?!

Wak Doyok Bercinta Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei?!

Ikon fesyen, Wak Doyok, mendakwa tidak terkejut apabila gosip cintanya bersama bekas isteri sultan Brunei mula diperkatakan umum.

Wak Doyok-Azrinaz

Pelakon filem “Abang Long Fadil 2” itu berkata, kebenaran gosip cinta bersama Azrinaz Mazhar Hakim memadai jika dikongsikan di antara mereka berdua saja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling perkatakan. Persepsi mereka saya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun.

"Cukup antara saya dan dia saja tahu,” katanya kepada Harian Metro.

Wak Doyok, nama popular Muhammad Azwan Mohd Nor, antara wajah yang tidak asing lagi di laman Instagram Azrinaz.

Beberapa gambar dikongsikan Azrinaz, 36, turut menampilkan Wak Doyok, 36, yang dapat dilihat oleh 125,000 pengikut bekas wartawan itu di laman perkongsian gambarnya.

Bagaimanapun, Wak Doyok menyifatkan hubungannya dengan Azrinaz terlalu peribadi untuk dijawab.

“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas.

"Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu lebih baik saya berdiam diri.

“Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri.

“Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya lagi.

Azrinaz, bekas personaliti TV3, mendirikan rumah tangga bersama Sultan Hassanal Bolkiah sehingga 2010.

Pasangan diraja itu dianugerahkan dua cahaya mata.

BACA INI JUGA: Ciuman Paling Mahal Selebriti Hollywood

Wak Doyok-Azrinaz [2]
Wak Doyok-Azrinaz [3]
Wak Doyok-Azrinaz [4]
Wak Doyok-Azrinaz [5]
Wak Doyok-Azrinaz [6]
Wak Doyok-Azrinaz [7]

Sumber: Malaymail

Isu Bercium Di Khalayak, Suami Adira Tampil Buat Penjelasan!

Isu Bercium Di Khalayak, Suami Adira Tampil Buat Penjelasan!

Walaupun sering berdepan dengan tohmahan dan kritikan, pasangan Adira dan Datuk Seri Adnan Abu mengambil keputusan untuk tidak mengambil pusing perkara-perkara sedemikian kerana mereka merupakan pasangan yang sah.

Adira dan Datuk Seri Adnan Abu

Namum begitu, baru-baru ini pasangan ini dilanda kontroversi lagi apabila ada yang mengatakan pasangan ini bercium di khalayak ramai dan Adnan Abu tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Bercium tak semestinya pada mulut sahaja, bercium ada banyak jenis.

"Kami berada di belakang pentas di mana Adira mencium tangan saya sebelum membuat persembahan dan saya beri ciuman di dahi sebagai tanda merestui.”

“Kami tak sangka ada yang memerhati dan menambah perasa kepada situasi itu sehingga menjadi sensasi.”

“Kami merupakan pasangan suami isteri yang halal untuk bersentuhan, tetapi kami masih tahu adab dan batas untuk tidak keterlaluan di khalayak ramai.”

Adnan Abu juga berharap agar peminat dan masyarakat dapat menerima jodoh mereka dengan terbuka dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

BACA INI JUGA: Benarkah Berciuman Sangat Baik Untuk Kesihatan?

Sumber: Mynewshub.cc